Oct 29, 2009

Sejadah berdiri?

(Boleh tak jangan email aku tanya pasal benda benda yang 'slow'.., contohnya, apa pandangan keretamayat tentang sejadah berdiri?)

Cerita satu:SEJADAH BERDIRI?

Ok, jawab jugaklah sebab dah ada yang tanya,: apa pendapat keretamayat tentang "sejadah berdiri"? adakah ini tanda kiamat?"

Lalu berdialoglah aku dalam Loghat Terengganu kepada sejadah itu..:

"Mung ning bukang sejadah cacang, kalau mung sejadah cacang, mung kena straight ke atah, tapi mung ning, kalu kat terengganung, orang panggil: sejadah lepek!..."

Ok, aku subtitilekan loghat tadi ke dalam Bahasa Malaysia:

"Engkau ni bukan sejadah berdiri, kalau engkau sejadah berdiri, dah tentu kau kena tegak lurus ke atas, tapi engkau ni jika kat Terengganu, orang kenali engkau sebagai sejadah ‘lepek'!’"

Maaf, aku tak jumpa standard bahasa Malaysia untuk ganti loghat Terengganu bagi katanama “LEPEK”

Bunyi untul ‘LE’ adalah sama dengan bunyi LEbah..

Dan bunyi untuk ‘PEK” adalah sama dengan keMEK..

Jadi, sebut betul betul.. LE...PEK!

Dan rujuk orang Terengganu berhampiran korang untuk mengetahui maksud sebenar: Lepek!

Ingat! Sebut betul betul.. LE...PEK!

Itu sahaja komen aku tentang 'sejadah berdiri', Selamat belajar makna le..pek!... :)

****

Cerita dua: SEJADAH LEPEK BERGERAK?

Baru baru ni, ada kejadian ‘misteri’ telah berlaku kat rumah, aku.., iaitu di ruang tamu rumah aku, tiba tiba muncul 'sejadah lepek', dan yang lebih pelik.., sejadah itu bergerak gerak...

Dan oleh kerana aku seorang yang perasan penakut, maka aku telah arahkan seorang yang tiada sebarang dosa besar dan juga dosa kecil untuk siasat misteri 'sejadah lepek bergerak' ini..,
Nampaknya, 'matsom' sedang mendekati sejadah lepek ini tanpa sebarang ketakutan menyelubungi dirinya..
Tapi, sebaik sahaja matsom menyentuh sejadah lepek itu, terus sahaja sejadah lepek berhenti bergerak..
Lalu terlihatlah satu makhluk yang bersembunyi dalam sejadah lepek itu..
Menjelma!!! Woha!!!
Ha ha ha, gelak 'sejadah lepek' kepada 'matsom'..
Wahai tuan tuan, bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 yang berbunyi..
"Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.“
"Dengarlah adikku akan pesanan kakak, jangan mudah percaya pada semua benda, terutama benda benda tahyul.., jangan bila besar nanti, mudah sangat forward email tanpa usul periksa, kerana.., kebijaksanaan seseorang diukur melalui apa yang mereka percaya, dan apa yang mereka sebarkan..."
Terima kasih akak, nasib baik adik tak jadi mamat dan minah forward yang perasan pandai..., dan sekarang, adik dah tahu, akan perbezaan orang yang pandai dengan orang yang bodoh, iaitu...
"orang yang pandai itu bukannnya tidak bodoh, tapi, orang itu pandai kerana pandai menyembunyikan kebodohannya, manakala orang yang bodoh bukanlah tidak pandai, tapi jadi bodoh kerana sering menampakkan kebodohanya"...
Faham faham sudah...
*******
Cerita tiga: KAIN PELEKAT BERDIRI?
Ok, malam ini malam jummaat.., ada orang yang jadikan malam jumaat sebagai 'sunnat' menyetubuhi isterinya..., aku waktu mula mula kahwin juga begitu.., malam jummat 'sunnat' dan malam lain, 'wajib'.! Woha!

(Gambar kain pelekat berdiri dari pandangan belakang)

Jangan fikir bukan bukan, tak senonoh betul korang ni, cuba sangka baik sikit.., gambar kain pelekat berdiri itu terjadi mungkin kerana orang yang baru berkhatan terpaksa 'diri'kan kain pelekat untuk mengelakkan geseran.., kan?

