Sep 5, 2006
Bonus lebih 2 bulan ?
(Rumah siap pahat berbunyi-Belanjawan 2007)
iklan: Aku tukar email lagi, "keretamayat@gmail.com"-harap maklum.
Di sebuah opis yang riuh rendah macam kedai kopi, seorang aku kelihatan sedang meraba raba kesemua poket baju dan seluar di badan ku.. aku mencari sebatang pen.. mana pen biru aku letak ni…? Bisik hatiku..
Suasana opisku semakin riuh rendah dan meriah macam kedai kopi, masing masing sibuk bercerita isu isu semasa, perkahwinan Datok K dan Datin N, Keputus-tunangan Abang M dan kakak I, Belanjawan 2007, dan bla bla bla.. dan yang paling hangat adalah isu bonus menjelang raya, berapakah bonus bulan ini? Kakitangan kerajaan dapat sebulan bonus dengan maksima RM1500, kalau petronas dapat 4 bulan gaji, BASF dapat 3 bulan, Optima kerteh dapat 2 Bulan. Perwaja dapat 3 bulan, PFCE dapat 2 bulan setengah dan macam macam bulan lagilah yang mereka dok cerita.. entah betul atau tidak.. ?!
Tiba tiba aku menyampuk..
“Korang semua, ambil perhatian sekejap, aku nak bagitahu!!!
(mereka semua senyap…)
Aku menyambung:
“Pagi tadi aku ada bawak beg, warna hitam.. bila aku bukak beg aku, aku dapati pen tiada, boleh tak aku pinjam pen sebatang?!!”
(hek eleehhh..marah mereka lantaran lawak tak sengaja aku yang serius nak pinjam pen..oh)
Seorang pak cik menghulurkan pen kepada aku sambil berkata..,:
“isteri aku kerja kerajaan, tapi kenapa kerajaan hanya bagi sebulan gaji?, syarikat lain bagi paling kurangpun dua bulan bla bla bla..”
Aku gores pen itu pada kertas untuk menguji kebolehpakaian nya tapi nampaknya tak berhasil..
“pen pakcik takde dakwatlah…”
"Oh, ye ke?"
Dia pun ambil pen lain di poketnya sambil murungut lagi tentang bonus yang sepatutnya dapat lebih dua bulan bla bla bla..
Kemudian, rungutannya di sambut oleh beberapa orang lagi kat opis.., perkataan ‘patut’ ‘patut’ meniti di bibir.. patut dapat tu, patut dapatt ni..
Tiba tiba aku menyampuk..
“Korang semua, ambil perhatian sekejap, aku nak bagitahu!!!
(suasana hampir senyap…)
Aku menyambung:
"Bulan depan sebelum raya kita akan dapat bonus lebih dari 2 bulan!!!"
(suasana senyap selama 2 saat)
Kemudian, salah sorang dari mereka berkata:
“kau biar betul hamka…? Aku tahu kau tak suka cakap tipu, biar betul kita akan dapat bonus lebih dari 2 bulan.. katakan semua ini bukan dusta , hamka, katakan..!!!"
Aku menyambung:
"Alamak!! Silaplah…bukan 2 bulan, tapi lebih dari 3 bulan !!! "
(walau bagaimanapun aku tidak biarkan mereka gembira terlalu lama,)
"Bulan depan sebelum raya, ada malam lailatul Qadar yang ganjarannya adalah seperti seribu bulan, tu BONUS tu!!!! "
Bonus untuk ummat akhir zaman, lebih 2 bulan apa?!!! "
Mereka tak tahu nak cakap apa, nak marah ke nak gelak..OH…
Sekian, cerita pagi ini…
Pen merah, pen biru..korang marah, I love U..he he he..
Ps: Rumah siap, tapi Pahat masih berbunyi kerana keranda sedang di siapkan di dalam rumah yang telah siap itu kerana ada mayat yang sudah siap di mandikan dan di kafankan..harap maklum!
iklan: Aku tukar email lagi, "keretamayat@gmail.com"-harap maklum.
Di sebuah opis yang riuh rendah macam kedai kopi, seorang aku kelihatan sedang meraba raba kesemua poket baju dan seluar di badan ku.. aku mencari sebatang pen.. mana pen biru aku letak ni…? Bisik hatiku..
Suasana opisku semakin riuh rendah dan meriah macam kedai kopi, masing masing sibuk bercerita isu isu semasa, perkahwinan Datok K dan Datin N, Keputus-tunangan Abang M dan kakak I, Belanjawan 2007, dan bla bla bla.. dan yang paling hangat adalah isu bonus menjelang raya, berapakah bonus bulan ini? Kakitangan kerajaan dapat sebulan bonus dengan maksima RM1500, kalau petronas dapat 4 bulan gaji, BASF dapat 3 bulan, Optima kerteh dapat 2 Bulan. Perwaja dapat 3 bulan, PFCE dapat 2 bulan setengah dan macam macam bulan lagilah yang mereka dok cerita.. entah betul atau tidak.. ?!
