Oct 30, 2013

Berdakwah kena ada ilmu dan tauliah?

(Satu hari di bumi Malaysia: Al kisah orang yang tak de ilmu dan tauliah… adohai)

Satu hari ada surau baru siap di sebuah kawasan perumahan, ketika belum ada AJK dan Pengurusi yang dilantik, surau itu hanya menjadi tempat beberapa penduduk datang untuk bersolat sahaja.

Lalu aku dan beberapa rakan cuba nak hidupkan surau tu, (ehem! Ehem!) nak buat ceramah agama yang bertajuk “fikir atas iman, ilmu dan amal” tapi pesan guru kami, nak buat ceramah, kena pergi jemput orang kampong terlebih dahulu, jika tidak nanti, ianya menjadi tidak adil apabila kamu sibuk membuat hubungan dengan Allah di rumah Allah, tapi melupakan hubungan dengan masyarakat luar.

Bayangkan jika Nabi hanya buat ceramah di rumah Arqam tanpa pergi jemput orang islam lain datang dengar ceramah beliau?, bukankah tak patut jika beramal nak masuk shurga sorang sorang? Kerana itulah Nabi pergi ketuk pintu rumah ke rumah ajak orang masuk islam dan ajak orang islam pergi belajar agama di rumah arqam (ketika di Mekah) atau ajak orang ke masjid Nabawi (ketika di Madinah)

Jadi, kami dengan niat nak hidupkan sunnah Nabi, telah pergi rumah ke rumah, ajak orang kampong datang masjid dengar ceramah kami.

Of course kami boleh guna FB atau SMS ajak orang kampong datang masjid, tapi benda penting ni elok kita jumpa secara bersemuka, contoh macam nak pinang anak orang, boleh sajer guna mesej FM, Whassap, SMS atau telefon, tapi siaplah korang kena maki dengan mak bapak si perempuan kelak kerana tak beradab, maka, menyeru manusia kepada Allah adalah jauh lebih tinggi darjatnya dari menjemput orang datang kenduri, maka kerana itu kami pilih berdakwah cara nabi dalam Al quran, jumpa manusia dari rumah ke rumah. Lebih beradab dan lebih mirip kepada Sunnah.

Alhamdulillah, lepas maghrib, ada beberapa muka baru datang dengar ceramah kami, dihujung ceramah, kami ajak pulak orang yang datang tu buat macam kami jugak, iaitu kamu kena ajak orang lain pulak datang minggu depan, macam MLM gitu..

Tapi bila berdakwah rumah ke rumah ni banyak mujahadah, ada yang caci kami, ada yang lari, ada yang halau dan ramai jugak yang suka, dalam susah tu, belum sampailah tahap kena pukul macam nabi Muhammad SAW, tak ada orang kampong yang baling batu sampai berdarah badan Nabi macam penduduk taif buat. Allah tahu iman kami yang lemah, maka ujian pun kecik kecik sahaja…

Jadi kami okey sahaja, kadang kadang ada yang setuju untuk datang surau tapi tak datangpun, ada yang macam suka tapi masih solat di rumah, ada yang buat bodoh macam cakap dengan tunggul kayu, sabar jelah, dan pernah kami ceramah di surau tanpa muka baru,

Nampak macam tak ada hasil, tapi kami teringat dalam quran kisah nabi Nuh berdakwah, sepuluh tahun jumpa kaum dia, baru dapat satu orang, seratus tahun, baru dapat 10 orang, dan dekat seribu tahun, baru dapat 83 orang, jadi kami ikut pesan Nabi, berdakwah tu kerja kita, tapi yang bagi hidayat tu kerja Allah, Nabi Muhammad SAW berdakwah di Mekah, 13 tahun baru beberapa ratus pengikut, apalah sangat kami yang berdakwah tak sampai satu jam sebelum magrib ini.., adohai.

Lagipun kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan. Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, tapi Firaun tetap mati dalam keadaan kapir, manakala Nabi Musa tetap tergolong orang yang Berjaya, dan memang hidayat ini milik Allah, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat, semua kerja Allah.., apa lagi nak di kata?

