Baik secara ringkas, aku nak buat sedikit kronolongi tentang isu ini..
- Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam.
- Waktu tu, aku belum tulis blog keretamayat.
- Pada 7 Mei 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengkhususkan penggunaan kalimah Allah hanya bagi orang Islam tapi pada 10 negeri sahaja, empat negeri sahaja yang belum mewartakan keputusan fatwa ini sebagai fatwa rasmi negeri. Tertakluk pada Enekmen 11.
- Waktu tu, aku dah tulis blog keretamayat…
- Kemudian, Catholic Herald Weekly mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam sahaja.
- Korang belum email keremayat tentang isu ini.
- Keputusan Mahkamah membenarkan penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Beberapa tokoh dan individu Islam menyokong keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Keluar berita tentang ulasan pengakaji ugama bahawa Perkataan Allah tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Keluar lagi berita bahawa lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Muncul lagi berita dari indonesia, Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Umno berdemotrasi, pas berdiam diri.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Penduduk sabah telah lama guna nama Allah di gereja mereka.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Gereja di bom!
- Korangpun email keremayat mintak pendapat, Encik keremayat setuju ke tak? Kami akan ikut keremayat, jika setuju apa hujjahnya? Jika tak apa hujjahnya?
- Keretamayatpun menjawab email secara pukal di Blog
- Tak lama lagi, orang kristian jadi mayat dan orang islam jugak jadi mayat.
- Keretamayatpun hantar mayat orang islam diperkuburan tanah islam.
- Tak lama kemudian, Keretamayat pulang dari kubur dan menunggu mayat lain pula...
- sebelum tu baca email dulu..
Ok, dah! dah! stop! cukup, cukup, aku update blog hari ni.., insyAllah..
*****
Baik, aku akan jawab semua email berkenaan isu kalimah Allah secara serentak di sini, sebab aku respek korang yang sanggup bertanya isu sebegini kepada aku seorang yang bukan ustaz,
Ok, lupakan pasal politik, sekarang kita cakap dari segi setuju atau tak?
Aku nak tanya dua soalan sahaja...
SETUJU TAK JIKA NAMA ALLAH DI UKIR PADA SALIB?
Soalan dua:
SETUJU TAK JIKA NAMA ALLAH DITULIS PADA KERETA ATAU GEREJA ORANG KAFIR DENGAN TULISAN; ALLAH BAPA KEPADA JESUS?
Maka bila aku tanya balik soalan ni kepada orang islam yang setuju, mereka tak setuju pulak, kata mereka, kita bagi guna dalam gereja sahaja...
Kawan, orang ‘kapir’ ni sama jugak macam penagih dadah, jika mereka melilau sekeliling rumah kita cari besi, dan kita biarkan sahaja, lama lama mereka akan masuk cari besi bawah rumah, (pun kita biarkan)dan satu hari jika tuan rumah takde, terus jer mereka lompat masuk dalam rumah... habis semua harta korang kena kebas..
Jadi dari awal lagi, jangan bagi ‘orang “kafir” cari besi’ sekitar rumah korang..,
Faham tak?
Tapi Hamka, kat indonesia, kristian kat sana, mereka guna nama Allah, ok jerr.
Ok kata kau?, kat Malaysia belum ada orang islam kahwin dengan orang kristian dan duduk sebumbung (setakat yang aku tahu), tapi kat sana dah lama berlaku.., (sumber Buznama) lepas tu lagi korang tak ingat tragedi Ambon? Tsunami,gempa bumi.., ganyang Malaysia, dan lain lain, kenapa nak ikut mereka?
Tapi Hamka, kasihanlah kat Pakcik Makcik di sabah sana sebab mereka dah lama guna nama Allah dalam urusan ugama mereka…
Mereka dah salah, kristian lain guna katanama ‘god’, tapi mereka guna kitab indonesia yang translate god kepada Allah, memang patut mereka dikasihani, sebab dah lama salah,
Jika mereka percaya warna langit adalah hijau, tak kan kita nak biar mereka dengan kejahilan?, kita kena bagitahu, warna langit adalah warna biru, kasihan anak cucu mereka, nampaknya kita kena bagitahu balik, (masa untuk berdakwah) bahawa Allah itu satu, Yang Tunggal, tidak beranak dan diperanakkan, bukannya ‘Tuhan Bapa’ akidah triniti.
