Jan 7, 2008
Siapa lebih "Urban"?
(Lelaki yang warnakan rambut sempena tahun baru, tidak sesuai untuk di jadikan teman hidup)
Dalam Khutbah Jummaat minggu lepas yang sudah, aku ada dengar cerita yang bagus untuk di kongsi bersama dengan rakan-rakan sebaya dan juga korang semua yang sewaktu dengannya.., begini ceritanya..
Pada suatu hari, pada zaman dahulu...
Ada seorang Nabi, telah di ziarahi oleh Malaikat Maut yang menjelma dalam bentuk manusia..
Bertanyalah Nabi itu akan apakah gerangan dan tujuan sesi lawatan itu..
Yelah, biasa bila Malaikat Maut datang, tak de kerja lain, nak jadikan orang mayat atau yang semakna dengannya, tapi kata Malaikat maut, hari ini datang nak ziarah sahaja...
Maka berkatalah Nabi itu kepada Malaikat Maut lebih kurang begini maksudnya:-
"Kelak, sebelum kamu datang ambil nyawa aku, silalah hantar wakil terlebih dahulu, supaya dapat aku membuat persedian...”
Bukan begini Matan lengkap cerita dalam khutbah Juma’at tersebut, tapi aku cuba tulis semirip mungkin yang aku ingat, lagipun hari tu aku duduk 'zon perempuan’..,
Iyelah, bila dah duduk kat 'zon perempuan’ yang lengang, tak sesak dan lebih kemas serta wangi.., atas karpet berbelang yang tebal dan duduk betul-betul di bawah kipas (suis no 5), serta tengah hari yang panas dan waktu rehat kerja pulak, terlelap juga di buatnya..., Nama Nabi itupun aku lupa, oh!., aku cuba tanya kawan kawan yang dengar sama khutbah itu, akan nama Nabi dalam cerita ini, mereka pun pakat-pakat lupa (tidurlah tu), jadi mintak maaf sebab tak dapat cerita detail.., tapi pointnya aku masih dapat.
Sambung balik,
Akrian, setelah berganti sekian-sekian masa, setelah cukup bulan dan harinya, setelah tiba masa ajalnya..
Maka munculah Malaikat Maut untuk mengambil nyawa Nabi itu..
Bertanyalah Nabi itu, bukankah dahulu Malaikat Maut sudah berjanji untuk menghantar wakil sebelum mengambil nyawa, agar dapat aku membuat persedian dengan lebih baik?
"Kenapa datang secara tiba tiba?"..(lebih kurang begitu argue Nabi tersebut)
Lalu berkatalah Malaikat Maut bahawa dia sudah menghantar wakilnya iaitu..
"Uban di rambutmu..."
Sekian..
Ps: Kepada kawan kawan aku yang sudah tua kerepok, sila kira baki rambut hitam di kepala masing-masing..., dan sila ubah azam tahun baru anda yang merepek itu...
Woha!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
Assalamualaikum..
yes..
hehe..
ok nak bace palk
aduh... kalah pulak... dapat 2nd pun jadi laaaa
Uban kat rambut sayer bnayak!!
Tapi umur saya baru 20 tahun..
Takutnya!!!!!
(rase cam pernah dengar citer ni, nanti aku try cari sape die nabi tersebut..)
allo,,skang nie ramai yg kocit2 laie da ado uban,,cannor to..
Selain uban ada jugak tanda-tanda
lain. Mata dah rabun, gigi dah
tanggal, kedut bertambah, tenaga
kurang... Nafsu je tak berkurang.
Entri paling ringkas tetapi berkesan. Nak print bagi atuk lah~
(haih.. mana pulak file cerita nabi ni.. takkan dah baling masuk recycle bin? huhu.
hurm, x lama lagi la aku nie... huhu.
Ansar @ Bungamelur
Berlumba poligami nak tak?
----------
Wan Mohd Faiz
Cari, jangan tak cari..
---------
ledzepp
yolah, sebab tu ado yang kocit kocit tu selalu jadi mayat, jatuh bangunan ler, kena dera ler, salah makan ler, kemalangan dan sebagainya, rujuk metro..