Cerita empat: SELIMUT BERDIRI?

Ingat tak Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam bilik sebuah hotel dan satu Malaysia 'nampak', ingat tak?

Tapi kan.., jika Datuk Chua Soi Lek ikut Sunnah Nabi dalam berjimak, iaitu tutup dengan selimut, maka dah tentu satu Malaysia hanya nampak ‘selimut berdiri’..., kan banyak hikmahnya ikut sunnah Nabi?, orang nak skodeng pun tak dapat…,

Tapi buat dengan isteri yang sah sahja, baru dapat pahala sunnah!

Cerita lima: SEMBAHYANG BERDIRI.

Solat wajib dilakukan dengan berdiri kerana ianya adalah syarat sah solat.., dan kita di perintah men'diri'kan solat, iaitu menjaga solat..

Sesungguhnya, besar perbezaannya di antara orang yang jaga solat dan orang yang solat..

Macam makan jugak, orang yang jaga makan, hidupnya akan jadi sihat.., tapi jika makan tak jaga.., maka meranalah hidup....

Begitulah orang yang jaga solat, akhiratnya akan jadi sihat.., tapi jika solat tak jaga, maka merenalah akhirat...

Dirikanlah solat di awal waktu, ditempat azan di azankan, dan di saf yang paling hadapan, insyAllah...

Cerita enam: LALANG BERDIRI...

Ingat tak sajak Usman Awang? "ke makam Bonda?"

"Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi"

Sajak tentang kisah anak yang dah lama tak ziarah kubur mak bapak mereka sehingga naik semak samun.., oh.., malas dah nak ulas...

Maka entry aku habis sampai sini, dan pergilah zirah kubur sebagai peringatan yang afdal.., sebelum 'batu berdiri' dikepala dan kaki.....

Sekian...

Ps: Jangan lepek sejadah lepas solat.., lipat elok elok..

104 comments:

Aishah Nur Hakim said...

lalala~

encik,..
saya rasa kamu hensem,
sebab anak kamu sangat comel


kecik2 dulu selalu buat2 sejadah macam dah lepas semayang sebab nak tipu umi ayah kata dah solat.
kira biar sejadah tu sepah2..
padahal duk dalam bilik baca dragon ball..

dah insaf ok~

Aishah Nur Hakim said...

nampak sangat aishah ni peminat setia kereta mayat~

imranulkhalis said...

Ala......

ingat first yang komen.

Cik Aisyah,aku pembaca senyap buku contengmu untuk makluman.Ok!

Woha!

Hambek kau kepada yang caye sangat.Bukan takat sejadah berdiri.Habis semua berdiri.Kain pelikat.Lalang,solat dan bla bla bla..

tahniah kepada En Kereta mayat kerana telah menolong untuk mengorek mata mereka yang taksub dengan karut marut.

p/s : nah amek moto posto ni sebagai hadiah..

Najmie said...

hmm, la ni org mlayu ramai na terus nak pcaya karut marut kalo ade insiden2 pelik yg berlaku,selidik betul2 dlu..baru tau..kan kan.?

suke blog nie!

deathisourneighbour said...

tu la abg hamka...manusia skrg sudah jauh dri Allah Taala...usaha atas iman tak dijalankan...ya Allah...ini suma salah saya....wat usaha tak sungguh2....abg hamka....doakan saya maju dlm usaha agama...insya Allah...amin

Natsu said...

Lepas ni buat langsir berdiri pulak. hahaha.

fiqkofallah said...

pasni kereta mayat berdiri?
ada ke?

ابن زين الرمباوي said...

insyaallah saya akan selalu ziarah kubur..dari kecik lagi ayah saya bawak kami 3 beradik ke kubur nenek atok dan moyang...kali ni saya bawak anak saya ke kubur ayah saya plak...jgn lupa ziarah orang hidup jugak....

