Oct 18, 2013

Ubah sistem pendidikan negara?

(Sila baca sampai habis, dan sila bersetuju dengan penulis dihujung karangan, tahniah kerana anda memilih untuk menjadi bijak-Woha!)

Entry ini dimulai dengan gaya blogger perasan popular..

Memandangkan ramai yang baca blog aku adalah orang muda yang bakal jadi ustaz, ehem, ehem! Maka suka aku nak cadangkan kepada bakal ustaz sekalian akan keperluan kita mengubah sistem pendidikan sedia ada..

Ya, aku tahu, ramai ustaz ustaz mainstream hari ini yang telah mengkritik sistem pendidikan negara, tak sesuai-lah, tak islamik-lah, terlalu kapatalist-lah, terlalu sosial-lah, terlalu umno-lah dan macam macam ‘lah’ lagi..

Tapi menulisnya aku hari ini bukan nak bincang isu kelemahan sistem pendidikan negara, tapi aku nak bincang isu kelemahan sistem pendidikan di masjid surau.

Masjid surau di Malaysia mengamalkan majlis ilmu di antara maghrib dan isyak dengan menjemput penceramah yang popular dengan menggunakan dana dari sumbangan orang ramai.

Dana atau ‘hadiah’ kepada ustaz yang datang menghiburkan pendengar dengan ceramah lawak tapi ada isi adalah berbeza-beza, ada yang dapat RM50, dan ada yang dapat RM5000, bergantung kepada dana terkumpul dari masjid surau. (ada jugak ustaz yang ikhlas mengajar menolak sebarang upah)

Kebiasaanya masjid surau akan penuh bila ustaz popular yang datang, jika ustaz yang biasa-biasa, tak ramai orang yang datang, jangan salahkan ustaz, salahkan pendengar yang layan ilmu agama macam hiburan, masih ramai ummat islam yang datang belajar agama dengan bersyarat, antara syarat mereka adalah, (1)ustaz yang ada unsur kelakar, dan (2) sokong parti politik pilihan mereka.

Maka berlumba lumbalah ustaz ustaz membuat kelainan dalam majlis ilmu mereka untuk menarik minat pendengar, ada yang menyanyi, ada yang guna slide, ada yang berlawak selang seminit, ada yang membawa bini bersama, ada yang bernasyid, ada yang memasukan unsur mistik, ada yang bawak gitar dan ada juga yang mencarut sebagai trademark ceramah mereka.

Lalu lahirlah ummat islam hari ini yang mundur dalam kefahaman agama,kerana yang datang memakmurkan masjid bukan lagi kerana Allah, tapi sebab ustaz, tak caya cuba tengok masjid korang ketika tak ada ceramah dari ustaz popular, selamba ramai ramai pakat solat di rumah. Berapa kerat sahaja yang dapat jaga solat 5 waktu di masjid. Ternyata ceramah dari ustaz popular tak banyak membantu ummat islam.

Nak kata ilmu tak ada, ustaz popular dalam berhibur, banyak terselit ilmu, dalam berlawak, banyak masalah fekah diselesaikan, tapi kenapa masih ramai ummat islam yang datang solat ke masjid hanya waktu ceramah ustaz kelakar, bila tak ada ustaz kelakar, masing masing solat di rumah, adohai..

Jadi pada pendapat aku, sistem pendidikan di masjid surau negara kita perlu di ubah, dah banyak sangat ustaz yang kutuk kelemahan sistem pendidikan sekolah di Malaysia, (tak di nafikan pun) tapi tak ada sorang orang awampun yang sanggup bangun dan mengkritk kelemahan sistem pendidikan di masjid surau.

Maka biarlah aku seorang driver keretamayat ini bangun dan menjerit:

“Ini Kalilah! Woha!”

Ok, serius sikit.

Aku tak nak sentuh bab dakwah dari pintu ke pintu kali ini macam Nabi Muhammad SAW selalu buat sebab tak nak iman ustaz menjadi rosak apabila mengkrirtik dakwah cara Nabi, aku play safe kali ini, lagipun agama ini bersifat: “pelan-pelan kayuh”, sesusai dengan nafsu manusia yang terbina secara berperingkat, maka wahyupun turun secara berperingkat.

Jadi, cadangan aku, ceramah di antara waktu maghrib isyak boleh dikekalkan seperti biasa. Ustaz jangan emosi, aku tak nak ganggu periuk nasi korang, itu waktu prime time orang ramai datang ke masjid, dan itu waktu prime time hadiah datang dari AJK masjid.

Cuma masalah ummat islam  hari ini adalah, mereka suka benar bergaduh bab agama kerana berbeza pendapat, tapi bila nak selesaikan masalah berbeza pendapat ini, nak kena tunggu ustaz datang ceramah tapi masa pulak terhad(magrib isyak), dan orang kita pulak sangat malu nak bertanya pada ustaz bila ada masalah terutama dalam majlis ramai orang.

Jadi, Aku nak cadangkan ustaz kena ada satu kaunter dekat masjid surau, (macam amil zakat) dan tunggu orang awam datang mengadu masalah iman atau masalah berbeza pendapat atau apa sahaja. Jika tak de orang datangpun, ustaz masih dapat pahala dengan niat iktikaf.

