Nov 29, 2007

Janji Melayu?

(Harap masalah ini dapat di di siarkan di TV3 atau di akhbar Mingguan Malaysia)

Assalamualaikum, kepada semua pembaca blog kereta mayat yang aku hormat dan muliakan sekalian, dah banyak soalan yang korang tanya aku, dari soalan yang panjang berjela kepada soalan yang mengarut gila, dari soalan yang membuat kepala rentung kepada soalan-soalan yang berbentuk kartun, dari soalan yang aku jawab secara langsung kepada soalan yang aku tak pernah jawab langsung, maka sebagai manusia biasa, aku juga ada masalah yang ingin di kongsi, harap korang dapat membantu.

Masalah aku begini,
Aku ada dua orang anak lelaki, seorang berumur 4 tahun dan seorang lagi berumur 3 tahun, muka hensem macam aku dan perangainya memang macam budak budak, iaitu asyik bermain, bergurau senda, lari lari, panjat memanjat, terjun dari tempat tinggi, bergolek dan berguling, buat aksi akrobatik, bergelimpangan dan sebagainya.

Bila malam nak tidur pula, yang ni usik yang tu, yang tu usik yang ni sambil ketawa-ketawa.

Aku yang tidur bilik sebelah bersama isteri sambil belajar biology pun turut terganggu.

Oleh kerana aku tak kenalkan anak aku dengan hantu dan tak ajar mereka takut pada hantu, (takut hanya pada Allah) maka anak aku bila terkejut jam 3 pagipun, masih pergi main main, kadang-kadang berdua, kadang kadang seorang.

Lantak merekalah., jangan ceroboh masuk bilik ayah sudah..

Jadi oleh kerana mereka tak takut pada hantu, aku tak ada idea macam mana nak ‘rasuah’ untuk suruh mereka mengamalkan sesuatu yang baik, seperti duduk diam-diam, jangan rosakkan harta benda awam, jangan bergurau dengan kemaluan, jangan sertai perhimpunan haram dan sebagainya, kalau aku cakap hantu datang cekik mereka, mereka bukannya paham, dan tak takutpun, sebab aku ajar mereka hantu tu macam kucing, (setelah mereka tanya hantu tu apa, pada satu hari kerana dengar anak jiran takutkan mereka dengan hantu)

Tapi Ok jugak budak-budak ni aktif, biarlah mereka menikmati zaman tak boleh solat dan tak payah tutup aurat ni, dah umur sepuluh tahun nanti tahulah aku melempang mana yang patut, rotan aku dah beli dah..

Namun sebagai budak budak, mereka sangat susah makan sayur dan susah nak makan nasik, puas aku dan isteri aku memujuk, tapi mereka tetap tak nak, mereka nak makan lauk sahaja, itupun sedikit, , tambahan pula kartun Popeye the Sailor Man dah ketinggalan zaman sekarang ni, Crubby Patty yang Sponge Bob masak kat Krusty Crab itupun mereka nak buang sayur, tak nak gigit roti dan nak makan daging sahaja, itupun dengan kuantiti yang amat sedikit.
Jadi itulah masalah aku, bagaimana nak pujuk anak supaya makan sayur dan nasik?.

(aku dah bagi pil vitamin tapi masih begitu juga, aku juga tak ajar anak aku makan makanan ringan)

Namun, sebagai manusia, kanak kanak akan sanggup bermujahadah (makan nasik dan sayur) jika kita bagi hadiah untuk mereka, atau dengan nama buruk rasuah, alahai korangpun macam tu, nak rumah besar, kereta besar, sanggup susah payah tinggal anak bini cari rezeki, dan bila mati pulak dah tentu nak bersetubuh dengan bidadari, lalu sabar beribadat.., itu cerita lain.

Tapi masalahnya sekarang, aku dah berjanji dengan anak aku satu perkara yang bakal menggembirakan mereka, tapi bila mereka dah makan nasik dan sayur, aku pula yang gagal laksanakan janji aku tu..

Inilah masalah besar yang melanda aku sejak dua minggu kebelakangan ini..

Iaitu gagal menunaikan Janji !!

Dah dua kali aku berjanji dan dua duanya tak dapat aku tunaikan!!

Korang tahu bukan apa perasan anak aku bila dah dua kali ayah mereka tipu mereka, aku tak nak menipu mereka lagi buat kali ke tiga. Aku takut mereka akan anggap aku sebagai munafik, lalu derhaka pada aku bila dah tua kelak.. oh!

Bila aku terbaca entry dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali, point yang ke 27 dalam bab itu mengatakan bahawa, ibu bapa akan menjadi gagal apabila tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak, membuatkan aku takut..

Aku tak nak kerana kesipalan aku, anak aku sudah belajar tentang 'janji Melayu'.

Sebagai seorang islam, janji adalah antara perkara yang besar. Menunaikan janji adalah kewajipan ummat islam selagi tidak bertentangan dengan akidah…

Mungkir janji termasuk antara dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

Dalam Quran ada cerita tentang manusia yang yang berjanji tapi tidak menunaikannya lalu Allah menjadikannya orang munafik dan dijanjikan pula dengan masuk neraka, (rujuk 75-77 Surah At-Taubah)

Berjanji adalah perkara yang penting, menunaikan janji lagi-lagilah penting!!!

Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Dan janji Allah dan RasulNya pasti di tunaikan…

Nabi pernah berJanji bahawa kerajaan Parsi akan jatuh di tangan Ummat islam, sebagai bukti Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar r.a dengan linangan airmata terharu akan betapa benarnya janji Allah dan RasulNya lalu menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah bin Malik r.a.

Nabi Muhammad SAW juga pernah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki). Instabul adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah, pendek cerita, akhirnya Sultan Muhammad Al- Fatih telah berjaya menawan Konstantinople..

Kemudian mari kita lihat janji Allah pula:
"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"

Itu adalah janji Allah. Ayat ini biasa di guna oleh para pejuang islam dalam usaha mendapatkan Negara islam..

Apa itu negara islam? Korang paham ke apa itu negara islam?, Kereta islam?, politik islam?, dan zoo islam?
Aku tulis lain kali bab ini, tapi sebelum tu cuba korang baca ayat ini tentang janji Allah..

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa…”
[al-Nur 24:55]

Tafsir oleh ulamak (bukan aku) akan ayat ini adalah.., Allah menjanjikan Negara islam kepada ummat islam apabila sebahagian besar ummat islam telah menjadi orang yang soleh, bermaksud Negara islam akan dapat bila kita buat amal soleh, maka Negara islam adalah termasuk dalam janji Allah kepada mereka yang beramal soleh samalah jugak seperti janji Allah nak beri pahala dan shurga kepada orang yang bermamal soleh..

Maka korang tak boleh jadikan JANJI ALLAH iaitu Shurga, pahala dan Negara islam sebagai maksud perjuangan!! kerana di situ tidak ada ikhlas.., IKHLAS adalah buat hanya kerana perintah Allah,

Jangan jadikan JANJI ALLAH sebagai maksud!!!

Tapi jadikan KEREDAAN ALLAH sebagai maksud, itu yang sahabat dan nabi buat, sebab tu bila sahabat berhijrah ke Habsyah tak dapat Negara islam mereka relax sahaja, kerana mereka jadikan KEREDAAN Allah sebagai maksud, sebab tu bila nabi SAW pergi taif dan tak dapatpun Negara islam, tapi Nabi cool sahaja, kerana nabi just nak redha ALLAH !!!

Dalam ayat di atas:
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH akan bagi Negara islam,

Atu nak bagi senang paham,
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH bagi shurga!!

Korang faham tak???
JANGAN JADIKAN JANJI ALLAH SEBAGAI MAKSUD, KITA KENA JADIKAN KEREDAAN ALLAH SEBAGAI MAKSUD..

BILA KITA DAPAT ALLAH, KITA AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Kita akan dapat pahala, ketenangan hati, rezeki berkat, anak soleh, isteri solehah, pahala, shurga, dan Negara islam!!!

DAN BILA KITA TAK DAPAT ALLAH, MAKA KITA TAK AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Malahan kita akan dapat dosa, susah hati, rezeki sempit, anak derhaka, isteri curang, dosa, neraka, dan kerajaan yang zalim!!!

********
Arghhh, aku dah tersasar dan bermosi pula, bermula dari cerita anak aku yang tak nak makan sayur dan nasik, berakhir pula dengan cerita pembakang yang nak Negara islam, (tapi terlupa beramal soleh.., akupun..isk)

Baiklah aku tammatkan entry ini di sini, karang naik syekh pula, berbalik kepada masalah aku.

Masalah aku adalah,

Pertama:
Aku tak pandai nak pujuk anak aku makan sayur …

Kedua:
Aku dah janji dengan anak aku jika mereka makan nasik dan sayur ayah akan bagi mereka sesuatu habuan tapi aku gagal menunaikan janji..

Habuan ini aku dah janjikan dua kali, tapi kedua-duanya gagal aku tunaikan iaitu pada hari Ahad jam l1.30 pagi pada minggu lepas(25 hb N0V 2007) dan minggu lepas yang satu lagi (18hb Nov 2007).

Ini semua adalah gara gara aku membaca Mingguan Malaysia ruangan Intisari rangcangan yang menyatakan Ultraman MAX akan di tayangkan di TV3 jam 11.30 pagi,

Akupun terus menjanjikan anak aku peluang menonton Ultaman Max dengan sayrat mereka kena makan nasik dan sayur, merekapun makanlah.., tapi tunggu punya tunggu TV3 siarkan rancangan lain, iaitu Detective Conan, tak mengamuk anak aku?,

Apa ke jadah Detictive Conan di tayang dua kali, iaitu pada jam 11.00 pagi dan 11.30 pagi? adakah Technician TV3 silap? Kalau silap kenapa sampai dua minggu berturut-turut? Mana janji islam hadrari kamu yang di nyatakan di perkampungan hadhari tempoh hari? Dan jika tayangan Ultraman Max bermula Desember depan, kenapa Mingguan Malaysia hari Ahad melaporkan berita yang salah? Adakah Mingguan Malaysia yang tersilap atau TV3 yang tersilap?

Tak ke Hampeh?!!!

Ps: Aku nak boikot TV3 dan Akhbar Mingguan Malaysia, siapa nak joint?!

Nov 25, 2007

Bagaimana nak berPOLITIK?

(Entry yang menyelamatkan negara)

Maha Suci Allah yang dengan kehendaknya telah membuatkan Nabi Muhammad SAW telah melakukan beberapa ‘kesalahan’ dalam ibadah, yang mana Hikmahnya adalah, Ummat akan dapat belajar bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul dalam beribadat kepada Allah.

Sebagai contoh, apabila Nabi terlupa bacaan ayat dalam solat, atau Nabi tertinggal raka’at dalam menjadi imam, atau Nabi tertinggal solat jemaah, dan lain lain lagi, lihat bagaimana daripada kesalahan itu, Nabi terus menunjukkan cara pembetulan,

Malahan kesalahan ini adalah di sengajakan oleh Allah ke atas NabiNya yang mana Ummat akan dapat belajar secara langsung dan lebih faham kerana ianya berlaku secara praktikal.

Dengan ilmu ini, orang yang melakukan kesalahan secara tidak sengaja dalam ibadah akan dapat meneruskan ibadah mereka tanpa perlu merosakkan ibadah tersebut.

Alangkah baiknya perkara ini!

