Oct 2, 2013

Ya Allah, ini kalilah?

(kisah Atheis masuk islam, errr, bukan kisah Mr Bean, subtitle oleh Hamka keretamayat)

Nota: Aku perasan sibuk, err, sibuk layan peminat yang mintak tanda tangan buku Kamar Sutera dan Permata Yang Hilang, tak nak blog tak berupdate, aku share kisah yang agak kelakar oleh seorang mua’laf, aku cuba cari kot kot dah ada kisah beliau dalam bahasa Malaysia, tapi tak jumpa, lalu aku yang perasan sibuk, sempat jugak perasan rajin, telah translate sendiri kisah dalam audio BI ini kepada subtitle BM, maaf sangat sangat jika BI aku hancur buat translate jadi macam gampang..,  layan..

How Ruben Abu Bakr Became a Muslim
 (Di tulis dalam BM oleh Hamka keretamayat)

Tersebutlah al kisah akan bermula segalanya pada tahun pertama aku di Universiti.  Tahun yang mana banyak masalah datang bertimpa-timpa. Aku mengalami tahun penderitaan yang mana banyak masalah besar datang melanda.  Antaranya..,

Ayah dan Mak bercerai,

Anjing aku pulak mati pada hari yang sama, sedey..,

Boleh pulak aku kemalangan kereta sebanyak dua kali dalam masa seminggu, Adohai..

Dan yang lebih sedih, kawan baik aku juga meninggal dunia dalam tahun yang sama..

Dari segala kesusahan dalam tahun yang sama, maka timbul persoalan dalam diri:

 “Kenapa aku ada disini?”

“Apa tujuan hidup aku?

“Kenapa aku kena  bangun pagi? Kenapa aku kena kesah? Kenapa aku tak duduk  sajer di rumah tengok TV?”

Maka bermulalah aku bersoal jawab tentang maksud kehidupan, yang mendorong aku untuk mengkaji hal hal agama..

Sebagai orang Australia, Agama pertama yang aku kaji adalah Kristien. Kebetulan aku ada kawan yang beragama Kristien, akupun pergilah ikut mereka ke Gereja, agak lawak jugak sebab semua orang datang dan menyanyi, aku pulak tidak faham sangat apa isi lagu mereka, akupun bantai ikut sama ‘menyanyi’, Suara irama mereka agak menusuk kalbu tapi aku rasa janggal semacam.

Kemudian, semua orang di sana pakat pakat memaklumkan bahawa betapa Tuhan sayang pada aku.

 “Tuhan sayang aku? anjing aku mati bro! Adohai...”

Tapi aku terus juga kaji agama Kristien terutama perbezaan pendapat dalam mazhab mereka, termasuk  perbezaan dalam aspek Katolik, Anglican, Baptist, paderi, pastor, dan tiap kali aku pergi ke gereja dan bertanya tentang agama pada paderi, aku tengok mereka tidak membuka kitab Bible dan berkata: “Jawapan ada disini.” Tapi mereka terus jawab soalan aku direct guna pendapat mereka sendiri.

Dan aku mulai faham bahawa ada banyak tafsir yang berbeza dalam setiap mazhab kristian dan setiap paderi mempunyai tafsir yang berbeza beza. Paderi dari suatu gereja percaya begini, tapi paderi yang lain pulak tafsir menolak kepercayaan paderi tadi, buat aku berpikir: Tidak patut terlalu banyak tafsir yang berbeza dari satu bible kerana ini akan buat pengikutnya menjadi bingung.

Pendek cerita, pada waktu itu jugak, tahun pertama kuliah, aku ada bekerja part time di sebuah pam minyak, dan salah sorang kawan kat sana beragama hindu dari India. Waktu bertukar shif kerja, aku sempat bertanya tentang agama hindu:

“Bro, apa hal awak berurusan dengan manusia berkepala gajah? Kenapa Tuhan ada kepala gajah?”

Dia menjawab, “Itu Ganesha.”

Aku soal balik,

“Kenapa tak pilih tuhan kepala singa atau kepala lain yang lebih cool?”

Adohai,  begitulah lebih kurang debat yang sugguh deep tentang agama sewaktu layan pelanggan isi minyak.

