(18 PL)
Amaran: di tulis oleh seorang yang bukan ustaz, bagi mereka yang berumur 118 tahun ke bawah, silalah baca dengan mendapat bimbingan ustaz dan ustazah yang berhampiran - dan pastikan mendapat bimbingan bukan untuk membenarkan segala pendapat aku, tapi untuk ambil mana2 yang baik sahaja..yang salah silalah betulkan, itupun jika sudi.. harap maklum dan insyaAllah.
Pilot…
Bila penyakit kuku, kaki dan mulut mulai menular di Malaysia, kerajaan mulai meningkatkan kesedaran akan bahaya penyakit ini dan cara mencegahnya, pihak pembakang pula mengambil peluang mempertikaikan ketidak kebersanan pihak kerajaan…bla bla bla...
Begitu jugak ceritanya bila kawan aiman (tak kisah) menghidap HIV positif dan semakin ramai yang telah di sahkan mengidap penyakit AIDS, maka kerajaan mulai berkempen akan bahaya penyakit ini dan mungkin kondom serta jarum akan di bekalkan untuk menghadkan gejala virus ini, lalu pihak pembangkang mulai mempertikaikan akan ketidak bijak sanaan kerajaan dalam menangani gejala siosal…bla bla bla...
Pun begitu jugak, bila JE, DENGGI, dan lain lain penyakit yang semakin mendapat tempat di setiap pelusuk Negara…, kerajaan dan pembakang akan mula memainkan peranan masing masing…
Dan kereta mayat juga akan mengusung... tidak kiralah sape sapepun, pembakang ke, kerajaan ke, mengusung ke lubang kubur bila korang menjadi mayat asbab penyakit penyakit seperti yang di atas…
WALAUBAGAIMANAPUN…Ada penyakit yang lebih merbahaya dan lebih dahsyat serta lebih mudah merebak yang mana seolah olah pihak pembakang dan kerajaan lupa untuk meng ‘war war’kan akan bahaya yang bakal menimpa si pesakit ini…, atau mungkin mereka telah di timpa penyakit ini…oh! (aku bersangka buruk)
Maka biarlah aku selaku 'keretamayat', menceritakan tentang penyakit yang lebih merbahaya dari segala virus-virus di atas…
Apakah nama penyakit itu?
Namanya….
“...WAHAN...”
Nota untuk orang islam yang bukan mua'laf: aku tahu korang semua dah tahu penyakit ini dan cakap, hek eleeeh, hamka! Penyakit ni semua orang islam dah tahu ler… baiklah, yang dah tahu pergilah main jauh jauh, biarlah mualaf yang belum tahu lagi akan penyakit 'wahan' ini meneruskan pembacaan…(dari aku yang hina)
Bermulalah sebuah cerita…
Akrian,
Bila aku tulis cerita pasal malam nisfu sya’aban baru-baru ni mengenai doa ‘umur panjang’ dan ‘murah rezeki’, ada yang komplen dan tegur aku bahawa aku silap, dan adalah memang sangat bagus doa macam tu , bagus apa doa panjang umur dan murah rezeki? katanya…
Lepas tu mula berhujah, berdalil dan ber-nas.. , bla bla bla bla blah..
Aku kata: makanlah beras pilihan ber-nas Ha ha Ha, (tak lawak..)
Dia sedikit beremosi, kerana aku tak serius.
Lalu keluarkan hukum dan fatwa serta terus berhujjah, dan mengajak aku untuk berdebat…
(bayangkan korang duduk dalam rumah, kat luar hujan turun dengan lebatnya dan korang pula lupa nak tutup tingkap..habis tempias air ‘liur’!!!)
Aku kata:
Benarlah firman Allah, sabda Rasul, dan nasihat engkau yang berguna…, senang macam ginilah, engkau selalu baca blog aku bukan? Boleh tak aku mengumpat kau kat sana dan jawab segala hujjah engkau kat blog aku? kira macam bermusakarahler.., dan Aku tak akan bagitahu siapa engkau..boleh tak?
(huh..mengumpatpun mintak izin…)
Dia membenarkan aku jawab kat blog, maka tertulislah entry ini…he he he..
Oii, Mamat!!! Selamat membaca!!!
Assalamualaikum pembaca blog kereta mayat sekalian yang berugama islam dan selamat sejahtera untuk mereka yang bukan islam…
Korang nak tak panjang umur dan murah rezeki?
Nak ?
Tentu korang nak bukan?
Baiklah, teruskan bacaaan, tapi sebelum itu…
Sebelum korang meneruskan pembacaan entry ini, perlu di tekan kan bahwa, perkataan “korang” adalah termasuk juga diri ‘aku’ sendiri…harap maklum.
Seperkara lagi, entry ini banyak menggunakan nama-nama besar iaitu para Nabi alaihissalam dan para sahabat radiallahum,… sekiranya ada yang tersilap fakta dan sejarah, tolonglah tegur aku…, aku tulis apa yang aku ingat sahaja…(ingat-ingat lupa..oh)
Salam……
SEBUAH CERITA SECARA ‘MAYA’….
Aku berjumpa dengan para remaja dan bertanya?
Apa yang korang mahu?
Jawab mereka…
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas.., barulah faham erti kebebasan..ha ha ha!
Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja (orang tua@tua kutuk) lalu bertanya?
Apa yang Pakcik mahu?
Jawab mereka yang tua-tua itu…
Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami menikmati erti hidup…
Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai dan bertanya?
Apa yang anda mahu?
Jawab mereka…
Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun manusia…
Hmmmmmm, tiga perkara ini begitu penting sekali nampaknya…
Korang pun nak tiga perkara ni bukan?
