Oct 20, 2009

Apa itu Ehsan?

(Aku adalah seorang Rakyat Terenggau yang tidak pernah mendapat wang Ehsan dari Kerajaan Terengganu, tapi kan Dato' mereka selalu cakap aku pro Umno, wang Ehsan lebih takde ke?)

Korang semua!,

Sebagai orang yang dah lama berbulu (senior) dalam ugama islam, korang patut tahu tentang “ehsan”.., jangan nanti sedang asyik korang korek hidung, tiba tiba muncul anak cina mualaf bertanya pada korang: apa itu ehsan?

Lantas korang dengan konfidentnya menjawab sambil menggetel tahik hidung..

“Ehsan tu adalah wang hadiah dari kerajaan Persekutuan kepada rakyat Negeri Terengganu kerana telaga minyak ada di sana supaya Rakyat suka pada Kerajaan dan teruskan pangkah parti pembakang kerana duit ehsan akan mudah di dapat oleh rakyat Terengganu jika pembakang yang memerintah”

Lantas anak cina mualaf itu terus berlalu jijik kerana korang selepas menjentik tahik hidung ke atmosfera bumi, terus selamba sambung korek hidung lagi sebelah..

(Harap anak cina mualaf yang baru ‘bertukar alamat’ dari bekas abu ke ‘tanah perkuburan Islam’.tu tak murtad dapat jawapan yang sehampeh tu…)

Aku malas nak membebel macam mak nenek, sekarang aku nak tulis entry khas buat semua mualaf yang baru masuk islam pagi tadi, tentang apa itu ehsan dari sudut side mirror keretamayat, insya Allah..

Apa itu Ehsan?

Tak payah susah susah aku nak susun ayat, biar Nabi Muhammad SAW sendiri yang jawab.., akan hakikat, apa itu Ehsan..

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. meriwayatkan:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

“Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“ lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.”

Lelaki tersebut berkata:

“ Benarlah engkau.”

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Kemudian lelaki itu bertanya lagi:

“Terangkan kepadaku tentang lman”.

Baginda bersabda:

“Bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan Qadar buruk.”

Lelaki itu berkata:

“ Benarlah engkau.”

Dia kemudian berkata lagi:

"Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan."

Baginda bersabda:
“Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Kemudian, Lelaki itu bertanya lagi:

“Terangkan kepadaku tentang kiamat”.

Baginda bersabda:

“Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.”

Lelaki itu berkata:

“Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya”

Baginda bersabda:

“Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing tapi berlumba-lumba membina bangunan."

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya:

“Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?”
Aku berkata:

“Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda:

“Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

(Hadis riwayat Muslim)

**********

Dah habis baca hadith, dan dah dengar cerita tentang Ehsan, bolehlah kita simpulkan bahawa:

“Ehsan ialah dapat ‘melihat’ Allah, atau jika tak dapat ‘melihat’, tahu diri ‘sedang dilihat’ juga adalah salah satu darjat Ehsan..

Jadi, buat pertama kalinya dalam sejarah ugama, dan sebagai memenuhi nota ugama aku, kali ni, aku nak bagi wang ehsan kat korang RM300., eh silap.., aku nak ajar korang semua melalui blog akan ilmu Ehsan, dan InsyAllah jika korang tumpukan perhatian 100% dengan apa yang bakal aku tulis kejap lagi, dengan izin Allah, dapatlah korang asas kepada ilmu Ehsan yang bakal merubah hidup korang buat selama-lamanya,

Jeng-jeng jeng!

(masukkan bunyi yang berunsur suspend kat sini)

Tapi sebelum tu, untuk dapat hakikat Ehsan melalui blog ini, aku cadangkan korang pergi ambik wudhu sekarang, supaya ‘suasana’ bebas dari hadas akan mengundang malaikat rahmat dan insyallah mudah untuk faham..(Allah bagi faham)

Ok, aku bagi masa 5 minit untuk korang pergi ambik wudhu.. dan bagi mereka yang membaca blog ini di tengah tentang gurun sahara, bolehlah bertayamun sahaja..