Kaunter ini harus di buka (buat permulaan) selepas asar, berhenti waktu magrib hingga isyak untuk berceramah seperti biasa dan bukak balik kaunter lepas solat isyak sebelum tutup jam 10 malam. Menunggu orang datang mengadu masalah di masjid surau ini telah di buat oleh para sahabat Nabi, tak caya belek kitab. Ustaz boleh bergilir jika penat beriktikaf dan penting, bila orang datang bertanya apa sahaja masalah agama, kena rekodkan macam doktor rekodkan masalah penyakit di atas kertas.

Setiap penanya soalan(orang kampung), dan penjawab soalan(ustaz), kena tulis rekod mereka atas kertas, terutama tarikh, no phone ustaz dan sumber rujukan ustaz. Satu disimpan oleh penanya dan satu disimpan oleh pihak masjid. Sangat penting semua soalan dan jawapan ini direkodkan kerana sekiranya ustaz tersilap memberi fatwa atau merujuk, maka dengan berpendukan slip tadi, kita boleh selesaikan masalah berbeza pendapat ini dengan membetulkan bukan sahaja penanya, kadang kadang ustaz yang tersilap mentafsir Al quran dan hadis juga dapat di selamatkan.

Hari ini orang awam terlalu bebas bercakap bab agama tanpa ada sumber yang didokumentasikan, hadis daif di tuduh palsu, hadis sahih di tuduh syair arab, tafsir al quran ikut parti politik dan macam macam lagi masalah, padahal jika semua sumber masalah ini di dokomentasikan, maka masalah iman dan ilmu akan dapat diselesaikan macam doktor menyelesaikan masalah sakit kronik dengan merujuk pada rekod rekod yang telah sekian lama di dokumentasikan.

Rekod yang di simpan di masjid tadi pula, hendaklah di semak oleh ustaz ustaz lain atau mufti atau jabatan agama bagi memastikan ustaz pun tak syok sendiri, sebab aku tengok ramai ustaz hari ini suka hati jer bagi fatwa kaum kera bila sentimen menguasai diri.

Dengan cara ini, masalah ummat islam, dan masalah ustaz yang tersalah pun dapat diselesaikan insya-Allah.

Satu lagi, biasanya ceramah yang sedia ada, tajuk ilmu di pilih ustaz, suka hari jer ustaz datang nak ceramah tajuk yang dia suka, sebab tu ada pasal nama malaikat, pasal nama anak nabi, pasal produk ubat dan lain lain yang mana agak membuang masa, sebab benda tu common sense dan jika ditanya pada ustaz secara direct, tak sampai 5 minit dah dapat jawapan, sepatutnya wakyu magrib isyak ceramah mestilah bersifat “targrib” atau lagi bagus, dari dokemnatsi yang telah terkumpul setiap hari, pilih soalan yang paling kerap di tanya oleh orang kampung, dan bincang dengan lebih dalam akan permasalahan itu, atau bincang soalan yang perlu kepada jawapan yang panjang..

Insya-Allah, masalah ummat islam yang suka bergaduh tanpa merujuk kitab akan dapat diselesaikan apabila semua masjid surau ada kaunter “tanyalah Ustaz” yang di buka dari asar hingga 10 malam.

Aku rasa korang dah nampak dah masa depan dengan cara ustaz tunggu orang di masjid macam doktor ini, betapa cemerlangnya ummat islam dengan ilmu yang di dokumentasikan, dan mungkin bila tertalu ramai yang datang ke masjid bertanya soalan, akan ada nombor giliran, dan setiap dari korang akan ada fail koleksi soalan yang korang kumpul dari pelbagai masjid dan pelbagai ustaz..

Dan pada waktu itu, blog keretamayat tidak akan ada lagi sumber dari 'Buznama'.., Insya-Allah.


Ps:  Aku harap bakal ustaz yang membaca cadangan aku terkasima dengan idea yang datang dari otak ciptaan Allah, lalu nama aku tersenarai dalam tokoh Maal Hijrah- woha!

62 comments:

Nash nazali said...

1st woohaaa....

Along said...

Ini kalilah....

Anonymous said...

Terbaik...

Raz Ta said...

Nice, Alhamdulillah

Makwe Kintan said...

aku suka ini entry..

ain diyana said...

rasa nk print je pastuh letak dalam peti surat masjid

alfindani said...

Kagum dari jauh. :)

Anonymous said...

Macam 'confession box' church pulak...tapi baguslah. Accessible. Insya Allah banyak masalah umat yg akan selesai.

Anonymous said...

Insan Fakir Iman

Silap tu, orang kafir yg banyak kaji Islam dalam mencari kelemahan dalam menonjolkan kebaikan agama mereka. Org Islam yg tidak menjadikan amalan Nabi & sahabat sebagai ikutan sehingga perkar ini menjadi asing. Perkara ini yg diceritakan oleh seorang teman dari Sarawak yg dulunya pemuda Mubaligh kristian, ada satu bilik di gerejanya yg tersimpan pelbagai kitab agama lain termasuk al-quran dalam mencari formula terbaik menarik penganutnya ke gereja juga org lain.

