Jan 18, 2008

Kadang-Kadang.. ?

(Apakah itu?, pertama: banyak, kedua: sedikit, ketiga: jarang-jarang, ke empat, kadang-kadang?)

I

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi bersabda:

Janganlah kamu mencabut rambut putih, kerana akan menjadi nur pada hari kiamat, Barangsiapa yang bertambah tua dalam islam dan memiliki rambut yang putih, maka Allah akan mencatit untuknya satu kebaikkan untuk setiap rambut. Menghapuskan satu dosa untuknya dan menaikan baginya satu darjat. (Riwayat Ibnu Hiban)

Nota:
Aku ada seorang kawan yang banyak uban di kepala dan juga seorang yang sangat suka tersenyum, bila tersenyum hampir 70% giginya dapat dilihat. Tidak dapat dibezakan antara senyum dan tersengeh. Ala-ala Mr Oss gitu.

Satu petang pulang dari kerja, dia tumpang kereta aku.

Sebaik kereta bergerak, dari kerusi sebelah kiri pemandu, dia terus melepaskan nafas berbentuk keluhan yang panjang.

Tiada senyum di wajahnya..

Kepenatan barangkali.

Sambil membongkokkan badan lalu mengurut betis sendiri dia berkata:

”kita ni dah tua Hamka, aku macam tak sedar. Aku rasa macam umur 20an, masih asyik tengok DVD, tengok wayang, pergi memancing, main bowling... tapi pada hakikatnya aku dah tua . Dah beruban pun aku. Kau tak rasa tua ke Hamka?”

Ketika bertanya, senyuman tiada diwajahnya.

Aku benarkan kata-katanya...

”Jang...(nama glamor beliau), aku telah lama sedar yang diri aku ini semakin tua, maksud aku, aku sedar diri ini semakin tua dalam pertimbangan.”

Aku terus gelak! Dan 'Senyuman 70%’ itu kembali lagi.

:)

Nota kaki:
Kadang- kadang, aku boleh bantu jugak sikit sebanyak akan kawan-kawan aku, biarpun hanya untuk satu senyuman..


II

Dari Abdullah r.a meriwayatkan nabi bersabda:

”Orang yang terlebih dahulu memberi salam, akan terhindar dari sifat takabbur.”
(Riwayat Baihaki)


Nota:
Kawan aku ternampak kawan dia dari satu jarak yang agak jauh. Kawan aku ni tak berapa kenal sangat kawan dia kira macam baru kenal gitu,.. dia cuba bagi salam dan nak panggil kawan dia tapi dia sendiri tak ingat nama kawan dia tu., Aku pun cuba menolong kawan aku itu dengan meminta klu nama kawan dia yang dia ingat-ingat lupa..

Kawan aku: "Nama dia Wahyu aku rasa, tapi bukan wahyu... lebih kurang errr...”

Aku; "Hidayat kot?”.

Kawan aku: "Bukan!”

Aku: "habis tu? Taufik?”

Kawan aku: "Bukan taufik... tapi”

Aku: "petunjuk?”

Kawan aku: ”Kau jangan nak bergurau, aku lupa nama dia, tapi rupa dia ada serupa dengan nama kawan aku kat terengganu..

Aku: "Idris Josoh!”

Kawan aku: "Woha!!!!”

Nota kaki:
Kadang-kadang, tak banyak yang aku boleh bantu manusia yang hidup di atas muka bumi ini...

:(

III

Dari Uqbah ibn Amir r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Tuhanmu akan merasa takjub (dan berbangga) ke atas seorang pengembala kambing yang melaungkan azan di atas puncak bukit dan mengerjakan sembahyang.

Allah Taala menyeru para malaikat: Lihatlah hambaku ini, dia melaungkan azan dan bersembahyang semata-mata kerana takut kepadaKU, sesungguhnya Aku telah mengampuni dosanya dan akan memasukkannya ke dalam syurga. (riwayat Abu daud)

Nota:
Dekat kampung asal aku ada surau, yang hanya hidup pada waktu Magrib dan isyak..

Apabila kami adik beradik balik kampung, maka insyAllah surau itu akan hidup 5 waktu..

Maksud 'hidup’ di sini, ada azan dan ada orang solat berjemaah, walaupun seorang diri!

Dekat tepi surau ada rumah Imam masjid, jika beliau tak kena giliran bertugas, maka confirm beliau akan jadi Imam magrib dan Isyak secara percuma..

Dan ini telah berlaku sejak aku kecik lagi...

Tapi yang muskilnya bila Zohor dan Asar, Imam tu lebih suka solat di rumah..

Begitu cerita adik aku...

Kau biar betul?

Sanggah aku.

