Jan 13, 2009

Islam itu Mudah?

( Aku masih hidup pada tahun 2009, dan ini adalah artikel ulangan yang di edit, sebab aku belum start menulis... )

Sesungguhnya, Allah telah menjadikan agama islam itu adalah mudah untuk diamalkan, tapi malangnya, ada yang salah faham akan maksud ‘mudah’ itu lalu dengan mudah pula memudahkan apa yang sepatutnya tidak semudah itu yang mana akhirnya perkara yang menjadi mudah bertukar menjadi payah…

Mati masuk neraka, kan payah tu?

Maksud ugama yang mudah disini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak payah puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika tak nak ikut Sunnah maka boleh ikut Bidaah.., bukan! bukan dan bukan!!!Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., semua boleh amal ugama!Malahan ‘Islamic ways is easy than riding a bicycle!’


Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Nak naik basikal kena ada kaki, kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., sedangkan untuk amal ugama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..

Begitu juga bab-bab lain dalam hidup,, Nabi tak beli kereta bayar muka RM 10 ribu dan bayar bulan-bulan RM 800 serta simpan RM1500 setahun untuk Road Tax dan Insurance.., tapi Nabi jalan kaki sahaja.., kan mudah tu?Nabi juga waktu nak makan, Nabi makan guna tangan tak guna sudu, Nabi makan duduk dilantai tak guna kerusi meja, kan mudah tu? Orang miskin pun boleh ikut sunnah.., Nabi kahwin dengan maskahwin yang murah, Nabi pakai baju yang murah, Nabi makan makanan murah dan lain lain, itukan mudah?

Tapi, yang perlu kita ingat adalah, janganlah pula memudahkan IBADAT ikut nafsu kita.., bab ibadat tetap kena MUJAHADAH macam Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA buat…, kena pergi solat jemaah, kena dakwah dari hati ke hati dan lain-lain, baru boleh capai tahap seperti mereka, dan selain dari cara Nabi dan sahabat yang di mudahkan dalam beribadat adalah bidaah!! Dan bidaah itu sesat! Boleh bawa masuk neraka…Faham?

Satu lagi, jika tadi kita cerita bab perintah Allah, dalam bab larangan Allah pula, juga mudah sebab dalam Allah haramkan sesuatu, Allah bagi pula pilihan, Allah larang minum arak tapi Allah tak larang minum air (teh tarik misalnya), Allah larang zina tapi Allah tak larang kahwin empat, Allah larang makan babi tapi Allah tak larang makan nasi lemak, kan mudah tu?

Cuma kadang kadang manusia ni suka buat sesuatu ikut logik akal, bila Allah larang babi, ada pula yang bantah, kata mereka: kenapa babi haram?, kenapa orang china makan babi tak kena penyakit kronikpun, siap pandai-pandai pulak tu. Apa-apalah!

Walau bagaimanapun, sudah 1000 tahun lebih ummat islam taat perintah Allah tanpa pedulipun alasan sains kerana apabila Allah Yang Maha Bijaksana sudah mencipta daya Elektrostatik, dah wujudkan klorofil pada daun, telah mencipta fotosentesis dan Ekosistem, telah mencipta Duodenum dan Pankreas, telah mengawal tekanan atmospehere pada nilai 14.7 psi, telah mengawal perjalanan planet, dan setelah semua itu, tiba-tiba apabila Allah cipta babi yang suka makan najis dan tak bagi aku makan, maka aku tak akan makan sebab Allah dah larang aku dari memakannya, dan aku tak peduli apapun alasan sainsnya!

Sebab, perkara ugama biasanya mendahului sains, lagipun aku nak belajar sifat sahabat, iaitu dengar dan taat..,Kerana “dengar dan taat’lah mereka akhirnya dapat jaminan masuk shurga..Manakala sifat yahudi pula ‘bantah dan tak taat’.., akhirnya di jamin pula masuk neraka.. oh!Jadi secara kesimpulannya, masalah besar manusia adalah bila buruk sangka dengan takdir Alah dan perintah Allah. Kitapun tak faham apa rahsia di sebalik semua perintah Allah dan larangan Allah...

