Sep 8, 2006

Doa kita sudah Makbul?

(Sya'ban dalam kenangan...)

Cerita Petang Semalam…

Aku duduk tepi tingkap, dalam kesamaran petang dan hari berlabuh senja nan merah, aku lihat bulan yang di kaki langit sedang mengambang penuh…15 sha'aban!!, aku teringat dengan cerita werewolf yang akan jadi werewolf bila bulan mengambang…
Tiba tiba aku menyalak macam serigala…

“Wolt! Wolf!! Auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

Terkejut manusia, isteriku melihat ‘kerasukkan iblis serigala ekor bersembilan’ ke dalam badanku…
Dia menggelengkan kepala melihat aksi perilaku bodohku nak jadi serigala jadian…

“gila laki aku ni agaknya” bisik dia dalam hati (aku buat andaian)

Kemudian satu cawan teh’ di hidangkan…teh’ tarik beb!!!

Cerita Magrib semalam…

Petang semalam menjelang magrib, aku terpesona melihat satu pemandangan terindah yang jarang jarang berlaku, iaitu surau kampungku penuh!!! Full-mosque!!!

Penuh dengan manusia manusiawi, lelaki-wanita, kecik besar, tua muda, hensem, buruk yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat..

Jemaah melimpah sampai ke luar… tak pernah-pernah seramai ini…
(saya perasan baik, macamlah org lain tak pergi solat jemaah hari-hari !-caci aku pada diri sendiri!)

Kenapa ramai orang ni?

“Datin Siti bersanding di sinikah?”
Bisik hati kecilku..

“atau abang Mawi world dan kak ina ‘ye bang’ buat majlis ‘pulang ke gagang’…oh!"

Hello!!!!,
Tak baik berburuk sangka wahai hamka, bukankah malam ini malam nisfu sya’ban..?
Kenapa aku tidak sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah aku kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri untuk catatan yang baru…

Nota untuk muaalaf: Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, 15 Sya'aban.-kalau nak lebih baik explaination, rujuklah ustaz…

Ok, teruskan cerita kita, malam tu.. sebab aku datang lambat sebab suka sangat jadi 'werewolf' menjelang magrib, (order teh’ tarik isteri tersayang sebenarnya) aku kena solat maghrib kat luar surau..tapi masih takbir pertama… ramai juga yang solat kat luar, bila keadaan macam ni, aku fikir lambat lagi dunia ni nak kiamat rasanya..oh..

Selepas magrib… surah yassin di edarkan, kemudian jemaah mulai membaca yassin 3x

Selepas Yasin pertama :
Pak Imam mengimami doa mohon dipanjangkan umur ,

Selepas Yasin kedua :
Pak Imam mengimami doa mohon murah rezeki

Selepas Yasin ketiga :
Pak Imam mengimami doa mohon ditetapkan iman …

Nota: jangan tanya aku dalam kotak komen atau email tentang “adakah baca yassin ini bidaah?” Aku rasa korang boleh pergi search tempat lain pasal bidaah yang lebih berilmiah, aku tak nak berdebat kat sini, berkenaan pendapat aku tentang bida’ah, aku pernah tulis dalam post “Apa itu bida’ah?”-harap maklum…

Kemudian lepas doa berjemaah, ada pulak tazkirah ringkas lebih kurang begini:

Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan ini (Sya'aban) maka Allah haramkan dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi (aku lupa nama..) dan pada malam nisfu sya'aban ini juga Allah berfirman lebih kurang maksud..: adakah orang-orang yang meminta ampun?, maka Aku perkenankan permintannya/ampunkannya, adakah orang yang bertaubat? maka Aku terima taubatnya kecuali orang yang berzina dan memutuskan silaturahim.., (aku tak ingat sangat, lebih kurang macam tu lah,)

Namun ada pengalaman best yang aku nak bagitahu kat korang semua, iaitu doa aku, (kitaorang sebenarnya) semuanya di makbulkan oleh Allah..!!!