Dalam kami belajar belajar hidupkan sunnah nabi berdakwah dari pintu ke pintu, orang kampong mula melebel kami sebagai “Kumpulah Tabligh”. Hairan sungguh kami dengan sikap orang yang melebel ini sebab cuba tuan tuan bayangkan, jika orang islam sudah ramai yang tidak solat tahajjud, lalu tiba tiba muncul orang islam bangun solat tahajjud, tak kanlah kita nak lebelkan mereka “kumpulan Tahajjud”? woha!

Begitulah ummat hari ni, apabila ramai orang islam yang dah tinggalkan tabligh cara Nabi, dan bila ada yang belajar-belajar buat, di tuduh: “kumpulan Tabligh” dengan air muka menggambarkan unsur sesat pada usaha itu, sedangkan:Tabligh, Amanah, Siddik, Fatonah ni sifat Nabi tuan tuan, sama jugak kaki ponteng solat Jemaah, bila Nampak orang ulang alik solat Jemaah: di lebel sebagai “geng masjid” “kumpulan riak” dan sebagainya, Adohai..

Balik pada kisah kami di surau, Alhamdulillah, lama kelamaan, penduduk semakin bertambah, surau jugak semakin bertambah ahli Jemaah, maka lantikan pengerusi baru dan AJK baru dibuat, lalu segala program masjid diatur jadual kuliah oleh pengurusi baru dengan menjemput ustaz ustaz terkenal dengan membayar ‘saguhati’ kepada penceramah guna dana dari sumbangan derma orang ramai.

Surau itu kini mempunyai jadual yang penuh dengan ustaz mengajar dan pengurusi baru mengosongkan satu malam untuk kami membuat majlis “fikir atas iman dan amal”, pernah pengerusi surau mencadangkan agar kami dibayar RM50 setiap kali ceramah seperti ustaz lain tapi kami menolak dengan ikhlas sebab kami semua usahawan, sudah ada pendapatan sendiri, jadi dalam bab agama biar kami ambik upah di akhirat sahaja. Amin..

Maka aman damailah penduduk kampong itu dengan majlis dakwah sekali seminggu yang bergerak dari rumah ke rumah, dan majlis ceramah agama dari pelbagai ustaz setiap malam antara magrib dan isyak. Setiap pagi juga, di surau itu hidup dengan bacaan hadis Nabi tentang kelebihan amal.

Namun ujian akan selalu datang, sampai masa jawatan pengerusi dan AJK baru bertukar, pengurusi kali ini pula seorang ustaz, lalu mengeluarkan undang undang baru, hanya ustaz sahaja boleh berceramah. Orang yang bukan ustaz tak boleh berceramah kerana takut sesat. Maka program kami telah dibuang, dan diganti dengan ustaz yang lebih banyak ilmu dari kami. Majlis bacaan hadis 10 minit setiap pagi jugak diganti dengan ustaz yang mengajar kitab “penawar bagi hati” juga 10 minit..

“Saudara, nak berdakwah ni kena ada ilmu, nanti orang boleh jadi sesat jika tak ada ilmu dan tauliah”. Kata pengerusi surau.

Tapi kami tak kisah, memang maksud asal usaha kita adalah untuk majukan masjid surau, dah ada ramai ustaz yang layak, biarlah mereka yang menjadi pembimbing kepada masayarat yang datang ke masjid.

Cuma…

Alangkah baiknya, jika ustaz-ustaz juga turut ‘berebut’ membuat dakwah yang kami buat dari pintu ke pintu, sebab kamipun bukan ustaz, kamipun tak de ilmu dan tauliah dalam menghidupkan amalan sunnah Nabi ini, kan bagus jika ustaz ramai ramai bergilir juga berdakwah dari pintu ke pintu? Orang kampong pun suka sebab yang datang ketuk pintu rumah mereka macam Nabi selalu buat tu adalah ustaz dan ulamak.

Lalu ceramah tiap tiap malam, dan dakwah rumah ke rumah tiap tiap hari oleh ustaz bergilir gilir, akan mewujudkan suasana agama mirip di zaman nabi Muhammad SAW. Dalam satu hadis, apabila di sebuah daerah, penduduknya solat berjemaah, bangun malam dan ziarah satu sama lain atas maksud agama, maka kampong itu akan dihindari bala, dan di percepatkan Rahmat.

Mungkin kerana mengabaikan sunnah inilah, maka ramai ummat islam di seluruh dunia, ditimpa musibah demi musibah.. oh!

