May 3, 2011

Bila kekasih di Fitnah?

(Kampung Garuda dalam filem Hikayat Merong Maha wangsa rupanya adalah kampong chendering di Terengganu)

Pada suatu hari, di semenanjung emas, dalam kitab melayu lama kononnya, terdapat satu Hikayat Moron Murah Mangsa akan kisah seorang ketua pemberontak yang telah di tuduh berzina dengan seorang puteri dari china, lalu apabila rakyak jelata yang ingin mengetahui kebenaran bertanya kepada puak puak penyokong ketua pembakang itu (kerana mereka sepatutnya kenal kelakuan ketua mereka), apakah benar ketua kamu berzina?

Maka, dengan penuh emosi dan marah, mereka menafikan serta merta, lalu mendakwa bahawa semua ini adalah fitnah dan gossip semata mata.

Mana mungkin ketua pemberontak kami berzina? Beliau adalah pilihan tuhan, ini semua adalah konspirasi Raja melayu yang di bantu oleh tentera ROM.

Lalu Rakyatpun menunjukkan bukti akan salinan FLV kelakuan seorang penzina yang mukanya ada iras ketua pemberontak dan bertanya, apakah benar ketua kamu berzina dalam video ini?

Tidak, perut tidak sama, saya kenal ketua saya, muka memang sama, tapi perut tak sama! Perut lelaki itu buncit, ini semua adalah konspirasi! Ketua saya adalah orang beriman dan bertakwa!

Lalu Rakyatpun menunjukkan bukti lain bahawa salinan FLV itu melengkung dan nampak buncit akibat proses conversion atau Format Wide Screen TV kerana imej yang dirakam pada 4:3 aspect ratio 16:9.

Tidak, perut tidak sama, saya kenal ketua saya, muka memang sama, tapi perut tak sama! Perut lelaki itu buncit sangat!, perut ketua saya buncit sikit jer.
Lalu Rakyat bertanya, kamu yakin ketua kamu tidak berzina?

Ya, kami yakin! Mana mungkin ketua kami berzina, beliau adalah pilihan tuhan, beliau telah di zalimi. Ini semua fitnah!

Rakyat masih bertanya lagi, ketua kamu berani bersumpah menafikan fitnah ini?
Mana boleh bersumpah, sumpah tiada dalam islam, sumpah untuk suami isteri sahaja, saya bersumpah bahawa sumpah itu tak betul, bla.. bla.. bla..

Lalu guruh dan kilat pun berdengung dengung di langit hitam..

*******

Ok, kita tinggalkan dulu Hikayat Bohong Moron Mangsa ini, kita kembali ke studio untuk ikuti ulasan Hamka keretamayat berhubung isu ini.

ULASAN KERETAMAYAT:

Tuan tuan dan puan puan, jika kita menuduh orang yang tidak berzina itu berzina, maka kita telah membuat dosa besar dan jika mati tanpa bertaubat boleh membutakan kita masuk api neraka.

Sama juga, jika kita membela orang yang berzina, maka kita telah membuat dosa besar dan jika mati tanpa bertaubat boleh jugak masuk api neraka.

Sekarang aku tengok, puak puak pembangkang begitu bersungguh-sunnguh mempertahankan ketua mereka daripada fitnah ini, baik yang berdogol, berserban atau berkopiah, lepas tu guna ayat ayat al quran membetulkan tindakan ketua mereka, yakin benar mereka nampaknya akan ketua mereka tidak bersalah, seolah olah ketua mereka tu mat som (orang yang bebas daripada dosa)

Aku pernah tulis ala-ala isu ni dalam “menghina kekasih orang” yang mana aku cakap: Jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih..
Sebab kekekasih kita tidak semestinya betul, jika beliau buat salah, dan kita mempertahankan kesalahan mereka, jadi angkuh dan bengonglah kekasih kita..

Tapi dalam kes ini, jika ada orang menfitnah kekasih kita, apa korang buat? Ada korang ikut cara nabi berhadapan dengan fitnah?

Apa islam tak ajar ke cara menghadapi fitnah?

Islam dah ajar!, korang tu yang perasan pandai tak nak rujuk sejarah!
Hari ni korang melenting bila orang fitnah kekasih korang, lalu fitnah balik orang yang menuduh, bila orang cakap kekasih korang berzina, korang balas, kekasih orang lain bom orang, hampeh!

Orang bagi bukti bergambar, korang nafikan,” ya! betul gambar lelaki ni macam ketua saya, tapi perut tak sama, zakar jugak tak sama, zakar dalam gambar ni besar dan panjang, tapi zakar ketua saya.., (argh, malas aku nak tulis)

Mari sini aku nak cerita kepada korang yang mengaku berjuang ugama islam akan bagaimana caranya nak ‘menjawab’ jika kekasih atau ketua kita di fitnah mengikut ajaran islam.

Mari dengar sini tuan tuan da puan-puan,

Kita balik kepada kisah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Pendek cerita, pada suatu hari, ketika Nabi SAW pulang dari berjihad…, Aisyah r.aha isteri nabi yang ikut sama dalam jihad itu telah tertinggal dalam perjalanan atas sebab-sebab teknikal, maka di pendekkan cerita, siti aisyah r.a telah sampai lambat ke madinah itupun dengan bantuan seorang sahabat, Sofwan r.a..

