Oct 31, 2011

Perlu ke sambung belajar?

(ketika orang ramai perasan sibuk dengan berkongsi ayat ayat power Steve Jobs yang sudah jadi mayat, apa kata aku berkongsi ayat ayat power dari orang yang belum jadi mayat)

Soalan pembaca terpilih minggu ini.

*****

Salam.

Kepada keretamayat, aku spm tahun lepas dan dapat 8A.

Tapi masalah aku sekarang, aku langsung tiada semangat untuk sambung belajar, aku nak dekatkan diri dengan ugama dan aku sangat bersemangat untuk berniaga, aku rasa dah tak perlu belajar tinggi tinggi sangat, lagipun aku tak nak kerja makan gaji, aku mahu kerja sendiri, tak mahu kerja bawah orang macam orang tua aku, aku mahu berniaga sendiri kerana akan ada banyak masa dan guna masa untuk ibadat, ramai orang yang aku kenal, kaya tanpa masuk Universitipun, Steve jobs pun berhenti belajar dan berniaga hingga jadi kaya raya, sekarang aku dah bergaduh dengan parents, mereka suruh aku sambung belajar tapi aku tak ada semangat, salahkah aku jika tak mahu sambung belajar, dan dekatkan diri dengan ugama serta berniaga?. Aku rasa tak salah, apa nasihat abang, tolong jawab segara.

******

Keretamayat said...

Dik, umur 18 tahun bukanlah umur yang sesuai untuk bergaduh dengan parent, juga bukan umur yang sesuai untuk ber falsafah tentang kehidupan, lagi lagi jika adik ada akaun FB dan suka add orang yang tak kenal lalu sharing info tah apa apa, lagi lagilah tak sesuai nak bercakap tentang faksafah hidup..

Adik tak nak belajar sebab stave jobs berhenti sekolah dan berniaga lalu jadi kaya raya? Kelakar! Nilah masalah manusia, nampak benda yang depan mata jer, macam kes mereka yang taksub dengan parti XYZ sebab dalam parti tu ada ulamak X, lalu yakin parti tu betul sebab ada ulamak X, apa kau ingat ulamak X tu pergi belajar ugama sorang sorang? Lepas habis belajar terus madrasah tutup? Mana pergi class mate ulamak X yang ribu ribu lagi? Mana pergi junior dan senior ulamak X, kenapa mereka semua tak sertai parti XYZ, ni yang kita tak nampak..

Sama macam kes orang berhenti sekolah dan berniaga lalu jadi kaya raya, kitapun nak berhenti sekolah jugak, sedangkan ada ribu ribu lagi orang yang berhenti sekolah dan jadi pengemis, tapi kita tak nampak sebab mereka ramai yang duduk dalam penjara!

Jadi dik, nasihat aku, pergilah sambung belajar, habis belajar nanti, barulah mula berniaga..

Bab steve jobs pengasas Aple berhenti belajar tu dan jadi kaya, biar abang konsi satu info yang gempak! (sila right click untuk full page)

Apple's Rise to Number 1
[Source: Online MBA]

Siapa Mark Zuckerberg yang lebih kaya dalam umur yang jauh lebih muda dari Steve Jobs?

Beliau adalah penuntut UNIVERSITI Harvard.

Kata President Summers dalam Facebook movie.

“Harvard undergraduates believe that inventing a job is better than finding a job.”

Umur mamat ni baru 27 tahun, dan itu fakta tahun lepas, tahun ini, 2011, hartanya sudah bernilai $17.5 billion! Steve Jobs punya harta waktu matipun tak sampai separuh harta mamat ni..

Aku bukan nak agungkan si kapir ini, aku nak ambik moral bahawa:

WAKTU MUDA ELOKLAH BELAJAR!

Saidina Umar sahabat Nabi ada pesan, supaya didik anak sesuai dengan zaman, jadi zaman sekarang, belajar bukan sebab kerjaya semata mata, It is about learning in order to live well. Sesuai dengan zaman! Faham..

Jadi moral aku di sini..

Waktu muda eloklah belajar!

Kenapa kena belajar waktu muda? Sebab bila kita belajar, otak yang letih berfikir akan cepat lapar dan dahaga, lalu kita tak pelik malam-malam di mana mana Universitipun kedai makan buka 24 jam sebab budak budak study sentiasa lapar dan dahaga lalu hilangkan stress dengan cara pekena teh tarik serta roti canai..

Jadi dik.., jika adik tak dengar nasihat abang, dan bila tua baru menyesal, dan baru terfikir nak sambung belajar, lalu masuk universiti yang buat programm belajar secara part time untuk orang dewasa, abang takut waktu adik penat study kelak, lalu keluar malam malam pekena teh tarik dan roti canai untuk hilangkan stress.., tapi sebab adik dah tua, kena kencing manis pula! Hari konvo tak dapat datang sebab kaki sebelah dah kena potong-woha!

Bahaya tu dik! Jadi nasihat abang, belajarlah waktu muda, dalam kelas jika mengantuk, boleh makan gula gula.., tapi jika adik belajar waktu dah tua, lalu mengantuk, tak boleh makan pulak gula gula, sebab kencing manis, kan dah rugi.., andai kata adik waktu tua tak ada kencing manis, tapi sambung belajar dalam kelas orang tua dan rasa mengantuk, lalu ‘psst pstt’ kawan kawan dalam kelas mintak gula gula untuk hilangkan mengantuk, tapi sebab dalam kelas ramai orang tua, mereka bukan bagi gula gula, tapi pil kencing manis!

Woha!

I rest my case.

Ps: Belajarlah dari dalam buaian sehingga ke kerusi belakang keretamayat..: )

119 comments:

fatinizzati said...
This comment has been removed by the author.
fatinizzati said...

haha. bosan doe belajar. tapi aku tetap belajar jugak sampai sekarang :)

PemilikMataCoklat said...

saya sangat setuju, blaja bukan hanya untuk berkerjaya tapi untuk dapat manfaat ilmu, zaman sekarang ni yang ada ijazah pun belambak lagi menganggur inikan pulak yang takde ilmu, kita kena ingat xsemua manusia bernasib baek....

sekian...

lyana said...

belajar!!!! owh.. tgh sem break.. heheeh

cHoMeL'z said...