Tiba tiba aku menyampuk..
“Korang semua, ambil perhatian sekejap, aku nak bagitahu!!!
(mereka semua senyap…)
Aku menyambung:
“Pagi tadi aku ada bawak beg, warna hitam.. bila aku bukak beg aku, aku dapati pen tiada, boleh tak aku pinjam pen sebatang?!!”
(hek eleehhh..marah mereka lantaran lawak tak sengaja aku yang serius nak pinjam pen..oh)
Seorang pak cik menghulurkan pen kepada aku sambil berkata..,:
“isteri aku kerja kerajaan, tapi kenapa kerajaan hanya bagi sebulan gaji?, syarikat lain bagi paling kurangpun dua bulan bla bla bla..”
Aku gores pen itu pada kertas untuk menguji kebolehpakaian nya tapi nampaknya tak berhasil..
“pen pakcik takde dakwatlah…”
"Oh, ye ke?"
Dia pun ambil pen lain di poketnya sambil murungut lagi tentang bonus yang sepatutnya dapat lebih dua bulan bla bla bla..
Kemudian, rungutannya di sambut oleh beberapa orang lagi kat opis.., perkataan ‘patut’ ‘patut’ meniti di bibir.. patut dapat tu, patut dapatt ni..
Tiba tiba aku menyampuk..
“Korang semua, ambil perhatian sekejap, aku nak bagitahu!!!
(suasana hampir senyap…)
Aku menyambung:
"Bulan depan sebelum raya kita akan dapat bonus lebih dari 2 bulan!!!"
(suasana senyap selama 2 saat)
Kemudian, salah sorang dari mereka berkata:
“kau biar betul hamka…? Aku tahu kau tak suka cakap tipu, biar betul kita akan dapat bonus lebih dari 2 bulan.. katakan semua ini bukan dusta , hamka, katakan..!!!"
Aku menyambung:
"Alamak!! Silaplah…bukan 2 bulan, tapi lebih dari 3 bulan !!! "
(walau bagaimanapun aku tidak biarkan mereka gembira terlalu lama,)
"Bulan depan sebelum raya, ada malam lailatul Qadar yang ganjarannya adalah seperti seribu bulan, tu BONUS tu!!!! "
Bonus untuk ummat akhir zaman, lebih 2 bulan apa?!!! "
Mereka tak tahu nak cakap apa, nak marah ke nak gelak..OH…
Sekian, cerita pagi ini…
Pen merah, pen biru..korang marah, I love U..he he he..
Ps: Rumah siap, tapi Pahat masih berbunyi kerana keranda sedang di siapkan di dalam rumah yang telah siap itu kerana ada mayat yang sudah siap di mandikan dan di kafankan..harap maklum!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
45 comments:
Erm... aku pun kopak jugak ujung bulan nie... erm.. mai posa dah kejap jer...
Wow, jari pantas di ERA!!!
:)
ana singgah sekejap utk berkongsi ttg ayat Al-Quran yg menyatakan ttg angan2 kosong tanpa pelaksanaan aturan2 dlm Islam.. rasanya ada persoalan dlm komen yg lepas...
jom kita baca terjemahan dari Al-Quran yg Agung:
" Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan kejahatan itu dan dia pula tidak akan mendapat selain dari Allah seorang pun yang akan melindunginya dan tidak ada juga yang dapat menolongnya. "[An-Nisaa' 4:123]
moga kita berusaha untuk menjadi lebih baik.. lebih ikhlas dlm agama Allah ini..
Wallahu'alam
+ akhie +
terima ksih akhie...
benarlah firman Allah, sabda Rasul dan nasihat anda!!!
benarlah!!
Aik ari ni pendek jer hamka... hehhehe! kat tmpt aku pun kecoh jugak pasal bonus nie... hehehhe!
tapi yang penting mlm lailatulqadar mcm hang kata...
hamka citer skit .. takde ke tanda2x mlm lailatul qadar nie....2x? leh buat persiapan..!
sunan_jati,
sepaham aku...tak yah tunggu tanda2..
dulu aku pun sibuk gak nak tunggu/carik/paham tanda2 lailatulqadar...
buat je setiap hari dengan bersungguh-sungguh...
Insya Allah niat yang ikhlas akan di balas setimpal...