Anonymous said...

Assalam

Insyallah jika aku jadi PM aku akan wajibkan cadangan Hamka kepada semua masjid dan surau di Malaysia.

Se lagi...kalau tempat-tempat yang jauh dari surau dan masjid, kita buat meja cam amil zakat. Lepas Asar sehingga lewat Isyak. Pelajar-pelajar Alim yang baru balik keluar dakwah setahun boleh cuba test tengok..he..he..Kat Giant boleh buat, kat Sabasun HyperRuncit pun boleh buat...mana-suka-suka hatilah.

Kalau aku jadi PM, kau akan jadi Penasihat Agama aku. Woha!

Crying Fella
Nice job bro. 2 thumbs up!

Nor Darus said...

memang terbaik cadangan tu..
hamka hebat..

insyirah83 said...

Cadangan yg baik ni..

mudah-mudahan entry ni dibaca oleh ustaz2 di Malaysia..aamiin..

kalau di tempat kerja sy, kami gunakan email utk tanya apa2 kemusykilan agama pd ustaz di tempat kerja..

company mmg ada lantik seorg ustaz, dan andai segala kemusykilan, ustaz juga akan rujuk jabatan agama di sini.(Majlis Agama W.P.Labuan)

email tu, mcm program "tanya lah ustaz" la...

tp, ye la, kelebihan tu, hanya dpt di tempat kerja kami..x terbuka utk umum..

cadangan bro Hamka ni, andai dpt dibuat..insyaAllah, mmg sgt2 bermanfaat.....thumbs up!

Azman said...

Nasihat dari bkn Buznama

Salam Hamka.

Jangan begini Hamka... Mufti2 ada, pegawai agama bersepah2 sampai takde kije. ustaz2 dan peceramah2 bebas ni gak yg Hamka perkecilkan.

Kalau Hamka ceramah secara ikhlas dan tolak sumbangan org masjid. Senyap2 sudah laa...

Jangan pertikaikan mereka yang mmg pagi siang mlm adalah kijer dia berceramah. Kalau mereka tak dapat sumbangan tersebut. mereka nak bagi makan apa kat anak bini diorg?

Dan orang ramai yang bagi pun bukan terpaksa. Org ramai yg bagi (termasuk saya) pun tahu sumbangan ini adalah untuk masuk perut penceramah tersebut. supaya dia jadi lebih kuat untuk teruskan berceramah. Apakah Hamka mahu menafikan niat sumbangan mereka itu?

Kita akui Sunnah Rasulullah SAW Berdakwah dari pintu ke pintu adalah bagus. Namun selain itu Rasulullah SAW juga ada menyampaikan method dakwah secara berceramah dan lain2. Jangan lah Hamka nafikan method yang lain2.

Method dakwah ini luas sebenarnya Hamka... Tolong lah Hamka jangan sempitkan. Bagaimana cara ustaz2 diluar sampaikan terpulang. Jangan Hamka perkecilkan.

Cuba Hamka rujuk balik Perjuangan Dakwah Rasulullah SAW dan hamka cuba ulas secara keseluruhan sirah tersebut. Apakah ksimpulannya dari pintu ke pintu? Insan tercinta kita didik kita untuk sampaikan Syiar Islam dari segala macam bentuk perjuangan, dari semua peringkat dan meliputi semua golongan.

Jika Hamka kata dakwah dari pintu ke pintu adalah terbaik. saya kata salah satu yg terbaik. Hamka ada menulis blog, menyampaikan dakwah melalui teks. Apakah ia bukan salah satu yg terbaik? Apakah Hamka lupa bahawa Rasulullah kita juga ada menyampaikan dakwah secara teks?

Salah satu didikan rasulullah SAW pada kita adalah melihat potensi dan keupayaan seseorang. Beberapa sahabat bertanya pada Rasulullah masalah yang sama namun Rasulullah SAW menjawab dengan jawapan yg berlainan. Mengikut siapa yg bertanya.

Bagitulh yg diajarinya oleh kita. Melihat dari segala sudut yg sesuai. Jika sesorg itu guru mendidik anak2 muslim dan bkn muslim sambil itu diterapkan unsur dakwah adalah lebih sesuai untuknya. begitu juga dengan peniaga2, pengurus2. Ada method dakwah yg sesuai dengan mereka. Jangan lh Hamka nafikan atau perkecilkan.

Saya suka blog Hamka. Tapi kalau berterusan macam ni cara penulisan Hamka. Hamka tidak ada bezanya dengan ustaz2 lain yang Hamka dok kutuk.

Hamka dengar sedikit nasihat saya. Jika orang lain tidak bersependapat dengan kita. Tidak bermakna mereka silap dan tidak bermakna juga Hamka betul. Mungkin kedua2nya adalah betul.

Kita tegah dan betulkan mereka yang nyata batil. Bukan yg tidak sependapat dengan kita.