Ketiga tiga doa pada malam nisfu sya’aban itu di makbulkan Allah!!!
Tak percaya? Jom aku cerita…

Cerita hari ini…

Ok, semalam baca yassin 3 kali dan doa tiga perkara..dan semuanya di makbulkan Allah!!!

Yasin pertama : imam mengimami doa mohon dipanjangkan umur ,
Ulasan:
Selepas berdoa, takde sorangpun antara kami yang jadi mayat, bermakna doa kitaorang dimakbulkan iaitu umur kami masih panjang, dan ketika artikel ini di tulis, aku tak dengar lagi berita ahli jemaah malam tadi jadi mayat, bersyukur pada Allah kerana bagi nikmat umur, mayat ajer yang takde nikmat umur..alhamdulillah.

Yasin kedua : imam mengimami doa mohon murah rezeki
Ulasan:
Selepas isyak, makanan melimpah ruah, ada macam-macam kuih, nasi, mee, laksa, roti dan banyak lagi, cek mek mandi, akok, nek bug, lemang, keropok, nasi dagang, mee goreng, laksa terengganu, laksa pinang, nasi himpit dan beraneka mak nenek lagi kuih muih dan juadah menketadarah yang Allah bagi..subhanaAllah..
Doa murah rezeki kitaorang di makbulkan oleh Allah..mayat jer yang tak de rezeki., nasib engkaulah mayat, badan engkau dah jadi santapan ulat mayat..
Jemput-jemputlah cik ulat, makan! Makan! jangan seganmakan lidah, telinga,.. hidung sedap tu..ha! mata ada lagi sebelah, sila makan..otak sarebrum pun sedap sila2 he he he:)

Yasin ketiga : imam mengimami doa mohon ditetapkan iman …
Ulasan:
Iman yag tetap? Memang doa itupun di makbulkan oleh Allah, sebab pagi esok waktu subuh.. jumlah jemmah, macam biasa. 4 ke 5 orang (aku perasan baik-naduzubillah) berbeza dengan maghrib semalam, 100+++ , kenapa mereka tak datang solat subuh?
Sebab iman mereka ‘tetap’ macam sebelum sebelum ini, dan menjelang magrib besok,(aku bersangka buruk..oh) jumlah jemaah solat magrib dan tak macam semalam, hanya 10 ke 15 orang, memang iman aku dan mereka di ‘tetap’kan oleh Allah kerana mintak iman yang ‘tetap’..bahaya bahaya…!!!

Maka aku buat keputusan untuk tambah style doa kepada yang lebih baik untuk aku, aku rasaler, kalau salah-jangan ikut-!!! Aku confirm bukan ustazah!!!

Maka aku doa cam gini…
Ya Allah, aku mohon di berkatkan umur ,

Ya Allah, aku mohon di berkatkan rezeki

Ya Allah, aku mohon di pertingkatkan iman …

Alasan:
Doa Berkat umur.
Bermaksud berdoa kepada Allah, duhai Allah, sekiranya umur panjang boleh selamatkan aku dari azab api neraka… maka panjangkanlah umurku, tapi jika umur pendek boleh selamatkan aku yang hina dina ini dari azab api neraka maka pendekkanlah umurku..esok pun takpe, asal selamat dari azab api neraka!!!

(mintak maaf ye kat korang semua, esok aku mungkin jadi mayat..isk..isk..)