Sukati Allah la nak bagi malam mana, asalkan bila dia tahu kita ikhlas..tak kira malam daaahh...
betul kata hucs tu..
semua malam dlm ramadhan ada ganjarannya ..lebih bnyak ganjarannya adalah malam lailatul qadar..
oh malam..
aduhaiii
hunc dan maniss
Aku sokong korang. Buat saja setiap malam dan setiap malam adalah bonus untuk kita.
apsal ler time bulan posa ajer org berlumba2 buat amal ibadat?
Abih bulan posa...jeng jeng jeng...kembali kepada asal...*sigh*
errr...bro hamka...
apa kaitan tengkorak ngan stereng tu:
1) Kereta mayat
2) kawasan kemalangan
3) drebar mayat
4) org mati eksident bawa kereta
5) kelajuan membawa maut
atau apa2 laa yang berkenaan....
ya bonus yg satu ini hampir terlupa..biasa la aku yg lalai ni..uplode gambar nampak en Hamka!.
ustazah rock?
apa maknanye di copy paste itu??
hucs - 'nak start' rock
inilah bonus yang betul2 bonus... kan bro hamka... nak guna bonus tu bebaik la.. hehe...
(p/s:asyik sunan_jati je jd pengomen first..laju die bace yerk..)
..aik? pendek jer entry kali nih..hehe =p
13may: maybe bila dekat2 nk raya, lg byk accident kot.. sbb tu ade gmbr skull n stereng.. btol x bro hamka?
Sunan_Jati dan HM
Pendek dah ler.. sebab aku perasan sibuk..heh!
“sekitika berada di jalan Allah, lebih baik dari beribadat di hadapan padang masyar di malam lallatul qadar..
-------
hucs /manis/ustazah rock
Terima kasih atas sokongan..terharunya..
-------------
13may
Sebab suasana…
Lupa cakap: gambar tu adalah ehsan hafizbar..bermaksud, keretamayat, semua org akan jadi mayat..he
Terima ksih cik hafizbar kerana tolongcari ‘logo’ untuk keretamayat..
Ps; best kau punya gambar safety, beware tu, boleh tolong aku carigambar : awas, kemalangan di sini.. yng penting tengkorak dan stereng..dan background kuning..
--------
zwitterion
sajer je test..baru belajar, alangkah lembabnya aku berkenaan isu isu dunia..(berlagak, isu akhirat pun lembab gak,,oh)
---------
amethyst
Benar!!!!! Semua org berpeluang dapat!!
Salam..
Agaknya Hamka ni dijurus Allah menjadi seorang penulis. Dia tak perasan lagi kot?
Tulis dan terus tulis bro'.
InsyaAllah greng akan terus menyokong..
Kalau kengkawan senang, jumpa greng di alam maya di:
http://greng.multiply.com
greng, masa aku kecik, aku ingat bila besar nak jadi pelukis, kerana aku memang berbakat(macam riak)
tapi akhirnya aku jadi mayat jugak..
ps: post yang lalu, masih aktif dengan kehadiran lini, miqdaq, hucs, ustazah rock dll, harap maklum!!!
Salaam Bro Hamka dn sekalian tetamu..
Heee lama tak leave comment. Nak bg Bro ingat nama saya pun susah.. hheeh petikan yg di copy paste oleh ustazah rock btul2 tepat. mmg betul la apa yg dia kata. Alhamdulillah, saya antara targetted audience.. :) kadang sengap kadang bersuara (bertype) heee moga Bro Hamka senantiasa dirahmati oleh Nya...
Bg sya,
Bkn senang nk mengekalkan kesedaran yg dtg dr Allah itu. Bila tersedar, mmg kita sungguh2 mentaatinyer.. dn kadang bila terlalai, kita mula ambil mudah... sbb apa? kurang pengisian rohani. sbb apa kurang pengisian rohani, sbb dh kurang nk cari ilmu tu.. sbb kurang cari ilmu tu, sbb tergoda ngan godaan godaan dunia..
:( sedih bila diri sendiri melekakan yg patut dgn sengaja. sbb buat yg tak patut dulu. takut2 nnt bangun bersama org org yg tak patut..
wassalam
iabdulr
nurul huda..
pasal ps tu lantak engkau ler, tapi aku ketawa terbahak bahak baca komen engkau.. keluar air mata berahi.. best betul kau punya komen.., terharu betul.
------------
iabdur
entah engkau hidup tak bulan posa tu? aku pun sama..oh!
cuma nak di ingatkan pada mana2 perempuan terutamanya, dah dekat nak posa ni, dah ganti belum tahun lepas punya datang bulan punya puasa?
ps; sekadar mengigatkan...
ustazah rock dll,
greng nak sentuh sikit pasal "target audience".
Metaforanya begini :
Hamka umpama cikgu yang mengajar di hadapan.
Kita pengkomen jadi anak murid.
