Nov 30, 2011

2012 itu kiamat?

(Teka teki, apakah benda, lahir setahun sekali, tapi mempunyai 12 kemaluan?)

Maaflah sebab terpaksa tulis entry dengan tajuk sebodoh ini, terpaksa? Ya! Sebab aku nak selamatkan inbox email aku, almaklumlah, sejak aku tulis isu video arrivals dan konspirasi, sudah tiada langsung email bertanya soalan bodoh dalam inbox aku, maka bab kiamat tahun depan, TERPAKSA aku tulis..

Mula mula korang email..

“Abang Hamka, apa pendapat Abang Hamka tentang berita yang mengatakan kiamat bakal berlaku pada december 2012?”

Aku yang sedang bosan waktu tu, dan memandangkan email kau pendek benar, maka aku terus jawab.

“mengarut semua tu”

Tapi tak sampai 5 minit, sudah ada reply:

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu?

Bla bla bla.., panjang lagi email siap letak hadith untuk kuatkan hujjah. Malas nak qoute sebab takut korang jadi sama bosan macam aku...

Ulasan aku:

Tak salah kau nak percaya hari jummat depan atau december tahun depan akan berlaku kiamat lalu beramal ibadat dan berakhlak mulia seolah olah mati esok hari, bagus untuk kamu dan dunia!, tapi bila kau paksa orang lain percaya dengan bagi bukti sains dan hadith kononnya hari jummat depan atau december tahun depan akan berlaku kiamat sedangkan bukti sains di petik dari email Forward dan bukti hadith dipetik dari sumber yang tak jelas, itu yang bodoh!

Bengong!

Dulu dah ada orang tanya dekat FB dalam ruangan discussion, dan aku dah jawab kat situ, siapa siapa yang email dua tiga kali, bila aku rajin, aku akan bagi link FB tu, tapi sekarang, FB dah delete pulak ruang discussion, maka terpaksalah(terpaksa? Ya, sebab tak nak inbox email aku di hujani seolan bodoh ni lagi) terpaksalah aku jawab kat blog sebagai skema untuk soalan: .

APAKAH YANG BAKAL BERLAKU PADA DECEMBER 2012?

Jawapan.

Tak payah buang masa nak kaji bab ramalan ni, takde orang tahu masa depan dengan tepat melainkan Allah, rahsia tarikh lahir dan persolanliti masa depan, rahsia bulan lahir dan sikap masa depan, rahsia tahi lalat dan nasib masa depan, semua tu mengarut, walau canggih macam mana bunyinye, Numerologi ke apa ke jadah ke? Pergi mampus lah dengan orang yang percaya.

Korang tak rasa malu ke bila jumpa kawan dan bertanya dengan niat berlagak pandai tapi sebenarnya bodoh:

Contoh:

“eh, kau tahu tak, akhir tahun depan, kiamat?

Lalu bila kawan kau menafikan, terus kau berhujjah, Hah itulah kau, menurut satu sumber (Email forward, atau info FB sharing?), kiamat akan berlaku tahun depan, semua orang dah ‘like’ berita ni, kau jer tak tahu!

Kalau kau budak umur 15 tahun, ok ler, tapi, argghh, malas dah aku nak ulas, rasa bosan dan terlalu menghina kebijaksanaan aku pulak layan orang bodoh macam kau!

Mari sini, aku bagi ramalan tepat apa yang bakal berlaku pada hujung tahun 2012.

Pada akhir tahun depan, Kelendar 2013 akan laku. Tapi jangan beli kelendar lucah sebab kiamat sudah dekat..

Eh?!, aku dah terbagi jawapan untuk tagline, apakah benda, lahir setahun sekali, tapi mempunyai 12 kemaluan, jawapannya adalah: Kelendar lucah. Woha!

Sekian, tak lawak!

Ps: Dalam setiap jiwa, ada kiamat kecil, yang pasti berlaku bila bila masa.... please take note, dan sebab kau panggil aku abang, maka aku anggap kau budak umur 12 tahun, pergilah merajuk! Abang nak pergi cukur bulu kemaluan ketiak jap, woha!