Ustaz Harun Din cakap, Dalam Bible, dari halaman pertama lagi nama Allah takde, mereka guna God, tapi dalam Al quran dari Surah Al baqarah lagi dah ada 279 kali perkataan Allah dalam 286 ayat.., rujuk sendiri.., Allah itu satu, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada satupun yang setara dengan Nya.
Tapi Hamka, takde pun dalam Al quran larang?
Dalam surah Al Zukruf jika di kaji, hukum guna nama Allah boleh jatuh kepada "harus", tapi dalam surah Al-ilkhas, Allah jelas bagitahu bahawa Allah adalah tidak sama dengan mana mana Tuhan, jadi walaupun hukum asalnya adalah harus, tapi pemerintah dan golongan ulamak patut melihat perkara ini dari segi kesan kepada masyarakat, yang mana dalam keadaan ummat sekarang ini yang mudah dikelirukan, hukum harus tadi boleh menjadi haram kerana apabila Nama Allah terukir pada salib, atau Bibble, atau kepala lembu atau ada filem mencarut dengan nama Allah, maka ini akan merosakkan ummat yang memang dah sedia daif.., maka kerajaan dan ulamak dan pihak KDN sendiri kena bertegas dalam bab ini.., dan kita orang islam tak payah perasan pandai.., takutlah kita kepada Allah dan islahlah diri masing masing...,
Akhir kata, aku tak setuju, dan Aku memang peliklah dengan orang islam yang setuju, sebab.., cuba korang fikir balik, dah beratus tahun orang kristian guna nama ‘god’ dalam urusan ugama mereka, alih alih kat Malaysia, mereka ‘menjatuhkan maruah’ mereka nak guna nama tuhan orang islam dalam urusan mereka, tak malu ke?
Atau mereka dah buat kajian betapa dengan keputusan ini akan menguntungkan mereka, jika tak untung dah tentu tak mintak..., dan kita orang islam selama ni tak bagi lagi mana mana ugama guna nama Allah, tapi bila kristian Malaysia mintak, kita selamba bagi? Nak pancing undi ke?
Aku ingat lagi dalam kitab apabila Nabi solat berkiblatkan baitulMuqadis, lalu paderi dan ahli kitab hina Nabi, dengan ungkapan. “Alang alang dah sembah Baitulmuqaddis, masuklah terus ugama kami”
Lalu turun wahyu yang memerintahkan kiblat orang islam di tukarkan kepada Baitullah di Mekkah.., habis cerita..
Jadi, kamu wahai orang kristian, nak mintak guna nama Allah? Alang alang guna nama Allah, masuklah terus ugama kami, senang.., kan?
Habis.
Ps: Hukum membakar gereja adalah salah dari segi ugama islam, dan jika ada orang islam yang membakar gereja kerana isu ini, adalah bodoh dan hampeh!
217 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 217 of 217>>___<<
.. dan saya sekalipun tidak pernah bercerita soal politik disini. baiklah kalau saudara tidak bersetuju soal majoriti n minoriti ni.
saya x bijak tuk bercakap soal agama secara mendalam. Tapi saya tahu bahawa saya menolak ini kerana ISLAM itu sendiri. kalau saudara ada hujah yg jitu, saya baca dan fahami, tp saya masih menolak ...
penggunaan nama Allah di Sabah n Sarawak oleh penganut agama kristian Basel, protestant & RC digunakan sejak sekian lama dan dibawa oleh mubaligh kristian ... itu fakta yg nyata.
soalnya knp mesti nama Allah digunakan jugak disini setelah SEKIAN LAMA? huhuhuhu ... n naper nak guna nama ni dalam edisi bahasa Melayu jer? naper edisi Englsih masih guna GOD Jesus Christ?