Terima kasih atas nasihat ini walaupon bukan kite yg tny...hehehehehe... :)

Anonymous said...

no 5.....

~sall~

Aqmil Lambung said...

kalau malas sangat nak belajar tapi parent suruh belajar, sekurang kurang nye dapat lepasan diploma pun cukup la, lepas abis diploma ko nak keje ke nak niaga.yg penting pilih course yg kau minat

Asyraf said...

hamka.. ko ade tanya tak bisness apa budak tu nak buat... meniaga pisang goreng ke bukak stall burger???

Aidarus said...

belajar cmana utk belajar...

Anonymous said...

lebih kurang cam masalah gua yang gua tanya kat pakcik hamka hari tu.

yeap, belajar je lah. tak rugi pun.

~fam~ said...

memang ada yang tak masuk universiti lagi kaya dari mereka yang masuk universiti.

tetapi, rezki masing2.

yang penting, selagi ada peluang dan ruang untuk belajar, baik gi belajar.

sayang dik oii...8A, ko boleh apply masuk U.

dengar nasihat abang hamka. kat luar tu ramai lagi yang teringin nak sambung belajaq tapi tak da rezki.

time belajar memang penat, time berkonvo lagi penat. tapi dah habis semua tu, perghh....ALLAh bagi hilang penat.

sekurangnya, dapat merasa kenangan tak tidur malam nak siapkan assignment.

kalo boleh, kak pon nak sambung belajr lagi. tp TAK NAK exam.:)

cg4dis said...

sangat setuju...
its cool..
saya pon bosan belajar tapi still belajar sampai sekarang :)

hainur hapis said...

masa belajar pun leh wat ibadah gak
lagi best!

kawan2 sama2 wat ibadah, ye dak?


http://blogkarkun.blogspot.com/

GERBANG UTAMA SELURUH DUNIA

INSYA ALLAH

insanpelupa said...

Bak kata Haji Abu Bakar..."Ada student tak kat sini?!....Ha..Student jgn josh..!" (semua taknak ngaku student..hehe)

Mama Rocks said...

ramai je tokwan-tokwan umur 60-an sambung belajar eheheh

saiful said...

fuhhh akhir selesai entry panas!

nurul said...

syukran atas nasihat di atas en hamka. terasa gak sebenarnya sebab malas nak sambung belajar :p kena semangat lebih pasni. wohaa!

@Fr!^n@ said...

tak dinafikan belajar ilmu di universiti tu bukan ilmu mengenal Allah semata-mata.. ianya ilmu campuran...namun ia amat diperlukan masa sekarang ni.. huuu jadi adik2 sambung lah belajar.. sebab bila belajar ada situasi dan kawan-kawan yang encourage kita belajar..

kalau tak nak belajar kena ada keazaman yang kuat sehingga ke akhir hayat untuk mencari sesuap nasi.. bukan senang nk kekalkan keazaman itu.. huuu

panjang berjela pula..

ct izzah said...

same macam aku 5 years back. tapi better belajar sementara mude2 lagi. nanti dah tua baru teringin nak sambung belaja. tym tu dah banyak komitmen dengan tanggungjawab.

Anonymous said...

ni cth mereka yg berniaga selepas habis belajar di U dan mempunyai pengalaman kerja

http://aidan.com.my/index.php/about-us/directors-board

salwnai said...

saya nk komen menjawab @Fr!^n@ je..

semua ilmu yg diajar di universiti/ disekolah/atau dikaki lima ..memang semuanya ilmu untuk mengenal Allah. x kira ilmu nano teknologi ke ilmu IT ke. memang semua tu nk bg kita fikir dan kenal Allah.

Wawa said...

belajarlah...muda2 ni kena cari ilmu...akak ni dah beranak-pinak pon gagah sambung blajo dik...

farz zull said...

ahah! Belajarlah paling best ok...student busy dengan assignment, discuss event/group sampai ke malam, masuk tournament macam2, ada plak sesi islamik hujung2 minggu...
menyeronokkan dan hidup rasa penuh teratur. Pandai-pandaila bahagi masa tapi paling penting setiap perkara yang kita buat kena ada niat untuk menyukainya terlebih dahulu...;)

kurosaki_torres said...

btw Mark Zuckerberg pon College Dropout gak...Bill Gates College Dropout gak~~ so fakta nak bnding antara diorang agak salah la...jz fact kebanyakan yg Billionaire x habis belaja~~ ;)

norinaomar said...

Good advice HAMKA!!

perkara pertama-bila adik itu dah kerja nanti,adik itu akan rindu zaman belajar.Serius!!

perkara kedua-adik itu pernah dengar tak istilah gifted @ genius @ kurniaan Allah. Itulah yang berlaku kepada Steve Jobs,jadi tak boleh nak terlalu jadi macam dia kerana tak semua insan memiliki gifted ini.

saya tak gifted,that's why berusaha keras untuk belajar sampai habis

Anonymous said...

Sedikit ILMU lebih baik dari banyak IBADAH. Cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri. (HR. Ath-Thabrani)

والله أعلمُ بالـصـواب

-SM-

Hanna said...

saya sokong untuk teruskan belajar. itu pun kan ibadah =)

nur said...

a a ek.
yang selalu nampak duduk goyang kaki duit masuk.. semua orang nak camtu..
belajar tamau..
bekerja pun takmau..

nasihat yg bagus amat!
thanks

Abu Abdurrahman said...

belajar la sementara ada org nak sponsor.....beribadah pd ALLAH adalah taufiq dr ALLAH...kalau hang sambung belajar...sambil2 belajar dpt ajak kawan taat ALLAH...remaja skrang ramai yg jauh dr ALLAH...