Satu lagi: Aku tak nak panjang umur..aku tak nak jadi tua nyanyuk yg akan meyusahkan org lain dengan membasuh tahi di punggungku…..oh..dan bila dah tua nyanyuk kelak, aku takut mati tak dapat ucap kalimah tauhid di akhir kalam…doakan lah aku berkat umur, walaupun pendek tapi selamat kat akhirat..amin…

buat Haikal dll...,Wahai anakku, sekiranya di takdirkan kau membasuh tahik di punggung ayah.. maafkanlah ayah yang dah tua nyanyuk lalu berak merata-rata, ayah tak sengaja…

Doa Berkat rezeki..
Aku takut mintak murah rezeki, sebab dulu Qarun mintak murah rezeki, dan apa jadi menjelang kemayatan dia? Harta dia telah azab dia!!!Naduzubillah..
Sahabat Nabi s.a.w, yang paling kaya..Abdul Rahmah RA (kalau tak silap namanya), masuk shurga dalam keadaan merangkak.., ini sahabat yang berperang dan berdakwah bersama-sama Nabi SAW, tapi still masih merangkak ke shurga kerana banyakknya Hisab atas harta…oh, uhuk!!
Nak di bandingkan dengan aku?, .. air basuh kaki mereka lebih mulia dari aku yang hina dina ini…

“Ya Allah, berkatkan rezekiku, sikit tapi cukup…banyak tapi habis(di bahagikan kepada yang hak)…amin..”

Doa Dipertingkatkan Iman…
Iman yang ‘tetap’ adalah penting!!!
Tapi jika iman tu sebesar zarah sahaja macam aku la ni(kot), dah tentu kena azab dulu.oh!.maka aku mintak supaya Allah bagi iman aku tinggi macam sahabat-sahabat Nabi SAW…aku mintak dulu, lepas ni aku usaha..insyaAllah!!!!

Iman sahabat begitu tinggi sehingga mencapai tahap tepu, iaitu jika shurga dan neraka di letakkan di hadapan mereka, iman mereka sudah tidak naik lagi..Subhanallah…!

Begitu tingginya iman mereka para sahabat nabi, sehingga dalam kubur, bukan malaikat yang tanya mereka lagi, tapi mereka yang tanya malaikat: siapa Tuhan kamu??? Terkejut mailaikat…Oh

Dan berdoalah perkara yang paling mahal sekali dalam dunia, sangat mahal…, bukan panjang umur, murah rezeki…dan iblis pun terlupa nak doa perkara ini sehingga di sumpah menjadi iblis laknatullah…iaitu HIDAYAT….
Iblis terlupa nak doa HIDAYAT untuk diri sendiri…

Ya Allah Berilah Hidayat pada mereka yang baca blog aku dan mereka yang tak baca blog aku..Amin!!!

Cerita hari esok…
Penulis keretamayat sudah menjadi mayat…..

Ps: eh, lupa pulak nak berdoa untuk diri sendiri!!!, karang dah jadi mayat, tak pasal pasal aku jadi iblis masuk neraka bersama iblis berpimpingan tangan,,oh, tidak, Ya Allah Berilah HIdayat pada HambaMU yang Hina dan Dina ini…

(Perkenankanlah..)

43 comments:

greng said...

Cikgu, belum sempat baca tapi nak jadi pengomen terawal masuk kelas... hawhawhaw...

hafizbar said...

saya pula pengkomen ke-2. ahaks lol ihik uhuk kekekeke :s

c ya guyz in da nex entree!!

---
hafizbar

ps: biar betul hafizbar komen camni hehe.

nurul huda said...

huhhh betepa teruknya perangai aku ..aku tgk ader post baru bukan aku nak bace aku tengok bil pengomen.yg dah mengomen!! his hisss....!!

nurul huda said...

da bace da.. bila aku bace aku terkejut yg terkejut amat... aku dgn rakusnya memesage akak ipar ku "kak mai bace yasin yg sampai 3 kali tue sebenarnye mlm nie ke ari ni. org tgk internet (bace blog en.hamka ar) dorang bace lepas maghrib semalam"

lalu dgn rakusnyer (aku agak jer sbb lepas jer aku anta msg tepon aku ditelepon orang) akak ipar aku mencall aku...dengan sore yg lembut hehe.."nurul along ckp bole lagi sampai 15, 16, 17, bla bla bla (aku ader ubah dialong nie sbb tak baper ingat)encik hamka betul kan fakta nie kan..betul kan.. malam 15 sha'aban..yg dijanjikan kalau kita bace 16,17 sha'ban kebaikan yg kita dpt sama lagi dengan 15 sha'ban kan.. (aku arap aper yg aku cuba sampaikan difahami lah..

p/s: terlalu cetek ilmu agama aku

fahada said...