Pengkomen yang duduk kat depan dalam kelas selalunya orangnya skema dan tak dapat terima cara penyampaian Cikgu Hamka tu.
Yang dok kat tengah dalam kelas tu 50-50 antara skima dengan yang tidak.
Kebanyakan pengkomen dalam blog ini greng agak dok kat belakang kelas suka dengar cikgu Hamka berceloteh ntahhapahapantah... sambil menyampuk.. hawhawhaw..
Sesiapa yang skema dan sukakan pengisian berbentuk akademik dengan nahu yang betul ikut dewan bahasa mungkin boleh cari kelas/cikgu lain yang lebih sesuai. agaknya... hehehe (greng berlagak pandai...)
p/s - tengoklah siapa pulak cikgu yang jar kat depan tuh...
hawhawhaw...
Cikgu jangan marah aaa...
ingin kembali melaksanakan azam yg dah dilanggar utk entri sebelum ni (lemah pendirian btol)- takmo komen apa2....
haha..along dah lama tak komen..aku agak setuju ngan apa yg greng ckp tu..lu wikiet r beb..kita baca blog tu bkn nak tgk bahasa tp nak dpt pengisian..kalo baca bro hamka punya blog ni mmg r kasar skit tp kalo kita jenis yg pk pnjg kita dpt byk bnda..tok guru aku ngan bpk aku pun mengajar aku ngan cara cemtu..kalo dia sound adik2 aku tak semestinya dia sound adik aku..dlm masa yg sama dia sound aku skali..tu nma dia pmbljrn secara tak lgsg..cewah..
pasal bulan bonus 2 bln tu..haha..apa nak dikecohkan..kalo kita konsisten amal toksah r nk tkejo2 bonus tu..kita dpt sniri nnt..malam lailatul qadar tu aku leh bg time yg agk spesifik..nk tau?10 mlm gnjil yg terakhir dlm bulan ramadhan..jgn marah aaa..haha..tuhan dah bg hint dah..dah tu watpe nak kecoh2 lg..kalo tak tidur dlm bulan ramadhan lg bgs..tak tidur tiap2 mlm pun bgs kalo korg buat amal la..masa skolah agama dulu aku ada blajo..stp mlm ada malaikat yg aku tour kat bumi ni..kijer dia nak observe baper ramai manusia yg bjaga utk beramal pd waktu dikala org ramai enak diulit mimpi..cewah..aku main bahasa lg..malaikat2 tu akan bzikir utk golongan2 tu..
kan best kalo kita tgolong dlm golongan tu..aku?tak kosisten..tiap2 mlm tak tido tp tak smstinya sbb beramal..kdg2 main game smpai pg..tp tu boleh jadik titik permulaan nak bjaga mlm..waktu kul baper elok nak bjaga mlm?dari kul 2-4pg..dah lps tu dah tak best dah..tak caya try..aku dah try dah sumer time..
masa bulan ramadhan la masa yg plg elok nak try bjaga mlm ni sbb takder setan tak ngaco..n jgn lupa..masa bulan ramadhan la kroni setan(nafsu) nak uji ke'terer'an dia..bulan menguji ilmu dia..kita pun menguji ilmu kita mengawal kroni setan yg satu ni..so bjuang la ek..bulan puasa nak dkt dah ni..semoga kita puasa nnt takpat lapar dan dahaga jek..ok chiooowww
p/s:lupa nak greet brader hamka..yo brader hamka..puasa tahun lps dah ganti blom..dah syaaban dah ni~~
orang bagi satu penumbuk, balasan nya adalah satu penumbuk gak.
orang bagi 3 penumbuk, balasannya adalah 3 penumbuk gak.
orang bunuh kita, balasannya adalah bunuh gak.
orang bagi kata2 yg menyakitkan hati, balasannya adalah kata2 yg menyakitkan hati gak.
kata2 yg buat sakit hati tak semesti dengan kata2 kesat. kadang2 kata2 yg `baik' tapi boleh juga sakitkan hati orang lain.
contoh:
ko bagi sedekah, pastu ko cakap kat orang tu ``eh apalah pemalas nak gi keje. berusahalah sikit"
dlm kata2 tu, takde kalimah2 seperti bab*, puk*ma*, bullshi*, etc etc.... namun perkara itu menyakitkan hati orang yg menerima sedekah.
kesimpulan, kata2 baik atau jahat... kedua2 nya boleh menimbulkan kesakitan hati, kalau tak digunakan dengan betul.
oleh kerana saya perasan saya adil, saya balas orang yg sakitkan hati saya dengan kata2 yg menyakitkan hati juga.
biasanya saya tak tuju pada sapa2, tapi kalau dah lebih2, mmm rasalah sendiri yer.