Syafiq Ahadin said...

somehoe, saya malas nak belajar sebab saya rasa belajar ni sebab nak dok exam.

even exam tu untuk menentukan kite paham ke dak, tapi tak semestinya, sebab ada yang paham tapi tak tak perform.

sepatutnya kita amek based on experiment/ apa yang kita dah buat. amali. sebab kerja ni bukn nak ilmu je, perlu amali.

huhu! anyway, saya tersangat2 suka blog ni!!! hehehe. alhamdulillah saya jumpa blog ni sebelum diangkut ke kereta mayat.

Izza Arsyika said...

alhamdulillah. saya setuju dengan pendapat en. hamka. dan point2 yang diberi memang best

unsoul said...

biarlah kaya dengan ilmu itu kalu sayalah.

tekan 500kali like utk posting hamka yg ni

Cikgu Kasim Gugel said...

Ohsem, belajaq tinggi-tinggi sampai negeri cina, belajaq lagi sampai liang lahad.

Kak Mahh said...

Tak salah belajar kerana ilmu ada dimana saja.

Anonymous said...

Dik,
Zaman sekarang saya banyak jumpa ahli perniagaan yang berjaya yg merupakan seorang jurutera, doktor, lain2 dan kesemuanya banyak yang pemegang ijazah.

Jadi,
kalau adik hendak berjaya seperti mereka untuk zaman ini, belajarlah dulu tanpa menafikan yang adik masih boleh terlibat dlm perniagaan.

Kat universiti nnt macam2 business boleh buat.

ZaHusNa Collections said...

Nabi pun suruh kita tuntut ilmu sampai ke liang lahat... masa belajar kat Uni lah zaman yg akan mengubah kematangan kita... masa tu join usrah utk akhirat, belajar utk duniawi...join persatuan utk kemasyarakatan...kalau boring belajar sendiri, buatlah grup studi...bila cuti lepas exam buat kem ibadah bekerjasama dgn sekolah2 @ masjid...tu utk ibadah lah... kalau takde ilmu perniagaan cemana nak meniaga... nanti kena tipu dgn org pun kita tak tahu....

D-SIM said...

aku skrg asasi engineer tp minat gila buat bisnes cam mamat tuh =/=

Anonymous said...

dik
kat u pun blh meniaga

NER said...

En.Hamka, explaination yg bagus. Semoga adik tersebut dan adik2 lain diluar sana yang baca kes ni mengerti betapa pentingnya ilmu. Kita sambung belajar bkn setakat dak grad and dapat kerja best tapi ilmu itu yg penting. Ilmu yang diredhai Allah dapat membawa kita lagi dekat dengan Allah. Bukannya salah nak berniaga tapi umur 18thn tu time yg sangat bagus utk ilmu nak diserap.

Anonymous said...

zaman belajar adalah zaman yang paling besh, saya sangat setuju, even walopun dah kejepon, masih lagi terfikir nak sambung belajar, gain new knowledge, belajar memang tak boleh berhenti. =)

Anonymous said...

“Always be yourself, express yourself, have faith in yourself, do not go out and look for a successful personality and duplicate it.”
- falsafah bruce lee.

NurAfiqahMohdGhazali said...

kahkahkah part share info kat fb tu tak leh blah hahahahaha

Unknown said...

salam hamka;

mohon letak keretamayat dalam blog saya.

terima kasih.

namasayatihah said...

well said..;)

most of the commentors ckp, belajar itu best..well, when it comes to learning...it is not about best or not but we need to realise that life is all about learning process...no matter how old u are, you are still learning..;)

about smbung belajar or not, my suggestion...yes..to those yg br abes spm, sila lah smbg belajar..learning in school is much more different than uni...one shud be able to experience those feeling belajar in uni...br la korg tahu langit itu tinggi rendah.

to those adik2 out there, go ahead n further studies...u hav a lot to learn in uni..;)

Mummy said...

salam semua...sementara masih muda dan blom ada apa2 komitmen (perkahwinan)...eloklar blajar...kalo rasa minat tu lebih nak mendapat pahala, usaha sampai dapat jadi ustaz atau ustazah...mengajar org benda baik dan org itu mengamalkannya, kiter pun dapat share pahala...

Datin Lulu said...

Nak belajar, pegi la belajar.
Tak nak belajar, takpe.

Yang penting yakin dalam hati,
rezeki dari Allah.

Allah berkuasa, makhluk takde kuasa.

:)

Masjid PB said...

Belajar itu periodnya dari lahir hingga ke liang lahad. Belajar bukan sekadar untuk pass periksa. Belajar untuk hidup. Bukan sekadar di dunia tapi akhirat. Orang yang berilmu diangkat Allah beberapa darjat dlm masyarakat. Tidak sama seorang peniaga yg berilmu dengan seorang peniaga yg tidak berilmu. Jadilah seorang peniaga yg alim, peniaga yg faham agama. Untuk jadi alim kena menuntut ilmu dan beramal.

nurdani said...

betul jugak eh apa ko cakap tu. so belajarlah kalau ada peluang tu.

Admin said...

perlu, setiap orang, tak kira apa pun yg kita belajar,tak kira apa pun 'title'nya ^^

NajwaZin said...

masuklah UIA, kerna ada ilmu duniawi and ukhrawi. settle! :)

Anonymous said...

walaupun saya dah tua.. saya masih blaja part time.. dan kwn-2 saya org muda... blh kunyah gula-2 pasal xde kencing manis.. hehehe..

Unknown said...

haa,okay lah nasihat kau utk budak tu,boleh diterima :)

Makwe Kintan said...

Terbaik la Lu Beb..I sokong...I yang dh keje ni pun tak sabar nak sambung belajar balik...waktu muda ni la kena cari ilmu sbnyk mgkin..^__^

Admin said...

betol tu, kalau takda ilmu orang senang tipu kite..iklan2 kat tv tu byk tipu tp org still caye sbb ape? sbb xdak ilmu...so pandai2 la cari ilmu k~

Anonymous said...

sambung belajar bukan setakat dapat degree. tapi kembangkan network kat otak, dan kembangkan network kawan2/lecturer/manusia lain yg ada di U.