Hasilnya? sekali lagi, aku jadi bingung susah nak faham bab agama dan buat keputusan untuk kaji lebih mendalam agama yang lain pulak.

Kebetulan aku ada kawan beragama Mormon. Agak menarik agama ini berbanding Mazhab Kristien yang lain. Gereja dari Latter Day Saints. Mereka cukup tegas. Tidak minum alcohol dan juga kopi. Sayang sungguh tak boleh minum Cola, sebab aku tahu sebenarnya orang Libanon suka minum air cola. Tapi apapapun, aku tidak akan menganut agama ini secara semberono(membuta tuli), aku tak suka hanya mendapatkan pengalaman rohani semata mata, aku ingin bukti yang lebih jelas. Dan terus mengkaji..

Pendekkan cerita lagi, Aku sempat kaji agama Yahudi, Korang percaya tak? Nama aku sebelum Abu Bakar adalah Ruben. jika korang pernah tengok  film Hollywood, ada watak Rubenstein, jadi dah tentu mereka fikir bahawa aku seorang Yahudi sebab“Orang ini adalah salah satu dari kita.” Tapi sekali lagi, aku tidak ‘bertemu’ dengan apa yang aku nak cari dalam agama ini.

Akhir sekali, aku mengkaji agama Budha dan aku rasa inilah agama yang akan aku pilih, agama ini nampak hebat. Apatah lagi ramai Mat saleh yang menganut agama ini. Mereka juga ada unsur bersatu dengan alam yang buat aku rasa cool... Tapi semakin aku mendalaminya, baru aku perasan bahawa itu bukan agama dari tuhan, tapi lebih menjurus kepada perubahan gaya hidup yang berkonsep mesra alam.

Satu hari, salah sorang kawan baik aku yang beragama Kristien bertanya senarai semua agama yang sudah aku kaji, akupun bagitahu:

“Yahudi, Kristien, Taosisme, Budha, Hindu.”

Lepas tu dia soal?

“Islam tak kaji ke?”  

Aku jawab, “Islam?! Mereka pengganas, mereka semua orang gila! Apa ke jadah aku nak kaji agama orang gila yang jadi pengganas?”

Tapi, nak dijadikan cerita, entah macam mana satu hari tu aku boleh pulak terus berjalan ke sebuah masjid. 

Aku anggap ini adalah perjalanan nekad. Lalu aku terus berjalan tanpa buka kasut, terus aku masuk dalam masjid berjalan selamba atas sejadah, ada orang islam yang sedang solat, waktu dia sujud, aku pulak berjalan depan beliau, waktu tu dah hampir dah nak pijak kepala dia, Subhanallah, aku tak tahu apa yang sedang berlaku pada diri aku, kegilaan apakah ini?

Aku tengok sekeliling, dan aku nampak sorang brother, (korang kenal kot mamat ni, namanya Abu Hamza. Dia pernah datang ke sini dan berceramah beberapa kali. Subhanallah, aku memanggilnya Abu Da’n, karena dia ada janggut yang sangat lebat, masya Allah.)

Sewaktu dia berjalan ke arah aku, aku dah fikir:

“Hari ini aku akan mati. Ini adalah hari terakhir aku hidup. Aku seorang jejaka hensem kulit putih akan mati hari ini. Adohai..”

Brother tu  terus berjalan macam orang arab berjalan di Gurun Sahara, dengan jubah yang besar, dan janggot yang lebat. Aduh!! Aku akan mati.!

Tapi subhanallah, kata-kata pertama yang Brother itu ucapkan adalah:

“Hari yang bagus bro, apa khabar sahabat?”

Subhanallah, aku sangat terkejut dengan keramahannya.

Pendekkan cerita, Sebagai orang Australia ,err, aku harap orang Australia jangan terasa- tapi ini didikan pengaruh yang aku dapat di Australia. Mak bapak  membesarkan aku sebagai seorang atheis. Mereka pulak dibesarkan sebagai Kristian yang mana mereka dipaksa pergi ke gereja setiap minggu yang membuatkan mereka sangat anti hal ehwal berkaitan agama. Jadi ketika aku lahir, mereka menanamkan di dalam otak aku bahawa:

“Tuhan tak wujud, Bila mati, habis! Jadi ulat! Tidak ada akhirat, tidak ada Tuhan, itu semua bohong. Itu semua sampah!”