Nov 23, 2011

Teman Tubuh?

(Di tulis pada waktu hujan lebat, musim tengkujuh dah tiba di pantai timur, lalu aku berkata kepada forever alone yang sentiada terlanjur dengan diri sendiri, bahawa di sini ada tip untuk anda dalam mencari teman tubuh..mudah mudahan)

Dahulu, aku juga seorang yang sepi tanpa teman hidup. Apa aku buat?

Terlanjur dengan diri sendiri?

Tidak! Sewaktu kesunyian melanda hati di malam hari, aku akan pergi keluar rumah, melihat ke arah langit, sambil memerhatikan ribuan bintang-bintang yang membuat ‘perasaanku terganggu’, lantas menambahkan lagi kesepian dalam diri ini seperti saf belakang masjid yang sentiasa kosong...

Setelah sekian lama menunggu teman hidup yang mungkin akan jatuh dari langit, tiba-tiba pada suatu malam, jam lebih kurang satu pagi, tiada pula kelihatan bintang beribu. Apa yang ada hanyalah langit hitam gelap tiada sempadan. Angin pula bertiup kencang. Secara tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya.

Aku tidak berlari masuk ke rumah sepetti kambing yang takut hujan, tapi aku terus membiarkan diriku dibasahi hujan lebat.

Kenapa aku biarkan diri ini kebasahan dalam hujan yang lebat bersama air mata?

Aku lakukan semua itu kerana aku teringat hadis Nabi yang mengatakan betapa makbulnya doa ketika hujan lebat.

"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu; sewaktu pasukan tentera bertempur; waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (HR Abu Daud)

Lantas aku terus berdoa dalam kebasahan hujan, memohon agar di kurniakan teman hidup atau dalam bahasa sains: teman tubuh!

“Ya Allah, berikan aku teman hidup dan berikan aku teman tubuh, agar aku dapat menyempurnakan agama-Mu dengan cara kekasih-kekasih-Mu memyempurnakannya.”

Lalu hujanpun bertambah lebat memakbulkan doa doa mereka yang beriman..

Alhamdulillah, akhirnya doaku makbul.

Buktinya?,

Kini, apabila hujan lebat pada waktu malam, terutama pada musim tengkujuh begini, aku tidak lagi perlu keluar rumah berdoa dalam hujan untuk mendapat teman tubuh, tetapi aku terperap dalam rumah sambil membaca doa untuk bersetubuh.

Woha!

P.S: Hati-hati ketika berdoa dalam hujan. Jangan anda keluar rumah sembarangan. Jika mati dipanah petir, penulis tidak bertanggungjawab.Woha!!!

Nov 14, 2011

Siapakah Da'e?

(ustaz adalah manusia yang termasuk dalam golongan terkenal dengan kesabaran, enrty ini bukan di tuju kepada semua ustaz, tapi di tuju kepada mereka yang mengaku ‘ustaz’, dengan soalan, adakah anda seorang Da’e?...)

Kepada korang yang jarang dengar ceramah ugama kerana rasa diri tu lambat lagi nak mati, lalu aku bertanya, siapakah Da’e? tentu korang ternganga tak tahu nak jawab sebab macam pernah dengar, tapi di mana ya?

Jadi hari ni , jika korang Berjaya baca entry ni sampai habis, maka korang akan dapat ilmu tentang istilah ‘da’e’, dan bolehlah berlagak hebat depan kawan kawan korang yang sama rasa diri tu lambat lagi nak mati, dengan pesanan: “walaupun kereta mayat itu penuh, bila kau mati, akan tetap ada ruang untukmu”..., chewah! Tak lawakpun.

Sebelum tu, aku nak bagitahu kepada mereka-mereka yang mengaku mereka adalah Da’e supaya jangan perasan lebih lebih sangat.., almaklumlah, aku dengar ramai orang islam mengaku mereka adalah Da’e, penyanyi nasyid cakap mereka Da’e, ketua usrah cakap mereka Da’e, peserta program khebah ibadat rehlah juga mengaku sebagai Da’e, pengutip derma ketika ceramah politik juga mengaku Da’e, peserta himpunan bersih juga mengaku mereka adalahDa’e, ustaz –ustaz juga mengaku mereka Da’e, pelakon filem bercorak ugama mengaku Da'e, penulis blog ala ala ustaz mengaku Da'e..