-Harta
-Sihat
-Umur
Itu yang selalu doa: panjang umur murah rezeki tu kan? Kan? Kan?
( akuPUN sama..oh)
Baiklah, sekarang cuba kita tanya pada Sahabat-sahabat r.a.:
Apa yang mereka mahu?
Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya…(lebih kurang maksud):
“Aku tidak mahu harta ini… jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?
Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak sengaja)sehingga kakinya berdarah…(lebih kurang maksud):
“Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa …, tapi Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga Allah mengampunkan dosaku…
(oh…)
Kata saidina Khalid ra selaku ‘pedang Allah’…ketika balik dari medan perperangan…
(lebih kurang maksud)
“hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah…
Nota: (wahai ‘pedang Allah’.. Allah telah muliakan ‘pedang Allah’ dengan tidak pernah jatuh akan ‘pedang Allah’ di jalan Allah..subhanAllah..)
Maka korang semua, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….
Sekarang, aku nak tanya…
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki?
Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang mereka mahu…?
Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik baginda.
Jawab baginda SAW lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU…
Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk kitab.)
Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah di kurniakan kepadaku…, aku malu untuk minta sembuh…
Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa, telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael…
lebih kurang maksud…
“boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!”
Maka korang semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….
Sekarang, aku nak tanya…
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki ler...
(Isk..isk…)
Sekarang kita tanya pulak pada setan:
Apa yang setan mahu?
Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya!!)
Apa yang firaun mahu?
“aku mahu panjang umur”
Apa yang Qarun laknatullah mahu?
“aku mahu murah rezeki”
Apa yang korang mahu?
“panjang umur dan murah rezeki”
(no komen…)
Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?
Apa yang Abu bakar r.a mahu?
“aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu”
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)
Apa yang Aisyah r.a mahu?
“aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari pengadilan di padang mahsyar kelak!!!
Apa yang Umar r.a mahu?
“aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung”
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)
Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!!
Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini…Sekarang mari kita tanya org dalam neraka pulak..
Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
“aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan…”
Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!!!
Korang semua!!!
Banyak betul masa yang ada untuk baca blog aku.., jadi aku nak tanya korang semua!!!!
Apa yang korang MAHU?
Sila jawab sendiri sebelum jadi mayat, sementara masih ada masa…
Penutup:
Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati…
Apa itu ‘wahan’?
Jawab nabi saw: “Cinta dunia dan takut mati!”
Dan aku tambah sikit supaya korang (dan aku yang jahil ini), lebih memahami tentang apa itu “wahan”
Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan maka ianya dapatlah di buat kesimpulan mahawa itu adalah keinginan untuk panjang umur dan murah rezeki..!!!!oh
Tahukah korang bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah setan! Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai kiamat!!!!!
Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain Naktullah juga berkeinginan untuk panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal masuk neraka!!!!
Akhir sekali, selaku bukan doctor Hamka, maka aku akan bagi tanda tanda penyakit ‘wahan’, kerana korang dah banyak 'makan makan' santapan rohani (kononnya), terimalah pencuci mulut dari aku dalam bentuk serbuk lada he he he, siapa yang makan lada dialah yang rasa pedasnya!!!
Tanda tanda korang ada penyakit ‘wahan’…
(fakta di ambil dari kepala otak aku sendiri.!!.)
- Mudah di tipu oleh skim cepat kaya…
- (Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang
- Simpan duit banyak banyak dalam bank
- Teringin nak jadi jutawan segera!!!
- Nak jadi penyanyi
- biarkan tanah perkuburan mak bapak korang semak samun..
- tengok Masjid kosong tak rasa apa apa.
- Pergi pasar malam waktu azan sedangkan belum datang bulan…
- Lupa kepada mayat..errr lupa mati.
- Bercita cita nak tengok, spiderman part 3, superman return part 2, dan macam macam part lagi!!!
- Suka tengok drama TV yang bersambung…
- Sula tengok hiburan atau sukan secara ‘live’
- Malas baca Al-Quran
- Malas solat jemaah
- Selalu forward email merapu
- Suka tengok bahagian dada perempuan.
- Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.
- up date lagu terkini di carta TV/radio
- Suka hias kereta
- Up date blog hari hari
- Takut hantu
- Takut melihat kereta mayat
- dan banyak lagi!!!!
Eh, apsal aku pulak yang rasa pedas ni?!!!! OH… isk..isk…(air..air..)
Sekian…
Ps: Jadi mayat baru korang tahu apa yang di mahu…oh!
Ps dari setan: aku mahu semua anak cucu Nabi Adam masuk Neraka…aku mahu semua anak adam cinta harta dan takut mati…(itulah wahan)
(ada 'sesuatu' kat kotak komen untuk korang semua..he he he)
70 comments:
Moral: aku tak kata salah doa panjang umur dan murah rezeki…
Cuma jangan sampai tertimpa penyakit wahan…
Arghhh, senang cam ginilah, aku nyanyi satu syair untuk korang..terimalah!!!
Apa Yang Kau Mahu?..(bukan Rabbani)
Lagu asal: Apa yang kau tahu-Rabbani.
enjoy!
Bacalah...bacalah dengan ikhlas
Entry yang ku tuliskan
Itupun dengan izin kudrat Tuhan
Komenlah...komenlah dengan ikhlas
Entry yang ku tuliskan
Sebelum korang jumpa batu nisan…
Seluruh harta teringin engkau dapatkan
Melalu-e- doa murah rezeki
Dan doa umur panjang
Syaitan berdakapan
Dengan kata syahdu
wabak wahan bersatu
Apa yang kau Mahu?
cacilah...cacilah dengan ikhlas
andai aku tersalah
kerana aku memang bukan ustaz..