Contoh bab bersuci, air mani bukan najis, tapi jika keluar kena mandi seluruh tubuh...Kentut pula adalah najis yang tak dapat dilihat, jika keluar tak perlu mandi seluruh tubuh, dan tak perlu basuhpun tempat keluar, tapi kena ambik wudhu sahaja..Kalau ikut otak memang tak logik, tapi itulah hukumnya..

Sebab tu aku jarang berhujah guna alasan Sains untuk benarkan Perintah Allah atau larangan Allah, sebab jika satu teori sains di gunakan pada suatu zaman yang mana teori itu selari dengan larangan Allah, maka berhujjahlah semua orang islam tentang betapa betulnya islam bersandarkan teori sains itu, tapi andai kata seratus tahun kemudian ada pula teori sains yang membatalkan teori sebelum ini, maka orang tak akan salahkan teori sebelum ini, tapi orang akan salahkan islam pula.., bukan aku kata korang salah bila berhujjah guna alasan sains, tapi mungkin sebab akua bukan aliran sains maka jaranglah aku guna atau tak beberapa suka untuk guna alasan sains dalam ‘berdakwah’…

Kesimpulannya:-

Orang yang suka hisap rokok, suka minum arak dan suka makan babi, cakap apapun mereka akan tetap dengan pendirian mereka…, iaitu hisap rokok best, minum arak best, dan makan babi best.., apa lagi nak dikata?

Cuma dari segi perubatan, cuba ambil contoh mayat yang makan babi dan mayat yang tak makan babi. Selepas beberapa waktu cuba buat kajian, mayat siapa yang lebih cepat reput dan busuk?..

Boleh juga buat kajian kepada kesan kandungan peluh orang yang makan babi.. apa terkandung di dalamnya dan apa kesannya pada dunia?Atau buat ujikaji keatas pemakan babi tegar dan petidakmakan babi, suntik mereka dengan virus JE, kemudian suntik mereka dengan IMUN JE, lihat hasilnya.., buat ujikaji pada suhu bilik, bandingkan ujikaji pada bawah tahap beku, dan kalau boleh hantar Angkasawan ke Soyuz dan buat ujikaji pada tahap gravity sifar selama 72 jam, lalu tengok hasilnya..

Aku tak tahu apa jawapannya dan apa alasan sainsnya, sebab ada antara korang yang expert bahagian ni, ’acu cuba try test’ sahaja.., dan aku hanya cadangkan, he he..

Walau bagaimanapun, apapun hasilnya ujian kelak, sama ada positif atau negatif. Sama ada babi best atau tak best...

Aku tetap tak makan babi, ok?!: )

Ps: Mati itu mudah, masuk shurga itu mudah dan masuk neraka juga mudah, dan mudahnya semua itu tertakluk kepada apa yang kita mudahkan dan apa yang kita mujahadah, kan mudah tu?...

45 comments:

MMohdSha said...

Salam,

Salam 1430H & Selamat Tahun Baru 2009.

Betul bro Islam itu mudah.
Semuanya perlakuan kita 24 jam ibadah.

IBADAH = buat apa yang di suruh Allah dan tinggal apa yang di larang oleh Allah.

Tetapi mestilah di mulakan dengan BISMILLAH.

hamka said...

Assalamulaikum..

alhamdulillah, Allah masih hidupkan aku.

terima kasih doa aku selamat di sana sini..

sepanjang aku takde, dua kali aku berhadapan dengan perkara yang boleh buat kita jadi mayat,

1) Aku ter'dakwah' orang separuh gila, bila aku cakap pasal mati, dia marah aku, naik syekh, matanya bulat dan macam nak bunuh aku, akupun beredar dengan selamba tapi dia masih cekak pinggang tenung aku macam nak makan, masa aku solat magrib, aku rasa aku akan mati kena tetak, macam saidina umar r.a kot, khusuk gila aku solat, tapi alhamdulilah, takde orang tetak aku..