Begitulah aku dibesarkan sebagai atheis.

Jadi, selepas aku melihat Abu Hamza berdakwah kepadaku secara face to face dengan penuh sopan santun, aku rasa sangat bersyukur. Karena  aku perasan semalam aku tengok berita jam 5, Nampak macam dia yang rampas kepal terbang malam tadi. Woha!

Okey, Orang Australia memang peramah, jangan salah paham, tapi Abu Hamza adalah orang yang paling ramah yang pernah aku jumpa. Waktu Abu Hamza berborak dengan aku, kawan kawannya yang lain pergi buat air teh dan bagi aku minum..  serius cakap, aku kena tahan kencing tiap lima minit sebab banyak sangat minum teh! Tapi mereka terus bagi teh siap dengan biskut, tak pernah aku dilayan macam ni dalam hidup yang membuatkan aku berniat untuk datang lagi kesini makan biskut, dan juga agama, he he

Bila dah berkesempatan duduk dengan orang islam, aku ambil kesempatan untuk bertanya hal hal agama, 

Semua soalan yang pernah aku tanya pada paderi dan ‘ustaz’ dari agama yang lain..,aku tanya pada mereka. 

Subhanallah, hal yang paling menyentuh hatiku adalah, setiap kali aku bertanya, mereka tidak jawab secara terus, tapi mereka mengambil Alquran dan berkata, “Lihat ini bro.Baca ini, dan inilah jawapan yang anda cari”.

Tiap kali macam tu dan aku terus bertanya soalan yang lebih rumit dan susah seperti, “Kenapa wanita kena pakai tudung? Kenapa lelaki boleh kahwin 4 tapi perempuan tak boleh? “

Pendek kata, aku ambik kesempatan itu untuk bertanya semua persoalan yang kritikal yang mana aku rasa korang jika baru nak kenal islam pun akan tanya jugak.

Setelah sekian lama bersoal jawab, dan mereka terus menjawab pertanyaan aku dengan merujuk pada dalil dari Alquran, bukan dari pendapat mereka sendiri hingga aku jadi ‘kecewa’ nak bertanya sebab dah habis idea... Adohai..

Dan pernah bila aku tanya pada seorang saudara islam akan soalan yang.., (sebab aku dan banyak kali ulang alik ke masjid untuk bertanya hal agama),  aku tanya pada mereka,

“Apa pendapat korang tentang masalah ini?”

”Kenapa korang  tidak memberikan jawapan guna pendapat sendiri?”

Lalu salah sorang saudara islam di situ berkata: “Aku tidak boleh memberi pendapat sendiri,  sebab ini sudah firman Tuhan.”

Subhanallah, jawapan itu sangat menyentuh hatiku. Aku bertanya lagi, “Bolehkah aku pinjam satu Alquran?”  Aku janji tak akan letak merata rata di lantai atau selainnya yang tak senonoh, aku akan hormat kitab ini,

Pendek cerita, Aku bawa Alquran balik rumah dan mulai membacanya. Apa yang aku perasan bila membaca Al quran ianya bukan macam buku cerita, tapi terasa macam seseorang sedang memberiku perintah atau petunjuk.

Di suatu malam, aku buat keputusan untuk membuat upacara rohaniah ala ala mistik.Aku mintak maaf jika cerita ni agak menyinggung..

Aku nyalakan lilin, buka jendela dan langsir, biar nampak macam upacara mistik sikit, ketika itu malam musim panas di Melbourne. Dan aku duduk di satu sudut dan perkata:

“ini kalilah, Ini malamlah”

Ya! aku tahu, aku telah kaji semua bukti kerohanian dalam islam, juga semua bukti sains, tentang fakta bahawa gunung sebagai pasak bumi, bukti kelahiran emberio dalam janin si ibu, dan macam macam lagi bukti yang menakjubkan tapi aku nak cari sedikit bukti sikit sajer lagi, aku ni di ibarat seperti orang yang nak terjun dari gunung, tapi tak berani, nak sedikit dorongan jer lagi untuk melonjak..

