Apr 30, 2010

Writer's Block part 4?

(Jika korang terdengar aku sedang berborak dengan kawanku, jangan lupa bawa pen dan kertas kerana akan banyak sekali ilmu baru yang korang akan perolehi, mudah-mudahan...)

Dulu aku janji, jika takde idea nak menulis kerana perasan sibuk (atau malas) maka aku akan buat entry bertajuk "Writer’s Block", yang mana aku telah buat satu formula untuk penulis separa rajin macam aku yang jika takde idea nak menulis tapi nak tulis jugak, maka aku akan menulis 3 perkara yang selalu di tulis oleh blogger blogger bosan seluruh dunia..

Iaitu menulis tentang “filem terakhir yang aku tonton” atau tulis tentang “cerita aku dan keluarga” atau tulis tentang “aku dan rakan-rakan”.., boleh rujuk detail di entry writer's block part 1 and part 2.

Tapi aku tengok, ada blogger yang ‘jika malas nak upadate blog tapi tetap update’dapat menggunakan cara yang lebih mudah dalam mengemaskini blog mereka, iaitu mereka hanya copy perbualan dari ‘gmail chat', atau 'Yahoo Messenger', atau 'irtc' atau chatting kampung' dan post, lalu siap satu entry.

Cis!, ini tak boleh jadi, aku nak buat jugak, kata aku pada diri sendiri dan terus bukak gmail dan bukak facebook untuk cari 'chatting' yang boleh di kongsi..

Tapi, rupa-rupanya aku dah off semua chatbox, sebab aku perasan sibuk dan tak suka benda benda yang on-line.., tapi aku tak putus asa, aku cari pulak entry lepas dan baca komen dari korang kot kot adalah chatting ayng boleh di copy/paste..

Hmm, dipendekkan cerita, dari hujung komen post minggu lepas, aku terus copy paste perbualan ringkas di antara aku dan peminat yang bermula jam 3.18 petang semalam, dan berakhir menjelang asar petang semalam juga, lama betul kami berborak, hampir satu jam, dan alangkah baiknya jika perbualan itu dirakam dan di baca oleh beribu ribu follower serta fans, dapatlah korang belajar ilmu baru, maka kita jangan berlengah lagi, terimalah:-

Copy/paste:-

(perbualan hampir setangah jam ketika aku buat kerja pejabat dan layan komen peminat)

*******

Anonymous said...

assalamualaikum...
mintak maaf kalau soalan aku nanti ni out of topic...tapi sebagai sorang manusia, aku harus bertanya takut aku tersesat pulak...ini tentang perniagaan berbentuk pyramid, sorang kawan telah mengajak aku untuk join benda tuh...dengar dapat duit yang banyak, kerja pun senang jer (masukkan orang lain sebagai ahli saja)..

Aku betul-betul konfius dengan perniagaan begini...iman pun kurang...harap aku bertanya ni tak la sesat jauh...

juga aku tak mau rosakkan hubugan aku dan kawan ku...

tak bisa memilih...adusss
3:18 PM, April 29, 2010

*******

Anonymous said...

alamak..sori tak tau nak simpan nama di mana...anymous atas tu aku - anysa -

3:23 PM, April 29, 2010

*******

Hamka said...

piramid tu firaun yang punya..

3:25 PM, April 29, 2010

********

Hamka said...

harta yang banyak pulak, qarun yang punya.

3:26 PM, April 29, 2010

********

Hamka said...

dan mereka berdua masuk neraka

3:26 PM, April 29, 2010

********

Anonymous said...

terima kasih kereta mayat...sebab bagi aku melihat dengan lebih jelas...
ya ALLAH...teguh kan hati ku..iman ku...hanya satu....
tak bisa aku memlilh jalan itu

-anysa-

3:43 PM, April 29, 2010

*********

Hamka said...

Ok, dah nak asar, bye.

4:13 PM, April 29, 2010

End: Copy Paste.

*******

SEKIAN

Bestkan? siaplah entry aku minggu ini, jumpa lagi minggu depan di tempat yang sama tapi baki umur yang lain, wabillahitaufik walhidayah, jangan hisap fit jangan hisap dadah, kita tutup dengan tasbih kifarah.

Ps: Woha!

47 comments:

Anonymous said...

1st
lama tggu blog ni update

-mai-

noraidahsaian said...

cik hamka, ini betul2 xde idea.. bagai kering tandus di padang pasir...

Nerzhul said...

harta dunia tak kekal lama.

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

yes,no 4..hehe..

Anonymous said...

tak salah ada harta,

surah al-lail cakap bab management harta :)

Unknown said...

sukanya jawapan tersebut- pendek.. ringkas.. tepat & bergaya!

hainur hapis said...

