Suatu petang yang damai, ketika bayang-bayang manusia memanjang melebihi saiz badan pemilik bayang yang asal, dan setelah otak manusia sekian penat memenuhi memori yang kian padat dengan pelbagai aktiviti terkumpul dari semenjak pagi, dan tak kala itu, dalam 30 minit sebelum menjengah azan maghrib lebih kurang.., aku dan beberapa orang rakan dari masjid telah sempat belajar membuat satu amalan masjid iaitu
ziarah dari rumah ke rumah sekitar ahli qariah masjid kami.., (kami sajelah lelaki beriman akhir zaman konon..)
Sampai di satu rumah, kamipun bagi salam, setelah tiga kali salam yang di lafazkan dalam julat ‘orang tidur tak terjaga dan orang sedar dapat dengar’, lantas terdengarlah sayup-sayup suara dari belakang rumah tersebut akan bunyi-bunyian yang menandakan kewujudan manusia dari daerah sepi tersebut..
Tak lama kemudian, muncullah seorang pakcik yang sudah tua tapi cergas di hadapan kami, terlihat di mataku ada berus cat di tangan kanannya dan ditangan kiri pula, mengenggam erat satu tangkai tin cat yang terbuka tudung dan ada cat yang masih meleleh pada sisi tin itu..
Bajunya ada limpahan cat serta peluh, dan mukanya masam menahan penat, sedang matanya terjenggil menahan marah..
“Korang tak nampak ke aku sedang sibuk?.., aku tahu korang nak ajak aku ke masjid, siap kerja nanti aku datanglah!”
Belum sempat kami bercakap sepatah dua kata untuk terangkan maksud kedatangan kami, pakcik tu terus menghilangkan dirinya ke belakang rumah untuk menyambung kerja kerja mengecat yang tertangguh barangkali…
Maka, kamipun beredar dengan sangkaan yang paling baik, mungkin pakcik tu sedang cat bahagian atas rumah, sekali ada orang bagi salam, dah tentu pakcik tu susah-susah terpaksa panjat tangga untuk turun, dan kena hati-hati takut cat tumpah, lepas tu pakcik tu ingat ada JKKK nak bagi duit ke apa, kira berbaloi gak turun dari atap rumah ke tanah, sekali, ‘orang masjid’ daa.., datang nak berceramah perasan bagus, apa kes?
Maafkan kami pakcik, tak berniat langsung kami orang muda-muda nak buang sisa masa umur pakcik dan tak berniat langsung jugak untuk mengganggu kerja-kerja pakcik mengecat rumah…
Tapi pakcik untung, kerana walaupun kami datang secara mengejut dan nampak macam menganggu kerja-kerja dan sisa umur pakcik, tapi pakcik masih boleh sambung balik mengecat selepas kami cakap sepatah dua kata, lainlah jika Malaikat Maut yang datang mengejut walaupun tahu pakcik sibuk, dah tentu pakcik tak boleh sambung kerja kerja mengecat dah..
Lagipun pakcik, sebab pakcik dah menghilangkan diri di belakang rumah tanpa sempat kami bercakap sepatah dua kata, maka izinkanlah aku menulis dalam blog kenapa kami ‘ganggu’ pakcik pada petang yang suam-suam kuku itu..
Semoga pakcik celik IT dan tidak buta huruf…, manalah tahu malam karang dah penat mengecat, pakcik tiba tiba teringat akan kematian lalu search google untuk cari jenis-jenis kereta mayat yang teringin di naikki untuk menghantar ke tanah perkuburan islam, mungkin jenis keretamayat proton Exora?, mana tahu? sekali pakcik terjumpa blog aku.., blog keretamayat, maka.., err, bolehlah aku sambung apa yang aku nak cakap pada petang yang suam kuku itu buat pakcik perasan sibuk dari seluruh dunia dan dari Malaysia amnya, Mudah-mudahan…
Pakcik,
Tujuan kami buat ziarah, bukanlah nak ajak pakcik ke masjid semata mata, sebab kerja ajak orang ke masjid adalah kerja pakcik Bilal yang dah jerit 10 kali sehari semalam sambil dapat elaun, “marilah solat, marilah berjaya”.., tu kerja bilal yang dapat elaun atau yang tak dapat...
Tujuan aku dan beberapa orang rakan dari masjid belajar-belajar buat ziarah dari rumah ke rumah sekitar ahli qariah masjid kita (dan seolah olah kami sajelah lelaki-lelaki beriman akhir zaman konon) dan tiba-tiba kami boleh pulak terpancul depan rumah pakcik yang telah tertulis dalam takdir Allah Taala bahawa kita di takdirkan bertemu ketika cat belum kering tapi nyawa masih di kandung badan .., adalah kerana beberapa sebab,..
Mari sini aku cerita, diharap pakcik dapat bersabar sementara masih ada sisa umur atau sementara tunggu cat kering, mari kita bincang akan alasan ‘kenapa aku ganggu pakcik’ atau alasan ‘kenapa kita kena Ziarah orang islam’, kita pergi satu-satu..
Kenapa kita kena Ziarah orang islam:
1) Kami nak belajar muliakan orang islam.
Orang islam akan jadi bertambah mulia apabila ada orang yang datang ziarah dia, betul tak pakcik?
Mak Bapak pakcik (jika masih belum jadi mayat) akan jadi ibu bapa yang bertambah mulia apabila anak-anaknya (iaitu pakcik) selalu ziarah dia dan tidak mengabaikan mereka, betul tak? Kalau dah bertahun takde orang ziarah, maka kuranglah mulianya mereka di mata pakcik.., lagi kalau mereka menderita, jadi hina dan berdosa pulak..
Atau contoh lain, macam sesetengah kawan pakcik yang ziarah masjid hanya setahun sekali sebab hari raya atau hanya seminggu sekali sebab hari jummaat, maka masjid tak jadi hina dengan layanan buruk kawan-kawan pakcik, tapi mereka telah menghinakan diri mereka dan masjid kerana tidak memuliakannya dengan memperbanyakkan kunjungan di rumah Allah.., sama jugak mak bapak pakcik yang tidak diziarahi sebab pakcik perasan sibuk, mereka tidak hina pada asalnya, tapi bila mereka menderita dan pakcik pula perasan sibuk abaikan mereka, maka pakcik telah menghina mereka secara tidak langsung dengan tidak pulang ziarah mereka.., faham tak?
Sebenarnya kami boleh tunggu pakcik mati dan pergi Ziarah kubur pakcik, pun boleh.. tapi tak dapatler nak berborak borak akan perkara yang Allah suka..
Untuk itu, kami buat ziarah ke rumah pakcik orang islam sementara masih hidup adalah untuk belajar memuliakan orang islam.., Kenapa orang islam mulia?