--------
azharjaafar
Ya, kawan aku yang dengar khutbah itu dan ingatan kembali pulih selepas baca entry ini berkata, ada beberapa wakil Malaikat Maut, yang dia tambah, belakang yang bongkok..
Ps: Yang bongkok 3, tak payah baca blog ni, pergi duduk masjid..
----------------
Maryam Abu Ahmad
Kirim salam kat atuk, cakap kat dia, rumah kata pergi, kubur kata mari..
Dan cakap kat dia mungkin tahun ni tahun terakhir atuk kat muka bumi ini..
Ps: mungkin juga tahun terakhir aku?
Oh!..
-----------
alan zed
Lauk apa malam ke tiga tahlil engkau? Kalau sedap, aku pergi..
kalau tak silap aku, kisah ni sama ada nabi Musa as atau Nabi Idris as..nanti aku rujuk balik
salam alaik..selamat menyambut tahun baru 1429 hijrah..even lagih 2ari aku nak wish gak..eheh..aku pon dah ade uban..camne ni..isk..
hamka..
aku rase baik kita berlumba kasik mantap iman..
hehe..
mcm sahabat berlumba nak mati syahid..
tang poligami ni takut tak mampu berlaku adil naya je kene tuntut kat akhirat..
lagipun aku nak carik sorang pun tak jumpa2 lagik. seddih!
(kalau hang nak tau aku la yg mintak pendapat kat hang melalui emel mengenai perempuan tu)
blum ada uban lagi d rambut nie...kira maintain muda lagi tu kan...hehehehhe...
WOHA!
aku uban tak der!..
rambut pun tak der!..
so nak kira macam mana nie?
nak pakai 'wig' lah..
blonde gittew ahak!
Bakal mayat...
Assalamu'alaikum
Kiamat dah dekat, betul ke? Hmm.. Astaghfirullahal'azim
Mr. Kereta Mayat (memula nak ambik your surname jadi Mayat, abden it looks a tad sad, so full name nah),
"..Yelah, biasa bila Malaikat Maut datang, tak de kerja lain, nak jadikan orang mayat atau yang semakna dengannya.."
hahahahaha!. Woha!
Ini kisah Nabi Yaakub kalo x silap. Dua tanda mati itu ialah uban dan bongkok.
1. kalau tak ada tanda mati pun. mati jugak.
2. kalau tak nak masuk neraka pun masuk jugak.
nurzaiti
rujuk jangan tak rujuk…
---------
elcoyote
sudah 1429 kita rupanya..
----------
Ansar @ Bungamelur
Oh, kau ler orangnyer..
----------
hitomi
tetamu yang dah lama tak datang,
:)
----------
nurkinna
WOHA!
-----------------
Bakal mayat...
betul
---------
Blogder
Kau jangan main-main, asyik woha sahaja, apake hal?
Nak jadi mayat dah kot..
---------
Anonymous
kisah Nabi Yaakub, itu yang di beritahu oleh pengkhutbah jummat hari itu, dan tanda itu jugak betul..
----------
anonymous ul haliq
1. kalau tak nak naik keretamayat, pun naik jugak..
2. kalau tak nak jadi mayat pun mayat jugal
Pagi tadi di jalanan masa nak pergi kerja, terlihat mayat seorang wanita yang kemalangan, masih terbujur dan encik ambulance baru datang..
pagi ini, wanita itu telah jadi mayat..
begitulah kehidupan ini
salam "pakcik".....
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang
akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
subhanaALLAH....
sekadar berkongsi pengetahuan....
jangan marah pakcik....
penah terbace kat blog seorng blogger..
die tulis (siap ngan huraian) tanda2 ni tak betul..
wallahualam
(rujuk yg pakar)
dan aku bukan pakarnya..
azharjaafar said...
Selain uban ada jugak tanda-tanda
lain. Mata dah rabun, gigi dah
tanggal, kedut bertambah, tenaga
kurang... Nafsu je tak berkurang.
aku da rabunnnnnn!
muahahaha~
*away carik uban
= ="
hai, ini zaidi.
:)
Post a Comment