Feb 18, 2014

Sembahyang itu sembah Dewa?

(Suatu hari di dinding Facebook, klik gambar untuk tumbesaran)




Lepas ni jika ada orang dalam IC nama MOHD, tak payah suruh mereka pergi tukar IC nama penuh MUHAMMAD kerana, mengikut FB sharing yang korang baca dan terus percaya, MOHD dalam bahasa asal Uganda bermaksud The Dog With Big Mouth. Apa kecadadah?! Mana ada orang baca MOHD, dengan sebuh “mmooohd”, semua akan baca Muhammad, tak payah pening pening...

Ada jugak yang cakap kat aku, tak boleh sebut hello, sebab hello bermaksud “hell low” iaitu neraka rendah.. kalau kita mengucapkan hello pada kawan kita, bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah.. ini adalah jarum sulit orang-orang kafir untuk menyesatkan umat islam.., (Aku gelak sambil menangis baca email ni)

Apa punya bodoh dan prajudis pemikiran korang akupun tak tahu, ni mesti banyak tengok video arrivals, siang malam sehingga habis 50 episod dan tengok lagi ulang-ulang sampai tak boleh nak bezakan mana satu dunia matrix dan mana satu dunia nyata..

Ada banyak lagilah benda merepek ni yang orang slow macam korang sanggup percaya seperti nama masjid tu asal dari nama jentik jentik, (“Mosque” berasal daripada “mosquito” ) ha ha ha!! Tak boleh guna agama, kena guna ugama.., kerana agama dalam bahasa ibunda Zimbbawe bermaksud.., dah dah dah..! Hampeh belaka!

 Ps: Jangan sebut perkataan " LOL " kerana maksud asal perkataan itu dari kajian bodoh puak Stupid Sharing bermaksud LUCIFER OUR LORD iaitu  SYAITAN ITU TUHAN KITA ,  (kah kah kah) .. so, gantikan LOL dengan WOHA!

Woha!

39 comments:

Anonymous said...

WOHA...-> With Out HamkA ...hehehe

Anonymous said...

Aku first.

hahahahahahaha....

MUQARRABINZ said...

Wahai Otak Hantu Anon...


tak pernah dapat no 1 walau dalam kelas waima kat blog ketamayat

Unknown said...

tergelak smpai nangis2 bila tgk benda mcm ni pun dijadikan issue oleh mereka ni.. yg paling x boleh tahan.. upin n ipin adalah agenda yahudi.. makk aihhhhhh

therosputih said...

mcm2 lah hai..sume benda nak jd isu kan..

Prince of Noob said...

1st!!!

btw nice info ustaz hamka... wohaaaaa

Anonymous said...

LOL dulu aku ingat singkatan dari perkataan toLOL atau pon bahLOL

dulu ada sorang player import selangor nama dia tonny cottee..kesian kat dia akhir pulang ke England balik

nazrul ali said...

hahaha

mohd tak boleh guna
upin ipin tak boleh guna
ugama tak boleh guna
lol tak boleh guna
sembahyang tak boleh guna
akum tak boleh guna
insyallah tak boleh tulis rapat2
dan .....

paranoid gila benda benda macam ni..bila sorang dah sebarkan, yang lain ikuuut je tak tgk asal usul..

btw, yang bertanya dalam fb tu sebenarnya macam tak faham lagi jawapan kau hamka..kau dah bagi contoh saya -> aku pun dia tak faham lagi..dia mcm appreciate kau jawab mcm tu tapi pd masa sama still ikut kajian "tokoh" tu..huhuhu

Anonymous said...

Teringat masa deepavali baru2 ni, ada satu bas berhenti kat jalan chow kit. Bas ni kira percuma bawa penganut agama hindu ke kuil yang berdekatan. Pembantu bas tu bila turun dari bas dia pun jerit " Mari naik bas sembahyang...sembahyang..mari sembahyang"..mari3x. Rupanya mereka juga guna sembahyang. Bimbang muda mudi zaman ni keliru, mcm kalimah Allah juga. Kat KL ni mcm2 boleh jadi tk mcm terengganu, kat chow kit tu siap ada rumah ibadat sikh betul2 mcm masjid, siap dengan kubah lagi...risau3x

Anonymous said...

sembahyang yang ikut sunnah nabi saw.... itulah sembahyang yang di terima... kecoh pasal sembahyang pulak.... DAKWAH cara nabi saw kenapa orang islam xnk buat.. masing masing cakap kami buat dakwah ikut cara kami sendiri... tapi sembahyang nk pulak ikut cara nabi saw... umat hari ini rata rata dalm kejahilan dan kekeliruan yg amat dahsyat sekali kerana meninggalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan

Anonymous said...