sekian, terima kasih
---
hafizbar
ps: buat furqan... tahniah kerana anda mengaku salah. dan aku pon nak ngaku salah pasal aku mula2 tak nak tulis nama ko, tapi lepas2 tu tulis gak nama ko.
ps2: buat miqdad... sila belajar utk terima pendapat orang lain. pendapat ko tak semestinya betul, tak pula semestinya salah. begitu juga pendapat sapa2 pon.
hafiz dear,
kita semua maklum dengan qisas.
tapi sebaik2 iman adalah memaafkan orang yang bersalah kepada kita..dan bagi pulak hadia (doa ke...)
kembali kepada cerita thaif..sama juga..
moga2 kita sentiasa mendapat petunjuk untuk kita buat best decision...
sekadar berkongsi pendapat yang orang maybe boleh terima or tak leh terima..
some say ..
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.
If you are successful, you will win some false friends and some true
enemies;
Succeed anyway.
What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.
The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.
You see, in the final analysis, it is between you and God;
It was never between you and them anyway.
hucs suka perenggan yang last tu....itu maksudnye lillahita'ala dan ikhlas....
hafizbar kata;
orang bagi satu penumbuk, balasan nya adalah satu penumbuk gak.
greng tanya;
Kalau org pertama yang menumbuk tu badan dia macam Hulk dan yang membalas satu penumbuk tu badan dia macam Apek Senario camaner?
Keadilan bukan sifat manusia. baik kita serahkan sahaja pada Allah untuk pembalasan yang setimpal...
ps - tah-tah Apek tumbuk Hulk kat "anu" dia mahu pengsan Hulk.. hawhawhaw...
HEHEHE korang... korang... point aku bukan kat qisos ke, kat sifat pemaaf ke, apek ke, yasin ke, hulk ke, etc etc.
itu semua adalah bunga2 pada point aku. bila aku cakap/tulis, maksudnya ada main point yg aku nak sampaikan. get that point first. harap maklum
terima kasih
---
hafizbar
ps: mesti ada orang kata ``ala... berdolak dalih la plak hafizbar ni"
aku akan jawab: HELLO...
terima kasih hafiz.
tumbuk balas anda sgt berguna ;)
apa yg aku paham, benda yang ko nak sampaikan ialah:
"niat yang ikhlas..."
buat apa pun..niat mesti ikhlas...
tegur ke, bahas ke, reminder ke, hukuman ke...niat mesti ikhlas..
sebab tu aku paste benda dlm omputih tu...
betul ke aku cakap ni apis?
kalau tak betul, terangilah kami....
salam...
jz wanna wish s'mat menyambut ramadhan yg berkat dan bersama2 kite m'imarahkan ibadah yg selama ni kering kontang..pastu bile da lps pose jgn tinggalkn plak amal tuh..then..s'mat menyambut hari raya aidilfitri...saje wish awl2..wat org2 yg dpt beraya kt mesia nih..huaaa....
Saudara hamka,
Tajuk yang hangat diperkatakan walaupun post kali ini sungguh pendek skali hingga memudahkan aku membaca tanpa mengeluh(nampak sangat aku ni pemalas & insan hina untuk benda-benda ilmiah) jika dibandingkan dengan yang lain.hahaha..........
Komen aku kali ini lebih kepada lebih baik kita melihat, mengkaji, membina & memperbaiki apa ada dalam diri tanpa menunding jari.Ia berbalik kepada kisah bonus, perkahwinan, kehidupan etc....
Kadang-kadang aku sering terfikir kenapa orang itu mempunyai kelebihan tiada pada kita.Tapi disebaliknya kita tidak tahu apa kisah sedih mereka yang membuat mereka lebih dari kita...
Semua itu adalah rezeki yang dilimpahi Allah s.w.t tanpa mengira hambanya yang ditunjangi dengan usaha bagi setiap perlakuan & perkerjaan...
SALAM...
AKU PERASAN SIBUK
AKU DAH BACA KOMEN SEMUANYA, TAPI BAGI MASA YANG PANJANG SIKIT UNTUK AKU KOMEN BALIK...
PS: BINI AKU NAK BERANAK DAA..
DOAKAN AKU!!!