Maha Suci Allah yang telah mebuatkan Nabi Muhammad SAW telah melakukan ‘kesalahan’, dan beruntunglah mereka yang mengambil manfaat dan renungan daripada kehendakNya yang Maha Mengetahui.

Oleh yang demikian, asbab ‘kesilapan’ Nabi, setiap masalah yang timbul dalam ibadat nampaknya telah berjaya di selesaikan dalam ummat. Alhamdulillah..

Walaubagaimanapun, setelah 1400 tahun berlalu, kelihatan Ummat islam menjadi semakin hina dan terpinggir, Ummat islam menjadi tidak pandai dalam meyelesaikan masalah ugama, malahan telah menukar ‘kiblat’ penyelesaian, iaitu masing-masing mula menggunakan kaedah yahudi atau Bida’ah dalam menyelesaikan masalah ummat..

Apabila di tanya:

"Kenapa kamu bertindak demikian?"

Lalu di jawab mereka: "inilah jalan terakhir, kita tiada pilihan…"

"Tiada pilihan?"

Janganlah keluarkan statement seolah-olah Al Quran dan Al Hadith telah tidak releven, jangan sekali-kali berbuat sesuatu yang seolah-olah membatalkan ayat suci Allah dalam mencapai matlamat kamu..., dalam membenarkan modus operandi kamu..., dalam menghalalkan yang haram...

Jangan menjadi Hampeh...,

Kita telah lama bersenang lenang di celah kangkang isteri, dengan apa yang kita sedang buat, adakah maut akan menunjuk jalan ke shurga?, atau orang kafir yang menyerang kita akhirnya membuka jalan ke shurga...?

Apakah Masalah Ummat Islam?
Di mana mana sahaja terlihat akan bagaimana buruknya orang kafir melayan orang islam, ummat islam telah di sakiti, di dera, di seksa, di rogol, dan di bunuh.. Penderitaan di Palestin, di Bosnia, di Iraq, di Iran, di Somalia, Algeria, Pakistan, India dan sebagainya, seolah-olah tiada penghujung, apatah lagi setelah targedy "wake me up when september end”.

Lalu bangkitlah Ummat islam yang sedar akan kepentingan ini, lalu cuba menyelesaikan masalah ummat, namun di atas jalan yang sama orang islam telah berperang sesama sendiri yang membuatkan ummat terperangkap dalam kemurkaan Allah lalu di hukum hidup di bawah penguasaan Raja yang zalim.., yang berjari besi, bergigi besi, dan berkuku besi berani!!

Di bawah hukuman ini sedarkah bahawa kita tidak akan dapat pertolongan dari Allah selagi kita tidak kembali kepada ajaran Nabi Muhammad SAW yang asal?...

Tapi Ummat masih tidak sedar, dan akhirnya kita telah hidup dalam suasana berpecah belah, berpuak-puak, saling khianat mengkhianati, caci mencaci, dan akhirnya saling bunuh membunuh sesama islam... dan masing masing seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletup sahaja.

Bang Beng Bong!

Bilakah berakhirnya Perang antara Puak kanan Islam vs Puak kiri islam?
Kalau di sekitar Tanah Arab, kita boleh lihat bagaimana perperangan yang berlaku di antara orang islam yang di kenali Puak Sunni berperang dengan orang islam yang di kenali Puak Syiah. Iraq vs Iran.

Selepas tragedy “wake me up when september end”, Amerika telah mengambil peluang ini untuk menjejak Osama bin Ladin selaku ketua Al Qae’da di Afghanistan, dan kita boleh pula melihat bagaimana perperangan yang telah berlaku di antara orang islam yang di kenali puak Talibban berperang dengan orang islam yang di kenali puak Pakatan utara.

Yang lebih senior, perperangan yang berlaku di antara orang islam yang di kenali golongan Hamas berperang dengan orang islam yang di kenali golongan Fatah di Palestin.

Dan di mana mana sahaja Negara yang di perintah oleh orang islam, akan terdapat penentangan daripada haluan kiri, seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir atau di Malaysia sudah tentu parti berjenama islam iaitu parti PAS.

Pendek kata, apabila orang islam berperang dengan orang islam, maka sudah tentu kerugian akan berlaku pada ummat dan makin mudahlah orang kafir mengusai negara Islam, sedang Hamas berperang dengan Fatah, Israel terus meluaskan sempadan, sedang Taliban berperang dengan Pakatan utara, Amerika terus mengusai sempadan, sedang Islam hadhari dan PAS berpecah belah, mungkin kelak Malaysia yang akan tergadai pada Bangsa lain... dan ugama lain!!

Jangan Tak Pandang Belakang?
Untuk Maju dalam urusan dunia, pandanglah ke depan, tapi untuk Maju dalam urusan Ugama hendaklah pandang ke belakang...

Persoalannya, adakah tidak terdapat kaedah untuk menyelesaikan masalah ini dalam islam? Adakah 'kesalahan’ yang berlaku pada Nabi hanya untuk selesaikan masalah dalam ibadat sahaja?
Bagaimana masalah dalam politik?
Adakah terdapat peristiwa Nabi dan sahabat bermusuhan yang boleh kita ikuti dalam menangani masalah politik?

Maha Suci Allah, yang memelihara kesucian dan kehormatan para Nabinya daripada mengotorkan tangan Baginda daripada melakukan perperangan dengan ummat islam sendiri. Namun sesuai dengan Sabda nabi yang bermaksud bahawa tidak akan sesat mereka-mereka yang mengikut para Sahabat-Sahabat Nabi, maka terbukalah kepada kita jalan ijtihad dan jalan penyelesaian yang selebar dunia!

Mereka para sahabat adalah manusia yang telah di jamin shurga, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah, dan mereka adalah orang orang yang di cintai Rasulullah SAW...

Maka marilah kita menyinsing lengan membuka lebaran kisah kisah Sahabat r.a untuk kita belajar menyelesaikan segala permasalah dunia dan akhirat kita.., insyAllah.

Membasuh tangan dengan Darah sahabat?
Maka bermulalah cerita akan bagaimana Allah telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat kekesih Rasulullah dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Wah wah wah, bukan main beraninya aku menulis entry yang sebegini rupa, minta Ampun pada Allah dan minta maaf pada korang semua, baiklah aku mengaku bukan ustaz atau ulamak, dan pengatahuan aku tentang ugama adalah sangat terhad, aku tak pandai arab, dengan bergantung kepada bahan bacaaan, syarahan dari Buznama, dan input dari sixth sense, aku tulis, jika salah tolong jolokkan..,

Satu lagi! ayat ’Membasuh tangan dengan Darah sahabat’, bukan aku yang reka, tapi di ucapkan oleh Umar Ibnu Aziz atau di kenali ’Umar kedua’ yang mempunyai maksud tersendiri, dan aku cuba menulis serba sedikit setakat yang aku faham, jangan berakhir di sini, selepas dapat ilham dari apa yang aku tulis, pergilah rujuk kepada ustaz dan Ulamak!!!

Yang Hak dari Allah, yang Batil dari aku yang hina..oh!

Apakah yang berlaku apabila Mertua bergaduh dengan Menantu?
Setelah Nabi wafat, Abu Bakar r.a selaku Ayah mertua Nabi, telah menjadi khalifah umat islam yang pertama, setelah beliau wafat pula, khalifah seterusnya di sandang oleh Saidina Umar Al khatab yang mana pada waktu itulah sempadan negara islam telah menjadi luas seluasnya dan sebahagian besarnya kekal sehingga ke hari ini, dan nama beliau telah di catat antara 100 tokoh yang paling berpengaruh di dunia.

Namun, Saidina Umar telah mati di tikam ketika sedang solat, sebelum wafat beliau menyatakan kegembiraannya kerana di bunuh oleh orang kafir dan sangat takut jika orang islam yang membunuhnya. Beliau faham apabila tiba zaman orang islam membunuh orang islam maka bermulalah fitnah yang besar.

Kemudian, Khalifah seterusnya adalah menantu Nabi iaitu Saidina Usman r.a, dan di hujung kekhalifahannya, beliau telah mati di bunuh oleh orang islam di dalam rumah ketika sedang membaca Al Quran!!!

Di beritakan beliau di bunuh kerana berlaku salah faham dan fitnah...

Maka pada waktu itu, khalifah Islam yang ke empat, iaitu saidina Ali r.a telah di lantik.

Siapa saidina Ali?
Kita kenal sangat dengan minuman tongkat Ali dan minuman kacip Fatimah, sedang itu adalah nama anak Nabi (Fatimah) dan suaminya merangkap menantu Nabi (saidina Ali), dan itu cerita lain.

Kalah masuk Shurga, Menangpun masuk Shurga?!
Pada zaman pemerintahan Saidina Ali r.a telah terjadinya perbezaan pendapat yang paling besar dalam sejarah islam, yang mana satu puak telah berpakat untuk menuntut bela atas kematian Saidina Usman r.a, dan satu puak bersatu di belakang Khalifah ketika itu iaitu saidina Ali r.a.

Maka berlakulah perperangan di antara ummat islam, bukan perang poster, atau perang mulut, macam kita hari ini, tapi ini adalah perperangan dengan mengunakan mata pedang, di beritakan 20 ribu sahabat telah terkoban nyawa dalam perperangan ini.

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Ulamak ulamak ahli sunnah wal jama’ah berpendapat bahawa semua sahabat yang terkorban semaada dari pihak Kerajaan atau dari puak pembangkang, dalam perperangan itu di kira mati syahid. Malahan saidina Ali r.a juga mengatakan demikian.

Ini adalah kerana masing masing mempunyai hujjah dan pendapat yang telah di ilhamkan kesan dari kehidupan bersama Nabi muhammad SAW.

Bayangkanlah, Saidina Ali ketika itu adalah Kerjaaan ummat islam, dan beliau adalah pintu ilmu dan antara sahabat yang paling di kasihi Nabi, di kenali dengan "wajah suci” kerana tidak pernah menyembah berhala, imam kepada dua kiblat dan menantu nabi sendiri, manakala pihak yang Pembakang pula adalah Aisyah isteri Nabi sendiri, juga di kenali sebagai Ibu orang islam, dan bersamanya adalah muawiyyah r.a, Muhammad bin Talha r,a dan juga Hazrat Zubbair r.a.

Jadi, bagaimanakah kita dapat belajar daripada semua sejarah ini?

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Ummat islam telah terbahagi kepada berapa?.
Secara kasarnya, pada waktu itu, Ummat islam telah terbahagi kepada Empat:
  1. Satu adalah para sahabat yang kekal bersama kerajaan iaitu Saidina Ali r.a dan mengikut berperang bersama kerajaan.
  2. Satu puak lagi adalah bersatu di bawah pimpinan Muawiyyah r.a dan Aisyah r.ha lalu mengikut berperang bersama menentang Kerajaan.
  3. Satu lagi adalah para sahabat yang tidak menyebelahi kedua dua pihak, malahan ada antara mereka lari ke hutan iaitu Saad bin Abu Waqas r.a.
  4. Satu lagi adalah para sahabat yang sedang berdakwah di seluruh dunia, mereka tidak pulang dan campur tangan dalam urusan politik kerana sibuk dengan kerja Dakwah.

Bagaimana Nak bergaduh dalam islam?
Ada hadith yang mengatakan apabila Ummat islam tidak betegur sapa atau bergaduh lebih dari 3 hari, maka tidak akan mencium bau shurga. Bermakna di sini sekiranya kita berbeza pendapat tapi masih boleh berbaik baik maka tidak menjadi masalah, macam 4 mazhab hari ini yang boleh hidup dengan aman, boleh makan sekali dan berkahwin, takde masalah walaupun banyak perbezaan pendapat.