Maka orang munafik (juga sebahagian orang islam) telah ambik peluang ini untuk buat fitnah ke atas siti aisyah r.a yang di tuduh telah berzina dengan Sofwan…

Berita ini menyedihkan Nabi, tapi Nabi takdenya menjawab macam korang seperti:, isteri saya pilihan tuhan, saya kenal isteri saya, isteri saya suci dan tak akan buat dosa. Bla bla.. bla, takde maknanya!

Nabi diam sahaja, dan banyak beriktikaf di masjid bertawajuh kepada Allah.

Aisyah isteri nabi sangatlah sedih bila kena fitnah, bertambah sedih bila Nabi Muhammad SAW tak back up pulak macam puak pembangkang hari ni, dan Nabi siap suruh aisyah bertaubat lagi, aduh.., memang sedih, dah lah tak salah, tapi kena taubat, bila Aiysah merujuk kepada bapaknya yang mengenali dirinya sejak kecik iaitu abu Bakar R.a, suruh bagitahu pada Nabi yang beliau ni suci, Abu Bakar menyebelahi Nabi, dan berkata: “bertaubatlah nak, jika kau benar, Allah pasti menolong.” Kata abu Bakar lebih kurang..

Masa tu wahyu pun tak turun untuk jelaskan isu ni, Nabi memang sedih, lalu bila Nabi bermesyuarat, ada cadangan dari sahabat nabi agar menceraikan Aisyah. Perkara ini menambahkan sedih aisyah r.aha.., lalu beliau tidak mengharap kepada siapa siapapun melainkan Allah, lalu berdoa dan bertawajjuh, akhirnya, turun ayat yang mengsucikan Aisyah isteri nabi.

Nabipun gembira dan orang yang buat fitnah telah dihukum.

Simple!

Moral: Bila isteri Nabi di fitnah, Nabi tak bela macam korang bela ketua korang yang di fitnah, sebaliknya Nabi bersabda: “jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya”

Itu yang terbaik..,

Dulu ada orang pernah tanya aku pasal sudin ajaib lelaki tabligh yang berkahwin dengan budak budak.

Aku jawab: jika terbukti ada kes memperdaya, atau menipu, atau ‘pukau’, atau ‘menculik’ serta mendera kanak kanak, maka kena hukum jugak, tak kira siapa dia, ketua tabligh ke? Lelaki ajaib ke? Jika terbukti salah, tetap kena hukum.., sebab Nabi bersabda, jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya, Nabi tak pilih kasih, yang bersalah, cukup bukti, kena hokum, habis cerita, kenapa nak pening kepala masuk neraka bela orang buat dosa atau fitnah orang buat dosa?

Jadi, Jika terbukti ketua pembankang meliwat saiful, atau berzina dengan anak cina, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, ketua pembangkang ke, ketua Abim ke, Bapa reformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum.., mungkin kena rejam jika ikut hukum Islam..,

Nasihat aku, pengikut pengikut ketua pembakang yang berlagak faham ugama,tak payahlah guna fatwa kaum kera untuk benarkan dosa korang, baik korang buat macam Nabi, bila isteri di fitnah, cool,, sabar dan tidak ‘bias’.., sebaliknya memperbanyakkan iktikaf di masjid sambil menambahkan tawajjuh kepada Allah, kepada ketua pembakang, tak payah jugak nak mengamuk, tiru jer macam Aisyah isteri nabi, sabar, bertaubat dan bertawajjuh, jika korang benar, pasti Allah akan tolong korang sebagai mana Allah menolong kekasih kekasihNya..

(itupun jika korang benar..,ok)

Ok lah, tak perlu sambung kisah Hikayat Moron Murah Mangsa di atas, sebab mereka semua sudah mati di panah petir.

Kita tutup dengan pantun yang di petik dari kampong Garuda, atau nama terkininya Chendering.

Sampai Masa Tibanya Waktu...
Redup Hati Kamu Berdua...
Bila Dua 'Parti' Bersatu..
Hidup Mati Jadi Bersama

Woha!

Ps: Cerita Hikayat Moron Murah Mangsa di atas adalah ciptaan semata mata, jika ada kena mengena dengan peristiwa hari ini, anggapalah itu adalah suratan dan takdir-:) Peace!

273 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 273 of 273
Anonymous said...

Kes bunuh tidak memerlukan 4 org saksi. Telah diterangkan dalam Al-quran Ayat 4 Surah Nur hanya sekiranya kamu menuduh orang ber ZINA shj, maka anda perlu kemukakan 4 orang saksi.

Sekiranya gagal, maka mengikut ayat tu, kamu bolih dikenakan 80 kali rotan dan kesaksian anda tidak diterima selama2nya termasuk menjadi wali.

Adakah sesiapa menuduh dan bersumpah laknat yg Najib berzina dgn Altantuya? Yg ada ialah tuduhan Najib terlibat dlm pembunuhan Altantuya.

Sumpah menyumpah ni kerja orang munafik. Sila baca Ayat 2 Surah Munafiqun. Org munafiq suka bersumpah untuk menyatakan kebenaran mereka. Mereka bersumpah depan Rasullah saw.