"Nak di bandingkan dengan aku?,.. air 'cuci hidung' mereka lebih mulia dari aku yang hina dina ini…"

huhuhu...

hamba yg melukut di tepi gantang

ustazahrock said...

alahh terlambat pulak...x boleh jadi pengomen pertama. Pasal bacaan yasin tu la setahu saya bacaan surah yasin bukan sahaja dibaca setiap malam jumaat atau malam2 tertentu seperti amalan orang islam masakini (saya la tu)tetapi hendaklah dibaca setiap pagi kerana Allah akan mudahkan segala urusan dari pagi hingga ke malam.

ps : sedih kerana iman lemah tahu kelebihan tapi x mampu nak amal.

abu_harraz said...

nurul huda,
jgn terlalu obses dgn yassin 3x tu..
jgn dikaitkan secara spesifik yassin 3x dengan sunnah...

buat je amalan baik2 pada malam nisfu sya'ban..

InsyaAllah...
(x leh ckp panjang..hamka tak kasik ckp pasal ni)

hucs : surau bandar puteri klang baca skali je...

pergh....sedapnye list makananG kat surau....

ramai orang puasa hari ni terliur kot??hehehe


hucs: jgn berbuka dengan juadah semut.

nurul huda said...

terlalu cetek ilmu agama aku

Hamka said...

greng

Hari jumaat macam ni elok rasanya jika jadi orp pertama ke masjid dan duduk saf pertama.. hawhawhaw...

Ps: pesan kat diri sendiri sebenarnya..

---------
hafiz

biar betul!!! ahaks lol ihik uhuk kekekeke

---------
nurul huda

Baca sajer, tak kira bila bila pun, kecuali jika kau datang haid atau dalam jamban…
He he he, kasar tak bahasa aku?
Jangan ambik hati.. kirim salam kat akak ipar..

-------
fahada

aku pula gantang yang melukut …

----------
ustazahrock

best ler ustazah rock,, yo yo rock kapak!!!

---------
hucs

suka betul engaku dengan makhluk semut ye..
tapi kau tahu apa kesukaan semut selain dari gula?

Jawapan.
MAYAT!!!!

lini said...

"Ya Allah Berilah Hidayat pada mereka yang baca blog aku dan mereka yang tak baca blog aku..Amin!!!"

bro hamka: time kasih kerana mendoakan kami semue....

aku: sedih terlepas peluang nk dpt keberkatan mlm 15 syaa'ban sebab err...

hanisumayyah said...

Alhamdulillah selepas dapat sms suami ingatkan baca Yasin 3X dan 3 doa tu, terus lepas maghrib baca yasin. Semoga semua dari kita ditingkatkan iman yakin kita...

Sepatutnya saudara Hamka awalkan sehari entry ni, sebagai peringatan untuk kawan-kawan...

greng said...

aduh... pok cik kena lagi..
dah! dah! jom ke masjid.. apa khutbah hari ni yek?

Hamka said...

lini

kau terlepas peluang? Datang bulan ke?
Janagn jadi werewolf sudah..he he
Apa2pun, jika kau dah niat tapi tak dpt buat..kau dpt pahal penuh! Insyaallah…

------
hanisumayyah

Oh! Ye ke? Terima kasih, sebab.. tu aku nak ingatkan, kepada mana2 wanita yg dulu masa bulan posa dtang bulan, tapi sampai la ni tak ganti lagi, lebih baik ganti, sebelum aku pulak datng bulan, err maksud aku jadi serigala jadian!!!