Mohon rezki murah dan umur yang panjang…
Takut pula terjadi wahan
Kelak rebah diri
Duka menangisi
Tanpa belas kasih
Disiksa saban waktu
c/o
Apa yang kau Mahu?
Apa yang kau Mahu?
Apa yang kau Mahu?
Apa yang kau Mahu?
Apa yang kau Mahu?
Ps: ulang c/o sampai hari raya ke dua..
(eh! pengkomen pertama beb!)
Aku nak komen dulu sebelum baca entry ni.. yay pengomen kedua? =D
- aku yang selalu membaca blog enHamka -
ha ha ha! aku dah nak tidur..selamat!!!
Asssalamualaikum.
Terserempak dengan kereta mayat 2 hari yang lepas dan sejak itu mula menjadikan ia tempat mencari tazkirah harian di sini. Baru saja mengerjakan solat asar dan berdoa pada Allah untuk murah rezeki, panjang umur tetap iman. Barulah sedar bahawa dari segi bahasa, doa seperti ini kurang tepat.
Minta murah rezeki kerana kita takut menghadapi ujian Allah dari segi kewangan. Mohon panjang umur kerana kita takut mati sebab tak cukup ilmu di dada dan tetap iman (ini yang silap) kerana tidak mahu iman yang tidak seberapa ini digoncang maka jadilah seperti Hartina Kamaruddin, Aisyah Bukhari ataupun Lina Joy. Nauzubillah.
Thanks bro. Walaupun selamba tapi ilmu yang disampaikan sungguh berkesan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua.
Wassalam
AKH HAMKA:
Apa guna umur yang panjang,
kalau iman tak sampai ke tulang,
kalau taqwa berganti tawa,
kalau fikr menjadi fakir,
bila kikir membendung zikir?
Amin.....
bro hamka, ikhlas dan jujur dr aku,...
aku tak pernah doa panjang umur.. tak pernah terpikir nak hidup lama, murah rezki tu beselah....nak jadi kaya..
arghhh...aku insan hina!!
Tak tahu nak komen apalah cikgu...
terkedu... ( tangan garu kepala, dahi berkerut..) berfikir...
Anyway, as usual post yang penuh pengisian...
Hamka,
Camana kisah yang boleh meningkatkan iman looks like?
masih menanti...
pada pendpt kau,boleh ke aku mintak rezeki lebih sikit supaya aku dpt settle hutang rumah aku cepat sikit dan cepat pergi haji?
apa yang aku mahu?
aku nak hidayah allah... aku hati aku sentiasa takut dgn allah..
sokom hamka < slang orang ganu cakap kl (sokong hamka 100%)
Tapi best gak kalau dapat di beri pandangan atas soklan akunakjadikaya tu..
hucs : MAHU diberkati segala pemberian Allah termasuk lah ujian2Nya..Amiin
pedas pedas.. hihi.. terasa sampai menusuk ke dalam kalbu bila tengok list ciri-ciri penyakit 'wahan' tu minta dijauhkan daripada penyakit 'wahan'ni... amin.
pergh..sedap nye puding cili bro Hamka..nak lagih,boleh?hihi..ni first time aku bg komen kat sini..huhu..terkesan giler ah sumer yg bro Hamka gtau..huhu..dah jd cam tazkirah utk aku hari2..smoga aku dpt perbaiki lagih..insyaAllah..chaiyok!!
Hamba Allah
Waalaikumusallam…
Best ler engkau muda muda lagi dah berpeluang jumpa org cam aku, aku masa muda muda dulu teringin jumpa cikgu ugama cam aku!
Eh, aku ni riak ke, atau masuk bakul atau sakit wahan..oh…
Doakan aku selamat!!!!
Ps: bilaler dpt minum teh tarik ngan Hartina Kamaruddin, Aisyah Bukhari ataupun Lina Joy.
--------
demonsinme
wah wah wah, sebuah syair! Best!
-------------
linanilza
huh! Tahupun engkau bahawa dirimu insan yang hina..
kau tahu siapa aku?
Aku lagi hina dari engkau..oh!
kalau nak kaya belilah roti dan kaya..
ps: aku suka mayonis..
-------
Legolas
Salam
Kau pedas!!! Tahukah kau bahwa dengan memakan cili lada, maka daya ingatan akan menjadi bertambah kuat..?
Cubalah buat, makan cili sebelum makan apa apa santapan,
Kau akan ingat dengan ‘PEDAS’ begitu ingat sekali,,
Ha ha ha!
PEDAS PEDAS!!!!
Ps: best kau punya komen he he he…(pedas semacam..)
--------
greng
Kisah meningkatkan iman adalah dengan membaca kitab kitab tentang kelebihan amal,,
Ilmu terbahagi kepada dua, satu ilmu hokum hakam, dan kedua ilmu kelebihan(fadhilat)
Umat islam di sarankan membaca kelebihan solat, al-quran, zikir setiap hari untuk menambahkan kegharahan dalam beramal,..
Boleh rujuk kitab FADHAIL….
Dan, itulah cerita yang meningkatkan iman!!
insyaAllah!!!
Ps: itu sajer!!!
-----------
aku yg nak jadi kaya
boleh, mintak apa apa pun boleh, tapi jgn di sertakan perasan tamak pada harta dan takut mati…
insyaAllah..
ps: jangn buat syarat untuk beramal..
jangan tunggu kaya untuk sedekah..
jangan tunggu baik untuk berdakwah
jangan beli rumah mahal kalau nak pergi haji..
kalu takut di landa ombak jangan berzina di tepi pantai!!!