Alhamdulillah saudara Hamka nak dapat cahaya mata yang baru.Moga-moga anak itu dapat mewarisi sifat terpuji yang ada pada diri saudara demi generasi masa hadapan...insyAllah
Moga-moga Allah mempermudahkan bini saudara bersalin ;)
bro hamka: tahniah =) moga2 dpt baby yg comel cam hm =p
Hucs: Love the sayings... yup, in the end, it always between you and Him.. eh, what i mean is, actually, mmg dari awal lagi niat mesti for Allah. so, no matter what others say, if you feel what u do is the right thing, then, just proceed.. sbb people have different personality n diff way of looking at things. so, susah utk puaskan hati semua org. as long as yakin kita buat krn Allah, just proceed lah.. (",)
ps: hm yg baru belajar post komen.. huhu.. (kene pindah duduk blkg kelas, ke? =p )
salam sume
disebabkan ini first time hamba komen kt sini maka hamba ingin memulakan bicara hamba dgn ucapan tahniah buat encik hamka atas kebestan blog tuan hamba.
hajat sebenar hamba ialah utk komen pasal hafizbar punya komen
[ko bagi sedekah, pastu ko cakap kat orang tu ``eh apalah pemalas nak gi keje. berusahalah sikit"
dlm kata2 tu, takde kalimah2 seperti bab*, puk*ma*, bullshi*, etc etc.... namun perkara itu menyakitkan hati orang yg menerima sedekah.]
hamba memang bersetuju dgn encik hafizbar bhw kita perlu menggunakan perkatan2 yg baik terhadap peminta sedekah namun harus diingatkan bahawa kita dilarang utk mengherdik mereka (kalau kita kata "eh apalah pemalas nk gi keje" dgn cara mengherdik maka itu adalah dilarang)sebagaimana firman Allah dlm surah al-dhuha yg bermaksud "dan terhadap org yg minta2 maka jgnlah kamu mengherdiknya" dan berkata Qatadah :"iaitu membalas kpd org miskin dgn rahmah dan kelembutan"
kalau org yg mintak sedekah itu sakit hati jugak dgn bahasa kita yg lembut maka itu adalah masalah beliau sendiri.
samalah jugak dgn org yg komen hafizbar pasal qisas, sifat pemaaf etc...maka itu juga maslah mereka sendiri.nampak sgt mereka susah nk paham point yg ingin disampaikan.mungkin kerna mereka bnyk makan semut kot...
Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...
Terlambat sikit komen tapi saya tetap berbesar hati juga nak komen sebab saya pun dapat rasa terperanjat seperti kawan-kawan kat pejabat saudara Hamka tu... pasal bonus sebelum raya tu....bonus apa pulak ni? memang dah lupa dah pasal nak puasa ni... asyik berkisar dengan masalah dunia aje, akhirat pun dah lupa. Semoga saudara Hamka dan semua yang baca blog ni sama-sama dapat usaha atas iman, dan moga-maga Allah bagi kita iman? Macamana? Kena usaha atas iman dengan buat dakwah macam saudara Hamka ni...sebarkan dakwah. Dahabat dulu korban masa, harta, nyawa, menjadikan naka-naak mereka ytim dan isteri-isteri mereka janda untuk dapatkan iman. Kita juga kena korban, kita kena mujahadah dalam ramadhan ni, moga-moha Allah akan tarbiyyah iman kita.
Selalulah cakap-cakap kebesaran Allah, Allah berkuasa, makhluk takde kuasa, didik iman kita untuk yakin bahawa semuanya dari Allah apa yang berlaku adalah kerana "asbab" sahaja."
Semoga apa yang kita baca ni dapat kita amalkan dan sampaikan... insayaallah.
tahniah kepada sdr hamka sekeluarga dengan kehadiran cahayamata terbaruu...
senang la nak tulis blog lepas2 ni..ada tukang kejut malam2...jgn lupa tahajjud kalau ada kesempatan
kepada sesiapa yang terasa kurang makan semut or tak pernah makan semut..
ajarlah orang yang semut supaya dia tak de nafsu nak makan semut lagi....
jangan ingat tak makan semut tu boleh lekeh orang yang makan semut..tang makan semut tu hanya asbab sajer....Dari Allah jua lah yang Maha Mengkehendaki dan yang mengizinkan.
hucs kata - sian semut, orang tak paham mesej pun nak kaitkan kan dia. kang dia makan orang tu baru tau...hucs hanya ikhlas mengingatkan..kot2 takot hucs yang tak ikhlas tulis comment
salam..
tahniah untuk hamka..
sabar buat isteri..
khabar gembira untuk anak..
apabila tiga golongan manusia ini membuat pengorbanan di atas agama Allah swt.. pastilah janji Allah.
mahsyurnya amalan haji adalah contoh pengorbanan, mereka insan terpilih itu ialah
1. Suami, (Nabi Ibrahim)
-hah pada mereka yang bernama suami nie korang kenalah dulu buat pengorbanan, siap sediakan iman dan amal kalian.
