Oct 20, 2009

Apa itu Ehsan?

(Aku adalah seorang Rakyat Terenggau yang tidak pernah mendapat wang Ehsan dari Kerajaan Terengganu, tapi kan Dato' mereka selalu cakap aku pro Umno, wang Ehsan lebih takde ke?)

Korang semua!,

Sebagai orang yang dah lama berbulu (senior) dalam ugama islam, korang patut tahu tentang “ehsan”.., jangan nanti sedang asyik korang korek hidung, tiba tiba muncul anak cina mualaf bertanya pada korang: apa itu ehsan?

Lantas korang dengan konfidentnya menjawab sambil menggetel tahik hidung..

“Ehsan tu adalah wang hadiah dari kerajaan Persekutuan kepada rakyat Negeri Terengganu kerana telaga minyak ada di sana supaya Rakyat suka pada Kerajaan dan teruskan pangkah parti pembakang kerana duit ehsan akan mudah di dapat oleh rakyat Terengganu jika pembakang yang memerintah”

Lantas anak cina mualaf itu terus berlalu jijik kerana korang selepas menjentik tahik hidung ke atmosfera bumi, terus selamba sambung korek hidung lagi sebelah..

(Harap anak cina mualaf yang baru ‘bertukar alamat’ dari bekas abu ke ‘tanah perkuburan Islam’.tu tak murtad dapat jawapan yang sehampeh tu…)

Aku malas nak membebel macam mak nenek, sekarang aku nak tulis entry khas buat semua mualaf yang baru masuk islam pagi tadi, tentang apa itu ehsan dari sudut side mirror keretamayat, insya Allah..

Apa itu Ehsan?

Tak payah susah susah aku nak susun ayat, biar Nabi Muhammad SAW sendiri yang jawab.., akan hakikat, apa itu Ehsan..

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. meriwayatkan:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

“Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“ lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.”

Lelaki tersebut berkata:

“ Benarlah engkau.”

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Kemudian lelaki itu bertanya lagi:

“Terangkan kepadaku tentang lman”.

Baginda bersabda:

“Bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan Qadar buruk.”

Lelaki itu berkata:

“ Benarlah engkau.”

Dia kemudian berkata lagi:

"Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan."

Baginda bersabda:
“Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Kemudian, Lelaki itu bertanya lagi:

“Terangkan kepadaku tentang kiamat”.

Baginda bersabda:

“Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.”

Lelaki itu berkata:

“Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya”

Baginda bersabda:

“Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing tapi berlumba-lumba membina bangunan."

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya:

“Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?”
Aku berkata:

“Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda:

“Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

(Hadis riwayat Muslim)

**********

Dah habis baca hadith, dan dah dengar cerita tentang Ehsan, bolehlah kita simpulkan bahawa:

“Ehsan ialah dapat ‘melihat’ Allah, atau jika tak dapat ‘melihat’, tahu diri ‘sedang dilihat’ juga adalah salah satu darjat Ehsan..

Jadi, buat pertama kalinya dalam sejarah ugama, dan sebagai memenuhi nota ugama aku, kali ni, aku nak bagi wang ehsan kat korang RM300., eh silap.., aku nak ajar korang semua melalui blog akan ilmu Ehsan, dan InsyAllah jika korang tumpukan perhatian 100% dengan apa yang bakal aku tulis kejap lagi, dengan izin Allah, dapatlah korang asas kepada ilmu Ehsan yang bakal merubah hidup korang buat selama-lamanya,

Jeng-jeng jeng!

(masukkan bunyi yang berunsur suspend kat sini)

Tapi sebelum tu, untuk dapat hakikat Ehsan melalui blog ini, aku cadangkan korang pergi ambik wudhu sekarang, supaya ‘suasana’ bebas dari hadas akan mengundang malaikat rahmat dan insyallah mudah untuk faham..(Allah bagi faham)

Ok, aku bagi masa 5 minit untuk korang pergi ambik wudhu.. dan bagi mereka yang membaca blog ini di tengah tentang gurun sahara, bolehlah bertayamun sahaja..

(sementara tunggu kawan kawan kita ambik wudhu dan bertayamun di gurun sahara, apa kata kita kembali ke studio untuk ikuti pesanan penaja lalu tiba tiba terpacullah Iklan kemajuan Negeri Terengganu, ada gambar masjid terapung, gambar pelantar minyak, gambar perindustrian oil dan gas di Kerteh, dan gambar gambar tempat menarik di Terengganu, termasuk Pulau Wan Man dan masjid Kristal, yang di bangunkan oleh MB Idris Jusuh dan gambar penduduk miskin sedang mendapat wang Ehsan dan kalimah ‘genarasi ulul albab’ bersilih ganti dengan wajah wajah Menteri.. apa-apalah)

Satu lagi iklan, dalam bab nak belajar ugama, korang kena sentiasa cakap “tak tahu” kerana kefahaman akan mudah dapat bagi mereka yang merendah diri, tapi jika korang cakap “aku dah tahu” maka baik korang tak payah baca entry ni, pergi isi borang wang ehsan lagi baik..

Ok, sambung balik..