2)aku sakit perut dan muntah berdarah satu cawan, masuk wad satu hari, doktor masuk kamera dalam mulut, baru tahu betapa lemahnya manusia..

Tapi dah makan ubat, dan Allah bagi sembuh.

Alhadulillah,

insyAllah, aku akan menulis lagi nota di sini. :)

Anonymous said...

en hamka, welcome back..
kepulangan di nnti hehe
ape pn semoga sht2 sll k

yanz

Marie said...

Salam bro,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Alhamdulillah bro masih di sini..
Semoga Allah memberikan rahmat dan kesihatan kepada bro sekeluarga, InsyaAllah..

Anonymous said...

Eh pengalaman baik tu.

bak kate orang2 tua mase kite nak ziarah our brother in Islam kita haruslah bawa sifat:

1) Sadqal Qalb (Hati yang bersih dari andaian)

2) Husnu Zhon (Berprasangka baik)

siapa2 pun kita jumpe.

P/S: Aku pergi ke Florida selama satu chillah baru2 ni. Adelah penglaman yang sama, tapi stakat tepis tangan aku je cakap taknak salam. =)

van qif said...

Salam...

Alhamdulilah...ko masih bernafas untuk terus berdakwah ...dapat rasa kekuatan dan ketenangan bila buat usaha agama ni kan... walaupun kita tahu ada kemungkinan orang yang kita jumpa akan marah...Tapi orang kat Malaya ni lembut hati...Semoga hidayah turun ke sekalian alam..insyallah

SpEkmATaKu said...

salam br hamka

selamat kembali ke dunia cyber hehe...setelah sekian lama..

btol tue..
islam itu mudah..
tp jgn mempermudahkn nya..

Anonymous said...

salam..

.. syukur Alhamdullilah..
.. rindu nyer kat hamka..

welcome back for good.. muahhh

-nana

Anonymous said...

welkam back..baru 5 jam post tp dah penuh komen....tak kisahla..

artikel lama yg diedit..bgs gak..aku pun tak khatam lagi baca artikel lam blog nih...

piece no war...

wassalam..

Dr. Bentara said...

LAPORAN PEMERGIAN please!

Unknown said...

Assalamualaikum... ni 1st time saye bacer blog nie. tu pun ada sorang kawan yang cakap kelaka abeh. pastu die cakap lagi penulis blog nie (hamka) sayang bini. best tu. tentang kentut pastu ambek wuduk tu, saya teringat ad sorang ustaz menjawab suklan tu daripada persoalan seorang kanak2. ustaz tu ckp, kalu dalam lrt @ kelas @tengah solat jemaah @ dalam ofis yang sunyi, tetiber kamu kentut dengan bunyi yang merdu sekali "prrrrrroooot". korang tutup muka @ tutup punggung untuk tahan malu? 5 saat dari sekarang

hamka said...

Terima kasih, sebab masih ada yang sudi berkongsi blogesfera dengan aku yang hina ini..

apa-apapun, beri aku masa untuk respond semua email kamu..

Juga seolan berbangkit dari entry yang lepas-lepas, pelan-pelan aku jawab, ok?

esok-esok, aku cuba tulis isu palestin..

InsyAllah

Anonymous said...

assalamualaikum,
tuan mmg seorg yg best
:)

Elham said...

Salam, glad to have you back!

Anonymous said...

salam..

waa..encik hamka dah kembalii..^-^



p/s: cpt tulis isu palestin plk la ye,ingat jd yg 1st komen.Skali sikit la pnye rmai da kmn..

Tujuh Kaki Dalam said...

selamat kembali blogger nombor satu di hati!

Anonymous said...

brader hamka dah balik! yey..yey...yabada badoo :)

Anonymous said...

salam..

berkata-kata dalam hati bilakah lagi islam itu mudah ...

mudah menusuk ke dalam hati..
mudah mengambil hati sekeras besi..
mudah mencairkan besi kufur yahudi..
mudah memaafkan yahudi sebagai balasan akhirat kekakl abadi..
semudah tangisan Nabi tatkala mayat si Yahudi diusung... sebagai mengenang bahawa Yahudi juga ummati.. ummati.. ummati..

mudahkah kita memahami jiwa Nabi seluas lautan tak bertepi..
mengharapkan hidayah ilahi melebihi boikot, mengeji dan mencaci?...

semudah kita melafazkan kehancuran..
semudah kita memforwardkan surah al fath dan al fiil mendoakan kebinasaan..

walhal.. untuk sahabat seperti Umar r.a yang telah mengangkat pedang bersedia membunuh Nabi..
berkat doa Nabi agar Allah swt memberikan beliau hidayah...
menyebabkan.. tatkala Nabi wafat, beliau lah yang pertama-tama mengangkat pedang untuk memenggal leher sesiapa yang berkata Nabi telah tiada..
kerana cinta dan sayang tak berbelah bahagi..
Umar menjadi begitu kerana cahaya iman dan islam..
manis nya iman dan islam..
mudah kah islam jika begini?

-ibn sabil

Anonymous said...

selamat kembali ..
hamka..

perjalanan kita belum berakhir.. mungkin bermula pun belum lagi..

perhimpunan 'istimaq' Julai bertahap dunia bakal di nilai Sepang,
setelah 26 tahun, kini tuan rumah adalah malaysia...

apabila tiba masanya menjadi tuan rumah adalah tanda, kita telah bersedia, untuk menambah korban pada kadar yang lebih daripada biasa..

maka sebelum,semasa dan selepas perhimpunan adalah situasi ujian-ujian pengorbanan bertahap luarbiasa..

pengujung-pengunjung blog hamka, ambillah peluang untuk menambah kefahaman beragama dengan meluangkan masa bersama-sama jemaah yang tak pernah meminta-minta pada wang, pangkat mahupun harta ..

hanyalah dipinta masa yang sekejap cuma untuk mengambil fikir tentang risau Nabi SAW kepada ummat..
mengambil jiwa kasih sayang Nabi SAW kepada ummat..

serisau pada tahap iman yang senipis kulit bawang.. pagi beriman, petang bermaksiat.. petang beriman, pagi pula kufur..

sekasih Nabi tidur yang bersela tangis, menyimpan doa paling mustajab di akhirat untuk menyelamatkan ummat..

hamka.. malam2 kita bakal singkat kerana mungkin doa kita belum cukup panjang dan kuat untuk menarik hidayah Allah swt.
doakan hamba jua ya..

-hmm

azharjaafar said...

Alhamdulillah ko hidup lagi. Masih boleh menghembus nafas yang belum berakhir. Ahli jemaah aku dulu, akhir2 40 hari sebelum wafsi dah sakit. Masuk hospital, lepas seminggu mati.

Masa 40 hari tu hari2 cakap pasal mati, lepas tu mati betul. Ok la dari tak pernahnye ingat kat mati, tetiba mati!

Semoga Allah selamatkan kita.

Anonymous said...

aku pun nak request. Laporan pemergian please.. Ahaks

Hana Zozolina said...

asm, bro hamka.. lama betul rasa tak bertegur sapa, apa khabar bro, wife n anak2? kirim salam pada ustzh rock.

semoga berjumpa lagi, InsyaAllah

hamka said...

Selepas sakit-sakit, aku dan keluarga semuanya sihat..
mungkin asbab berkat doa korang yang 'cinta' padaku sehingga tertutup aibku..

terima kasih.

cerita tentang 'laporan pemergian' tidak akan ditulis.(kot..)

tapi tahun ini, sejarah besar berlaku di Negeri sembilan nampaknya..

Semoga nama aku ada tercatat dalam timbunan makanan dalam talam di istimak itu.

amin.

Anonymous said...

maaf.adakah ini hamka yg pernah ku kenali. tinggal di losong.sekolah men di padang midin. umur sekitar 45. adakah...

lelucon said...

salam Hamka,
wah, baru balik pun sambutan 'hangat mcm biasa' juga!

slmt kembali!

-lelucon

lelucon said...

jap ... muntah berdarah 1 cawan? berapa 'pain' tu... was is internal bleeding? pls elaborate ... tq

hamka said...

bzzz, (bunyi buzzer)

salah!, aku bukan Hamka losong, dan aku baru sebaya superman, 31 tahun, eh, silap dah 32 tahun..

Aku Hamka lain, tapi masih dalam dun kual terengganu, maka aku akan balik ngundi esok..

err, bab muntah berdarah tu, sekarang dah sihat, makan ubat sikit-sikit, Allah bagis sembuh

Anonymous said...

assalamualaikumm

kehadiranmu dinanti bro..
selamat kembali
semoga Allah memberkati dan mmberikan bro sekeluarga kesehatan berpanjangan..
kepada saudara saudari sekalian mari sma2 kita doakan kesehatan saudara hamka dan keluarga semoga beliau dirahmati selalu.

AMIN YA RABBAL ALAMIN
AMIN YA RABBAL ALAMIN
AMIN YA RABBAL ALAMIN

*BDAK BARU BELAJAR*

Anonymous said...

SALAM..

SLMAT KEMBALI..ALHAMDULILLAH..MASIH DI PANJANGKAN UMO..TPI HAKIKATNYE SMAKIN PANJG UMO SMAKIN DEKAT LA MASE TUK NAIK KERETA MAYAT..LAME GAK SY TUNGGU BRO HAMKA TUK TULIS ENTRY BARU..AP2 PUN TRIME KSIH TUK P'KONGSIAN NOTA2 AGAME BRO NI..SY ABIK MSE SBULN GAK LA NK ABIHKN BC ENTRY2 SBLUM NI.K..SLMAT KEMBALI..SMOGE D PERMUDHKN SETIAP URUSAN..INSYAALLAH

Anonymous said...

hehhe..akhirnya kembali juga blogger kesayangan..dari awal tahun selalu gak checklist biler laa abg hamka hendak menulis balik nie....rindu dan lapar pulak dengan ceita2 yg bolih melembutkan hati ini..selamat kembali bang HAMKA..semoga Allah swt memberkati abg sekeluarga..amin

hamka said...

bila orang puji atau caci kita, mak aku cakap kita kena ucap terima kasih.

terima kasih.

: )

Mohd Iznan Shamsuddin said...

kkeke.....aku pon berpergian kat negeri sembilan gak...adakah kita teselisih bahu....aku ngan jem gombak...

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt encik Hamka!

Alhamdulillah. Jumpa lagi semua.

~NiRwAnA~ said...

mudah..
mudah if kita faham..
jadi lebih mudah if kita sedar..
setiap yang ditegah ada sebabnya..
setiap yang diperintah ada hikmahnya..

:)
anak kucing-
nak tutup mana satu?
ak rasa bek kita pakat ramai2 tutup mata n tlinga j la...
(tutup keaiban orang lain tu bukankah lebih baik)
x gitu cik hamKa?

hamka said...

aku menyokong korang semua dan menyokong diri sendiri

harap maklum!

Hanisumayyah said...

Istima' di negeri sembilan???....patutlah semua sibuk di sini....

hamka said...

terengganu ada mintak, tapi tak dapat, takpelah, semua dari Allah..

Anonymous said...

alhamdulillah, my favourite blogger is back..thanks Allah

hamka said...

dan alhamdulillah, para pengkomen is stay back..
:)

zaki.dee said...

maulana saad kata siapa yg berdakwah guna blog ni. sampai mati pun dia tidak akan yakin dgn usaha dakwah ikut cara nabi s.a.w.

zaki.dee said...

maulana saad kata siapa yg berdakwah guna blog ni. sampai mati pun dia tidak akan yakin dgn usaha dakwah ikut cara nabi s.a.w.

zaki.dee said...

maulana saad kata siapa yg berdakwah guna blog ni. sampai mati pun dia tidak akan yakin dgn usaha dakwah ikut cara nabi s.a.w.

Anonymous said...

karku ke?

hamka said...

aku memang tak faham, tolong ajar aku

elm said...

islam itu memang mudah asal kita ikhlas

---
Jika Anda membutuhkan info tentang kampus STMIK silahkan klik website kami di http://jak-stik.ac.id