"Betul bang, saya nampak motor dia, nampak dia duduk lepak depan pintu rumah sambil buat layang-layang, saya naik surau, saya azan, 15 minit tunggu, dia tak datangpun, last, saya solat sorang diri, berjemaah dengan jin..."

Oh, aku lupa nak kenalkan adik aku, seorang Ustaz, dan hafal Surah Al sejadah serta surah Al ihsan dengan baik, dan selalu jadi Iman solat subuh pada hari Jumaat. Bacaan Al Quran beliau juga sangat baik, apatah lagi bila beliau azan, suaranya sungguh merdu...

Tapi aku ada cerita lain tentang imam itu..

Satu hari waktu Zohor, aku pergi surau itu dan Azan, lepas Azan aku duduk tunggu orang kampung datang, dan terutamanya imam tu, sebab aku nampak motor dia dan nampak beliau sedang bagi makan ayam pagi tadi...

Tiba tiba Iman tu datang dan sergah..

“Siapa Azan tadi?!”

“Saya”

Aku menjawab dengan kool, sudah biasa di sergah, di caci dan di hina.. terutama dalam blog he he he..

“siapa ajar kau azan macam tu? Buat malu kampung sahaja”

Marah beliau..

Aku terus senyum dan mintak maaf lalu mintak tolong beliau ajarkan aku Azan yang betul...

Beliau betulkan Azan aku, katanya yang salah adalah Ha(di mulut) dan Hhahh(di tengkuk) tidak sama, lepas tu harakat tak stabil, dan Alif dengan Ain kena ada beza..

Lepas dan ajar aku Azan yang betul, kami solat Zohor berjemaah bersama-sama.

Hari tu ada dua orang Solat berjemaah beb...!

Nota kaki:
Kadang-kadang, melalui satu kesilapan yang kita tak tahu, pintu ilmu dan pintu ibadat terbuka untuk kita dan orang lain.

:)

IV

Dari abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi bersabda;

Sekiranya manusia mengetahui ganjaran azan dan berada di saf yang pertama dan tidak ada cara lain untuk memperolehi azan dan saf pertama kecuali dengan mengundi, nescaya mereka mengundi. (Riwayat Bukhari)

Nota:
Mengundi 5 tahun sekali.

Nota kaki:
Kadang-kadang, kita lupa untuk 'mengundi’ 5 kali sehari.

Oh!

Ps: Kadang-kadang, Kabhi Kushi Kabhi Gham...

36 comments:

Anonymous said...

Salam En Hamka...

nak jadi first poster boleh?

hamka said...

Tak sampai seminit, dah ada first komen,

ajaib sungguh..

tolong bagi nickname dan IC, nanti orang tak percaya..

Anonymous said...

Alhamdulillah,

Baru pagi tadi akak mintak anak akak tolong cabut2kan uban kat kepala. Akak siap bagi insentif. Sehelai uban - 5 sen...IYalah, orang tua2 bilang kalau uban baru nak tumbuh, kepala jadi gatal2. Ingatkan uban tu yg buat kepala asyik gatal2 je.Rupanya, ada fadhilat uban di kepala tu. Dapat ilmu baru kat blog Hamka nie.

Insya ALlah, lepas nie, takdele nak cabut2 lagi uban tu :)

azharjaafar said...

Cuba kau azan pakai bahasa melayu.
Sure satu kampung datang.

kabhi alvida naa kehna

hamka said...

Ummusarah

:)

---------
Azharjaafar

aku tak faham urdu, apa tu?

Anonymous said...

Yo! bro!
pelik bro!

Zaman DVD bro dah berlalu ?

yg bro tengok I am the legend tu dari mana ?

wayang ke ?
atau
mimpi dalam masjid ?

kalau bro tak ader jwp.
tak yah jawabler.

eh?! tk sangka pulak bro 24jam online depan pc.

aritu komen yang bernas tak terjawab pulak.

bro hamka cuma layan komen budak2 berhingus tiga-suku ker bro ?

yo!

Anonymous said...

En Hamka,

drpd ko ngaku Idrih Jusoh tu kawan kpd Kawan ko,

kan lebih senang kalau ko ngaku jer sebagai Adik kandung ko sendiri...

kan sonang....

koh..koh..koh..

Anonymous said...

Arghh!!

makin rajin plak hamka post entry baru..

biase lama baru ade entry baru..

dah komen ke 6 plak kali ni..

hahahaha!

satgi aku bace ye hamka sayang~~

MIddkA1 said...

السلام عليكم...

Hamka, memandangkan ko da menyebut tntg 'azan, boleh tak ko kongsi sikit tntg fadhilat 'azan kpd para mu'azin, para jemaah masjid yg 'iktikaf menunggu solat sambil mendengar dan menjawab 'azan?