Thariq said...

hehehehe

Anonymous said...

wakakakakaka....

eksp said...

comelnya anak ko hamka....

bila la aku nak ada anak nih...

hahahaha

maka marilah kita "berdiri" di hadapan orang dengan menebalkan muka bagi menyebarkan dan mengagungkan kalimah Allah di siang hari

dan "berdiri" di hadapan Allah dengan air mata dan tangisan di malam hari...


p/s: hamka: aku nak jemput ko ke walimah aku nih.. agak2 ko nak datang ke tak eh?

Woha!

LokmanHakim said...

Salam..

Suspen sungguh entry kali ni... boleh juga buat filem pendek "SEJADAH BERDIRI"... hehe

Ann said...

comelnyer ank2 ko hamka...
thanks atas pesanan ni..

therosputih said...

entry y membuka minda, sebelum ini hanya sekadar buka mata, kali ni minda y terbuka...

Nasir_Penang said...

Sejadah berdiri orang rasa pelik lagi AJAIB....orang tak tak solat...tak tutp aurat....buka sana sini tak rasa ajaib pulak.....pening pening dengan manusia ini.......oleh itu marilah usaha atas iman dan amal.....banyakkan korban

Unknown said...

hamka,

kalau anak ko comel = ko hensem

maka

anak aku hensem = aku comel

.....

gamaknye la

charisteas86 said...

i know nothing..
i own nothing..
a am nothing...
everything is owned by Allah swt..

amani perasan comel~ said...

salam

tomei ar anak dia.. tp bet coming from their mother. haha

i got from my mama..lalalala~

Ismi Ijmi said...

Hari tu ada sorg sahab yg tanya komen pasal sejadah solat jemaah area Kb,Kelate.. jawab saya,tu la pasal,sejadah tu dah bengang sgt coz manusia x solat jemaah..

err,kt kelantan,malam jumaat org tidur markas,so xleh nk wat mende sunat tu..

mak comel + bapak ensem = anak comel,
mak comel + bapak huduh = anak comel gak,haha

Ismi Ijmi said...
This comment has been removed by the author.
Ismi Ijmi said...

maaf bro,persamaan yg dinyatakan di atas adalah umum,tidak ditujukan kpd sape2..
(kecuali org yg termakan lada padi,hihi)
p/s: ada adik ipar ppuan lg x??

Anonymous said...

cik aisyah, masa kecik aku pun pernah wat2 sepah sejadah dan telekung.. harap2 anak pula tak meniru 'kecerdikan' mak dia... oh! tp sepupu aku pernah terkentut masa tgh solat, tp boleh continue solat, mak dia sergah kot belakang, baru sengeh2 g amek air sembahyang semule... Bro hamka, gambar kain pelikat yang berdiri tu aku tgk semacam je... woha!

Anonymous said...

Salam Jumaat n salam ukhuwwah buat semua....kali pertama hantar komen...er..dah bertahun2 ikut blog ni...ana ahliah yusoff dari sabah, ibu anak 8..huhu...jazakallah tuan, kerna banyak memberi peringatan, buat ana hamba yang selalu lupa n mudah lupa diri, juga sering tak ingat mati..uhuks..salam sayang buat isteri tuan...n peluk cium untuk permata2 hati m mata tuan...

-hidupQ-

Anonymous said...

tuan...

tolong doakan kami...yang dah sejuk bagaikan air d kali..yang dah beku bagaikan airbatu....

sungguh hati kita mudah d bolak balikkan...andai jauh dari usaha atas iman...

mohon d beri kekuatan, amal n iman...istiqamah , n bermujahadah d jalan Allah! Amin....


-hidupQ-

nina said...

kalau bende2 tahyul ni, cpat je org nk forward2. kalau pasal dosa pahala trus dorang malas nk layan. aishhh..hihi..pendapat je

qistina said...

kalau bende3 tshyul ni, cpat je org nk forward2. kalau pasal dosa pahala trus dorang malas nk layan. aishhh..hihi..pendapat je

bakalmayat said...

1)"Sejadah berdiri?" Hmm...

2)Err..hamka, macamana arahkan anak-anak wat action tu? Memang mereka ikut cakap director ke? Bijak...bijak...