Akhir kata... Maaf kalau rasa saya menganggu kesibukkan Hamka. Kita sama-sama sibuk. Sibuk menghadapi mati dengan cara yang tersendiri.

Anonymous said...


Salam

Err...En Hamka Kereta Mayat ada bukak n bertugas kat kaunter pertanyaan agama mane2 tak????

-Mawar Putih-

crying freeman said...

orang macam azman yang jahil agama tapi perasan pandai masib banyak dalam malaysia yang membuatkan agama terus mundur.

azman, cuba baca apa yang hamka tulis dengan berpalang dada.

kenapa sesat dalam cahaya?

Anonymous said...

apa ko merepek ni azman...
sahih ko xbca apa drver krta mayat buruk ni tulis...
adoii... azman...azman...

Robot Polis said...

En Azman, anda boleh ignore yg keroh dn ambil yg jernih dr post ini. Biar sy rumuskn ngn bhs yg lebih indah:

Mmg sgt bagus ramai penceramah yg telah menyampaikan ilmu ketika ini. Namun waktu diantara maghrib dan isyak adalah amat singkat utk mereka mjawab dn melayan 1001 psoalan umat.

Maka kaunter "Tanyalah Ustaz" di setiap masjid dn surau boleh membantu umat yg lebih byk merujuk Ustaz Google. Fungsi mereka ini dijangka akan byk membantu penceramah2 dgn mengenalpasti ilmu yg lacking dikalangan umat.

p/s: umat ari ni mmg kurg ilmu, bntulah mereka. Ble nk bertanye tu jgn la pulak hentam, "Umur dh 40, mandi wajib pn tatau???!!!!"

Anonymous said...

cadangan ini sangat bernas...

sila print dan letak kat masjid... mesti AJK masjid pening nak start dari mana dulu...

idea yang bernas belum tentu diterima...

lebih kurang sama nabi mencadangkan madu dan habatus sauda sebagai ubat tapi manusia lebih pecayakan panadol dan vaksin sebagai gantinya..

apakan daya ustaz juga manusia

aku nak buku ko percuma bleh tak? wohaaaa!!


Anonymous said...

Assalam
Anonymous 2.09am
Kasi alamat ko kat Hamka

Nanti aku bayarkan, tolong doakan aku agar mati di jalan Allah...

Crying Fella

nawarzara said...

Hamka,

Aku rasa ko dah tulis dengan cara paling senang nak faham, tp still gak ada yang x faham ape kau maksudkan...hahahaha len kali ko kena bukak kaunter pertanyaan gak la hamka...sian plak aku tengok orang yang x faham nih...x faham atau x baca sampai habis?????

Anonymous said...

macam mana nak discribe orang yang tak faham tentang ulasan orang yang berhujah tapi difahami sebagai orang yang tak faham?

tiap kali orang komen berbau tidak seakan burung kakak tua dikira 'tak faham' tolong bubuh sekali disclaimer kat bontot blog ni

'untuk kita kita jew!'

wohaaaaa...

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

Salam..

Saya sokong!!!!

Anonymous said...

Salam;

Ustaz2 mereka sudah ada tugas mereka berceramah di masjid. Yang datang (jika ustaz tak popular) mungkin 30 -40 orang = itupun dah ramai. Apa kes dengan ribuan orang yang di luar sana yang asyik dengan dunia mereka. Jadi apa salahnya jika kita yang belum ustaz ni bantu ustaz2 dengan tarik orang di luar sana (ziarah rumah ke rumah-mcm cadangan bro hamka)ke majlis ceramah mereka. Insha Allah ustaz2 akan mula menghargai usaha ziarah ni dan orang Tabligh pula akan bertambah semangat untuk buat usaha mereka.

W.Alam

Hamka said...

Salam Hamka.
(salam)

Jangan begini Hamka... Mufti2 ada, pegawai agama bersepah2 sampai takde kije. ustaz2 dan peceramah2 bebas ni gak yg Hamka perkecilkan.
(pegawai agama bersepah tak ada kerja?)

Kalau Hamka ceramah secara ikhlas dan tolak sumbangan org masjid. Senyap2 sudah laa...Jangan pertikaikan mereka yang mmg pagi siang mlm adalah kijer dia berceramah. Kalau mereka tak dapat sumbangan tersebut. mereka nak bagi makan apa kat anak bini diorg?
(rezeki Allah tu luas, jangan sempitkan rezeki dengan meminta upah dari ilmu agama)

Dan orang ramai yang bagi pun bukan terpaksa. Org ramai yg bagi (termasuk saya) pun tahu sumbangan ini adalah untuk masuk perut penceramah tersebut. supaya dia jadi lebih kuat untuk teruskan berceramah. Apakah Hamka mahu menafikan niat sumbangan mereka itu?
(jika tak sumbang, maka mereka akan lemah, mereka perlu sumbangan untuk lebih kuat? Wow)