----------
Anonymous
Aku mahu kau taruk nama bila mengomen!!!
----------
elcoyote
selamat naik kereta mayat…
--------
hucs /amethyst/ Sunan_Jati
Amin.....
..Amiin..100 peratus..
DELETED SCANE..
(macam DVD pulak oh)
Ini adalah babak yang telah di potong oleh LPF(lembaga penafisan filter) keretamayat…
Was delete by hamka:
(((Kasihan umat islam sekarang.. berdoa ntahapapanthah, Ada yg mintak panjang umur…
Aku cadangkan lebih baik korang mintak jadi kura2 boleh hidup sampai 200 tahun!
Kalau nak lebih panjang lagi mintak jadi setan, boleh hidup sampai hari kiamat!!!!)))
END…
Kalau lihat dalam sejarah Tanah Melayu, ntah siapalah yang memula sekali minta panjang umur dan murah rezeki ni...(Ada sesapa tahu tolong bertahu..)
Tahlil contohnya menurut sejarah contohnya dimulakan oleh wali songo di Indonesia yang bertujuan meggantikan sistem perayaan Hindu di sana dahulu.
Kita main ikut jer.. ntah pa lagi yang kita bedal main ikut tak tahu ler...
maniss selalu minta panjang umur dan diprmudahkan mncri rezekii dan rezeki mudah dtg kat kita supaya MUDAH nak mmbyar sgala utang piutang..sbelum jadi mayat..
***takut jadi mayat seblum hutang langsai**
: (
Kalau orang dulu menamakan monyet dengan panggilan harimau kitapun akan berkata :
" kau tengok harimau tengah panjat pokok tuh.. " hawhawhaw...
Kalau orang dulu kata p**imak tu bermakna pandai maka kita akan mengucapkan terimakasih kepada orang yang berkata :
"Eh! brader, kau memang p**imak!!"
hawhawhaw..
sori cikgu.. lari topik plaks...
sajer greng nak cari siapa yang memulakan revolusi berdoa minta panjang umur murah rezeki nih!!
sesapa tahu tolonglah beritahu....
peh! terasa pedas dan tempiasnya...huhuhuhu...
hamka..
kalau dah terbeli rumah mahal cam ner ni???
greng..
apa kata ko buat homework carik sapa yang start mintak doa panjang umur tu...aku assign kat ngko lah kalau cikgu tak nak assign kan...
(pandai2 je mencelah kat blog orang)
hucs: rumah tak mahal, cuma tak berapa murah je..kekadang takut gak salah guna duit..ooh....
Hucs 2 : sesungguhnya britney spears itu orang yang selalu ingat kesalahannya..."oops i did it again" katanya...(apa relevannye comment ini? hanya hamka yg paham..(kot?))
hmmmm
greng
kau nak tahu siapa yang mintak panjang umur paling awal..?
itulah setan/iblis laknatullah.. lepas di laknat oleh Allah, mintak umur panjang sampai kiamat…dan Allah makbulkan..
ps: tak salah mintak umur panjang, Cuma takut berdoa kerana takut mati…oh
--------------
_maniss_
Mintaklah berkat rezeki, rezeki yang berkat boleh bayar hutang, boleh jadi mayat yang berkat..
----------
13may
Kalau dah pedas, banyakanlah ambir air sembahyangnya…. (aku pun)
-----
hucs
masih boleh hidup sederhana, jual rumah mahal, beli rumah sederhana dan hidup dengan sederhana…, takpe tak dpt kubur koner lot pun…
ps; britney spears itu orang yang selalu ingat kesalahannya? Kat Malaysia pula ada penyai yang mengaku bersalah..iaiti to’ki, "aku yang bersalah"…tak ingat lirik pulak
---------
zwitterion
(kenapa?)
Assalamualaikum...
Bagus... mampu mencetuskan fikir risau tentang iman dan amal sekurang-kurangnya bila saya baca blog saudara, dapat datangkan keghairahan untuk buat amal dan hidup dan fikir cara sunnah ikut Rasulullah dan sahabat. Semoga anda terus tawajjuh....
Terima ksih kerana berdoa untuk aku…
Doakan aku berada pada ‘landasan’ yg sebenar…
Landasan yang ‘life’…
Face to face jumpa Ummat…
Lama lama dan jauh jauh…
Bukan hanya setakat di alam maya…
Teringat doa satu org alim:
“Ya Allah, sebarkanlah rezekiku di seluruh alam dan biarkan aku ambil rezekiku itu atas maksud ugama..
Dan matikan aku di hujung hujung dunia atas maksud ugama…”
Amin!!!
oh...begitu...
trimass akan maniss tukar ayat2 doa ..
..pohon keberkatan rezeki ...
..pohon keberkatan umur yg diberikan..
ape itu maknenye pilot???????????
salamz...
aku nie org yg x bape pandai bab agama...
bleh tanya..yg org baca surah yassin 3x setiap sblm tu doakan mintak panjang umo..murah rezeki. tu mcm mane??
Aku ada satu habit ni..
Suka baca tulisan seorang alim ni..
Hampir setiap hari aku baca..
Kalau tak pun baca tulisan komen kawan2nya..
Aku tak bekerja..
Adakah aku cinta dunia?
Oh tidak..
ps - pilot project? pen pilot?