(nanti masa reply komen msti cakap.."mestila..ikut bapak dia.." ataupun "eh..tak cakap pun")

uan609 said...

emm.. berita ni sampai msuk TV kan?
mesjid, surau kosong, bkunci tak nak plak msuk TV!
kain pelikat aku tak dpt 'didirikan' sbb bini 'tak sihat'.. woha! eh salah.. waho !

p/s: hamba sihat sentiasa .. Insyaallah

Fairuz Ashikin said...

Pecah perut dgn aksi si cilik!

Admin said...

woha! woha!
nak kawin..

al-lavendari said...

lucu, sinis dan pedas. saya suka !

faz said...

najihah buat lawak kasi auntie gelak jerrr
hahahaha

azharjaafar said...

Kain Pelikat Berdiri tu macam sendat je dari pandangan belakang..

Anonymous said...

razman razali said...

gambar kain pelekat tanpa ada urat2 spender dari arah belakang tu betul2 mengembalikan nostalgia pada aku..teringat masa zaman asrama kena sebat dgn warden dgn hanya memakai kain pelekat tanpa ade lapisan filter didalamnye utk menyerap kesakitan yg timbul lantaran hayunan rotan itu..woha!!

Khai said...

Woha!

Salam Hamka. Maka terjawablah pelbagai persoalan yang terdetik di kepala ini. Malah saya juga menerima pelbagai soalan mengenai sejadah berdiri dan terbang ini. Terima kasih.

+ Oh! Islam | www.ohislam.com

Anonymous said...

bro.
gamba ke -7
nampak ade org pakai short nampak kaki die.
mcm kaki pompuan. laki?
xkesahla sape2. tp if org tu kt lua rumah jage aurat de. bek remove je gmba tu. xpon crops.
xde. tu kan aurat
up to u la k.
hehehe.

Abu Muhammad said...

Najieha? Heh!;)

Zinnirah said...

Salam..

haha.. terbaik la Najiha ngn Azkir.. Pasni Pok Ka buat babak Haikal ngn Adha plak e.. Psl komen no 1 tu, teringat lak pemilik komik2 dragon ball kt umah tok ki.. mmm...

Deen said...

salam..
cerita ketiga paling bes kot..hehe

anak comel=mak bapak comel la..huhu

Anonymous said...

menariknya...

boleh masuk berita ni.

imranulkhalis said...

tuan blog x komen lagi...

alahai...cepatla.


lalala~

=)

p/s : Bro Hamka,da amek ke blum hadiah moto posto tu?

khyruleXY erzwann said...

crita brdiri atas kaki sndiri ada x??
hehehe

Anonymous said...

assalamualaikum..

nk tny adakah smua hadis yg saudara amik sahih tarafnye?

Atif said...

hahha..lawak gile entry ni..sejadah cacang..teringat aku time duk blaja di UDM..kecek ganung aku 1 taung..rindu ah nok kecek ganung..

Anonymous said...

salam en kereta mayat dan sume.. sbb ape sejadah berdiri?? jwp die sng je sbb ramai umat islam yg mengaku muslim tp tak solat..huhu

bungacahaya said...

Anak2 yg comel... suka entry ini. Ini je kot cara utk bg "peminat2" sejadah berdiri ni faham.

Sajak last tu...Di Pusara Bonda kan?

Unknown said...

i'm sick with all the tahyul2 things..

by the way, anak tuan sgt cute.. tp anak buah saya lagi comel.. coz pok teh dia pun comel gak kot..

Anonymous said...

Doa adalah senjata orang beriman.
Doa anak yang soleh/a terus kepada ibubapanya....
Doa seorang bapa kepada anaknya tiada hijab dengan Tuhan.
Wahai bapa-bapa.....berdoalah akan kebaikan kepada anak-anak kita setiap kali selepas solah, setiap kali melihat muka mereka, setiap kali teringatkan mereka, setiap kali merindui mereka; setiap masa dan ketika....kerana itulah kelebihan seorang bapa.