Sumpah ni dibenarkan dlm dua perkara;
1. Apabila suami tuduh isteri berzina dan tidak kemukakan 4 saksi. Bolih sumpah laknat spt Ayat 6-9 Surah Nur. ( 2) Dalam kes Qazaf- dimana sumpah hendaklah dibuat dalam mahkamah olih orang yg kena tuduh; dalam kes ni Anwar.

Ini Ustaz yg bagi tahu. Dia beri dengan nas sekali. Yg Eskay dan Tamby buat tu tak ada nas langsung.

Sepatutnya kes Qazaf yg difailkan bolih didengar dimahkamah syariah & mahkamah bolih mengarahkan Anwar bersumpah yg ia bukan individu dlam video tu. Baru lah betul. Ini tidak. Eskay dan anak Tamby yg penuh dengan dosa dan mrk berdua contoh saksi yg fasik termasuk Utusan dan TV3- penyebar fitnah menyuruh Anwar bersumpah.

kawi said...

kalau betul anwar yg berzina ..rakyat akan terima kalau kena caranye..tp....yg muskilnye y film tu tertulis tulisan siam...yg anwar tiada janggut..tp 22 Feb ada janggut, y rambut pendek tp 22 feb rambut anwar jadi panjang...perut buncit lg...kejap kata hotel..kejap kata kondo..eskay cakap dia ada bersama..utk apa...yg dedahkan film ni pula perogol bersiri...bolehkan dipercayai...cuba anda fikir...

kueh bakar said...

hamka org trg..

org kutuk-kutuk kat sini pun mesti ko terasa kan...sebab kita manusia biasa..

anwar..hari2 kena kutuk..

aku rasa ko bias kali ni..ni aku bagi link sorang lagi bloger trg-perempuan..

http://nurulbadiah.blogspot.com/2011/05/sumpah-laknat-bagi-saya-tak-perlu.html

Anonymous said...

pembangkang ni menipu diri sendiri..dlm video tu mmg muke anuar der..jauh dsudut b hatimu plg dalam mmg muke anuar..tp dek sebab ko sokong die..ko kate bukan bukan bukan anuar..

hamka said...

(sedang korek hidung)

Aku suka komen nur fatimah. : )

ok, jumpa esok pulak

: )

hamka said...

ops, bukan nur, tapi siti.., sori

wildmans said...

xde conclusion n langkah2 mengatasi yg tepat..hanya semata2 komen yg memutar belitkan fakta serta sirah nabi saw..lailahaillallah..tiada siapa yg bg mudarat & manafaat melainkan ALLAH!!bykkan percakapan lailahaillah(aukamakola)

nizam said...

aisy..hape cter pasal video ni tak abis2..jom la solat jemaah!hee.pastu bace ni-Subhanallah.haa,berapa ramai yang dah sebut-Subhanallah tadi?eh,sebut lagi sekali.bace2 jgn segan..daripada bace komen merepek 'anonymous' yang tak habis2..bukalah minda,read between the lines.ada faham?read between the lines.kat sini bukan blog nak cerite video la hape la,ko dacing,aku bulan,aku dacing ko bulan.bukann..em,kalo ye pn,bace lagi perkataan ni-subhanallah.woha!(sape la yang nyebuk ckp aku ni sekularis la hape la,aku baru je abis spm taun lepas.nak mengundi pn belum bleh.mcm mane lak aku bleh jadi org sekularis..hadoi..'anonymous' sungguh!)

sirip91 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalam

Allah's slave...ana tak kenal Hamka. Tapi ana sayang dia cam mana ana sayang anta walaupun tak pernah jumpa....we are all slaves, aren't we?

Tapi firasat ana yang lara ni..Hamka kalau tak balas entri maknanya dia sibuk dengn usaha agama atau sedang berada di jalan Allah....

Ana tak pernah bimbang pasal dia kerana sangat yakin dia berada didalam kasih sayang Rabb....

Ana bimbang diri ana ni sendiri...I didn't walk the talk.

Ya Rabb.....kasihanilah aku.

Khalid
Khalid

hamka said...

jika kita jawab macam Nabi jawab, orang yang mengfitnah akan putus asa, tapi jika kita terlebih lebih membela tanpa bukti, orang munafik akan gigih lagi mengfitnah, so hentikan fitnah mereka dengan tidak melayan..., jika korang sayang mereka..

ps: kepada menteri menteri yang baca blog aku,: dato', mereka kata aku pro Umno, apa lagi, masukan dua tiga juta ke dalam akuan aku.

woha!

Anonymous said...

org yg difitnah cool je..
geng2 yg memfitnah yg sibuk nak main sumpah2..
sumpah pakai quran je, dia ingat betul dah cara islam tu.hihihi..

owh rukun iman..percaya pada kitab quran..dia tafsir camtu kot.hiihi

dsai tak sumpah sbb dia tak jahil mcm yg bersumpah..

ps : org jahil akan sokong org jahil

Anonymous said...

katakan anwar turut bersumpah..menafikan tuduhan eskay

apa akan terjadi??

apa pandaangan non muslim pada org islam? pada islam agama yg benar? pada al-quran?

kitalah yg akan menolak mereka utk menjauhi islam..(harap ramai yg sedari)

mana pergi sifat dakwah?

kata..kita ni org dakwah..

hmmm, sori..'dakwah' wrongly defined

Anonymous said...

apa motif pembangkang back up org usaha hina agama dia? semua benda nak di back up??? org islam lain jugak la yang salah.