Semua dah ada wudhu, alhamdulillah..,

Apa yang aku nak ‘ajar’ ni adalah simple sahaja, yang mana aku akan tulis beberapa rangkap perkataan dalam bahasa malayu, tugas korang hanyalah perlu baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

Rangkap 1:

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Rangkap 2

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEBAIKKAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, PASTI ALLAH AKAN NILAIKANNYA,”

Rangkap 3

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEJAHATAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, JUGA PASTI ALLAH AKAN MEMBALASNYA,”

Baik, sekarang, kita pergi pada rangkap seterusnya..., baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

“MANUSIA MELIHAT APA YANG KITA ADA,.. RUMAH,.. KENDERAAN,.. HARTA DAN SEBAGAINYA, TAPI ALLAH TIDAK MELIHAT APA YANG MANUSIA ADA,”

“KERANA ADANYA APA YANG MANUSIA ADA ADALAH KURNIAAN ALLAH, MAKA, ALLAH TIDAK MELIHAT APA YANG MANUSIA ADA, TAPI ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Dan ini pula adalah rangkap terakhir, baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

“TAPI, SYARAT UNTUK ALLAH NILAIKAN AMAL MANUSIA, MANUSIA ITU MESTILAH MEMPUNYAI IMAN, TANPA IMAN, BUATLAH BAIK SEBANYAK MANAPUN, ALLAH TIDAK AKAN NILAIKANNYA, SEBALIKNYA DENGAN IMAN, SENYUMPUN DIKIRA SEDEKAH,”

“SESUNGGUHNYA ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Baiklah, aku harap korang dah baca, hafal dan faham..
Sekarang kemuncak dalam pelajaran Ehsan kita hari ni, aku nak korang ‘zip’kan, atau korang “compress’kan kesemua rangkap yang panjang di atas ke dalam 14 patah perkataan ini..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Korang ulang lagi..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Sambil korang lafaz 14 patah perkataan ini, tersingkap dalam minda korang tentang semua rangkap penuh..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Ok, last..

Tukar “MANUSIA” kepada “AKU”

Maka..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Cuba ulang lagi..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Lagi lagi, sampai habis raya enam pun takpe..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Maka, tamatlah pelajaran kita hari ini bab Ehsan, sekarang tunggu nak apply sahaja, untuk amal ilmu ini, mulai hari ni, korang kena bisikkan kalimah ini pada diri korang dalam apa jua keadaan,

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

*****

Contoh 1:

Sebelum masuk tandas, korang bisikkan.. “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang akan rasa “DIPERHATIKAN” lalu korang terangsang untuk ikut sunnah Nabi, seperti langkah kaki kiri, tutup kepala dan jaga kebersihan..

Contoh 2;
Sedang korang berehat, tiba-tiba ada orang mintak tolong, korang rasa leceh, berat hati dan tak semangat, tapi cuba korang bisikkan “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

InsyAllah, terus korang tolong dia dengan ‘girang’..

Contoh 3:

Ada perempuan cun macam Salma Hayek jadi awek kau, satu hari hujan lebat si awek ni terpaksa tumpang tidur rumah korang, lepas dah tengah malam, cuaca sejuk buat zakar korang tegang, korangpun rasa nak pancut lalu berjalan menuju ke bilik Salma Hayek untuk berlaga lubang kencing, tapi dalam perjalanan, cuba korang bisikkan: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Maka, InsyAllah, korang akan dapat kekuatan untuk lari, dan mungkin Salma Hayek yang juga ghairah akan mengejar korang, lalu terkoyaklah baju korang dari belakang, kan macho tu..

Contoh 4:

Sebagai Menteri yang meluluskan projek juta juta, korang pilih kasih kepada kroni untuk luluskan projek walaupun tak ikut spec, tapi kontraktor dah siapkan amoi cun dan pakej pekej menarik pecah tanah, maka korang pun rasa best untuk terima wang ehsan, eh? Silap,.., rasuah.., korang pun rasa nak ambik, sekali keretamayat berbisik: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang ingat mayat, dan serahkan maklumat pada BPR.. lantas semua kontraktor kena tangkap dan korangpun bertaubat yang buat amoi itu jugak dapat hidayat dan berkahwinlah korang menuju shurga halal..

Contoh 5:

Korang sedang solat, tapi syaitan asyikkan korang dengan bermacam macam bayangan, dah tak khusyuk.., lepas tu pulak korang terlupa kunci yang letak atas para wudhu tadi dah ambik ke belum, lalu korang meraba raba dalam julat tiga pergerakkan mencari kunci sambil jaga solat tapi hati dah tak khusyuk sebab takut kunci orang ambik dan curi kereta, dan dalam kereta pulak ada Hard Disk 200G, yang ada macam macam filem baru download, filem lucahpun ada, tapi sedang asyik korang meraba, tiba tiba korang tergiang dengan kalimah “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang khusyuk dan tawajjuh InsyAllah…

Contoh 6:

Dah lama depan PC, dah baca entry baru keretamayat, korang rasa nak layan web porno lah pulak, sedang korang search gambar: bogel+melayu+terlampau+bertudung+hisap+kemaluan+ tiba tiba korang terdengar kalimah “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang batalkan niat layan web prono, dan kemabli ke blog keretamayat dan baca entry yang lepas lepas- woha!

Contoh 7:

Korang tak puas hati kat enrty aku, lalu tulis komen yang menyerang peribadi dan caci aku, baru korang nak send, tiba tiba kalimah ini bergertar: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang tak jadi nak maki aku, sebaliknya korang berebut rebut jadi first komen dan tinggalkan komen puji aku laksana orang yang mintak duit Ehsan? Wo ho ha!