Ahir kata: “Ustaz, bukankah ustaz cakap nak berdakwah ni kena ada ilmu, nanti orang boleh jadi sesat jika tak ada ilmu dan tauliah”. Maka tolonglah Ustaz, ‘cegah’lah kami yang berdakwah dari pintu ke pintu kerana kami bukan ustaz… ‘hanya’ ustaz yang layak buat kerja ni! nanti ramai orang kampong yang sesat, siapa yang salah? Jadi.., selain berceramah di masjid untuk orang yang dah minat agama, apa kata ustaz ganti (atau bergilir) tempat kami berdakwah pada orang yang tak minat agama, baru boleh rasa apa yang Nabi rasa, kerana sesungguhnya, ustaz dan ulamak adalah pewaris Nabi. Nikmat mana lagi yang kamu dustakan?

Tutup entry dengan tasbih kafarah.

Ps: Untuk mengajar bab hukum hakam dan masail, perlu kepada ilmu dan tauliah, bimbang nanti ajaran sesat tersebar. tapi untuk bercakap tentang iman dan amal serta fadhail, siapa siapapun boleh, walaupun satu ayat. Wallahu'lam

Ps2: Kisah benar ini berlaku di satu daerah Terengganu 10 tahun yang lalu, waktu aku baru nak kahwin. Nama surau dirahsiakan. Sekarang tempat dengar khabar tu dah berubah, ada dengar cerita tempat tu sekarang hidup 24 jam, dengan kesungguhan ustaz dan orang awam bergilir gilir hidupkan masjid dengan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, Alhamdulillah.


37 comments:

nazha anua said...

nak sedekah senyum kat entri ni:-)

good info bero hamka:)

Anonymous said...

kerja berat... problem utama kat surau dan masjid memang ada birokrasi...

belum lagi layan nazir yang lorat...ajk masjid yang gila kuasa..

belum ambil kira kalau ada puak politik yang pegang kuasa kat dalam masjid...

adakala buat rumah Allah mcm rumah sendiri..

Anonymous said...

Jangan baca lebih dari 2x sebab nanti makin tak faham, 145x lagi la tak boleh...

hahaha... aku tak abis gelak dari entry sebelum ini...

owh lupa plak nak baca dulu entry ni... nanti aku baca dulu na...

==Har Har Harun==

Anonymous said...

aduh lepas baca termenangis pulak.... argh.... sama beb sama beb...

Sempena ini aku nak ucapkan, jutaan terima kasih pada pada senior dan junior aku Azim dan Raden dari KUKTEM (UMP)2005-2006 dari Johor (aku tak ingat hangpa markas mana), kalau tak hang pa berdua ketuk pintu aku waktu maghrib 7 thn lepas, tak tahu la apa keadaan aku... nak semayang jumaat masjid pun mungkin aku tak tahu kat mana...

woooo~~~ sedihnya sedihnya

==sad sad saddam===

Anonymous said...

memang la nak bagi ceramah agama kena ada ilmu. setakat nak bagi ceramah dengan fikir2 kepala hotak..babi pun boleh bgi ceramah derrr... nabi dulu bagi ceramah dengan Malaikat guru dia..yang si tabligh sesat setan ni bgi ceramah.sape guru dia? puiihhhhh!

Anonymous said...

Anon di atas ni bukan stakat xde ilmu, malah xberadab dan pengotor..siap meludah merate rate lg.. ya Allah bg la hidayat utknye...

Anonymous said...

'setakat nak bagi ceramah dengan fikir2 kepala hotak..babi pun boleh bgi ceramah derrr'

betul tu aku setuju kena ada ilmu dan kalau boleh tauliah sekali tapi tauliah tu bukan tiket la, cuma advantage jer yang penting ilmu

dan yang pasti statement babi pon boleh bagi ceramah adalah statement tak guna kepala hotak...

Putera Tidur said...

Memang berdakwah kena ada ilmu. Tapi tak bermaksud kena jadi ustaz dulu baru bole berdakwah.

Nabi kata, "sampaikan daripadaku walaupun satu ayat".

Kalau orang buta huruf tak reti baca pon paling kurang dia tahu satu ayat (kalimah syahadah). jadi sampaikanlah kalimah tu kepada org lain. Tak gitu?

Kalau nak kena jadi ustaz dulu baru bole berdakwah,sementara belum jadi ustaz tu dah berapa ramai orang mati tanpa kalimah, tanpa solat?

