Feb 12, 2014

Kahwin dengan Ahli Kitab?

(Haluan hidupku terpisah dengan Isabella, tapi aku terpaksa demi cintaku Isabella, Moga dibukakan, pintu hatimu untukku, akan terbentang jalan, andainya kau setia, Oh Isabella)

Tanya sama abang keretamayat:

“Saudara Hamka, saya sudah jatuh cinta dengan amoi cina yang beragama kristian, tapi dia tidak mahu masuk islam. dalam al quran, ada hukum yang mana orang islam boleh berkahwin dengan ahli kitab (orang kritisan) tapi kenapa di Malaysia, kena covert dahulu baru boleh kahwin?, sedangkan Negara islam di Middle East hari ini,  Muslim men can marry Christian or Jewish women without convert. Egypt, Lubnan, Iran dan Syria juga ramai orang islam kahwin dengan orang Christian tanpa covert, malahan Arwah Yasser Arafat, pemimpin Palestin yang dijadikan ikon oleh pejuang Malaysia,  isterinya beragama kristian. Isteri Husni Mubarak juga Christian.  Kenapa di Malaysia tak boleh?’

Hamka said:

Jika guna common sense, sebuah keluarga akan jadi agak kelam kabut dan huru hara apabila suami beragama islam, yang percaya tuhan hanya satu, tapi berkahwin dengan wanita kristian yang percaya tuhan ada tiga, so bila ada anak, anak nak ikut cakap ayah bahawa tuhan hanya satu?, atau ikut cakap mak bahawa tuhan ada tiga? lepas tu nak solat berjemaah macam mana?

Peninggg Arrr (pinjam trademark Shuib Sepah)

Bagi aku, jika tak ada masalah, lebih baik ikut sahaja sunnah Nabi Muhammad SAW, iaitu berkahwin dengan wanita islam. Insya-Allah akan ada kejayaan.

Tapi jika ada problem seperti negera berperang, tinggal di Negara ahli kitab yang tak ada wanita islam, yang ada hanya ahli kitab, atau ada ahli kitab yang ada potensi untuk di dakwah kepada islam dan lain lain special request, bolehlah dibahaskan hukumnya kepada harus sebagaimana pendapat sebahagian ulamak.

Namun ada juga pendapat ulamak yang mengatakan tidak wujud ahli kitab di zaman ini kerana kitab asal mereka sudah diseleweng, berbeza dengan islam yang mana kitab asal tidak diseleweng yang mana jika ada orang islam beramal salah maka akan ada kitab yang boleh membetulkan tapi ahli kitab hari ini jika salah nak perbetulkan macam mana jika kitab rujukan pun salah? Siap dengan mensyrikkan tuhan kepada tiga yang bertentangan dengan akidah asal ahli kitab.

Lagipun dalam al quran ada ayat mansuh, dan ayat mansuh paling besar sekali yang memansuhkan semua agama iaitu:

 “Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.” (QS. Ali Imran: 19)

 “Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali Imran: 85)

Dalam Al quran juga ada ayat yang melebel ahli kitab yang mengatakan tuhan triniti itu sebagai pelampau, maka tak kan lah nak kahwin dengan ahli kitab yang melampau? Yusof estets bekas paderi kristian bagitahu, dalam kitab ahli kitab yang asal, iaitu Taurat, Zabur dan Injil tak ada perkataan trinity, tapi ahli kitab zaman ini ubah dan sebut trinity, dan Al quran telah melarang 1400 tahun yang dulu kerana perbuatan ini adalah pelampau..

" Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya datang dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu esa, maha suci Allah dari mempunyai anak....( An-Nisa : 171)

Tambah sikit lagi bang dalil sesetengah ustaz yang melarang kahwin dengan ahli kitab akhir zaman..

Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman” [Al-Baqarah : 221]

Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (perkawinan) dengan perempuan-perempuan kafir” [Al-Mumtahanah : 10]

Ada jugak hadis:

dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma bahwa beliau pernah ditanya tentang hukum menikah dengan wanita-wanita Nashrani dan Yahudi. Maka beliau menjawab : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bagi orang-orang yang beriman menikah dengan wanita-wanita musyrik. Dan, saya tidak mengetahui ada kemusyrikan yang lebih besar daripada seorang wanita yang mengatakan Rabb-nya adalah Nabi Isa. Padahal beliau adalah salah seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta’ala” [HR Al-Bukhari dalam Shahih-nya]

Last,soalan ini bila ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus, jawabnya boleh nak kahwin dengan ahli kitab tapi syaratnya mestilah dari keturunan yahudi yang sebenar (Min Bani Israel) iaitu keturunan Nabi Yaakob atau Nabi Yusof dan kahwin pulak dengan niat nak dakwah dia kepada islam, bukan suka suka.

Napok? (pinjam trademark UAI)


Akhir kata, apabila aku baca luahan hati kau, kisah kau jatuh cinta dengan amoi cina yang beragama kristian, tapi dia tidak mahu masuk islam.  dan hujjah kau bahawa Negara islam di Middle East hari ini, seperti Egypt, Lubnan, Iran dan Syria juga ramai orang islam kahwin dengan orang Christian tanpa covert, malahan Arwah Yasser Arafat, pemimpin Palestin yang dijadikan ikon oleh pejuang Malaysia,  isterinya beragama kristian. Isteri Husni Mubarak juga Christian.  Kenapa di Malaysia tak boleh?, kenapa tak tiru ulamak arab yang lebih pakar?

Hmm, luahan hati kau terus membuatkan aku teringat lagu Isabela ciptaan Bob PAS tentang cinta dua budaya yang menjadi lagu paling hit zaman 90-an dulu.., teringat jugak perang telok yang melanda Middle East di zaman 90 an dulu..


Pada waktu itu, Malaysia Negara yang amalkan hokum hanya islam boleh kahwin dengan islam aman damai, tiada perang saudara, tiada perang sesama islam, yang ada di Malaysia adalah perang antara lagu isabela (search)dan Taman Rashidah utama (Wings) berebut berebut carta popular radio tempatan, Tapi di Middle East, Negara yang benarkan kahwin islam dan bukan islam, perperangan demi perperangan berlaku, orang islam bunuh orang islam, huru hara dan penuh dukacita. Rujuk sejarah jika tak percaya.

Sekarang, Malaysia Negara yang amalkan hokum hanya islam boleh kahwin dengan islam masih aman damai, tiada perang saudara, tiada perang sesama islam yang melibatkan senjata dan pertumpahan darah, Cuma ada masa harga kangkung naik turun, Tapi di Middle East, Egypt, Lubnan, Iran ,Syria, Palestin dan lain laim Negara yang kau sebutkan contoh itu, yang benarkan kahwin islam dan bukan islam, perperangan demi perperangan berlaku sehingga ke hari ini, orang islam bunuh orang islam hingga ke hari ini, huru hara dan penuh dukacita masih berlangsung hingga ke hari ini. Rujuk berita dunia jika tak percaya.

So, pujuklah dia kepada islam dengan menunjukkan akhlak sebenar seorang islam hingga orang bukan islam jatuh cinta pada agama islam lalu sanggup tukar kepada agama islam dan berkahwin dengan orang islam.

Wallahu’alam.

Ps: Semoga Allah memberi perasaan cinta kita kepada hakikat sebenar untuk dicintai, wallahu’lam.

Ps2: Semoga Allah memberi keamanan kembali kepada negara negara arab yang sedang bergelora.

18 comments:

Unknown said...

alhamdulillah.. pendapat saudara sama seperti saya apabila diajukan soalan begitu.. terima kasih..

Amirul said...