Jadi siapakah da’e yang sebenarnya?, jika korang semua mengaku korang adalah Da’e, maka sepatutnya ugama akan jadi maju, masjid penuh, maksiat kurang, orang kafir berbondong bondong masuk islam, ekomoni orang islam pegang sebab akhlak Da’e memang terpuji, dunia akan orang islam pegang sebab dah ramai orang menganut ugama islam..

Tapi dunia hari ini sebaliknya, ramai mengaku Da’e, tapi masjid kosong, maksiat banyak, orang murtad ramai, ekonomi orang kapir pegang, dan dunia di kuasai orang kapir sebab mereka lebih ramai, mana pergi mereka yang mengaku Da’e tadi? Apa korang buat kepada ugama sehingga mutu ugama hari ni jauh merosot berbanding zaman sababat Nabi, zaman Da’e sebenar.

Nabi Muhammad SAW adalah Da’e, dan sahabat sahabat Nabi adalah Da’e, maksud Da’e adalah orang yang memperjuangkan ugama.., di zaman mereka , masjid solat lima waktu penuh macam solat jummaat, maksiat jika ada orang buat zaman tu, mereka akan mengaku tanpa sempat polis pergi tangkap, orang kafir berbondong bondong masuk islam sehingga ada kaunter masuk islam dekat masjid macam kaunter zakat di bulan puasa, ekonomi, politik, dan dunia, orang islam yang pegang sebab orang kafir rasa hormat dan takut pada mereka..

Tapi hari ni sebaliknya, malas aku nak mengumpat, tapi ugama teruk hari ni sebab korang belum layak nak mengaku diri sebagai Da’e tapi dah perasan diri adalah Da’e sedangkan mutu ugama dalam diri, usahkan nak selamatkan orang lain di akhirat, selamatkan diri sendiri pun belum tentu. Isk!

Jadi, sebalum korang syok dengan gelaran Da’e, atau sebelum nak mengaku saya adalah DA’E, eloklah sedar diri bahawa korang tu teruk, tapi masih boleh di selamatkan. Insyallah.

Hari ni aku akan ajar, bagaimana nak jadi Da’e, dan sila dengar baik baik, sebab silibus ini takde kat Pondok menjaga poster atau Markaz tarbiah politik korang…

Da’e ni berbeza dengan guru ugama, yelah, Pejuang ugama sudah tentu tak sama dengan pengajar ugama, ye ye, orang yang ajar ugama juga pejuang ugama tapi Da’e ni lebih mendalam lagi, arghh susah nak terang!

Senang begini, jika korang tengok movie 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', arahan Khalid mamat, mungkin filem tu ada moral, ada hiburan, yang mana semua tu datang dari idea Khalid mamat, dan Khalid mamat nampak berjaya..

Tapi tahukah korang, waktu Khalid mamat arah filem tu, mungkin dalam kepala beliau, mahu anda terhibur, puji beliau sambil ambik moral, serta bayar duit tiket wayang.., habis cerita..

Dan lepas korang balik tengok wayang, korang hanya tahu korang dah terhibur.., sambil tunggu pulak Hantu Kak Limah part 2 jika ada.

Bermakna di sini, Khalid Mamat hanya bagi hiburan dan ajar beberapa moral MELALUI filem, tapi tidak ajar bagaimana bagi hiburan dan ajar beberapa moral MELALUI KERUSI PENGARAH filem.

Faham tak? Argghh, susah pulak nak terang.

Senang macam nilah, jika kita pergi konsert Jom-heboh misalnya, dan ada beberapa penyanyi naik atas pentas., lalu menyanyi..