Assalamualaikum abg hamka

Baraka Allah

My name is N said...

yes dpt comment no 7

Resmipadi said...

huhu...dalam kiraan 10 pun jadilah...

tak baca lagi...hehe....

jiddan84 said...

to:WAWAN, mcm pernah kulihat rupamu, ko pengikut ketemayat jugak yer. kim salam ngn ehem2

to: bro HAMKA, lama gile tgu enty baru dr ko...tp ...erm...

Resmipadi said...

baru habis baca


...oh...hmmm....

....bernas....tahniah....

...terima kasih...


*tunggu artikel panjang dari en.keretamayat

r.k said...

pergh .. setengah jam ? haha .

Nur_88 said...

13) bincang pasal skim piramid..banyak betul yang ada sekarang..ramai remaja yang terpedaya..ramai jugak yang tertipu..Dan yang pasti memang dah terlalu ramai yang keliru...Akhi..tq atas nasihat tu..moga2 orang yang nak join skim tu dapat baca blog akhi hamka nie dulu..hehehe ..Selamat Berbahagia Bersama Keluarga..Aminn

Anonymous said...

bile nak ulas pasal wahabi

Amin007.Ledang said...

rasanya macam no 15
waa sudah baik rangking aku hehehe

oooo, kejap aku nak buat programming sikit

ilusi_Realiti said...

ringkas,dan bermakna...
persamaan yg 1:

piramid=firaun=neraka

persamaan yg 2:

harta=qarun=neraka

kesimpulan;

piramid=harta=neraka...

hamka said...

-mai-

: )

-------
noraidahsaian

sibuk, ramai orang nak naik keretamayat.., tapi satu trip, boleh naik sorang jer

---------
Nerzhul

Orang yang miliki tu tak kekal lama, rumah dan kereta masih ada, tapi tuan dah lama berulat dalam kubur.

----------
MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI

hehe..

-----------
Kelon Eric Bana

tak salah ada harta dan bagi aku sikit, tak lah sibuk aku ni, woha!,

-----------
wawan

(bersiul)

---------
hainur hapis

walkimusalam

----------
DINDA HUZMY

: )

---------
Resmipadi

Datang awal, duduk saf depan, tapi bila iman khutbah, jangan tertidur pulak

----------
jiddan84

erm...

--------
R.K

setengah jam tu, tengok masa...

-----------
Nur_88

Nak primid, kahwin empat, lepas tu beranak pinak..

--------
Amin007.Ledang

oooo,

--------
ilusi_Realiti

penakulan mantik?

buk said...

hah?????

Anonymous said...

salam...
eeii...copy past mesej kmrin pulak...tulah..besok aku akan jumpa kawn ku tuh..x nak kecilkan hati dia...so jumpa jak...pas tu trus la balik...doakan aku x terpengaruh pulak ajakan dia nnti...uh...
jpn tu mmg ringkas padat dan trus masuk ke otak aku...simpan dan patri kat otak aku..thanks...


-anysa-

Egg Head said...

assalamualaikum,kat U saya ada juga perniagaan piramid,kami panggil E-Mall tp sama malas la nak join sbb ada unsur aniaya org dalam perniagaan tu......

Anonymous said...

salam

jangan peduli apa kawan kata, yg penting, apa Allah kata!

Nak berniaga, belajarlah cara2 bermu'amalat yg di redhoi Allah...dunia akhirat dapat berkat..

Anonymous said...

CAR BODIES

A GATHERING OF RELIGIOUS NOTES FOR YOURSELF, AND THE QUESTIONS ANSWERED BEFORE I TRY TO TRAIN THE BODY.

Anonymous said ...

Hello ...
sorry if the questions I've my future out of topic ... but as sorang man, I am afraid I must ask pulak ... this misguided nature of the business pyramid, sorang friend invited me to join things tuh ... listen to a lot of money, no love to my work (add others as members only) ..

I really like this business konfius ... faith ... hope I have not said it does not stray far my ...

I also do not want to spoil hubugan me and my friends ...

I can choose ... adusss
3:18 PM, April 29, 2010

Thank you

Bestkan? siaplah my entry this week, see you next week at the same place, but the balance of another age, wabillahitaufik walhidayah, do not suck suck drugs do not fit, we close with a rosary kifarah.

Ps: WOHA!

story lah! :-D

Liana Sharif said...

Assalamualaikm.
Setuju. Lagipun dpt duit mcm xusaha kan? Halal ke?
Kan kat facebook skrg ada yg login pun blh dpt duit. Mcm senang tp xbrani join.
Halal ke? Cuma tekan n cari pengikut?
Xbyk usaha pun? Macam faedah ke? Kita dpt tanpa usaha,xboleh mkn duit 2.
@ duit 2 d'agp hadiah? Da syarikat 2 nak bg sbb kita tlg dye?

sal said...

salam.awak memang kreatif..oh dah dah subuh..bye

ALANG said...

bosa...
warghhh

kundi said...

hamka
oh
kenapa
dan
mengapa
....
kau sibuk ke..
aku masuk,
aku trus keluar.

nak bagi cadangan nih.pasni buat entry pasal piala dunia buleh???
hehehe

Anonymous said...