Jadi, akupun terus duduk dan sungguh suasana terasa sangat sunyi. Aku membaca Alquran.., lepas tu aku berhenti dan berkata:

“Allah, ini kalilah.Inilah masanya yang aku nak sangat masuk islam, tapi aku nak sedikit bukti tanda kebesaran-Mu, sikit saja, tak payah bagi tanda yang besar besar, mungkin kilat menyambar, mungkin ada sedikit retak pada dinding , atau apa saha, Engkau pun tahu..,  yang kecil. Kau cipta dunia ini, kan?  .., ini kalilah.”

Aku pun terus duduk diam, menunggu bukti dari tuhan, mungkin api lilin akan tiba tiba menyambar sentinggi 4 meter macam dalam filem. Lantas aku berkata kepada tuhan:

 “Okey, ini kalilah!”

(sambil aku menoleh kiri dan kanan)

Dan subhanallah, tak ada apa apa yang berlaku.

Sungguh, TAK ADA APA APA YANG BERLAKU!

Jujurnya, Aku rasa sangat kecewa. Tapi aku masih duduk disitu dan berbisik:

 “Allah, ini kalilah, ini peluangMU, Aku masih duduk di sini, aku tak pergi mana manapun, baik, ini Peluang kali ke dua . Mungkin Engkau sedang sibuk. Ada waktu siang, mungkin Kau sedang menyusun hal dunia karena ada banyak ehwal yang terjadi. Kali ini mungkin hanya nampak karpet bergerak, hanya  sesuatu yang kecil., lupakan saja tentang rumah retak atau lilin tadi, seekor burung yang kentut di luarpun okey, aku tak kisah, apapun itu. Lantas sekali lagi aku berkata:

“Okey, ini kalilah!”

(sambil aku menoleh kiri dan kanan)

Dan subhanallah, benar-benar tidak ada apa-apa pun yang terjadi,

Aku langsung takde peluang berkata:

 “tengok, tu dia tanda dah datang, rumah aku dah retak sikit! Adohai.. ”

Tapi hakikatnya, Sungguh tak ada apa apa yang berlaku, dan aku sangat sangat kecewa dan berkecamuk.

Lalu aku fikir, Arghh,  sudahlah, ini adalah kesempatan terakhir untuk aku masuk Islam tapi belum benar ‘menemukan’ bukti.  Dalam kecewa, aku ambil Alquran, buka dan baca:

Subhanallah, ayat pada page yang berikutnya, buat aku tergamam:apa yang aku baca adalah:

 “Untuk sesiapa yang meminta petunjuk, tidakkah cukup petunjuk yang telah Kami  adakan di sekeliling? lihatlah bintang-bintang, lihatlah matahari, lihatlah air. Inilah tanda-tanda untuk orang yang mahu berfikir.”

Subhanallah… Aku rasa sangat takut, terus aku tutup kepala dengan selimut, tutup mata dan terus pura-pura  tidur, sungguh aku rasa sangat takut.

Aku sangat tak sangka akan betapa sombongnya aku yang ingin melihat bukti yang ajaib mengikut piawai aku, padahal sudah ada sekian lama bukti bukti kebesaran Allah di sekelilingku sejak sekian lama..

Sungguh buktinya ada pada penciptaan dunia, pada makhluk yang di cipta-Nya, semua ini adalah jelas bukti bagi kita semua..

Hari berikutnya aku terus buat keputusan untuk masuk agama islam. (Untuk pengetahuan, sebelum itu, aku dah mengkaji islam selama lebih kurang 6 bulan), jadi aku terus ke masjid dan berbisik dalam diri:

“Ini kalilah aku akan mengucapkan kalimah syahadat.”

Hari itu sudah dekat dengan solat isyak, jam lebih kurang antara, 7 hingga  8 malam. Aku masuk ke dalam masjid dan aku tidak percaya melihat begitu ramai orang islam, ada sekitar 1000 orang di dalam masjid tersebut.

Aku berfikir :

“Subhanallah, lihatlah, betapa kuatnya mereka!”

(Rupanya malam itu adalah malam pertama di bulan puasa-Ramadhan muslim! Woha!)

Jadi aku duduk disana dan aku rasa sangat gementar,  kemudian Aku terus berdiri dan seseorang telah membimbingku dengan berkata

“Kau harus mengucapkan kata-kata ini bro ‘asy-hadu‘”

 “Ash apa? Bolah tak buat dalam bahasa Inglish saja?”