Tepat sekali jawapan Kereta Mmayat... sekarang dah tak ada ahli kitab... tapi lebih mudah berdakhwah kpd org Kristian berbanding agama lain

susumanis said...

Alhamdulillah..jelas lg nyata..

Hakim Hantu Mata said...

lepas baca posting ni Hamka, teringat aku kat bekas awek aku dulu seorang amoi. aku tinggalkan dia pasal dia taknak masuk Islam. menyesal pulak aku tak dakwah kat dia betul betul. demm betol laaa

Anonymous said...

'Egypt, Lubnan, Iran dan Syria juga ramai orang islam kahwin dengan orang Christian tanpa covert, malahan Arwah Yasser Arafat, pemimpin Palestin yang dijadikan ikon oleh pejuang Malaysia, isterinya beragama kristian. Isteri Husni Mubarak juga Christian. Kenapa di Malaysia tak boleh?’

tengok gaya dia bagi contoh...adalah lebih baik dia cari perempuan yang nyata memang islam tulen

bukan apa takut takut amoi tu tak jadi apa, dia lak yang tukar jadi power rangers...isk iskkk

kalau nak kahwin pastu dakwah ngan pasangan tu aku rasa serahkan pada yang layak lah mcm maulana maulana, UFB dan sewaktu denganya ...




Anonymous said...

Teringat awek hindu masa skolah plak.. xsmpt dakwah dia pd islam..
CaRCooN

emak. bukan penari tiang said...

Hamka, teringat tak kat awek cina yg kau cinta sesangat pastu bila nmpk bulu ketiak dia terus kau sedih nangis2??? Hahaha!

hamka said...

----------
ain diyana

alhamdulillah..

---------
Amirul

Bukan tak ada, tapi susah nak jumpa kot..

----------
susumanis

Alhamdulillah..

---------
Hakim Hantu Mata

Mungkin dia dah masuk islam dan berkahwin dengan orang islam yang lain, he he

----------
CaRCooN

Awek hindu ke Hindustan?

-----------
emak. bukan penari tiang

Aku terjumpa dia baru baru ni dekat pasar payang Terengganu, di masih pakai skirt macam dulu, tapi betis kakinya sangat besar siap dengan urat hijau merekah.., tak tahulah ketiaknya macam mana,

woha!

MUQARRABINZ said...

sempat tengok betis ye..

hamka said...

aku tundukkan pandangan,nampaklah betis, adohai...

Anonymous said...

Assalam

Pandangan pertama hadiah! Woha!

CF

Unknown said...

woha!

Anonymous said...

topik yang mudah sangat lah... nak cecah 10 komen pon mcm siput

Anonymous said...

CF... hadiah kurang tepat.... lebih tepat rezeki... hihi

rizalsmart

hamka said...

di zaman Facebook ini, niat menulis untuk diri sendiri itu akan terzahir, adohai,..

Mr.ReD said...

percaya kepada 3 tuhan?..bila masa pula kristian ada 3 tuhan?..klau x fham tntg triniti jgn utarakan..mcam islam juga lh yg sembhyg mengadap kabbah tu menyembah kabbah ke?yg cium batu hitam tu ape?ada juga penjelasan dalam islam kan,begitu juga kristian..

Mr.ReD said...

percaya kepada 3 tuhan?..bila masa pula kristian ada 3 tuhan?..klau x fham tntg triniti jgn utarakan..mcam islam juga lh yg sembhyg mengadap kabbah tu menyembah kabbah ke?yg cium batu hitam tu ape?ada juga penjelasan dalam islam kan,begitu juga kristian..

Mr.ReD said...

percaya kepada 3 tuhan?..bila masa pula kristian ada 3 tuhan?..klau x fham tntg triniti jgn utarakan..mcam islam juga lh yg sembhyg mengadap kabbah tu menyembah kabbah ke?yg cium batu hitam tu ape?ada juga penjelasan dalam islam kan,begitu juga kristian..