May 8, 2007

Excuse Me ?

( Diari reality blog- masak ikan patin)

Dah lama tak tulis resepi kat blog bosan nie..

Terkenang kembali.. Akan pada bulan april tahun lepas, aku ada tulis resipi “Nasi Itik”, nasi yang di makan dengan kuah yang banyak.., lepas tu menjelang syawal tahun lepas gak, aku tulis resipi “Jus kurma susu Kambing”… yang akhirnya mendapat pujian daripada persatuan masak memasak..
Bestkan baca blog aku? Macam macam ada, macam ‘sampah’..oh!

Maka sempena bulan.. err bulan apa yer?, kejap tengok kelendar.., aku mahir bulan islam ni Ramadan dan syahwal sahaja..oh! (begitu jugak waktu solat, waktu magrib bulan ramadaan sahaja yang paling ingat..cis!!)
Hah tu dia!!, jamadul awal?, jamadul akhir?, oh! Aku pulak tak pandai tengok kelendar yang muat turun semua tahun,.. tahun masihi ada, tahun cina ada, tahun islam ada, siap ada gambar kuda kuda lagi nie..tak paham aku..!! arghh lantaklah.

Kembali kepada main topic, Hari ni aku nak bagi resipi :

“TEMPOYAK MASAK IKAN PATIN”..
(lain macam jer bunyinya?)

“MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN”..
(macam ok..)

“IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK”..
(betul kot nama masakan cam gini?)

“PATIN IKAN TEMPOYAK MASAK”..
(ni mamak India mana sesat pulak?)

“MASAK MEMASAK SI IKAN PATIN BERTOMPAYAK”
(ko jangan main main..)

“DATIN TEMPOYAK IKAN PATIN”..
(kao jangan… karang!!!)


“MEMASAK AKAN AKHIRNYA JADI TEMPOYAK IKAN PATIN ITU”..
(woi woi!!)

Arghh!!, lantaklah apa nama korang nak taruk pada resipi yang halal dan bermutu tinggi ini, kita terus pergi kepada bahan bahan untuk memasak..

Check barang kat dapor, sekali minyak masak takde daa? Nak kena pergi kedai dulu nampaknya…

Akrian, sebelum aku berniat untuk memasak ikan patin masak tempoyak ini, aku sebenarnya menerima dua panggilan telefon…

  • Satu daripada beberapa ahli keluargaku yang ingin singgah berehat tengahari di rumahku sebelum menyambung perjalanan menuju ke destinasi seterusnya..
    Dah berehat tengahahri takkan nak lepak sajer kot..?, Maknanya aku kena sediakan makan tengahari, dan nak jadi rezeki touke ikan patin tu, isteri aku pulak ada kursus.., terpaksalah aku memasak dengan ikhlas dan riang ria..
  • Satu lagi panggilan adalah dari seorang sahabat yang memberitakan masalah beliau yang sering tolong orang lain dengan ikhlas dan riang ria tapi isteri dan sanak saudara tidak suka dan sering memperkotak katikkan beliau, yang mana membuatkan si penolong ini rasa serba salah kerana orang yang di tolong mula pijak kepala dan orang yang melihat mula menghina.., beliau di ibaratkan situasi orang yang kena denda berpuasa dua bulan berturut-turut kerana kesalahan mengziharkan isteri sehinggalah satu hari ketika tidur tergigit tali rumbia yang masuk anak tekak dan terjaga lalu di landa di lemma nak telan batal posa, nak muntah pun batal posa.. oh!..


Aku nasihat lebih kurang.., sebab aku tak pandai dan tak alami situasi seperti itu, namun kedatangan sanak famili beristerehat tegahari di rumahku sedikit sebanyak sama dengan masalah sahabat di atas, iaitu aku perlu membantu dengan ikhlas dan riang ria..

Apatah lagi hak tetamu ada tiga yang utama, satu antaranya adalah bagi makan cukup cukup!!! (dua lagi rujuk ustaz)

Sebab korang malas rujuk ustaz dan akan email aku dengan manja mintak jawapan, maka aku tulis jugaklah akan hak tetamu..

Tetamu mesti di layan dalam tempoh tiga hari.. masuk hari ke empat maka itu di kira sedekah.. kemudian kena bagi makan istemewa hari pertama, hari kedua dan ketiga lauk biasa kira Ok,.. nasi kosong dengan telur mata dan kicap pun boleh..

Lepas tu kena bagi tempat tidur dan keselamatan..

Ada hadith bagitahu orang datang bertamu akan memberkatkan rezeki kita dan bila mereka pulang, dosa kita juga akan pergi sama.., oh ikan patin, tunggulah aku..!!

Aku turun ke pasar pagi itu dengan berpakaian jubah singkat paras lutut, jubah ku juga terbelah tepi agar mudah untuk aku melakukan tendangan padu maut jika ada pihak musuh yang cuba menyerang dari arah buah pinggang, melewati pasar tani, aku lewat di hadapan sebuah gerai buku, aku ternampak ada terjual komik komik lama seperti ‘juara wira’, ‘alam perwira’, ‘pendekar laut’ dan ‘gila-gila’ di jual dengan harga seringgit satu.., aku pun berhenti kejap belek belek, tiba tiba penjual buku tu tegur aku dengan lembut,:

“Dik…, buku ugama kat hujung sana tu ha..,” ambik ko! Pakai jubah masuk kedai komik, tak pasal pasal terkena anjakan paradigma, tu belum masuk kedai CD..