Contoh 8:

Korang rasa malas sangat, letih.., tiba tiba azan berkumandang, rasa nak baring kejap, tiba tiba korang terbisik: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang mendapat kekuatan untuk solat jemaah bagi lelaki dan awal waktu bagi perempuan.. kan bagus tu?

Contoh,.., 9.., 10..
(korang tulis sendiri, semua tu korang yang akan alami sendiri!!)

Cukup contoh sampai situ, Alhamdulillah, apabila korang dapat automatikkan kalimah ini sebagai ‘zikir hati’ maka insyAllah, kehidupan korang akan rasa DIPERHATIKAN.., dan rasa DIPERHATIKAN ini adalah secebis dari hakikat EHSAN.. dan dengan DIPERHATIKAN, maka akan berubahlah kehidupan korang dari seorang islam yang cuai kepada seorang islam yang bertakwa, dan rasa DIPERHATIKAN ini juga adalah EHSAN Allah semata mata..

Semua dengan izin Allah..

Semoga aku sendiri dapat amal apa yang aku tulis.. (amin..)

Cukup sampai sini, jumpa lagi di lain masa, , iaitu di kerusi belakang keretamayat!

Wallahu’lam

Ps: Ada orang email aku, bagitahu ada Menteri yang baca blog aku, aku kata: Oh, ye ke? Err, Dato’, wang ehsan ada lagi ke? Woha!

(Kepada Hamka, dan Dato’.., Allah melihat apa yang kamu buat,.. dan apa yang kamu buat dinilai oleh Allah..oh.. isk..)

70 comments:

PokNik said...

Bravo bro!!!
First runner up...he..he...

Anonymous said...

tepat padat dan jitu. tulis sampai kau tak boleh tulis lagi hamka dan waktu tu...semua akan rindukan kau kerana kau dah jadi mayat bukan kereta mayat.

Unknown said...

padat& berkarisma!
sori bro baru nak baca...

AhMiEzZ said...

wang ehsan mmemang best..aku penah dapat skali time cemerlang UPSR 8 tahun dulu..dpt RM500 tuu...huhu~~

Grave Members said...

"Ehsan tu Selangor Darul Ehsan dik(mualaf)"

Waaaaaa kakakkakakaka

Ismi Ijmi said...

best2.. rupanya cm tu zikir hati... moga2 Allah mudahkan kita amal n sampaikan...

Ismi Ijmi said...

best2.. rupanya cm tu zikir hati... moga2 Allah mudahkan kita amal n sampaikan...

Lelaki dari arah timur said...

Woha! Membaca entry ini, Allah ingatkan aku pulak kepada Dr.Nasoha, pendakwah rajin dari rumah ke rumah termasuklah bermutakallim(bicara) orang yg tak pernah ucap kalimah syahadah.

Err..post2 terdahulu, mcm ada dia komen kat blog kau. Ikut keputusan mesyuarat katanya dan jangan ada perasan bagus. hehe.

aamr said...

Takbirr

azharjaafar said...

Contoh 9:
Korang mengaku memperjuangkan Islam. Hidup mati hanya untuk Islam.

Sekali tu roadtax kereta dah mati. Kena renew insuran dulu. Nak renew ngan insuran konvensional sedangkan korang tahu riba tu haram dan Allah serta RasulNya mengistihar perang kepada pengamal riba.

Tiba-tiba korang yang selalu membaca blog keretamayat teringat “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”. Maka terus korang beristighfar dan merenew insuran dari blog aku..

ha.. ha.. sori Hamka, iklan sket..

bakalmayat said...

"Ps: Ada orang email aku, bagitahu ada Menteri yang baca blog aku, aku kata: Oh, ye ke? Err, Dato’, wang ehsan ada lagi ke? Woha!"

Selamat datang Dato' kat blog ni. Lepas ni boleh la iktikaf sama-sama kat masjid-masjid di Malaysia ni, khususnya di Selangor. Mana tau kan? InsyaAllah boleh.

=)

Unknown said...

Aku dok teringat ingat Salma Hayek la pulak.

ni asebab tak amik wudhu la ni...
astaghfirullah

Ann said...

suka sgt post ni, thanks 4 ingatan yg sgt berguna ni...jika nk berbuat baik hnye semata2 kerana Allah swt dn takut pun hnya pada Allah swt..

uan609 said...

entri lepas pasal 'hutang'.. rasa kena tul kt lobang idung nih! la ni pasal ehsan .. ada related ke?
...............
wehh pala ni igt duit jer.. tul kena amik wudu' jap lg nih.
wo ho ha!

Anonymous said...

best2 mcm makan megi r........
i like salma hayek too..

pendiskusidarigusikegusi said...

ntah ape-apo.blur.nak amal benda tu yg payah.ko bg la teori berguni-guni pon...nak amal kena ada iman..habuk je entry ni..sory

Anonymous said...

dear bakal penghuni qubur,

nak amal benda kena mula dengan paksa. Amal islami datang dari hard work.

pastu istiqomah.

kau tengok approach kereta mayat yang suruh ulang baca. ulang dan baca.

nak islam kena usaha.

hamka said...

PokNik

First time ler ni...

----------
abu

macam mana boleh padat& berkarisma, Jika belum baca?
-----------
AhMiEzZ

Anak aku kat tadika dapat nombor satu, boleh dapat wang ehsan tak? He he

-----------
Ahli Kubur

Walaupun Selangor darul Ehsan tapi Terengganu darul Iman jer yang dapat wang Ehsan..