kalau lah benar ada pemuda/di yang keliru kemudian naik bas tu atas nama ''hai mari sembahyang ...mari sembahyang 3x'' pastu bas tu berenti kat kuil tu pemuda/di tu turun,ikut jemaah tu, tiba tiba sembahyang mengikut agama kuil tu sekali, aku rasa akidah budak tu perlu dipulihkan tapi sebelum tu paling utama sekali bawak dia kat wad Psikiatrik dulu, cek kepala otak dia dulu...

zaman sekarang ni orang yang keliru ialah orang yang memang ada keinginan untuk mengelirukan dirinya sendiri atas kepentingan dirinya sendiri...

dulu aku pelik mcm mana setelah ada keterangan yang banyak tentang dajal...dajal tetap ada pengikutnya sekarang aku baru tau mana dia punggut geng geng ni

geng keliru rupanya..isk iskk

dia yang keliru kita pulak yang dirisaukan

Anonymous said...

hehehe.... yg ni klakar..
(Pembantu bas tu bila turun dari bas dia pun jerit " Mari naik bas sembahyang...sembahyang..mari sembahyang"..mari3x)
... lalu berdoyon-doyon la umat islam naik bas, yg meniaga tiggalkan kedainya.. yg makan tgglkn pinggannye.. yg tgh syok merendek tgglkn couple nye (couple dia uzur).. peminta sedekah tgglkn mgkuknye.. semua pg sembahyang...

lalu dalam yg ramai2 itu terdapat seorg yg cerdiknye lebih sedikit akan yg lainnye.. lalu bertanya.. mengapa sekarang muazim ajak sembahyang tak lafaz azan seperti dulu2..

*
hahaha..... klalar plak rasanye..

yg slow lmbt paham.... jaga2 jgn salah naik bas plak ye..

Anonymous said...

Anom 11:55 AM tu aku rasa tak lain tak bukan, CF! Kadang2 bosan aku dengar komen dia asyik sokong hamka. Pandai betul ko CF mengampu!

Woha..

Cuba Follow (CF)

Adaa Arsenal said...

Diorang lebih percaya kepada FB daripada Al-Quran, Hadith dan Sunnah. Sedih.

Anonymous said...

tet!! ko juga keliru aku bkn CF..Arsenal apa Ada harap menang pagi buta ni...

Anonymous said...

dalam buku agama basa indon dia tulis 'salat' untuk sembahyang. Dalam bahasa arab 'SALATUN' sin lam ta bermaksud tong sampah.

Jom kita ber'tongsampah' di 'nyamuk'

P.S. Ejaan rumi ni ambiguous

Anonymous said...

dalam buku agama basa indon dia tulis 'salat' untuk sembahyang. Dalam bahasa arab 'SALATUN' sin lam ta bermaksud tong sampah.

Jom kita ber'tongsampah' di 'nyamuk'

P.S. Ejaan rumi ni ambiguous

hamka said...

MUQARRABINZ

Kau first, komen guna akaun, he he.

-------------
ain diyana

upin n ipin adalah agenda yahudi?
Senangnya kena tipu..

-----------
therosputih

tu lah tu

------------
Prince of Noob

wohaaaaa

------------
nazha anua

rosak jika ikut tokoh membabi buta

------------
Adaa Arsenal

Harap mereta tak menjadi ustaz…

----------
Anonymous

Cerita bas tu sangat menghina diri pencerita.

Anonymous said...

Assalam,

Masyallah!
Yer la...aku mengaku sokong Hamka, mengampu dia. Maaf ler jika membosankan tuan yang mulia.

Aku sokong dia kerana dia benar.
Aku mengampu dia supaya dia terus menulis. Allah Taala belake. Aku tak kenal pun batang tubuh yang bernama Hamka ni...secara realiti.

Errr...mungkin aku menyibuk sikit, komen berjela-jela he..he..Aku sunyi. Hidup jauh dengan keluarga. Ingatkan boleh menumpang kasih di blog ni, tak tau pulak ada yang bosan. Hampeh betul aku ni kan?

Baiklah ..demi kau yang aku tak kenal namun aku sayang seperti diriku sendiri...mulai sekarang aku akan kurangkan komen supaya kamu tidak bosan baca KM.

Fine...?
I love you bro. for the sake of Allah!

CF

Anonymous said...

Nice

Anonymous said...

kwn aku sebut havoc terus da sorg mamat nih cop dia pengikut dajal sbb pkataan 'havoc' mamat tu ckp mksdnya 'huru-hara'..aku blur kejap..hmmmm..

Belalang Sunyi said...

Sembahyang itu terbitnya dari sembah yan maha esa. Dan dari situ ia berevolusi.


Bahasa berevolusi, yakni bubah melalui peredaran masa, namun sejarah pertuturan kekal pada akar umbinya.

Dah manusia berkata-kata guna mulut, semestinya ada bunyi sebutan perkataan yang akan sama namun berbeda ertinya.

Maka bukalah minda untuk menghadam peradaban dunia, dan islam tidak jumud mengatakan bahasa lain adalah haram.