Bnyk yg aku perlu tau sbb aku pun brpengalaman mcm ko jgk... (Segala ilmu yg disampaikan semoga dirahmati oleh الله سبحانه و تعالى).

Anonymous said...

Tumpang lalu sebentar diblog En Hamka, menarik sungguh...teringat sekali tu, ada seorang Turki (mungkin dia ni generasi Kamal Antartuk) melaungkan azan dalam bahasa ibunda dia. Kamjat semua yang ada didalam masjid. Mula-mula ingatkan dia menyanyi...

abu_ammar said...

Salam,
Bukan tempat kau je camtu...tempat aku pun sama gak. Masjid2 dan surau2 dipandang sepi je. Cuma bila ada majlis kenduri ke, tahlil ke, ceramah ke baru le ada org datang. Pastu kembali sepi tak berpenghuni...Oh.....

"Wahai insan yang alpa, kehinaan bagimu adalah kemuliaan bagiku..."

Anonymous said...

aku slow..
tolong jelaskan pasal kabhi kushi kabhi igham tu..
ustaz kat sini x layan hindustan..

Anonymous said...

bang...azan pun ade tatacara gak ke...kalo camtu tak semua orang bole azan la ye....jahilnye diriku ni....

Anonymous said...

assalamualaikum..
lama x comment blog ni..
Alhamdulillah ALLAH izin kembali ke university setelah pulang dari khuruj di USA ni.

Kepada AzharJaafar,
Hamba yang hina ini mohon sedikit pertolongan, kat USA ni x ade sistem markaz tau, keluar 40H pun x der tafaqud..

Hamba kene 'pukul' dan 'lanyak' ngan amir saf sebb die kate orang Malaysia tahu bnyak usul, so.. tiap2 muzakarah.. mesti muka ni yang disuruh nya..

Mohon beberapa perkara..
1) Boleh x update bayan dan ape2 targhib @ usul @ apa2 yang baru dan dapat mencetus semngat?

2) Mohon selalu muzakarah pasal usul dalam blog tuan..

kepada Hamka,
sorry comment di atas x berkaitan.
kepada semua brother in Islam, saye sungguh sayang saudara semua dan insyaALLAH ALLAH masukkan kita semua dalam syurga, ok?!

Doakan sama2~

Anonymous said...

Hmm, kat surau tempat aku belajar Alhamdulillah hidup 5 waktu solat berjemaah. Tapi bila balik kampung, surau tak berapa idup.. Orang kampung pecah hati... Sedih, apakan daya. Allah saja yang tau.

hamka said...
This comment has been removed by the author.
Azlan Zed said...

sudahkah anda 'mengundi'? ;)

Anonymous said...

simple dan menarik

jazakAllahhukhaer

hamka said...

tiga-suku. I am the legend

Aku baca kat enternet blog ulasan filem member aku..

Err, siapa ada DVD copy cerita tu? Aku nak pinjam…

---------
Enam Kaki Dalamnya

Maaflah, kawan kepada kawan aku tu kurus dan ada sedikit misai, spontan aku teringat idris josoh, jika dia gemok sikit, ada janggut sikit, dan ada tahi lalat, tentu aku spontan akan sebut nama Haji Hadi..

Maafkan aku, semuanya spontan.

koh..koh..koh..

-----------
Ansar @ Bungamelur

Kau bukan no 6… belum tolak komen bosan yang aku tak publish he he he..

---------
Midkazen

Ada masa, lain kali, insyAllah..

---------
Che wa wa

Tapi akhirnya, apa sudah jadi pada Turki.. ?

---------
abu_ammar

Aku sedang belajar juga, semoga Allah bagi kekuatan untuk amal…

---------
jangan minum coke

Menurut Ustaz yang berbangsa Hindustan, yang datang Malaysia baru-baru ini, kabhi kushi kabhi gham tu.. bermaksud, kadang kadang suka, kadang kadang tak suka..

Wallahu’lam..

-----------
alshadid

belajarlah, semua kena belajar.., sampai jadi mayat.., sama-sama niat belajar..

tu agaknya orang melayu baca talkin pada mayat kot, nak ajar mayat kat liang lahad kot..

---------
Wan Mohd Faiz

:)

---------
bakalmayat

Ada yang tak pergi surau kerana politik.., pecah hati..

kesihan.

-------
alan zed

tapi sekarang memang tak payah mengundi saf pertama, sebab selalu lengang..oh (ni kamupung aku ler ni)

----------
ainohikari

sebenarnya isteri aku yang tulis entry ini, aku hanya berkata-kata sambil baring dan isteri aku yang duduk depan komputer taip satu demi satu, lepas tu aku edit, dan post, simple..

Anonymous said...