Ridhwan bin mohd yunus said...

dua tiga kucing berlari
dah 216 komen disini..
heh

saya benci rasuah said...

kalo ada butang like, sy nk like byk2 entry ni =D

sy benci 'penaksub' juge

Pemikir Sunnah said...

Jika semua orang malaysia yg beragama islam masuk pas, tentu hukum hudud akan terlaksana.

Jika semua orang malaysia yg beragama islam masuk umno, tentu negara kita bertambah maju dan canggih.

Jika semua orang islam di dunia masuk pas, tak logik sebab pas hanya di malaysia.

Jika semua orang islam di dunia masuk umno, pun tak logik sebab umno hanya di malaysia.

Jika semua orang islam di dunia masuk Tabligh, maka pasti Khalifah Islam akan muncul di dunia ini. Hidayah akan tersebar keseluruh alam. InsyaAllah.

istiqbal said...

Assalam,
ana aminkan kepada Pemikir Sunnah...amin.

La said...

ps: kepada menteri menteri yang baca blog aku,: dato', mereka kata aku pro Umno, apa lagi, masukan dua tiga juta ke dalam akuan aku.



Aku rasa Hamka sedang enjoy provoking dan membakar hati sesetengah dari kita. Sebab tu dia buat statement macam di atas. Memang ada orang yang macam ni dalam masyarakat kita. Dia seronok mengapi-apikan orang. Semoga Allah beri dia hidayat.

Anonymous said...

Assalam,
ana aminkan kepada La...amin.

Anonymous said...

Assalam

Ana aminkan doa semuaaa.... orang-orang yang beriman dari zaman Adam as sehinggalah doa manusia beriman yang terakhir diatas mukabumi ni...he..he..

Khalid.
223 kucing berlari...

temuntirung said...

ada sesape yg makan dlm? mari bertobat

temuntirung said...

ada sesape yg makan dlm? mari bertobat

Anonymous said...

dulu mase hamka cuti pjg, berdebar2 rsenya hati ini..

" Allah dah amek dia kah??" atau " hamka dah tak mau menulis lg kah??.. sangat risau..

Ya Allah, ku doakan encik hamka si penulis blog kereta mayat ini panjang umur dan akan terus memberi ilmu secara maya pada kami hamba Allah di luar sana..ade cerita yg penah saya dgr melalui ustaz diulang tayang semula di dlm blog sebagai peringatan terus kpd saya yang kehausan. saya terus menggali ilmu, rujuk kitab buku fakta dan sejarah.. menyelongkar permasalahan demi mencari sebuah jawapan..

terima kasih tuan empunya blog..
bilamana anda menasihati kami, umpama ayah menasihati anak2nya supaya sentiasa mencari keredhaan Allah..

pendekatan saudara seperti ayah saya ketika bersuara, namun dia bukan ustaz atau imam atau bilal, tapi dia seorang ayah yang sering "didik anak2 agar terus mencari keredhaan Allah "

sayang ayah!!


( Dhea )

Anonymous said...

Jibril perintah nabi baca...bacalah...bacalah..
Nabi baca catatan kejadian benar atau salah, siapa yang boleh mengelak, dia baca setiap perbuatan setiap saat dengan tepat, sebab dialah Al Quranul hakim yang menghakimkan perselisihan dan menentukan ketetapan Allah kepada manusia.

Sekarang kita lak nak jadi hakim..
Lantak koranglah...
Dah Rasul pesan "aku tinggalkan sunnah sebagai ganti Ku setelah peninggalanKu.
Ini tak nak cari dan usahakan.
Nak gak sibod... jadi hakim.
Tak nak hakim dari Allah.
Dah tu nak menang kes pasang peguam, peguam jugak yang kaya.
"Berpegang teguhlah kepada Tali Allah jangan kamu cerai beraikan"
Tali Allah tak nak cari nak gak yang lain... ambik kau..

Anonymous said...

Kepada Pemikir Sunnah

Kau asyik memikirkan sunnah Nabi,
mana nak jumpa pegilah cari mana satu sunah Nabi (Khazanah yang tersembunyi) yang nabi pesan suruh ikut.

Asyik dok pikir je...
Itu pasal kau suruh orang masuk PAS.
Kalau kau dah jumpa sunnah Nabi, dah tentu kau ajak semua orang Melayu ni masuk agama Islam bukan masuk PAS.

Ahmad said...

Assalamualaikum..

Saya faham dan jelas dengan ape yang KM cuba sampaikan dan saya bersetuju dengan pendapat KM.

Semua yang berlaku ini adalah sememnggnya agenda politik. Masing-masing menghentam diantara satu sama lain. Anwar kena fitnah meliwat dan berzina. Najib kena fitnah membunuh. Bagi saya sama saje kedua-dua pihak. selagi berpegang kepada cara politik dunia ciptaan Barat, selagi itulah fitnah-memfitnah ini berlaku.