Orang itu mengatakan, “Tidak, bahasa Arab dulu...”

Melihat kepada  lautan jenggut yang ramai depan aku, tersalah sebut bahasa arab karang, mati aku nanti, adohai.., apatah lagi mereka semua melihat ke arah aku dengan mata bulat, aku orang Australia tidak tahan sangat dengan tatapan mata yang sedemikian rupa. Kami orang Australia tak ada bakat merenung orang, tapi orang islam sangat berbakat dalam merenung! ..Oh.

Aku berdiri dan subhanallah, seiring aku mengucapkan kata-kata itu, semua ketakutan menghilang dari mindaku. Terasa seperti sebuah shower ada dalam kepalaku dan seseorang memasang air dinginnya. Terasa seakan-akan aku telah dibasuh bersih. Aku ucapkan syahadat dan aku tak menduga begitu banyak saudara muslim berdiri dan menghampiri  dengan menjerit: “Takbir! Allahu Akbar!!” Lalu mereka mulai menciumku dan memelukku. Aku tidak pernah dicium oleh begitu banyak lelaki seumur hidupku, tapi itulah, itulah hari yang indah, Aku mengaku. Hari itu adalah hari dimana aku mendapat lebih banyak saudara daripada yang kubayangkan.

Sejak hari itu, aku tidak menoleh lagi..

Keluargaku agak bimbang bahwa aku akan menjadi sedikit pelik tak macam mereka, mereka rasa mungkin aku akan menembak guna AK-47 dan meletupkan bom., adohai.  Tapi akhirnya mereka menyedari bahwa agama ini membuatkan aku menjadi seorang insan yang lebih baik.

Sebelum masuk islam, Aku ada gelang anjing, (aku tak akan tunjuk gambar) penampilan aku, dengan baju metalicca, dengan logo askar jerman, kasut tinggi budak budak punk, dulu aku ingat cool sangat, tapi teruk bebenor penampilan , Adohai.., tapi Alhamdulillah, selepas masuk islam, aku berpenampilan dan berkelakuan baik lebih kurang macam sekarang.., tolong jangan gelak, tak lawakpun.

Ayah aku adalah orang yang pertama sekali berkata sesuatu yang sangat mengejutkan aku,:

Beliau ada bertanya tentang Al quran yang buat aku rasa sangat seronok kerana aku kenal dia seorang yang sangat keras kepala.. tapi dia berkata:

“Sejak kamu jadi islam, kamu sudah jadi insan yang lebih baik, kamu dah jadi orang yang senang untuk di arahkan, ayah tak perlu susah hati jika kereta tiba tiba rosak dijalanan sebab kamu akan datang tolong bila ayah suruh”

Aku terus buat lawak dengan menjawab:

“Ayah, saya minum-mimum malam tadi, tak tahu pulak jika hari ni masih Ok?”

Woha!

Video asal:


Ps: Allah tak perlu cipta dunia ini dengan perkara ajaib dan pelik pelik untuk menarik perhatian atheis, cukuplah kejadian alam dengan logic sains menarik perhatian orang beriman untuk menjadi lebih bertakwa... Allah knows best.

31 comments:

aim awie said...

Best...naik bulu roma...adeh

Nor Wahi said...

masyaAllah2....asbab hidayat..masyaAllah2...fikir risau ugama Allah akn smpatkan hidayat kepada mereka..

Anonymous said...

salam...
baru baca pasai mr. bean convert to Islam. betui ka?

abu adam said...

nombor ompekkk

Anonymous said...

first......time no.5....hahahaha...

wan jeniang

Hamka said...

aku rasa, aku first time jugak no 6. :)

Anonymous said...

Assalam

7 petala bumi 7 petala langit

Two thumbs up bro!
CF


Hamka said...

8 pintu shurga!

ain diyana said...

masyaAllah.. walaupun dh tgk versi video.. tp bila baca pun meremamg bulu roma.. tak sangka air mata mengalir.. subhanallah...

Noor Baizura said...

Hamka,

"Allah knowS best"

Sebab Allah is singular (only one).