P/s: Kelebihan ibu...syurga anak dibawah kakinya. Ya Allah jadikanlah aku dan umat ini harta yang tak ternilai di akhirat nanti bagi kedua ibu bapa kami. Kabulkan doaku Ya Allah...Amin.

yusuf mujahidin ™ said...

lpas ni wat plak sejadah breakdance..

adeh...

abu amar said...

zaman rasulullah ada kalanya solat tak pakai sajadah...

zaman sekarang ada sejadah mahu berdiri..

zaman naik kereta mayat.. sejadah jadi alas keranda..

zaman padang mahsyar... sejadah jadi apa pulak???? suspen kan...

shuhada said...

Salam,

Ada gak buat sejadah berdiri dulu, memang menjadi lah. Rasa nak call TV3 buat liputan. Hehehe...

Hafizatul Akmar Hussin said...

muke anak2 anda cam anak 2 anda, cm sy penah lihat dlm satu blog yg lain lah. hoho.

Anonymous said...

dua2 tu anak en hamka ke?..sangatla comel nye..hehe

faizal yusup said...

hawhawhaw..

hamka aku dah start blog motivasi aku sendiri.. sesenang singgahlah.. tegur kalau ada yang salah..

http://faizalyusup.blogspot.com

salam sejahtera buatmu.

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Hayya 'alas solah..
Hayya 'alal falah..

...............

Ya ayyuhal muddaththir.. Qum fa anzir.. wa Robbaka fakabbir..

Ya ayyuhal muzzammil.. Qumillaila illa qolila..

arsalan_isa91 said...

kalau la btol sejadah tu bediri kita anggap je la yang ALLAH nak bg tau yang manusia ni da ada penggantinya dalam solat yang semakin dimalasi

pencari iman said...

kalau la btol sejadah tu berdiri kita anggap je la yang ALLAH NAK bagi tau yang manusia ni da ada penggantinya dalam mengerjakan solat

~fam~ said...

aku hampir2 caye pasal sejadah berdiri tue...
now, aku semakin x caye...
haha....
tp, cm klakar r cerita bergambar pasal sejadah td...
tahniah hamka!

mizi said...

ekkk eeleh...sejadah berdiri pun nak buat kecoh manusia ni.."BENDA" tu tiap-tiap hari berdiri,kau orang tak lah bising pulak..kalau tak berdiri kompen xde maknanya hidup kau orang(lelaki sahaja)Maha Agung Mu Ya Allah..dengan segala kebesaran Mu..sory kalu terover &ter 18sx..i love u all..feeeewittt..

Faz said...

sy org trganu tp kurg biasa la plak ngan word LE..PEK nih.. maybe cos lame dh x duk tganu.. huhu

Anonymous said...

le-pek..susoh nok kabo makne nye..
kte serahkan kepada yg pakar >> atuk hamka

hamka said...

aishah_conteng

kamu salah.., aku adalah lelaki gemuk, dahi jendul, gigi sedikit ‘jo’, banyak parut jerawat.., dan lidah yang berlendir dengan air liur...,

doakan isteri aku menjadi isteri yang tabah..

Woha!

--------------
imranulkhalis

mula mula pembaca setia, lepas tu
pembaca senyap kepada pembaca setia, lepas tu.., (sambung sendiri)

--------------
Najmie Kim

Bukan orang melayu sahaja, rujuk smallville season 6 yang mana lois lane kerja dengan akhbar murahan yang memuatkan cerita sampah.., orang putihpun ada jenis yang mudah percaya dan mudah ditipu..

Juga rujuk filem “man in black” ada jugak babak akhbar murahan.., orang putih pun bodoh gak..

--------------
deathisourneighbour

amin

------------
Natsu

Tahukah engkau? Perkataan langsir datang dari langsuir..

--------------
fiqkofallah

kalau keretamayat tu puak puak Autobot dan decepticon, ada ler..

---------------
ابن زين الرمباوي

Betul, ambiklah peringatan daripada mayat.., kubur, keranda, dan keretamayat!

---------------
Alrezamittariq

:)

------------
eksp

aku lupa quote yang ni:
“berdiri seketika dijalan Allah, lebih baik dari dunia dan seisinya”

Bab walimah, Kalau dekat dan aku free luar biasa, (‘takde mayat yang perlu dihantar ke kubur’) aku datang lerr, naik keretamyat, kau sanggup?

