Jan 30, 2008
Betul ke Tafsir ini?
(Aku bukan nak Tafsir Hadith, Tapi aku Tafsirkan benda lain atau aku namakan Tafsir ini sebagai Tafsir Monolog-Monolog dan cerita-cerita yang di petik dari nota-nota kehidupan menempuh ranjau realiti)
Cerita I
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Imam ialah seorang yang bertangung jawab, dan muazzin( juru azan atau bilal) adalah seorang yang memegang amanah (waktu), Wahai Allah, berilah petunjuk kepada para Imam dan berilah pengampunan kepada para Muazzin.”
(Riwayat Abu Daud)
Hadith lain, "Allah murka kepada mereka mereka yang melantik dirinya senidir jadi Imam, sedang orang ramai tidak suka kepadanya…"
(Riwayat Buznama)
Nota:
Berada di Surau yang tiada AJK, IMAM Dan Bilal yang khas akan menimbulkan suasana konflik iaitu tolak menolak tak mahu menjadi imam. Maklumlah masing-masing faham hadith diatas.
Dan semalam kejadian ini berlaku untuk kali yang ke berapa ntah pada waktu zohor dekat surau ofis aku. Lalu terdengarlah dialog-dialog seperti di bawah..
“Kau lah jadi imam, kau ler,”
“kau dah kahwin,”
“kau lebih tua,”
“kau lebih alim,”
“kau ramai anak”
“janggut kau lebih panjang”,
“jangut anak kau lebih panjang”
“Aku belum mengundi dua kali, kau ler jadi imam”
“Kau dah pergi haji”
“Suara kau merdu”
“bla bla bla ..”
“itu ini begitu begini..”
Aku sendiri enggan jadi Imam, dan ‘Puas’ juga aku tolak kawan-kawan aku yang lain jadi imam, pun dia enggan, contohnya si Mamat ni, terus tabah teguhkan kuda-kuda, pegun di lantai laksana tiang pasak..
Sementara kami tunggu rakan-rakan yang lain ambil wudhu, akupun bermonolog..
“Kita telah abaikan kesihatan untuk cari harta waktu muda-muda, dan habiskan harta waktu tua untuk dapat kesihatan kita balik..”
“aku bukan orang sebegitu” sanggah seorang rakan yang mungkin terasa aku perli dia.
“Aku belum habis lagi” sanggah aku balik sambil tersenyum,
“Dan…”
Aku telan air lur, sambung balik monolog..
“Namun hakikatnya di hujung usia, kita bakal kehilangan segala harta dan kesihatan, yang patut di buat tak di buat, yang tak patut di buat pula terbuat-buat, mengangislah kita jika termasuk dalam golongan yang mengabaikan ugama…”
“aku bukan begitu dan aku tak ingin jadi begitu” sampuk si Mamat,
“Dah jumpa!, Inilah Imam kita hari ini,”
Kata aku sambil menyorong Mamat ke depan…, Dan Mamat jadi Imam kami hari itu.
: )
Tafsir Nota:
Lelaki yang tidak berebut menjadi pemimpin aku tafsirkan sebagai: lelaki-lelaki yang faham ugama (dan layak dimadukan oleh janda, balu atau andartu bagi menambah baikkan keboleh harapan akan ummat akhir zaman genarasi kelak mendatang.)
Cerita II
Buznama meriwayatkan:-
"Kehidupan di dunia ini laksana seorang musafir yang berjalan jauh, dan berhenti rehat di bawah pokok, sebelum menerusakan perjalanan seterusnya”
Nota:
Pernah dengar lagu 'Musafir di Aidilfitri?' Aku tahu raya lambat lagi, tapi aku ada cerita pasal seorang musafir..
“Jom solat Asar berjemaah”
Aku mengingatkan rakan aku yang asyik bekerja dan tak pernah menolak ke masjid bila di ajak..
“Aku musafir hari ini..”
Jawab beliau dengan selamba..
“Betul?”
Aku minta kepastian,
“Bini aku dapat posting di pendalaman Pahang, jarak dari sini 120km, tadi aku dah buat Qasar dan jamak takhdim..”
“Oh, begitu.., Kau lalu ikut jalan mana?, ikut highway atau jalan lama?, kalau ikut jalan lama kau boleh nampak kuil besar disebelah kanan, bukan?..
Beliau angguk.