8A SPM takde makna. masuk U simple algebra pun takleh buat. belum lagi masuk bab application of algebra (ini kisah benar)

nak buat bisness kena tau kira variable cost, fixed cost, total cost, revenue, profit, selling price, etc.

berniaga pun perlukan ilmu juga.. selamat sambung belajar!

Anonymous said...

"Mana pergi class mate ulamak X yang ribu ribu lagi? Mana pergi junior dan senior ulamak X, kenapa mereka semua tak sertai parti XYZ, ni yang kita tak nampak.."

Hmm.. mana kau tau classmate, jr & sr ulamak X tu tak sertai parti XYZ?

Nak undi parti XYZ kena sertai parti tu dulu ke?

Lagipun, bukan semua classmate, jr & sr ulamak X layak jadi wakil parti XYZ, mungkin sekadar ahli biasa saja. mana tahu... kita tak tau semua... jgn cepat buat andaian yang naif.

Skymatrix said...

Salam,

Belajarlah kamu sebelum kamu diberi pengajaran akibat tidak mahu belajar.

Wassalam.

Anonymous said...

Dik,

Dulu abang cita cita nak jadi wali, sebab abang kagum dengan karamah para wali.

Satu hari, abang tanya kawan, bagaimana nak jadi wali?

Kawan kata, wali ialah mulutnya basah dengan zikir dan hatinya penuh dengan kebesaran Allah...

Lalu, abang dah paham sekarang, bukan hasil yang perlu abang kejar tapi usaha yang perlu abang buat...

Juz my 2 cent

-putat-

insanpelupa said...

Mane abg Khalid..dia tak komen ke?

Anonymous said...

ohsemmm..spm result gempak x nk smbng blajo pulok doh...doh lupo tujuan nok dapek result gempak spm ko budok??kalo doh lupo kito tuko indenty...woha!

ShimM said...

belajarlah selagi terdaya. aku ni ha.. nk belajar tp, asek pk kn krisis ekonomi diri yg xmenentu. nk tambah ilmu lbih baik sms muda. masa diri masih terjaga, kudrat masih kuat. jgn dah bongkok 3 baru nk blaja. masa tu, patot pk kn waktu2 liang utk beibadah, bkn belajar!

lgpon, dunia kini, hanya ilmu sahaja yg mampu menjadikn diri seseorang berdikari dan berjaya! wassalam~

Anonymous said...

"buat-buat belajar,
Belajar-belajar buat"


Anonymous

Yutaka Mushimura said...

hahahha..tergelak aku baca entry nih...

sebab HAMKA dapat kaitkan penyakit kencing manis dengan belajar...

woohaa..memang RARE

Unknown said...

belajar selagi masih muda...2 yg penting...

Anonymous said...

adik... selalunya bila ibu bapa tak izinkan, itu dah tunjukkan petunjuk Allah. Redha Allah kan terletak pada redha kedua ibu bapa.

Kecualilah kalau ibu bapa suruh buat benda yang bertentangan dgn syariat Allah. Dulu Nabi Sulaiman diberi pilihan antara kekayaan,kerajaan (takhta), dan ilmu...

Nabi s.a.w bersabda
Nabi Sulaiman diberi kesempatan agar memilih antara harta,kerajaan, dan ilmu, maka beliau memilih ilmu. Lalu beliau diberi kerajaan dan harta kerana memilih ilmu
(HR Ibnu 'Asakir dan Al-Dailami)

Ya Rabb..., berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orangtuaku dan untuk mengerjakan amal saleh (kebajikan) yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam kelompok hamba-hamba-Mu yang saleh. (An-Naml [27]: 19)

Lihat pula Qarun, dia memilih kekayaan...

...Perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Al-Qashash [28]: 76)

dengan kekayaan yang luar biasa itu menjadi dia sombong dan angkuh.Akhirnya mati dlm kekufuran.

“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu kerana sukar bagi hati untuk dimasuki cahaya jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”

“Ilmu adalah sangat mulia. Justeru, bersabarlah dalam menuntut ilmu kerana semakin bertambah mulia sesuatu yang dituntut, maka semakin bertambah pula keletihan dan kepayahan dalam mencapainya.”

“Cintailah Rasulullah dan keturunannya kerana jika hanya berilmu tanpa Mahabbatun Nabi, hati akan menjadi ‘gersang’.”

allahu a'lam

mrsRons said...

haiya..terasa plak sbb bila blaja masa tue ni sgt la malas...tp xleh buat ape..dah terlambat.

Anonymous said...

aku ada different perspective dr keretamayat. berdasarkan mesej dari surat pembaca pilihan,aku nasihatkan 'dik,kalau nak start bisnes sekarang, go for it'. sbb judge dari mesej dia,aku nmpak dia akan berjaya.

yg dimaksudkan oleh keretamayat ialah belajar dari buku2, tapi dik aku yakin you pasti excel dengan belajar dari pengalaman..

Anonymous said...

bisnes sambil blajar nie, tringat plak kat senior aku dulu d kampus, jual nasi lemak di seluruh hostel lelaki. satu malm income dia lbih kurg 100 rggit gtu.

Anonymous said...

Assalam

Modus operandi syaitan ialah dengan menakut-nakutkan manusia tentang sesuatu yang belum pasti di masa hadapannya.....

Kau nak berjaya macam Steve Jobs, belum tentu kau berjaya macam dia lalu nyawa kau diambil terlebih dahulu....dan kau mati dalam keadaan keluarga kau terkilan dengan keputusan kau.

Kau kata tak apa...aku akan buktikan aku akan berjaya kepada ibu bapaku satu hari nanti.....dan belum tentu tiba hari itu...ibu bapa kau pergi dahulu dalam keadaan mereka terkilan.....dengan keputusan kau.

Nak belajar dekatkan diri dengan agama? Belajarlah taat ibu bapa....kejayaan kau bukan macam Steve Jobs....syurga kau dibawah tapak kaki ibu kau dan, doa ayah kau pada diri kau tiada hijab disisi Rabb.