Ayerr.. ayeerrr...
palin,
aku insan hina...
kuatkan iman ku...
amin....
hamka, lengkapkanlah ayat 'suka tengok bahagian dada perempuan' dgn '...yang bukan muhrim, atau perempuan yang bukan isterinya yang sah' sbb aku suka banget tengok bahagian dada perempuan, yang telah jadi isteri aku yang sah. bila baca ayat kau (yg x lengkap tu) aku terasa mcm maksudnya adalah keinginan tengok bahagian payudara perempuan(fullstop) dan bukan bermaksud melihat AURAT di bahagian dada perempuan.
maniss
doakan aku juga ye!
----------
Anonymous
He he he, bagus! Maknanya kau tak tengok drama bersiri..
Biasa drama bersiri, episode pertama juga di kenali sebagai ‘pilot’
Alahai..macam ‘intro’ ler lebih kurang…(aku pun tek reti, jahil dan bodoh! Entah betul ke tak..he he he)
-------------
kazuhaheiji90
doa sajer, masukkan nama aku sekali….
Ps: aku dah tulis dlm post “ doa kita sudah makbul?
-------
Emphbone
Kan aku dah cakap, fakta di ambil dari kepala otak aku…
He he he, pedasnya! siapa tu?
Ps: saya perasan…
--------
aku dia
(((Ya Allah jgn jadikan aku orang2 yang CINTA DUNIA dan Mabuk DUNIA.)))
AMIN!!!!!!
ps: terima kasih kerana tukar tayar keretamayat.
----------
areyoung
ambilah air sembahyang untuk hilangkan ‘pedas’ itu.. dan, banyakkan air mata..
doa aku sekali ye!
-----------
Anonymous
amin....
-----------
irsha
terima kasih kerana mengingatkan….
Aku pun suka tengok apa yang patut dan halal…
cheh, banyak masa kau gubah lirik lagu ni hamka. wahan ni. haha. encik hamka, aku gurau je.
betul tu..doakan aku semnuh!!!
Hamka ...
Kalau cerita cerita kau tu panjang tengah -tengah tu nasihat kan kita gi sembahyang jap... kadang kadang terlampau sangat kyusuk baca kau punya blog.. sampai terlewat lah kita menunaikan benda yang wajib...
KITA NI manusia lemah kena saling ingat mengingati....
Aku insan biasa..
korang bagaikan bunga sahara..
Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara
Oh.. panas dan kering
Tiada apa nak ku bangga
Kau pastikan layu disampingku
Oh...Sakura..
Hanya Allah layak di puji..
Bersama Allah Gurun Sahara
Akan menjadi hutan rimba
ps: pinjam lagu mega.. (masih sakit wahan aku ni)
maafkan aku klau dr tajuk,
teringat aku ngan peristiwa tsunami kat MALAYSIA,dulu aku blaja geografi..cikgu cakap malaysia nie bertuah..tidak menglami gempa bumi dan bencara alam yg teruk..bla bla bla.. bila tsunami belaku....................
mungkin tuhan tue nak bg peringgatan kat penduduk malaysia kot (padangan aku jer).dan aku pasti ramai yg berpandangan yang sama.
terkenang plak isu murtad dr kalangan orang islam malaysia nie. melayu kristian lah..
terjumpa plak dgn orang yg bangga menceritakan dia berzina. terlalu terbuka dorg menceritakkan perkara2 yg dilaknat tue.
kalaulah tuhan turunkan bala kat malaysia nie ....................
.........................................................................................................
kalau lah satu tempat tu turun bala, maka org alim dan berugamalah yang akan di azab dahulu kerana tidak berdakwah...
copy paste
Jika Allah kehendaki sekejap sahaja negeri akan binasa atau didatangkan azab sehingga penduduknya menjadi musnah. Dimusnahkan oleh wabak atau penyakit menular.
Ancaman Allah ini adalah wajar kerana kerosakkan sesebuah negeri atau negara terjadi apabila nilai-nilai kebenaran tidak diperhatikan, keadilan tidak dijunjung, yang berkuasa berbuat kehendak hati dan lupa kepada kekuasaan yang tertinggi iaitu Allah S.W.T, soal nilai budi dan rohani diketepikan, yang penting benda dan kekayaan, yang penting syahwat dan seks sehingga perzinaan sudah berleluasa dan anak yang lahir tidak tahu dibinkan atau dibintikan kepada siapa kerana kelahiran adalah diluar pernikahan. Negeri itu pasti binasa, negeri itu pasti musnah. Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Ahzab :
Bermaksud: " Yang demikian itu adalah telah tertulis di dalam kitab (luh mahfuz)".
( Surah Al-Ahzab ayat: 6 )
p/s :MALAYSIA KU.....
aku jumpa mender nie tapi tak tau ar naper aku rasa berminat nak kongi.. aku copy paste..jer.. munkin ade mende yg bleh kita sume kongsika bersama
"Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.
Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah Kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan. Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamatpengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas
di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung
Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"
Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa.
Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya."
Beliau berkata, “Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.
Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".
Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." Saya bertanya kembali, “Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."
Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"
Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."
Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian."
Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"
Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam.
Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.
Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia;
Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.
Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.
Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.
Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.
Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam.
Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).
Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.
Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari."
Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.
Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya.
Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitabtersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.
Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?
Turunnya hidayah
Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya, ”Negeri apakah ini?"
Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w."
Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah."
Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam."
Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam."
Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.
Kekuatan diri
Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.
Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus."
Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."
Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam."
Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"
Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.
Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.
Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.
Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap dating walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah.
Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu encukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?"
Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.
Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan Beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.
Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak.
Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.
Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis.
Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud;
Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."
Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.
Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?"
Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam.
Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?
Siapa sasaran Kristian
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.
Apa ikhtiar kita?
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib.
Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung kamu itu".
Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.
Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat
'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'
Allahummakhtimlana bihusnil khatimah wala takhtim 'alaina bisu-il khatimah [titik]
wahan, sampai kat akal => aku dah tahu!
tapi;
bila sampai kat hati... ya Rabb! lalainya aku.
hari-hari tengok kereta mayat, tak rasa apa-apa.
tapi;
bila baca: kullu nafsin za-iqatul maut kat kereta tu, baru lah tengadah (sekejap!).
nabilah hani
erk..pengaruh syarifah amani ke..hehe..
aku suka baca komen said tu..best..lama dah aku dgr pasal bnda tu..tp dpt sekerat2 jek..tak tau mana source nak dpt..
bro hamka
along kembali..dekat seminggu cuti..byk da topik aku ttinggal ni..ulangkaji2..hehe..entry kali ni..aku teringat bapak aku..aku pelik setiap kali lpas smayang,dia punya doa pendek jek..biasa kat masjid2 panjang..tp dia doa pendek jek..tak smpai 5minit pun doa..yg aku dgr intro dia jek panjang..alhamdulillahirabbil alamin,wassolatuwassalamu 'ala asyrafil anbiya'i wal mursalin waala alihi wasohbihi ajmain..pastu dia selawat jek spnjg2 tu..buat intro..pastu doa dia sikit jek..ya allah ya tuhanku,aku tak mintak perkara lain utk ko kurniakan..aku hanya mintak 'mudah' aje..pastu dia selawat byk2 lg pastu penutup doa..tiap2 kali smayang dia mintak cemtu dari aku kecik smpai aku besar..
las2 awal bulan ni aku tanya bpk aku..yah,along tak pernah dgr ayh mintak bnda lain kecuali 'mudah' masa doa..knp ek..pastu bpk aku pun bg jawapan yg mudah jugak..aku mintak mudah sbb aku taknak jadik org tamak mintak byk2..kalo aku ckp mintak mudah dgn tuhan dah cukup..mudah hidupku tak susah,mudah makan,mudah minum,mudah berak,mudah buat kijer,mudah nak dapat duit,mudah nak kuar duit(takyah nak catu2 takut duit ta cukup),abis2 besok aku nak mati pun mudah..korg nak uruskan mayat aku pun mudah..cuba ko bayangkan aku sebut semua bnda tu masa doa..tuhan dgr pun naik jelak..tamak hamba aku sorg nih..byk lak dia mintak..ibadat sikit..pommm!!!doa kena humban balik kat muka kita..nak?baik aku mintak tu satu jek..jalan nak selesaikan tu aku carik la sniri..aku cuma mintak mudahkan spya sng aku nmpk jln pnyelesaian dia..tak gitu?dgr2 bpk aku ckp cemtu aku pun terus tdiam...taktau nak tanya apa lg..betul la dia da dapat apa yg dia mintak tu..soklan aku tu dgn 'mudah'nya dia ketis...
salam...
"Ya Allah.. apa sahaja yang Nabi Muhammad SAW selalu doakan untuk kebaikan ummat ini di dunia dan akhirat, itulah doa yang hamba minta,
Ya Allah.. apa sahaja yang Nabi Muhammad SAW selalu doakan dijauhkan keburukan daripada ummat ini di dunia dan akhirat, itulah doa yang hamba minta.. Amin"
nas
..blom jadi mayat lagi =p. busy with assingment, sempat baca je, tak sempat nk tulis komen.. (kasik alasan lak.. )
doa panjang umur sbb nk tempuhi ramadhan.. alhamdulillah, ramadhan masa spring, bkn summer =)
ps: SELAMAT BERPUASA SEMUA! jgn bergaduh nk terawikh 8 rakaat or 20 rakaat tau..
:)
apa yg ana ingini dalam hidup yg menjadi penentu kehidupan yg abadi di akhirat nanti..
pastilah untuk menjadi hambaNya yg bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa...
mencari kebahagian hidup dunia dan akhirat..
tiada lagi yang lebih diperlukan setelah mendapat redha Allah dan RasulNya..
ameen
lari tajuk
aku tak paham,
kau nak Malaysia ni turun bala atau kau kecewa kat kerajaan Malaysia yang buat salah tapi tak turun bala,
atau kau nak memerintah malaysia tapi takut kena bala?
Ps: terengganu kita, kalete demo..
(dari aku yang tak paham..)
-------
Anonymous
Aku takut dengan apa yang kau tulis…
------------
said...
cerita tu tergantung, bekas paderi tu tak cerita bagaiman nak berdakwah, atau kau lupa nak copy/paste?
moral cerita engkau: tak perlu takut kepada kristian!!!takut hanya kpd ALLAH!!
apa lah yg nak di takut kan dgn kristian nih..
tepuk dada tanya selera..
tak perlu takut.langsung.
cara nak atasi just penuh kan lah MASJID yg
tersergam indah yg kadang2 berharga lebih dr 3 juta ringgit..
sekali lagi.. tepuk dada..
kalau dah tahu situasi cam ni.. ajak lah kawan2 ke surau
jgn sampai org lain ajak ke gereja..
aku copy/paste sikit komen dari salah seorang pembaca blog aku..si lini, (diap pun c/paste gak)
HOLY water ni tak der kehebatan nya..
kita ni jer umat bodoh yg membesar2 kan cerita sam pai taksub dgn
air ciptaan manusia ini.. kita cuma pernah dengar cerita pasal air nih..
pernah tak kawan terdekat terminum air ini..
kalau betul lah holy water ni berkesan.. dah tentu Dato' Razali
Ismail( Pengerusi SYABAS) yg jadi target dia org.. tuang jer holy water
ke dlm tangki air yg di salur kan ke rumah2.. kan senang..
tak kan lah klorin boleh neutral kan holy water kalau hebat sgt holy water ni
Moral: buatlah dakwah….