“Musafir di hari Thaipusam!!!” Spontan aku bergurau dengan beliau..
Beliau geleng kepala sambil tersengih 70% …
Tafsir Nota:
Geleng itu aku tafsirkan sebagai: geleng lelaki yang berterima kasih kepada Allah lantaran menerima hadiah dalam bentuk jamak qasar hasil menempuh perjalanan sama atau lebih dari dua marhalah, dan orang yang dah lama ‘bermusafir’ atas dunia ni sehingga menjadi tua bangka warga emas sedang hati tidak syirik dengan Allah juga bakal mendapat hadiah dari Allah…, bagus bukan?
Cerita III
Abdullah bin Rawahah bercerita:
"Di sisi kami ada Rasulullah yang membaca kitab Allah. Ketika itulah kebaikan bergemerlapan memancar dari fajar. Beliau memperlihatkan petunjuk setelah kami buta. Dan hati kami percaya apa yang disabdakan bakal terjadi. Beliau bermalam dengan menjauhkan lambung dari hamparan di kala pembaringan-pembaringan terasa berat oleh orang-orang yang mempersekutukan Tuhan."
Nota:
Jam 3 pagi lebih kurang, aku tersedar setelah terdengar anak aku menangis dari dalam bilik, anak yang kecik sekali, aku tidak bertindak apa-apa kerana aku juga sedar isteri aku di sebelah telah sedia bangkit dan pergi buat susu, dalam perjalanan ke bilik anak, kami telah bertentang mata, dan aku cepat-cepat tutup mata pura-pura tidur, badan aku pegun tidak bergerak…, kami bertentang mata kerana malam itu kami tidur kat ruang tamu, sajer tukar lokasi sekali sekala..
3 minit kemudian, anak aku nombor dua pula yang menangis nak susu, isteri aku seperti tayangan replay action, bangkit lagi sekali dan pergi lakukan aksi yang sama tapi sasaran yang berbeza.
Aku masih pegun dan tidak bergerak seperti tadi, yang bergerak gerakpun hanyalah kelopak mata sekali kala.
“saya tahu abang tak tidur”
Aku terus tersengeh, senyuman 50 %.
“Kasihan abang, macam orang pantang beranak,”
Perli isteri aku, sambil tangan ligat bancuh susu dalam botol..
Aku jawab:
“awak jangan salah faham..”
Dari posisi terlentang, aku mengiring ke kanan dan menyambung kata-kataku..
“Abang sedang belajar menjadi ayah kepada ramai anak, beginilah caranya bukan?…he he he.”
Isteri aku terus gelak!
Tafsir Nota:
Gelak isteri aku itu di tafsirkan sebagai: gelak nak marah tapi tak jadi sebab takde idea nak marah sebab dah faham akan perangai lelaki-lelaki akhir zaman..
Dan tangisan anak aku jam 3 pagi itu pula aku tafsirkan sebagai:
Tangisan sedih kerana Ibu bapa mereka mengekalkan lambung kanan di tempat tidur masing masing sedangkan waktu paling mustajab bermunajat kian hampir berlalu…Oh!
(Aku sangka aku sedang lena di ulit intan, tapi rupa-rupanya aku sedang lena di ulit syaitan… oh! Oh! Oh!)
Cerita IV
Dari Aisyah r.ha menceritakan, ketika Nabi Muhammad SAW sakit tenat, maka baginda telah memohon keizinanan kepada isteri-isterinya yang lain untuk dirawat di rumah ku, mereka mengizinkanya. Ketika waktu solat tiba, Aku melihat baginda di papah oleh dua orang ke masjid yang (disebabkan lemah) kedua kakinya terseret ke bumi.
( Riwayat Bukhari)
Nota:
Aku tak pernah lihat orang sakit di papah ke masjid untuk solat berjemaah. Mungkin kerana ‘kaki aku belum jauh berjalan di atas muka bumi untuk melihat akibat akan mereka-mereka yang mendustakan ugama’, namun jika ada yang sakit di papah ke masjid, tentu orang islam sendiri ada yang akan mencemuh bahawa kita bertindak zalim kepada si pesakit, lalu timbul soalan dalam benak ini, iaitu berapa ramai pesakit yang tak nak pergi solat berjemaah dengan alasan sakit Dan berapa ramai yang sihat wal afiat tapi malas pergi masjid?