Kita akui Sunnah Rasulullah SAW Berdakwah dari pintu ke pintu adalah bagus. Namun selain itu Rasulullah SAW juga ada menyampaikan method dakwah secara berceramah dan lain2. Jangan lah Hamka nafikan method yang lain2.
(Bila masa pulak aku nafikan method lain, aku suruh berceramah macam biasa, baca tak entry aku ni?)
Method dakwah ini luas sebenarnya Hamka... Tolong lah Hamka jangan sempitkan. Bagaimana cara ustaz2 diluar sampaikan terpulang. Jangan Hamka perkecilkan.
(perkecilkan jika kutuk tanpa cadangan, tapi krirtikan dengan cadangan itu dinamakan improvement)
Cuba Hamka rujuk balik Perjuangan Dakwah Rasulullah SAW dan hamka cuba ulas secara keseluruhan sirah tersebut. Apakah ksimpulannya dari pintu ke pintu? Insan tercinta kita didik kita untuk sampaikan Syiar Islam dari segala macam bentuk perjuangan, dari semua peringkat dan meliputi semua golongan.
(dari pintu ke pintu.., dakwah cara semua Nabi, dah banyak kali aku ulas, adohai)

Jika Hamka kata dakwah dari pintu ke pintu adalah terbaik. saya kata salah satu yg terbaik. Hamka ada menulis blog, menyampaikan dakwah melalui teks. Apakah ia bukan salah satu yg terbaik? Apakah Hamka lupa bahawa Rasulullah kita juga ada menyampaikan dakwah secara teks?
(ya, dan teks itu dihantar bersama utusan yang faham agama, bukan post dan tinggal, dan utusan itu akan jawab soalan jika sipenerima tak faham, dan itulah dakwah face to face)
Salah satu didikan rasulullah SAW pada kita adalah melihat potensi dan keupayaan seseorang. Beberapa sahabat bertanya pada Rasulullah masalah yang sama namun Rasulullah SAW menjawab dengan jawapan yg berlainan. Mengikut siapa yg bertanya.
(sebab tulah aku suruh buka kaunter, sebab ustaz sekarang jawab secara umum, orang boleh salag tafsir, kan bagus Tanya secara individu macam Nabi buat, aku cadang buat kaunter, korang cakap aku perkecilkan ustaz pulak, adohai)

Bagitulh yg diajarinya oleh kita. Melihat dari segala sudut yg sesuai. Jika sesorg itu guru mendidik anak2 muslim dan bkn muslim sambil itu diterapkan unsur dakwah adalah lebih sesuai untuknya. begitu juga dengan peniaga2, pengurus2. Ada method dakwah yg sesuai dengan mereka. Jangan lh Hamka nafikan atau perkecilkan.
(ramai orang salah tafsir bab solat Jemaah, jadi tak hairan ramai salah tafsir bab method dakwah, cub abaca tafsir al quran sambil praktik, lain kefahaman kita, insyaAllah)

Saya suka blog Hamka. Tapi kalau berterusan macam ni cara penulisan Hamka. Hamka tidak ada bezanya dengan ustaz2 lain yang Hamka dok kutuk.
(samakan aku dengan ustaz, aku anggap ini pujian)

Hamka dengar sedikit nasihat saya. Jika orang lain tidak bersependapat dengan kita. Tidak bermakna mereka silap dan tidak bermakna juga Hamka betul. Mungkin kedua2nya adalah betul. Kita tegah dan betulkan mereka yang nyata batil. Bukan yg tidak sependapat dengan kita.
(ok)
Akhir kata... Maaf kalau rasa saya menganggu kesibukkan Hamka. Kita sama-sama sibuk. Sibuk menghadapi mati dengan cara yang tersendiri.
(Aku maafkan)

piriton said...

ape2 pn semuenye bermula di rumah.. klu mak n abhye jrg ke masjid, cmne la bdk2 mude ni nk tau psl agama?

Anonymous said...

Assalam

Nabi saw yang mulia tidak dibesarkan oleh ibu bapanya yang mulia.

Dibela oleh 2 hamba Allah yang baik hati.

Siapa ibu bapa Bilal rahu.?
Kabab rahu.?
Ibu bapa Khalid ahli masjid?
Umar rahu.?

Bukan salah sesiapapun....

Sayalah yang bersalah, makhluk ciptaan Allah yang terbaik kunun... tetapi malu/malas/lemah/takut nak pujuk, rayu, dakwah semua orang.

Kerana tulah ramai orang jauh dari Allah dan Rasul.

Crying Fella.

Anonymous said...

boleh mula dengan meletakan ustat tablik dulu secara berjadual. terutama yang tak kerja. kemudian diikuti yang tak kerja makan gaji dengan majikan.

Anonymous said...

tak ahh... apa plak, patut yang mula siapa yang beri cadanganlah...

Oooo ok ok sebenarnya aku tak faham...jap nanti aku baca dari atas sampai kebawah balik...

Anonymous said...

ustaz tabligh mulakan dulu, baru kami ustaz lain akan ikut.

cakap senang lah..

Anonymous said...