Dalam minda penyanyi tu, niat beliau adalah supaya pendengar terhibur, dapat duit konsert dan berharap pendengar dapat amal perkara baik dalam lirik lagu dan puji beliau, itu sahaja! takdepun dalam minda penyanyi tu supaya orang jadi macam dia, (nanti tak boleh cari makan pula) cukup orang suka dengar lagu dia, beli CD, pergi konsert.

Berbeza dengan rancangan Program realiti Mentol misalnya, yang mana ada artis ajar pulak artis lain supaya jadi macam dia..

Ha!!! nilah aku nak cerita tentang DA’e.

Da’e adalah orang yang berjuang untuk agama, dan tanda penjuang yang sejati adalah: mereka bentuk generasi pelapis!

Kebanyakkan ustaz-ustaz ceramah ugama hari ni, hanya satu hala, suruh pendengar terhibur sambil buat beberapa lawak, dapat elaun mengajar dan berharap pendengar dapat amal serta sampaikan, itu sahaja.

Bila ustaz tu cuti atau mati, waktu kuliah beliau akan kosong takde orang ganti sebab beliau hanya ajar ugama, bukan Da’e..! Faham tak?

Ustaz tu tak kumpul 10 orang ke pendengar terpilih dia untuk ajar dan training supaya jadi macam dia sekurang kurangnya (jika tak dapat jadi macam Nabi!) dan ganti beliau bila dah mati!

Patut Ustaz ada pelapis yang ajar ugama macam dia buat, bukan setakat ajar orang amal ugama,tapi ajar orang supaya jadi pejuang agama!

Tak lah bila beliau mati, susah susah pulak AJK masjid nak cari orang yang kelakar macam dia..

Tak percaya cuba tengok Ustaz XYZ, waktu ceramah beliau ramai orang dengar, sampai melimpah masjid, bila ditanya, kenapa suka sangat Ustaz XYZ, orang ramai menjawab, sebab beliau unik (cakap terangganu pekat) dan beliau kelakar..

Tapi jika beliau dah mati, dan ganti ustaz lain, walaupun subjek sama, bab Fekah, kurang pulak yang datang, kenapa, sebab ustaz baru tu tak kelakar! Woha!

Bermakna Ustaz XYZ baru ajar ugama, belum jadi Da’e, yang mana Da’e ni, akan bentuk pelapis untuk sambung kerja Nabi, bukan setakat jadikan korang Mad’u sahaja..,

(arhhh, ada pulak istilah Mad’u- kita cerita lain kali bab tu)

Jika ustaz ajar ugama sahaja, dan tidak menjadi Da’e, lepas ustaz tu mati, takde orang nak ganti, jika ada yang ganti, jumlah pendengar dah kurang, sebab ustaz sebelum tu ajar orang sambil buat lawak, datang ustaz baru pulak tak buat lawak, orang pun lari, Woha!

Note: korang ni pun sama jugak bengong pergi ceramah sebab lawak, orang pergi ceramah bukan sebab nak dengar lawak, orang nak ilmu, bukan nak jadi juri maharajalawak!

Sambung balik, Kat kampong aku, masa kecik, saf solat 3 baris, sekarang aku balik kampong, 4 orang jer solat berjemaah, kenapa jadi macam ni,? Kerana orang yang pergi solat dulu bukan Da’e, mereka hanya AMAL ugama, tapi tidak KEMBANGKAN ugama, tak buat pelapis.., bila mereka mati, ugamapun turut mati sebab mereka bukan DA’e.

Faham?!

Zaman Nabi, masa mula mula solat dekat kaabah, Abu jahal dan Abu sufian Nampak lalu cakap.

Lepas Nabi mati, matilah ugama ini, dah banyak orang bawak ugama baru, lepas mati, ugama beliaupun hilang..

Tapi tidak, Abu sufian sendiri melihat ugama berkembang, dan terus berkembang walaupun lepas Nabi dah wafat.

Kenapa?

Kerana Nabi adalah Da’e, apa bila beliau dakwah sahabat, belau bukan sahaja AJAR ugama, tapi jadikan sahabat sebagai PELAPIS.