Semoga Allah ampunkan dosa aku dan kamu, dan beri peluang serta kekuatan untuk kita buat perkara yang betul…
Tafsir Nota:
Aku tafsirkan orang yang sakit tapi rela di papah untuk pergi mengundi 5 tahun sekali adalah orang yang faham hakikat satu undi ‘mampu’ mengubah dunia buat sementara waktu, dan aku berharap beliau juga faham bahawa satu waktu solat berjemaah pula ‘mampu’ mengubah akhirat buat selama-lamanya.
Habis monolog dan tafsir aku hari ini. entah apa-apa ntah?!
Sekian.
Ps: Ya Allah, berikanlah setiap poket orang islam ada minyak wangi dan kayu sugi, di dagu orang islam ada janggut, dan di dalam kepala orang islam ada fikir Nabi Muhammad SAW….. (amin..)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
Tips untuk elak jadi imam;
1.Cepat2 bangun dan iqomat lepas tu kata, "Haa, aku dah iqomat, korang la jadi imam."
2.Lambat2 kat tempat wuduk, walau pun dah lama selesai wuduk sambil menjenguk2 dalam surau, kot2 siapa dah naik jadi imam.
*Yang paling baik, belajar solat hingga kita boleh jadi mufti dalam solat. Kemudian mengimami orang ramai.
huh.betul ke aku menjadi pengkomen yang pertama ni???
harharhar
"..lalu timbul soalan dalam benak ini, iaitu berapa ramai pesakit yang tak nak pergi solat berjemaah dengan alasan sakit Dan berapa ramai yang sihat wal afiat tapi malas pergi masjid?.."
aduhhh!
Ps: Ya Allah,.."dan di dalam kepala orang islam ada fikir Nabi Muhammad SAW….. (amin..)
ana suka saudara doa spt itu..
ana nk tambah;
"semoga org islam berasa risau, gundah-gulana dan bersalah jika dalam sekerdip masa, hati meraka lupa akan cinta Rasulullah SAW dan ALLAH SWT.. sesungguhnya cinta-Nya sungguh suci.. dan seharusnya memenuhi hati ini"..
wallahuaklam
subhanallah.. Islam itu sgt indah :)
teruskan bermonolog. kerna monolog membuat kita terus berfikir.
“Abang sedang belajar menjadi ayah kepada ramai anak, beginilah caranya bukan?…he he he.”
waaa apa maksudnyer ni? sorry la aku slow.
janggut di dagu lelaki2 Islam dahlah..
boleh saya bertanya?.kayu sugi tu boleh tak digantikan dgn berus gigi, kerana fungsinya sama saja, membersikan dan mensucikan gigi.saya macam penah terdengar dri pemimpin atas, nabi dulu ada janggut sbb tak ada pencukur?.
saya harap kita jadi mayat yang terpilih.
assalamualaikum
hmm cam x caye jadi first,
sebenarnya umat hari ini, x dapat bezakan yang mana perkara besar dan yang mana perkara kecil, yang kecil dianggap besar yang anggap kecil, terlalu kecil, kadang2 x rase ia wujud langsung,
bila ada yang besarkan perkara besar kita pula yang kena marah sebab memperbesarkan perkara yg kecil kate mereka.. subahanallah.. MAHA SUCI ALLAH.
ASSALAMUALAIKUM..
tak sangka dapat jd first..
macam cerita pendek plak kali ini... :)
makin hari makin tua, sampai masa kena seret masuk dalam kubur walaupon dihati x rela... :(
Assalamualaikum. Moga Allah Azzawajal beri kita kefahaman perintah Allah dan Sunnah Rasulullah SAW.
"Ketika waktu solat tiba, Aku melihat baginda di papah oleh dua orang ke masjid yang (disebabkan lemah) kedua kakinya terseret ke bumi." - arrgghhhh teruknya aku!!!
Tafsiran yang bernas la...
Cukup bernas.
azharjaafar
lepas ni boleh bagi tips berebut jadi bilal
: )
---------------
yang mati akal
kau bukan pengkomen yang pertama
dan kau mememang pecinta wanita..
-------------
nisa nine
Tambah jangan tak tambah..
---------------
kurung ijau
sementara belum jadi mayat…
---------
Anonymousyangmengakuslow
Baca lagi dan baca juga tafsir gelak bini, aku, dan agguk tanda faham he he he
-----------
ali
ya, aku maksudkan lelaki..
sory.