Tapi hari ini, yang menyedihkan adalah bagaimana buruknya kita melayan orang-orang yang berbeza pendapat dengan kita..., kita menganggap orang yang tidak bersatu bersama kita sebagai sesat, munafik, ahli neraka dan kafir, naduzubillah, alangkah ruginya darah-darah sahabat yang mengalir itu pada diri kita, jika kita tidak mencontohi mereka dalam menyelesaikan masalah politik dunia islam.

Apabila kita teliti budi pekerti para sahabat yang telah di tarbiah oleh Nabi sendiri, maka sedarlah kita bahawa betapa jauhnya kita dan betapa menyimpangnya kita dalam perjuangan...

Kita hari ini dalam sibuk nak bergaduh, nak betulkan pendapat masing masing, nak perjuangkan ugama, tapi kita tidak sedar (atau memang sengaja?) telah banyak melanggar adab dan sunnah Nabi, melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat, menghina orang islam lain, menjatuhkan maruah dan membuka aib, sungguh berani sekali!! Oh!

Mereka para sahabat telah menguasai dunia dengan akhlak yang benar dan amal yang betul, sedang kita terus terpinggir di hina dunia kerana akhlak yang buruk dan amal yang salah...

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling berpelukkan.

Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, perang artikel atau perang lontar batu dan gas pemedih mata, ini adalah perperangan maut, senjata di angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum saling bunuh membunuh?

Lapakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana nak bergaduh...

Lalu bermulah perperangan...

Dalam perperangan tersebut, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan Aisyah, lantas bertanya:

“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu”

Lalu Aisyah menjawab;

“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."

Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan dosa-dosa musuh mereka.

Tapi tidak dengan politik kita hari ini, kita bukan nak doa keampunan musuh kita, malahan kita suka jika musuh kita mendapat susah, dan merasa tersiksa bila mush kita mendapat nikmat, malahan yang lebih teruk apabila kita akan menuduh mereka sebagai ahli neraka dan kafir...oh!

Ketahuilah, walaupun mereka berbeza pendapat tapi mereka tetap bersatu di bawah akhlak terpuji, menjaga hati dan maruah masing masing, Dalam perperangan, apabila mereka berhenti dan mendirikan solat, ada tentara Muawiyah yang bersolat di belakang Saidina Ali, apabila di tanya kenapa solat di sini, katanya, bacaan saidina Ali lebih bagus.

Dan apabila mereka berehat untuk makan pula, ada tentara saidina Ali yang makan bersama tentera Muawiyah, apabila di tanya kenapa makan di sini, katanya, lauk di sini lebih sedap.

Maka kita hari ini, ada yang tidak sanggup bersolat di belakang imam kerajaan dan ada yang tidak sanggup makan sembelihan musuh mereka dengan anggapan bahawa musuh kita itu telah kafir, naduzubillah.

Sabda Nabi lebih kurang maksud, sesiapa yang mengatakan orang lain sebagai kafir sedang orang itu tidak kafir, maka yang berkata itulah yang kafir, alangkah bahayanya!!

Dalam hadith lain, Nabi bersabda:

Seseorang berkata, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Allah tidak akan mengampunkan si polan dan si polan, lalu Allah menjawab ; siapakah orang ini yang bersumpah dengan namaKu bahawa Aku tidak akan mengampuni orang itu? Sesungguhnya Daku telah mengampuni orang itu sedangkan orang yang bersumpah itu Daku katakan kepadanya; segala amalan mu batal dan sia-sia.

Menurut sebuah hadith terdapat dua orang di kalangan bani Israel, seorang ialah abid dan seorang lagi pendosa besar, Selalu si abid memberi amaran kepada pendosa. Suatu hari si abid ini terlihat pendosa ini melakukan dosa besar lalu diapun berkata kepada pendosa tadi; Aku bersumpah dengan nama Allah, Allah tidak akan mengampunkanmu.

Maka terjadilah bahawa apabila kedua-duanya menjadi mayat, dan kedua-duanya di bawa ke hadapan Allah, lalu Allah berfirman kepada si abid, “adakah kamu anggap bahawa kamu boleh menyekat nikmat-nikmatKu daripada turun dengan sumpahmu?

Kepada pendosa Allah berfirman, masuklah ke dalam shurga dengan rahmatKu”
Maka perintah pun di berikan supaya si abid itu di humbankan ke dalam neraka.
Mengenai si abid ini berkatalah Abu Hurairah r.a sahabat Nabi:

”kerana satu perkataan, dia membinasakan diri dan ugamanya”

Maknanya di sini, bukanlah aku nak kata orang buat dosa boleh senang hati buat dosa bila dengar hadith ini, itu cerita lain, maksud aku adalah, janganlah kerana beremosi dalam politik, lalu korang cakap Dr Mahatdir dan Abdullah badawi masuk neraka, doa kapal terbang mereka jatuh dan sebagainya, itulah yang paling hampeh!! Janganlah kita membinasakan diri dan ugama dengan perkataan perkataan yang jelik dan menjatuhkan maruah...

Akrian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:
"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas terik”

Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?

Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.

Nabi SAW selalu cerita kebaikkan Khalid kepada adiknya walupun khalid selalu menghina Nabi, yang mana akhirnya apabila khalid tahu hal ini, maka beliau sudah tidak sabar masuk islam!!

Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bodoh amalan itu?

Ada lagi, apabila Muawayyah r.a ada masalah ugama dan beliau tak tahu hukumnya, maka beliau telah bertanya kepada Saidina Ali r.a, walaupun mereka berbeza pendapat tapi bukan dalam semua hal, kita hari ini bila bergaduh sanggupkah rendahkan diri pergi minta tolong musuh kita selesaikan masalah kita? Sanggupkah?, tapi kita dengan bodoh sombong membatalkan semua kebaikkan mereka, inilah perkara yang benar-benar rugi dalam masyarakat islam.

Akrian, dalam perperangan ini, Saidina Ali r.a telah menang dan yang kalah hartanya telah di rampas, namun saidina Ali tidak menjadikan mereka sabagai hamba seperti biasa yang di lakukan oleh Nabi dalam mana-mana perperangan.

Ada orang yang mempertikaikan kepututsan saidina Ali membebaskan tawanan perang begitu sahaja, dengan alasan Nabi tidak berbuat demikian, lalu saidina Ali jelaskan lebih kurang maksud bahawa Nabi berperang dengan orang kafir sedang beliau berperang dengan orang islam dan tanya saidina Ali, : "adakah kamu sanggup Ibu orang islam, isteri Nabi (Aisyah r.a ) menjadi hamba kamu?"

Maka moralnya, bila dah kalah, bersatulah dengan yang menang dan yang menang, maafkan mereka yang bersalah..

Allah akan menambahkan kemuliaan mereka yang memaafkan orang-orang yang zalim...

Satu lagi, Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?

Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."

Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,(rujuk ustaz)

Satu lagi, sahabat sahabat yang sedang berdakwah di seluruh alam, yang tidak pulang menyertai perperangan itu, mereka betul dalam amalan mereka, perkara ini sudah berlaku di zaman Abu Bakar r.a lagi, yang mana apabila Rom dan Parsi mengancam Madinah, di tambah munculnya nabi palsu dan orang murtad serta golongan yang enggan membayar zakat, tapi Abu Bakar r.a tetap menghantar jemaah Dakwah Usamah ke seluruh alam...

Sesungguhnya mereka benar benar sedang berjihad...

Maka kesimpulannya secara ringkas, bila nak bergaduh pastikan:-

  • Tidak menyakiti Hati orang islam yang lain.
  • Rasa kasihan pada Ummat lalu berdoa kepada Allah agar di ampunkan dosa musuh kita.
  • Cuba cari jalan untuk berdamai.
  • Jangan cerita buruk mereka dan Jangan kafirkan mereka, walau sebagaimana jelekpun mereka.
  • Tahan marah kamu, tekan nafsu kamu dan ceritalah kebaikkan mereka.
  • Jika ada masalah yang dapat musuh kamu bantu, kenapa tidak menggunakannya?
  • Apabila kamu bergaduh dan berperang, anggaplah yang menang adalah keputusan Allah, kemudian bersatulah dengan mereka, jangan hidup berpuak puak.
  • Yang menang, maafkan mereka yang kalah..
  • Jangan anggap orang yang tidak bersama kamu sebagai sesat...
  • Keluarlah berdakwah, ajaklah ummat kepada membesarkan Allah, bukan kepada parti, pada negara, dan pada makhluk, apabila semua Ummat ini menyeru hanya kepada Allah, maka Ummat akan bersatu. InsyAllah.

Mulakan hidup baru
Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Kesimpulannya, Perkara sebeginilah juga yang sedang berlaku dalam ummat islam hari ini, berpecah kepada empat bahagian, satu bersatu di belakang kerajaan, satu bersatu di belakang Pembakang, dan satu lagi tidak menyebelahi mana-mana, dan satu lagi keluar berdakwah di seluruh alam...

Nasihat aku kepada;

Pro Kerajaan.
Peluang yag di beri Allah kepada kamu bukan bererti kamu benar benar benarnya, amanah itu amat berat hisabnya di akhirat nanti, nasihat dari pembakang ada benarnya, pastikan hak ugama islam tertegak di bawah pemerintahan kamu, buatlah keputusan mengikut kemampuan rakyat, jangan bebankan rakyat dan contohilah khalifah al rashiddin dalam pemerintahan kamu.

Pro Pembakang.
Sekiranya kamu dapat menjaga adab dalam bergaduh, kamu layak jadi pembakang, tapi sekiranya kamu menjadi orang yang tak reti bahasa, tak pandai jaga lidah dan senang lenang bermain dengan hukum ugama, lebih baik duduk diam-diam.., diam lebih baik dari kamu berkata-kata.

Golongan atas pagar.
Pada zaman ini, fitnah tidak dahsyat sehingga perlu kamu lari ke hutan, teruskan bergaul dalam masyarakat dan cari jalan untuk satukan kedua golongan di atas.

Golongan yang sedang keluar Berdakwah.
Teruskan usaha murni kamu, tidak perlu melibatkan diri dengan pembakang, atau berkempen untuk kerajaan, politik akan buat maksud dakwah menjadi fitnah...

Akhir sekali..
Untuk satukan Ummat, kita mestilah menjadikan golongan dikurun terbaik sebagai contoh dan ikutan, kesemua sahabat melaksanakan misi dakwah, menyeru manusia kepada Allah, berjuang dan berkorban di jalan Allah..

Siapapun kamu, walaupun kamu tidak setuju dengan kerajan, atau kamu pro kerajaan, atau kamu golongan atas pagar, tapi janganlah lupa dengan kerja Dakwah, kerana kerja Dakwah inilah kita di iktiraf sebagai ummat terbaik...

Tanpa libatkan diri dalam usaha yang murni dan mulia ini, maka terjauhlah kita dari rahmat Allah dan tersekatlah bantuan Allah ke atas ummatnya, demikian menurut hadith...

Semua pendakwah tahu bahawa maksud kita berbuat dakwah adalah betulkan diri jua dengan tarbiah dari Allah Taala, dan diri manusia akan dapat di baiki dengan perantaraan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Baiklah, dah lama aku menulis, matapun dah mengantuk dan aku nak tidur..

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Selamat berjuang.

Ps: Aku nak tidur, tolong kejutkan aku bila Pilihan Raya dah berakhir... :)

Nov 19, 2007

Kuning itu Bersih?