Tiap2 bln rmai yg akn sdiakn diri&masa mrk,bkn skdr bka kaunter d msjd2/srau2 dr asar k lewat mlm lps isyak,bahkan skurg2ny slama 72jam btrusn i'tkf..masa ksdiaan 72jam bulanan mrk x smua serentak lalu bgilir2 la khadirn mrk d mn2 msjd/srau..dtg skmpln utk 72jam ptma ssuatu bln,stlh kmpln itu bubar mk dtg plak kmpln strusny utk 72jam strusny bg bln tsbut..stlh kmpln itu bubar mk dtg plak kmpln brikutny utk 72jam brikutny bg bln tsbut..&ini btrusn spnjg bln spnjg thn..ins Allah..hny sj,apbla ktiadaan mn2 individu dlm kmpln itu yg bklykn utk mjwb masail fiqh,mrk jg akn rujuk kpd ustaz2 dr klgn org tmptn d kjiranan msjd/srau bknaan..so,lenkali org tmptn sktar msjd/srau bknaan pn tau ustaz d tmptn mrk yg bole drujuk..ins Allah..(selain mnunggu2 ustaz pceramah wktu mghrb-isyak utk btny soklan)..itu mrk yg sdiakn diri&masa bulanan 72jam k msjd2/srau2 d luar tmptn mrk..bg msjd2/srau2 dlm tmptn mrk plak,tiap2 dr mrk btggjwb sdiakn diri&masa skurg2ny 2.5jam tiap2 hari, smda ada/x kmpln yg i'tkf 72jam d msjd/srau mrk..oleh krn bkmgkinan tdpt pbzaan ms utk sdiakn diri&masa d klgn mrk dr tmptn yg sm,mk bole dbntuk bbrp kmpln yg dpt sdiakn diri&masa utk slot 2.5jam yg blainan..so,akn wujud masa rujukan yg lbih pnjg tiap2 hari..& ins Allah smua ini dbuat dgn sistematik&drekodkn krn stiapny akn dbntgkn laporan scra harian,mgguan,bulanan dsb utk kprluan pnambahbaikan demi mnf't smua pihak..
Ok,bila agaknya kamu ustaz lain akan ikut?
*dh lm tertunggu2 ustaz lain ikut..huhu*

Anonymous said...

oh. maksudnya ustat tablik dah buat pun apa yang dicadangkan. tapi apesal tak nampak pun kaunter tu kat kawasan masjid aku ya?

#sarawak

Anonymous said...

lain kali buat dulu, dah berjaya baru masuk kat dlm blog k..

barulah boleh cakap 'nice job bro'

adoiyai...

oohhh ok aku tak faham sebenarnya... ianya cuma cadangan je kan,... cadangan ni plak hanya untuk para ustaz kelakar, penyanyi hindustan, ustaz PAS jer kan...oooooo...

jap aku baca balik dari atas sampai bawah k...mungkin aku tertinggal satu abjad lagi...




Hamka said...

apa kejadah korang bergaduh kat sini?

dakwah ni bukan kerja orang tabligh, tapi kerja semua ummat islam.

Tak di nafikan ada ustaz tabligh dakwah rumah ke rumah, tapi ada ustaz lain cakap cara tu kuno, ada jugak ustaz tabligh beritikaf 3 hari di masjid tunggu orang datang, pun ada ustaz cakap cara tu kuno..

moral di sini adalah, jangan tengok ustaz tabligh ke ustaz tak tabligh ke? yang penting kita sama sama bantu agama Allah, aku cadang ni pun nak bantu agama Allah, bukan nak kondem, nak tambah baik, pun korang masih nak gaduh?

adohai..

Anonymous said...

ustaz tabligh dah lama buat dah boss, dia tak ada la bukak kaunter macam kaunter tiket bas tu pandai, kenapa kamu tak nampak? sbb bila kamu nampak org tabligh dtg surau masjid kamu, kamu lari, kamu terus pukul rata kata org tabligh ni tak dok ilmu, jahil etc, walhal dalam jemaah tersebut mungkin ada mufti, ulama, alim, hafiz etc...

so terlajak kereta boleh diundur, terlajak type nampak pandainya...

Anonymous said...

Bace brulang ulang smpai phm ye... org bace skali dh phm dh..benak betul la...itula trlalu taksub dgn politik democrazy kepartian ini la jd nye....

Anonymous said...

Bgmn pun tuan, Allah swt tlh mltkkn tggjwb mmlihara ahli klrga dr api neraka d ats bahu2 para bapa..
"Quu anfusakum wa ahlikum naaran"
Malah org tua2 kita para ulama salafussalih tlh mbrikn mutiara kata yg amat bguna ttg peranan para ibu..
"Ummu kalmadrasatul ula"
Sbgmn yg dtekankn dlm ulasan shbt d atas, ANAK2 MUDA punya haq dr ibubapa, yg slh satuny adlh pdidikn agama..

Bkn menafikn nama2 yg tuan sebutkn, hny sj mrk itu mdpt agama bkn d usia mudany..
Malah usaha d klgn wanita bperanan bsr demi mbentuk wanita2 khususny para ibu, yg mmpu mhidupkn suasana agma dlm rmhtgga trutama dlm khidupn ank2 mrk..
Wallahu a'lam..

Anonymous said...