Tengok muka orang tua dengan kasih sayang...kelebihannya seumpama mendapat ganjaran mengerjakan haji dan umrah yang mabrur.

Baru tengok....belum lagi membuat mereka suka dan bahagia.

Belajarlah taat pada ibu dan bapa dan belajarlah korbankan apa saja impian kau demi membuat mereka bahagia!

Aku dah hampir 16 tahun kerja dan aku tidak minat dengan apa yang aku buat....tetapi aku tetap kerja kerana ini adalah kehendak ibu aku.

Aku tetap bahagia....melihat ibu aku bahagia.

I love you mother...I'll do anything for you to make you smile and proud to have me as your son.

Ya Rabb...jadikanlah aku harta yang tidak ternilai bagi kedua ibu bapaku di kampung akhirat sana.

Khalid

Anonymous said...

Assalam

Insan pelupa yang mulia....ada pergi KB, tak ada lagi buku tu..insyallah ada nanti ana belikan.

Khalid yang selalu lupa.

hamka said...

71! yeay!

insanpelupa said...

Abg Khalid ada emel dok?

hamka said...

ada beberapa email dari pelajar yang malas belajar mintak nasihat, aku search balik email mereka untuk meriahkan soalan pembaca tapi tak jumpa, yang paling hampeh, ada pelajar yang malas belajar sebab baca entry aku, aku cakap, entry mana yang buat kau malas belajar, aku nak delete? dia tak reply pulak..

bab bisnes budak tu, alahai MLM, memang buang masa, dulu kawan aku cikgu sekolah menengah, berhenti jadi cikgu jual MLM, setahun dua nampak kaya, sekarang duduk kedai kopi, tunggu kawan balik kerja untuk ajak berborak.., tapi kawan malas berborak sebab jap lagi akan bukak isu bisnes MLM yang lain pulak, cari orang bawah 10 orang, bla bla bla..,

nak bisnes, biar betul betul,

dan aku puji orang bisnes..

: )

aku pun budak bisnes yang suka sambung belajar said...

ceh!rupa2nya MLM..mungkin beliau tak kenal uncle aidid lagi kot..hehe

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Abang khalid...! auww

Anonymous said...

ayat pertama yg diturunkn.. igra'.. npe perkataan nie yg pertama diturunkn.. sbb bertapa pentingnye menuntut ilmu dlm kehidupan kite.. seburuk2 buku pasti ad ilmu di dlm..

nor azura said...

belajar best...elokler belajar. dan paling penting ilmu dan amal. tq..

si b i r u.CHOCOLATE said...

bdk ni kecik2 da terlebih masak lak otak....lame kot!...

budak ko blaja lar...nk jadi peniaga pon kne ade ilmu....kang bdo2 ko wat bisnes...kne tpu bgai....
xke idop ko ssh....ngs mak ayah ko kne tanggung ko balik...
klu ko nk brdakwah skalipon smbil brbisnes...tp mak ayah ko xredha....jgn kata bisnes....ape ko buat sume rugi coz Allah xnk bagi ko rezeki...bahaye dow....redha mak ayah ni lar pmbuka rezeki anak2....ingt tuh....XD

Anonymous said...

Assalam

Dapat sudah email, tuan rumah minta tolong delete komen 75. Jazakallah.

Khalid

kundi said...

p la blajaq woi....bes gila kot life kat U..gua rindu...hahaha......

Mutiara Bertaburan said...

saya belajar di sekolah . sekolah saya nama sekolah cinta. saya kene jee belajar... smpi skrg tak paham paham. tolong lah ajar saya .. bila saya kurang belajar ,, saya dapat jadik hapa???

Cik Siti Fairuz said...

kepada adik-adik, belajar la selagi boleh..ape2 pekerjaan/perusahaan pun memerlukan ilmu utk generate duit.

lari topik sat.. pak hamka, aku berminat nk tahu lebih skit pasal wahabi ni. post pak bertajuk "Surat kepada Wahabi?" x berapa nk kupas sgt 'aktiviti' wahabi ni. harap kalau ada kelapangan pak bole share lebih.TQ

saiful said...

bagi aku tak kisah kalau sesiapa yg nak atau tidak belajar tentang architecture,kedoktoran,kejuruteraan, tapi yg penting kita WAJIB belajar ilmu yg ALLAH & NABI TUNTUT, kalu tidak merana lah kita!

Anonymous said...

belajar tu penting dik oi....
steve job tuh bukannya dropout sebab apa.sumber kewangan dia dah habis selepas 6 bulan dia duk kolej. dlm keadaan serba dhaif, mkn xcukup, tido merata2 tu yg membuatkan dia berfikir panjang samada nak teruskan belajar course yg dia kurg minat dengan keadaan ygserba dhaif atau berenti belajar, cari kerja n belajar sesuatu yg dia minat secara bukan formal. tp pembelajaran secara bukan formal tu tetap diteruskannya sehingga dia mati.
cuba bayangkan, kalau sumber kewangan steve job tu xhabis,mesti dia pun graduate jugak.bleh rujuk sumber youtube speech tahun 2005.
tpkan abg hamka, xsalah kalau nak amik benda baik dari baik dari steve job.dia sumber inspirasi, abg hamka jugak menikmati hasil kejayaan dia dengan computer yg mesra pengguna. cuba bayangkan duk zaman mak ayah saya y guna comp latar belakang hitam dgn tulisan warna hijau dan guna command, tanpa mouse...mungkin saya perlu amik masa 1 hari suntuk hanya utk tulis laporan.

Anonymous said...

Salam

Baru belajar;

Imam Ghazali(r.a) kata, Ilmu yang bermenafaat ada 3:

1- Ilmu Tauhid
2- Ilmu Siir (Tasauf- bab hati)
3- Ilmu Syariat-belajar dgn orang alim shj

........
Sambunglah belajar kat univ. atas niat nak taat ibubapa.