-----------
Ibnu Mutalib

Akulah yang kena amal terlebih dahulu, ohh.., Allah melihat apa yang aku buat, dan apa yang aku buat dinilai oleh Allah..

---------------
Lelaki dari arah timur

Ada orang yang anggap aku Dr Nasuha.. marah marah kat ruang komen.., aku hamka daa.., lebih muda dan lebih hendsem dari Dr Nasuha, tapi Dr Nasuha lebih bagus dari aku terutama dalam bab dakwah, akupun respek dia.. jika dia sedang berlari, aku baru ikat tali kasut..oh!

-------------
aamr

Take beer (biasa orang PAS eja camni kan?)

--------------
azharjaafar

Ha ha ha! Patut kau jadi first komen dan buat iklan, lain kali cepat sikit!

----------------
bakalmayat

=)

--------------
Hasbullah Salih

Pernah berangan jadi José Antonio Domínguez Banderas

astaghfirullah

--------------
Ann

Bukan senang nak dapat darjat Ehsan, (nak dapat duit ehsan pun susah gak..)

------------
uan609

alang alang ambik wudhu,terus solat sunat wudhu..

: )

----------------
bakal penghuni qubur

aku belum lagi teori “bagaimana nak masukkan teori dalam guni”, lain kali aku bagi, tapi kau kena bawak guni dulu

--------------
Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali

Orang yang paling banyak ulang baca adalah aku, lepas tu bini aku, (tugas dia pastikan ejaan aku tak tersalah)

Tapi banyak gak ejaan tersalah, apa lagi, salahkan bini aku, woha!

Nasir_Penang said...

Mudah mudahan Allah campakan sifat Ehsan kepada saya dan semua umat Nabi SAW bukan wang ehsan ya....

Ainee Cumi said...

suka!suka!suka sangat ayat ni

Oh! Media said...

Terima kasih saudara Hamka. Artikel yang amat-amat berguna untuk diri saya yang hina ini. Dan dengan artikel ni, baru sahaja memadam satu niat tidak baik yang terlintas di kepala saya sebentar tadi.

Seungguhnya Allah melihat apa yang kita lakukan. Dan apa yang kita lakukan dinilai oleh Allah SWT..

- Khai (founder of Oh! Islam)

ps: ada masa boleh la jenguk2 ohislam.com kasi nasihat apa yang tidak kena dan sebagainya. Mungkin itu ehsan dari hamka untuk kami di Oh! Islam pula? Hehehehe..

Anonymous said...

Suke betul aku dengar kisah
malaikat menyamar ni...
Best jugak kalau ade himpunan kisah
malaikat menyamar jumpa Nabi.
Setan menyamar pun aku suke dengar.


-Pontianak Degil-

Anonymous said...

kalu ehsan jadi amalan .. takaful laris.. perbankan islam laris.. kereta mayat semakin laris..pak menteripun suka kereta mayat. Insyaallah masjid2 malaysia akan keluar dari sindrom gersang; Ramai ajk masjid dahlah tua & tak sedar diri jahil; masjid macam penjara gril sana sini.. pastu tak mesra jemaah.. semoga mereka cepat naik kereta mayat dan diganti dengan fikirman macam hamka ..[perantau alam]

qistina said...

best best

charisteas86 said...

daripada ihsan,timbul ihtisab, kemudian ikhlas..hehehe..betul x tuan?

Anonymous said...

ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

aku akan letak kat status FB aku.. huhu contoh-contoh yg diberikan buat aku lagi faham. Terima kasih n mungkin dlm entri aku nanti.. aku kaitkan ngan entri ini. Credit pada blog keretamayat.

Ro Zhaf Zeck said...

kereta mayat best!!
sya musti pilih!!

nenek ke_bayan said...

Allah melihat apa yg aku buat,
Allah mendengar apa yg aku cakap,
Allah mengetahui apa niatku, apa perancanganku, apa bisikan hatiku dan semuanya dinilai oleh Allah.

Tapi, apabila tanpa iman, siapa peduli dirinya dilihat dan dinilai oleh Allah...sehinggakan lagi dasyat, tidak peduli dilihat dan dinilai oleh masyarakat (takde sifat haya'/malu yg merupakan satu dari cabang iman...

kesimpulannya...mesti terus usaha jaga dan tambah iman..

eksp said...

hahaha..

aku rasa macam pernah dengar je rangkapan zikir macam nih.. sape ke ajar.. di mana ye?? haha

uihh.. menteri baca blog keretamayat tuh... perghh..

ko kena pi khidmat nih hamka... khidmat nizamuddin 2 bulan, kasi cuci hati... bagi tak datang riya'... baru la boleh jadi sheikhul.. hehe

Anonymous said...

manyak dasat la itu keletamayat..kalau nampak ia lalu manyak ong oo..manyak wang ehsan ata masuk wooo

Burung Hantu said...

ya, smoga kamu pun dpt berbuat seperti yang dicakapkan. aaamin..

kerana sesungguhnya Allah paling benci akan sesiapa yang bercakap tapi tidak melakukannya.

tp entri ni mungkin dpt sumbang pahala dalam tabung en. kereta mayat.

mudahnya dpt pahala, kerana ilmu yang diajar, diamalkan pembaca. Dan kalau diamal smp bila2, sepanjang-panjang itulah pahala akan sentiasa masuk dlm tabung encik. =)

BangBangBoom said...

boleh tahan gak bro Hamka punya perasan...

ha ha ha... tulis bro, jgn tak tulis...