Dalam hadith yang aku copy paste dari orang yang copy paste secara ringkas:

Abu Bakar ra tanya Nabi saw selepas masuk Islam; “Apa kerja aku?” Nabi saw bersabda lebih kurang maksud; “Apa yang kamu lihat saya buat, itulah yang kamu kena buat”. Abu Bakar ra faham maksud Nabi dan terus buat dakwah dan dapat mengislamkan 4 orang pada masa hari itu juga.

Inilah Da’e, yang mana bukan setakat AJAR ugama, tapi AJAR buat PELAPIS ugama waktu masih hidup lagi!.

Ustaz caramah hari ni, dekat isyak, tutup majlis dengan tasbih kafarah, dapat elaun, minggu depan datang lagi, bertahun tahun, ummat tak berubah, masjid masih kosong..

Tapi cuba ustaz tu lepas isyak kumpul beberapa pendengar terpilih, bagi mereka kerja, pantau mereka, ambil laporan, maka insyAllah jika ustaz tu mati, sepuluh orang lagi boleh ganti tempat ustaz tu sebab ada pelapis!

Itu yang Nabi sebagai Da’e buat, Nabi bagi kerja kepada sahabat, pantau mereka, dan ambil laporan serta betulkan mereka jika kerja mereka silap, contoh, masa Nabi ajar ugama kepada orang madinah yang pergi haji di mekkah, terus sahabat ni pergi kembangkan ugama di Madinah tanpa perlu Nabi ke sana, Madinah yang asal bukan Negara islam, bila Nabi hijrah, hampir separuh dah masuk islam.., sedangkan Nabi tak pergi ceramah pun kat sana, sebab Nabi buat pelapis ketika masih hidup.., Inilah hakikat Da’e.

Sebab tu aku tak suka pergi ceramah politik,. Sebab penceramah tu tak cakap: “Apa yang kamu lihat saya buat, itulah yang kamu kena buat” tapi penceramah tu suruh pangkah dia, beli akhbar parti dia, dan sertai tunjuk perasaan, serta sedekah waktu ceramah, dan sokong sahaja, yang lain, kerja glamour glamour, saya buat, anda jadi Mad'u sajer cukup....

Apa?, jadi mad’u sahaja..?, aku tak nak jadi mad’u, aku nak jadi Da’e! Aku tak nak sokong ugama sahaja, aku nak Dokong ugama!

Term Da’e adalah“Apa yang kamu lihat saya buat, itulah yang kamu kena buat” (Baca: Nabi Muhamamd SAW).”

Dalam politik, kau ceramah, kau sorang jelah dapat duit ceramah, kami ni tadah telinga sambil bayar ceramah kau jerlah sampai mati, sedangkan dalam islam, Hari ni Nabi jadi imam, tapi bila Nabi sakit, Abu Bakar pulak jadi Imam, hari ni Nabi berdakwah di Taif, dan esok, boleh juga sahabat Berdakwah di Madinah tanpa Nabi.., bukan kau jer yang pergi ceramah sana sini sambil kutip duit derma!

Simple,: “Apa yang kamu lihat saya buat, itulah yang kamu kena buat (Baca: Nabi Muhamamd SAW).”

Bukan ustaz buat kerja ustaz, mengajar, buat lawak dan dapat duit kopi, sedang kami hanya tadah telinga sambil hulur duit kopi, TAK!

Itu bukti ramai ustaz (bukan semua) yang belum jadi Da’e, sebab korang ajar ugama tanpa ajar PELAPIS ugama di waktu korang masih hidup.., apa lagi jika korang berebut nak slot ceramah sebab nak dapat elaun lebih, memang hampeh!

Dizaman Da’e, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada, kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, halaman web Islamic takde jugak, sekolah pondokpun takde, parti islam dan nasyid jugak tiada, tapi hari hari orang kapir masuk islam, Kenapa?

Kerana da’e ini adalah orang yang faham ugama, dengar azan menggigil takut kepada Allah, di mana setiap penjuru mereka pergi, orang akan tertarik kepada islam..