Apa yang saudara KM cuba sampaikan adalah, tangani setiap permasalahan dengan cara Rasulullah. Bukan membuta tuli memberontak atas dasar berpegang teguh kepada prinsip KEPARTIAN semata-mata.

Islam adalah AGAMA, bukan NEGARA

Orang Tengah said...

Bersatulah demi agama. Orang2 kapir sedang tengok umat islam sumpah laknat. Mujur anuar tak sumpah laknat, jika tak tentu orang kapir akan tengok orang islam saling sumpah-menyumpah! tak senonoh betul!

Orang Tengah said...

Bersatulah demi agama. Orang2 kapir sedang tengok umat islam sumpah laknat. Mujur anuar tak sumpah laknat, jika tak tentu orang kapir akan tengok orang islam saling sumpah-menyumpah! tak senonoh betul!

Pemikir Sunnah said...

Adakah boleh atlit2 Sukma (sukan malaysia) bercakap besar apabila mereka berdepan dengan atlit Olimpik?

Begitulah yang aku lihat apabila orang2 Pas berdepan dengan jemaah Tabligh!

Cubalah korang semua ikut serta dalam usaha agama yang dibuat oleh jemaah tabligh, korang akan mendapati jemaah ini berskala besar! Mereka bergerak di lebih 200 negara di dunia ini. Mereka berjaya menghimpunkan umat islam dalam ijtimak pada skala yang ke2 terbesar selepas perhimpunan Haji di Mekah.

Anonymous said...

200 negara?? wow!!! besar usaha tu!
tapi islam tak tersebar pun..non muslim tak rasa kagum pun dgn kalian. muslim too.. mcm mana nak dakwah? u mcm syok sendiri je..kita mestilah berilmu, berpakaian kemas dan guna akal utk berdakwah..islam dah ajar dah.. u je yg salah pemahaman.. bila sungguh2 nak islam, tapi tiada ilmu. inilah jadinya.
hmm tolonglah tuan, u ni ramai tetapi umpama buih di laut sahaja.harap pikir2kan lah

-pemikir global

Ridhwan bin mohd yunus said...

usaha perintah allah ..
hidayah allah yang bagi...

Anonymous said...

kepada pemikir global
that's why orang islam hari ni kena usaha atas iman bro..
ilmu insyaAllah boleh diusaha, tapi nak beramal dengan ilmu yang ada jgn haraplah bro kalo iman senipis bawang...
ya ampun....

from paka with love

Anonymous said...

apa kaitan dengan tabligh??
apa kaitan dengan umno??
apa kaitan dengan pas??
apa kaitan dengan pembangkang??
apa kaitan dengan kerajaa??

dalil dan nas..
sekular
pemimpin
khilafah

macam mana Allah nak bagi kalau...

Anonymous said...

paka with love,
salah statement tuan tu..
mula2, kita kena ada ilmu utk dptkan iman.....kalau ada iman dgn automatik kita akan beramal.....inshaallah amalan sebegitu yg berkualiti.

cubalah kita ikut cara badiuzzaman said nursi,pengarang kitab risale i-nur..penting perlunya ilmu utk sampai kpd hakikat iman. harap tuan dpt luangkan masa.demi iman..

maaf lari tajuk..i love u brother..wassalam

ALLAH's slave said...

Salam,

khalid, terima kasih..
hamka, terima kasih..
sama-sama kita doa pada ALLAH hu rabbul izzati.. supaya kita dipilih untuk dicintai olehNya.. :)

Anonymous said...

hakala.. mana ada sumpah laknat dalam islam. korang ni apa la..
sila rujuk link ni http://drmaza.com/home/?p=1379.

Ridhwan bin mohd yunus said...

ilmu banyak amal banyak.. iman banyak.. terbaekkkk

ilmu banyak takde amal.. ibarat pokok takde buah..

ilmu sikit ada iman.. kompom... syurga.. heh

iman.. imun...

Anonymous said...

Saya tak kisah siapa betul siapa salah...siape memfitnah siape difitnah...yang saya tahu....pengakuan tu ada sumber yang paling benar jikalau pengakuan itu tanpa paksaan..

ustaz saya kata,,,dalam ape2 ape pun...kalau orang itu dah mengaku(dalam konteks ini)..dia yang perlu dihukum terlebih dahulu,,,,kerana bersubahat untuk melakukan dosa....membenarkan untuk membuat rakaman....kenapa tak mencegah daripada semua ini berlaku.......orang yang mengaku(bersubahat menyumbang dosa)///dialah yang patut di hukum...wallahuallam

Anonymous said...

Maaf tuan, ingin membantu mencerahkan?
Sila rujuk surah an-nur ayat 12 - 19 keseluruhannya.
- sikap mukmin bila dpt berita fitnah zina. Wajib menolak dan bersangka baik selagi mana penuduh tidak bawa 4 org saksi.
- tidak dpt disamakan tuduhan2 yg lain dgn tuduhan zina kerana setakat tuduh curi pensil or kekasih kita tgk wayang dgn org lain tak sama dgn tuduh org zina.
Ini kerana tuduh zina jika tak bawa 4 saksi ada hukuman qazaf. Tuduh kekasih tgk wayang dgn org lain tak kena qazaf, itu bezanya.

p/s tuduh kekasih tgk wayang tu contoh aje.