Mat Rapi said...

demi menghormati penulis...:)

pertama kali aku baca blog dalam keadaan berwuduk...

p/s : serius dalam bab agama

jas imran said...

terima kasih kereta mayat..
entri kali ini banyak meredakan kegusaran dalam hati yang terbit dari semalam lagi..
InsyaAllah akan diamalkan dan dipanjangkan.
boleh kan?

[credit to .keretamayat.]

Anonymous said...

kadang-kadang aku rasa cam malu pun ade kalo baca blog nih..mcm2menda dia sebut...

pendiskusidarigusikegusi said...

ha5x...
mmg blog yg buang masa..ha3
xda manfaat...ada saja yg termakan oleh provokasi kecil2an..lantas marah2--emosi-emosi--layan lah blog ni smp beriman..selamat..ha2

khyruleXY erzwann said...

aku sek kt trengganu mase zaman spm,result agaklah ok, tp krajaan x bg duit pn. sbbny aku asal dr klate
mwahahaha

amani perasan comel~ said...
This comment has been removed by the author.
amani perasan comel~ said...

salam hamka

terima kasih byk2. entry kali ni mengurangkan kegelisahan, kekusutan, kesakitan di dlm diri ni.

aku teringat bile bace blog bro. ada 2 sbb kite asyik gelisah. (lebih kurang)
1. iman nak masuk
2. iman nak keluar

tapi aku takut yg no.2 tu berlaku

ryina ikhwan said...

Bro Hamka... TQ sebab bagi entry yg bagus2... suami aku ari tu kata kat aku "ni mesti masuk kereta mayat, suami balik pun wat derg je..." ikhhh.. pas tu ada sekali sebab kicap kipas tak ada stok aku suruh dia beli kicap jalen warna merah dan dia kata sedap gak kicap jalen ni rupanya.. so aku cakap... "at least satu ilmu yang saya dapat bila masuk kereta mayat ialah cari kicap jalen kalau tak ada kicap kipas..." entah apa2... anyway mmg aku suka blog ni sebab sesuai dengan selera aku yang mualaf, cuba mencari kebaikan serta bahasa Bro Hamka yang kena pada tempat dan situasi...

hamka said...

Nasir_Penang

Kalau manusia bagi barang dengan cara mencampak, kita marah.., tapi kepada tuhan, oh.. “campak”kanlah Ehsan dan HidayatMu.., aku rela asal tidak dicampak ke dalam neraka..

--------
NIMI

“ALLAH MELIHAT APA YANG KAU SUKA,.. DAN APA YANG AKU SUKA DINILAI OLEH ALLAH”
:)

---------
Khai - Justkhai.Com

terima kasih dik.., baguslah dari Oh artis dan ada Oh islam…, mungkin ramai yang suka baca Oh artis lebih dari oh islam, tapi oleh kerana oh islam di tulis oleh penulis oh artis mungkin oh islam akan juga disuka seperti oh artis..

(rasa nak tulis panjang bab ni, lain kali aku tulis dalam blog aku buat entry khas tentang artis dan ugama, insyAllah-tapi bukan waktu terdekatlah..)

--------------
-Pontianak Degil-

jangan ada puntianak menyamar sudah, macam mana bapak? dah berbaik ke belum?

-------------
perantau alam

aku belum layak menjadi ‘fikirman’…, sedang belajar sikit sikit fikir bab ugama..oh!

---------
hessa

ALLAH MELIHAT APA YANG KAU RASA BEST,.. DAN APA YANG KAU RASA BEST DINILAI OLEH ALLAH

-----------
charisteas86

kena check kitab, tapi macam dah betul., (bab ugama tak boleh jawab semborono kan?)

------------
TweetyPeak

semoga dapat amal dan sampaikan

------------
Ro Zhaf Zeck

yo!

-----------
nenek ke_bayan

usaha atas iman ni mesti kena buat, sama ada hidayat tersebar, atau penyebar jadi mayat, sabor jelah..

-----------
eksp

riak dan sombong, akan bawa ke neraka, aku nak kena khidmat lebih sikit kat jemaah yang datang berdakwah kat kampong aku nampaknya..

ps: orang yang tak faham hakikat ikram muslimin, selalu salah sangka bab riak, (aku tak maksudkan kau)

------------
Burung Hantu

Kenapa tak amal apa yang kamu tahu?
oh..

Kenapa tak bagutahu apa yang kamu tahu?

dan tidaklah menjadi kesalahan seseorang yang memberitahu apa yang belum di amalkannya, tapi sebaik baik pemberitahu adalah yang mengamal apa yang ditahu dan beritahu

pening…

----------------
BangBangBoom

Hinss hunss, (bunyi lubang hidung kembang)

-------------
Mat Rapi

Alhamdulillah, lepas ni mungkin ada pembaca di gurun sahara yang bertayamun ketika baca entry ini
:)

------------------
jas imran

boleh, no hal punya, lepas aku jadi mayat, nak sebarkan, terus jer…, sebab aku dah tak boleh bagi izin.

-----------
seliparjepunhijau

bolah tak bagi nasihat kepada aku yang hina ini melalui email..,

-------------
khyruleXY erzwann

darul Ehsan pun tak dapat wang ehsan, apatah lagi darul Naim, Darul Ridzuan dan darul makmur?, darul iman jer yang dapat..
he he
-------------
aku mmg naif

aku juga naïf, lupa pernah tulis bab ni.. oh!