2. Isteri, (Siti Hajar)
-bila mana iman telah betul, maka amalan saie dari safa ke marwah adalah perlakuan amal seorang wanita yang telah Allah jadikan sebagai rukun ibadat haji dan umrah.(Allah swt jua telah jadikan amalan ini dibuat oleh semua lelaki dan wanita pada ibadat haji dan umrah, -so yang lelaki atau suami tolonglah ambil iktibar..) perempuan boleh tak kan lelaki tak boleh..;)
3. Anak (Nabi Ismail)
-ini pula perlakuan taat tidak berbelah bagi seorang anak yang sanggup taat pada perintah bapanya untuk disembelih. Cuba saya dan korang pikir, kitakan pernah jadi anak kepada kedua ibubapa, so bayangkan ibadah korban yang kita buat tiap-tiap tahun itu telah menyukakan Allah, maka hal ini adalah kemuncak 'Hari raya Haji' bagi orang Islam. So kalu amalan taat kepada perintah bapa ini yang diperbuat oleh seorang anak, maka takkanlah kita yang dah besar-besar nie terkalah dengan pelbagai alasan untuk tidak menyediakan diri dengan sifat taat kepada Pencipta Kita!!.. Doa untuk ummat
salam hidayah
nas
greng
nampaknya, aku kena terangkan maksud hakikat dakwah yang sebenar,(macamlah aku paham..)
di blog ini. Bukan lagi hakikat dakwah, tapi ini adalah ‘satu pilhan blog’…
Aku macam tak beberapa berkenan kalau korang anggap aku adalah seorang pendaqwah bila korang baca blog aku, aku tidak berdaqwah melalui blog…aku bercerita cerita sahaja… sebenarnya kalau korang baca post pertama aku (Belajar ugama melalui blog?) tentu korang paham maksud dan tujuan serta hasrat hati nurani aku yang kudus ini…oh..
Aku sepatutnya menamakan blog aku ini dengan:
KERETA MAYAT : Satu pilihan Blog…
Blog aku ni hanya sekadar satu pilihan, korang boleh pilih mana2 blog yg korang suka, ada blog cerita pasal lembu berlaga, pasal penyakit kuku dan kulit, pasal wakil rakyat yang baik, cerita seram nak mampus, org miskin tak de pakaian atas katil, ulasan filem yang dah tengok, ada copy/paste, ada yg forward-mengforward, ada lawak bangsat dan.. dan, blog aku mencelah dengan kata2, semua org akan menjadi mayat…
Ini adalah satu pilihan..aku tak paksa korang, korang datang aku hargai, koranglah sahabat aku (dunia akhirat kononnya dan harapnya)…bila aku menulis dari segi sunatullah, aku rasa puas, pernafasanku yang tidak terkawal menjadi lancar dan tenang, bulu rumaku yang tegak berdiri menjadi kendur kembali,…bila korang memuji (moga segala puji takku meninggi diri) aku rasa puas dan belajar menafikan diri, bahawa semuanya dari Allah, bukan aku(jujur), kalau korang mengkriktik atau melaknat, aku anggap ada something Allah nak info kat aku (moga dapat kuhadang tikaman dari belakang).dan aku bahagia di alam blog ini bila aku tahu ada segolongan manusia wujud dan membaca blog aku,
Korang tahu tak bila korang habiskan masa baca blog aku korang akan jatuh cinta dengan aku?, bila korang banyak baca hadith korang akan jatuh cinta dengan Nabi, dan bila korang Selalu-selalu baca Alquran , korang akan jatuh cinta dengan Allah, alahai, apa apa buku pun kalau korang baca pasti korang sukalah kat penulis tu, dulu masa aku kecik, aku suka kat tony wong sebab hari2 aku baca komik dia…
Jadi aku bagi nasihat kat aku dulu dan korang semua, marilah kita baca Al-quran 2 x tammat setiap tahun (alah, senang ajer, bulan puasa khatam sekali, 11 bulan lagi khatam sekali , amacam? Ok?!)
Lepas tu tiap2 hari baca hadith Nabi dalam ½ jam,(kalau tengok smallville 1 jam tau!), dan bagi yang dah kahwin, bolehlah baca kuat2 supaya anak bini korang boleh dengar, ni sunnah , sahabat buat.
Dan kalau ada masa( kalau ada sumur di ladang) jengahlah blog aku he he he(promote) ….lepas tu kalau aku salah korang betulkanlah, kalau korang nak marah, korang boleh caci, laknat, , tak baik pendam2, boleh membawa kepada kematian, jadi mayat, mayat di makan ulat, ulat menjadi rama2, begitu je habis kehidupan korang..
(panjang lagi sepatutnya)
--------------
Najwa Aiman
Aku tak paham azam engkau, apa tu?
---------
Along
Terima kasih, along.. tak terkata apa apa.
-----------
hafiz /hucs /furqan / shahril aley/hm
Tiada kata secantik bahasa, nak ku luah perasan…
Terima kasih kerana doa kat isteri aku..
--------
-innocent girl-
salam...
gembira dengar salam engkau, he he..