-------
saya
dulu bila Nabi nak panggil orang bersolat, ada macam-macam teknologi yang di cadangkan oleh sahabat baginda.., loceng, gendang, nyalakn api dan lain-lain.
tapi Nabi ambil yang betul dan mudah di buat oleh semua orang.., iiatu AZAN.
So cuba fakir balik.
ps: kayu sugi tak perlu ubat gigi.
---------
sayuri
kau bukan first..
tapi cuba qadha dengan jadi orang first ke masjid
: )
-------------
ahmadbusu
Loloq dah meninggal..
--------------
ibnu tamrin
Amin..
---------
aszmin
Aku pun teruk, jom taubat!
----------
Jiji, 25
Beras pilihan bernas…
Heh!
lol pakcik,
kau mengajar orang supaya mengelak jadi imam, lambatlah solat aku ini macam. sudah lah azan sekarang agak lewat.
Betul kata bro hamka, arini ramai orang sanggup dipapah untuk pergi mengundi tapi takramai sanggup dipapah pergi solat berjemaah di masjid. alangkah bagus jika kedua-dua perkara itu diambik fikir dan faham.
....
monolog yang ringkas dan berkesan, insyaAllah
Aku takut gak jadi imam. Sorang makmum xsk aku, naya aku nak menjawab nanti. Tapi kat univ aku, asyik aku je jadi bilal n imam pada jin. doakan aku kawan2, semoga Allah SWT bagi hidayat pada aku n dak2 kat sini. Kena usaha lagi dan lagi ni. Xgitu ke Hamka?
p/s: to saya,
jgn la dgr nasihat pemimpin mcm tue. cakap xpikir. Nabi SAW n para sahabat xsimpan misai. Abis tue macamana diorg cukur? N rambut Nabi SAW n sahabat2 xpenah panjang ke? Camne leh selalu kemas je? hahh.. jeng.. jeng.. itulah tandanya mereka mampu cukur mahupun potong ape sekali pun. Kl xda shaver, pedang bleh pe. Setakat pedang ng para sahabat tue macam kita ng handset je zaman ni. No problem py larr.. Hehe. Blaja2 la simpan janggut. Xnk bidadari gayut ke? :p
Maryam Abu Ahmad
Maksud kau kahwin ke? Imam suami?
Ke gitu?
He he he..
----------
ainohikari
aku pun sedang belajar fikir dalam-dalam..
-------------
afif as naufif
pedang, minyak wangi dan kayu sugi, macam handest zaman sekarang kot.. he
afif as naufif kt "Blaja2 la simpan janggut. Xnk bidadari gayut ke?"
betul ke ni...gelak dulu boleh ke...hahahaha :)
Aku masih Mencari IMAM aku.
Bagos bermomolog begini, buat kita berfikir dan bermuhasah...
hamka.. aku tambah satu lagi. kain serban kat bahu.. hehe..
cangkul, bleh thn gak ko gelak ek.. simpan dulu baru ko raser feel.. lagi labuh, lagi best.. macam saidina umar, bolayan..
assalamulaikum
bagus pak cik punya blog...kelakar yang berinformasi...teruskan menulis...semoga malaikat juga turut terus menulis di sebelah kanan...saya doakan semoga pak cik terus berjaya dengan kereta mayat...
cangkul
Ha!
----------
taichee~@!
Berkongsi IMAM, apa salahnya?
----------
afif
benar!, kain serban itu boleh buat tutup mayat jika mati mengejut..
----------
van qif
walaikumusallam
amin..
PuteriKecil
Ya Allah, berikanlah setiap poket orang islam ada minyak wangi dan kayu sugi, di dagu orang islam ada janggut, dan di dalam kepala orang islam ada fikir Nabi Muhammad SAW….. (amin..)
....Hehehe....(";)
sy ni mg suka bawa minyak wangi.. tp jarang2 pakai ar.. ikut mood jer.. kadang2 pakai pasal nak rasa wangi.. tapi bla kwn dah sampai tegur siap tanya "harum... minyak per ni.." alamak... ni yang tak syok ni... dah jadi dosa lak..
sebotol SILKIGIRL yang bharga kira2 RM6.90.. aku boleh guna hingga 6 bulan.. hehehe...
setahun RM13.80sen
murah kos 'bela' kamu..
he he he
Post a Comment