------------
Inqilaab
kalu kau naik, lagi terasa…OH!
---------
nabilah hani
waalaikumusallam..
tak slah berdoa, yang penting niat…
-----------
Along
Sunnah nabi adalah berdoa panjang panjang..
Allah tak pernah letih mendengar hambanya berdoa, dan Allah sangat suka dgn org yg berdoa, bila kita doa panjnag2, jelas kat situ, kita takde kuasa, yang berkuasa hanya Allah, inilah hakikat tauhid…
Atau kau yang letih nak doa..
Jangan buruk sangka dengan Allah, Allah tak akan tuduh org yg mintak banyak perkara sebagai tamak, tapi Allah benci dengan org yang tak berdoa, nampak sombong…
Ikutlah sunnah nabi, doa panjang panjang dengan air mata mencurah2, sampai serban jatuh ke tanah, hingga abu bakar ra pun menangis melihat nabi berdoa terlalu lama…oh..
Satu org alim pesan, jika korang nak jumpa nabi dalam mimpi, kena doa hidayat panjang panjang…insyaAllah…
-----------
hm
bukan engkau sajer yang perasan sibuk, aku pun perasan sibuk gak,,ish,,
-----------
nas dan akhie
AMIN!!!!!!!
salam buat semua,
greng rasa tak kesahlah nak doa panjang ke pendek. Ikut situasi dan keadaan yang mengizinkan, Lagipun Allah Taala suka kepada hambaNya yang meminta dariNya.
said,
bagus artikel tu.. kena post merata-rata dan email pada kengkawan yang bukan Islam semoga mereka mendapat hidayah.
assalamualaikum...
wah saudara hamka kenalnye ngan pak cik Rozali Ismail...eh doakan laa dia nyer...mudahkan urusan...byk sgt laa masalah yg dia kene hadapi...
air...air...air!!!
huhu
takbir!
assalamualaikum..
semoga mendapat rahmat dari-Nya..dan berbahagia didunia & di akhirat..:p
Greng
He he he
“aiman tak kesahh”
-------
Wahidah
eh,? Siapa tu?
Err…?
Muin
Amin..terima kasih bebanyak..
hidup lagi spderman part 3...
---------
lidah
insyaAllah
memang nk minta mcm2, mengharapkan mcm2 drp Allah.. tapi kadang2 terasa layakkah aku meminta2 lagi dengan Allah, selepas sekian byk nikmatNya, setelah sekian banyak silap dan salah terhadapNya... kadang2 terasa malunya nak minta lagi...
Sahabat-sahabat Rasullullah sumer sudah tentu la mahu mati cepat dr hidup di dunia ni sebabnya mereka mmg dah dijamin masuk syurga... ;-) Dah tentu dlm kubur sok, mereka tidak akan diseksa malah akan diluaskan lagi perkuburan mereka dan hidup dlm keadaan selesa tanpa nak menghadapi sebarang masalah seperti di dunia fana nih... hihi..
Dan bagi diri muslimah pula, ingin mati dlm keadaan BERIMAN & bertaqwa kpd-Nya.. insya'Allah... kalau boleh xmo hidup terlalu lama didunia fana ni takut lagi lama hidup lagi byk DOSA yg dilakukan. Almaklumla, sok dah nyanyuk nyusahkan anak-anak/cucu cicit... t mereka mesti mengata xpun mendera, mana kita tahu... dah dpt dosa... hrrmm....
Anyway, En. Hamka, syukur alhamdullillah sebab masih ada lagi manusia seperti anda yg sentiasa sudi mengingatkan dan memberi nasihat dlm blog nih. Syabas dan moga diRahmati-Nya... aminnn....
irsha
jgn malu nak meminta..tapi, malulah kerana tak meminta..
jangan burk sangka dgn Allah...
Allah suka sangat pada yang meminta...
sangat suka!!!
---------
Muslimah
Amin..
ps: doakan aku supaya tisak jadi sombong dan riak apabila di puji..oh!
Assalamualaikum...
(Kali kedua aku sebagai pembaca senyap bersuara..... :p )
Sedap sungguh desert yg engkau sediakan kali ni.. Dan aku antara orang yg terkena penyakit WAHAN ni (ishh ishh... insafla cepat diri ku ini...) bila menjumpai antara senarai ramuan yg termasuk di dalam desert tu (aku sekarang suke plak tgk drama bersiri..hehehe)!
Akupun selalu berdoa minta dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur agar aku dapat mambuat amal kebajikan (sebelum aku menjadi mayat...) Kan Allah dah kata, mintalah..(berdoa ler..) Walopun aku ni sah2 banyak dosa (dan sepatutnya sangat malu nak minta macam2 dengan Allah) tapi bile mengenangkan belas ehsan rahmat Nya.. aku berdoa le! (mintak macam2 plak tu! tak malu sungguh aku ni...heheh)
Apapun... aku menyetujui pandangan ko.. sebab ko selalu men'detail'kan sesuatu 'ayat' yang ringkas... Aku suka... (jangan riak plak, kang ko terkena penyakit WAHAN ni plak macam aku :p)...
Wassalam...
Ramai org sedar akan kesilapan..
Tapi tak ramai org yang buat usha atas kesedaran…
dan lagi skit org yang berteruan kekal dalam kesedaran…
Sedarkan aku kawan, aku takut tenggelam!
ps: doa aku tak kena penyakit wahan...
selmt menyambut bulan ramadhan pada kesemua umat Islam kat sini, moga bulan ramadhan ini, kita diberkati olehNya .. selamat berpuasa!
selamat selamat!!
ramadhan datang lagi...