Allah swt x mnilai hasil dr usaha kita krn hasil itu haq Allah..tp Allah mnilai sjauh mn usaha dbuat..
Nabi Ibrahim pn kbingungn blmn dperintahkn utk mnyeru mnsia mdtgi baitullah krn x tcapai akal akn hasilny..namun Allah tegaskn bgnda utk lakukn usaha ats apa yg dperintahkn, ktentuan hasil dr usaha tsebut haq Allah smata2..

Moral of d story, xperlu pun papar kberhasiln ssuatu usaha..

& nmpkny tuan dh ttggl byk abjad,bkn 1 je..

aku_ein said...


Anonymous 10:14 PM, October 25, 2013

"...ustaz tabligh dah lama buat dah boss, dia tak ada la bukak kaunter macam kaunter tiket bas tu pandai, kenapa kamu tak nampak? sbb bila kamu nampak org tabligh dtg surau masjid kamu, kamu lari, kamu terus pukul rata kata org tabligh ni tak dok ilmu, jahil etc, walhal dalam jemaah tersebut mungkin ada mufti, ulama, alim, hafiz etc...

Sekarang ni, bukan semua orang tahu yang datang masjid adalah ulama, mufti dsbg, sebab tu kena buat kaunter supaya orang ble gi tanya..kena ingat bukan semua orang yang nak cari ilmu, atau nak bertanya, main bedal je tanya orang..paling kuat pun dia tanya pak imam atau orang yang dia kenal..

Sekurang2nya, kalau ada kaunter, orang dah tau yang jaga kaunter adalah yang layak, xkira la sapa pun, sebab sekurang2nya, oarang yang ditanya ada mencatat dalam "buku temujanji" yang macam kat spital tu..supaya sekurang2nya mufti ke jabatan agama ke ble pantau sama ada betul ke x..

mungkin ada orang tabligh dah buat, tahniah..tapi cadangan Hamka adalah untuk "dokumenkan" supaya boleh jadi rujukan, panduan dsbg..

WA

Anonymous said...

aku_ein

Dokumenkan pun dah ade dah.... pernah pergi sri petaling? tak pernah kan?

Nak kenal ulama, mufti, alim kenalah rajin datang masjid, berdamping dengan mereka, tak la mufti, ulama, ustaz kena pakai nametag kot macam gov, atau kena declare... "saya ialah mufti - sila tanya soalan pada saya"... ish ish....

"kaunter" yang Hamka maksudkan tak semestinya macam kaunter tiket bas tu pandai....

Anonymous said...

dulu aku pernah tanya maulana Hamid di Sri Petaling direct tentang hukum nikah di siam...

memang ader "ofis" dowh... kaunter dia cuma meja mengaji tu, dan ade macam "department" mean, kalau nak tanya hukum bab perniagaan "kaunter" lain, bab ini "kaunter lain"... aku nak tanya bab nikah ni kena tunggu "kaunter" Maulana Hamid... pergh tanya direct dengan Maulana...

2x aku tanya, last masa Maulana Hamid datang ke Ipoh... aku tanya pulak hukum nikah khitbah, dah macam "kaunter bergerak" pun ader... more advance :) thank you pakcik2 dan abang2 tabligh ya...

Anonymous said...

lol. kalau camtu berlambak da ustaz-ustaz lain buat. UAI lagi merata ceruk masjid dia buat. jadi kaunter bergerak. yang hamka nak tu tukang jaga kaunter macam hospital.

Anonymous said...

Haa..fhm pun..yg dcadangkn adlh eveready counter by qualified asatizah & its documentation..
Alhmdllh klu dh rmai ust yg sdia hdir bcramah&ada sessi soaljwb..tp msny amat trhad,malah jwpn kbykn adlh scra umum yg bole dsalaherti blmn x mnepati kprluan indvdu yg btny m'ikut k'daanny..
lalu,sessi face2face itu la intipati cdgn dgn ruang ms yg ssuai bserta sistem rekod bg mmudhkn pmantauan..x kisah la mn2 ust pn..
Smga para asatizah dpt mbgnkn pdidikn msjd2/srau2 dgn bkesan..spy msyrkt lbih dkt dgn institusi msjd tnpa mngira ust fofular/x, blagu bollywood/x, pas/umno/apa2jela..yg pntg ust2 tu mltkkn kbaikn ummat sbg mtlmt khdmt yg dbri&xde unsur2 kpntgn pribadi..
Wallahu a'lam..

Anonymous said...

Tambahan..klu kdai 24jam bole bg khdmt 24jam dgn mnydiakn kprluan fizikal&duniawi indvdu m'ikut k'daan msg2, pasti&pasti bole diusahakn eveready counter d msjd2/srau2 yg lbih pntg utk mnydiakn kprluan ruhani&ukhrawi ummat 24/7..

Anonymous said...

kalau nak on duty sampai 24jam, bagus manfaatkan sahaja teknologi facebook yang cipta mark zuckerberg. tanya soalan direct ke ustaz. bila2 masa jer boleh tanya dan dapat jawapan. lebih relevan dari duduk di kaunter masjid 24jam. siapa nak bayar gaji ustaz duduk di masjid? apa ustaz tak perlu bekerja untuk cari makan ker? kalau nak compare dengan 7/11 pekerja tu di bayar.