------------
ryina ikhwan

kau tak takut ke, kadang kadang blog aku banyak galakkan poligami, he he?

ps; isteri aku sentisa bukakan pintu waktu aku masuk rumah, kemudian cium dan peluk aku, siapkan air dan cerita tentang anak anak yang kelakar.., kau patut buat macam tu kat suami.. dna cakap belajar kat keretamayat, woha!

ryina ikhwan said...

yes.. yes.. betul gak ya... lepas aku peluk cium then cakap aku belajar dr keta mayat tentu dia tak comlain lagi... yg sebenarnya dia tak marah pun sebab aku selalu gak citer ttg sunah Nabi... ank aku yg 13 th pun dah gosok gigi sebelum solat, suami aku dah simpan janggut sejemput... aku cakap tak per tak handsome pun sebab aku sayang, dan biar org perempuan lain tgk tak hensem, aku selamat...woha! pinjam woha sekejap ek.. aku pun dah jarang lewat solat...

~fam~ said...

salam...
kadang iman yang seciput itulah menjadi penyelamat kita di akhirat nanti...
moga segala amal baik yang kita lakukan jauh dari perasaan riak dan menunjuk2...
hoho...
tapi, aku paling bengang kalo org tak apreciate ape yang aku dh buat...
adakah itu salah satu penyakit hati?
ampunkan aku Ya ALLAh...

Anonymous said...

Alhamdulillah, bagus entry ni. Lu mmg sempoi la bro, contoh2 lu pun menarik, mmg semua keadaan tu wujud dalam persekitaran hidup manusia hari ni. Terus bro, jangan berhenti melainkan lu dh naik kereta mayat.

hamba ALLAH said...

aku ingat cerita ttg wang ehsan malas nak baca tapi layan jugak...rupanya isinya terkena sangat ngan aku...malam tadi aku tido sampai subuh....x sbyg isyak...isk..isk.....apa nak jadi ngan aku.....

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

aku hamba ALLAH yg bnyak dosa..

vanjenazah said...

Kalau hamka dah naik kereta mayat tak pe...vanjenazah ada dan akan menyambung tugas keretamayat sehingga vanjenazah dah jadi jenazah

Anonymous said...

salam..

keinginan saya agar selalu suami i tahu i rindu dan menyayangi dia selalu,
agar selalu die berEhsan
bahawa apa jua perbuatan dia adalah di bawah perhatian Allah swt.

Camner nak suruh hubby i berenti merokok?..

Camner nak suh die selalu solat jemaah kt masjid atau kt surau?..

Apakah motivasi yang i boleh guna untuk bagi hubby i bersemangat waja istiqamah?..

Kalu i mogok tak bagi ..tutt woha! berkesan tak? silap-silap i kena lempang.. woha!

-akak sally

Anonymous said...

ada juga yang yang bagi komen teruk ya... cakap kau riak la...

tak payah lah nak tanya hamka dia amalkan ke tidak, kita dah baca maka kita dah tahu, so kita tanya diri "adakah aku akan amalkannya?"

bagi aku blog ini tiada cacat nya... sama ada hamka cakap tak serupa bikin atau cakap macam bikin, yang penting apa yang aku sdh tahu sblm ni aku tak tahu, Insya Allah jadi pedoman selama2nya...

suami i pun degil juga pasal agama.. suruh solat jemaah di masjid pun tak nak... kalau kita tegur lbh sikit, marah pulak...
ada lelaki lain nak ngorat aku dia jeles tapi nanti d akhirat kalau dia tak beriman, aku bukan milik dia juga...tak fikir ke?

Syurga fakir dunia said...

Ana belum habis lagi mencari "Ehsan" sejati dalam diri yang tak kan pasang surut. Kalau ada yang bernama 'Ehsan' dan sesuai pun... eeermmm... leh gak!! Woha!! He he... semoga terus istiqamah dan merendah hati...

Mat Rapi said...

salam...

kak sally...

cuba petua ni :-

1. bangun malam, tahajud dan doa pada Allah
2. brapa lama? buat sampai letihh laa
3. dah letih, tawakal

kenapa doa tak makbul, (antaranya) kita doa pada Allah tapi yakin dengan makhluk.

moga dengan kesungguhan akak munajat pada Allah, Allah akan campakkan sifat2 terpuji kedalam hati suami

sekadar pandangan...

a.k.a putat

Anonymous said...

ha2,,kau bagus bro hamka, aku saja je provoke kau,tapi kau stay cool, that's good lah,no emo-emo like a baby,just calm down bebeh, itulah akhlak bagus,,org kutuk kita,kita cool dulu,jgn ikut serta jadi bodoh mcm org itu kan? tahniah-teruslah berbloging smp mati.tolg nasehah kpd isteri2 yg umpat suami dlm blog ni...jgn buat bnd haram tu..arios

Anonymous said...

aku tadi tu ialah seliparjepun hijau--bkn apa, rmai kar**n yg wat effort dasyat tp sikap mcm lembu..ckt2 nak marah,,itu pasal gua test bro,,tp bro steady aje,,bagus!

Anonymous said...

Salam bro,
aku ada dengar utk dapat sifat ni kena banyak khidmat...khidmat pd isteri,org alim,anak2,jemaah yang masjid ke masjid tu...tapi yang power cuci tandas..bukan semua bleh..
ada betui ka statement atas tu bro..
abgri

hamka said...

ryina ikhwan

Teruskan dari jarang solat awal kepada jarang lewat solat...