-------------
Luqiem

Bukan sejadah berdiri..LEPEK!
Sebut betul betul

----------------
Ann

Tujuan aku letak gambar anak yang comel bermaksud: bila korang nak kahwin awal?

Woha!

------------
ainrahimin

dan lain kali, pintu belakang keretamyat pulak yang terbuka..

----------------
Nasir_Penang

Benar...

---------------
Hasbullah Salih

Ada orang yang Allah uji mereka dengan mendapat anak yang cacat, dan ada yang diuji mendapat anak yang derhaka.., semoga Allah ampunkan dosa kita semua! Oh....

hamka said...

---------------
charisteas86

err....

-----------
aku mmg naif

aku setuju,

merrka.., ‘coming’ from their mother. haha

-------------
Ibnu Mutalib

mak comel + bapak huduh = anak comel gak,

(itulah aku)

Isk..

------------
-hidupQ-

Orang yang awal buat usaha atas iman, darjat mereka tidak sama dengan orang akhir, sama seperti orang yang berhijrah sebelum fatal mekah, adalah tidak sama dengan yang selepasnya..

Engkau yang mengaku sejuk, pulanglah menyambung perjuangan orang baru yang dicarimu dulu, kami telah datang dan kamu pulak tiada, hanya Allah dan Rassul tertinggal di sini.., jangan yatimkan usaha ini..

------------
nina

mmm...

------------
bakalmayat

“mestila..ikut bapak dia.."

"eh..tak cakap pun"

: )

------------
uan609

(orang bujang jangan baca komen ini)
k
alau bini tak sihat, kain pelikat dapat 'didirikan', tapi tak dapat nak di dudukkan.., waho !

---------------
Jewel Lover

Bertarabur tak usus?

--------------
IkanStim

Oh.., ikan yang di masak ‘steam’,,, ingatkan apa tadi

--------------
al-lavendari

: )

-------------
faz

najiha sahaja, takde ‘h’

---------------
azharjaafar

kesilapan imiganasi penonton, adalah diluar tanggung jawab penulis..

-----------
razman razali

dan juga sebarang kenangan yang muncul dari penonton, adalah juga diluar tanggung jawab penulis..

-------------
Khai

Sama sama dik..,

-----------
gamba ke -7

terkejut aku waktu baca komen kau sebab bini aku selalu gak pakai seluar pendek dalam rumah, bila tengok balik, gambar anak lelaki aku kat yang masih tadika..

fuhh...

------------
Abu Muhammad

Najiha, takde ‘e’

----------
Zinnirah

Hazkil, mana ‘H’?

dan takde ‘r’

---------
d|n

:)

-----------
khyruleXY erzwann

Mukhotuhufililhawadis.. ..

-------
Atif

Ingat. ‘Cacang ‘dan ‘cagang’ sama makna tapi maksud berbeza..

Unknown said...

oh! nikmat Allah Ta'ala yg kekadang aku lupa...

iman lah nikmat terbesar yg Allah kuniakan kepada manusia. semuga Allah pilih aku untuk usaha atas iman aku nih.

sejadah berdiri? apakah jadahnya?
-edisi siasat-

hamka said...

ungacahaya

Di Pusara Bonda, belajar masa form 1 dulu..,

------------
mawardi

kalau ‘nak’.., boleh baca entry “ cari menantu”

--------------
yusuf mujahidin

‘This is it’?

-----------
abu amar

di padang mashyar, sejadah menjadi saksi bagi mereka yang tumpah air mata ke atasnya..

Wallu’lam.

------------
Norshuhada

Macam macam..

-----------
Hafizatul Akmar Hussin
...

------------
faizal yusup

InsyAllah, bang..

--------------
Ishak Zaini

Subtitle, takde ke?

---------------
arsalan_isa91

dimalasi?

---------------
pencari iman

kalau..?

-------------
...antikapel...

Tak dosapun tak caya..

------------
mizi

(geleng kepala)

---------
Faz

Bakpe mung dok tahu?!, balik kapong gi Tanya ketua kapong

------------
hasbullah..

ntah?

hamka said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

Aku jarang promote blog:

tapi, blog ini bagus, dan ada 'kena mengena' dengan entry ini..

http://dewakebaikan.wordpress.com/

selamat belajar!