Di universiti, taatlah Allah n Rasul serta jaga solat 5 waktu berjemaah di surau(laki-laki), sentiasa usaha atas Ilmu mencari 'kesukaan' Allah serta hadirkan Allah di hati sambil menjaga batas2 pergaulan n akhlak. Hormatilah pensyarah, muliakan ustaz2, tidak berburuk sangka dgn kawan2 dan tundukkan pandangan dgn pelajar2 perempuan (dgn ini kamu akan dpt nikmat dlm solat). Ikhlaskan setiap amalan semata2 kerana Allah. Teruskan menjaga Agama Allah, ajak kawan2 sama2 mentaati Allah, nescaya kamu dalam bantuan Allah.

Semoga menjadi anak yg solehhh!

Munn Jaafar said...

sy dlu blja takat diploma je n mls dh nak smbung degree wpun pointer 3.5ke atas..atas alasan otak dh bkarat. (konon)
dn skrg rasa menyesalllll sgt xsmbung............ T.T

yg pnting masih blum tlambat.lau ditakdirkan kaki aku kena potong,aku pg gak konvo wpun dgn sblh kaki =)

Sofie Natashah said...

belajar ni penting. dalam cari ilmu, kena mantapkan networking.


bila network bagus, baru lah syok meniaga. kalau x der network pun ok je, tetap boleh niaga tapi terhad la.


kalau kita ada 10 orang kawan yang beli mungkin 2%. tapi kalau kita ada 1000 kawan, 2% dah jadi 200 orang dik.



"More people u see, more biz ur could sell"

Pemuda Pemalas tp pandai said...

aku skong lah pendapat adik nie x nak sambung blajar g. nanti terlampau pandai susah gak tue. klau terlampau pandai, sikit2 protes. sikit2 protes. kerajaan nak buat program, protes... tu yg susahnya tu..
g pun adik ni dah dpat 8A gak kan. bg chan lah plak kat org laen...

serambi said...

kalu adik tak minat nak sambung belajar bab jurusan engineer,medic,architecture atau sebagainya, adik belajarlah kat madrasah, dan terus buat dakwah cara nabi saw! kan mantap! aku syor ko sambung belajar madrasah!!!

mohd said...

baru2 ni aku dgr '' ceramah'' penceramah tu ckp! kalu kita cipta apa2 benda2 kat dunia ni,walaupun benda tu dgn izin allah dpt memberi kemudahan pada seluruh manusia! cth kita pencipta computer, i-pad,i-pod,hp dan sebagainya, tapi kalu kita mati tanpa iman...computer xkan menangis utk kita,i-pod xkan nangis utk kita, i-pad xkan nangis utk kita! tapi kalu kita takde apa2 kat dunia ni tapi bwk mati bwk iman sempurna... matahari akan nangis,awan akan nangis, semua makhluk sedih tgk 1org yang beriman telah mati tinggal kan dunia!

Skymatrix said...

wahai adik yang malas belajar...

aku ini telah berumur 32 tahun dan tahun depan akan mengambil peperiksaan 4 paper lagi bagi mendapatkan pengiktirafan profesional dari kerajaan

masa muda ni elok belajar sementara otak masih fresh, dah masuk umur macam aku ni banyak sangat komitmen, nak study pun agak susah...

Anonymous said...

kerja dari bwh. byk kerja yg lebih pentingkan pengalaman dr diploma atau degree. pengalaman 3 taun jd kuli lebih mahal dr ambik diploma 3taun kat U. sgt ramai org yg ad diploma tp bila nk keje gomen terpaksa guna spm saje. sambung belajar ke.. xsambung belajar ke..rezeki tuhan ad dimana2...

-iss-

Anonymous said...

aku vote supaya adik ni sambung belajar. itu lah, belum habis belajar, dah nak lawan cakap mak ayah sampai gaduh-gaduh. tak elok tuh.

dapat 8A bagi peperiksaan malaysia tak ler pandai sangat adik oi sebenarnya.lawan cakap mak bapak pun berani.....itu dah kira lawan cakap ugama, sebab ugama suruh kau taat pada ibu bapa, lain lah parent kau suruh buat mende syirik.

kau sebenarnya kuasai benda2 asas aja. ala, kalau masa spm, kau study soalan koleksi spm t, sure boleh lagi cemerlang, soalan berulang2.

kau tahu mark zuckerberg siap bapak dia hire programmer peribadi ajar supaya dia master programming.

aku cadangkan, kalau kau minat nak meniaga burger contohnya, better kau dalami bidang membuat berger. dari roti sampailah cara nak buat patty yang sangat sedap.

itu baru boleh berjaya macam mark zuckerberg insyaAllah.

hamka said...

aku suka semua jawapan korang terutana Sofie Natashah :

"More people u see, more biz ur could sell"

hingga aku pernab baca satu buku, jika nak anak jadi bisnesman, pastikan mereka belajar dalam negeri.., pasal networking tadilah!

: )

ps: tapi jika adik tu dapat 8E, lain pulak nasihat.., he he

sikidal said...

wahhh ko bg aku blh x 8a ko tue,,ak nak masuk matrik nk jd engineer..adoiii rezeki jgn la tolak,,aku rase ko nampak duit jer tue sbb ko malas belajar,,jgn weii rugi ko nanti,,siyes kalau leh tukar result spm ko kat aku ,,aku mau~hahahahahaha

Qani'ah said...

Nak dunia dgn ilmu,
nak akhirat pun kena dgn ilmu..:)

kalau adk tu minat nak meniaga pun,kan lebih baik dgn ilmu?

roses said...

adik ni. bukan takde minat ni.
kene hafal doa hilang malas ni.
kekeke

Anonymous said...

awal yang baik

Anonymous said...

belajar mmg best...
tak yah tunggu kerja,rezeki org belajar nimencurah2..
bila kt dapat tawaran u jer,kerajaan akan bagi rm1000. untuk duit poket..kalau sambung over sea,kerajaan bagi rm1500. bila nak gi belajar,malam tu pilak,keluarga ajak saudara2 dekat buat solat hajat n makan2..time salam ngan kita,dihulur lagi duit poket untuk belajar...kalau sorang bagi rm50.
hmmm kalu 20 org yg hulur n bg rm50.tak ke dah rm1ooo.?
masa kat airport pulak,ada lagi yg salam ngan kita sambil nangis2,dihulurnyer pulak rm100.
hmmmm....mmg best...
e2namanya rezki org belajar...
tu tak campur biasiswa lagi..
jadi jika dah ada niat nak belajar,teruskan jer niat tuu..
mmg tak rugi...
antara keistimewaan org yg menuntut ilmu ni,antaranya,jika dia mati ketika menuntut ilmu,maka akan dikira sebagai mati syahid...kan best..^_^

Anonymous said...