Harap dpt jelas antara bentuk pertuduhan2 yg ada dan bagaimana Islam selesaikan. Wallahu'alam

Umat Akhir Zaman said...

Mari kita bandingkan teknologi kita dizaman moden dengan teknologi di zaman nabi dan sahabat. Amatlah jauh bezanya. Kita jauh lebih maju dan canggih, dari segi pengankutan, perhubungan, persenjataan dan lain2.

Sekarang kita tengok pula kejayaan usaha agama di zaman nabi dan sahabat. Mereka berjaya menyebarkan agama dan menguasai sebahagian besar dunia ini, walaupun tanpa teknologi yang canggih. Kemajuan agama begitu pesat dengan pimpionan Nabi dan Khalifah2 islam. Jemaah2 dakwah di hantar keseluruh pelusuk alam. Semangat jihad begitu tinggi. Akhlak mereka juga telah menjadi asbab hidayah!

Dan sekarang ini, umat islam telah kehilangan khalifah. Usaha agama telah dipandang rendah oleh orang2 islam sendiri. Jemaah2 dakwah sedang bergerak di seluruh dunia untuk menyeru orang2 islam supaya bersama2 menghidupkan masjid2 dengan amal2 agama. Menyeru agar mengamalkan sunnah2 nabi, menyeru supaya bersama2 menghidupkan usaha agama. Kerana kita semua adalah umat terbaik yang di keluarkan untuk manusia, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Kemungkaran terbesar ialah syirik.
Dan antara dosa besar ialah meninggalkan solat. Kita perlu Menyeru umat islam kepada solat. Menyeru mereka supaya solat berjamaah di masjid. Dan semoga kita semua dapat bersama2 menyokong dan membantu jemaah tabligh.

Anonymous said...

pemikir global tu duduk dalam tempurung agaknye..
die belum nampak lagi la tu situasi sebenar..

alia zarfullah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

To pemikir global..
Kalau berpakaian kemas,berilmu dan guna akal(ikut peredaran zaman mungkin)menjadi ukuran kejayaan dakwah,maka missionaries kristian itu lebih berjaya agaknya..soalannya berjaya disisi siapa?
Adakah ade manusia yg berani mengaku yg dia telah berilmu?dr golongan mereka2 yg anda kata tidak berilmu itulah sekarang ini lahirnya hafiz hafizah,ustaz2 Dan alim ulamak di kalangan mereka..(Dan amat jarang sekali mereka menggunakan Ilmu mereka itu sebagai mata pencarian mereka..Dan mungkin sbb itu anda kurang mengenali kerana amat jarang kelihatan di kaca mahupun di media cetak..
Berpada2 lah dlm membenci kerana mungkin perkara yg anda benci itu sebenarnya baik utk anda..

-dulu bulan sekarang 4 bulan

arif kun said...

"moron yg mudah jd mangsa"? hahhaaha kelakarla

Anonymous said...

Apehal pulak keluar nama UMNO PAS ni,lepas tu kutuk UMNO PAS pulak.Mereka tak bersalah.Bacala sidebar sebelah bawah tajuk 'JANGAN JADI SLOW':

"Blog ini juga tidak mewakili mana mana pertubuhan, kumpulan, fahaman, parti, gerakan atau sindiket, jika tak puas hati,jangan kutuk UMNO, TABLIGH dan lain-lain pertubuhan, tapi hina, caci, maki, kutuk dan laknatlah aku seorang..., "

Jadi apa lagi,hina, caci, maki, kutuk dan laknatlah si Hamka ni sorang.

Korang ni memang slow la....hehehe

tul x cik Hamka?


Woha!


-keretakancil

hamka said...

komen terbaik: 3:51 PM, May 06, 2011.

: )

Ridhwan bin mohd yunus said...

teka teki teka tekuk...
cicak mati kena ketuk

cube teka..
makhluk ape yang paling pandai
makluk apa yang paling bijak
makluk apa yang paling BERILMU

jawapan.... adalah

huruf i pada

_bl_s

heh.

Anonymous said...

maka jawab Iblis; "Orang yang sedang solat itu bodoh dan jahil, jika hamba hendak rosakkan solatnya itu sangat mudah, tetapi orang yang tidur itu sangat alim. Hamba takut ketika hamba mengoda dan merosakkan solat orang jahil itu, kalau-kalau orang alim itu tersedar lalu menegur dan membetulkan solat si jahil tersebut."

Anonymous said...

berat sebelah lah hamka..aku pon yg noob pasal politik ni boleh paham apa yg kau cuba sampaikan..ya, mmg btol tak perlu membela kekasih kita sebegitu kerna beliau bukannya maksum..tapi ayat2 kau seolah2 nak menyalahkan pihak tertentu saja..kenapa perlu menunjukkan apa yg mereka pertikaikan..seolah2 kau di pihak yg 1 lg..diam2 saja sudahlah..bersyarah saja pasal tak perlu membela kekasih.fullstop. x sangka org berpemikiran agama berkata begini..seolah mengapi2kan lagi..hilang respek ku padamu..

