Sep 27, 2013

Ulasan Buku Kamar Sutera?

(Salam bro, buku Kamar Sutera tu sambungan daripada Buku Permata yang hilang kini dijumpai ke?)

Kisah laki bini dalam Kamar Sutera tidak di susun sebagai sequel kepada “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” sebaliknya lebih kepada mengisi ‘plot hole’ dari buku pertama yang mana setelah pembaca gigih mengikuti kisah pahit manis si penulis bercinta dan bertunang, tiba tiba kisah laki bini dalam PYHKDJ terus bersambung pada babak penulis sudah beranak tiga, Eh? ke mana perginya babak malam pertama? Ke mana perginya babak di awal perkahwinan dalam menyesuaikan antara dua jiwa?.Apa tiadakah asam-garam atau suka-duka rumah tangga di awal perkahwinan wahai En Hamka Keretamayat?

Di atas kesedaran: ‘Peminat selalu betul’maka tertulislah ‘kisah laki bini’ dalam kamar sutera yang merakam peristiwa bermula dari pintu gerbang perkahwinan yang dipenuhi suka duka, senda gurau, pahit manis, dan hitam putih kehidupan.

Secara ringkasnya, Kisah dalam buku ini bermula dengan cerita pengalaman Laki belajar tentang masalah haid, seterusnya menyingkap tabir bulan madu yang indah, kemudian suka duka laki bini dalam bergaul dengan mertua, juga pengalaman membuat kerja rumah yang kronik, ada juga cerita hantu, tak lupa nasihat tentang ekonomi rumah tangga, selain ayat power memikat bini, seni syair dan muzik serta filem, kisah bini mengandung dan pengalaman beranak pertama kali juga ada di muatkan.., di hujung cerita, ada bab tazkirah islamik mengenai kehidupan berlaki bini,

Aku memilih “Kamar Sutera” sebagai tajuk buku adalah simbolik kepada gerbang perkahwinann yang selalu dirujuk kepada kesucian ‘Kamar tidur pengantin’ yang mana di awal perkahwinan semuanya kelihatan indah belaka bagaikan ‘tenunan kain sutera’, namun terselit pahit maung suka duka kehidupan rumah tangga kerana hakikatnya sutera yang menyelubungi kamar itu sendiri datangnya dari najis ulat. Adohai..

Akhir kata,korang tidak wajib membaca “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” untuk memahami Kisah Laki Bini di dalam buku ini kerana Kamar Sutera di tulis dengan tempo ‘berdikari’setelah adaptasi berhikmah di lakukan dari kisah benar yang telah di ubah suai untuk menyedapkan jalan cerita.

(juga agar penulis tidak kelihatan terlalu losser. Woha!)

Semoga kisah laki bini dalam buku ini dapat menjadi panduan kepada semua laki bini dan semua bakal laki bini diluar sana (jika tidak banyak, satu muka surat pun jadilah, isk)


3 Page dipetik dari Buku ini:

13 comments:

Anonymous said...

1st...

Anonymous said...

ko dah kering idea ker dah kering duit

woha!

MUQARRABINZ said...

semoga woha sampai akhirat..

terima kasih hamka.

hamka said...

Sebab aku perasan sibuk! Adohai..

Anonymous said...

Assalam

Kering idea dan duit kerana nak dekatkan manusia kepada Pencipta.
Woha.....

Lagi banyak fikir pasal ummat lagi banyak pahala

Lagi banyak habis duit pasal ummat lagi banyak duit di bank akhirat

Ada duit tak ada duit sama ajer...bagi orang-orang yang tidak susah hati dan berdukacita seperti tuan Hamka.

Nabi saw doa minta dibangunkan dengan orang-orang miskin...

CF
P/s: Ketika wafatnya baginda saw. minyak sapi yang menerangi rumahnya....kepunyaan jirannya, walaupun beliau saw adalah cahaya di atas cahaya!

detective nie said...

nice post... kalau kontroversi pun x tau la....

Anonymous said...

salam. sy nak beli buku ni dan buku 'permata yg hilg' tu.

nak isi borang mcm mne? sebab nak post dua2 buku ke alamat yg sama.

postage kira berapa kalau beli 2 buku terus. tq

hamka said...

CF: life is joke bro..

detective nie: woha!

Anon:

RM66 untuk dua buku.

Bayar RM31/satu buku (RM25 + RM6 Pos Laju)
Sabah/Serawak tambah lagi RM1 sebab kos pos adalah RM7.
Bayar kepada :
Muhammad Hamka (Maybank 163028553448)
2. Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com
3. Isi borang di link bawah.
http://keretamayat.blogspot.com/2013/09/bagaimana-nak-beli-buku-kamar-sutera.html

Anonymous said...

Terima kasih! Buku dh smpai..dh bca smpai ms269,sgt xbosan..smpai xsdar kne msuk tdo..simple tp mndalam,mendalam tp cra pnyampaian santai..insyaAllah ari ni bca abis..

E said...
This comment has been removed by the author.
E said...

Salam Bro, nak minta tips la macam mana nak handle lelaki suka menangis. errm...macam ni, saya baru tunang. xkenal pun tunang saya ni macam mana tapi saya baru sedar lately ni yang tunang saya amtlah degil dan manja + sensitip orgnya...(itupun lepas saya dengar bakal mertua saya panggil tunang saya dgn panggilan 'boboy') terkejut bro...dan baru tadi dia menangis sbb dia rindukan kat family dia... aduh saya yg nak buat apa ni? dahlah xpernah ada pengalamn nak cintan cintun bagai...sekali dapat, anak mak laa bro...tolong bro. bagi tips sikit.

hamka said...

lelaki suka menangis, oh, di luar pengalamanku..

tapi bagus jugak suruh dia alihkan tangisannya ke sejadah, lelaki menangis waktu solat, adalah cool..

Anonymous said...

kau bajet la
hamka... mahal2 buat pe... sape nak beli.. aku nak bace kueh almond london tu.................... alahai... ko ni annoying la.. tulis buku best2 tapi susah nak dapat... kat popular ke... mph ke... x de jual ke? x pun at least aneka la....