Biarlah encik ... saya ni x bijak sangat nak kuar hujah bagai ni. Alkesahnya ... keputusannya, wa ttp x setuju ... agagagga
eh .. dan saper yg berpolitik disini yer? hmmmmm ((berlalu perlahan sambil makan lolipop)
END!!!
>>____<<
((wa pown ada kuar entry sal ini dlm blog wa, kalau lu ada masa g lah baca. tp cincai jer .. x sebest pakcik hamka kita neh .. n x sejitu fakta saudara. apapun, saya sangat hormati pandangan saudara.))
sekian, terima kasut n harap maklong! kehkehkeh
sebab itu saya kata ramai orang bertanya soalan yang salah.
Kalau The Herald Weekly ingin menterjemah God kepada Allah dalam terbitan mereka yang berbahasa Melayu maka itu memang adalah salah dan perlu dihalang, yang jelas lambat laun bakal mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.
Maka dengan itu adillah kita berbicara hal kalimah Allah ini HANYA TERBATAS kepada The Herald Weekly sahaja.
Hal panggilan Allah oleh penganut agama Kristian itu adalah sangat besar dan melampaui tanggung-jawab umat Islam di Malaysia sahaja. Kita tidak bertanggung-jawab ke atas nama Allah secara umum kerana sesungguhnya tidak ada sesiapa yang mampu berbuat begitu, melainkan Pemilik nama itu sendiri.
Islam itu tidak bermuka-muka atau hipokrit, dan sebarang rujukan berdasarkan syariat Islam juga tidak akan menghasilkan keputusan yang bermuka-muka atau hipokrit. Lalu sekarang apa natijahnya? Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berkenaan isu ini, masih juga pendirian kerajaan menjadi bermuka-muka (double standard) dan hipokrit. Tidakkah ini menunjukkan ada hal yang tidak dipertimbangkan dengan sepenuhnya dan telah menjadi berat sebelah? Apakah yang menghalang pertelingkahan agama seperti di Ambon itu seandainya majoriti di Semenanjung memaksa larangan nama Allah di gereja-gereja di sana? Dimanakah konsep keadilan di dalam Islam ketika ini.
ORANG YANG TIDAK MEMBANTAH ITU JUGA MERUJUK KEPADA AYAT-AYAT ALQURAN. KENAPAKAH TELAH MERASAKAN DIRI SEKIAN MUTLAK?
DAN ORG YANG MEMBANTAH JUGA MERUJUK KEPADA AL-QURAN. KENAPAKAH TELAH MERASAKAN DIRI SEKIAN MUTLAK?
>>___<<
Membabitkan KERAJAAN PULAK. Tidak berkaitan politikkah disitu??
B.O.R.I.N.G
kita g makan dulu arr. jom comment latest entry bro hamka pulak ..
Tuan keretamayat,
janganlah salah faham, bahawa saya ini terlalu naif dan gagal untuk melihat gejala dakyah Kristian yang semakin hari semakin berleluasa. Sesungguhnya apa sahaja rancangan dari Hollywood itu tidak sah tanpa diselitkan unsur-unsur kristian/yahudi secara tersurat ataupun tersirat. Dan rancangan-rancangan inilah yang ditonton anak-anak remaja hari ini sehingga membesarnya mereka atau segolongan generasi belia hari ini menjadi terlalu kebaratan. Bagi generasi umat sekarang menjadi seorang yang 'cool' itu telah lebih penting dari menjadi seorang muslim yang baik.
Saya menulis kerana saya melihat tuan seorang yang amat terang hati nuraninya, dan tulisan tuan banyak menyentuh apa yang di fikiran saya secara langsung. Tapi bercakap soal kalimah Allah ini adalah mustahil bagi kita mengenepikan faktor hidayah. Apakah kita boleh memberi hidayah kepada orang bukan Islam? Saya rasa tidak. Dan disebabkan tidak bolehlah maka kita tidak berhak melarang mereka berakidah yang salah dengan menganggap tuhan itu 3 di dalam 1.