Anonymous Berdaftar said...

amboi meriah komen komen. sampai siap ada yang tulis lagi, kenapa tak bising pasai chuai so lek. ape ape la name die. haha. bagi aku ketua pembangkan malaysia ni islam, lagi afdal nasihat orang islam dari nasihat orang bukan islam suruh taubat. hahahha

korang semua ni fanatik sangatlah dengan pemimpin dunia. janganlah tengok dua dua belah pihak satu mata je , bukak dua dua mata, cuba terima hakikat. tak semua bn baik, tak semua pr baik. wink.

sedih sebenarnya gua tengok kita gaduh gaduh di masjid nak pertahankan idola masing masing, macam haram punya.

lebih baik korang kumpul ramai2 kita tolong tanah falestin ya meleis

Helmet KHI said...

nak url n post kat fb..boleh kn???
nak bg 'kanak2'yang mcm gud2 je dlm politik ni bg sdr sket...

hamka said...

boleh,. he he

Anonymous said...

pengetahuan agama islam yang sangat lemah, sunguh memalukan. Penulis perlu belajar semula dan fahami semula apa itu islam?

kejora said...

saudara hamka nampaknya memang sudah terang lagi bersuluh orang UMPORNO. saya hairan kenapa saudara hamka tidak beriya2 untuk bercakap berkaitan tuduhan zina yang perlu dibawa 4 saksi. saudara hamka seperti membuat pertuduhan bahawa ketua pembangkang itu berzina. saya rasa ya.. saudara hamka menuduh ketua pembangkang berzina...

Anonymous said...

lantak depa la nk bersumpah ke x. yg penting jgn sesekali kita ragui kekuasaan Allah.

hamka said...

ada orang email:

Hamka, Eskay di dapati terlibat dengan pengganas, apa komen Hamka?

jawapan aku:
jika terbukti Eskay bersalah, hukumlah dia.., sebab Nabi bersabda, jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya, Nabi tak pilih kasih, yang bersalah, cukup bukti, kena hokum, habis cerita, kenapa nak pening kepala masuk neraka bela orang buat dosa atau fitnah orang buat dosa?

bab 4 saksi.

jika adik kau mengadu kena rogol, dan yang rogol tu datok eskay, kau jawablah kat adik kau: dik, jika takde 4 saksi, adik yang bersalah, kena sebat 70.., lepas tu kena rogol lagi dan lagi dan lagi..

(aku ada jawapan dari segi islamik untuk bab ni, aku tulis lain kali, nasihat aku, nak membela biar guna otak, nak berhujah biar cukup ilmu di dada, kalau bodoh tu mengaku-boleh aku ajarkan)

ps: kapada dato Umno, kenapa masukkan 1 juta jer dalam akaun aku, bukan patutnya, 3 juta ke? woha!

Anonymous said...

apasal pulak lain kali??? ni la masanya...ajarla kami, ternyata kau cukup ilmu di dada..tulis la mcm mana cara yg islamic tu...ni la masa yg tepat..tgk ramai dah berbalah...bkan ape,byk komen yg marah2kan kau tu..sebab ketara kau berat sebelah..ape kau pun sudah jadi bodoh ke??

hentikan fitnah dgn tidak melayan mereka??camtu je bole settle ke? -senangnye..kau ingat benda ni semudah yg kau sangka?? kang wa cakap kes ni MUNGKIN ada konspirasi, dah tentu lu tolak mentah2..
tu pendapat wa. wa tak sokong mane2.yg salah tetap salah..dan patut terima hukuman yg setimpal. betul tak dato umno?

8 juta dato!!3 je mana cukup..

wohey!!

hamka said...

kau tak jawab lagi apa kaedah nak atasi masalah adik kau yang kena rogol tu, tak kanlah tiap kali adik kau mengadu, datok eskay boleh lepas sebab takde 4 saksi, sian adik kau kena sebat 70 kali, bagitau ilmu apa yang kau belajar dulu.

jika salah, aku sudi betulkan, jawab ye, jika salah aku tak akan kata kau bodoh, biasalh manusia, ada yang jahil ada yang perasan pandai..

aku bagi masa kau seminggu untuk belajar bab masalh jika adik kau kena rogol dan 4 saksi tu.

dah dah, tu, shoh, shoh..

hamka said...

satu lagi:

tiga juta cukuplah.. : )

Anonymous said...

haah aku bodoh..so ajarla aku sekarang. kalau ada ilmu tapi niat lebih nak menunjuk2, ni lah jadi..kebenaran entah kemana.. suka menggalakkan perbalahan. tu lah hakikat diri kau skrg..insaflah hamka... dulu tulisan kau bagus. skrng teruk sebab kau dah perasan bagus, riak, ego

Anonymous said...

haah aku bodoh..so ajarla aku sekarang. kalau ada ilmu tapi niat lebih nak menunjuk2, ni lah jadi..kebenaran entah kemana.. suka menggalakkan perbalahan. tu lah hakikat diri kau skrg..insaflah hamka... dulu tulisan kau bagus. skrng teruk sebab kau dah perasan bagus, riak, ego

Anonymous said...