: )

--------
...antikapel...

Bengang dengan orang tak appreciate?

Cuba kau baca entry: bagaimana hilangkan bimbang? (2006)

------------
hamba ALLAH

apa nak jadi ngan kau?

Jadi mayat...

-----------
vanjenazah

vanjenazah versi autobot atau decepticon?

-----------
-akak sally

Isteri yang baik, adalah yang senang di ajak berbincang dan senang di ajak bersetubuh

(lain kali tulis bab ni- jika aku rajin luar biasa)

----------
Nani Aling

(((ada lelaki lain nak ngorat aku dia jeles tapi nanti d akhirat kalau dia tak beriman, aku bukan milik dia juga...tak fikir ke?)))

Power ayat ni..

------------
A traveler looking for the right path

Anak saudara aku ada sorang, namanya Ehsan, hensem orang nya, tak merokok, dan agak kelakar, tahun depan darjah enam, dan akan berkhatan.. woha!

----------
Mat Rapi

Lupa.., Pernah tulis entry ni dalam tajuk “kenapa doa tak makbul”
InsyAllah..

--------------
seliparjepun hijau

kenapa silapar jepun warna hijau? Adakah sebab bendera ‘jepun’ yang bewarna hijau?

Duan said...

baca entry best.. baca komennye pun lagi best..
ngeheee~~

(mcm x de keinsafan pun)

avere la meglio su said...

Kamu orang Terengganu ye ? Ingin saya tanya kesangsian yg telah lama saya pendam pasal orang2 Terengganu ni..ikhlas dari pemerhatian saya..Rata-rata kenapa banyak masjid & surau di Terengganu ni yg kotor..tandas pun macam bukan orang yg guna..bagaimana mentaliti orang yg duduk membaca Al-Quran dikelilingi tahi cicak yg penuh sampai nak letak dahi pun tak buleh..Kemudiannya kenapa semak samun di jalanan & kampung2 macam tak pernah ditebas sampai babi cukup banyak berkeliaran? Tak pernah ke anjur gotong-royong bersihkan kampung? Kenapa orang2 Terengganu tak jaga imej kebersihan persekitaran? Rata2 saya tengok halaman rumah diorang tak bersapu & semak-samun..sedih..Pastu bila anak2 rempit depan mata kat kawasan perumahan langsung tak ambik endah,takder komplen..hai tak taulah..camner nak tukar sifat orang2 ni supaya tak pentingkan diri sendiri? Lastly..bagaimana absent mindednya orang2 di sini yg sengaja melepaskan lembu/kambing belaan di kawasan jalanraya utama..siap gomen bantu lagi letak signboard kawasan lembu/kambing..entahlah

avere la meglio su said...

Kamu orang Terengganu ye ? Ingin saya tanya kesangsian yg telah lama saya pendam pasal orang2 Terengganu ni..ikhlas dari pemerhatian saya..Rata-rata kenapa banyak masjid & surau di Terengganu ni yg kotor..tandas pun macam bukan orang yg guna..bagaimana mentaliti orang yg duduk membaca Al-Quran dikelilingi tahi cicak yg penuh sampai nak letak dahi pun tak buleh..Kemudiannya kenapa semak samun di jalanan & kampung2 macam tak pernah ditebas sampai babi cukup banyak berkeliaran? Tak pernah ke anjur gotong-royong bersihkan kampung? Kenapa orang2 Terengganu tak jaga imej kebersihan persekitaran? Rata2 saya tengok halaman rumah diorang tak bersapu & semak-samun..sedih..Pastu bila anak2 rempit depan mata kat kawasan perumahan langsung tak ambik endah,takder komplen..hai tak taulah..camner nak tukar sifat orang2 ni supaya tak pentingkan diri sendiri? Lastly..bagaimana absent mindednya orang2 di sini yg sengaja melepaskan lembu/kambing belaan di kawasan jalanraya utama..siap gomen bantu lagi letak signboard kawasan lembu/kambing..entahlah

huda said...