Hamka said...

ok, aku edit, aku mengaku fail inglish masa SPM dulu.., adohai!

MUQARRABINZ said...

cerita yang sangat menarik dlm subtitle oleh Hamka.
Cadangan saya:
Selepas buku Kamar Sutra bolehkah saudara himpunkan cerita-cerita pengalaman yang berlaku dalam jemaah tabligh dalam satu buku, boh la tajuk apa pon. Cerita berkenaan si polan yang berubah dari (-) kepada (+). Kalau selebriti dah ada yang dibukukan. Saya yakin banyak cerita tu dari jemaah tabligh seluruh dunia, tambahan pulak diolah oleh saudara Hamka pasti menarik. Tak tau la kalau saudara Hamka nak buat trilogi kisah saudara. Apa pon terpulanglah.

Am said...

Thank your Hamka

insyirah83 said...

salam..

aku dh tgk video ni..member share kt fb...mmg best la dgr speech dia...kelakar, but at the same time, menyedarkn kita...

pd yg xtgk video lg...tgk la..

bro Hamka, dh terjemahkn kisah ni, dlm bentuk cerita.. but, kalu dgr live pun..mmg best...

hari tu, aku dgr ceramah ttg Islam di Asia Tenggara...

kita selalu rasa, islam kita islam warisan..but, sebenarnya, pejuang2 Islam di Tanah Melayu dulu, bermati-matian berjuang, utk kekalkn islam di bumi kita ni...
means..islam yg kita dpt, bukan sewenang2 nya dpt, sbb Portugis cuba kuasai melaka, bukan sekadar nk dptkn Melaka yg jd pusat perdagangan, but sbrnya niat nk hancurkn Islam...

byk pula kalau nk cerita kt sini..

secara ringkas, kita kene pertahankn Islam yg ada ni..kene selalu2 buat keje dakwah, mcm yg Bro Hamka buat ni..

n, dakwah pula,x semestinya mcm org tabligh saje, yg g rumah ke rumah ajak org solat..even dlm opis, ingtkn kwn ttg dh masuk waktu solat pun dakwah..
sembang2, psl hukum2 tgh hrm merokok pun dakwah..

mcm guy yg convert ni..kalau jumpa, org yg x amalkn islam, sure org tu, akan bg jwpn bukan2, bila dia ty ttg islam..

so, kesedaran la buat kita, utk sentiasa tmbh ilmu..n, kita mmg Umat Rasulullah yg sgt2, disarankn utk tmbh ilmu..malah, ayat al-quran yg pertama diturunkn pun..surah Al-Alaq' 1-6 kn...

bg yg dh berkahwin..anda la Dai'e utk anak2 anda..diaorg ni, mcm org yg baru masuk islam juga..so, mcm mana kita nk terangkn ttg islam, pd maualaf2, mcm tu la, kita nk ajar anak kita..

wallahualam..


Anonymous said...

adohai panjang sgt aku pon perasan sibuk jap lagi dah tak sibuk aku datang balik baca...

muhammad hatim said...

assalamualaikum mr hamka

i already received your buku! wahhhh very good at lukis2 ye , hehehe , tq bro ! insyaAllah i'll support you always , harharhar

Anonymous said...

best..mohon share ya

Anonymous said...

best..mohon share ya

zara aulia said...

Kadang kadang hilang lelah aku bila baca tentang saudara baru nak plak dari dunia sudut sana...lelah dari dok tengok sesama kita dok pecah belah rabak terbarai

Hamka said...

MUQARRABINZ

Ya, aku ada planning nak buat buku bab agama, more to keretamayat.
insyaAllah..

----------
Am

Anytime..

-----------
insyirah83

Tak semudah itu dik..,

------------
muhammad hatim

Sila kagum dari jauh, he he

----------
zara aulia

Like!

insyirah83 said...

Bro Hamka..

Mmg xmudah..
berjuang itu kn pahit...
Sbb Syurga itu manis... (^_^)

Salmah Solehah said...

Dapat bayangkan ketakutan tatkala Bro Abu Bakr membuka Quran page ayat petunjuk Allah malam tu.. =')

Anonymous said...