haah aku bodoh..so ajarla aku sekarang. kalau ada ilmu tapi niat lebih nak menunjuk2, ni lah jadi..kebenaran entah kemana.. suka menggalakkan perbalahan. tu lah hakikat diri kau skrg..insaflah hamka... dulu tulisan kau bagus. skrng teruk sebab kau dah perasan bagus, riak, ego

Anonymous said...

haah aku bodoh..so ajarla aku sekarang. kalau ada ilmu tapi niat lebih nak menunjuk2, ni lah jadi..kebenaran entah kemana.. suka menggalakkan perbalahan. tu lah hakikat diri kau skrg..insaflah hamka... dulu tulisan kau bagus. skrng teruk sebab kau dah perasan bagus, riak, ego

Anonymous said...

haah aku bodoh..so ajarla aku sekarang. kalau ada ilmu tapi niat lebih nak menunjuk2, ni lah jadi..kebenaran entah kemana.. suka menggalakkan perbalahan. tu lah hakikat diri kau skrg..insaflah hamka... dulu tulisan kau bagus. skrng teruk sebab kau dah perasan bagus, riak, ego

hamka said...

ok, aku insaf.

ps: sebab kau mengaku bodoh (bagus-jika tak takde orang nak ajar) maka aku up, dari seminggu kepada sebulan, pergi belajar dengan ustaz politik kau akan kaedah bagaimana untuk 'selamatkan' adik kau yang kena rogol tapi tak ada saksi, jika tak adik kau kena sebat. jika salah ilmu kau nanti, aku up entry baru bab "menuduh zina/rogol tapi takde saksi-bagaimana islam mengatasinya"

Anonymous said...

hahahaha yes! ak last utk arini.

Anonymous said...

assalamualaikum.sy masih budak lg, bru 19 thn..
tp sy cukup jelas ngan apa yang kakak2,makcik2,abang2,pakcik2 yang sy hormati sekalian bincangkn,'hal negara' ni,

ble kte bckp mengenai seseorang yg brprofil tinggi spt ehem2 ni...x terlepas la dri fitnah org2 yg ada sakit di hati mereka,selain atas kekhilafan pelakunya sndri.tuan blog ini cube menceritakn ttg jgn bermusuh2an disbbkn cinta kta kpd pemimpin mrk,namun bkn dri umat muhammad yang memfitnah sdra seislam yg lain,bgikn makan daging saudaranya sndri...snggup ke tuan2? pabila suruh berkumuh,sahabat nabi yg mgumpat nabi td keluar daging yg terlekat dicelahan gigi mereka...(soksek,forum perdana hal ehwal islam,26/5/2011)
jika benar dya yg salah...wajib dya akui
jika benar dya x bersalah...maka wajib dya diam...biar allah tunjuk kuasa Dia pulak.

dan kita...diam jugak.2 lbh bek dri ckp bnda sia2.salam

afiq92

Anonymous said...

mm.. lebih bek jgn msok cmpur..
2 dia pnye pasal la..
xpasal2 kite ni yg myibuk nk tahu nk tuduh.. sume terlibat.. lg2 yg wat post ni.. :)

Anonymous said...

dlm post ni cerita kekasih difitnah 'berzina'..jadi nanti tanyalah ustaz korang topik difitnah berzina.. nape soalan penulis berbunyi 'adikmu dirogol' pulak? beza kes tu tuan.. lain topik 'zina' n 'rogol'.. fokus pada tajuk zina ya.. penulis mcm ada ura2 nak guna fatwa kera lah.woha!

hamka said...

ok, untuk orang slow, aku tukar kes.

katakan kau sorang jer nampak adik kau berzina dengan datuk E, kau pun mengadu pada hakim, cakap adik kau berzina, so, hakim politik kau cakap, adik kau tak salah sebab takde saksi, so adik kau pun terlepas. Datuk E terelpas dan kau kena sebat.(berdasarkan hujah kau tu ler)

jadi, aku bagi masa sebulan untuk kau yang perasan pandai untuk jawab masalah ni,

kalu bodoh bab rogol, aku dah alih kepada zina, cuba jawab kes adik kau berzina ni, nak lepas cam tu jer ke sebab kau sorang jer saksi..?

mana hujah ilmiah kau?

kalau tak tahu, mengaku, aku akan tulis lain kali. sekarang aku persan sibuk, pergi belajar dengan ustaz politik kau dulu, cakap banyak tak guna.

Anonymous said...

takpe2, kite tngu dia tny ustaz 40 hari dia, tgok apa hujah ilmiah dia. tungguuuuuuuuu.......
sy tlg ingtkn tajuknye, menuduh org berzina.. bkn menuduh isteri/suami berzina atau adik kamu dirogol. tgk ape hujjah org dah perasan alim ni. good luck..

ps; lg satu, tlg elakkan jawapn berbaur fatwa kaum kera.woha!

hamka said...

eh, kan aku dah tukar tajuk:

TERLIHAT ADIK BERZINA? tak nampak ke?

mana hujjah kamu? aku bagi masa kamu jawab secara berilmiah, jika salah aku betulkan, insyAllah.

ps; sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu".(al taubah ayat 52)

«Oldest ‹Older   201 – 273 of 273   Newer› Newest»