Anonymous said...

Sejadah duduk atau sejadah berdiri? Tu pun dah tak betul tp masih mampu nak buat orang heran dan takut.

Good entry, kelako tp berkesan :D

bakalmayat said...

Ada berita yang baru yang aku terima.

Member aku yang cite ni.

Dia nampak sejadah amik wudhu'.

Yes. AMIK WUDHU'.

Dia pun pergi merapati. Rupa2nya tok siak tengah nak basuh sejadah tu. Dia "lepek"kan sejadah kat tempat wuduk pasal gi vacuum carpet.

Nasib baik tak sempat masuk KOSMO.

Aishah Nur Hakim said...

haha~

malu ai~

bakalmayat said...

Ada berita yang baru yang aku terima.

Member aku yang cite ni.

Dia nampak sejadah amik wudhu'.

Yes. AMIK WUDHU'.

Dia pun pergi merapati. Rupa2nya tok siak tengah nak basuh sejadah tu. Dia "lepek"kan sejadah kat tempat wuduk pasal gi vacuum carpet.

Nasib baik tak sempat masuk KOSMO.

Anonymous said...

salam...

jazakallah ya tuan...tolong doakan ana, suami n kuaga...agar tetap dlm jemaah...sgguh ana begitu lemah, bagai terbiar tanpa suara, hanya airmata xberharga, jiwa kecamuk dalam xbermaya...

bulan pernah menyinari, bintang pernah menerangi...apa daya,tergoda dgn nafsu sendiri...hanyut hilang pedoman...kerugian yang berpanjangan!

hidupQ dalam sesalan...penuh dosa n noda yang menghimpit jiwa!Ampunkan hambamu ya Tuhan, kepadaMU hamba pasrahkan segala!

(maaf, terbawa-bawa...!ohhhhh...)

-hidupQ-

Anonymous said...

JANGAN YATIMKAN USAHA INI...(sedih sgt2, sudahlah mmg yatim d dunia, takut pula yatim d akhirat...) insyaAllah ana akan sampaikan pd suami...

tlg doakan suamiQ, ya tuan...keluar d jalan Allah, mujahadah fisabilillah n mujahadatunnafsi suami isteri...

slm sayang buat ustazah rock n permati hati kalian...

-hidupQ-

Anonymous said...

Pandangan saudara hamka tentang wahabi pula?

Siti Syawal said...

hehehe...le-pek!

kartini said...

haha. tergelak daku membaca pasal itu sejadah. anyway, aku sudah lama admire sama anak-anak bro itu. next post letaklah lagi gambar banyak2 mereka ya. boleh buat release tension. sungguh.

p/s: harap tak kelambatan untuk aku ucapkan takziah atas pemergian ibu bro. semoga dia berada di antara para kekasih-Nya. amin..

Pontianak Degil said...
This comment has been removed by the author.
Pontianak Degil said...

Bang, abg orang ganu ke?

LaDies 09 said...

saya rasa uncle ansem mcm MJ..sbb anak uncle muka mcm anak MJ..ahakss..hahahhahaa

mohd said...

sejadah berdiri ni kalu tutup mata pun insyallah ko bole buat sendiri kat umah, pastu panggil wartawan surat khabar yg suka sebar cerita2 mcm ni kat muka depan! teka surat khaba apa?

hamka said...

INTAN RH

:)

---------
bakalmayat

Cerita tipu, satu hari hujan turun dengan lebatnya, di sebuah surau yang mengalami kebocoran atap. Telah membuatkan bebarapa sejadah tertempias dan mengalami kebasahan..

Pak bilal yang datang awal telah mengasingkan sejadah yang basah itu lalu menjemur di beranda masjid..

Malam itu angin bertiup kencang membuatkan sejadah basah itu jatuh ke lantai yang membentuk seolah olah ‘orang yang sedang mandi’..
Aku terus angkat sejadah itu dan menjemur kembali kerana takut esok keluar berita

“sejadah mandi wajib..”

Woha!

-------------
aishah_conteng_je

he he

---------
-hidupQ-

Perkenankanlah..

--------------
ryurisora

tau takpe..