Sebab.., seandainya dalam dunia ni semua orang adalah kapir dan hanya ada pakcik sorang jer orang islam yang masih hidup, maka Allah tak kan kiamatkan dunia sebab masih ada pakcik orang islam, walaupun pakcik malas beribadat sebab sibuk cat reban ayam misalnya, tapi Allah tak kiamatkan dunia sebab pakcik orang islam, maka pakcik adalah mulia di sisi Allah..
Tapi seandainya Pakcik orang islam terakhir dimuka bumi dan sudah jadi mayat, maka Allah akan kiamatkan dunia ini kerana sudah tiada lagi orang yang mulia!, begitulah perumpamaan lebih kurang…
Maka, bila dah ada orang datang dengan niat nak memuliakan pakcik, mengapa Pakcik halau mereka? Caci mereka dan buruk sangka? Kenapa perlu jadi tidak cerdik dalam umur senja begini? oh..
2) Kami nak belajar hidupkan Sunnah Nabi,
Ziarah orang islam adalah satu Sunnah Nabi yang besar!, dan juga merupakan ibadat semua Nabi dan Rasul.., ini bukan kerja orang tabligh waktu petang atau orang Pas waktu pilihanraya atau orang Umno waktu dekat nak mengundi, bukan!!
Ini adalah amalan ahli shurga! Dalam shurga orang islam dah tak wajib solat, puasa dan bayar zakat, tapi ahli shurga wajib buat ziarah antara satu sama lain, dan kemuncak ziarah adalah ziarah Allah sambil ‘lihat’ wajah Allah, apa lagi nak di kata? Jadi nak masuk shurga kenalah buat amalan ahli shurga iaitu berkahlak mulia dan saling ziarah menziarahi…
Lagipun, Allah suka ummat akhir zaman hidupkan Sunnah Nabi yang tak pernah ummat akhir zaman ini lihat dan dengar dengar secara live dari nabi, tapi kerana ummat terbaik dah Yakin melalui Al quran dan Hadith, lantas mereka buat jugak, maka untuk itulah Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid…, pakcik tak nak ke pahala 100 mati syahid? Jika JKKK datang bagi duit Ehsan 100 ringgit tentu pakcik nak, tapi bila hidupkan sunnah Nabi dapat 100 pahala mati syahid kenapa tak nak?
Jangan buat kesilapan dalam umur senja begini.., tolong!
3) Kami nak belajar wujudkan suasana ugama.
Dalam hadith bagitahu bahawa Allah akan tangguh bala dan mempercepatkan RahmatNYA bila dalam satu-satu kampung ada suasana ugama, aku dah tulis detail dalam bab “apa itu rupa ugama”.
Pendek cerita, suasana ugama ada tiga iaitu, ada orang ulang alik ke masjid, ada orang yang bangun malam bertahajjud, dan ada orang yang bertemu dan berpisah semata mata kerana Allah, atau dakwah, atau ziarah, atau jaulah, atau ghast atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya,..
Dan ada tiga Jaulah(pusingan) yang Allah suka, pertama jaulah Malaikat di Baitul makmur, kedua Jaulah Manusia di Baitullah, dan ketiga Jaulah orang islam di kampong…, bukan tawaf masjid macam ajaran sesat ayah pin, tapi pusing pusing sekitar kampung jumpa manusia semata-mata kerana Allah..
Jadi, Pakcik tak perlulah marah-marah pada mereka yang nak menarik Rahmat Allah, jangan marah mereka, dan tolonglah jangan jadi kurang cerdik terutama dalam umur senja begini…, apa kata kita tarik Rahmat Allah sama-sama, itu yang terbaik..
4) Kami nak duduk bawah Arashy.
Di beritakan pada hari kiamat, Allah akan himpunkan semua manusia di satu padang yang sangat luas dan panas, iaitu padang Mahsyar, pakcik dah tahu dah aku rasa, dan hari itu bukan ada 12 bulan setahun macam kita kat dunia, tapi ada 12 bijik matahari sepanjang tahun yang akan mengazab manusia di padang mahsyar sedang manusia waktu tu dalam keadaan bertelanjang bulat, berbogel!..
Tapi ada janji Allah yang akan meletakkan manusia yang suka buat ziarah dan suka diziarahi di bawah tepat yang teduh lagi aman, satu satunya tempat berlindung iaitu arashy Allah.., tapi syarat ziarah itu bukanlah kerana nak pinjam cangkul atau kicap, atau nak pinjam tangga, lesung, pijama dan sebagainya, tapi ziarah yang semata mata kerana Allah, bertemu dan berpisah semata mata kerana Allah, baru layak duduk lepak bawah Arasy…,
Bak kata keretamayat:
"Bersusah susah di atas bumi, berehat rehat di dalam kubur, berlepak lepak di bawah Arasyh dan beraya sakan di dalam shurga.., amin.."
5) Kami nak cari peluang agar Allah ampun dosa
Ada banyak amalan yang mana Allah akan ampun dosa secara automatic tanpa perlu kita bertubat bercucuran air mata, sebagai contoh, langkahan kaki ke masjid, yang mana dalam setiap langkah akan mengampunkan dosa secara automatic.. atau ambil wudhu, setiap titik air menggugurkan dosa kecik..
Jadi, dalam bab ziarah, bila aku dan pakcik berselaman, maka secara automatic juga dosa dosa kecik kita gugur.., dan diberitakan ziarahnya orang ke rumah kita adalah satu rahmat kerana banyaknya dosa kita yang gugur..
Sebab tu saidina Ali RA yang mana bila tiada orang ziarah dia selama 3 hari berturut-turut mulai merasa risau lalu iklan kat masjid agar orang dapat datang ziarah dia, ada banyak hadith lagi cerita bab kelebihan ziarah, tapi jika saya cerita 2 malam pun tak habis.., pakcik datanglah ke masjid dan belajar sendiri.., insyAllah..
6) Kami nak buktikan semua orang islam bersaudara
Dalam kubur ada satu soalan dalam kubur yang akan ditanya malaikat Mungkar yang mana jika tak dapat jawab akan kena azab oleh Malaikat Nakir iaitu: “Siapa saudara kamu?”
Nak jawab “semua orang islam saudara saya” nampak macam mudah, tapi jawapan tu bukan secara teori, kena ada praktikal, maka untuk itulah saya ziarah rumah pakcik, sebab kita bersaudara..
Pakcik tak nak mengaku anak ni saudara pakcik ke? Oh…
7) Kami nak belajar mencintai saudara islam
Dalam Hadith ada Nabi bagitahu, tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mencintai saudara kamu sama seperti kamu mencintai diri kamu sendiri..
Dan tanda cinta adalah berkongsi nikmat, kongsi makan, kongsi sihat, dan yang paling penting kongsi iman…
Maka kami nak belajar mencintai pakcik.., sama macam kami cintai diri kami sendiri, tak kan tak boleh?
Kami bukan “baik ada makna” macam P ramlee dalam filem madu 3, P Ramlee buat baik ada makna sebab pakcik ada nak perempuan yang cantik, itu cerita lain..
Err, pakcik ada anak perempuan yang cantik ke? tapi itu cerita lain, abaikan..
8) Kami nak berkenalan dengan semua orang islam
Allah tak marah pada kera, monyet dan oran utan, tapi Allah marah pada orang yang kera sumbang.., hidup tak campur masyarakat, dan jika ada ahli ibadat yang tak campur masyarat lagi Allah marah yang mana jika bala turun, ahli ibadat yang kera sumbangtulah akan kena azab terlebih dahulu.., sebab tu kami ziarah pakcik, kami nak berkenalan dengan pakcik, tak kira pakcik ada anak perempuan cantik atau tak,
Err, betul ke pakcik ada anak perempuan yang cantik?, argh, itu cerita lain..
9) Kami nak belajar buang takut dan malu kepada manusia dan belajar takut dan malu hanya kepada Allah..
Kadang kadang bila nak jumpa orang yang kita tak kenal, ada rasa takut dan malu.., tapi cuba bayangkan jika Nabi dan sahabat ada takut dan malu.., maka tak berkembanglah ugama.., sebab tu kami jumpa gak pakcik, walaupun kadang kadang ada rasa takut dan malu, tapi kami sedar bahawa pakcik adalah makhluk yang tak boleh bagi manfaat dan mudarat, maka kami belajar yakin dengan beranikan diri kami dan ‘bakar muka’(memalukan) kami semata-mata kerana Allah.., orang nak kata gila ke apa, lantaklah..
Dalam hadith ada menceritakan bahawa di hari akhirat kelak, ketika timbangan amal sedang dinaikkan, tiba tiba ada sekumpulan manusia yang telah masuk ke dalam shurga sehingga malaikat gagal menahan seperti kita yang gagal menahan burung yang terbang masuk ke rumah..
Lalu malaikat mengadu pada Allah bahawa ada segolongan manusia telah masuk ke dalam shurga dengan pantas..
Lalu Allah berfirman lebih kurang maksud: Biarkan mereka, aku malu untuk hisab mereka pada hari ini kerana di dunia dahalu mereka telah membakar muka mereka kerana Aku..
Apa lagi nak dikata?
10) Kami nak tolong pakcik jika ada apa-apa masalah dunia dan akhirat.
Ada cerita kisah orang yang tak bertegur sapa, bila mati, mayat dah berulat baru orang tahu…, kasihan bukan?
Lainlah jika pakcik ada anak perempuan cantik, mungkin si dia boleh bagitahu, tapi jika diapun mati, siapa yang nak bagitahu?, bau busuk, semut dan ulatlah nampaknya yang akan bagitahu..oh!
(Ok, bab anak perempuan cantik tu, aku gurau jer, jangan serius sangat..)
Akhir kata kepada sepatah dua kata,
Sebenarnya, aku ada banyak lagi nasihat dari orang yang kurang makan garam ini kepada mereka yang terlebih makan garam tapi malas pulak aku nak tulis.. sebenarnya kami nak bagitahu kat pakcik sekalian bahawa kat masjid kita ada majlis ugama malam ni, jika kami tak bagitahu maka ia akan jadi satu dosa pulak buat kami yang dapat nikmat belajar ugama tapi tak nak kongsi, lagipun ugama ni mudah, mana ada dalam dunia ni orang belajar matematik, sains dan engineering yang boleh sampaikan ilmu mereka dengan satu ayat?
Tapi ugama, boleh disampaikan walaupun satu ayat, kan mudah?...
Sebagai penutup, aku nak nasihat sikit lagi..
Sebenarnya kan Pakcik, orang tua adalah merupakan satu aset yang besar dalam ugama, sama macam orang muda gak, pakcik adalah aset pada ugama, bukan liability.., err, faham tak ni?
Senang ginilah, cuba pakcik rujuk sejarah, umur berapa Nabi dapat wahyu dari Allah suruh buat kerja dakwah?, ya.., pandai, umur 40 tahun…
Lepas tu pulak, umur berapa Nabi pindah dari Mekah ke Madinah dan buat dakwah pulak di sana?
Tak tahu? Takpe, biar aku cerita sikit, Nabi buat dakwah 13 tahun di mekah, kena hina, kena caci, kena tampar, kena baling batu dan sebagainya, nak kena bunuhpun ada!..
Bila umur Nabi dan 53 tahun, iaitu hampir sebaya dengan umur pakcik pakcik yang bersara di Malaysia, tapi Nabi tak bersara macam pakcik lalu sibuk lepak rumah cat sana sini…, waktu umur bersara itulah, tugas Nabi sampai ke kemuncak, Nabi pindah ke Madinah dan bermulalah perang sana sini, perang badar, perang uhud, perang hunain, perang khandak, ishhh, banyak betul..
Di sini menunjukkan bahawa umur pencen adalah umur terbaik untuk bagi masa pada ugama, yelah, lagi 10 tahun dah nak mati, dah nak jadi mayat, kenalah korban untuk ugama lebih sikit, mana ada masa rehat? Berehat dalam kubur jer..,
Sebab tu Nabi dan sahabat dalam umur sebaya ahli pencen, sibuk berdakwah dan berperang.., kubur kata mari, rumah kata pergi, keretamayat kata jom..,
Tapi orang tua di Malaysia, waktu muda sibuk kerja siang malam abai ugama sebab sibuk cari duit bayar hutang rumah besar dan kereta besar.., bila umur dah 50 tahun lebih barulah pencen, dan bila pencen terus lepak kat rumah main dengan anak cucu.., itupun sebulan sekali mereka balik.., waktu lain?, sibuk lepak kedai kopi kutuk orang yang tak sokong parti kegemaran, pagi pulak sehari suntuk baca akhbar, petang pulak, tengok TV, dan layan Astro… aik? Sibuk jugak abai ugama?
Oh, tak, mana ada pakcik abai ugama, sebagai orang yang dah tua, tak manis jika tak pergi solat maghrib dan isyak, pergiler masjid dan bersandar dengar ceramah yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri, lepas tu perasan bagus, perasan masuk shurga..
Kalau ada orang muda ke masjid bukannya nak tegur ke apa, tapi jeling atas bawah macam masjid tu mak bapak dia yang punya.., dan kalau orang muda ajak buat program dakwah, dengar hadith, dan ziarah, mulalah melenting, marah dan caci.., kasihan.., bab ni aku dah tulis dalam “siapa tua kutuk”..
Patut umur pencen, lagilah kena banyak buat dakwah.., sebab korangpun free takde kerja, anak-anakpun dah besar dan berdikari, boleh sangat pakcik bantu ugama macam Nabi dan sahabat, gigih bermujahadah berperang menegakkan ugama walaupun umur sudah senja nan merah..
Kadang kadang bila aku lihat orang pencen lepak sana sini, lepak ditiang tiang masjid tanpa melibatkan diri dalam dakwah, aku rasa sedih.., sedih sebab ketika orang muda hanyut dalam maksiat dan pihak berwajib kekurangan kaki tangan, orang tua boleh pulak melepak di masjid, di kedai kopi, di belakang rumah dan lain lain tempat yang sunyi tanpa peduli pada masyarakat..oh!
Kadang kadang aku rasa masalah mat rempit juga adalah kerana orang tua tak ambik bahagian, mana pergi orang pencen di Malaysia?…
Mereka hanyut dalam dunia sepi mereka, menangis bila anak anak tak balik ziarah, bimbang harta berkurang, berjimat cermat sebab gaji separuh, terlantar sakit jiwa yang merebak kepada jasad, bimbang orang lupa padanya bila mati.., risau dengan barangan antik takut tiada siapa yang nak hargai.., dan keretamayat yang meresahkan hati, kain basahan yang bakal menjadi kain kapan, dan tanah perkuburan islam yang telah digali,,,oh..oh..oh..
Dan dalam keadaan semua itu, mereka masih sanggup menghalau orang yang nak muliakan mereka dan ajak kepada kebaikkan?
Nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Penutup…
Suatu petang yang lain, juga petang yang damai, lebih kurang sebulan kemudian dari cerita di atas, iaitu ketika bayang-bayang manusia memanjang melebihi saiz badan pemilik bayang yang asal, dan tak kala itu, dalam 30 minit sebelum menjengah azan maghrib lebih kurang.., aku dan beberapa orang rakan dari masjid telah sempat belajar membuat amalan masjid iaitu ziarah dari rumah ke rumah sekitar ahli qariah masjid kami.., (kami sajelah lelaki beriman akhir zaman konon..)
Sampai di satu rumah, kamipun bagi salam, setelah tiga kali salam yang di lafazkan dalam julat ‘orang tidur tak terjaga dan orang sedar dapat dengar’, perasan lah aku bahawa rumah ini adalah rumah pakcik yang sibuk mengecat tempoh hari..
Tiba tiba hati terasa takut dan malu, takut sebab kunjungan yang lepas tak di sambut, karang ada yang kena caci atau kena lempang, dan malu sebab muka tak tahu malu, arghh, lantaklah, semua yang berlaku adalah dengan izin Allah…
Sedang asyik aku membunuh angan burukku, terdengarlah satu suara dari dalam rumah, dan sebaik pintu terbuka.., keluarlah seorang makcik dari sebuah daerah sepi...
Nasib baik makcik yang keluar, bisik hatiku..
“Pakcik ada di rumah?”
Tanya aku dengan senyuman menawan pada makcik tu..
“Pakcik dah takde, Pak cik dan meninggal minggu lepas”
Suaranya sedih menahan sebak, sedang matanya masih bengkak pada luka sebuah kematian..
Akupun mintak maaf, dan berlalu dengan perasaan yang sangat sedih..
Cat, berus dan warnanya silih berganti di mindaku, oh.., hidup ini terlalu singkat.., aku perasan pengumuman kematian minggu lepas yang dibuat di masjid, tapi aku tak perasan pulak yang mati itu adalah pakcik mengecat tempoh hari.,
Fahamlah aku akan hakikat sebuah kehidupan, sesungguhnya, hidup ini memang singkat, kerana sedang kita diasyikkan dalam membuat keputusan mengubah warna harta kita, lalu kita mengecatnya dengan warna yang paling kita suka, tapi sebelum cat itu kering., maut pula menjemput kita…
Aku ulangi:-
hidup ini memang singkat, kerana sedang kita diasyikkan dalam membuat keputusan mengubah warna harta kita, lalu kita mengecatnya dengan warna yang paling kita suka, tapi sebelum cat itu kering., maut pula menjemput kita…
Pakcik, maafkan aku, kerana ‘ganggu’ pakcik mengecat tempoh hari…
Sekian.
Ps: Cerita di atas adalah cerita benar, dan cerita itu bertambah sedih sebab pakcik tu takdepun anak perempuan yang cantik…
57 comments:
sedey dan insaf...
ingatlah kawan2,hidup kat dunia ni sementara.buat amal banyak2 untuk bekalan akhirat yang abadi
"sesungguhnya segala janji2 Allah itu benar belaka"
p/s:moga 'pakcik' ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh.Amin
salam,
Hamka dan teman sekalian, doa supaya aku dapat beramal ziarah/jaulah atas maksud yg sama krn Allah. Al Fatihah buat pakcik.
p/s: memang confirm pakcik takde anak perempuan yg lawa ker Hamka? Jumpa bidadari dalam kubor.
no 3
sedikit sebanyak mcm yg aku lalui la hamka..
masa tu aku bukan jenis yg ikut keluar berhari hari punya tapi ada tetamu yg iktikaf kat surau ajak aku jalan jalan ziarah orang kampung aku pun ikut la.
pakcik yang aku jumpa bukan la tengah cat rumah walaupun dulu dia pelukis
dia tengah trim pokok rambutan??
bila diajak pegi surau jawapa dia paling best sekali "aku sakit kaki x boleh nak duduk sembahyang, korang pegilah ajak yg muda muda"
tapi boleh pulak panjat tangga trim pokok rambutan??
sayangnye hamka tak sampai sebulan dia sakit kaki sampai x boleh jalan,duduk,bersetubuh,dan apa apa aktiviti yg guna kaki..
errr.. tangan pun sama..mulut pun sama..
Salam...
Tujuh golongan yang akan mendapat lindungan Allah di akhirat kelak... dan salah satunya adalah mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah swt...
Pada abad ini dan abad-abad yang lalu... kita sering menjadi ahli dalam beberapa pertemuan... pertemuan yang pelbagai maksudnya... ada pertemuan kerana mengeratkan silaturrahim, pertemuan kerana perniagaan, pertemuan kerana itu dan ini.... di situ di sini dan di sinun...
Tadipun kita ada pertemuan, sebentar lagi pun kita ada pertemuan... dengan siapa kita bertemu... untuk apa... lu fikir la sendiri!
Maka aku yang selalu menzalimi diri aku ini... penuh dengan dosa dan noda, memerlukan pertemuan yang mana bertemu dan berpisah kerana Allah...
Jemput lah kerumah... jangan sekali, jangan dua kali... berkali-kali... takut aku mati tak der pulak yang datang ke rumah aku...
Jom Ziarah orang Islam!
Salam bro,
Terima kasih atas entri ini. Boleh la aku belajar nak 'ganggu' err nak ziarah pakcik-pakcik kat kampung aku ni. Niat untuk belajar islahkan diri.
prince
salam..
semoga Allah pilih aku,mahram aku,kaum keluarga aku,kawan2 aku,guru2 aku,tukang kebun sekolah aku,orang politik yg tak nak kawan ngan aku,dan semer muslimin muslimat..mg Allah pilih kita untuk sambung tugas Nabi,buat dakwah atas iman...
jugak kepada bakal suami aku(walaupun aku tak tahu siapa dia),mg Allah pilih 'dia' untuk sambung kerja Nabi,jumpa ummat,.dakwah atas iman...
ameen...
Salaamualaik
Saya suka dengan penulisan ini. Banyak pengajaran dan jenaka :)
Semoga teruskan usaha menziarah dan usaha menulis di blog ini.
Raf
Kira ok la pak cik tu tak siram cat masa gash tu..hehe..kalau kena cat mau kabul doa kamu hamka..dolu2 masa aku perasan menjadi lelaki beriman akhir zaman aku kena cekak kolar baju melayu ngan ada brader tu...semoga brader tu sekarang dah tenggelam dalam dakwah...(sakit jugak leher kena cekik...)..salah aku la dakwah tak ada hikmah, terlampau teruja dalam dakwah...
Salam,
Semoga ALLAH cucuri rahmat atas roh pak cik tu...ialah usaha ziarah ni tak kenal umur, jumpa pakcik, mat rempit, ahli koprat, ajk masjid, lelaki bujang, lelaki dua alam, you name it...tapi aku sedih sikit sebab aku dah sejuk sikit lately buat ziarah gara2 terasa hati...ohh mudahnya ditipu syaitan..
Hamka kat kg aku ada nenek solo...ko nak x? (muka serious)
waa..saye sgt insaf dgn cerita ini.
lebih2x lagi beberapa minggu ni aku ponteng tahajud yg dianjurkan helwi..err..ade kaitan?
jauhi aku YA ALLAH dari bahana kemungkaran yang sedang menguasai...ameenn
innalillah...
mcm mana agaknye perasaan pakcik tu dekat2 nak mati ye? sedih ke, menyesal ke, lega ke...(tu kalau sempat sakit).
kalau dah naik keretamayat, ada perasaan lg ke?
-ismi isma-
1st comment
Mungkin suatu hari, sedang korang jadi first comment, belum sempat aku reply, korang sudah menjadi mayat sejuk di pembaringan…
----------
saudagar
Al Fatihah buat pakcik tu…, rumah dia cat warna kuning.
-----------
kedaijamu
Orang melayu ada sifat yang bangsa asing suka iatu lemah lembut dan suka melayan tetamu..
Tapi sejak akhir akhir ini, kerana penyakit benci kepada ugama, sudah ramai orang melayu yang hilang sifat tradisi turun temurun…
Oh..
-----------
Luqiem
Perbanyakanlah salam…, akupun sedang belajar..
-----------
Prince
Ganggu, jangan tak ‘ganggu’
-------------
rehlatul_iman
‘penganggu’ itu, mungkin dibenci oleh penduduk bumi, tapi mereka dicintai oleh penduduk langit, mudah-mudahan…
Semoga lekas lekas berjumpa ‘penggangu’ itu..
----------
Raf
Aku kena kutuk oleh korang sepanjang blog ini, aku releks sahaja, boleh korek hidung lagi sambil delete email dan komen, tapi jika kena kutuk waktu ziarah, rasa macam sedang makan tahi hidung..oh
------------
Wak Dol aka Mat Pit
Aku takut Allah uji aku dengan ujian yang tak sanggup aku hadapi..oh..
--------------
van qif
TAK NAK! (muka dua kali lebih serious)
-------------
imtiaz sofea
Dah dapat bangun tahajjud nanti, doa aku dan pakcik tu sekali..
-----------
-ismi isma-
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya..
itu baru satu dari ribuan kisah ...
oh.. insaf...
kalo malu n segan atau terganggu diziarahi, makan ziarahlah org...
rajin2lah buat 2 1/2 jam n gash 1 n 2...
tp kadang2 ALLAH nak tegur kite.. ketika kita duk2 relaks kat umah ade org masjid dtg ziarah..apa reaksi kite ketika itu...
terganggu...mungkin sebab waktu kite ziarah orang ade niat nak baiki org yg diziarahi,,,
kalo suke...maknany mungkin waktu kite ziarah org niat nak betulkandiri sendiri..
najmussobah
insaf saya bc entry ni.kene bg masa lagi dan lagi sampai mati nih.semoga Allah x singkirkan saya dlm usaha ni.
*tuan,tolong doa utk saya.ada tanda2 nk sejuk ni
(-_-")
sedihnye cte ko hamka..
err, bole x aku nk ngaku jd anak pakcik yg meninggal tu?
hehe
beraya di jalan ALLAH tahun ni...insyaALLAH..
aduh hamka...x jadi aku nak ngecat umah baru aku hehehe
Minta Maaf atas kejahilan aku...
salam,..ana rasa...artikelni sgt bagus..namun dari sudut bahasanya agak kasar...harap antum dapat perbaiki bahasa antum..agar todak menggoreng hati pakcik tu bila baca...n jangan mengajuk balik kata2 beliau...ana suka isi kandungannya...tapi bahsanya buat ana rasa sedih..sbb bukan nada menasihat..tapi menyindir
hamka, bahasa you macam ni dah bagus. tak payah tukar. serious. orang kita mmg tak bley manja manja. nanti makin layu.
Betul tu, fauzan, manja sgt dan lembut sgt sampai maksiat semua dibiarkan...hikmah pun ada limit jugak...
sy jerit jgk utk beberape waktu dan sy x dpt elaun
tapi sy masih gembire n_n
salam..
Pakcik akan tetap naik kereta mayat... insyaAllah
subahanallah..cite yg bes..
erm..aku jugak bese ziarah2 dri bilek ke bilek kat universiti aku..ajak junior2 buat majlis taklim dan usrah (kalo nk ajak senior tu, susah sket..diorng terlebih makan garam dari aku..huhu)..alhamdulillah..dakwah makin subur di tengah kehanyutan umat..doakan aku dan kwn2 lain yng sama2 buat keje dakwha ni..
Penghuni langit mengasihi penghuni bumi yang saling mengasihi...teruskan usaha.yakinlah sesaat sebelum nyawa tercabut dari badan Allah pasti memberikan iman yang sempurna bagi orang yang berusaha mendapatkannya.caiyok,gambate
Mmm...Ni first time ak komen.
Sbb ak baru jumpe blog ni...
(bnyk ak ketinggalan...huhu)
Ttg gaya bahasa blog ni, ak rs tu adalah trademark Hamka.
Tak suma org guna 'anta/anti/antum/antuma/antumna' dll.
Tak suma org ad background yg sama.
Ad mat rempit br dpt hidayat, ad bekas penagih br dpt hidayat, ad ustaz br dpt hidayat...
Terus terang ak ckp ak bukn dr golongan pra-ustaz, atau ustaz atau org yg rasa ilmu dh bnyk...malahan aku dr golongan jahil yg baru dpt hidayat.
Kalu Hamka gne ayat 'anta dah minum? akhi apa khabar?' dll.,
aku takkan tertarik bc blog ni...
Kalu nk blog yg berhikmah, gi la blog ustaz hambali (ustaz kan...). Mgkin lg sesuai yg jiwa golongan2 ustaz yg nk belajar dakwah...
~Mokhtar~
maaf..aku agak jahil..
tp izinkan aku bertanya..
ppuan ada buat ziarah mcm lelaki buat ke?
Mmm...ni blog Ustaz Hambali tuh...
(kalu xtau...sbb ak pn baru tau...)
http://hambalialorstari.blogspot.com/2008/10/mengapa-keluar-3hari-40hari-4bulan.html
P/s: Ak tau sapa ParkChick...
nnt keluar dakwah sm2 ek ParkChick....
~Mokhtar~
salam
1stly,alhamdulillah dgn kuasa ALLAH, kakak ku telah menemui blog ini seterusnya mengesyorkan aku utk melawati blog ini.
selalu dtg lawat tp aku xpenah tgl kan komen.but,skg aku nak tgl kan komen krn sgt trtarik dgn post kali ini.
usaha dakwah,ghash n etc...aku menyertai usaha ini tatkala mnjejakkan kaki ke semenanjung msia,bukan brmaksud tmpt ku di borneo sana xda usaha ni,tp time tu aku xkenal usaha ni n xde org tasykil aku.
hmm..nothing to say but,saudara hamka...SEMOGA DPT BERJUMPA DI MALAM MARKAS DI SRI PETALING!!!
WALLAHU 'ALAM!
Alhamdulillah, entry yang bagus. Menginsafkan. Semoga pengakhiran hidup kita diakhiri dgn kalimah Lailahaillallah. INSYAALLAH
salam..
terganggu dalam lena yang panjang, terkejut pada ziarah rakan seusaha, bila mana usuli atau ziarah ke atas diri ini di mesyuaratkan oleh sahabat-sahabat lama..
benar, kasih sayang.. sudah kian lama pudar..
tanda kasihnya kita, ziarah saudara yang tidak kenal nama dan siapa..
memulai salam... mengakhirkan salam.. penuh dengan kuntuman doa-mendoakan, senyum dan ramah tamah, bual bicara pada sela nafas seolah lama berkurun tak berjumpa, seusai jumpa tangan dihulur dan dengan sangkaan paling baik agar sama-sama berganding tenaga menghidup.. mengimarahkan rumah Allah..
semahu-mahuku.. kupeluk pakcik-pakcik yang sebaya dengan ayahku, seolah kau jua berhak untuk ku muliakan lantaran hak sebagai ayahanda ku..
semahu-mahuku.. kuusah dengan segala rapat tanganku membelai rambut adik-adik lelaki seolah kau jua sebagai adik-adik lelaki ku..
kerana agama seingin hasrat Rasullullah SAW, agar semua ummatnya beriman kepada Allah SWT.
orang melayu yang tak sedar diri diuntung, kelak marah, baling lah batu padaku.. pukul?! ayuh silakan, kata-kata cerca?! teruskan,
dengan kenangan-kenagan Rasulullah SAW, baginda lebih payah dan derita yang melampau-lampau..
pastinya kelak.. perit jerih itu jua bakal menerbitkan relung-relung hati berhidayah, kepada pada bait-bait doa ziarahku, ku adukan kelemahan ku pada Allah, sesungguhnya aku terlalu ingin mencintai dan mengasihi saudara-saudaraku sebagai mana kasih sayang Nabi Muhammad SAW..
Ya Allah hidayah seluruh alam.. Amin Ya Rabbal Alamin
-abu
gitau la pakcik tu mcm ni .."kami datang nak tlg pakcik mengecat".. mesti tersentuh hati dia betapa prihatinnya anak2 muda (jiran la..)
salam,
Alhamdulillah aku baru balek dari malam markas tadi...(sri petaling.. huhu~) ramai yg datang... maklumla ade jord...
Antara intipati bayan maghrib... (dalam bahasa urdhu)... apabila saidina Umar ra. masuk Islam... beliau terus di bawa Nabi saw. untuk jaulah... di sebelah kiri Nabi ialah saidina Hamzah ra. dan di sebelah kanan Nabi saw. ialah saidina Umar ra. dan di belakang mereka adalah sahabat2 rahum. mereka mengucapkan subhanallah... walhamdulillah... laailahaaillallah... Allahu akbar!!!
senang2 boley lah jumpe kat sane...
InsyaAllah...
***
Assalamualaikum...moga Allah merahmati kita semua..
Salam km,
Datangla ziarah rumah kami. Sejak2 duk di kL ni takde orang penah sampai sini. Kat Sarawak dulu asal call aje sampai, kat sini alasan2 je sampai "jauhlah", "jem", "nakgi kedai".. . Kat Sarawak dulu bole je singgah2.
Sedihnya jadi orang KL.
salam...
petang ni ada ghash pertama iaitu ziarah di qariah sendiri.
esok petang pulak ghash kedua di Surau Assamad dekat dengan Lembah Subang.
Kita belajar2 bagaimana usaha Nabi SAW mengajak manusia dapat mengucap kalimah tauhid di akhir kalam nanti.
Seterusnya menyambung risau Nabi SAW...
Asalamualaikum..abg hamka..kalu abg pergi ziarah mana2 rumah pakcik nanti dan pakcik tu ada anak perempuan yang cun..tackle kan untuk saya boleh tak?..plezzz..kerana saya sedang dilanda sindrom kensunyian yang amat kritikal..
salam
Tuan Hamka!
Kalau khususi pakcik2 yang ada isteri dan anak dara tolong jangan lupa untuk pujuk pakcik2tu hantar mereka (isteri dan anak2 dara) pergi takleem masturat mingguan.
Takleem mingguan tu penting tau. Untuk ujudkan fikir risau 'bagaimana saya nak bina akhirat saya dan akhirat keluarga saya' , 'camne saya nak ajak saudara se Islam saya sama2 usaha atas iman'. Bila ada risau, insyaAllah makcik2 dan anak2 dara akan belajar hidupkan takleem di rumah dan hidupkan suasana agama dalam rumah dan di luar rumah. Maka keberkatan dan rahmat akan datang dalam rumah. Rumah akan jadi syurga dunia.
Pakcik2 yang dah selalu hijrah dari masjid ke masjid, jgnla lupa bawa makcik2 hijrah sama2 sekali sekala. Bawa makcik2 naik kapalterbang pergi India, jumpa saudara se Islam di sana. Sama2 belajar buang 'keakuan' (aku doktor, aku jurutera, aku menteri, aku businesman, aku lecturer) tapi saya hanyalah seorang muslim biasa yg bersaudara juga dengan pemotong rumput, penjual aiskrim, pekerja angkat sampah, dan untuk buang ketaksuban pada negeri, negara, bangsa, politik, warna kulit, dan rupa. Kita semua sama saje. Masuk kubur, malaikat dan cacing tunggu.
Jumpa saudara2 kat sana dan insyaAllah makcik2 akan tersentuh hati apabila dilayani dengan sebesar2 hati oleh mereka. Mereka miskin tapi cuba sedaya upaya utk memuliakan saudara seIslam. Anak2 dara mereka mengangkut air dari perigi dan menjunjung air untuk tetamu mereka yg suka mandi (dan basuh baju) kerana kepanasan. Mereka sanggup tidur berlapikkan tikar di lantai2 dapur, di celah2 periuk belanga kerana memuliakan saudara seIslam. Apabila blakout, tuan rumah yg sarat mengandung menyuruh tetamunya tidur dan dia berjaga sambil mengipaskan saudari seIslam yg baru pertama kali dikenali. Dengan gembira mereka membelanjakan sebulan pendapatan mereka untuk bagi makan jemaah (makcik2)yg datang 3 hari kerumah mereka.
Pendek kata, macam2 yg dapat pakcik2 n makcik pelajari di sana, bukan setakat iman, tapi segala sunnah secara praktikal.
Pastu pergilah serata dunia dan tinggalkan saham akhirat diserata dunia. InsyaAllah buku amalan pakcik2 n makcik2 akan terus ditulis oleh malaikat (dari amalan org2 diserata dunia) walaupun pakcik2 n makcik2 dah jadi mayat.
Tuan! Saya pun dah mula mendoakan agar Allah turunkan rezeki saya di rumah2 orang Islam diserata dunia (dgn asbab agama). Tq.
sememangnya sedih kisah ini kerana pakcik itu takde anak perempuan yang cantik..
kalau ada, mungkin pengakhiran kisah nih jadi lain...
mungkin anak perempuan yang cantik itu akan berkawin dengan sorang lelaki "umat akhir zaman", yang telah "pulang ke pangkal jalan"... lalu berkat amalan taalim di rumah, anak perempuannya yang cantik itu akan doakan buat si pakcik tersebut...
atau mungkin si lelaki "akhir zaman" itu akan bawa si isteri keluar masturat, dan semasa di jalan Allah, anak perempuan pakcik yang cantik itu akan doakan untuk ayahnya, yang mana doanya lebih mustajab..
mungkin hasil perkahwinan itu juga, akan melahirkan beberapa hafiz, hafizah, yang sekaligus akan menjadi sebab terselamatnya pakcik tersebut dari azab api neraka..
tak gitu hamka?
ohh..
salam
hamka, entry ni sempat bace, tp entry sbblm nie kene postpone dulu..bz bz bz hehe
hmmmm nk wat iklan leh.. ;p juz nk mntak pertolongan pd sape2 n en hamka sndri yg tau buku2 yg sesuai n mudah difahami tuk mendalami ilmu tasawuf, fiqh or akidah..sy ade bli beberapa buku tp ayat2 nye sy x dpt nk faham..(tu sbb org kate nk blaja kene ade cikgu huhu)
kalu ade buku2 leh la sy bace time kt umh, xyah bukak blog (internet)hehe
sape2 yg tau email kt sy k
yanz161@yahoo.com
sori cos wat iklan kt sini
Yanz
aku adalah anak perempuan pakcik lain yang agak cun la jugak..
hehe
[boring tunggu pukul 6..nak balik]
:) rileks laa brother... takkan tuu pun sentap... dulu nabi & sahabat kena lagi sadis... jadikanlah kisah sahabat tuu penyejuk hati...ke nk kena pujuk baru ok?
kalau cam tu,pilah cari bini hang cerita kat dia... jgn cari anak pakcik tuu pulak!!!!
umie safwais
Najmussobah
Waktu untuk ziarah.., kita tak boleh puaskan hati semua orang, ada orang sibuk dan ada orang free, anggaplah ziarah mereka adalah wakil kepada ‘malaikat maut’ yang akan datang ziarah pada waktu yang tiada orang sediapun walaupun andai kata boleh buat temu janji..oh
-----------
MASDO
Jika kau sejuk.., cuba kenang api neraka yang panas…
-----------
syazmeen
jika kau cantik, boleh.., he he
Wak dol aka Mat Pit
Terima kasih pada mereka yang berkorban untuk ugama, terima kasih banyak banyak!
SUNGGUH!
---------
Anonymous
Menyindir diri sendiri, apa salahnya.., mencela diri jugak tak salah.., terpulang kepada pembaca, baca untuk orang lain atau untuk diri sendiri..
-----------
Fauzan Ahmad
Seperti biasa, setiap kejadian ada ‘pasangan’,
: )
---------
toaster
kalau orang tahu pahala azan, akan mengundilah mereka jawatan bilal..
------------
Pakcik
Sekarang, pakcik naik kerusi depan, akan datang, baru pakcik naik kerusi belakang, yang takde tempat sandar tu..
---------
AhMiEzZ
Sekali lagi, Terima kasih pada mereka yang berkorban untuk ugama, terima kasih banyak banyak!
---------
Park Chick
Amin..
----------
~Mokhtar~
Aku masa tulis blog, orang panggil aku akhi, aku dengan jahil cakap, nama aku bukan akhi, sebab kawan aku ada nama akhi, rupa-rupanya, aku memang jahil bab akhi, ana, ente, antum,..oh..
Senang aku tulis bahasa’ aku kau korang’, sebab nota ‘aku, dan guna ‘aku kau’ rasa lebih muda, heh!
--------
bertanya
perempuan buat ziarah sama perempuan, suami bawak pergi rumah kawan dia, tinggal isteri dalam rumah tu jumpa isteri kawan dan ajak kawan lelaki lepak masjid atau buat ziarah pulak jumpa lelaki lain..
atau, suami bawak pergi rumah perempuan yang suami dah pergi berdakwah tak balik balik, tinggal isteri kat dalam rumah dan suami pergi masjid, habis ziarah suami ambik dan mintak laporan ehwal wanita tadi, jika perlu bantuan, bantu dengan mesyuarat.., wallaulam
-------------
Ameen Muslim
Malam minggu lepas aku tidur sana..
-----------
Syauqah Solehah
INSYAALLAH
-----------
-abu
Oh, anda berbakat dalam seni menulis.., sungguh..
-----------
sepohonkayu
aku ada jugak waktu tu..
---------
Mommy Lyna
Hmmm
--------
mizi
ha ha ha!
---------
CT Anon
betulbetulbetul
---------
eksp
wah, dah ada sequel, ni yang best..
----------
Yanz
Cuba baca entry “belajar ugama dari buku?”
---------
faz
bila pakcik nak cat rumah, mungkin alasan nak sambut menantu, woha!
---------
umie safwais
he he he
salam...
entri ni sangat menarik
bukan senang nak berdakwah...
saya pun pernah merasai apa yang saudara hamka rasai.
tapi.. niat kita hanyalah kerana Allah Taala...
abaikan apa yang manusia kata tetapi pandanglah apa yang Allah Taala kata....
baca post nie teringgat pulak cerita hubby masa dia pg ghast semalam.... mmg mjadi kesukaanku dgr cite bila dia balik buat ghast
"abg & kwn2 pg ziarah dr satu rumah ke satu rumah ada mcm2 ragam...
ragam 1:
ada satu rumah nie dari jauh nampak ramai org lelaki tua & muda tp bila dah nk dekat sampai, makin berkurang & bila sampai ke rumah tersebut.. terus makcik tuu kata kat sini takde org lelaki nak! pehh...
hubby aku tertoleh ke kanan dan terpandang pada ank bujangnya yg tengah nak lari... terus dia teringat mcm tuu laa AKU dulu...hehehe lari wktu org masjid dtg mcm nampak hantu... dan dia terus balas kata makcik tuu dgn senyuman dan kata "takpe makcik, saya cuma nk bagitau kt masjid mlm nie ada ceramah..tuu je..dan kim slm kt ank makcik tuu yee... saya pun mcm tuu jgk dulu hehe...".
tak pelah B dia taknak dtg ari nie esk insyaAllah dia pg laa....
ragam2:
abg TERpergi rumah bujang anak dara, dr dlm rumah anak dara tuu kata "kt cni x de org lelaki,yg ada dara bujang jee"... oklah.Bila ketuk umah sebelah... anak dara tuu jerit lagi.. "abg masjid,org rumah tuu dh pindah" ketuk rumah depan dia." abg masjid, org rumah tuu dh kluar" pehhh... security guard apa minah nie... semua dia tau...sambil cerita hubbyku semyum meleret kat aku...sja nk sakitkn ati aku laa tuu...hemm takpe.. esok aku jahit tulisan.." NOT AVAILABLE" kt blkg kurta dia besar2 baru dia tau haa...
-safrina-
so adalah diminta agar abg2 akhir zaman nie TOLONG laa jln dgn rahaba tempatan..
...kena ziarah setiap orang samada mereka terima dengan gembira atau sebaliknya. Dan ziarahlah dengan penuh kasihsayang.
Umar r.a kata, Nabi saw berjumpa dia lebih 100 kali. Dan dia bercakap begitu kasar dengan Nabi saw. Kalau orang laintu memang mereka tak akan datang lagi, tetapi Nabi saw datang lagi seolah2 tidak pernah berlaku apa2.
Semoga ziarah menziarahi akan menjadi sunnah yg tak asing lagi...
Berpegang teguhlah dgn amalan sunnah dizaman kerosakan umat, insyaAllah, bagimu pahala 100 syahid.
Cerita di atas adalah cerita benar, dan cerita itu bertambah sedih sebab pakcik tu takdepun anak perempuan yang cantik…
sedihnye...
Disuatu ptg, seorg anak kecil berumur 3 thn bertanya dgn manjanya.....
anak:baba.. baba nk pg mana?
baba:baba nk pg ghast..
anak: baba nk pg guss?..aisyah boleh ikut? (kelakar dgr dia sebut ghast)
baba: tak boleh, duduk rumah je tolong doa byk2.
anak: napa pg guss...?
baba: sebab ummat dalam bahaya
anak: oo mcm wonderpet ye ba..
baba:Haah... (dan terus menyanyi... lagu kegemaran sianak)
azan,azan berbunyi,
azan ramai tak datang...
ada iman dalam bahaya,
ada iman dalam bahaya disini sana...
-safrina-
kalau org tahu pahala azan, bukan setakat mengundi pakcik
malah berebut-rebut, bertegang urat, bertumbuk
smpai ade yg bertindak menyembunyikan dan melarikan mikrofon
oops
=">
ye ke toaster?
kalau begitu khabarkanlah pada ku...
agar dapat ku tanamkan cita2 buat anak2ku...
tukarkn ambition from dr or engineer to bilal
tak sangka lepas seminggu dia mati betul2...oh malangnya nasib...
Alhamdulillah, Allah pilih sy utk azan
sedangkan masih ade lagi pakcik2 lain
sy ni baru 18 tahun je tapi diorang tu lagi tue dari sy
salunyer ayah sy akan azan utk subuh dan zuhur , yg ni dah mmg reserve kat ayah sy dah...
then bile asar sy pulak yg akan gi surau dulu sbb nak azan
bile maghrib ayah sy balik yg azan, walaupun sy dtg awal utk maghrib tp ayah sy jugak yg akan azan
hehe anak ngan bapak berebut
then isya' sy pulak akan azan
=)
pernah skali sy x dpt balik utk azan waktu asar dan mase tu sy rase sedih semacam sbb x dpt nak azan..
malam tu pulak sy akan gi ke ipoh
jadi dah xde chance utk sy nak azan utk hari itu
tapi last2, ntah camne ditakdirkan sy x jadi utk ikut skali ngan family malam tu
dan sy dpt azan utk 2 waktu iaitu maghrib dan isya'
alhamdulillah ^_^
nurul asma
terima kasih ye adik nurul asma..
----------
safrina-
Aku pernah pergi satu rumah, keluar budak perempuan cakap, ayah dia takde, tapi adik lelaki dia cakap, ayah ada, lepas tu mereka gaduh, ayah ada, ayah takde..
Akupun beredar dengan sangkaan yang baik, agaknya ayah dia ada, tapi dah takde (innalillah..)
-------------
CT Anon
Kalau kita pergi rumah orang dan bagi salam tapi tiada orang jawab walaupun nampak kelibat manusia atau terdengar bunyi bunyi objek bergerak yang mana kita tahu ada manusia, maka bersangka baiklah pada orang yang tak jawab tu sebab mungkin mereka PEKAK!
-----------
Anonymous
Kan?
------------
toaster
kalau orang tahu…
-----------
limaumaniss
kepada Allah kami datang dan kepada Allah kami dikembalikan..
terima kasih kerana kejutkan aku dari tdor yang lena.......
assalamualaikum..
juz nk bg pndpt..
bley x tlg muatkn skali ayat2 al-Quran & hadith2 soheh bg ktrngn saudara..supaya kte sme2 dpt brpgang dgn al-Quran & al-sunnah dgn pnuh yakin..insyaAllah..
iR KAMI
belum jadi mayat, bolehler aku kejut.., kalau tak bangun gak walau dah dikejut, kena guna letrik..
----------
Anonymous
Tak boleh.., cari dalil adalah kerja korang.., kerja aku bagi kerja pada korang..
Post a Comment