Wolf! Wolf! Auuuuuuuuuuuuuuuu!

--------
greng

he he he, tau takpe!!!

orgbaru.. said...

salaam..
huhu.. sronok aku bace blog bro hamka nih.. dh lame sbenarnye bace.. baru hari nih rase nk komen..

sume berebut2 nak jadi pengomen first erh?? ruang pengomen pon best tuk di bace.. sbb dpat gak ilmu besides the jokes.. =)
smoge kite sume di berkati di bulan sya'ban.. dan bulan2 yg seterusnyee.. smpai jadi mayat eh bro hamka? uhuks..

wslm..

Hamka said...

Selamat datang orgbaru..mualaf ke?
banyak nota untuk mualaf.. he he

Asalamualaikum

wahidah said...

assalamualaikum...
salam Nisfu Sya'ban

"Ya Allah Berilah Hidayat pada mereka yang baca blog aku dan mereka yang tak baca blog aku..Amin!!!"

nak tambah skit..."Ya Allah sempurnakan iman para2 pembaca2 blogni dan yg tak bc blog ni sampai ke akhir hayat...Amin!

eh jap2 biar betul hafizbar ni...
"ahaks lol ihik uhuk kekekeke :s "

ps: taniah laa utk bro Hamka sebab nk dpt lg cahaya mata...kirim salam kat isteri tercinta...at least dh ade harta akhirat...( dlm hati bila laa nk dpt harta akhirat ni...ceh nikah pun belum lg)
diri yg belum jadi mayat...tapi akan jd mayat,
ahli kubur wannabe...

takbir!

13may said...

"Ya Allah Berilah Hidayat pada mereka yang baca blog aku dan mereka yang tak baca blog aku..Amin!!!"

13may: Amin!!!

abu_harraz said...

hamka...
semut mana makan mayat..dia tak leh makan la..
dia amik gula dari mayat tu..hehehe..
semut ni on carbo diet..

hucs: main enjit2 semut campur laki pompuan dah baligh tak boleh tau!!!

mkio said...

hmm..semalam nisfu syaaban ye? seb baik aku bace blog nih, tahu gak semalam nisfu syaaban..many thanx..tapi dah terlepass daaa...

Hamka said...

wahidah

Waalaikumusallam

Betul tu, sempurna iman..

Kau nak harta akhirat?, kau kahwin sajer dengan ak…bahaya, bini aku tukar jadi werewolf jugak kan…

Ps; ada hati dan ada jantung!

---------
13may

13may: Amin!!!
13 syaaban: Amin!!!

--------
hucs

he he he, aku selalu ‘pijak smeut tapi tak mati’ bila bercakap isu poligami..oh!

----------
mkio

sebelumjadi mayat, masih belum terlepass daaa...

greng said...

Alaa.. cikgu Hamka..
asik greng jer yang kena... hehehe takpe.. taat pada cikgu.

greng masuk kelas awal sebab nak bagi semangat kat cikgu yang perasan sibuk tue..

Soalan: kenapa cikgu bagi lambat bagi kuliah ni? Lari syllibus nih.. hawhawhaw.. Kalau boleh lain kali bagitahu ler awal-awal...
Rugi rasanya...

BTW Tahniah dapat cahayamata. Dah bagi nama?

wahidah said...

Assalamualaikum...

Uish bahaya tue bro Hamka!!!

apa2 pun doakan laa kita agar dapat harta akhirat tu sebelum jd mayat...huhu...tp yg pasti kene nikah dulu kan...haa doakan laa agar kita dapat suami yg boleh guide kita dunia dan akhirat...keluarga dh bising ...padahal takdelaa tua sgt ...br je 23
tp mmgkan...perkara yg baik perlu diawalkan bg seorg abah ialah menikahkan anak perempuannya...tp yg pasti...dgn sapa?

ps:bc story pasal Hamka n family...mcm best jer

ahli kubur wannabe...

takbir!