Anonymous said...

Ko ni dari parti sekular umno ye... kalo jwpn org pas xde mcm ni...

Anonymous said...

Adoiyai...
Pkrja 7/11 tu keje dgn mnsia..utk mnf't fizikal&duniawi mnsia lain, pn still bole dpt gaji walhal hakikatny rezeki gaji itu kurniaan Allah ats usahany mmudhkn kprluan fizikal&duniawi orglaen..
Pkrja msjd/srau tu keje dgn Allah..utk mnf't ruhani&ukhrawi mnsia lain, xde kyakinan ke bhw Allah bole kurniakn rezeki ats usahany mmudhkn kprluan ruhani&ukhrawi orglaen..
Rosak mung nih..

Anonymous said...

Tambahan..pkrja 7e pn ade shift..xkan la ust2 dzalimi dgn beban keje 24/7..dlm cdgn pn dh dbgtau spy wujudkn gilirn..
Lgpun, cdgn adlh demi pnmbhbaikn pdidikn msjd2/srau2 yg mn bkait lgsg dgn pmbgnan iman&amal..
pdidikn akademik pn mnsia fhm kpntgnny dbgnkn scra hadiri klas/kuliah, diskusi face2face dgn gru/pnsyrh, inikn plak ilmu akhrt..
Utk ilmu duniawi mnsia tau plak pntgny mdpt pnduan m'ikut kaedah yg tepat, tp utk ilmu ukhrawi...iskk,iskk... adakh dgn ber-fb je?
Adoiyai...

Anonymous said...

Ada negara yang telah hidupkan masjid dengan amalan 24 jam ni dan kesan dia memang hebat. Kadang2 solat subuh pun 3 kali shift (kerana terlalu ramai yang datang solat)..mcm kilang yang operation 24/7, produknya bukan hanya di malaysia tp dieksport ke serata dunia. Begitulah umpamanya masjid nabawi di zaman Nabi saw yang hidup 24 jam telah melahirkan sahabat r,hum yang berkualiti hinggakan dihantar ke seluruh alam untuk maksud hidayat ummat..

W.Alam

Anonymous said...

mereka tak pernah ke luar negara... itu sebab mereka tak nampak, berbuih kita explain pun kalau mereka tak lihat sendiri mereka akan tetap bayangkan yang kaunter tu macam kaunter tiket bas or kaunter tiket hospital.... explain la macam mana pun... umpama kita explain solat subuh 3 shift dan 99% orang datang solat subuh.. mesti mereka ingat kita ni menipu...

no choice... kita kena ajak mereka keluar dan lihat sendiri....

=X=54

Anonymous said...

berbelit belit

point dia senang jer, ko bagi lah cadangan bagai pon... kalo ianya cadangan yang baik walaupon tak praktikal ianya tetap baik jugak.

ko nak angkat jemaah tabligh ngan maulana ko sampai terangkat jubah pon suka hati ko jugak...

tapi jangan lah dok sindir orang lain dengan usaha dorang...tu jer, susah nak faham juga ker..

oh akhirnya aku jugak tak faham... baik aku akan baca untuk kali ke 145..

sudah sudahlah dengan ayat 'tak faham' tu

KLISE!

adoyaiii yaiiii yaiiiii....

Anonymous said...

MasyaAllah tuan..
Nabi SAW tak ajr kite brgaduh.. bg yg buat usaha agama.. brgaduh nie bkn cre die utk buat mereka fhm.. sbaek2 nya kita tnjuk akhlak yg baek.. insyaALLah mudah-mudahan Allah sebarkn hidayat.. yg pntg jge 5 amal..

Hamka said...

aku play safe pun korang nak gaduh, adohai..

Anonymous said...

145 kali die bace... rajinnye... tahniah....

Anonymous said...

Nak Maju dunia pandang kedepan.
Nak maju Ugama pandang kebelakang.

Sekaian laporan saya.
Terima kasih.
Daun

Anonymous said...

Nak Maju dunia pandang kedepan.
Nak maju Ugama pandang kebelakang

setuju...

ranting

Anonymous said...

"oh akhirnya aku jugak tak faham... baik aku akan baca untuk kali ke 145.. "

Hahaha...

Anonymous said...

dakwah ustaz tazkirah antara maghrib dan isya itu ok

dakwah ustaz kelakar pon ok

dakwah maulana itu ok

ketuk pintu pon ok

bukak kaunter pon ok

pakai facebook pon ok

pokok pangkalnya segala jenis dakwah adalah ok selagi ianya tak melangar hukum syara'

dah pegi update entry baru...

menyampah pulak aku bergado benda yang bukan bukan ni...ko ingat ko tak dapat saham ker?

Tasbih Kaffarah

Hamka said...

Tasbih kafarah, okey, dah buat entry baru :)

detective nie said...

aik.. dah tasbih kafarah da?

Anonymous said...

Woha 40000 kali

kingkong said...

thanks gan infonya !!!

www.bisnistiket.co.id

Anonymous said...

kalauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu