Aku mengaku, solat akupun belum khusuk lagi, masih jauh dari sempurna, tapi oleh kerana ini adalah nota ugama untuk diri sendiri, maka eloklah aku mengajar pada diri ini akan bagaimana nak khusyuk dalam solat.., setakat yang aku tahu.. Mudah mudahan..
Dan mungkin?, orang tua dulu-dulu yang selalu sapu muka selepas solat, adalah dengan niat merendah kepada diri dengan tergambar solat yang dilempar seperti kain buruk hinggap ke muka, kerana solat tidak khuyuk.. Mana tahu? Wallahu’lam..
Tapi hari ni bila kita nak bercerita bab solat khuyuk dan petingnya usaha ke atas solat yang khusuk, maka ada yang berkata:
“Alahai, Saidina Ali sahabat Nabipun solat tak khusuk gak..”
Lalu terbongkarlah sejarah kisah saidina Ali tercabar oleh Nabi Muhammad SAW yang mana Nabi berjanji akan bagi sehelai serban jika saidina Ali berjaya solat dengan khuyuk, tapi akhirnya saidina Ali r.a tidak berjaya kerana ketika nak bagi salam, terfikir apakah warna serban yang Nabi nak bagi sebagai hadiah…
Tapi mereka lupa, cerita tu tak habis kat situ, cerita tu bukan anti klimath kerana sahabat selalu buat usaha atas solat yang khusuk dan khuduk, sehingga terbongkarlah satu lagi sejarah kisah saidina Ali r.a. dalam satu perperangan yang mana apabila kaki beliau di panah musuh, dan apabila anak panah itu tak boleh di cabut kerana terlalu sakit, tapi ketika saidina ali sedang solat, selamba je orang cabut tanpa rasa sakit sedikitpun!
Lepas solat, saidina Ali r.a siap tanya lagi: “adakah kamu berkumpul untuk mengeluarkan panah dari kakiku?,”
Jawab sahabat yang lain, “anak panah itu telah di cabut ketika tuan bersolat!”
Lihatlah wahai tuan-tuan yang Allah muliakan! Cerita bab khyuk dalam solat, adalah begitu pengakhirnya, bukan anti klimath sepeti yang korang ‘selesa’kan..
Dan hari ini, cerita bab khuyuk dalam solat, bukan tahap anak panah, aku kena gigit nyamuk pun boleh terasa sakit, apatah lagi kalau kena sengat tebuan.. woha!
Kadang kadang tu, ada anak kucing basah baru lepas jatuh dari longkang barangkali, lepas tu merangkak sambil mengiaw berjalan atas sejadah, dalam hati aku halau ‘shoh shoh’ suruh kucing tu gesel kaki orang lain.., dan ada makmum yang bergerak mengelak digesel kucing.. woha!
Semoga Allah ampunkan dosa kami yang belum sempurna khusuk dalam solat ini..oh!
Walaubagaimanapun, korang solat khuyuk ke tak, khuduk ke tak, tetap nak kena solat jugak, jangan jadi bangang meninggalkan solat dengan alasan solat tak khusuk..
Allah itu Maha Kaya, Allah buat peraturan dan manusia juga buat peraturan, tapi bila pemimpin buat peraturan, dan rakyat ikut, pemimpin tak bagi apa-apa, korang naik kereta pakai tali pinggang belakang ada dapat upah ke? Korang tak langgar lampu isyarat seumur hidup ada dapat ganjaran ke? Tak dapat!
Tapi Allah bila membuat peraturan, Allah akan bagi ganjaran dalam setiap peraturan yang berjaya dilaksanakan, bermakna jika solat tak kyukuk, Allah masih akan bagi lagi ganjaran untuk ketaaatan yang lain, seperti berjalan kaki ke masjid, dosa akan gugur, pahala akan bertambah dan darjat akan naik, tak kira korang khusuk ke tak solat, pakai serban, bersugi sebelum solat, dan lain lain semua dapat ganjaran.., sebab Allah Maha Kaya..
Kerajaan Umno jika bagi 10sen kepada semua rakyat Malaysia yang ikut peraturan, tak sampai setahun Kerajaan Umno akan rugi, begitulah hebatnya ALLAH dalam mengganjari yang mana jika semua orang solat berjemaah, mereka akan tetap dapat 27 kali ganda..
Nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Cuma, bab khuyuk ni, adalah menjadi kewajipan orang islam untuk buat usaha agar solat kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.. insyAllah..
Jadi, persoalannya, bagaimana nak khusuk dalam solat?
Baik, sekarang… kita pergi dulu pada darjat-darjat dalam solat.., semua betul.., Cuma nak periksa kita semua berada pada darjat yang mana satu..
- Orang yang bersolat kerana itu adalah perintah Allah, maka mereka telah menjadi orang yang berilmu…
- Orang yang bersolat kerana yakin dengan janji Allah, maka mereka telah mencapai makam Ihtisab,
- Orang yang bersolat kerana takut azab Allah, maka mereka telah menjadi orang yang bertakwa…
- Orang yang bersolat seolah-olah melihat Allah, maka mereka telah mencapai tahap Ehsan…
- Orang yang bersolat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka mereka telah mencapai tahap yang tertinggi iaitu ikhlas…
Kenapa aku kata orang yang bersolat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka mereka telah mencapai tahap yang tertinggi?
Dalilnya adalah, apabila Aisyah r.aha menangis melihat kaki Nabi s.a.w bengkak-bengkak kerana lamanya solat, lantas beliau bertanya :“kenapa tuan solat sampai bengkak kaki, bukankah tuan takde dosa?, Maka Nabi menjawab lebih kurang maksud:
“Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur…”
Apa lagi nak dikata?
******
CERITA TENTANG MAKAN DAN SOLAT
Korang tau tak? orang khusuk makan dengan orang sedap makan, apa bezanya?
‘Orang khusuk makan’ adalah korang yang makan dengan penuh kesyukuran, penuh asyik, penuh berselera, tak peduli apa sekeliling, tak kira walaupun roti keras dan mungkin akan makan sambil menangis kerana terkenangkan orang lain yang tak dapat nikmat tu,...
‘Orang sedap makan’ pula adalah korang yang makan sambil tengok TV, sedar-sedar dah habis makan, walaupun makanan sedap, tapi tak terasa nikmat makan sebab asyik layan cerita dalam TV, biasa ramai sangat manusia yang solat macam ni, solat sambil 'tengok TV' dalam kepala otak kita, sedar tak sedar dah habis solat... oh!Jadi, kita akan menhargai dan mengsyukuri nikmat makanan dan akan makan dengan khusuk siap menangis lagi, adalah apabila kita terkenangkan orang-orang yang kebulur..., orang yang merempat, orang yang makan sampah, orang yang berkongsi makanan dengan binatang, ,orang yang makan siput babi dan lain lain isk isk..
Atau jika korang pernah tengok gambar kanak kanak negara ketiga yang kebulur, yang ada vulture(burung pemakan mayat) tunggu budak jadi mayat supaya lebih ‘sedap makan’.., atau gambar orang minum air kencing lembu sebab dahaga, atau pakcik di Afganistán yang makan rumput, atau orang gila yang makan sampah, maka semumur hidup korang tak akan komplen makanan lagi.., korang akan makan sambil menangis bersyukur pada Allah walaupun makanan tak sedap.., dan ada aku dengar cerita kat india, seorang ibu yang sanggup potong tangan anak dia dan bakar luka dengan api, supaya mudah mendapat simpati apabila si anak pergi mintak sedekah.. oh oh oh.., sedang aku seumur hidup ini, tak pernah lapar..tak pe-r-nah (sebak ngan nikmat Allah)
Nikmat mana lagi yang aku dustakan?..
Jadi, balik kepada bab solat, kita akan dapat menhargai solat dan mengsyukuri nikmat solat dan akan solat sambil khusuk siap menangis lagi, adalah apabila kita terkenangkan orang-orang yang tak dapat nikmat nih.., orang yang kita sayang tapi akan masuk neraka, orang yang kita sayang tapi tak suka solat jemaah, orang yang yang akan menderita buat selama-lamanya hanya kerana tidak dapat nikmat ini dan lain lain.. isk isk..
Maka, bila kita solat sambil terkenangkan umat menderita dan apakah lebihhya kita sehingga Allah pilih kita bersolat, sedang kita banyak dosa, maka kita akan menangis dalam solat.., 13 rukun akan kita buat dengan penuh shukur..alhamdulillah...
Bila kita rukuk bersama orang yang rukuk, rasa terharu dengan Allah yang bagi nikmat rukuk bersama orang yang rukuk kepada aku yang banyak dosa, sedang ramai kawan aku yang belum dapat nikmat rukuk bersama orang yang rukuk,
Begitu jugak bila sujud, rasa terharu dengan Allah yang bagi nikmat sujud bersama orang yang sujud kepada aku yang hina lagi banyak dosa, sedang ramai kawan aku yang belum dapat nikmat sujud bersama orang yang sujud..
Maka sebelum dapat nikmat khusyuk bersama orang yang khusuk, kita kenalah bersyukur bersama orang yang bersyukur kerana orang yang tak dapat solat atau tak nak solat, memang kasihan, mereka di ibaratkan kapir dan bila kapir, mereka akan kekal dalam neraka selama-lamanya isk..isk…menangislah dalam sembahyang kawan-kawan…menangislah..dan bersyukurlah atas nikmat sembahyang yang Allah telah berikan…bersyukurlah…
Dan perlu diingatkan disini, bahawa kewajipan kitalah yang telah dipilih oleh Allah bersolat, yang telah mendapat nikmat solat, supaya buat dakwah dan ajak orang lain jugak bersolat, kerana berkongsi nikmat solat sama macam kewajipan kita berkonsi makanan pada orang yang lapar.., berdosa jika kita sorang jer kenyang sedang ada orang yang lapar disekeliling kita..
Dan bila kita buat dakwah, maka makin kuatlah ingatan kita kepada saudara Islam kita yang tak dapat nikmat solat, (yang hina dan caci ketika kita berdakwah padanya) maka makin shukurlah kita pada Allah yang bagi nikmat solat kepada kita yang hina dan banyak dosa ini...
Dan apabila kita dah bersyukur dengan nikmat solat.., barulah Allah akan bagi nikmat solat yang khusuk dan khuduk .. InsyAllah!
Aku ulangi, apabila kita dah bersyukur dengan nikmat solat.., barulah Allah akan bagi nikmat solat yang khusuk dan khuduk .. InsyAllah!
SEKIAN
Semoga Allah ampunkan dosa mereka kerana belum dipilih untuk rukuk bersama orang yang rukuk dan semoga Allah terus pilih kita untuk rukuk bersama orang yang rukuk sampai jadi mayat, dan akhir sekali semoga aku dapat khusyuk bersama orang yang khusuk..
Ps: Lapar pulak bila bercerita bab makan-makan nih…
*Sumber Gambar: ManiacMuslim
61 comments:
1st...hehe
hmmm aku kalu terganggu or terhilang khusyuk dlm solat, biasenye aku akn stop solat then start semule..tul ke pe yg aku wat nie??
haha aku yang 2nd, amin
aku pnh dgr kalu solat fardhu x le wat camtu...kalu dah niat..ankat takbir...kene truskan jer...tp aku x ingt dari mana aku dgr pasal tu...kalu aku jumpe sumbernye boleh aku kongsi kt sini....atau ada pengkomen lain akan jelaskan lagi....
2nd..hokhok..
kalau nak khusyuk dalam solat..
fokus kat satu tempat je kat sejadah..jangan melilau pandang lain..yer..
Salam,
"Bagaimana Khusyuk dalam Solat?"
Dengan menghayati solat kita.
Bagaimana nak hayati solat kita?
Mulakan dengan memahami ilmu solat tu.
Iaitu;
BERILMU, BERIMAN, BERAMAL.
Tanpa ILMU, tapi BERIMAN, AMAL guna kepala otak saja, boleh ke?
BERILMU, tapi tak ada IMAN, AMAL itu jadi sia-sia.
BERILMU, BERIMAN, tapi tak AMAL,
Itu hampehh namanya....
Sesungguhnya tiada nikmat yang kami dustakan...
Korang dah solat ke baca entry ni ?
Aku belum lagi la..huhuhu..
Huhuhu...aku baca entry ni sambil makan almond bersalut coklat...
hamka apa maksud khyusuk dan khuduk...aku ni x paham2 lagi...
Yang aku tahu,jika 100% umat islam satu dunia dapat jaga solat akan tersungkurlah kekufuran (termasuk ekonomi yahudi)...
yang sedihnya kat Malaysia ni peratus yang jaga solat semakin berkurangan....25% ? 10% ? 5%?(sila rujuk Jakim)...ohh..kita kah yang akan tersungkur??
perlu bersyukur dengan nikmat solat.., barulah Allah akan bagi nikmat solat yang khusuk dan khuduk .. InsyAllah!
saya ada satu persoalan..
kalau kita nak khushuk perlu tahu makna apa yg kita baca dlm solat kan?
perlu ker..sambil kita baca sambil otak kita translate apa yg kita bacer..(mksud translate yg saya katakan maknanya sebijik2)..boleh khusyuk ker gitu? susah r..kek g takut dop khusyuk sebab nok mikir naper yg perlu di translate kan (eh..betul dop
soklan nie?)
-budak yg terhegeh2 nak blajar~~
yg ketiga kot...
ye ker?
huhu..insyaALLAH.
nk khusyuk mmg payah
kadang2 time solat teringat2 lagu...
smbil menyanyi dlm ati...
naudzubillah..
moga2 dosa kita akan diampunkan Nya..
aamin..
...perempuan ini...
kekadang rasa macam ada dua hati..satu hati nak khusyuk (dah perasan khusyuk) satu hati lagi duk ingat bnda lain...susah nak lawan hati yg kedua ni..agaknya bisikan syaitan ni kot..hmmm.....ada ke orang lain rasa macam nie?
Salam...
Setahu aku kalau dah start semayang mana leh stop mcm tu je unless berlaku perkara2 yang membatalkan semayang, sontothya korang terkentut. Ermm btol x bro hamka?
Aduhai.. aku ni.. nak khusuk 10minit pun belum tentu. Subhanallah!
Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah SWT
yang bermaksud:
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup.
Untuk khusyuk anda boleh:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh bila masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya .
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib.
6. Rasa perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Firman Allah yang bermaksud:
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
~Selamat Beramal~
Nak khusyuk? Lepas beri dakwah kebesaran Allah pada orang 25 kali, cuba pergi solat. Nak angkat takbir pun menggigil takutkan Allah.
Istinjak dan wuduk tak boleh guna air banyak2. Jaga mata, mulut, telinga..
Tapi kalau rasa2 kalau susah nak jaga, jangan tinggal solat berjemaah.
salaam~
ehem..ehem..pengunjung baru ni
ada satu waktu saya sgt takut bila fikirkan seumur hidup tak ada satu solat pun yg sy khusyuk atau kalau ada pun sy dah lupa bila kali terakhir sy khusyuk dalam solat.satu mlm tu sy tak boleh tidur.tidur2 then terjaga.rasa takut sgt kalau sy tidur tak bangun2 (mati)sedangkan solat sy belum sempurna dan itu yg pertama yg akan ditanya.jd pukul 5 pagi tu sy msg ustz sy mcm mana cara nk khusyuk solat.sy dah buat mcm2...pndg tpt sujud,faham makna,faham rukun tp tetap lari2 gak dlm solat.then ustz sy bls sbenarnya semua yg sy buat tu sekadar faktor sampingan utk khusyuk.fius utamanya adalah hati.hati ni sepatutnya kita train sepanjang wkt untk ingat Allah.Kalau dlm solat br kita beria2 nk fokus pd Allah sdgkn masa di luar solat kita lalai-hburan melampau,xjg batas pgaulan etc maka jgn harap la kita mampu khusyuk.in ur dreams bak kt org putih.
maka marilah kita train hati msg2 utk sntiasa mengingati Allah.tak kira waktu.lgkh pertama zikrullah tu jdkn amalan.biar diam kita itu adalah zikir.ini cr sy la.i.Allah peratus khusyuk tu akan bertambah semasa ke semasa.
p/s:ops tpajang plak.
err bulu kucing yang kering kalo terlekat kat pakaian takleh bawak solat gak ke?
Salam..
kalo tgh solat pastu anak nangis (nakkan emaknya) pun leh ter hilang kusyuk gak..
bro hamka ada apa2 cara ker nak buat macamana..
(MARIA BPP)
hmmm kalu sembahyang aku biasenye menstranslate ape yg aku bace, tp bkn la sebijik2, sekadar cukup sbgai pemahaman bg mengelakkan fikiran aku menerawang kpd hal2 lain ketika solat...hmmm aku pn xsure khusyukkah solat ku tu?
-pengkomen yg 1st entri nie-
khusyuk...angkat je takbir, trus smapai kolumpo...pas tu siap bleh balik n g kolumpa lg smapai 2,3 kali trip.AdUS!!! btapa x kusyuk smyang...
bukan mudah nk khusyuk smyang nih.kena cuba paham apa bacaan dlm smyang tu. n time Qiam tu tekan skit ibu jari kat tengah2,bawah tulang rangka kita.sbb kat situ pusat syaitan dok duduk n kaco hati kita soh jgn kasi kusyuk smyang, soh ingt g kolumpo jer( petua ni ustaz aku yg kasi la)...wallahualam...
P/S : p.cik hamka...jumpa lg kita tahun 2009 ni eh.alhmdlah x naik keta mayat lg. Woha!
salam
kalau dah rasa x kusyuk solat...jangan diberhentikan solat,,,nanti dosa pula..teruskan,,,kecuali niat berubah,,baru batal solat...
saya rasa kusyuk tu bila kita dah x fikir apa2 semasa solat..selain Allah,,,walaupun memikirkan soal kusyuk itu sendiri,,,
bila encik hamka crita fasal kerajaan x bagi ganjaraan kita ikut peraturan,,,dan hanya Allah bagi kita ganjaran bagi setiap peraturanNya,,,maka kita akan mendapat pahala setiap kali kita pakai seatbelt belakng...sebab mematuhi undang2 dan peraturan negara kita,,,selagi ia x melanggar peraturan agama,,,hukumnya ialah wajib,,,mencintai negara pun separuh dari iman,,,Allah yang bagi ganjaran bagi setiap perkara,,walaupun ganjaran yang manusia claim dia yang bagi...
Alhamdulillah kita semua mencari kekusyukan dalam solat...dan betul apa yang en hamka kata,,,memang hamba yang bersyukur dengn nikmat itu yang punya tahap kusyuk yang paling tinggi,,,tapi sahabat2 sekelian,,,
bila dah dapat bersyukur, jangan lupa untuk bersyukur kerana dapat bersyukur dengan tuhan,,
:)
pg td laman nurani tv3 ade topik 'cmne nk khusyuk dlm solat'..
tp ape yg saye salu buat adalah, try bace surah / lafaz dlm smyg smbil fahamkan makna dia..cube hayati..pastu kalo ikut imam lak,try hayati bacaan si imam..
Anonymous no 1
Solat kalau tak khusyuk, tak boleh di batalkan.., baik kau pergi belajar lagi.., kalau imam kentutpun dan kaudengar siap tercium, tetap kena teruskan solat, mufarakah..
--------------
dilarangmelarang.com
Lepas ni kau kena jadi yang first ke masjid pulak..ok.
-------------
limaumaniss
Aku tunggu sumber dari kau.. he he, inilah yang dikatakan ‘kebolehan mengagihkan tugas’
---------------
hairulfadly
Bukan second, tapi 4th
---------------
MMohdSha
Tambah satu lagi, BERISTIQAMAH..
--------------
kasim
Benar..
-------------
van qif
Membawa ketaatan ke dalam solat ke luar solat, selebihnya, kau kena rujuk ustaz,..
---------
syahira
Semua orang islam kena tahu apa makna bacaan dalam solat, tak tahu, kena belajar..
Harap maklum..
----------------
..perempuan ini...
Orang beriman bersifat tidak puas hati dengan amal, nak kena perbaiki selalu.., sama sama belajar..
-------------
limaumaniss
Akupun kadang-kadang macm tu jugak.. oh!
---------------
amir.rudy
Betul tu, aku sokong!
---------------
hairulfadly
Semua betul dan terima kasih, Cuma point no 3 aku tak jelas..
(((3. Solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh bila masa hampir luput.)))
Aku tak paham bab solat pertengahan waktu, mana boleh solat lengah-lengah bang?, jadi mayat bila bila masa jer..
----------------
azharjaafar
Kau paling betul!
-------------
anamunawwarah
Selamat naik keretamayat wahai pengunjung baru..
Banyak ingat kereta mayat, boleh gak khuyuk dalam solat, insyALlah..
--------------
faz
Ini bab hokum.., kena Tanya ustaz..
(dan kongsi jawapan kat sini)
Satu lagi kebolehan mengagihkan tugas..
:)
--------------
(MARIA BPP)
Anak menangis sabar jerlah, tak matipun anak setakat menangis, kadang kadang waktu berasmaradana dengan suami/isteri, tiba-tiba anak menangis, boleh jer abaikan anak sebab nak inzal dulu.. kan?
--------------
jiddan84me
Alhamdulullah, aku masih hidup lagi.. terima kasih doa untuk aku.
-------------
ibnuismail
bersyukur kerana dapat bersyukur
Assalamualaikum saudara Hamka..
((( 3. Solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh bila masa hampir luput. )))
Ops.. tersilap. Maaf.
Sila solat di awal waktu. :)
Tadi, selepas saja solat Jumaat kat Masjid aku, ada solat untuk seorang jenazah wanita yang telah kembali ke rahmat Allah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..
mse zmn skola dlu2 ad sorg mnsie neh kate nk khusyu mule2 istighfar dlu 3x then bace surah an-nas..
~~t'ingat imam kt skola dlu..b4 nk solat,msti die ingatkn makmum ngan ayat `anggapla solat ini solat kite yg terakhir..'~~
err...ihtisab tu ape eh?khuduk tu pn pe ye???
beruntunglah orang2 mukmin..yg mana dlm solat mereka khusyu'.. Td aku solat kat selangor tp aku rasa mcm kat perak lak..khusyuk gila..eh salah..mcm owg gila buat2 khusyuk
Entri lain boleh rujuk sini:
http://keretamayat.blogspot.com/2006/03/kenapa-solat-tak-khusyuk.html
hairulfadly
walikumusallam..
oklah, kita saling tegur menegur.. : )
--------------
boo..
ihtisab tu yakin dengan janji Allah, khuduk tu kena rujuk ustaz, atau lebih senang faham, membawa ketaatan dalam solat dan aku ada tulis dalam tajuk “apa itu solat”
-------------
kedaijamu
orang politik banyk isu, mujahadah betul mereka nak solatkan? Toyota Camry belum puasa naik lagi..
nak dapatkankhusyu' tu,
mula2, sebelum solat, 'bercakap' dgn Allah mcm kite slalu cakap dgn manusia, "Allah, aku nak solat depanMU untuk tunjuk padaMU bahawa aku beriman padaMU, dan sbb aku hambaMU yg hina"
mesti jadi HUMBLE gile2,insyaAllah, khusyu' tu akan datang..
And kalau susah sangat rasa nk khusyu', imaginekan kesengsaraan umat Islam yg lain pn boleh menjadi 1st step utk khusyu' dan khuduk.
Allahua'lam.
10% org islam solah di masjid ekonomi kufar hancur...
tp kenapa irg bantah, hina ,kutuk cibirkan mereka yg mengajak org ke masjid utk solah berjemaah...nak capai 1 % sekarang pun susah cuma di tempat tertentu spt Djibouti n Sri Lanka...
yg penting org yg dah belajar "..bawa ketaatan dlm solah ke luar solah.." ni dulu yg kena usaha capai sasaran 10%...ada bran?
kalo kat sabah suboh jam 5.05pg..plg awal ernah jam 4.30pg..ada bran?..
kalo dah biasa suboh camtu..kalo diputuskan khuruj di semenanjung insyaALLAH mudah bangun tahajjud..lgpun skrg suboh semenanjung lebih kurang jam 6 pg..
Ham..next entry aku syor citer ttg Ijtima; plak...anything related to..kalo bleh ngan gambar2 kat Tonge or mana2 lah..syor jer..tq
RON @ Najmussobah
em..bncg psl khusyuk solat nih..sy slalu pk seandainye 2 solat sy yg terakhir..so, seabes daya sy akn jg solat 2 dr lalai pk hal lain2..blh k mr hamka?
-AZIAN-
semua betul!
Cerita orang yang tidak khusyuk...
Iktidal.
takbiratul ihram membuka cerita
tentang peri pengembaraan hamba-Nya
menerawang dunia dalam kepala
tatkala imam mengalunkan iftitah
hati tidak mampu menghadam rencah
maksud mendalam pengabdian hidup
tenggelam dalam bicara halus
di satu sudut hati
yang terjerit-jerit bertanya
bila hendak makan?
sedang alfatihah menyusul
menagih sekelumit rasa hamba
walhal lapar masih mencubit telinga
minta didengar keluhannya
sedang mata melilau ke kiri kanan
menjelma pula ingatan-ingatan
ya, baru teringat!
tertinggal pula kunci motosikal di laman
menyerbu pula senarai-senarai barangan
yang harus dibeli di pasaraya berdekatan
ah, mana satu harus dilayan?
tatkala imam begitu syahdu
mengalunkan kalam-kalam-Nya
mata dirasakan semakin layu
syaitan galak bergayutan
menarik-narik kelopak mata
sambil melaungkan slogan
'tutup mata, hilanglah lara'
'alah, lelap sekejap, tidak mengapa'
sedang masih dibuai selesa lena
tak semena-mena
gema Sami'Allah memecah suasana
rupa-rupanya sudah iktidal
terkilan rukuk sudah tertinggal
pantas dikejar, masih sempat
bersama imam di akhir rakaat
dalam diam halus sujud menyergah
tetapkan hatimu pada Yang Esa!
sekilas masa berlalu
salam diberi menamatkan perjalanan
sebuah kembara bertemu Tuhan
terpaku di sejadah seketika
sambil akal bertanya
'ke mana hatimu
selama jasad menghadap Dia?'
ya, setuju, semua betul!!
Masa solat tu aku cuba ingat yg aku solat kepada tuhan sekelian alam and cuba terbaik untuk solat yg selayak2nya di persembahkan kepada Nya.
Alhamdulillah kadang2 jadi..selalunya tak jadi..
Aku memang banyak dosa, kadang hati aku lembut kenang doa aku..aku jadi kyusuk
..selalu jugak hati aku jadi "kering" tak bersalah dengan dosa aku..confirm time tu solat aku tak kyusuk...
Astagfirullah..
masa tu gua umur 13 thn, dan gua ada baca dlm buku apa ntah, berkenaan tanda-tanda akhir zaman. perkara yang telah "diangkat ke langit" adalah khusyuk dlm solat, selain hilangnya mashaf al quran dalam hati manusia.
tapi, khusyuk, lapar, sabar, fakir, dan sebagainya ini semua perbendaharaan allah, jadi minta dengan dia.
tips gua, sentiasa zikir dalam hati. "lailahaillah". train hati lu. sentiasa kekal dalam wudhuk. dan ikhlas.
bila lu ikhlas dengan amalan, dan sedar diri lu siapa, maka dengan izin dan redha al-haq, maka datangla khusyuk tu.
Salam...
*Untuk mendapatkan solat yang khusuk bermula dari wuduk yang sempurna...
* Semoga Allah menerima akan solatku yg x pernah khusuk sejak baligh lagi...
ya, setuju, sokong, teruskan usaha, yeha!
lambung tu aper?
salam..
kalau bulu kucing yg kering yg terlekat kat pakaian,klu sikit,solat tak akan batal..
tapi kalau dah banyak,boleh membawa kepada batal solat..
kena pi rujuk ustaz nooo..
solat khusyuk @tak khusyuk,tetap kena solat jugak..moga Allah memberi hidayah pada kita untuk khusyuk dalam solat..
innassolatatanha 'anil fahsyaai walmungkar..
bagi sy khusyuk ni kita bagi perhatian pada solat...kita sedar ape kita tgh buat time tu..contohnya kita sedar kita tgh rukuk, kita sedar kita tgh baca fatihah, ect..
kalau jadi imam, kita sedar yg kita jadi imam, so kena tau keadaan makmum...mcm nabi SAW dengar bayi nangis nabi percepatkan solat..
So bagi saya yg khusyuk sampai hilang ingatan and dah tak ingat persekitaran tu mcm pelik....sebab nabi SAW pernah solat and buka pintu, nabi SAW sedar org bagi salam masa solat, nabi SAW sedar ada budak nangis....
Saye penah dgar cerita sorang pakcik, dia kata solat ni ajaib, sebab dalam solat kita boleh ingatkat mana kita hilangkan kunci kereta kita....masa dengar lawak pun ada...:)
Wallahu'alam....mungkin korang boleh kemukakan dalil untuk memperbetulalkan apa yg saya faham selama ini...
lagi, sekali, aku sokong korang semua!
ps: lambung tu ruang rusuk tempat kita baring bile mengiring..
mcm mn ye lau suke sgt ulang ayat bacaan fatihah?? sy akn rase xpuas hati selagi ade slh makhraj huruf atu harkat bacaan, sampai naik letih nak ulg ayat tu,lidah keras..bukn slalu ckp arab.sy lg senang bace bile sy kuatkn suara,lau bace skadar dgr kt tlinga ni agak sukar msti byk ulang2..mungkin mase skola dlu sy dh biase jd imam n latih bacaan biar baca dgn btl dan tmbh skit lagu supaya lbh kusyuk.skrg ni dah x biase jd imam..kdg bile xde org kat bilik memg sy kuatkn skit bcaan supaya sy x byk ulanng2 ayt.kdg sy gi solat jemaah sbb sy rase sy lg teruk mengulang ayat lau solat sendiri,lau ikut imam ni jd alert skit n gelabah gak la takut imam dh rukuk tp x hbs bc lg fatihah slalu rakaat 3 dan 4 la,ade gak ulang2 tp x la seteruk lau solat sendiri,sy rs setan dah detect kelemahan sy..tu yg jd ulg teruk sgt tu,,jd minta pandangan dari sume org,blh ke ulang2 ayat ni dan cara atasi nya..syukran
: )
abg hamka senyum je..say something please..
and anyone here please help me..
ok, bila kau ulang banyak kali, itu tandanya was-was..
was was itu kerja setan..
maka tabahkan hati, baca tak payah ulang-ulang...
BACA dengan NIAT belajar...
insyAllah
Bab solat berat....hanya mereka yg benar2 faham akan sampai maksudnya bila menyampaikan...sy nk tanya..apa itu solat!?
Kisah benar 1 1/2 tahun yg lepas...
Apa yg disampaikn kpd saya...
sy ditanya bab solat.."Apakah solat?" sy jawab : "Solat yg sebenar solat adalah kerana DIA..!!"(dengan confident), ditanya kembali: "kerana DIA apa..?" soalan timbul dkpala sy..?????? blur sy jdnya...bukan kerana DIA ke...? ditanya lg : "Apakah kita solat krn Pahala? Apkh kita solat krn Syurga? Apakah kita solat krn takutkan Neraka? Apkh kita solat krn waktu? Apkh kita solat krn Menunujuk2? Apkh kita solat krn kedua Ibu Bapa? Apkh kita solat krn orang lain solat? Apkh kita solat krn mengakui diri sendiri yg solat? berusaha lah bersungguh2 & bergantunglah sepenuh hati hanya kepada DIA."
timbul mcm2 sangkaan pd yg bertanya!! kan hati tu masih busuk bersangka yg bukan2...manusia2.. setelah 2 minggu menuggu jawapan...jawapannya simple jer...buat penin aku jer x tido memikirkan soalan yg bertanya..
nk tahu jawaban..?...cr lah mereka yg boleh berikan jawaban...kerana sy bukan guru dan tidak berani memberikan jawaban....tinggi bab nih..sgt takut aku berbicara...tp kalian masih boleh berbicara...maka itulah Rahmat Tuhan atas kamu sekalian..Sesungguhnya Tuhan Maha memberi Petunjuk kepada Hamba2NYA!! Moga kita sentiasa dalam Rahmat dan RedhaNYA...Amin Ya Rabbal Alamin!!!
sebelum nk khusyuk' dlm solat kita perlu faham apakh solat? sebelum faham apakh solat?, kena la faham apakah itu Kalimah 2 Syahadah...kenapa dalam Rukun Islam tidak letak yg 1st Solat?
Maka keluarlah kita mencari, mencari ilmu Syariat disertakan dengan hakikat..maka sempurnalah Agama...biar faham sebelum buat...sy sampai sekarang masih de yg kurang faham...sbb tu sy truskan belajar...belajar biar dgn Guru yg betul yg boleh membimbing..jgn sekali menganggap diri kita sebagai guru...
Sila bertukar2 pendapat jika sudi.
Tuhan Maha memberi petunjuk kpada hamba2NYA.. Moga kita sentiasa dirahmati dan di redhaiNYA selalu...Aminn Ya Rabbal Alamin..!!
dalam amalan, semua kena ada niat nak belajar..
kalau jadi gurupun, kena niat belajar jadi guru, kerana mereka yang niat belajar insyAllah akan dibetulkan oleh Allah...
aku dah tulis jawapan dalam entry: apa itu solat.
tak pernah rasenye ada kusyuk tu dalam solat...
paling terer pun dlm seminit dua je...
tu pun jarang sgt..
selalunya melayang2...
dah try direct pandang kat sejadah pun, x jd gak...
susah nak fokus...
selalu gak terpikir solat aku ni lepas ke tak ke atas...
1. Cuba baca Kitab amal fi solat oleh imam bukhari..kita akan faham yg kita mgkn silap dalam memahami istilah khusyu'
e.g umar fikir ttg susunan tentera dalam solat. Dia juga pernah berfikir ttg pembahagian harta?ufti dalam solat..
jefriharris@yahoo.com.my
bersolatlah dengan hati yang ikhlas lagi luhur dan berdoalah diakhir solat, nescaya kekusyukan akan hadir dengan sendirinya. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi adil dan maha penentu kepada setiap apa yang dikerjakan oleh kita sebagai hambaNYA.
terima kasih berkongsi maklumat
a`kum kpd pmilik blog,
saye gune google tadi, saye sedang cari rujukan hadis ttg hadiah serban.
saye juge jumpe ttg serban di blog nie
http://roza-todaysspecial.blogspot.com/2011/07/12-perkara-dalam-solat.html
boleh ke empunye tolong bagitau ambil dari kitab mane?
-saye akan sering semak komen nie menanti respon-
aku tak paham soalan kau, boleh susun balik tak?
begini, saye dengar cerita sorang yg ngaji kat pondok cerita tentang saidina Ali r.a berkenaan hadiah serban dari Rasulullah saawa jika khusyuk solat 100%.
kemudian saye google, hasilnya saye jumpe blog ketermayat ni.
so, boleh ke saye tahu encik rujuk hadis mane kisah ini.
regards, thanks.
Buznama dan google
kecewa kalo sye dgr buznama.
Google hanye jumpe blog ketermayat dgn ini je
http://roza-todaysspecial.blogspot.com/2011/07/12-perkara-dalam-solat.html
jadi rasenye blog ini yg post dulu tentang hadis ini kalo tgk tarikh post.
cari lagi, jangan putus asa.
semua betul!
Post a Comment