(sementara tunggu kawan kawan kita ambik wudhu dan bertayamun di gurun sahara, apa kata kita kembali ke studio untuk ikuti pesanan penaja lalu tiba tiba terpacullah Iklan kemajuan Negeri Terengganu, ada gambar masjid terapung, gambar pelantar minyak, gambar perindustrian oil dan gas di Kerteh, dan gambar gambar tempat menarik di Terengganu, termasuk Pulau Wan Man dan masjid Kristal, yang di bangunkan oleh MB Idris Jusuh dan gambar penduduk miskin sedang mendapat wang Ehsan dan kalimah ‘genarasi ulul albab’ bersilih ganti dengan wajah wajah Menteri.. apa-apalah)

Satu lagi iklan, dalam bab nak belajar ugama, korang kena sentiasa cakap “tak tahu” kerana kefahaman akan mudah dapat bagi mereka yang merendah diri, tapi jika korang cakap “aku dah tahu” maka baik korang tak payah baca entry ni, pergi isi borang wang ehsan lagi baik..

Ok, sambung balik..

Semua dah ada wudhu, alhamdulillah..,

Apa yang aku nak ‘ajar’ ni adalah simple sahaja, yang mana aku akan tulis beberapa rangkap perkataan dalam bahasa malayu, tugas korang hanyalah perlu baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

Rangkap 1:

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Rangkap 2

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEBAIKKAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, PASTI ALLAH AKAN NILAIKANNYA,”

Rangkap 3

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEJAHATAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, JUGA PASTI ALLAH AKAN MEMBALASNYA,”

Baik, sekarang, kita pergi pada rangkap seterusnya..., baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

“MANUSIA MELIHAT APA YANG KITA ADA,.. RUMAH,.. KENDERAAN,.. HARTA DAN SEBAGAINYA, TAPI ALLAH TIDAK MELIHAT APA YANG MANUSIA ADA,”

“KERANA ADANYA APA YANG MANUSIA ADA ADALAH KURNIAAN ALLAH, MAKA, ALLAH TIDAK MELIHAT APA YANG MANUSIA ADA, TAPI ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Dan ini pula adalah rangkap terakhir, baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

“TAPI, SYARAT UNTUK ALLAH NILAIKAN AMAL MANUSIA, MANUSIA ITU MESTILAH MEMPUNYAI IMAN, TANPA IMAN, BUATLAH BAIK SEBANYAK MANAPUN, ALLAH TIDAK AKAN NILAIKANNYA, SEBALIKNYA DENGAN IMAN, SENYUMPUN DIKIRA SEDEKAH,”

“SESUNGGUHNYA ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Baiklah, aku harap korang dah baca, hafal dan faham..
Sekarang kemuncak dalam pelajaran Ehsan kita hari ni, aku nak korang ‘zip’kan, atau korang “compress’kan kesemua rangkap yang panjang di atas ke dalam 14 patah perkataan ini..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Korang ulang lagi..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Sambil korang lafaz 14 patah perkataan ini, tersingkap dalam minda korang tentang semua rangkap penuh..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Ok, last..

Tukar “MANUSIA” kepada “AKU”

Maka..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Cuba ulang lagi..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Lagi lagi, sampai habis raya enam pun takpe..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Maka, tamatlah pelajaran kita hari ini bab Ehsan, sekarang tunggu nak apply sahaja, untuk amal ilmu ini, mulai hari ni, korang kena bisikkan kalimah ini pada diri korang dalam apa jua keadaan,

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

*****

Contoh 1:

Sebelum masuk tandas, korang bisikkan.. “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang akan rasa “DIPERHATIKAN” lalu korang terangsang untuk ikut sunnah Nabi, seperti langkah kaki kiri, tutup kepala dan jaga kebersihan..

Contoh 2;
Sedang korang berehat, tiba-tiba ada orang mintak tolong, korang rasa leceh, berat hati dan tak semangat, tapi cuba korang bisikkan “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

InsyAllah, terus korang tolong dia dengan ‘girang’..