Apa yang kita boleh buat adalah menyampaikan mereka ayat-ayat Allah yang secara spesifik menceritakan rosaknya akidah orang-orang yang menganggap Allah itu Isa anak Maryam, atau Allah itu 1 daripada tiga. Hanya inilah hak kita, sekadar menyampaikan, bukan memonopoli nama Allah semata-mata.
Bukankah sangat memudahkan untuk kita dalam membuat penyampaian ini apabila dapat ditunjuk perkaitan yang sangat jelas antara orang Kristian dan Islam di dalam AlQuran. Perkaitan yang mana lagi kalau bukan Allah memanggil mereka sebagai Ahli KItab?, yang dengan jelas mengolongkan mereka telah beriman dengan sebahagian ayat Allah namun masih juga tetap kafir. Kedudukan mereka adalah sedemikian,tidak lebih dan tidak kurang, dan memanggil tuhan sebagai Allah adalah masih di dalam batas ini seadanya.
Surah Al-Maidah itu dengan jelas menceritakan hal orang-orang nasrani, akidah mereka yang terpesong dan Allah yang satu.
Sekian lama apabila kitab Injil ditulis ke dalam bahasa greek ke latin sehinggalah ke bahasa Inggeris, maka selama itulah orang Islam sendiri sengaja menganggap Kristian sekarang adalah bukan Kristian/Nasrani yang Allah maksudkan semata-mata kerana nama Allah (di dalam bahasa Hebrew Elah/elohim) telah ditukar-ganti kepada God.
Perbezaan antara orang-orang nasrani dan Islam bukanlah kerana menyembah tuhan yang berlainan, tetapi kerana telah terpesong akidah mereka disebabkan menambah-nambah hal Nabi Isa SAW dan mengangkatnya menjadi tuhan.
Adakah Al-Maidah 15-19 sudah tidak lagi relevan? Apakah hikmah Allah mengkategorikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai Ahli Kitab?
salam.
elok dilihat dengan mata hati..
http://sangtawal.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-bayangkan-jika.html
bro pamie..islam mmg pentingkan kesederhanaan tp membiarkan kesederhanaan tu sampai mengikut minority yg kufur atau majority yg confused...itu menggadai agama namanya.
yg buruk lebih mudharat. takut2 nanti kita tak sengaja menduakan Allah bila bersembang dgn non muslim "korg punya 'Allah' - ktrg punya Allah" nauzubillah. tak ker haru bila kita pun recognised ada 2,3 Allah & kita anggap itu 'perkara biasa' 5-10 thn akan dtg...(mcm citer melayu peluk2 kat tv tu atau pompuan kita dedah sana sini...'perkara biasa' kan). aku tingat dulu ms skolah minah ni br blk dr kelas 'agama' dia & tanya aku kalo aku percaya nabi dia, nabi aku juga; nabi dia sembah Tuhan yg sama dgn nabi aku & agama dia dtg dulu drp agama aku, naper aku tak msk agama dia ajer. agama dia dtg dulu mestilah agama dia 'pure', agama yg asal. aku mmg tabik coz bbdk skolah aku hafal 'kitab depa' yg tebal tu...tak mcm aku baca quran takat ayat lazim, tu pun tak tau makna masa tu. aku senyum jelah tak tau nak jawab. sukatan pelajaran agama kat skolah pun tak cover isu tu almaklum skolah sekular. nsb baik aku tak murtad. aku tak nak anak2 aku nanti confused psl 'Allah' bila sembang dgn kawan2 kat skolah. budak2 zaman ni umo 4,5thn dah pi skolah...mesti lagi bijak klentong & 'berdakwah'. dlm suasana senang2 nak murtad ni, aku mmg berharap kita bertegas sikit supaya kita tak jadi mcm 'buih di lautan' sampai hilang gentar musuh terhadap kita =p
anyway, whatever u say u r right to ur opinion. apa2 pun kami tetap sokong bro hamka & we too r right to our opinions...woha!
iklan : aku trasa mcm pamie ni single lagi sbb pemikiran 'globalisasi' na... belum pikir anak cucu sendiri. ko nak cari bini nanti roger la aku, girlfrens aku ramai & 'sedang mencari' hehe..