( 4 perkara yang semua ummat islam kena belajar dan faham sebelum buat sesuatu amal...)

Pada suatu hari..

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat anak lelaki aku sedang keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa dan apatah lagi beliau sedang memakai baju berwarna KUNING!!!

Alhamdulillah, pintu pagar berkunci dan anak kunci ada pada aku.

Beliau berpatah balik dan aku pun menasihatinya.

Wahai anakku, apakah gerangan kamu muram begini?
Kamu ingin keluar?
Ke mana kamu ingin pergi?
Adakah kamu ingin pergi ke perhimpunan 'Haram’?
Untuk apa kamu di sana?
Dan berbaloikah untuk kamu lakukan semua itu?

Sebelum kamu pergi, ayah ada nasihat yang berguna untukmu, dan ayah akan ajar kamu serba sedikit tentang ugama dan aplikasinya. (insyAllah..)

Wahai anakku,

Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Kumpulan Yakuza, atau Kongsi gelap China atau kumpulan Gagak Hitam, atau gerakan Taliban, Al Maunah, Ahli MLM, Ayah Pin dan apa sajelah, semua itu memerlukan kepada ahli yang ramai supaya nampak lebih hebat, lebih berkuasa dan bakal menggerunkan pihak musuh.

Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Kita boleh tengok betapa berani dan anggkuhnya akan samseng samseng jalanan bila mereka dapat berkumpul dan berarak.

Atau betapa liarnya mat rempit sebaik sahaja dapat berkumpul.

Lagi sekali, Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Inilah yang bermain di fikiran Abu Jahal dalam perperangan Badar, orang islam 313 orang nak lawan 1000 tentera?

Kelakar!

Lalu Abu Jahal mengupah artis artis wanita untuk beryair dan bergurindam bagi meraikan kemenangan.

Hakikatnya, memanglah manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Di rogol beramai-ramai?
Di rompak sekumpulan penjenayah bersenjata?
Di belasah peminat bola pihak musuh?
Di pijak manusia di perhimpunan perdana?
Di belanja teh tarik oleh sekumpulan kaki lepak kedai Mamak?

Apa -apapun, Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Jadi kamu wahai anakku, berkumpulnya kamu di sana untuk apa?, untuk menunjukkan kekuatan?bantahan?keinginan?kemahuan?suka-suka?

Atau tak kisah kamu nak berkumpul ke apa. Atau nak buat apa-apapun. Lantak kamu ler..

Tapi sebelum kamu buat sesuatu perkara. Dan perkara itu pula kamu buat dengan sungguh-sungguh dan 'bermati-matian’, malahan mungkin terbit dalam diri kamu bahawa ini adalah satu bentuk 'Ibadat' dalam perjuangan menegakkan syiar Islam kononnya...maka sebelum semua itu berlaku, Sebagai seorang islam kamu kena jawab EMPAT soalan dari Ayah.

Jika setiap soalan ini dapat kamu jawab, lantaklah kamu nak buat apa-apa pun. Ayah akan sokong kamu dan mungkin akan menyertai kamu, tapi jika kamu gagal jawab ke empat-empat soalan ini, jangan harap Ayah nak bukak pintu pagar itu!!

Lakum die Nukum wa li yad’deen.

4 Soalan yang semua ummat islam kena jawab sebelum buat sesuatu amal

Soalan pertama.
Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)

Maka bagilah jawapannya cepat! Jika kamu buat kerana duit, atau kerana inginkan nama, atau kerana nak masuk TV, atau Youtube, atau Al Jazeera, atau nak mengorat anak Anuar Ibrahim, atau anak Nik Aziz atau apa ke jadah, maka tak payahlah kamu nak teruskan niat kamu itu dengan perantaran kancah politik yang so called islamik. Siapa yang buat amal kerana selain Allah, maka masuklah kamu dalam neraka. Bukan Ayah kata, tapi Nabi kata. Faham?!

Tapi jika kamu bagi jawapan bahawa saya buat semua ini kerana Allah, semata-mata kerana Allah, hanya untuk menyukakan Allah, maka itu yang terbaik, tapi sebelum ayah bukak pintu pagar, sila jawab soalan yang ke dua..

Solan kedua.
Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?

Sila bagi Dalil dan Nas, katakan bahawa ini adalah perintah Allah, ada dalam Al quran ayat sekian-sekian, ada dalam hadith sekian-sekian, atau mungkin kamu akan cakap,:

"Wahai Ayah, saya ada ketua, taat ketua samalah seperti taat kepada Nabi, Taat Nabi samalah seperti taat kepada Allah!”

Baiklah, jika itu jawapan kamu, sila mintak Dalil dan Nas dari ketua kamu, dari Tuan guru ke, dari Datok Sri ke, dari ustaz ulamak ke, pergi mintak cepat!, jika kamu ada Dalil yang menyatakan bahawa itu adalah perintah Allah, maka ayah akan bukak pintu pagar, tapi jika itu hanya perintah orang-orang yang terperangkap dalam kancah politik dan buat keputusan bercorak terdesak atau kuputusan bercorak popolar, atau keputusan bercorak simpati.

Maka, tak payahlah nak pergi ke tempat yang ’haram’...,

Walaupun kita sudah niat kerana Allah, tapi tetap tidak berguna jika itu bukan perintah Allah, Mana boleh cium bini orang dengan ikhlas bukan?

Mana boleh biarkan teman wanita anda bergurau senda antara pusat dan lutut dengan ikhlas bukan?

"Tapi ayah, mungkin tiada perintah Allah dalam Al-Quran dan Hadith, tapi seandainya Nabi masih hidup(dan dah tentu jadi pemimpin parti saya), maka tentu Allah akan mewahyukan perintah ini”

Kalau kamu jawab macam tu, ayah akan lempang kamu!!!

Namun mungkin kamu dan ustaz ulamak kamu atau ahli politik ugama kamu akan berjaya akhirnya bagi jawapan bahawa ini adalah perintah dari Allah, lalu kamu bagi tamsil dan perumpamaan, yang mana setelah fikir 13 kali akhirnya, nampak macam itu adalah perintah dari Allah..., dan mungkin akan keluar hukum pula bahawa orang yang tak menyertai kamu di kira sebagi engkar perintah Allah dan masuk neraka lalu berpimpingan tangan dengan Firaun, (pulak dah...)

Baiklah, mungkin masuk akal dan logik akan hujjah-hujjah kamu bahawa itu adalah ’perintah’ Allah...

Namun, wahai anakku, sebelum ayah bukak pintu pagar, sila jawab soalan yang ke tiga.

Soalan ke tiga.
Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?

Soalan nombor tiga ini akan dapat di jawab HANYA jika kamu benar dalam jawapan kepada soalan nombor dua, kerana apabila sesuatu itu adalah perintah Allah, maka sudah tentu Nabi Muhamad SAW orang yang terawal melaksanakannya, dan bila Nabi SAW melaksanakannya maka dan tentu ada sunnahnya, ada hukumnya, ada niatnya, ada adabnya, ada tertibnya, tak boleh suka-suka ikut cara orang kapir dan yahudi berkumpul, kena ikut cara islam.

Maka sila bagi jawapan yang betul-betul releven, baru ayah bukak pintu pagar.

Namun seperti biasa, melalui usrah atau melalui ustaz ulamak kamu serta ahli politik ugama kamu, mereka berjaya akhirnya bagi jawapan yang menunjukkan penglibatan ulamak ulamak adalah dalil bagi Sunnah Nabi dengan hujjah bahawa ulamak itu pewaris Nabi, walaupun hanya ulamak politik tapi kamu anggap macam semua ulamak terlibat dan mungkin bagi kamu ulamak politik adalah ulamak yang paling afdal.. setelah fikir 13 kali akhirnya, nampak macam itu adalah "Sunnah nabi’, dan mungkin kamu akan berkata jika Nabi Muhamad masih hidup, atau Iman Mahdi dan nabi Isa turun, merekapun akan pakai baju kuning dan menyertai perhimpunan ini!!!

Wah wah wah! Berani betul kamu?!!

Tam spider kata:
Sama lu kita 'salute', Lu memang ‘hero’, Kitapun kecut perut, Tengok dari jauh!!!


Arghh! Bersyairlah pulak..

Maka kesimpulannya, Oleh kerana kamu anggap ini adalah perintah Allah, dan Sunnah Nabi mengikut ijtihad kamu, maka ini adalah perkara yang Sangat Baik!!!, kita pergi kepada soalan seterusnya, sila jawab dengan teliti akan soalan ke empat.

Soalan ke empat.
Bagaimana kamu akan meng'istiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

Allah suka dengan amalan yang istiqamah walaupun sedikit, Oleh kerana kamu anggap ini adalah perintah Allah, dan Sunnah Nabi mengikut ijtihad kamu, maka ini adalah perkara yang Sangat Baik!!!,maka kamu kena buat jadual, jika solat kamu buat 5 waktu sehari, puasa sebulan sekali, dan berzikir pada waktu pagi dan petang, atau mengundi 5 tahun sekali, maka kamu juga kena selalu berkumpul kerana Allah dan ikut Sunnah Nabi mungkin pada setiap sabtu? Atau setiap bulan? Atau setahun sekali, mana-mana yang kamu sanggup. Tapi jika buat sekali sahaja dan lepas tu cuci tangan, maka itu bukanlah amalan yang baik, ingat! Allah suka dengan amalan yang istiqamah walaupun sedikit.

Maka wahai anakku, ayah sebenarnya tidak melarang kamu untuk ke sana asalkan kamu mampu menjawab 4 soalan di atas.

Dan sebenarnya, 4 soalan ini hendaklah kamu tahu jawapannya untuk setiap ibadat kamu!!
Dalam solat kamu kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa solat adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi bersolat, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.

Begitu jugak dengan Puasa, ada dalil yang menunjukkan bahawa Puasa itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi berpuasa, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.

Malahan perkara ini tidak tertakluk pada yang wajib sahaja, yang sunnatpun begitu.
Sebagai contoh solat tahajjud, berzikir, baca Al quran, semuanya kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa semua itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang mengambarkan bagaimana Nabi melaksanakan semua itu, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan mengikut keupayan iman masing-masing.

Namun hari ini, telah banyak muncul pembaharuan yang di anggap baik, walaupun banyak keburukkan. Pembaharuan adalah bila bukan perintah Allah dan sudah tentu Nabi tak buat dan bertentangan dengan Sunnah Nabi, lebih buruk apabila kamu mengistiqamahkan pulak pembaharuan itu dan bermati-matian mempertahankannya.

Berbalik kepada perhimpunan manusia hari ini, Ayah lihat mungkin bilangan kamu yang datang mencecah 40 ribu orang, dan ada juga adik beradik Ayah serta kawan kawan Ayah ke sana ikut serta, sungguh bersemangat kamu semua, memandu dari pantai timur ke dataran merdeka, dan bila aku tanya, tak takut kena ISA ke? Kamu jawab, takpe sebab kami sedang berjuang..

Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Baguslah, Cuma Aku harap bila masing masing balik dari perhimpunan itu, jangan lupa perhimpunan manusia di Masjid setiap hari, kalau dalam kampung 5000 orang, tak kanlah solat subuh berjemaah boleh tinggal 5 orang, mana semangat kamu?, tak nak tunjuk semangat kamu kepada Allah? Nak tunggu masuk Al jazeera dan youtube? Nak tunggu wakil dari Book record?

Aku tahu perhimpunan kamu tempoh hari gagal mencecah 100 ribu kerana di halang oleh abang polis dan FRU.