Assalamualaikum,

pertamanya,sy respect dgn kekeliruan adik, krn ini menunjukkan adik seorg yg berfikir utk yg terbaik utk masa depan adik, bukan sekadar ikut flow.
sy nasihatkan utk diri sendiri juga,bila berada di persimpangan, istikharah lah.mohon Allah tunjuk jalan yg terbaik utk agama,diri, keluarga dan msykt.moga Allah bukakan jalan untuk adik beroleh kejayaan dunia akhirat.buatlah apa jua keputusan dan tindakan, tanpa rs sombong di hati.

sy berpendapat adik merasakan x perlu bg adik smbg blaja sbb adik melihat, masuk U itu hanyalah routine like...attend lecture,buat tutorial, siapkan asemen,presentation dan hafal itu ini utk sit for xm.sy sgt bersetuju yg all these routine tidak mampu menjadikan seseorg itu mahasiswa atau cendekiawan.hatta pensyarah2 di universiti pun terlalu kurg membaca dgn peratusan statistik hanya 2 buku dibaca setahun oleh para akademik di universiti,peratusan yg cukup membimbangkan.jelas bhw belajar di universiti dgn rutin yg tersedia, tambahan pula ilmu dituntut dr mereka yg tidak benar2 mencintai ilmu, agak sukar utk membawa adik menjadi seorg intelek.

jika adik bimbangkan adik mungkin akan stuck dan membuang masa utk rutin ini buat beberapa thn akan dtg, tidak bererti adik sudah berhenti menuntut ilmu.sy cadangkan, kenalpasti potensi diri.masih boleh ke ipt, namun pastikan adik pergi menyambung pengajian dalam bidang yg adik minati.andai berkelayakan atau andai memiliki kedudukan kewangan yg kukuh, disarankan untuk menyambung pengajian di luar negara terutamanya di negara2 maju krn sistem pendidikan di sana lbh bnyk 'hands-on' dan corak pembelajaran yg kreatif dan praktikal.hidup jauh dr tanah air juga beri ruang untuk adik lbh mengenal diri dan mensyukuri nikmat iman dan islam,mudah2an.

seandainya tidak berminat dgn mana2 jurusan di ipt, adik mungkin boleh menelaah kursus2 tertentu (jahitan,masakan,teknikal dsb) dan mempelajari bidang tersebut hingga ke tahap pakar.itu juga ilmu dan kembangkan ke tahap yg sehabis baik.tp kan dik, kdg2 ijazah ni penting utk mendapatkan tapak yg kukuh.bile dh ade gaji tetap bulan2, senang nk buat saving utk realisasikan perniagaan yg adik minat.unless family org senang yg boleh support earlier capital.nk mule bisnes ni sume nk pakai duit.

sy ade kwn yg bejaye bukak kedai kek, dgn duit saving jual goreng pisang tepi jalan, without any qualification.sy juge ade kwn yg keje kerani, sdg sambung blaja dan bertatih naik pangkat, sbb dulu die susah x leh nk smbg blaja, sdgkan kualiti keje die mengalahkan pegawai.cuma nasib baik x de degree je pon.kesimpulannye, kdg2 degree is just nothing to a grup of ppl, but sumtimes without a degree, perjalanan karier tersangkut2 sdgkan bukannye die x pandai.

harap perkongsian sy serbe sedikit dpt membantu.buat adik, selamat maju jaya :)

unGu said...

saya orang yang ke 100


nape aku... rasa sangat pelik.. bila baca artikel kat blog nih... rasa lain sangat... macam... macam... against aku nye hati...

erm... entry bgs tapi...

tahla..

"janganlah kamu mencampuraduk kan yang haq dengan yang bathil.."

WasaLam...

jai said...

Dah kalau yg tuan punya badan x minat nak buat apa paksa biarlah dia pilih jalannya sendiri dia minat agama biar dia belajar agama kan mak bapak dia juga nnti yg dpt pahala kalau dia dakwah kat orang...anak dia dekat dgn Allah byk ilmu agama kan ke nanti masuk akaun mereka. Tang rezeki kalau dia minat berniaga biarla dia meniaga apa2 bidang pun kalau berjaya alhamdulillah kalau tidak hidup sederhana je lagi senang tak byk hisab...tapi nak berniaga dgn niat senang nak buat dakwah kena juga ada ilmu kalau x nak buat full time boleh buat part time yg penting akhirat kena sungguh2, dunia pun kena sungguh2 atas maksud akhirat bukan sebab nak bermewah.Selesaikan masalah dgn amal dah kalau tertulis rezeki dia macamna sejak azali lg x kirala dia sambung beljarke meniaga ke...Allah dah tentukan.

hamka said...

i rest my case

Unknown said...