Ada perumpamaan bgtau
Kenapa kafir salah faham islam? Sebab org islam tak tunjuk islam yang sebenarnya. Contoh "ketua lanun arahkan anak2 buahnya pergi rampas harta, lalu anak2 buah masuk kampung, bukan setakat rampas harta, mereka bakar, bom penduduk kampung, rogol anak2 dara, meraka potong hidung dan telinga, lalu penduduk kampung dalam fikiran mereka akan buat tamsilan, jika mcm ni lah kejamnya lanun, pasti yang lagi kejam ialah ketua lanun. Org bkn islam bila tgk org islam sekarang asyik dengan bunuh,bom,maka mereka yang tak pernah baca tentang akhlak mulia Nabi SAW,buat kesimpulan, jika mcm ni lah kehidupan org islam pasti ketua org islam (Nabi SAW) lagi terorist, Nauzubillah. Muga Allah jadikan kita asbab org blm islam paham islam dan bukan sebg penghalang kpd mereka dn ampunkan kita semua

Anonymous said...

Assalam

Saya rasa bukan orang Islam yang salah kerana tak tunjuk akhlak yang mulia....

Correct me if I am wrong.

Sayalah yang bersalah kerana tak pujuk/dakwah/rayu/gesa/saran orang-orang Islam untuk tiru cara baginda saw...berakhlak mulia.

Sayalah yang bersalah.
100%

Crying Fella

MUQARRABINZ said...

aku juga bersalah, lemahnya tak berdakwah walaupon kepada rakan terdekat.

Anonymous said...

Pesan Org Lama dlm dakwah
"Hari ini usaha untuk penuhkan perut kita,isteri dan anak2 lebih dari usaha kita untuk asbab hidayah 6 billion manusia selamat dari neraka dan masuk syurga...
Baru2 ni johr jem masjid d KL M.Razif bgtau makna
Akhlak - dari 99 keburukan orang, kita akan cuba korek juga 1 kebaikan dia
Ikhlas- dari 99 kebaikan kita, kita tetap akn lihat 1 keburukan dalm diri saya.
W.Alam

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

salam...

nak tanya kepada sesiapa yang berkenaan dan yang tahu. surah apa yang dibaca oleh saudara Abu Bakr..

MGDA said...

ya allah, pakcik hamka, tahniah kerana rajin translate video ni. tak ramai orang boleh buat begitu.

kita rela habiskan masa kat facebook dari buat kerja-kerja begini.

hanya alalh yang boleh membalas.
tahniah pakcik hamka!

awak inspired saya!

Anonymous said...

Aku dapat usaha agama pun sbb blog nih..bila aku buat usaha agama baru aku tau, usaha agama mesti dibuat bulat2 sebijik2 dengan kehidupan Nabi dan Sahabat. Blog tak dapat beri kejayaan pada usaha agama. Tapi itulah taufik dan hidayat, berhala pun boleh ajak orang masuk Islam. Semenjak tu aku dah jarang bkk internet dan baca blog nih. Tiba2 terbuka hati pulak hari ni kan masyaAllah masih lawak macam biasa. Doa2 lah semgoa usaha agama jadi maksud hidup kita semua Amminn..

Anonymous said...

Assalam

Puan Bakal Mayat yang mulia...

Jika browse exact ayat yang Abu bakar baca iaitu ayat:"For those of you who ask for signs". Kita akan dapat macam-macam pendapat.

Ada pendapat yang mengatakan tiada ayat yang exact seperti kata-kata Abu Bakar. Mungkin tafsiran /ingatan sendiri/tersalah dan banyak lagi pendapat yang sewaktu dengannya

Sebenarnya banyak ayat berkenaan tanda kekuasaan Allah. Masyallah dah 4 tahun rupanya isu ni di persoalkan...

I am the Crying Fella
and it's a pleasure if this info could assist you Puan.

Adik yang dapat hidayah baca blog Kereta Mayat...

Sebenarnya...anda dipilih oleh Tuhan Yang menyayangi Anda 70 kali lebih dari ibu anda menyayangi anda.

Tahniah! Tahniah! Tahniah!
istiqamahlah dengan usaha suci ini sehingga kita naik kereta mayat! Woha!

Tuan rumah senyum sampai telinga
God is watching you bro.!
I'm one step behind

Anonymous said...

menangis saya baca ulasan hang ni hamka....huhuhu