Tapi apa pula yang menghalang kita dari berkumpul di masjid setiap hari?, jika waktu subuh, aku rasa kedai belum bukak, ofis pun belum start, rangcangan TV takde yang best, sekolah pun masih tutup, apa yang menghalang kita dari berkumpul di Masjid?

Sebuah bantal dan sehelai selimut?

Kasihan..

Masa ayah duduk di kemaman dulu, ada satu peristiwa yang mana Kerajaan telah bertindak untuk merobohkan rumah rumah yang di bina di tanah haram. Dan di antara rumah itu terdapatlah juga sebuah masjid yang di bina di tanah haram, setelah habis semua rumah di robohkan, maka tibalah giliran Masjid,

Akrian, bila masjid yang ingin di robohkan, maka berkumpulah semua orang kampung dan membuat perisai manusia mengelilingi masjid, mempertahankan Rumah Ibadat Orang islam.

Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Abang Polis pun turun dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana begitu ramai manusia, dan drever jentolak di dapati menangis insaf akan akhirnya, lalu Pihak berwajib berundur dan hilang dalam ramai.

Orang kampung menang, Kerajaan dan Abang polis kalah.

Orang kampung, 1, Kerajaan dan Abang polis, 0

Namun korang tahukah bila pulak jentolak itu datang untuk merobohkan masjid?.

Kelakar!

Waktu solat zohor, masjid itu tumbang, kenapa? Sebab takde orang datang!
Eh, silap, ada yang datang, dalam 4 ke 5 orang, tapi dah tentu mereka tak mampu nak buat perisai manusia seperti pagi tadi.

Soalan aku.
Mana pergi ribu-ribu manusia pagi tadi?

Tak ke hampeh?

Aku rasa jika masjid kita kena bakar waktu subuh hari sabtu, tengah hari jummat minggu depan baru kita sedar bahawa masjid kita sudah kena bakar..oh!

Sesungguhnya 8 orang yang bersolat secara berjemaah, lebih di sukai Allah dari 100 orang yang bersolat sendirian...

KRUNG, KRANG, KRENG!!!

Bunyi pintu pagar bergeser dengan rantai yang di pasak Mangga berjenama SOLEX...,

Anak lelaki aku menggoncangkan pintu pagar, cubaan untuk keluar dari rumah gagal, di luar rumah terlihat anak jiran yang sedang bermain dengan objek mainan berupa patung yang bertanduk..

Hampeh!, penat-penat aku membebel macam Mak nenek, anak aku buat tak peduli sahaja,

Kemudian anak aku datang pada aku dan berkata:

”Nanti, Ayah belikan Haikal Ultraman Taro ye?”

”InsyAllah”

Jawab aku selamba, lalu anak aku yang memakai baju kuning berjenama KIKO LALA itu dengan sedikit gembira naik basika roda tiga dan buat tawaf kat kereta aku di halaman rumah, sesekali beliau berhenti di pintu pagar yang berkunci sambil memandang taman permainan yang di penuhi budak budak lelaki bermain bola sepak.

Alahai anak lelaki sulungku, kamu baru berumur 4 tahun, tak boleh berhimpun di sana lagi, nanti bila kamu dah besar, pergilah sesuka hatimu, tapi jangan lupa jawab 4 soalan di atas dulu-Ok?!
  1. Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
  2. Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?
  3. Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?(Sunnah Nabi)
  4. Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

Ps: Aku tiada baju kuning semenjak mendengar hadith Nabi tak suka warna –warna yang ‘mengusai kehidupan’, errr, boleh tukar colour lain tak bang?

Nov 13, 2007

Bila nak pergi Haji?

(Kalau korang perasan sibuk dan sedang bersiap nak pergi Haji, sila baca tulisan yang di Bold-kan sahaja, jika korang nak baca gak, lantak korangler, dan itu cerita lain)

-----------
Cerita 1

Bila kau nak pergi Haji?

Tanya seorang pembentang sejadah pada aku.

Aku terus cakap:

“duit tak cukup”

(sambil terbayangkan duit satu sen dan 5 sen yang menghiasi beberapa sudut bilik tidurku..

“kenapa kau tak bukukan blog kau, dan (guna duit royalty untuk) pergi haji?

Aku tersengih dan tak jawab apa-apa, dah nak solat, baik aku bertawajjuh!!

Dan itu cerita lain.

----------------
Cerita 2

Cerita hari ini, ada dua orang pembaca blog keretamayat email aku suruh tulis tentang Haji, sorang lelaki sorang perempuan, (dua-dua belum kahwin). Dan merka dah nak pergi Haji. Mungkin ketika entry ini di tulis beliau sedang mengutip batu di padang Arafah, eh belum, mungkin sedang siapkan pakaian Ihram..

Oleh sebab aku belum pergi Haji lagi, maka aku ‘kureeeeng’ tahu dan tak beberapa mendalami makna Haji, maka maafkanlah aku yang jahil dan hina ini. Aku selalu begitu, berkira dengan ruangan Hard Disk dalam kepala, suka delete benda yang penting dan save perkara yang ntah apa apa, last sekali, solat aku jadi tak khusuk!


Dan itu cerita lain.

---------------
Cerita 3

Sesungguhnya bila korang pergi Haji maka ketahuilah, bahawa korang dah tiba di tempat yang mana teramatlah sangat mustajab akan doanya, di sana, Taubat Nabi Adam a.s di terima, maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, bertaubatlah dengan bertalu-talu.., dan jika teringat, sertailah nama aku dalam Taubatmu..

Sesungguhnya Taubat itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Dan itu adalah cerita tentang Nabi Adam dan Taubatnya..

--------------
Cerita 4

Aku tengok satu dekomentari dalam TV, tentang satu fakta yang mengatakan perhimpunan manusia paling besar dalam dunia yang melibatkan ugama adalah perhimpunan hindu di sungai Ganga!

Jadi perhimpunan manusia di Padang Arafah jatuh nombor berapa?

Dan itu cerita lain.

--------------
Cerita 5

Di Tanah Suci pula pada hari ini di imbas ke masa lampau,, bermulalah cerita tentang Nabi Allah Ibrahim a.s, yang mana apabila korang tinggalkan anak bini selama 40 hari, semata mata untuk tunaikan rukun islam yang ke lima, ketahuilah bahawa Sesungguhnya.., Allah benar-benar telah menguji cinta Nabi Ibrahim dalam ketaatan seorang Nabi..

Sesungguhnya, Nabi Ibrahim a.s tidak di perintahkan untuk meninggalkan anak isteri begitu sahaja..
Tapi di tinggalkan di tempat yang tiada orang, di tengah padang pasir, dan di tempat yang tiada air..

Itupun setelah bertahun lamanya menunggu anak pertama lahir, namun dalam ketaatan kepada Allah, di tinggalkan juga sedang si anak masih menyusu..

Itupun bukan 40 hari, tapi 10 tahun lamanya..

Namun TAAT mengatasi segalanya..

Setelah 10 tahun berlalu, kepulangan Nabi Ibrahim a.s di sambut gembira anak dan isteri.., namun janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji..

Dan ujian TAAT telah bermula dan terus bemula...

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TAAT MELAKUKANNYA..

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Taatlah akan segala peritah Allah dengan bertalu-talu..., Taatlah waktu solat jemaah, waktu haji dan Umrah..

Sesungguhnya Taat itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Dan itu adalah cerita tentang Nabi Ibrahim A.S dan ke'Taat'annya..


-------------
Cerita 6

Masa aku kecik, aku telah di ajar bermain Dam Haji, dan bercita cita (pada waktu tu) untuk jadi seperti pakcik aku yang merangkap Bilal tapi terer bermain Dam Haji dan kira otai kerana selalu menang dalam pertandingan Dam haji peringkat gerai di hujung kampong yang mana jika siapa yang kalah kena bayar minum air teh, dan jika beliau tak bertugas, akan teruskan permainan Dam Haji walaupun azam berkumandang.., arghhh, dah start mengumpat dan perasan bagus.

Dan itu cerita lain.

-------------
Cerita 7

Akrian, Di tanah Suci Kota Mekkah itu, telah ternukil cerita tentang manusia-manusia yang Redha, lihat betapa redhanya isteri Nabi Ibrahim a.s dalam ujian mencari air.., lihat betapa redhanya Nabi Ismail a.s dalam ujian di sembelih.. yang mana akhirnya muncullah peristiwa Safar dan Marwah, merejam syaitan, dan ibadah korban..

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Redhalah akan segala kesusahan dan keperitan dengan bertalu-talu..., Redhalah dengan cuaca, rezeki, dan karenah manusia,

Sesungguhnya Redha itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Dan itu adalah cerita tentang Nabi Ismail dan Redhanya..

-----------------

Cerita 8

Ada orang tanya aku apa itu Dam Haji? Aku tak nak melawak bodoh, aku jawab serius, maksud Dam adalah denda tertinggal sesuatu amalan dalam Haji, sepeti bergurau senda antara pusat dan lutut pada waktu Ehram, dan Dam yang dikenakan adalah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Atau di bayar dengan nilai wang,

Sesungguhnya, Bergurau Senda antara pusat dan lutut itu salah, dan lebih salah lagi di waktu mengerjakan Haji.

Errr, bergurau senda antara pusat dan lutut pada waktu Ehram adalah di larang, dan juga pada waktu waktu yang lain, harap maklum!!


Dan itu cerita yang sungguh lain.

---------------
Cerita 9


Beribadat di Masjidil Haram di Mekkah bersamaan 100,000 kali ganda, bersolat di masjid Nabawi di Madinah bersamaan dengan 1000 kali ganda, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 kali ganda, maka jangan ponteng solat jemaah..

Sesungguhnya Solat Jemaah itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Kat Malaysiapun jika kita solat berjemaah dapat 25 kali ganda.

Apa lagi nak di kata?

Dan itu bukan cerita lain.

-------------
Cerita 10

Ayah aku pergi Haji dua kali, sekali secara solo, dan sekali lagi dengan mak aku. Aku harap sebelum jadi mayat, aku sempatlah tunaikan Haji, dan rela menjadi mayat ketika buat haji.., aku tahu Abu jahal dan Abu Lahab pun orang tanam kat Mekah, tapi takpelah, dah aku mati kat situ, tanam mayat aku kat situlah.., korang kirimlah 'surah-surah' yang patut, aku tak kesah..

Dan itu cerita lain kali.

-----------
Cerita 11

Ali R.A ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab:

“Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah tentu aku tidak akan mengucupnya”

Ini jelas menunjukkan bahawa para sahabat melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata..

Maka jika korang tengok ada yang berjalan ke Arafah dan tidak naik bas macam korang, maka ketahuilah mereka sedang ikut sunnah, atau apa sahaja amalan yang korang nampak kono dan sebagainya, jangan komplen dan kutuk..

Atau korang rasa meluat tengok ada orang yang menangis bagai nak rak dekat kubur Nabi, sedang korang cool sahaja, biarlah mereka menangis, korang tak tahu bagaimana cintanya mereka pada Nabi, dan jika teringat, sudilah kiranya sampaikan salamku dengan melafaz namaku di hadapan Kubur Nabi SAW, insyAllah aku akan datang menyusul segera..

Bila nak datang?
Sudah ada duit ke?

Hmmm...

Dan itu cerita lain.