------------------
Wardatul Shaukah

Semoga Allah menjadikan mereka (dan anda semua) berkesudahan dengan kesudahan yang baik..

-----------
Pontianak Degil

Hor(yup) bakpe? (apsal)

--------------
LaDies 09

Terus aku berjalan moonwalk ke depan..

----------
mohd

: )

REQUIEM FOR A DREAM said...

assalamualaikum..

comelnya anak bro..
kalau gitu saya jadi menantu kau ya pak?

:P

van qif said...

hihi..hamka ko ni macam dah x de posisi lain untuk gambar kain pelekat tu...hahaha

PonTianaK DegiL said...

'Orrr... patut pong. Lawok tu dok lari ar. Mesti orang tranung kalu lawok gini. haha

ezue said...

chumel nye budak 2 org tue...

bnyk lagi kejadian berdiri spt kain pelikat berdiri di waktu pagi... kisah2 misteri tahyul nie merusakkan minda masyarakat... adduuhh...

kita nie je kena berdiri tegak mengadapNya..

ezue said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

comelnya ank hang...
cute lorh...
apa nama matsom n sejadah berdiri tu???/

kisahdreamer said...

GREAT EXPLANATION!!!!!!
sekali jadi ok lagi,
tiba2 semua kampung ada sejadah berdiri.
harus diragui.

THANK YOU!

khyruleXY erzwann said...

la 'lepek' mksud dio kemek la

hamka said...

REQUIEM FOR A DREAM

salam.

boleh, dah baca 7 syarat dalam entry "cari menantu?"

------------
van qif

kau jangan fikir yang bukan bukan..

-------------
PonTianaK DegiL

lawok ke kelako?
haha

--------------
ezuhelmy

tahu takpe.:)

-------------
diary girl Ocean

matson namanya Hazkil.

sejadah berdiri namanya najiha..

--------------
kisahdreamer

:)

----------------
khyruleXY erzwann

lepek bukan bermaksud kemek, maksud lepek dalam loghat terengganu adalah:

KAIN YANG MASIH HENDAK DIPAKAI TAPI TIDAK DISIMPAN DENGAN ELOK.

faham?

Ladyship Atie said...

haha lawak kot tang sejadah lepek and sejadah lepek bergerak tu

haha

hamka said...

: )

(lagi 7..)

Anonymous said...

aku pun xsuke gak 4ward email..
terutama yg kena 4wrd 20 la sepuluh la..
pastu berderet2 aku terima msg n email gi2..sumpah aku benci...selalunye lau dpt email @ sms gi2 aku delete tanpa mebaca...what the helll...pasal yg sejadah berdiri tu..so sweet huraiannyer...comeinyer ciptaan Allah kerana budak2 kecik tu sgt comei..geram gilerrr tgk

Anonymous said...

luper..lepek=melonggokkan kain

lau kat bhgian utara kami panggil melungguk

hamka said...

awaq tak habaq awai?

Anonymous said...

dapatkan lagu mp3 percuma di http://kakimp3.blogspot.com

Call me, Eyka said...

hehe nak bace isu sejadah smpai keyword :] comel !

Anonymous said...

salam abg hamka...izinkan adik bertanya..bila abg nk tnjukkan rupa yang sebenar...mesti encem cz ank2 cmel glerr..hehe

hamka said...

hensem?

oh!

Anonymous said...

Salam,

Saya baru je follow blog ni atas cadangan teman sepejabat,
Saya rasa Encik Hamka manis orangnya, tapi isteri Encik Hamka sangat cantik sebab anak Encik Hamka yang comel walaupon dari pelbagai angle..

p/s : Sebab saya baru meneliti semua hasil nukilan Encik, saya terpaksa mengambil masa berhari-hari menelaah nyer dan saya gembira! Thanks..

hamka said...

bini aku cantik di mata aku, aku pula manis di mata isteriku

anak anak yang tiada dosa, memang cantik dan sejuk mata memandang..

semoga Allah jadikan mereka orang yang membantu ugama...

hamka said...
This comment has been removed by the author.
.: Si BungaKopi : . said...

hamka. anda sungguh misteri nusantara. kekalkan kemisterian itu.

hamka said...

masukkan muzik seram..

: )