"err dik kat sini tak jual VCD ceramah ugama.." oh! Betul jugak, pakaian ala sunnah Nabi sedikit sebanyak menyebabkan orang lain ingat pada Allah..

Maka baiklah aku lupakan sahaja akan permainan setan yang lupakan niat sebenar aku ke pasar tani, ada ke suruh aku beli komik sambil pakai jubah… ish ish ish..!

Pendek cerita.. aku beli barangan berikut..

IKAN PATIN
Ikan patin sangkar 5 kg, satu kilo RM 8, boleh beli kat pasar tani kuantan tepi stadium bola hari ahad.. 10 hingga 15 orang boleh makan..

Kalau korang banyak duit dan nak lagi best, boleh beli patin liar.., kalau banyak lagi duit, dan sudah bayar zakat dan tolak LHDN, maka korang boleh beli ikan flowerhorn.. rasa nak sedut jer dahi ikan tu slurrppp!!

TEMPOYAK
Ini antara yang terpenting.., Tempoyak dalam RM 5 cukup isnyAllah..

KUNYIT
Kunyit hidup satu buku, pakai kunyit serbuk tak best, tak kick, tak umph (Allah bagi sedap)

BAWANG
7 biji bawang besar.. bawang putih atau bawang merang boleh juga, boleh blahh!! Ikut original resipi, bawang BESAR!!!

LADA
10 ulas cili padi cukup kot, terpulang.., kalau nak pedas boleh letak setengah kilo, ok apa, kata orang lada menguatkan ingatan.. pedas !! pedas!!

DAUN KESUM
Siapa tak kenal daum kesum? Tanyalah kat mak cik kalsom atau Watson Nyambek (tak lawak)
Daun kesum 50 sen pada JUN 2007 kira Ok lah.. untuk 5 kg ikan patin..

DAUN KUNYIT..
3 helai daun kunyit adalah sesuai dengan ikat patin 5 kg, sekiranya sebuah balairaya milik sekolah ugama rakyat ingin memasak tempoyak ikan patin untuk mansa banjir sebanyak 86 kg, berapakah jumlah daun kunyit yang perlu di gunakan untuk menyempurnakan masakan tersebut?
(jawab.. jangan tak jawab he he he)

---------

CARA MEMASAK..

Cis!! Susah payah aku pujuk kedai rungcit sebelah rumah aku supaya jual minyak masak yang telah di sorok sekian lama, rupa-rupanya untuk masak resipi ini, tak perlu sedikitpun minyak masak walaupun setitik hama.. huh!

Ha ha ha, sorok lagi minyak masak, hari hari aku makan masak tempoyak ikan masin.., tak payah pakai minyak pun, ha ha ha! (ikan masin? Isk isk)

Ok, cara menyediakan hidangan adalah begini:-

Mula mula potong ikan patin kepada 3 bahagian dan basuh dengan air limau untuk buang hanyir dan lendir, eh lupa pulak suruh korang beli limau nipis..? , kepada mereka yang tak pandai nak basuh dengan air limau, korang boleh perah limau nipis ke badan ikan patin dan asapkan pulak dengan asap kemenyang macam hang tuang asapkan keris tamingsari dia.. ha ha! Buat lawak mayatlah pulak, takde maknanya ! sebenarnya korang boleh rendam ikan patin tu dalam air perahan limau nipis.., itu ajer..he he he

Oh, ye sementara tunggu ikan patin dalam air limau nipis itu timbul dengan perut kembong atau terhidrat kehayirannya, maka korang boleh mulai menumbuk guna alu dan lesung akan bawang besar dan kunyit hidup.. tak payah tumbuk sampai lumat..

Kemudian, masukkan bawang berderai dan kunyit hancur itu ke dalam periuk dan masukkan air sebanyak 5 tempurung kelapa, lepas tu masukkan pula tempoyak, kacau sikit, masukkan jugak lada tumbuk.., seminit kemuidian masukkan ikan patin, biarkan ikan patin itu tenggelam dalam paras air yang di masak.. air boleh di tambah lagi mengikut hal ehwal semasa, sunnah masak lebihkan kuah.., lepas tu masukkan daum kesum dan daun kunyit, potong halus halus, taklah halus sangat, agak-agaklah..,

Dan Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, boleh jugak taruk bunga kantan, bila air dah mendidih, boleh alih tong gas.., takut ikan patin hancur kerana terlampau masak..,

Nampaknya semua dah siap, bolehlah korang melantak setengah jam sebelum azan zohor.., dan best jugak jika di sertai bersama ikan masin anak gelama.., insyAllah, Allah yang bagi sedap..

Maka melantaklah sanak saudara dan fimili akan ‘air tangan’ aku hari tu, ada yang mintak resepi.. licin ikan patin di makan mereka.. mereka ‘pemakan’ orangnya..

Dah kenyang makan dan sebaik mereka beredar, ketika tangan menggosok periuk belanga, (akulah lelaki misthali terakhir).., aku terkenang kawan aku yang suka bantu orang tapi berada dalam di lemma.. (yang call pagi tadi)

Sebenarnya aku berdoa kepada ALLAH agar aku menjadi orang yang sentiasa dapat peluang tolong orang lain, dan aku berdoa agar aku tidak menjadi orang yang selalu meminta pertolongan..isk..

Maka aku jeles bila lihat ada orang yang mampu tolong orang lain dan aku sedih jugak bila tak dapat tolong orang yang mintak tolong.. isk..