--------------
Cerita 12

Ada dua orang sahabat aku, sorang pergi Haji selama 40 hari dan sorang lagi keluar tabligh 3 hari, yang balik Haji masih solat lengah-lengah, bermisai dan tidak berjanggut dan berpenampilan seperti Allayarham Saddam Hussin., tapi member aku yang balik tabligh ni pulak siap berserban dan berjubah, solat 5 waktu berjemaah dan berpenampilan seperti Osama Laden.

Dan itu cerita lain.

-------------
Cerita 13

Aku dulu ada teringin mencari awek yang dah pergi Haji, tapi akhirnya jumpa awek yang pandai main Dam Haji saja!, takpe, dapat duit royalty nanti kita pergi Haji sama-sama ye sayang!

Dan itu cerita lain.

---------------
Cerita 14

Rasulullah telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya.

Rasulullah telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan Rasulullah sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Rasulullah berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.

Kemudian Rasulullah ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan merayakan hari raya Aidil Adha di sana.

Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.

Dan tidak lupa akan ajaran dari Nabi Muhammad SAW, penghulu segala Nabi yang telah mengajar ummatnya dengan akhlak yang baik..

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Berakhlaklah dengan bertalu-talu...,

Sesungguhnya Ahlak itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Dan itu adalah cerita tentang Nabi Muhammad SAW dan akhlaknya..

----------------

Cerita 15

Abangku di kenali dengan Nama Hanafi, dan abangku yang seterusnya bernama Syafee, sempena tradisi empat Mazhab, maka ayahku ingin menamakan aku dengan Hambali, tapi mak aku telah memujuk ayahku agar aku bernama HAMKA,

Kamu tahu siapa Hamka?

(Wajah sebenar Hamka atau haji Abdul malik)


H.A.M.K.A adalah singkatan daripada Haji Abdul Malik Karim Amrullah lahir tahun 1908, di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, dan meninggal di Jakarta 24 Julai 1981, Beliau adalah sastrawan Indonesia, sekaligus ulamak, dan aktivis politik.

Manakala Hamka yang tulis blog ini bukanlah seorang haji (lagi), malahan bukan pandaipun menulis, bukan ulamak dan tidak suka politik, BM dapat agreget 7 masa SPM dan mempunyai bulu kaki yang jarang, bulu kening yang tebal dan bulu ketiak yang lebat..., gambar di bawah, bolehlah di katakan lebih kurang rupa Hamka penulis Blog ini, (Are You Ready kids!!?)


Jadi nama Haji dalam singkatan Hamka adalah cerita yang lain.

---------------------
Cerita 16


Sebelum terlupa. di akhir kata, Bagi yang pergi Haji atau tidak, janganlah kita lupa akan pesanan nabi di waktu menunaikan haji wida, agar supaya semua ummatnya mengerjakan kerja Dakwah..

Dan antara tanda haji Mabrul, adalah dengan memperbanyakkan dakwah dan memberi makan..
Maka, bila kita semua pergi Haji kelak, gunakanlah masa lapang untuk Pergi berdakwah dari khemah ke khemah, jika tak pandai bahasa inglish, boleh pergi ke khemah orang indonesia, orang brunai, atau orang singapura, beribu ribu bilangan mereka.., mereka tak marah dan tidak akan halau (insyAllah), lagipun mereka telah datang menyerah diri pada Allah. Dan semua tahu bahawa maksud dakwah bukanlah untuk betulkan orang lain, tapi untuk betulkan diri sendiri jua, maka mudah-mudahan dengan perantaraan kerja dakwah ini, Allah terima Haji kita, Allah ampunkan dosa kita dan matikan kita sebagai orang mukmin yang sejati..

Amin...

-------------

Cerita 17

Haji naik Motor tak ada kena mengena dengan Aji No moto.

Dan itu cerita lain.

------------------------

Cerita 18

Ps dari Nabi:

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sekian..

ps: Manusia berkumpul ramai-ramai di padang Arafah pakai pakaian warna putih, lalu korangpun berkumpul ramai ramai di dataran Merdeka pakai pakaian warna kuning? Dan itu cerita lain...

Nov 6, 2007

Melayu yang terpinggir?

(Sebelum kau ajak aku joint MLM, sila dengar dahulu akan Dilemma Pendekar Kundur , Wong fai hong , Fong sai yuk dan Padayyapa)

Setiap manusia ada ceritanya yang tersendiri dari sudut terpencil namun amat besar maknanya bagi mereka per individu bila berjumpa dengan peramai ahli mayat, pemutus kelazatan, pematah pinggang atau senang kita sebut namanya: Malaikat Maut,

Berbelit jugak ayat dan frasa yang aku gunakan, senang cerita cam gini, pernah tak korang berbual- bual atau bertepuk tampar dengan orang yang 2 ke 3 minit lagi dah nak mati?, dah nak jadi mayat, pernah tak? (pembunuh bersiri jangan jawab)

Bila tiba saat nak jadi mayat, jika berkesempatan kita dapat meluangkan masa berada di sisi mereka yakni sebelum tiba waktu manusia bertukar menjadi mayat itu, maka akan kedengaranlah dua perkara dari bibir mereka..

  • Kebimbangan.
  • Harapan.

Boleh jadi mereka hanya sebut sepatah perkataan tapi mewakili keduanya, atau jika bernasib baik, mereka akan present dua perkara itu secara detail.

Sebagai contoh, Hang Jebat bila nak mati dan sedang berbaring atas riba Hang Tuah lalu menyatakan kebimbanganya pada isteri dan anak dalam perut, lalu berwasiat agar Hang Tuah menjaga anaknya dan mengajar anaknya jadi manusia, itulah harapan dan kebimbangan beliau,(tak pula beliau wasiatkan agar Dang Anum menjadi isteri Hang Tuah nombor 2, ehem!)

Atau ketika Melor awek Hang Tuah merangkap anak Adiputra dari gunung Ledang, di bunuh di Melaka, sejurus selepas di tombak lalu menyebut nama Hang Tuah di akhir kalam, merangkap harapan dan kebimbangannya.

Atau Para Peniaga yang membahagikan syer dan saham kepada anak-anaknya lalu berwasiat tentang syarikat, tentang kebimbangannya dan harapannya..

Atau siapa sahaja (rujuk mana-mana filem babak orang nak mati)

Atau lagi baik, kita ulangkaji sejarah nabi Muhammad SAW ketika nak wafat telah menyatakan kebimbangan terhadap Ummat akhir zaman dan tentang harapan baginda terhadap SOLAT ummat akhir zaman..

  • Bimbang terhadap Ummat…
  • Harapan terhadap Solat..

Namun, setelah 1400 tahun Baginda wafat, ramai ummat islam hari ini telah BIMBANG dan HARAP pada benda lain, yang merepek dan hampeh.. (termasuk aku juga yang selalu bimbang dan harap kepada perkara yang merepek dan hampeh..oh!)

Tak perlu aku senaraikan semua contoh kebimbangan dan harapan korang dan aku, Cuma aku ingin cerita tentang Mamat, (bukan nama sebenar), tentang harapan dan tentang kebimbangan beliau, Mamat (aku kira) mewakili sebahagaian pemikiran orang islam di Malaysia ketika ini, dan ini adalah kisah benar seorang mamat yang bersahabat dengan aku.

Dulu beliau kerja makan gaji, pendapatan dalam RM2000 lebih kurang, selalu gak solat jemaah, buat dakwah sikit-sikit, dan baca Al quran serta zikir, tapi kini beliau telah kerja sendiri dan memperolehi pendapatan yang lebih tinggi, tak tahu pulak aku akan gajinya, tapi jika di ukur daripada jenama pakaian, jenama kereta, kecanggihan gadget dan keluasan rumah serta aksosorinya, di tambah dengan jumlah jisim emas berlian pada isterinya (yang ni aku tambah), boleh di katakan beliau adalah ‘orang senang’, nak kata orang ‘berada’ tidak juga, senang cakap salah sorang yang berpendapatan tinggi di Malaysia.

Namun, bila beliau datang jumpa aku lalu belanja minum teh tarik (sambil promote produck itu ini-begitu begini), sempat beliau menyatakan tentang HARAPAN dan KEBIMBANGAN beliau..

Mari kita lihat, apakah kebimbangan dan harapan mamat, aku rasa ramai orang melayu berfikiran seperti ini,..

KEBIMBANGAN MAMAT.
Beliau sangat bimbangkan dengan ekonomi orang melayu di Malaysia. Pergi jalan jalan kat bandar, nak cari kedai orang melayu sikit punya susah, yang ada kedai Melayupun banyaknya hanya kedai makan, lain dari itu hampir semuanya di kuasai oleh bangsa asing. Bangsa china terutamanya, Mamat takut suatu hari nanti orang melayu akan mengemis di bumi sendiri, ini adalah kerana sikap orang melayu yang mudah lupa, bukan kerana faktor Bangsa China lebih berjaya juga sebenarnya ,tetapi kaum Melayu sendiri yang tidak bergerak maju katanya,

Tambah beliau, orang Melayu hanya tunggu kerajaan menolong mereka tanpa mereka sedar bahawa hakikatnya, jika orang melayu tidak berkerja keras untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka sendiri, ‘Dasar Ekonomi Baru’ tidak membawa apa-apa erti kecuali kepada kroni-kroni tertentu..

(panjang lagi, lebih kurang begitulah, kemudian masuk bab ekonomi dan politik, kita skip dan kita pergi pada Harapan Mamat pulak)

HARAPAN MAMAT.
Semoga orang Melayu akan menguasai ekonomi, menjadi lebih kaya dari bangsa asing, bangsa China terutamanya. Dan berharap semua 100 orang yang tersenarai terkaya di Malaysia adalah orang melayu.., dan kalau boleh, 10 orang yang tersenarai terkaya di dunia juga adalah orang melayu!!.

Aku tak pandai nak ulas ‘apa-apa’ tentang isu ‘Melayu terpinggir di tanah sendiri’ kerana isu ini perlu ditangani dengan hati-hati. Bila melibatkan kaum, ia termasuk dalam akta keselamatan dalam negara. Dan blog aku bukan tempatnya untuk bincang isu ini.

Walaubagaimanapun, aku tulis sikit bab ni kerana seperti mana aku terangkan kat Mamat kawan aku, aku tulis balik di sini, mana yang baik dan betul boleh ikut..

Sebenarnya jika korang baca paper mungkin kita ‘teruja dan terhina’ bila Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dan Bangsa bukan Melayu yang lain telah tersenarai dalam top 10, tapi sebenarnya mungkin ada orang Melayu yang lebih kaya dari mereka cuma malas nak tunjuk, (sehingga di tangkap kerana gagal istihar harta) dan tak nak bila orang tahu mereka kaya di cap sebagai Haji Bakhil pula... , orang melayu baru kerja polis dah jadi jutawan, belum lagi kerja Kastam, JPJ, Pegawai Maksiat, Hakim dan lain-lain (eh, ni dah masuk bab lain nie..)

Maka, janganlah kita buat statement bahawa semua Orang Cina dan India itu kaya dengan hanya melihat kepada nama-nama besar seperti Lim Goh Tong dan Ananda. Cuba korang pergi ke kampung baru Cina di pinggir bandar. Lihat betapa susahnya hidup mereka. Betapa boleh lihat akan anak-anak cina dan india yang terpinggir, akhirnya jual skim cepat kaya dan tipu peraduan gores kad menanag, atau jual VCD dan jadi budak samseng...budak india pun jadi samseng.Tapi korang tutup mata, dan hanya nampak orang China dan India yang ‘berjaya’ dan kaya yang membuat korang tak senang duduk, tak senang berdiri, mandi air bunga jampi mintak rezeki!!!, padahal mereka orang china dan india yang susah dan melarat, masuk 'bersamamu TV3', dan sebagaianya adalah dua kali lebih susah, pertama sebab mereka hidup dan sempit di dunia, kemudian bila mati masuk neraka pulak selama-lamanya..