Sya baru jer gred diploma.. umo dah 24.. sb, lps spm ambik stpm,pastu x layak smbg degree teros.. trpaksa ambik diploma. niat nak smbg degree.. tapi x tahu, rasa mcm dah tua.. abis degree dh umo 28.. blh ke sy blaja lg, sb masa diploma pn ponter x la tinggi sngt mcm best student. ckp2 mkn jer.. dulu skolah teknik ambik electrik, pastu stpm drop bio ambik fizik, tp gagal.. pastu ambik diploma dlm makmal perubatan. dpt tawaran degree dlm bdg eng tech in electronic medical. apa pendapt korang. layak lagi ke kepala otak aku ni nak blaja? @ aku teros mencuba nasib dlm apa-apa pekerjaan dgn mencari pengalaman sebanyak yg mungkin? tgh buntu? kerja~~ di mana kau?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sya baru jer gred diploma.. umo dah 24.. sb, lps spm ambik stpm,pastu x layak smbg degree teros.. trpaksa ambik diploma. niat nak smbg degree.. tapi x tahu, rasa mcm dah tua.. abis degree dh umo 28.. blh ke sy blaja lg, sb masa diploma pn ponter x la tinggi sngt mcm best student. ckp2 mkn jer.. dulu skolah teknik ambik electrik, pastu stpm drop bio ambik fizik, tp gagal.. pastu ambik diploma dlm makmal perubatan. dpt tawaran degree dlm bdg eng tech in electronic medical. apa pendapt korang. layak lagi ke kepala otak aku ni nak blaja? @ aku teros mencuba nasib dlm apa-apa pekerjaan dgn mencari pengalaman sebanyak yg mungkin? tgh buntu? kerja~~ di mana kau?

hamka said...

aku ambik ijazah waktu umur dah tua, masa diploma dulu, pointer 3 point cukup cukup, tapi bila ambik degree, anugrah dekan tiap tiap tahun..

rupanya, makin tua makin berisi..

sila kagum dari jauh

he he

Anonymous said...

Aku sokong yg nie.Mmg mnuntut ilmu tu pnting.Tpi ilmu ade bnyk cabangnye.Adik tu cakap die nk belajar agama.Ha elok sgt la tu.Kalau dh msuk u nnti aku expect x kn ade bnyk mse ntuk die bljar agama.

Beri la die peluang untuk cuba sesuatu yang die minat.Sambil belajar agama boleh jugak berniaga kan.

Hanya sedikit pndangan dari org biase..
Take it or leave it.

Anonymous said...

Nak cari ilmu xsemestinyer kne msuk U..ilmu ad dimana2..bumi allah nh luas begitu juga la ilmu..cari la...tanya org2 y keje sekarng still ambung bjlr sbb arahan company tak pun sbb nak naik pngkat dn kenaikan gaji..klu belajar tanpa dapat segulung sijil dip,deg,master n phd berapa ramai kah y snggup ke menara gading?dunia y semakin maju dgn kecanggihan teknologi kenapa tak mampu lahirkan ilmuwan seperti ibn sina n al khwarizmi?tokoh2 nh cari ilmu sebab dahagakan ilmu bukan pengiktirafan hatta segulung ijazah sekalipun...

Anonymous said...

Salam hamka.. Rasanya situasi adk ni sama ngn keadaan sy skrg.. Dulu spm sy dpt 7A, msk asasi then dpt pointer rendah.. N dpt kos lelong.. Tp degree laa.. Nk x nk kna smbg jgk sbb xthu dh nk pilih ape.. Skr sy akn konvo dgn first class n dgn title anugerah dot2..sy xthu nk sambg mster atau x.. Sbb sy tkt utk hdpi situasi keadaan yg sbnr di luar sana..

Anonymous said...

Ilmu adalah satu jalan menuju syurga. Ilmu boleh kutip dimana2 sahaja. kalau xnak smbung belajar xpe, sebab ilmu boleh dapat percuma di internet,pengalaman orang dewasa,berjihad di luar ngara melihat kehidupan diluar sana. lagi nampak jelas depan mata. yang penting niat kita hidup ini hanyalah untuk mencari keredhaan Allah. bukan mncari ilmu dgan mnunjuk2 ad deg,master hmm xbawak dlam kubur pun..
lagi pun kita boleh tnya kgkwan kita yang smbung belajar tu,curi ilmu dorang tnya buat assign apa? course outline tajuk apa? hm kan senang..
Ingat tau mencari ilmu bukan niat untuk mendapatkan kerja,ianya kerana Allah barulah hidup diredhai.
OK, bijak-bijaklah dalam melayari kehidupan..
teruskan kerja elok2 naik pangkat sama je dngan mereka yang ada sarjana..mencari ilmu scroll2 je kat internet,perubatan kewangan pendidikan agama hmm semuanya ada..senang je..kan2 xpayah nak hutang2,susahkan orang..
Asalkan hidup Diredhai Allah..


#Hidup ni bukan nak jadi pandai tau tapi kena bijak.barulah tak rugi..ok bye!

hamka said...

Aku baru habis belajar di UTM, alhamduliah, dapat anugerah dekan, dan anugrah kejuruteraan khas, jadi best student dalam kelas.

Apa aku dapat waktu belajar?

Otak aku jadi laju dalam bab uruskan masa.

Aku jumpa ramai kawan baru yang ada bisnes stabil, so aku dapat luaskan networking.

aku berjaya siapkan 3 buku novel aku waktu belajar.

Sekarang dah free habis belajar, malas pulak tulis novel, adohai..

Unknown said...

Mcm saya ni tinggal berdua je ngan umi saya.
Tak sampai hati nk bia umi saya tinggal sorang2..
Pasal tu saya x sambung2 blaja lagi.. Tapi skrg umur saya dah 21.. saya dah mula risau dan takut lagi 5 tahun akan dtg saya menyesal sbb x sambung blaja.. sampai skrg saya x tahu apa patut saya buat..

Unknown said...

Mcm saya ni tinggal berdua je ngan umi saya.
Tak sampai hati nk bia umi saya tinggal sorang2..
Pasal tu saya x sambung2 blaja lagi.. Tapi skrg umur saya dah 21.. saya dah mula risau dan takut lagi 5 tahun akan dtg saya menyesal sbb x sambung blaja.. sampai skrg saya x tahu apa patut saya buat..

hamka said...

salam, jika layak, masih boleh sambung belajar walaupun dah tua. :)

E-rul said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aku belajar sampai diploma 3 tahun. Habis diploma start bisnes. Tak sambung degree. Alhamdulillah setahun aku fokus bisnes aku dah jadi jutawan walaupun umur baru 21. Apapun semua hal mesti ada ilmu. Tak semestinya ilmu di U saja. Explore ilmu dalam kehidupan. Pengalaman adalah guru terbaik.