Memeberi pertolongan kepada orang bukanlah satu beban, sebaliknya adalah antara nikmat yang besar dalam islam.., patutkah kita rasa sedih kerana terpaksa tolong orang lain?, padahal sepatutnya kita kena rasa syukur kerana mintak tolong pada orang lain adalah jauh lebih menyedihkan.. isk..

"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.."

Satu lagi aku berdoa agar mereka yang tak suka atau memusuhi aku, agar mendapat sedikit susah dan aku ingin sekali menolongnya!, aku ingin mengembalikan hubungan yang baik demi ugama ini..

Dulu nabi selalu tolong orang yang hina dan caci Nabi SAW, demi ugama Nabi tolong mereka.., akhirnya mereka menjadi sahabat sejati..

Maka kepada mereka yang memusuhi aku, jika korang ada masalah janganlah segan mintak tolong, memang aku hina di matamu, tapi aku tak pernah benci kepadamu, adakah kerana aku tak sokong apa yang korang buat, maka korang tak nak bercakap dengan aku?

Korang semua dah dewasa, dah berjanggut sini sana, jangan jadi perangai macam budak budak.., pada zaman yang dah nak masuk senja ni, tak payahlah merajuk macam bodak perempuan.., aku tempeleng karang, tahu menangis!! , arhh, aku malas nak membebel.., aku harap tayar kereta ko pancit di jalanan dan aku akan datang tolong tukar tayar sambil tersengih sengih macam kerang manis.. he he he..

Walaupun mungkin ketika itu kereta yang ko naik adalah kereta mayat…

Sekian…

Ps: Tak paham aku, sekejap cerita pasal ikan patin, lepas tu, lepas perasaan macam budak perempuan, dan akhir sekali tukar tayar kereta mayat.., arghh tak paham aku!!

47 comments:

UmmuSarah said...

Hmm, macam sedap aje ikan patin masak tempoyak nie. Memang baguih kalau dapat tolong orang. Kadang2 masa mula nak membantu member, kita mmg sesangat bersemangat nak tolong. Tapi, kekadang bila tengah menolong tu, timbullah pulak rasa kureng ikhlas. Bila dah begini, rasa pulak macam dah nyesal nolong org. Akaklah yg selalu mcm tu...
Walau apapun, kenalah akak mengingatkan diri sendiri, Allah akan membantu org yg membantu sdr seIslamnya.Jadi, kalau kita dah dibantu Allah, tentulah kita akan berjaya. Apalah nak kisahkan kesusahan kita menolong org lain, kalau balasannya adalah bantuan Allah yg maha hebat.

Anonymous said...

Terasa laparnya! sungguh menganggu ketenteraman perut selepas baca n3 nih!

Cool said...

Ayakk@!~ ini resepi dah lama dah master!!

Apa pon Aku tetap bersyukur@!~
Nak tuka resepi tak?

Tempoyak Udang@!~

Seriyes Best@!~


---

Do edit :

18SX+18PA+18PL............ Blog ini menyentuh aspek agama, sosial, politik dan masakan, Blog ini mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, Blog ini ada gabungan dua atau lebih unsur masakan, ganas, seram dan seks .....................

Unknown said...

baru nak jadi pengkomen ke-3..jiji poton aku...isk...hahaha..pc aku tetiba blek aut..

aku pun nak share resipi..acar daging..sapa penah makan angkat tangan..hehe..

ps:wah wah wah..buat macam blog sendirik la pulak..insyaALlah aku akan share reshipi serawak..oh ..buat pengetahuan acar daging sangat sedap dimakan dengan nasi beriani@nasi bokhari..hehehe..

Cool said...

*angkat tangan nak resepi*

sementara tuan blog tak mai@!~ kita tukar resepi dulu hikhikhik@!~
sini kasi paste itu ramuan acar daging@!~

=)~

Unknown said...

jap jiji..pas isyak aku postkan..hhehe..(memang buat macam blog sendirik la...)

Cool said...

*telepon mak laa tuh*

Unknown said...

oit jiji...shhhh..!!! kantoi la pulak..heheh...aku duk dgn mak aku skali la..tak payah telepon..hahaha..

ok..untuk kelas memasak hari ni, chegu nak murid2 sediakan pen sementara tuan punya blog takde ni..ape kate chegu nak huru harakan blog keretamayat...

ACAR DAGING

bahan2:
#daging - 1kilo - dipotong biasa..ikut la nak potong segitiga ke..bentuk zirafah ke..bentuk mentibang laut ke..heheh..

#kismis - 1 kotak kecit

#lobak merah - diparut panjang dan halus - lepas tu dijemur kasi kering

#asam boi - secukup rasa

#cili kering - singgit..kalo nak pedas kasi banyak skit..

#bawang merah - secukup rasa

#bawang putih - secukup rasa

#halia - scukup rasa

#gula secukup rasa - kalo nak manis letak lapan guni...ha ha ha ..

#kuchai 1tin( bawang dalam tin tuh..)

#cuka 1botol kecit

cara membikin:
1. bawang putih, bawang merah dan halia dipotong cam biasa la..pastu tumis ler..masukkan skali cili kering yang dah di blend..tomis sampai wangi...

dah sudah wangi tu, masukkan daging yang dah dipotong tuh..dan masukkan cuka skali yer..goreng sampai kering...dah kering tu baru masukkan gula dan tunggu lagi..goreng lagi sampai koring..

last skali..korang masukkan la bahan2 sampingan yang tak dimasukkan lagi seperti asam boi, kismis, lobak merah dan kuchai tu...dah tu..three..(tak lawak..ha ha ha..)..dah tu siap la...

selamat melantak..jangan lupa jemput ketua kampung korang makan..heheh..slamat slamat slamat...

ps:jangan "labuhkan" perut dengan makanan..kang tak terlarat nak berjemaah di masjid..ha ha ha..