Anonymous said...

ni pehal anon 8.32 kat atas tu, meroyan ke apa...?

BL4CK_ARR0W said...

Anon 8.32
ceramah yg cetus fikir mnsia kpd kbsrn&khebatn Allah tu la,ins Allah,yg akn jdkn mnsia mula mneliti kjdian2/k'daan2 skliling dgn lbih peka mllui mata,tlnga,mulut,aqal&smua aggta bdn lalu mbesarkn Allah ats sgalany..
Ilmunya: rabbana maa khalaqta haazaa baatilaa; subhaanaka faqinaa 'azaabannaar...
blmn xde ilmu ni dlm dri mnsia,nscya deria&aqal mnsia akn lbih knal kbesarn makhluq..na'uuzubillah..
Wallahu a'lam..

Hamka said...

Untuk mengajar bab hukum hakam dan masail, perlu kepada ilmu dan tauliah, bimbang nanti ajaran sesat tersebar. tapi untuk bercakap tentang iman dan amal serta fadhail, siapa siapapun boleh, walaupun satu ayat. Wallahu'lam

Anonymous said...

Dulu teringat masa buat ziarah rumah ke rumah, baru jer penunjuk jalan bagi salam " Assalamualaikum" keluar tuan rumah marah2 smbil tanya " hang ni belajar lulusan mana?". Lalu penunjuk jalan jawab " takkan nak bagi salam pun kena tunggu lulus al azhar pakcik". He he he.

Dulu Nabi SAW buat ziarah kena baling batu smpai bengkak2 kaki, lebam2 satu badan tp skrg bengkak2 jugak, tp bengkak perut asbab kena sumbat dengan kuih, nasi lemak, teh tarik. (pengalaman di mana tuan rumah terlalu suka dengan jemaah)..

W.Alam

BL4CK_ARR0W said...

Waima azan yg dnamakn ia sbg "da'wat-it-tãmmah" mllui lisan Nabi saw yg mlia pn bole dserukn oleh mn2 llki muslim yg beraqal,x mngira dia ustaz/x..bgtula jg dgn da'wah umum yg mn intipatiny selaras dgn bait2 azan..bdk kcik pn bole,doktor pn bole,pilot pn bole,tukg kbun pn bole, sape2 je la llki muslim beraqal..
Counterpart bg azan = iqamah yg mn ia sbg ksinambungn&pdokong azan..& ia bole plak dserukn oleh llki/wnta muslim lg beraqal..
Buatla homework,apakah dia bait2 azan&iqamah lalu hayatilah intipati "da'wat-it-tãmmah" itu..
Lalu, tunaikn la haqny utk dsampaikn kpd ummat sluruh alam..
Wallahu a'lam..

Anonymous said...

to anon 8.32
sifat 'babi' ko mengalahkan babi itu sendiri yg pandai bagi ceramah.

detective nie said...

entry yg bagus.. patut ditampal di stesen2 bas dan juga di lorong2 keda supaya ramai yg baca ni akan sedar... asyik tampal along punya info and poster2, baik tampal artikel camni..
tahniah hamka for this entry..

for anon 8.32
..aper ke hee?..

Anonymous said...

YA ALLAH..jadikanlah hambamu si anon: 8:32 PM, October 30, 2013 hambamu yang soleh, menjaga tuturkata budibahasa, tingkatkanlah ilmu agamanya, kurniakanlah kekayaan dunia dan akhiratnya untuknya agar dia menjadi pelindung agamamu ini..ampunkanlah dosanya, dosa kedua ibubapanya dosa semua orang orang yang telah disakitinya..Ya Rahman..jadikanlah perkataan yang lahir dari mulutnya, tulisannya sebagai pahala untuknya, untuk orang yang mendengarnya, membacanya kurniakanlah segala yang baik baik untuknya dan keluarganya..Amiin Ya Allah... Untukmu saudaraku anon 8:32 PM, October 30, 2013 kukirimkan dan kuhadiahkan Al Fatihah...

insyirah83 said...

kepada:

Anonymous 8:32 PM, October 30, 2013..

lain kali, nk tulis mengarut , mencarut mcm tu..tulis la nama penuh..senang org lain nk doakan agar anda dapat hidayah..

tuduh2 mcm2 tp, xberani tulis nama penuh..pe hall..

golongan mcm ni la, yg memburukkan nama islam.sedangkan Islam sgt lah indah..tp, umat islam yg mcm ni la yg mencalarkn keindahan islam..

aduhai.........

aku_ein said...