Contoh 3:

Ada perempuan cun macam Salma Hayek jadi awek kau, satu hari hujan lebat si awek ni terpaksa tumpang tidur rumah korang, lepas dah tengah malam, cuaca sejuk buat zakar korang tegang, korangpun rasa nak pancut lalu berjalan menuju ke bilik Salma Hayek untuk berlaga lubang kencing, tapi dalam perjalanan, cuba korang bisikkan: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Maka, InsyAllah, korang akan dapat kekuatan untuk lari, dan mungkin Salma Hayek yang juga ghairah akan mengejar korang, lalu terkoyaklah baju korang dari belakang, kan macho tu..

Contoh 4:

Sebagai Menteri yang meluluskan projek juta juta, korang pilih kasih kepada kroni untuk luluskan projek walaupun tak ikut spec, tapi kontraktor dah siapkan amoi cun dan pakej pekej menarik pecah tanah, maka korang pun rasa best untuk terima wang ehsan, eh? Silap,.., rasuah.., korang pun rasa nak ambik, sekali keretamayat berbisik: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang ingat mayat, dan serahkan maklumat pada BPR.. lantas semua kontraktor kena tangkap dan korangpun bertaubat yang buat amoi itu jugak dapat hidayat dan berkahwinlah korang menuju shurga halal..

Contoh 5:

Korang sedang solat, tapi syaitan asyikkan korang dengan bermacam macam bayangan, dah tak khusyuk.., lepas tu pulak korang terlupa kunci yang letak atas para wudhu tadi dah ambik ke belum, lalu korang meraba raba dalam julat tiga pergerakkan mencari kunci sambil jaga solat tapi hati dah tak khusyuk sebab takut kunci orang ambik dan curi kereta, dan dalam kereta pulak ada Hard Disk 200G, yang ada macam macam filem baru download, filem lucahpun ada, tapi sedang asyik korang meraba, tiba tiba korang tergiang dengan kalimah “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang khusyuk dan tawajjuh InsyAllah…

Contoh 6:

Dah lama depan PC, dah baca entry baru keretamayat, korang rasa nak layan web porno lah pulak, sedang korang search gambar: bogel+melayu+terlampau+bertudung+hisap+kemaluan+ tiba tiba korang terdengar kalimah “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang batalkan niat layan web prono, dan kemabli ke blog keretamayat dan baca entry yang lepas lepas- woha!

Contoh 7:

Korang tak puas hati kat enrty aku, lalu tulis komen yang menyerang peribadi dan caci aku, baru korang nak send, tiba tiba kalimah ini bergertar: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang tak jadi nak maki aku, sebaliknya korang berebut rebut jadi first komen dan tinggalkan komen puji aku laksana orang yang mintak duit Ehsan? Wo ho ha!

Contoh 8:

Korang rasa malas sangat, letih.., tiba tiba azan berkumandang, rasa nak baring kejap, tiba tiba korang terbisik: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang mendapat kekuatan untuk solat jemaah bagi lelaki dan awal waktu bagi perempuan.. kan bagus tu?

Contoh,.., 9.., 10..
(korang tulis sendiri, semua tu korang yang akan alami sendiri!!)

Cukup contoh sampai situ, Alhamdulillah, apabila korang dapat automatikkan kalimah ini sebagai ‘zikir hati’ maka insyAllah, kehidupan korang akan rasa DIPERHATIKAN.., dan rasa DIPERHATIKAN ini adalah secebis dari hakikat EHSAN.. dan dengan DIPERHATIKAN, maka akan berubahlah kehidupan korang dari seorang islam yang cuai kepada seorang islam yang bertakwa, dan rasa DIPERHATIKAN ini juga adalah EHSAN Allah semata mata..

Semua dengan izin Allah..

Semoga aku sendiri dapat amal apa yang aku tulis.. (amin..)

Cukup sampai sini, jumpa lagi di lain masa, , iaitu di kerusi belakang keretamayat!

Wallahu’lam

Ps: Ada orang email aku, bagitahu ada Menteri yang baca blog aku, aku kata: Oh, ye ke? Err, Dato’, wang ehsan ada lagi ke? Woha!

(Kepada Hamka, dan Dato’.., Allah melihat apa yang kamu buat,.. dan apa yang kamu buat dinilai oleh Allah..oh.. isk..)
Post a Comment