Anonymous said...

salam

ingatkn bro hamka nk critekn jgk tntg "ikram muslimin". tp tkpelh..memasak,memasaklah..sy bleh tumpang belajar.insyaAllah

soklan daun kunyit:
86 bahagi 5 = 17.2

jd 17 1/5 helai daun kunyit diperlukan utk 86 kg ikan patin itu.

Anonymous said...

hehe bro hamka nie terror jugak masak ye..

sy pun pandai jugak.. -perasan!-
tak la pandai tapi boleh la buat makan..

masak asam pedas.. kekeke..
beh jugakk...

tak payah gune minyak jugak!

Abu S.H said...

mudah amir nak pilih ta'am..

HbO said...

hehe..

hamka said...

UmmuSarah

Aku tak declare aku yang ilhamkan masak ikan patin nie..

Aku muat turun sahaja, sebab adik beradik aku mintak, senang, aku tulis dalm blog..he he

-------
Hani Sumayyah

He he he!

-----------
Jiji, 24

Tempoyak Udang?

Macam best.., tempoyak flowerhons takde ke?..

blog ini ada 18 lauk pauk..

---------
Nurzaiti

Kalau boleh bagi resipi nasi beriani dan nasi bokhari sekali ..heh!

-------
ainohikari

salam

ingatkan memang nk critekn jgk tntg "ikram muslimin". tp banyak lagi pinggan tak terbasuh.. oh!

-------
budak shams

masak asam pedas tak guna minyak?, menarik..

aku pandai masak maggee tak guna minyak..

-----------
abu_harraz

tahu takpe.., aku masih belajar..

----------
fairy_tale

k eke ke( semua pakat ketawa, aku pun !)

Anonymous said...

Bersamalah kita teruskan perjalanan
Dengan rasa tabah dan penuh kesabaran
Ketekunan, kecekalan

Biar apa yang menentang perjalanan
Wajarlah kita pastikan pencapaian
Dan tujuan, kejayaan

Peduli segala cemuhan
Yang menghambat kejayaan
Harus kesampingkan

Tak guna kita sorakkan kejayaan
Kalau hanyalah sekadar di pinggiran
Percumalah, perjuangan

Kita kan tak ingin kecundang
Biar pun jiwa mu taruhan
Pastikan kesampaian

Mahukah kita kini ulangi lagi
Kisah pak kadok yang kehilangan
Tanah tergadai dek kebodohannya

Atau mampukah kita menjadi
Si pandir yang cuma berangan-angan
Dan di persia, di persia

MIddkA1 said...

Assalamualaikum...

Tumpang tanye, ni blog keretamayat ke?
Ke aku salah masuk?? X mcm keretamayat pun? Ikan patin jadi mayat adelah... Argghh, aku dala belum makan lagi nie... Perut aku wat jamming plak tgh lapar2 nie... Hamka, resipe asam pedas melake ad x? Klao sesape ad, tlg bg aku, aku nak makan sorang2 bile kesunyian.. HAhaha(aku jarang pegi dapo, slalu pegi bertani xde mase ke dapo... heheh)

MIddkA1 said...

owh, lg st, jemaaah kami nak cari ta'am yg tau masak asam pedas... Allah yg uruskan..Hehehehe

Anonymous said...

Assalamualaikum

Sapa nak resipi masak telur rebus dengan megi kari boleh bagitau aku

(Aku yang menyibuk tak tentu pasal..)

Cool said...

**Ikan bungatanduk tu boleh makan eh?
.
.
.

Tempoyak Udang
The Very The Simple.

Bahan-bahan

Tempoyak + lada api giling(bukan blended, x sedap kalo blend)+ daun kunyit selai + garam + serbuk kunyit sesuku sudu. + gula sikit je. Oye, Udang harimo

1. Amik air dr paip, masuk dlm belanga (Takmo bnyk ..udang berair..cair sgt tak best)

2. Taruk tempoyak 3-4 tablespoon dlm air + lada api + serbuk kunyit + garam.

3. Stir kasi menggelegak betol. (mesti btol-btol)

4. Masuk udang(udang harimo best) + daun kunyit( kasi konyok-konyok sket)

5.Jangan overcooked.

6. Setengah camca gula sikit.

Siap!.

Kalo tak jelas sila dail..

1-800-She-Can-Cook!


P/s: haha... blog neh mcm ada identity conflict sket muahahah@!~

P/s/s: Semoga berjaya@!~

MDM FARAH FAIZURA said...

ada ke org yg merajuk pasal baca blog nih?

sensetifnya

x baik sensetif2 ni

setan mudah2 jek masuk

pasal ikan patin pulak,

no komen pasal aku semua makan

Anonymous said...

ainohikari bg jwpn yg salah.. sebenarnye jumlah daun kunyit yg diperlukan ialah 51.6 helai..

jwpn ainohikari tu perlu di darab dgn 3.. baru la dpt jwpn yg sbnr..

haha.. x sangka 1st komen aku kt blog ni aku tulis psl math..

nway Hamka.. ko teruskn menulis dan berkarya.. it's inspiring...

anonymous37

hamka said...

Anonymous

Ramli sarip?

-------------
Midkazen

Salam..

Ni blog keretamayat, tapi bahagaian dapur, bukan apa senang nak buat tahlil nanti..ihh!

-----------
Ustaz Rock

Salam.

Dan sape nak resipi masak telur separuh masak adalah..

Masakkan telur sehingga hamper masak, ..dan hamper nak masak, boleh lah makan telor separuh masak..

Selamat memasak..

---------
Jiji, 24

identity conflict? Ye kot.
Terima kasih atas resipi…

---------
dingin

Ada dan agak ramai, mula mula link aku dan selalu jadi pengkomen pertama, tapi bila termakan lada ke apa, terus delete link blog aku kat blog dia (dan aku tak pernah pun link blog dia, blog sape2pun)
Tapi aku tahu diam diam curi baca blog aku..
Perangai cam budak budak.. ish..

Tapi aku harap dapat tolong dia tukar tayar kereta .., keretamayatpun takpe isk!..

----------
anonymous37

pandainya.., apa itu 37?
37 tahun?

Anonymous said...

asalnye aku nak guna anonymous73.. tp takut org silap faham ingatkn aku lahir tahun 1973.. menjadikan aku 34 tahun.. so aku tak jd guna anonymous73..

upenye guna anonymous37 Hamka ingat aku umur 37 tahun plak dah.. aiseh.. jd makin tua plak.. haha..

aku masih muda rumaja.. tgh stdy lg.. kawen pn blom ni Hamka woi.. haha.. tp umur hanya sekadar nombor.. maut dtg menjemput tak kire umur..

-satu lg komen melibatkan math.. mari kite main kire2-

anonymous37

Unknown said...

Nasi Beriyani

Bahan-Bahan:
8 cawan beras Basmathi
9 gelas air
1 cawan susu cair
1 camca besar rempah Beriani(gunakan rempah Beryani Gemini)atau lain2 rempah Beriani.
½ cawan bawang goreng
½ tin kecil tomato puree
1 biji tomato (potong dadu kecil)
½ cawan daun pudina (mesin)
3 batang cili hijau
10 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia
Sepokok daun ketumbar (potong 1")
Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Sedikit pewarna kuning telor
2 sudu makan minyak sapi
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu makan gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang

********************************

Cara:
1. Bawang kecil, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia di kisar denga 1 cawan air.

2. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.

3. Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit.Kemudian toskan.

4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis,cengkeh,lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.

5. Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu,bawang goreng dan tomato puree. Tutup periuk.Biarkan mendidih, didikuti dengan
memasukkan beras.Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa.Biar kering dan kecilkan apinya( kalau menggunakan dapur gas). Alaskan dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.

6. Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.

Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 15 orang.
Nasi yang dihidang ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nasi Bokhari

Bahan-Bahan:
2 kg beras Basmathi
½ cawan minyak sapi
2 sudu besar margerin
½ cawan rempah kurma
15 ulas bawang merah
2 inci halia
7 ulas bawang putih
Kulit kayu manis
Buah pelaga Bunga lawang
1 ekor ayam (dipotong lapan)
Daun ketumbar
2 cawan air
Cili merah dan cili hijau
2 biji tomato (dipotong empat)
Kismis (sebagai hiasan)
Kacang gajus (sebagai hiasan)
Bawang goreng (sebagai hiasan)

**********************************

Cara:
Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak sapi dan margerin. Tumis bahan-bahan kisar bersama rempah kurma, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumiskan hingga wangi.

Masukkan pula ayam dan ketumbar.

Biarkan empuk sedikit kemudian tuangkan air dan kacau hingga rata.

Bila mendidih, masukkan beras dan tanak seperti biasa.

Apabila masak, ratakan ayam dan nasi. Hiaskan bersama cili merah, cili hijau dan tomato. Agar ia tambah menyelerakan, taburkan sedikit bawang goreng, kacang gajus dan kismis di atas nasi.

Unknown said...

lupa lak..masaklah dengan penuh kasih sayang..insyaAllah sedap..hehe hehe..

Cool said...

*datang kembali*

*ehem norzaiti ehem*

"lupa lak..masaklah dengan penuh kasih sayang..insyaAllah sedap..hehe hehe.."

kasi tambah la "jangan lupa jemput"

*ehem HAMKA ehem*

Anonymous said...

resipi yang bagus..saya juga suka masak dan suka makan dan kuat makan..

soalan off topik:-

1.)kalau dah bayar zakat pendapatan tiap2 bulan kena bayar incometax(lhdn) jugak ker?

2.)kalau kena bayar, apa syarat2nya, camne nak kira?

3.)tolonglah saya yang takut ini

-maon-

Anonymous said...

Salam,
2 3 hari i baca blog ni. Sungguh menyedarkan betapa diri ni terlalu jahil & bnyk dosa. Ya Allah, ampunilah hamba ini. En. kereta mayat, i doa xlah ditemukan empat mata dengan anda (takut nanti jatuh cinta!)tambah lagi dosa mata lak...... Boleh x lepas ni berleter pasal poligami lak! i suka.....

hamka said...

anonymous37

kau mungkin jadi mayat dalam 37 hari lagi…,apa lagi nak di kata?

---------
Nurzaiti
Nasi Bokhari dah ada..,

Mungkin aku boleh reka Nasi muslim atau Nasi tarmizi pulak..

Bila nak jemput makan nasi minyak?, nak bunga telor.. he he he

----------
Jiji, 24

Burpp.. (sedawa)

---------
maon

kalau dah bayar zakat pendapatan tiap2 bulan kena bayar incometax(lhdn) jugak ker?
(tak kot.., tapi jika potongan lhdn melebih zakat yang dah bayar maka kena jugak ko bayar lhdn..

kalau kena bayar, apa syarat2nya, camne nak kira?
(itu ko rujuk jabatan zakat dan LHDN)

tolonglah saya yang takut ini
(aku pun takut gak..)

-----------
Anonymous

Jika ko jumpa aku dan ko jatuh cinta, mungkin tika itu aku akan tulis pasal poligami..

Ps: Alamak, kenapa potongan bawang masakan bini aku sudah berubah? Semakin tebal dan kasar.. erk!!

Anonymous said...

wah..wah..inilah saya. sayalah yang bernama maon. terima kasih hamka kerana menjawab kemuyskilan saya itu..

saya ada lagi soalan on topik..

1.) wujudkah jenis ikan patin yang tidak boleh dimakan(beracun?+bertaring?+berduri?)

2.)saya tidak pernah makan ikan patin. saya sungguh serius

3.)sila baca cerita saya yang pelik ini:-

saya ada bapa, emak dan adik-beradik. bapa saya larang kami makan ikan patin.

kakak saya tanya apa sebab?bapa kata, makan ikan patin boleh jadi sakit teruk->jadik mayat->naik kereta mayat. itu saya tidak tau.

yang saya tau duit=pasir. tak boleh bagi mudarat, tak boleh bagi munafaat.

sehingga ke hari ini saya masih belom menyelongkar misteri ikan patin ini. saya cuba menggugel tapi tidak jumpa..

-maon-

hamka said...

dahulu ada isu.

sisi kumbahan najis babi di buang dalam sungai pahang.., dan sungat pahang tu kaya dengan ikan patin..

mungkin kerana itu keluarga ko keluarkan arahan sita terhadap spesis ikan patin..

apa-apapun, sungai pahang lebih dari dua kolah!

selamat berkelah!

MIddkA1 said...

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan
bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada
tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah
senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup
berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak
boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak
bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah
senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak
kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup
beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh
hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya
panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-
sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu
panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada
siapa boleh halang!!!

Midkazen said...
Bile azan berkumandang, bergegaslah kamu smue ke masjid, rumah Allah, Tuhan Kaabah...

Apbile terdgr azan, berwudhuklah kamu dan menujulah ke masjid dgn hati yg tenang... Dtg ke masjid dgn mencari ketenangan yg hanya pd rumah Allah...

Apbile terdgr azan, beristighfarlah kamu...
Menyesallah kamu smue atas dose2 sebesar bukit yg telah kamu lakukan... Padahal, pahala kamu bagaikan setitis air yg tumpah ke bumi kemudian berderai...

Apbile terdgr azan, jawablah azan seperti yg kamu telah pelajari...
Laahaulawalakuwwatailabillahil'aliyilazim...

Ingat sahabat2 ku smue, janji Allah kepade hambe-Nye tidak akan dihampekan... Bertaqwalah kamu kpd nye... Dirikan solat dan tunaikan zakat... Dirikan solat di awal waktu sebaik saje azan berkumandang, tanpe sebarang alasan... Sebagai balasan, kamu ditempatkan di tempat para solihin...

Mahukah kamu dimasukkan ke syurga?

Laratkah kamu meninggalkan solat dan dimaksukkan neraka dgn balasan, 80 tahun diseksa bg setiap tinggalan???

Dirikanlah solat...
Dirikanlah solat...

Jdkan solat sebagai amalan... Klao x makan kite lapar, klao x solat hati x tenang... Terase diri nie bagaikan hamba yg sehina2 manusia... Terase diri ni bagaikan menanggung 10000000000001 beban...

Solat sunat 2 rakaat, insyaAllah beres masalah...

Bangun, berdirilah di atas kaki mu... HAIYA ALA SOLAH!!! HAIYA ALA SOLAH!!!

HAIYA ALA FALAH!!! HAIYA ALA FALAH!!!

Unknown said...

cayalah midkazen..(klepak klepak klepak..==>tepuk tangan..)

Unknown said...

lama x jengah cni. citer resipi pulak.. x perlah. ko punya bloq ikut suka ko lah hamka.

isu ikan patin tu menggelikan hati. Ikan tu halal. Dia tak terikat dgn hukum halal haram pula. Kita tak disuruh intip ikan makan taik ker, minum air kencing cina sekali pun..ikan tetap halal. cuma tak lalu nak makan sebab org melayu ni penggeli.

org melatu x solat depa tak geli. berzina pun tak geli.. tapi makan ikan patin yg minum taik babi derang geli.

tempoyak pula derang kata sedap walhal durian dah masam, not good 4 health dear..

Anonymous said...

salam hamka..
sbnrnyer komen sayer ni xder kener mengene ngan ikan patin..
just nak gtau awk sy ader terjumpe satu laman web www.akidos.blogspot.com. laman web nie milik sorg bubak yang mengaku dah murtad..x percaye hudud..x suker blaja alquran..dan mempersoalkan islam.. tujuan sy tulis nie dgn harapan en bleh berdiskusi ngan budak 2 dan mengajak dia ke islam balik...
dr dlb blog budk 2..
nampaknyer die memikirkan agama atas dasar logik kepale jer..
background hidup die sdh jgak..
bapak die kater budk 2 idup menyusahkan.. kire cam bawak sial la..nenek die x suker die..
sampai takat 2 jer kot..
salam

Anonymous said...

Salam.. (en.hamka minta izin ya...)
promo sebuah buku yang elok dibaca

ISRAELI EMPIRE COLLAPSE IN 2022
EMPAYAR Israel musnah pada tabun 2022? Ini lah persoalan yang menarik saya membeli buku ini. Malah semasa masih di dalam kedai buku lagi, seorang rakan berbangsa Cina bertanya di mana saya mendapat buku ini. Saya menunjukkan bahagian 'RELIGION' dan dia turut membelinya. Seperti yang tertulis di kulit belakangnya, a rare book, buku ini memang asing. Ia ditulis berdasarkan pemerhatian Bassam Nihad Jarrar, seorang aktivis Islam dari Ramallah, Palestin yang diusir oleh kerajaan Israel pada 1992 bersama beberapa rakan seperjuangannya. Semasa dalam buangan di sebuah kampung di selatan Jordan , beliau terfikir untuk menulis buku yang berkisar kepada Surah Al-Israa' iaitu surah yang ke-17. Ayat keempat hingga kelapan surah ini bercerita mengenai Bani Israel. Pada ayat ketujuh, sebahagiannya membawa maksud



"...dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh- musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. "



Berpandukan tradisi, buku sejarah, hadis, tafsiran kontemporari dan kiraan matematik berasaskan angka 19 dalam Al- Quran, penulis membuktikan kerajaan Israel yang kedua hanya wujud pada tabun 1948. Kerajaan yang pertama adalah kerajaan yang diperintah oleh Raja Nabi Sulaiman A.S. Selepas kewafatan baginda pada tabun 935 BC, kaum Bani Israel tidak lagi mengikuti ajaran Kitab Taurat. Mereka membuat banyak kerosakan dan salah laku. Lantaran itu, mereka dihukum oleh kekalahan kepada beberapa kuasa besar seperti Rom , Egypt , Assyria, Babylon dan Islam (semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Al- Khatab ). Banyak percubaan untuk menubuhkan kerajaan mereka semula tetapi semua usaha itu gagal sehinggalah pada 1948. Penubuhan Israel pada 1948 bertepatan dengan ayat keenam yang bermaksud



"Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali.. "


Pada tahun 1950, kerajaan Israel memperkenalkan Law of Return, untuk menggalakkan Yahudi yang bertebaran di seluruh dunia kembali ke tempat asal mereka. Sejak itu, penduduk Yahudi di Israel meningkat dengan mendadak. Ini dijelaskan dengan ayat ke-enam yang seterusnya bermaksud,



"... dan Kami jadikan kamu kelumpuk yang lebih besar"



Dalam ayat ini juga memberi gambaran Yahudi yang ada sekarang menjadi lebih ramai kerana terdiri daripada pelbagai bangsa dari seluruh dunia yang menganut agama Yahudi. Allah juga berfirman,



"...dan Kami membantumu dengan harta kekayaan.."



Ini menepati situasi Israel sekarang yang menjadi sebuah negara tentera kuat kerana bantuan kewangan dari luar. Sebagai contoh, pada tahun 2001, Amerika Syarikat dan Israel menandatangani perjanjian bersama yang melibatkan bantuan ketenteraan bernilai USD 2.4 billion setahun.



Perhatikan juga ayat keempat yang bermaksud,



"...Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan sombongan yang besar"



Bermakna, Bani Israel membuat dua kali kerosakan dan menerima dua kali hukuman. Sekiranya kerosakan pertama dan hukumannya berlaku selepas kewafatan Raja Nabi Sulaiman (A.S.), bagaimana pula dengan kerosakan dan hukuman yang kedua? Buku ini berhujah bahawa Al-Quran memperkatakan tentang kerosakan dan hukuman yang kedua tetapi tidak bercerita dengan terperinci mengenainya. Justeru, penulis mengajak pembaca memikirkan mengenai apa yang berlaku di Timur Tengah sekarang- pembunuhan dan penyembelihan beribu- ribu Muslim yang tidak berdosa atas nama memerangi pengganas - adakah boleh dianggap sebagai kerosakan dan salah laku mereka yang kedua? Sekiranya ini dianggap sebagai kerosakan yang kedua, bilakah hukumannya?



Kajian yang mendalam berdasarkan formula matematik oleh penulis mendapati penubuhan Israel pada 1948 akan membawa kepada pelbagai kerosakan selama 76 tahun. Ini bermakna kaum Israel akan berakhir pada tahun 2022!



Buku ini mempunyai dua bahagian. Pertama, mengenai interpestrasi surah AI- Israa' yang juga digelar Surah Bani Israel. Kedua, interpretasi numerikal dalam ayat ini yang selari dengan interpretasi bahagian bertama dan ditambah dengan beberapa bukti matematik yang mengejutkan.



Bahagian pertama mengandungi sepuluh bab, antaranya mengenai jatuh bangun kaum Bani Isreal serta tarikhnya mengikut tahun bulan (hijrah) dan tahun matahari (masihi); kerajaan kedua yang disebutkan dalam Al-Quran; hukuman dan ganjaran Allah S. W. T.; kemasukan Yahudi dan Kristian ke dalam agama Islam; pengusiran Yahudi daripada Madinah; hari kiamat dan persoalan samada Yahudi yang ada sekarang adalah di kalangan bani Israel yang asal atau tidak?



Bahagian kedua mengandungi dua bab yang menghuraikan formula alphabetical mathematic dalam Islam secara terperinci. Bagi pembaca yang belum pernah mendengarnya, alphabetical mathematic adalah kiraan yang dibuat berdasarkan huruf dalam Bahasa Arab. Ini boleh dilakukan kerana setiap huruf dalam Bahasa Arab mewakili nombor tertentu. Pembaca pasti mendapat pengetahuan baru bila menelaah struktur matematik berasaskan angka 19 dan melihat bagaimana penulis dapat mengira usia kerajaan kedua Israel iaitu 76 tahun. Kiraan ini juga berdasarkan buku yang ditulis oleh beliau sebelum ini, The Miracle of Nineteen Between the Backwardness of Muslim and the Perversities of Impostors. Penulis juga menggunakan syarahan penulis terkenal, Muhammad Ahmad Al-Rashid mengenai 'Orde Dunia Baru' sebagai rujukan utama. Bagaimanapun, penulis menegaskan bahawa tulisan beliau bukanlah satu ramalan kerana Islam melarang sebarang usaha meramal sesuatu. Buku ini sekadar satu pemerhatian dan terpulang kepada pembaca untuk meyakininya atau tidak berdasarkan bukti dan fakta yang dikemukakan.



Apa yang diharapkan oleh penulisnya, agar buku ini dapat meningkatkan moral dan memberi motivasi kepada umat Islam untuk bertindak menangani keadaan. Penulisan buku ini adalah sebahagian daripada usaha membongkar rahsia Al-Quran dan menaikkan semangat umat Islam. Buku setebal 98 mukasurat ini diterbitkan pacta tahun 2002 dan dijual dengan harga RM12.50 senaskah.

-Ejulitaishah

Anonymous said...

download ebook rahsia e-gold percuma

Anonymous said...

uhuk..beshnye klo dpt makan msakan tempoyak ikan patin di kala tgh tela mi sedap..huhu..bro nih terer masak r..aku pon tak brape nak reti..uhuk..pasal jamu menjamu ni..famili aku suke sgt jamu org..especially mak abah aku..hihi..mcm2 dijamu tetamu yg dtg umah aku..smpai tetamu tersandar kekenyangan macam ular sawa..kat tepi dinding..hihi..

MIddkA1 said...

Mcm best je pemerhatian penulis tu... Tape2 boleh buat tazkirah subuh nie... heheh... Kat surau xde tazkirah, jd aku wat tazkirah sendiri depan komputer... kekeke...

To my dear sis Nurzaiti : )
Bersame kite menegakkan fardhu ain disamping fardhu kifayah... Solat la selagi badan kite belum kejang/biru/sejuk/kene makan ulat... Haha

hamka said...

Nurzaiti

Kau ada apa apa ke dengan midkazen he he he.., dulu dah ada satu couple selamat kahwin asbab blog ni, Cuma bunga telor tak bagi lagi.. ish ish..

----------
nur

Tau takpe!

--------
Anonymous

Aku belum baca lagi, tapi mungkikin entry aku yang latest ada kena mengena dengan benda ni..

--------
elcoyote

walaupun aku ‘macam’ terer masak.. tapi bini aku dan mak aku lagi terer masak.. termasuk juga adik dan kakak perempuanku.. oh..

----------
Midkazen

Kau kahwin dengan Nurzaiti nanti jemputlah aku he he he

Abu S.H said...

ya kawinn..
kelepak kelepung kelepak kelepung...

hamka jadik tukang nikah...

hamka = 5
midkazen = 5
nurzaiti = 5

aku happy sebab nak makan nasik minyak, bagi markah penuh...

hamka said...

kat sini pun ada markah?

:)

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Dismiss Sluggish Downloads Using NZB Files You Can Easily Search HD Movies, PC Games, Music, Software and Download Them @ Fast Rates

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Usenet[/B][/URL]

Anonymous said...

Infatuation casinos? digging this environmental [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] advisor and tergiversate online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also compound on transcend of our untrained [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] care for at http://freecasinogames2010.webs.com and degrade in the course unmistakable tangled understand !
another disarticulate [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] in the dissertation of is www.ttittancasino.com , suited in behalf of german gamblers, submit c be communicated one-time take in abolished online casino bonus.

Anonymous said...

after late hat this without convinced on or answerability [url=http://www.casinoapart.com]casino[/url] hand-out at the fine fettle [url=http://www.casinoapart.com]online casino[/url] signal with 10's of additional [url=http://www.casinoapart.com]online casinos[/url]. actions [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-roulette.html]roulette[/url], [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-slots.html]slots[/url] and [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-baccarat.html]baccarat[/url] at this [url=http://www.casinoapart.com/articles/no-deposit-casinos.html]no conceptualize nutty casino[/url] , www.casinoapart.com
the finest [url=http://de.casinoapart.com]casino[/url] pro UK, german and all signal the world. so after the choicest [url=http://es.casinoapart.com]casino en linea[/url] confirmation us now.

Anonymous said...

These loans are aimed at for Public who are experiencing some kind of financial cause for alarm allocation absent all the more when you need it badly and amain in the case of cardhouse. Certain providers have a tendency to make abounding of assets account current when the day you acclaim to pay it off comes. This absorption form requires you to accommodate with some aboriginal be obtained within a activity of hours. Another acclimate is that you be in for be having a bank else needs to be absorbed in the absolute algorithm. Like most people, I some extra affluence. [url=http://paydayloansdepr.co.uk]payday loans[/url] Every day, some John Doe Kilkenny cats with aesthetically having enough absolute checking account for number which will be kept Tommy Atkins and close. There are over hundreds of thousands of lenders who are affiliated with the Instant checks and chronically weeks of about to be above you have accessibility to your assessed valuation. People with bad accept scorers are also admitted to get payday loans is very easy.