Dan kita lupa, betapa banyak berita kisah orang china dan India yang bunuh diri, bunuh anak-anak dan isteri, semuanya kerana kesempitan hidup dan masalah sosial, sekali lagi kasihan untuk diri mereka, kita dah lah tak Dakwah mereka masuk islam, tapi kita tutup mata pulak dengan tidak membantu golongan china dan india yang terpingir di bumi melayu..

Aku pernah berserapan di sebuah kedai kat melaka, makan nasi lemak, tak habis sebab tak ada selera, lalu aku tolak pinggan ke tengah meja, kemudian datang orang china yang berumur dalam 40-an, mintak izin untuk makan baki nasi lemak aku, apa lagi nak di kata?, air pula di minum dengan mencampur baki baki dari gelas pelanggan yang lain.

Aku lelaki beriman akhir zaman (Amin..), belanja dia makan lagi satu nasi lemak dan teh tarik, cuba berborak, tapi dia: aku tanya sepatah di jawabnya sepatah..,

Cerita lain, Aku pernah naik bas ke Kedah, ketika Bas berhenti, di seberang jalan sana aku nampak orang china lelaki dalam umur 30-an sedang menangis depan tokong kecik warna merah, menangis macam budak budak dan siap marah marah pada datok mereka(agaknya), cerita sebenar aku tak tahu…

Dan pernah tak korang nampak orang India dan china yangmengemis? kutip botol dari tong sampah dan bawak basikal berisi guni yang penuh dengan botol air tin dan mineral..

Namun korang tutup mata, puji pulak China yang berjaya dan pandai cari duit, padahal, wahai Mamat dan Mamat-Mamat sekalian, dalam korang kerja kuat mencari duit ke apa, jangalah lupa pada hari menjadi mayat..

Mereka orang bukan islam takde tanggungjawab untuk ugama, Tapi kita orang islam, panjang ceritanya..

Mereka tak faham dosa riba dan tak kena mengena dengan melengah-lengahkan solat, Tapi kita orang islam, panjang ceritanya mamat.., kalau sanggup dengar, boleh tunggu.

Tak salah nak jadi kaya, nak jadi jutawan, hartawan, angkasawan, tak harampun, yang salahnya bila Masjid atau Rumah Allah menjadi hina dan asing daripada pandangan mata korang, pada zaman kegemilangan islam dulu, ketika Hazrat Abdullah bin Umar ra, Abdullah bin Abbas r.a dan Abdullah bin Mas’ud r.a sedang berada di pasar, bila tiba waktu solat, sebaik sahaja azan berkumadang, mereka melihat, semua peniaga telah tutup kedai masing-masing dan ada yang meninggalkan kedai begitu sahaja lalu mereka semua berpusu-pusu ke masjid, lalu sahabat ini berkata:

"Demi Allah, mereka inilah orang yang perniagaan mereka tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah.," lalu membaca surah An –Nur ayat 37 yang bermaksud:

"Laki-laki yang tidak di lalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solah."

Tapi hari ini apa sudah jadi?, sebaik sahaja Azan berkumandang, mana perginya jutawan, hartawan dan para peniaga? Tidakkah hinanya Masjid dan Rumah Allah di pandangan mata mereka? Orang China yang maju berniaga dan tidak sedih melihat Rumah Allah kosong dan lengang, takde kena mengena, tapi kita orang islam samada yang kaya ataupun miskin, masih ada banyak ‘kerja’ lagi yang nak kena buat lepas kita jadi mayat kelak...

Kita hari ini risaukan tentang ekonomi, lebih dari risaukan tentang tertinggal takbir pertama, kita terlupa dengan KEBIMBANGAN dan HARAPAN Nabi yang di nyatakan menjelang kewafatannya, buktinya jelas, setiap kali azan berkumandang, Rumah Rumah Tuhan masih kosong dan lengang..., orang yang sedang mencari kekayaan belum datang lagi, takpe, pergilah cari duit banyak-banyak, nanti bila dah jadi mayat kelak, marilah datang ke masjid sambil di julang, lepas tu dapat duduk depan sekali, lebih depan dari imam, kepala dekat dengan kaki imam, orang lain solat, korang sorang jer yang tak solat tapi lepak duduk baring, wah wah wah, meriahnya mati..

Walaupun Allah dah bagitahu dalam Azan supaya marilah solat, marilah menuju Kejayaan.., tapi kita menuju ke tempat lain.. yang kita sangka kejayaan.

Walhal, Kejayaan ada dalam mengerjakan solat tepat pada waktunya..

Walaubagaimanpun, Mamat sudah nampak ’berjaya’ dari segi ekonomi berbanding purata melayu yang lain, (berbanding dengan aku terutamanya!) dengan baju kemaja masuk ke dalam dan jam tangan berjenama, serta kereta yang sama besar dengan bas mini, dan aset serta bon yang itu-ini, begitu-begini, wah wah wah, mungkin boleh kahwin dengan penyanyi suatu hari nanti!
Tapi sebagai harganya, mamat telah di cemburui masa, beliau telah menjadi seorang yang perasan sibuk, tidak lagi solat berjemmaah di masjid, tidak lagi baca quran dan sudah miss zikir harian. Kerja Dakwah juga sudah di tinggalkan.

Apatah lagi cita-cita Mamat untuk menduduki carta 10 orang terkaya di Malaysia, atau dapat gelaran jutawan melayu, maka sekali lagi, Mamat sudah alah bisa tegal biasa dalam bab tingal solat berjemaah...

Kalau korang masih tak boring, aku quote satu hadith:-

Di petik dari kitab Durri Manthur meriwayatkan bahawa di padang Masyar kelak, apabila semua manusia berkumpul, akan kedengaran satu suara yang kuat yang menyeru tiga golongan:-
Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam keadaan senang dan susah?

Di manakah mereka yang bagun memuji Allah dalam solat malam sedang hati harap dan takut?

Di manakah mereka yang perniagaan dan jual beli tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah?

Lalu ketiga-tiga golongan ini akan di bawa masuk ke shurga tanpa hisab, selepas mereka semua dah masuk shurga, barulah hisab di mulakan.

Maka, wahai Mamat dan semua mamat di luar sana, dengarlah nasihatku ini dalam ruang masa yang sempit, dan kesibukkanmu..

KEBIMBANGAN KERETAMAYAT
Mungkin dengan berkat kerja keras dan pengorbanan korang, pada tahun 2020 kelak, apabila kita pergi jalan jalan kat bandar, maka di lihat semua orang melayu telah menguasai ekonomi, boleh jumpa kedai Melayu di mana sahaja, dan nak cari kedai China jual aiskrim pun payah.., malahan orang melayu telah berada dalam top 10 terkaya di dunia, tapi pada waktu itu yang memenuhi masjid dan Rumah Allah adalah Bangsa Asing, Bangsa China terutamanya, sedang orang Melayu telah Murtad di sini sana..

Bukankah terdapat firman Allah yang bermaksud, Apabila kaum itu ingkar, maka Allah akan lantik kaum yang lain sebagai ganti?.

Kerana itulah jika dahulu orang Arab yang berdakwah ke seluruh dunia, tapi bila empayar islam jatuh di Turki, selepas perang dunia ke dua, Allah telah gunakan orang india pulak buat dakwah ke seluruh dunia.., dan pada tahun 2020 kelak, sedang korang orang melayu menikmati nikmat dunia, tiba-tiba datang orang China Malaysia ketuk pintu ajak pergi Masjid beriktikaf, ...

Dah tentu mereka kena halau dan di hina, maklumlah mereka miskin dan buang masa di Masjid.
Tapi bila masing-masing masuk kubur, Allah tak tengok Bangsa, rupa dan harta.. yang Allah tengok adalah iman dan Amal.., ,EHH!!! Teh tarik dah sejuk, Mamat pula perasan sibuk.., rupa-rupanya tinggalah aku sorang diri membebel macam mak nenek.., akhir kata, melayu yang terpinggir? atau Ugama yang dipinggirkan orang melayu?

HARAPAN KERETAMAYAT??

Lang mensilang Kui mengsikui, agi idup agi ngelabang, tak nak jadi soh chai..,

Dah nak azan dah ni..,

Sekian. (anti klimath)

ps: Mamat, jangan marah aku tak jadi beli product yang kau demo itu, terima kasih belanja aku minum teh tarik, jangan merajuk, nak jadi kaya memang banyak ujian, jomlah pergi Masjid, kita sambung cerita kat sana pulak..

Nov 1, 2007

Bercakap dengan Malaikat?

(Suatu hari nanti, akan dengar berita akan Penulis kereta mayat menjadi mayat...)

Aku sedang tidur, tiba tiba Hand Phone aku bergetar serentak ring tone korus lagu Cromok ‘I’m not belong here’ berkumandang, aku capai telephone, tekan butang hijau dan dengar suara sorang lelaki, aku cam itu adalah suara seorang peminat blog aku, setelah berbalas salam dan bertanya tujuan, aku dengar suara seorang wanita pula, merangkap kakak dia yang menyatakan telah minta izin suami terlebih dahulu untuk berdialog dengan aku. (Hmm, wanita beriman selalu begitu.)

Depan mata aku terlihat dua anak lelaki aku sedang berlari-lari bermain-main, kat tangan ada objek mainan, sorang umur 4 tahun, sorang nak masuk 3 tahun. aku melilau mencari sorang lagi anak aku, pusing kepala 360 darjah, baru nampak ada kat belakang kerusi rupanya sedang sepahkan surat khabar, umur baru setahun lebih.., mana isteri aku? Bisik dalam hati..

Kakak dalam tepon cerita kisah dia dapat mimpi menjadi mayat, masa sakaratul maut memang menyakitkan dan roh dia tetap berdiri disebelah jasad dan menangis mengenangkan nasib dah jadi mayat sambil menyesal dan takut..... kemudian kakak tu dapat lihat jasadnya dimandikan dan dikapankan..... dan dihantar untuk disolatkan hinggalah dikebumikan.... selepas 7 langkah terakhir suami beliau meninggalkan kubur lalu datanglah malaikat menyoal, dia dapat dengar suara malaikat azab tapi tak nampak wajah, malaikat menyoal dengan baik dalam bahasa arab dan kakak tu faham pulak soalan yang diajukan.... tapi tak tau apa nak dijawab kerana mulutnya dikatakan tertutup rapat seperti digam.

Kemudian kakak tu dipukul dengan tali yang di objekkan daripada petir dan kilat.... beliau dipukul sampai hancur dan jatuh daging dari jasad dan terbenam dalam tanah, masa malaikat soal beliau sedang posisi duduk (bukannya berbaring macam mayat) lalu malaikat menarik rambut kakak tu keluarkan dari dalam tanah yang terbenam dan tercantum semula daging yang hancur tadi tapi sakit dan perit sekali memang tak dapat dilupakan..... dan sampai sekarang ketika berdialog dengan aku beliau melaprkan masih ‘terasa’ sakit!!

Aku tengok anak perempuan aku sepahkan surat khabar, tengok kat mulut dia takut-takut termakan sesuatu yang bukan makanan, air liurnya nampak meleleh, aku dekati dia, kemudian sapu air liur itu dengan hujung bajunya, kalau bini aku nampak tentu kena tegur.. Mana bini aku?