Ada lagi yang nak baca berulang kali ek..hakhakhak..

Sian anon 8.32..nak komen macam tu kat blog ni..adoiiilaa..

dan aku tertarik kata Hamka..
...jika orang islam sudah ramai yang tidak solat tahajjud, lalu tiba tiba muncul orang islam bangun solat tahajjud, tak kanlah kita nak lebelkan mereka “kumpulan Tahajjud”?

aku nak tambah, dah bila ramai orang Islam xsolat jemaah dan tiba2 muncul golongan yang solat jemaah, maka dilabelkan sebagai kumpulaan jemaah..

Anonymous said...

aku baca banyak kali entry ni tapi kali ni tak sampai tahap 145 kali ...

tanpa provokasi aku rasa artikel kali ni sgt bagus...

tengok langgit pon kita boleh cerita 1001 perihal kekuasaan Allah,

Anonymous said...

Anon 11:22 AM, November 01, 201,

Adakah kamu anon yang pernah ku gelakkan pada entry sebelum ini? kalau ya, dunia ini masih ada harapan :)

sharizal mohd said...

aku teringat, member aku ada bagitau tamsilan, " kita nak ajak kawan kita pergi tengok bola kat padang, tak perlu pandai main bola macam Ronaldo, Messi ke apa... sebab nak ajak je pon bukannya apa-apa... " hehehehe

Anonymous said...

Assalam

Dari Nabi Adam a.s sehinggalah Muhammad s.a.w.

Sunatullah.

Kerja dakwah sememangnya ditentang tak kiralah anak sendiri ker, bapa sendiri ker, saudara sedarah sedaging ker...Imam, bilal, AJK Masjid tak terkecuali (bukan semua).

Seorang sahabat rahu. di peperangan Badar terpaksa membunuh bapanya sendiri. Dia cuba menyembunyikan tangisan dan kesedihan di hadapan Nabi saw. Namun airmatanya yang murni tergugur dua-tiga titik...dan Nabi saw memujuk beliau lebih kurang Kau tidak bunuh bapamu. Kau membunuh kemusyrikan didalam diri bapamu...

Demi agama marilah kita korbankan perasaan kita kerana Allah swt.
Sekurang-kurangnya kita tak perlu membunuh mereka, cuma sabar, senyum dan telanlah perasaan apa pun...he.he.. cakap senang!

Crying Fella
P/s: 2 thumbs up. Ya Allah, jika ada amalan aku yang kau terima aku hadiahkan kepada anon 8.32 tanpa kurang satu pun! Aku sayang dia sepertimana aku sayang diri aku!!!!

aku_ein said...

Crying Fella,

tersentuh aku baca komen ko dan untuk anon 8.32, lain kali fikir masak2 sebelum bagi komen..kalau xsetuju pun cuba bagi pendapat dengan cara yang berhemah

sesungguhnya cara crying fella ni akan membuat orang tersentuh

Anonymous said...

anon 8.32 mungkin antara mereka yang tak suka dengan jemaah tabligh.... mungkin juga dia antara yang kena bahan pada komen2 dia pada artikel ini, mungkin juga dia sangka dengan komen sebegitu boleh menyebabkan "kumpulan tabligh" ini marah lalu menyerang "kumpulan demokrasi" yang lainnya... khususnya PAS...

tapi jangkaannya meleset.... ahli jemaah telah di didik, 3h,40h, 4b dan seumur hidup untuk memuliakan umat Muhammad... untuk memuliakan saudara seislamnya yang lainnya...

beliau mungkin menjangkakan makian bertimba2... tapi sebaliknya doa demi doa kebaikkan untuknya... tiada yang berdoa tidak baik untuknya.... inilah tarbiyah terbaik....

teruskan sahabat, tunjukkan akhlak kita diluar mahupun dialam maya, :)

Bukan Kerana Nama said...

aku akan anggap, anon yang mulut celupar komen tanpa guna akal adalah ujian dari Allah s.w.t yang berusaha untuk melemahkan orang lain.

aku berlindung pada Allah dari godaan setan yang terkutuk.

memanglah, ada sesetengah perkara bila kita nak sampaikan dekat orang lain perlukan ilmu. takut nanti jadi ajaran sesat.

tapi, kalau setakat nak menyedarkan manusia hal yang asas takkan nak kena tunggu jadi ustaz ustazah juga?

contohnya, cerita pasal aurat. ramai je manusia tahu aurat tapi tak ramai yang faham. habis tu, nak tunggu ustaz ustazah juga ke baru nak sampaikan dan fahamkan pada orang lain?

apapun, thumbs up untuk entri kali ni. aku suka. ketuk dari rumah ke rumah, memang salah satu alternatif yang boleh diguna pakai. terutamanya di zaman serba akhir ini. feuh!