@zufi,
bagaimana apa yang saya tulis boleh dikatakan dari fikiran globalisasi?
pendirian saya bersandarkan Al-Maidah dan tidak ada kena mengena dengan saya dah kawin atau belum.
Sebagai ibu-bapa sama ada orang Kristian memanggil tuhan sebagai Allah atau tidak, rasa risau itu sepatutnya sentiasa ada. Bukannya dengan menghalang mereka namun masih berkedip-kedip tak berbuat apa-apa.
Mahu komen pasal pandangan saya sila komen pada topik. Bukan kepada peribadi saya. Saya taajub dengan ramainya girlfriend dan rasa bangga seorang hamba Allah bercerita hal yang sekian.
Kalau membuat pendirian di atas dasar takut sesuatu bakal berlaku, tidakkah itu yang dipanggil bertindak secara sentimen?
Jadi sekarang apakah yang seadilnya bagaimana mahu menyelesaikan hal kalimah Allah ini? Sabah Sarawak Melaka P Pinang BOLEH? dll negeri TAK BOLEH? Adakah ini pendirian BUKAN globalisasi yang dimaksudkan?
Ancam kristianisasi tak usahlah dipandang rendah terbatas kepada kalimah Allah.
aku memang x setuju org kafir guna kalimah Allah...cuba korg bayangkan, dalam citer orang putih, dorg ckp 'God Dammit'...cuba korg tukar perkataan God tu kepada Allah...nauzubillah...x tercapai akal aku nak sebut perkataan tu...
Dorg dengan perkataan God pun x da hormat inikan pulak kalau dorg guna kalimah Allah...Surah Al-Ikhlas dah terang-terang jelaskan Allah itu satu, tiada anak dan tidak diperanakkan, tiada satu dalam dunia ni menyerupai-Nya...
Orag kafir ni nak guna kalimah Allah sebab nak membaptiskan muda-mudi Islam yang sedia bengong...maka bertambah la kekeliruan dalam beragama...
Renung-renungkanlah wahai sahabat...
Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah
la la la (menyanyilah pulak)
hahahha..isu yg hangat ooo...pape u all debat kat cni saya xkomen...just 1 saja...perbalahan xkan bg keputusan yg baik. yang penting IMAN yang menyelamatkan kamu semua. Kalau setakat ada agama tapi xamalkan xguna juga kan???...
terbacer nih http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-isu-penggunaan-kalimah-allah-oleh-gereja/
Ketua agama pun nak menonjolkan diri, nak popular gak. So inilah perjuangan mereka.
Tapi untuk ape akupun tak tau.
senang citer yg mengusulkan itu lick dan menyokong itu bangang...ayat alang2 guna kalimah Allah baik terus masuk agama kami sangat epic..terbaik tuan.
dah dua tahun, komen hujung hujung baru aku baca, tak perasan link dekat email..
yang paling aku angin: bila geng usrah guna fatwa kaum kera dalam bab ni sebab politik, adohai..
Assalamualaikum.
Dari dulu perjuangan mereka gold glory gospel. Dan ini perjuangan gospel mereka. Untuk menawan sesuatu bangsa supaya masuk ke agama mereka, mereka buat kita rasa dekat dengan dia, contohnya guna perkataan yang tak asing bagi kita untuk tujuan dakwah mereka. Dalam hal ni, penggunaan nama Allah untuk merujuk kepada tuhan mereka.
Cuba fikir apa motifnya? Orang islam malaysia dah lama guna nama Allah dan mereka dah lama guna God. Kalau nak alih bahasa jadi bahasa melayu, kenapa tak tuhan? Sebab god itu dalam bahasa melayu adalah tuhan.
Post a Comment