Kakak dalam telefon teruskan cerita yang beliau merintih dan menangis sepanjang di azab dalam kubur, beliau menjerit kesakitan sambil menyebut Allah hu akbar sakitnya kenapa aku di siksa macam ni sedangkan semasa aku hidup aku taat pada perintah allah dan suami (masa tu tetiba sahaja mulut kakak tu boleh berkata-kata pulak lapornya)

Kemudian terdengarlah suara malaikat yang menakutkan mengatakan beliau di azab di atas beberapa kesalahan, antaranya lalai dalam solat, solat lengah-lengah, tidak tutup aurat sempurna, tidak ikhlas dalam bersolat dan tidak buat dakwah pada rakan-rakan dan jiran-jiran serta adik beradik walaupun tahu mereka buat dosa.

Aku terkejut juga bila dengar wanita yang tidak buat dakwah kena azab, dahsyatnya.. apatah lagi jika aku seorang lelaki?! Oh!, tapi aku masih selamba dan cool, baru bangun tidur.., dalam asyik dengar cerita, anak nombor 2 aku menangis, si abanglah yang usik, aku jenggilkan mata pada anak sulung aku dan terus pasang telinga..

Dalam kakak tu kena azab, beliau cerita bahawa siang malam beliau merayu pada Allah supaya dikembalikan ke dunia, nak jaga solat, nak tutup aurat sempurna dan nak buat dakwah.., tapi malaikat bagitahu semua ahli kubur mintak perkara yang sama iaitu nak balik ke dunia, dan semua tak dapat.., tapi kakak tu dalam azab dan derita siang malam mintak dengan Allah supaya di kembalikan ke dunia..

Pada waktu itu, segala dosa terbayang dan teringat, kata Kakak tu tentang dosa yang dia lakukan semasa di dunia antaranya masa beliau tengok tv dengar azan , beliau fikir solat boleh qadak, tapi kalau cerita tv habis tak tau kesudahan nanti.... (ada orang cam gini rupanya) dan kadang rasa beban kerana baru je solat dah nak solat lagi.... dan rajin dengar radio mencari hiburan didunia yang melalaikan....., (aku selalu gak dengar radio..oh) kakak tu terus merayu untuk dihidupkan kembali dan memanggil ya Allah ampunkan dosa ku , ya Allah hidupkanlah aku 1 kali je lagi, aku janji takkan lalai lagi.... dan beliau masih dipukul tapi dengan permintaan yang sama beliau tetap merayu tanpa jemu, lalu di herdik malaikat dengan suara yang menakutkan iaitu, betapa semua ahli neraka minta perkara yang sama dihidupkan semula.... tapi bolayan..!!!!

Aku tanya bilakah beliau dapat mimpi tu? Katanya tahun lepas, (oh baru lagi,) dan beliau teruskan cerita, iatu tak lama selepas beliau merintih dan mengadu, akhirnya terdengar satu suara lain yang memberi peluang untuk beliau kembali ke dunia, beliau lantas di pukul malaikat lalu tercampak dari kubur yang meletup dengan kain kapan yang masih berdarah......, terjaga dari tidur, beliau tersentak bangun dan rasa tubuh seperti baru kena tuang air panas, walaupun mimpi tapi terasa benar-benar terjadi...., beliau terus menangis tanpa henti-henti...dan memohon keampunan dari Allah keatas dosa yang telah dilakukan.....

Aku dengar suara isteriku dari dapur, juga suara wanita wanita lain, wanita kaya yang nampak sungguh bersih juga ada barangkali. Anak aku sudah berhenti menangis dan mulai menyambung permainan, menghabiskan tenaga libido.., oh! Baru aku synchronize bahawa aku sebenarnya kat rumah orang, bersempena kenduri pertunangan anak saudara bini aku, aku dah jamak solat, dan aku tertidur keletihan dan kekenyangan kerana baru habis majlis Akikah anak perempuan aku serentak dengan majlis pertunangan anak saudara sabit,

Abang ipar aku ni ada bela banyak lembu, dan sempena pertunangan anak sulung dia, aku tumpang satu bahagian sebab anak aku perempuan, eh!, Anak bongsu (setakat ini) aku sedang menangis pulak, aku hampirinya, dan tepuk-tepuk pujuk. Sedang telinga terus menerima gelombang dari handphone..

Cerita Kakak tu tiba ke fasa seterusnya, pada mulanya beliau menjalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa apa-apa lagi. Mimpi is mimpi, dan life goes on, dan beliau masih tengok tv dan dengar radio... (manusia selalu ada iktiar hidup bukan?) tiba-tiba masa sedang tengok tv beliau 'dengar' satu suara datang bertanya dimana janji kamu? beliau tersentak dan terus matikan tv dan beristifar..... malam tu kakak tu bermimpi bertemu dengan suara tu dan suruh beliau tepati janji masa di azab dalam barzakh tempoh hari....jangan lalai tengok tv dan dengar radio sampai lupa Allah....

Anak aku masih menangis, aku selak lampin dan intai bontot, manalah tahu kot-kot ada tahik ke apa?, takde, tapi lampin dah berat, kencing banyak dah ni, aku dukung dia dan cari bini aku sambil terus pasang telinga..

Tidak lama selepas mimpi itu beliau kini dapat mendengar suara ghaib yang akan menegur beliau jika buat salah dan akan menasihat beliau bila ada kemuskilan.. sebagai contoh, jika kakak tu lengahkan solat, suara tu akan ingatkan balik janji dari dalam kubur, jika lalai dan lagha, suara tu akan sound supaya tidak lagha.., bila di tanya suara siapakah ini?, maka suara itu mengaku bahawa dia adalah malaikat dari alam hakikat, bila di tanya dalil?, lalu suara itu merujuk ayat Al Quran surah (aku tak ingat) dan ayat (juga aku tak ingat,), masa tu bini aku datang ambik anak dan gerakkan mulut tanpa suara bertanya dan angkat kening yang bermaksud;

“abang cakap dengan siapa?”

Dan aku hanya tunjuk tapak tangan dengan jari kembang yang bermaksud;

"kejap, abang sedang cakap dengan kawan abang, nanti abang bagitahu siapa dia, lagipun ini perempuan, nanti banyak soalan pulak, pergi tukar lampin anak dan tengok anak kita yang dua orang lagi tu, abang sibuk ni, sedang menambah ilmu di dada, dah-dah jangan buat muka konfius, pergi kemas barang, jap lagi nak balik kuantan.”

Bini aku angguk tanda paham, walaupun aku cakap dalam hati.., kami bercakap menggunakan gelobang magnetik.(tipu)

Akak tu cerita lagi tentang diri dia yaitu bila dia nak tengok TV atau dengar lagu, suara itu akan sound dan remind balik janji dalam kubur, dan bila akak tu cuba beralih arah dengan dengar lagu Nasyid pun suara tu ingatkan bahawa ZIKIR lebih bagus... lebih eloknya zikir sendiri bukan dengar radio ikut zikir....dan disuruh menutup yang sebenar aurat dengan sempurna dan disuruh membaca tafsir alquran sebenar-benar firman Allah dan hadith rasullullah untuk berdakwah bukan main ikut suka hati nak berdakwah ikut hadith yang tak sahih...

Walaupun cerita Akak ni pelik dan jarang-jarang aku dengar, tapi aku tetap berwajah dan bersuara selamba, tidak menunjukkan aksi seperti mat minah foward yang mendapat email forward lalu ulas ntah apa-apa dan bagi ancaman jika tak sebarkan, jadi, aku memang cool.(perasan baguslah pulak)

Aku pernah dengar ustaz cerita tentang ada ulamak ulamak bila nak buat keputusan dalam bermusyuarat melantik pemimpin, akan keluar kenyataan seperti: ”siapa yang tak dapat tengok Malaikat, sila keluar. (Yang tinggal dialah yang akan jadi pemimpin sekian-sekian.)” Ok, jangan tanya dalil cerita tu, kerana aku dengar dari BUZNAMA dan dengar setakat itu.., dan aku tak payah ulas benda yang aku tak paham, balik kepada dua penduduk Malaysia yang sedang berbual-bual di telefon bimbit tadi, mari kita dengar lagi apa akak tu bercerita..

Antaranya:-
  • Kita bukan di utus untuk berdakwah, tapi di perintah untuk berdakwah.
  • Alif Lam Min bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad,.kitab ini alquran tidak ada keraguan padanya jadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.
  • Doakan orang islam yang mati dalam kubur di ampunkan Allah, termasuk dosa syirik kecil.
  • Tidak boleh bunuh orang kapir sewenang-wenang.
  • Banyakkan baca Tafsir Al-Quran, dan berhati hati merujuk hadith.
  • Kerahmatan Allah mendahului Kemurkaan Allah.dan kiranya sesiapa bertanya tentang ku (Allah) katakanlah aku terlalu hampir dengan mereka.
  • Dalam doa kena selalu mintak Rahmat Allah
  • Seksaan Allah amat pedih bagi yang engkar dengan perintah Allah.
  • Seorang manusia yang melalaikan manusia yang lain daripada mengingati Allah akan di azab dengan teruk.
  • Kasih Sayang Allah amat besar mengatasi kemurkaannya.
  • Jangan berdakwah tentang ancaman semata mata. katakan sesungguhnya Allah maha pengasih dan pengampun.
  • Khabarkan kepada pendosa bahawa Allah Maha pengampun asal kamu bertaubat.
  • Jangan perasan bagus dan riak fikir dah banyak buat amal.
  • semasa berita nurin disiarkan suami aku tak kasi anak-anak aku gi kedai aku pulak memang malas nak keluar....tengah aku susah hati malaikat tu datang bagitau tak payah susah hati boleh suruh anak kamu gi kedai pastu berdoalah kat Allah ya Allah aku serahkan anak-anak ku dibawah lindungan mu ya Allah, selamatkanlah anak-anak ku dengan rahmat mu ya Allah dan suruh anak-anak kamu baca suruh surah an nas dan falaq pergi dan balik tanpa ragu dan yakin dengan Allah.

Sedang asyik pasang telinga, Tiba-tiba, aku teringat, dari bangkit tidur tadi dan sedang asyik bersembang, aku belum solat asar rupanya, oh, alangkah laghanya aku, nanti aku kena azab dalam kubur baru tahu, kena azab kerana solat lengah-lengah, di panah kilat dan petir, di pukul lalu daging di badan tanggal dan tulang temulang terbenam dalam tanah, tempat yang cedera bertambah sakit seperti di jirus air panas.. oh oh oh!

Aku tamatkan panggilan dengan alasan ada 'tetamu’.., padahal aku nak pergi solat Asar, maafkan aku kakak, kirim salam kat suami..

Petang tu ketika aku nak solatkan Asar, tiba-tiba terdengar suara dari hati aku sendiri..

"hamka, bukankah kau sudah solat asar tadi sebab dan buat jamak takdim?”

"ye tak ye juga”.

Lalu aku pergi ke dapur minum teh tarik yang bini aku buat, sebelum berangkat pulang, aku bersalam dulu dengan abang ipar, kemudian, dari dalam kereta, anak bini lambai tangan insyarat 'bye’ kepada ipar duai dan anak buah, lalu aku membunyikan hon sejurus menghilang dari pandangan mata mereka....

Sekian.

(Berlaku pada 7 syawal, petang)

Ps: Nanti, suatu hari nanti, jika aku sudah tidak update blog lagi, ketahuilah bahawa aku sudah berjumpa dengan Malaikat...