Nur Dalin said...

wahhh.. sangat setujuu.. dah penat dapat msg foward2 pasal

PERHATIAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM: Dilarang menggunakan perkatan dot..dot..dot.. kerana ia bermaksud dot..dot..dot... neraka.. dot..dot.. dosa..dot..dot.. sebarkan kepada umat Islam lain agar kita tidak terlibat dengan perbuatan syirik..."

huhuhu..

Anonymous said...

Alkisah... Seorg pendakwah ingin meyebarkan agama islam... Kpd gologan kafir.. Maka dia pun mula menyebut tentang Allah.. Dan kebesaran Allah.. Tetiba.. Seorg kafir bckp.. ` Encik boleh tukar pkataan Allah dgn Tuhan tak?? Jgn pakai Allah nanti kena saman atau tangkap kami nie belum masuk Islam lagi... Kerajaan kata haram'' ..... Sekian...

Anonymous said...

anon 11:30 AM, February 21, 2014
kurang cerdik sikit,banyakkan membaca nanti org kata nada bodoh

Robot Polis said...

Don't feed the troll, hehe..

Anonymous said...

apa masalah kau? kalau hamka ckp yg betul..x salah pun sapa2 nak sokong..bosan2 xyah la baca komen.ko baca post hamka sudeeeh..

- sudeeeh la-

Anonymous said...

yg ko pun satu lg..apa masalah kau? org ckp bosan dengan komen ko sokong hamka..dan2 tu jgk kau emo nak kurangkan komen la bagai...kau buat cara kau sudeeeh...

-sudeeeh la-

Anonymous said...

First time komen kat sini..selalu jadi silent reader je..
Ni semua gara2 pencerita ttg bas tu..
Dia cerita benda betul ke dia troll je tu?
Konpius den...

alfindani said...
This comment has been removed by the author.
detective nie said...

terbaik hamka...maka teringat aq time dulu2...

sila sebarkan msj ini sekurang2nya 20 org, jika tidak anda akan mendapat musibah...

dan menyebabkan huru hara bg yang menerimanya..

Anonymous said...

Aku baru dapat anak pertama dan baru nak pergi mendaftarkan nama anak dengan Mohd ......... tapi sedang menghadapi tentangan maksud Mohd dari ahli keluarga

Anonymous said...

Sangat memalukan.. Sedarkah anda sedang menabur fitnah? Tak usah berbicara jika tidak ber ilmu takut nanti batal nya ikrar syahadah.

hamka said...

CF

Pengkomen datang dan pergi, mungkin keretamayat sahaja yang setia menanti, chewah..


------------
Belalang Sunyi

Maka bukalah minda untuk menghadam peradaban dunia, adohai

------------
Dalin

Jauh lagi perjalanan nampaknya, akan ummat ini, huhuhu

-----------
Robot Polis

Just feed me..

-----------
- sudeeeh la-

??

Anonymous First time?

------------
detective nie

balas mesej mereka dnegan jawab, sms bodoh anda berkahir disini, huhu


---------
Anonymous

Kalau belum daftar, bolah tulis Muhammad panjang terus, no problem.

-------------
Anonymous

Sangat memalukanTak usah komen jika tidak ber ilmu takut nanti batal nya ikrar syahadah. (pinjam ayat ko)

Robot Polis said...

Anon 12:25AM,

Tuduhan sebegitu berat memerlukan penjelasan terperinci. Which part and y?

Mohon kongsikn ilmu anda supaya kami dpt manfaatnyer sekali. =)

p/s: jgn hanya tembak dn lari. Explain y u shoot

Anonymous said...

Sepatutnya begini, apakah yang anon11.30 cuba sampaikan? Tak perlu rasanya nak explain. Aku cuma menasihati.

fazeerul.mohd.isa said...

aku sokong pendapat hang..yg penting niat aka nawaitu =) eh jgn pkai a.k.a hahah =P

Aila Fadhila said...

So semua papan tanda kat masjid yang tulis "sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan" tu perlu di turunkan kah? sy sgt setuju dgn penulisan ini, Hamka.. cuma sy x pandai menyusun kata & malas mencari dalil2 atau fakta2 berkaitan.. thanks Hamka.. *jgn highlight perkataan malas tu nnt ada yg kata tak boleh guna MALAS, itu doa kaum bla bla bla...*

Harris Shah Abd Hamid said...

Orang Islam yang pandai berbahasa Inggeris tak boleh menamakan anaknya Badrul.. kerana ia bermaksud "keburukan bermaharajalela".
Nama-nama lain yang perlu dielakkan ialah
1. Azman - lelaki bon**t
2. Munir - bulan jurutera professional (maksud yg tak masuk akal)
3. Din - bunyi bising
4. Kamsin - mari (buat) dosa
5. Subki - kunci kapal selam
6. Hisham - dia lelaki penipu

Http://pakalang.blogspot.com/2015/02/pemikiran-apakah-ini.html?m=1