Anonymous said...

Assalam

Jemmah markas dunia Nizammudin hadir ke markas Sungai Petani dengan penuh kasih sayang dan kiriman wangi-wangian dari orang-orang lama Nizammudin.

Antara nasihat yang aku terkesima, ingin aku kongsi demi Allah

Amalkan zikir Ya Malik, Ya Qudus, Ya Salam 11 kali selepas solah Subuh. Insyallah akan dilindungi dari segala jenis benda-benda halus

Amalkan Kulhu 200 kali - 300 pintu rezeki dibuka. (Sehingga dikatakan kita akan mohon sudah Ya Allah..sudah)

Off course itu bukan maksud mereka hadir. Maksud mereka hadir adalah bagaimana saya boleh korbankan masa, harta dan diri saya untuk belajar usaha agama Allah mengikuti cara Nabi saw.

Hakikatnya. Semua pengorbanan itu yang mengikuti cara suci murni Nabi saw, adalah untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan ummah di dunia yang kekal berdiri selama-lamanya nanti...

Selepas perut saya penuh dengan tanah.

Kamu tahu bukan....
Aku sayang kamu semua...
Aku sangat sayang kamu Hamka.

Crying Fella

Anonymous said...

anon atas aku,

kulhu tu kuhuaAllah hu ahad ker?

Anonymous said...

Assalam

Masyallah..benar Tuan.

Crying Fella.

Anonymous said...

Salam tuan² yang mulia,

Di akhirat padang masyhar nnt, semua orang akan menjahui satu sama lain.
Xlain, semua takut akan didakwa. Ayah lari pada anak, isteri, mak. pemimpin lari pada rakyat yang dipimpin.

Dengan apa kita nk beli syurga tuan² yang mulia. Sesunguhnya azab Allah itu amatlah pedih.

sayukiminami said...

salam tuan Crying fella..

kulhu tu surah alikhlas ke..erm masa mne baca 200 kali tu..terima kasih atas perkongsian..wslm

Anonymous said...

Assalam

Sayu,

Surah Al Ikhlas. 200 kali sehari Insyallah...Istiqomah.

Semoga Allah Taala bukakan pintu rezeki kalian semua dengan penuh keberkatan...

Rasanya Hamka tengah sibuk di jalan Allah...semoga Allah swt membantunya dari semua arah...

CF

Hamka said...

Semoga Allah memanjangkan umur dan memurahkan rezki Anon 8.32 dengan penuh keberkatan.

:)

Anonymous said...

Salam CF;

Jzkhoir atas perkongsina. Semuga Allah bantu saya, tn dan semua ummat. Janganlah doa hanya untuk bro hamka sahaja. Jangan sempitkan doa kita...khusus untuk sahabat kita sahaja...satu kerugian untuk ummat

baru2 belajar...

Wallahu a'lam

Hafiz ayaz said...

'Anonymous 8:32 PM, October 30, 2013':
Aku sumpah kau jadi da'i macam Nabi & sahabat. Lepas dpt hidayat nanti baru ko akan menangis, menyesal, rasa rugi giler sebab lambat buat usaha Nabi.

Anonymous said...

Hamka!

Lama sangat tak singgah blog ni.
Dua/ tiga tahun adalah rasanya.

Maklumlah perasan sibuk.

Hamka kelakar mcm dlu jugak!

Masya Allah, kita harini tak hidup dlm suasana Islam yg sbnr. sobss sobss

Hamka said...

dua tahun?

ok, selamat beli buku. :)

Anonymous said...

Asalammualaikum.

Kalau nak mengajar suatu amalan hendaklah berdasarkan nas atau dalil. Takut apa yang diajar nampak baik tetapi mengandung dusta dan tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.