Good design!
[url=http://waplnbjz.com/swyv/xhhk.html]My homepage[/url] | [url=http://iwcwambx.com/wcom/lspg.html]Cool site[/url]
Nice site!
My homepage | Please visit
Great work!
http://waplnbjz.com/swyv/xhhk.html | http://ldvicwkd.com/bwbo/qpdg.html
Kenapa nak harta..
Hartalah yang membuatkan Nabi Sulaiman bin Nabi Daud a.s. stuck sampai 40 tahun Akhirat takleh masuk syurga lagi.. (1/2 hari Akhirat = 500 tahun dunia kita)
.. nape nak harta, nanti dituntut (dihisab) kat Akhirat nanti..
Kalaulah setiap satu sen yang saya ada dituntut, kalaulah setiap satu gigitkan makanan dituntut oleh jutaan manusia yang memerlukan kat depan mata.. takutnya :(
"Mana hak kami, mana hak kami!" seperti kata Ustaz Akil Hayy dlm ceramahnya, merujuk kepada perempuan jelek berpakaian lagi merelakan api neraka merayap ketika ditangkap Jawi..
tapi nafsu saya kuat, nak gak makan ayam goreng.. :(
[m.w7]
:(
oii hamka!!!!mane kau belajar buat puding cili tu? memang lazat untuk pencuci rohani.aku jadi tersedak memakannya tau nape? pasal doa yang kau sebutkan itu ler.aku nak tukar doa aku lepas solat ler,kali ini aku mintak Allah terangkan kubur aku dan luaskannya kerana aku bila2 masa saja akan naik krete mayat yg kau cakapkan itu.sama ada aku suka atau tak, samaada aku rela atau terpaksa itu sudah janji ku pada Allah untuk mengadapNYA bila dipanggilNYA nanti.cuma yang aku bimbangkan adalah amalan ku selama ini diterima ke tak?....O ya buat apa nak caci entry kau ni kalau apa yang kau tulis tu betul. BODOH ler orang yang tak mahu mengambil iktibar dari nasihat yang berguna.EGO ler manusia yang menggelarkan dirinya seorang muslim yang baik konon jika tidak mahu menerima teguran yang membina dan baik.kan ada pepatah MELAYU mengatakan yang BAIK tu dijadikan TELADAN dan yang JAHAT tu dijadikan sempadan.Tapi aku heran bin ajaib ler manusia ni kalo nampak krete mayat Cina atau Hindu pasti dorang cakap tu yang mati tu mesti orang kaya psal siap ada okestranya, bayar okestrapun mahal o!.Tapi tak pernah ambik iktibar dan bersyukur lahir dalam Islam dan esok bila mati kita diiringi dengan doa bukan dengan lagu, lapang sikit kubur....banyak yang aku nak crete tapi aku pun bukan ustazah aku cuma insan biasa yang bila2 masa aje akan naik krete mayat macam orang yang dah pergi dulu itu.
dari buznama
: )
jodoh,maut & rezeki da dttapkan Allah lama sblm kte d lahirkan.
ya Allah,berkati rezeki kami,sebarkan k serata alam atas maksud agama&usaha agama.Ya Allah,kurniai kami is3 dan ank2 yg mnjadi penyejuk mata & penyokong serta pendokong usaha agama.Ya Allah, matikan kami dlm iman yg smpurna...
Amin...
Kebanyakkan kita bila berdoa mesti mahu untung saja. Siapa yang nak menderita . Rezeki byk,sihat tubuh badan dan panjang umur, semua orang berharapkan begitu. Bagi orang2 islam adakah tak boleh kita minta doa tersebut? Boleh..mintalah apa saja kat Allah Taala... sebab dunia ini dia yang punya. Terpulang lah Allah nak bagi apa...bila...atau tak bagi langsung... Allah maha mengetahui. Memang dah sifat manusia yg tak akan puas akan apa yang dimiliki.. itu hakikat. kecuali orang2 yg mendapat perlindungan dari Allah.....Dunia ini penjara bagi orang2 mukmin...
Bagi saya penjara bukannya miskin, papa....tapi dilindungi dari segala kesalahan akan melanggar perintah Allah.
Orang2 islam boleh mencari harta banyak2...tapi hati jangan dipengaruhi/ menjadi hamba harta...
ada tanggungjawab bagi orang2 berharta/kaya...
Hakikatnya , Rezeki, umur panjang dan badan sihat...boleh mendorong manusia kearah kemungkaran dan lupa perintah Allah...itu bagi kebanyakkan manusia tapi tidak bagi orang2 bertakwa.
owhhh sungguh banyak dan panjang komen2 kat sini.
aku tak habis baca pun.
tapi memang terkena sedikit tempias nya.
dulu aku selalu gak doa cam tu, tapi Abah pesan kat aku, bila doa, minta taufiq dan hidayah dari Allah, minta umur yang berkat, ditetapkan iman(maksudnya jangan berpaling dari islam), dikurnia rezeki yang berkat dan umur yang bermanfaat.
lepas tu aku ikut dan aku tambah doa2 lain.
penyakit wahan???
Ya Allah, peliharalah kami dari penyakit WAHAN ini. Selamatkanlah hati2 kami yang bertaut keranaMU. Aminnn...
great blog!keep it up!
Baru pakcik tahu maksud sebenar dan jelas penyakit WAHAN..yang biasa pakcik tahu cinta dunia dan takut mati..tapi yang lebih jelas ialah minta panjang umur dan murah rezeki..
Post a Comment