Wow, di USA pn maju jgk kerja ni... Magnificent!!!
Tumpang tanye yer Faiz, nama apa blog En. Azhar Jaafar?
Nk tgk jgk...
hehehe...

P/S : I think u know me..keh3x...

Anonymous said...

salam bro hamka..

ingat saya lagi??
pemuda yang pernah ada masalah ngn seorg gadis dan pernah minta pendapat bro dan akhirnya berkahwin dgn gadis tersebut dan sekarang sdh mempunyai baby yang dah nak masuk setahun umurnya..

slalu baca blog ni..tapi agak kurang berminat utk membaca komen yang akhir2 ini agak memeningkan kepala..sbb tu saya baca saja dan agak jarang tinggalkn komen..setakat mengambil apa yang baik dari tulisan bro.. dan yang saya rasa kurang baik itu saya tolak ketepi..kurang gemar mahu berdebat..bnyk perkara lain yg bole sy buat..."prioritize ur priorities"


terima kasih untuk perkongsian kali ni..

Anonymous said...

surah ihsan tu surah yg ke berapa ye.? en. hamka salah eja ke aku yg jahil ni?huhu...

deennasour said...

tak payah buat azan dlm bahaa melayu saudara azharjaafar,,
cuba baca talkin dalam bahasa melayu masa kat kubur,,
mesti yg dekat kubur tu,yg pg ziarah atau ikut tanam mayat atau usung mayat kat kubur, cabut balik umah pg beribadat..
ketar lutut baca melayu version talkin tu beb~

kasi 50sen sekali solat di surau pun akan dtg berduyun2 org,,

hamka said...

Abe Mat

Right klik kat komen Azharjaaf…

---------
Hamba Allah

Aku ingat kau..

Seorang yang membuat keptutusan sendiri setelah bertanya pada ramai orang.

: )

Semoga berbahgia dunia akhirat..

----------
aku

Dah lah aku tak hafal surah tu, nama surah tu pun salah..oh!
Al insan.

----------
deennasour

Iman dan bilal dah ada gaji, hari hari mereka datang waktu bertugas.
Mungkin lepas ni nak kena ada gaji makmum pula, oh
Saf pertama mahal sikit kot..

Walhal dah ada ‘gaji dari Allah..

Anonymous said...

Hamka! Ade jemaah dari Malaysia nak datang USA... (Dalam bulan Februari)
Weee..

Seronoknya!

Setakat ni 5 orang je baru dapat visa, ade dalam 2,3 orang lagi..

Kalau saye ade cuti memang saya nak ikut diorang semua!

Tapi saya kene ke university, insyaALLAH, ALLAH bantu semua hamba2 NYA.

Make dua for me InsyaALLAH

Anonymous said...

Wan Mohd Faiz,

Jangan lupa bawa mereka ke RI, ke Pawtucket dan cari Johnston Mosque di 1st avenue...

Orang Islam di sana perlu pertolongan

Anonymous said...

Brother,
insyaALLAH bos!

hamka said...

Bukan orang tabligh sahaja yang kena pergi, orang XYZ, ABC pun boleh...

Taichee~@! said...

Salaammm Bro Hamka:-

Lama aku tak jenguk blog ni. Mcm ko dapat ko punya penulisan cam dulu dulu...syabas..!

Beb, saja mo bagitahu, aku cilok (atas kredit tok ko) pasal DEBAT Style Nabi...and de same time promosi blog hang nih..

Teruskan menulis cerita2 best cenggini...

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Yeah.. kasi terbakar itu syaitan..

I LIKE!!!

Kembali seperti dulu.. Alhamdulillah.. Yayy.. Hehehe..

P/S: pnh baca blog azhar jaafar.. tp biasala.. read first, comment later2 la.. hehehe.. any blog to suggest?

Lailahaillallah.. Tiada Tuhan selain Allah..

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Yeah.. kasi terbakar itu syaitan..

I LIKE!!!

Kembali seperti dulu.. Alhamdulillah.. Yayy.. Hehehe..

P/S: pnh baca blog azhar jaafar.. tp biasala.. read first, comment later2 la.. hehehe.. any blog to suggest?

Lailahaillallah.. Tiada Tuhan selain Allah..

Anonymous said...

camne nak sebut "woha"?

hehe~

hamka said...

entah, itu tindakan refleks..

Anonymous said...

hurm...

Chenta_Ina Mohamad said...

walaupun terlewat baca.. lepas ni x mo cabut uban dah... biarlah putih.. sya pun bertudung yang nampak pun en. suami dan anak-2 tersayang... lepas ni bila anak kata "mama banyak nye rambut putih".. saya akan jawab "sebab mama dah tua" (walaupun hati perasan muda..woha..)

hamka said...

aku tua dalam pertimbangan