Hamka, 'jangan hisap fit'..tu amende?

Abqori said...

Ini kisah writer yang nak kena hempap dengan batu block. Hahaha!

mz said...

aku paling suka ayat dalam blog ini. sungguh menarik dan simple..
http://aktivismuaz.blogspot.com

faz said...

assalamualaikum
lama x jengah
hidupmu lebih ceria dgn fb?
hehe

kedaijamu said...

kerana rezeki.... masuk neraka... wohaa

kaya hati said...

tak pandai nak berniaga sitem piramid... (selamat), tak jelas bagaimana bila jual satu benda boleh kaya berganda, macam menekan pengguna dan orang bawah.

banyakkan bersyukur agar rezeki lebih diberkati, jgn lupa sedekah dan zakat kerana-Nya. Saham akhirat lebih besar nilainya..

Kiwi Gold said...

sekarang ni mmg byk betul skim piramid, mcm2 nama nk sedapkan tp pusing ke sana ke sini ttp piramid jgk. bila org tak nak join, ckp org tu x nak maju tp bila ditegur mula la melenting tak tentu arah. nak biarkan tak sampai hati pulak tgk kwn2 terjerumus menda2 mcm ni....hurm...susah betul..

timeline for formulation of regulation said...

jawapan canggih

lizay_73 said...

salam hamka....
ermmm berkenaan topik yg dibincangkan diatas... ramai yang menjayakannya kaya-raya & ada juga yang bergelar haji & hajah hasil perniagaan tersebut... macamana tu?

Al Mahadaya said...

Kisah sebenar keluarga Al Imran di dlm al quran. http://1asalama.blogspot.com

hamka said...

buk

heh

---------
-anysa-

Aku kagum dengan budak zaman sekarang, cakap sepatah dua terus paham, : )

-------
Egg Head

Doa orang terniaya itu makbul..

---------
Liana

Err..

---------
sal

ok, dah duha, bye.

---------
ALANG

Relek bro..,

---------
kundi

dah tulis pada 4 tahun yang lepas, baca entry 2006

---------
Abqori

Atau kisah writer yang kena tanam dalam tanah dan letak batu dua biji..

-----------
Muaz Faris

Nak kena cas ni.

-----------
faz

wailakumusallam

biasa-biasa saja

---------
kedaijamu

ada rezeki.... keluar neraka...

wohaa

---------
kaya hati

pandai

---------
Kiwi Gold

Tahu takpe.

--------
faudzan

Alhamduluilah

---------
lizay_73

akhirat Allah akan Tanya, dari mana harta kamu dapat dan kemana kamu belanjakan.., oh

--------
Mahadaya

Ok

Grave Members said...

1 2 3 lekuk jantan betina hamka ketuk!

w0ha...

Bittersweetflavours said...

walaupun x de idea tapi bernas isi yg d bincangkan... heran cam ne le bleh tepengaruh nak berniaga cam ni... menjual barang yg tiada barang.. mmg 'terror' le org merekacipta bisness ni... :<

Anonymous said...

so basically, scheme MLM tu semua memang tak blh pakai lah ye?

kurang jelas la encik hamka.

i mean, kat m'sia ni, memang ade legal dan illegal MLM schemes, tp kalau legal pun, tak semestinye halal.

boleh cerite detail tak? terime kasih.

Anonymous said...

tambahan, kalau product macam skor A ke, bio aura tu seme mcm mane plak?

Anonymous said...

insuran takaful mane yang benar2 berunsurkan syariah?

~cik esah~
p/s: tak tau nk pilih mane yg terbaekkk..

ابن زين الرمباوي said...

paham ker isbab tu...

sebetulnya isbat(itsbhat) ke dua2 orang tak paham

typing error kot...

Abu Bunyameen said...

tolong jawab...
kalau dah nama takaful tu, halal la belaka.

Bab MLM/muamalat ni, boleh rujuk website Ust Zaharuddin www.zaharuddin.net

hamka said...

terima kasih tolong jawabkan.
gtg

ak wanita said...

saya nk tanya apa hukumnya kita sedang bekerja n melakukan ssesuatu yg x ada kaitan dgn kerja??menggunakn kemudahan dtempat kerja utk ssuatu yg x berkaitan dgn kerja tpi lebih kpd urusan peribadi??en hamka sedang buat kerja pejabat dan smbil itu boleh plak melayan peminat??hermmmm..

hamka said...

bagaimana jika aku bos?