---------
seifu
Selamat naik kereta mayat..
teriam kasih!!!
-------------
hanisumayyah
Waalaikumusallam..
Wanita yang jarang ada….
Anda memang mempunyai ciri cirri fikir ALAMI!!!!
---------
Nas..
poit yg sama dengan hanisumayyah, teruskan perkongsian korang,
nak pergi haji ke?
-----------
Hucs..
Dulu, aku eprnah tulis pasal “kenapa ada surah semut?
Kat kotak komen ada 1000 macam cerita semut..
Ps: kakiku semut semut..
x pandai nk komen sgt...tp as a fulltime housewife...i xnah rasa aper thrill nya dapat bonus ni...harap2 bonus bulan ramadhan akan kita sumer dpt rasai bersama...Amin!..
slm to all,
xpandai nk komen sgt..afterall i'm new here...tp as a fultime housewife, i xnah rasa thrill dpt bonus 1, 2 or 3 bulan n so on..
tp bonus bulan ramadhan...smg kita sumer akan dpt rasai bersama..Amin!..
Amin ya rabbil alamin...
ps; macam mana woman in black boleh duduk rumah sajer..alien?
assalamualaikum..
saya pun bukanlah ustazah or ahli-ahli yg studi secara akademik bab-bab agama ni..tapi dorang selalu ckp camtu, mgkn ikot saiz tudung kot...
ni 1st time tgk blog camni, penyampaian yg santai dan terus menusuk kalbu...
saya cdgkan spy watla cerita ttg couple..dah ramai sgt yg wat perangai mcm ni...
namakan saja, al-ustaz ke hape2.. pergi mesir konon, bangga la hebah-hebah kat orang nak pegi mesir, tapi hakikatnya mcm tak layak je nak ke sana..jangan nanti satu hari dorangla yang akan mengatakan COUPLE ITU DIBOLEHKAN DALAM ISLAM!! tanya cket, rasulullah tu couple dulu ke sblm kahwin??
nampak sgt org yg couple ni tak percaya pd kuasa Allah...konon kalo tak cop sekarang nanti terlepas dari genggaman...tny cket, sapa bole lawan takdir Allah, once Allah tetapkan dia utkmu, sapa yg dpt halang?
pastu wat pulak alasan cinta tu dtg tnpa di paksa, itukan anugerah Allah... Ooo, cite pasal anugerah lak!! dah tau anugerah apesal xnk brsyukur??Brsyukurla dengan menyerahkan perasan itu pd Allah dan smoga Allah menjaga si dia andai dia yg ditakdirkan...
Blajaq tinggi-tinggi tp bnda camni pun tak nampak...
saya pernah berdebat dengan seorang senior pelajar Fakulti Pengajian Islam tentang perkara ni..Dia ada bf, dan saya pernah dengar dia bercerita..tapi dlm ceritanya laksana apa yg dia lakukan itu adalah cara2 couple yg betul, cara2 yg diredhai Allah... tolongla...Debat punya debat, akhirnya dia kata Aku yang masih tak faham, dan dia kata jangan persoalkan kuasa Allah... hmmm
saya cuma sedih sbb xdpt nak sedarkannya... yelah sya bukan ahlinya, sek agama pun bukan, maahad pn bukan, bukan amek subjek agama pun...xlayak la tu.. ok la, itu je kot.. wassalam...
slm 2all..
hamka..
i bkan lah alien, tp kekadang mmg cam org asing...asing kpd diri sendiri...camner tu ek?..
tp xlah x keluar umah langsong...p gak sna sni...tp mostly mmg dok umah je jaga anak yg seramai 8 org jer nih...huhu...
tlg la bg semangat n tazkirah utk i ni yg slu gak rasa tensyion kat umah ni...huhu...
wslm...to all
ixora
nanti, aku tulis (kot) tapi bulan posa tak kot, insyAllah, aku tulis!!
betul dah apa yang kau kata pasal kaple tu.., ustaz ustazahpun samer sejer!!!
aku naik angin!!
-----------
woman in black
Seorang wanita yang menggalakkan suaminya keluar jalan Allah, nescaya Allah akan jadikan ke-4.4 dinding rumahnya sebagai penghibur yang tidak dapat di tulis dengan bahsa..oh!
hi, keretamayat.blogspot.com!
[url=http://viagradef.fora.pl/] viagra online[/url] [url=http://viagradee.fora.pl/] viagra bestellen online[/url] [url=http://cialisdea.fora.pl/] cialis kaufen online[/url] [url=http://cialisdeb.fora.pl/] cialis online[/url] [url=http://cialisdec.fora.pl/] cialis kaufen online[/url] [url=http://cialisded.fora.pl/] cialis kaufen [/url]
Post a Comment