Kamu orang Terengganu ye ? (TIDAK)
Ingin saya tanya kesangsian yg telah lama saya pendam pasal orang2 Terengganu ni..(YER YER SILAKAN)
ikhlas dari pemerhatian saya..(HAMKA PERNAH TULIS IKHLAS ITU APABILA KITA BUAT SESUATU PERKARA KERANA SURUHAN ALLAH DAN MENIGGALKAN SESUATU PERKARA KERANA LARANGANNYA)
Rata-rata kenapa banyak masjid & surau di Terengganu ni yg kotor..(DULU MASA SEKOLAH ADA ROMBONGAN SAMBIL BELAJAR KETERENGGANU, KAMI SINGGAH DI BEBERAPA MASJID UNTUK SOLAT RATA2 BERSIH DAN MENGKAGUMKAN)
tandas pun macam bukan orang yg guna (NAK CARI GADUH ERRR...)
bagaimana mentaliti orang yg duduk membaca Al-Quran dikelilingi tahi cicak yg penuh sampai nak letak dahi pun tak buleh (NI PON MCM NAK CARI GADUH JEE...)
..Kemudiannya kenapa semak samun di jalanan & kampung2 macam tak pernah ditebas sampai babi cukup banyak berkeliaran? ( BURUK KHABAR DR RUPA NAMPAK KENYATAAN NEH)
Tak pernah ke anjur gotong-royong bersihkan kampung? (KAH KAH KAH KAH.. NI LAWAK)
Kenapa orang2 Terengganu tak jaga imej kebersihan persekitaran? (KENE PAKSA DUDUK KAT TERENGGANU YER)
Rata2 saya tengok halaman rumah diorang tak bersapu & semak-samun..sedih..( BILA TAK SUKA BAU WANGI PON KATA BUSUK)
Pastu bila anak2 rempit depan mata kat kawasan perumahan langsung tak ambik endah,takder komplen..hai tak taulah..camner nak tukar sifat orang2 ni supaya tak pentingkan diri sendiri? (HUJAN EMAS DINEGERI ORG HUJAN BATU DINEGERI SENDIRI LEBIH BAIK NEGERI SENDIRI..KO TERLALU TAKSUB DENGAN BIDALAN ORG DULU2 NEH)
Lastly..bagaimana absent mindednya orang2 di sini yg sengaja melepaskan lembu/kambing belaan di kawasan jalanraya utama..(DENGAN LEMBU PON NAK CARI GADUH)
siap gomen bantu lagi letak signboard kawasan lembu/kambing..entahlah (ENTAHLAH KO NI.. BYK SGT KO PK NEHHH)
OK, SKANG CUBA ADIK AHMAD CEK BALIK.... DALAM KARANGAN ADIK AHMAD PADA KALI NI BAPE BANYAK KENYATAAN YANG ADIK AHMAD BUAT SESUATU PERKARA KERANA SURUHAN ALLAH DAN MENIGGALKAN SESUATU PERKARA KERANA LARANGANNYA.

Anonymous said...

-akak sally

Isteri yang baik, adalah yang senang di ajak berbincang dan senang di ajak bersetubuh

(lain kali tulis bab ni- jika aku rajin luar biasa)

-wah akak memang tak sabar nak tunggu.. tiap-tiap hari suami naik raa.. akak redah jer ehh ..
redha jer Woha!

ryina ikhwan said...

kelakar... kelakar...nya komen... ketawa sorang2... suami naik raa sokmo tu maksudnya suami sayang sangat kat akak and akak ada daya penarik yang ajaib... bersyukurlah...sebab ada juga suami yg langsung tak terangsang tgk isteri sendiri... yang ni baru boleh dikira bala kan...pasal terengganu kotor tu entahlah kat mana di tgknya.. pernah sekali aku lalu kot terengganung, ok je aku nampak..yg paling best kat terengganung, bukan tempatnya tapi org2nya... semua org ganung yg aku aku kenal adalah lemah lembut, sanggup berkorban demi kawan and so on... ada gak kawan ganung yang gedik tapi dia juga memang lemah lembut dan buat hati org cair, nak marah pun kesian...

PAPA GOMO said...

salam..blogg yang mantap!!! syabas

PAPA GOMO said...

Maka terjawap sudah akan Kerajaan Perpaduan di antara Umno dan Pas.
Dengan kenyataan Hassan Ali bertempat di rumahnya yang di hadiri Ustaz Nasha dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku. http://www.papagomo.com/2009/10/terkini-sah-pas-akan-keluar-dari.html

Anonymous said...

salam saudara hamka,

kata2 bro memang menyentap ati saya yang sangat malas solat satu ketika dahulu.alhamdulillah, skang solat tu menjadi priority dalam hidup saya. Bukan kerana takut sejadah di rumah saya berdiri sendiri kerana jarang2 digunakan tapi kerana takut balasanNya di akhirat nanti..

tq bro.. semoga kita dirahmati ALLAH

hamka said...

Duan

Hmm

----------
ahmad

bini aku orang Pahang.

-------------
huda

kelakor jugak korang ni.. he he, tersengih aku dibuatnya..

----------------
-akak sally

Sabor kak, perasan sibuk, la ni..
: )

--------------
ryina ikhwan

he he

--------------
GOMO

Mula mula kau puji aku, lepas tu kau promote pulak blog, konfius aku..

hafiz abdul said...

aslkm

1- iman/islam/ehsan
2- aqidah/syariat/akhlak
3- usuludin/feqah/tasawuf

ketiga2 tu adalah sama maksudnya.

faizal yusup said...

hamka.. as usual.. best.. lepas ni kena ambik wudhu pulak nak baca post hamka.. hawhawhaw..

Anonymous said...

salam..
ehem ehem..saje nk nyibuk

sy akn bernikah on 31hb nie..
doakn majlis berjalan lancar ek en hamka ;p..

yanz

Anonymous said...

Errr...ni kena rujuk ustaz ni.
Apa yg aku faham lain...

1- iman/aqidah/islam (melibatkan kepercayaan, keyakinan)

2- tasawuf/ehsan (melibatkan hati)

3- usuludin/feqah/syariat (melibatkan masail dan hukum hakam)

4- akhlaq/muamalat/sosial (melibatkan luaran dan pergaulan)


Sapa2 yg ustaz/mufti/maulana, kalau salah tolong betulkan ye...
saya masih belajar lagi...

~mokhtar~

Anonymous said...

tahniah.blog ni bayak membantu aku untuk membidas ayat2 exboy aku yg berangan alim tu.

hamka said...

hafiz abdul

ye ke..

---------
faizal yusup

terima kasih bang, bagi sokongan moral..

--------------
yanz

selamat pengantin baru!

-------------
~mokhtar~

Betul.., kena rujuk ustaz.

---------
Aksha
: )