Tapi zaman ni, apa yang tak de, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar dan majalah islamic bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog dakwah berlink link, halaman web Islamic penuh sesak, sekolah pondok bertingkat tingkat, parti so call islamic bukan main besar bendara berkibar, nasyid di radio tak henti henti, TV islamic pun ada, tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman DA’e.., sikit bebenor, malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?

Kerana orang yang mengaku da’e pun belum faham ugama, dengar azan dari masjid tak ada rasa di panggil Allah, dan di mana setiap penjuru mereka pergi, orang makin benci pada ugama, aduh..

Jadi aku nasihat, kepada mereka yang mengaku Da’e, jangan ajar kami AMAL ugama sahaja, tapi ajarlah kami untuk MEMPERJUANGKAN ugama..

Jadikan kami pelapis ugama..

Kalau anda penyanyi nasyid dan mengaku Dae, tak payah pulak ajar aku menyanyi betulkan pitching macam rangcangan mentor tu, jangan slow sangat boleh tak?

Ni untuk ustaz, sebab mereka pewaris Nabi..

Jadi, Ustaz kena ajar kami jadi macam ustaz!

Tak Tak Tak!

Bukan ajar kami buat lawak merepek macam ustaz, atau ajar buat slide power point, tapi ajar kami buat kerja Nabi.

Betul betul punya kerja Nabi..

Tak dapat elaun pun tak pe.., janji ajar kami jadi Da’e..

Boleh UstaZ?!

Itupun jika 'Ustaz' seorang Da’e…

I rest my case.

Ps: aku juga bukan Da’e.., baru nak belajar-belajar, isk.., dan aku seru korang jadi Da’e dengan cara belajar kepada mereka yang berkata: *“Apa yang kamu lihat saya buat, itulah yang kamu kena buat.” InsyAllah...

Ps2: Aku tak kata salah ustaz mengajar ugama hari ni, aku cuma mahu ustaz serius mengajar pelapis ugama(bagi kerja dan pantau), bukan setakat berakhir kuliah dengan "wallahu'lam", harap tidak salah faham.

(siapa nak jadi driver keretamayat? Silalah angkat mayat-woha!)

*tertakluk kepada Sunnah Nabi sahaja.

Nov 4, 2011

Apa itu Perangkap hidup?

(Lagu latar entry ini: Upah Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Orang yang dah mati,Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji.. Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji..Woha!)


Ok, aku perasan sibuk, tapi nak update blog jugak, maka buat kali kedua dalam sejarah blog keretamayat, aku jemput penceramah luar menghias nota kepada diri sendiri-enjoy!

Copy/paste dari blog Shahabudeen Jalil.

******

Memulakan Perniagaan Untuk Menjadi Bebas Adalah Perangkap Hidup

Terdapat sebuah cerita mengenai seorang pelancong dari Amerika dan nelayan di Mexico.

Sewaktu pelancong ini melawat sebuah pantai di Mexico, dia terlihat seorang nelayan yang balik dari laut dengan bot kecil beberapa ikan hasil tangkapannya pada hari itu. Lalu pelancong ini pun bertanya pada nelayan itu…

Pelancong : Ikan yang kamu bawa ini sangat bernilai dan mahal di negara saya. Berapa lama yang kamu ambil untuk dapatkan ikan ini ?

Nelayan : Sekejap saja.. dalam beberapa jam.

Pelancong : Beberapa jam ? jadi kenapa kamu tidak luangkan masa lebih banyak untuk menangkap lebih banyak ikan ini.

Nelayan : Saya rasa tidak perlu, tangkapan hari ini sudah memadai untuk saya dan keluarga saya hidup.

Pelancong : Jadi apa kamu buat dengan baki masa terluang yang ada ini ?

Nelayan : Biasanya saya akan luangkan masa bercakap dengan isteri, bermain dengan anak-anak saya, bersembang dengan rakan-rakan dan membaca buku.

Pelancong : Owh.. ruginya.. Saya adalah seorang ahli ekonomi dan mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka dunia. Saya ada cadangan untuk kamu. Saya cadangkan kamu luangkan masa lebih banyak di laut dan dengan itu awak akan mendapat tangkapan yang banyak.

Nelayan : Apa saya akan buat dengan tangkapan yang banyak itu ?

Pelancong : Biarkan saya habiskan cerita. Selepas mendapat tangkapan yang banyak, awak boleh jual dan buat keuntungan yang banyak. Selepas itu awak boleh beli bot yang lebih besar dan menangkap ikan lebih banyak. Dengan jualan dan keuntungan itu nanti, awak boleh buka pejabat dan Bandar Mexico dan seterusnya di New York untuk mengendalikan perniagaan ini secara besar-besaran.

Nelayan : Berapa lama semua ini akan mengambil masa ?

Pelancong : Dalam 15-20 tahun.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Hahaha.. lepas itu awak akan jadi jutawan dengan duit yang banyak.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Awak masih tak faham. Lepas itu, awak boleh berpindah ke rumah di tepi laut, awak boleh berehat, awak boleh luangkan masa bersama isteri, main dengan anak-anak, lepak dengan rakan-rakan dan membaca buku sebanyak mana yang awak mahu.

Nelayan : Hmm… itulah yang saya lakukan sekarang.

Jika anda sama seperti kebanyakan orang yang baru hendak menceburi bidang perniagaan. Anda tentu mempunyai pandangan indah mengenai perniagaan. Di mana anda akan merasa anda bebas untuk melakukan apa saja, tidak ada orang yang akan menegur kerja anda, anda boleh buat apa saja yang anda suka tanpa mengira masa.

Tidak salah untuk anda bermimpi begini, namun ini adalah sesuatu yang tidak selari dengan realiti perniagaan yang sebenar.

Apabila anda berada dalam dunia perniagaan, anda mula menyedari bahawa anda akan dikritik oleh pelbagai jenis pelanggan, anda akan berlari kesana dan kesini semata-mata untuk temujanji yang telah ditetapkan, anda perlu berjaga malam untuk menyiapkan kerja dan banyak lagi kekangan lain.

Sewaktu melalui saat ini, perniagaan bukan lagi syurga yang anda idamkan selama ini.

Anda bekerja dengan mengorbankan segalanya semata-mata untuk bahagia pada masa hadapan. Namun ‘masa hadapan’ ini tidak muncul-muncul.

Ramai orang yang terperangkap dalam situasi sebegini bukan setahun dua, malah ada yang sampai berpuluh tahun. Mereka bekerja keras untuk kebahagiaan masa depan yang tidak kunjung tiba.

Kita berfikir bahawa kekayaan boleh membawa kebahagiaan. Ini adalah satu kepercayaan yang salah. Kekayaan mungkin akan menjadikan kualiti hidup anda lebih tinggi tetapi tidak semestinya ia boleh membawa kebahagiaan. Kita boleh lihat ramai artis-artis yang menjadi kaya dalam sekelip masa dan kelihatan sangat bahagia. Selepas umur menjadi semakin tua, mereka menjadi tidak bahagia kerana mereka mula kehilangan apa yang mereka pernah ada.

Jadi apa sebenarnya kaedah yang betul ?

Kaedah yang betul adalah anda tidak perlu mengorbankan kebahagiaan yang anda sedia miliki sekarang. Wujudkan perniagaan yang membolehkan anda kekal dalam kebahagian yang anda miliki dan buang pemikiran bahawa anda perlu mengorbankan kebahagiaan untuk mengejar kebahagiaan masa hadapan.

Perniagaan yang membuatkan anda bahagia adalah lebih bermakna berbanding perniagaan yang akan menjadikan hidup anda tidak bahagia. Anda tidak akan merasa kerja keras yang anda lakukan ini kerana anda melakukannya dengan bahagia.

Tidak ada guna anda masuk dalam kubur dengan harta bertimbun jika hidup anda tidak bermakna.

Nikmati setiap saat dalam hidup anda.

sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

*****

End copy/paste:

Ps: gambar di ambil di daerah kuantan pada suatu petang, takde apa apa simbolik, tapi ada astro tu!! Woha!

(Upah Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Orang yang dah mati,Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji.. Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji..Woha!)