Kayzem said...

uhuk uhuk nek bug (ejaan moden tuu ;))lame dok makang..

yat kecik said...

Aku dapat info ini dari islamonline.net

selamat membaca = )

Soalannya adalah:Are there any specific days in the month of Sha`ban in which fasting is commendable?

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise is due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Brother, thanks a lot for such an important question. May Allah Almighty bless you and we pray to have all our efforts rendered for the sake of Allah.

No doubt that Muslims are urged to strive hard in getting close to Allah with all forms of acts of worship; they should take that as a top priority. However, they are instructed that whatever they do, they should not deviate from the teachings and principles set by the noble Prophet, Muhammad (peace and blessings be upon him). He has set for us a shinning model that we should follow in order to keep firm on the right path. Therefore it’s very important for a committed Muslim to make sure that his acts of worship have basis both in the Qur’an and the Sunnah of the Prophet (peace and blessings be upon him).

In this regard, the prominent Muslim scholar Sheikh Yusuf Al- Qaradawi states:

The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) was keen on fasting in the month of Sha`ban more than he was in other months. `A'ishah (may Allah be pleased with her) reported that the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) never fasted for a whole month except in Ramadan. This refutes what some people do; observing fast for three consecutive months: Rajab, Sha`ban and Ramadan, followed by six days of Shawwal . That is, they start fasting at the beginning of Rajab until the seventh of Shawwal, leaving nothing but the Day of `Eidul-Fitr. Neither the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) nor his Companions or even their successors were reported to have done so.

The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) used to fast some days of every month. `A'ishah (may Allah be pleased with her) said that the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) sometimes would observe fasting continuously, to the extent that his Companions thought he would never break fast, and in other times he would refrain from fasting to the extent that they thought he would never fast again.

The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) usually observed fasting on Mondays and Thursdays and three days of each month (the 13th , 14th and 15th). He sometimes used to fast every alternate day, following the pattern of Prophet Dawud (peace be upon him). He even made this clear: “The best way of fasting in Allah’s sight is that of Dawud, who used to observe fasting every alternate day.”

The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) used to observe fasting in Sha`ban more than he did in other months. This was a kind of self-preparation for the coming of Ramadan; that is, to act as some sort of girding oneself for Ramadan. But there are no textual evidence that there are specific days in Sha`ban in which fasting is commendable. It is, by and large, impermissible for one to prefer certain days to observe voluntary fasting or certain nights to perform Night Prayers, lacking any juristic basis for that action. Religious acts are not left for man’s whims. Rather, they are subject to Divine legislation. Thus, specifying certain times and places for worship and the description of different acts of worship are the matters of the Divine, not that of human.




Related Questions


- Specifying the 15th of Sha`ban with some Acts of Worship

- Fasting in the Second Half of Sha`ban

- Fasting the Last Five Days of Sha`ban

- Can I Keep Fasting in Rajab and Sha`ban Till Ramadan?





Allah Almighty knows best.

seifu said...

اللهم بارك لنا فى شعبان وبلغنا رمضان

semoga kita semua diberi peluang sekali lg utk berada di bulan yg mulia penuh barakah.

besok pelajar baru sampai.ramai lak tu.thn ni rasanya dak2 m'sia dh tk dpt bukak puasa free kat restoran kot sbb dh ramai sgt.huhu.tp rezeki di tgn Allah...

p/s: hati2 ngan juadah berbuka anda.takut ada semut.

nurul huda said...

encik hamka aku tk sampaikan salam ko kat kakar ipar aku..sbb aku dah pikir kan akibatnya klau aku sampaikan biar aku citer kan apa yg mungkin bakal terjadi bila aku sampaikan salam ko tue
-------
pada suatu petang

aku: kak mai ..hamka kim salam.

kak mai: siapa hamka?

aku: alah orang terengganu! pale
botak.. (org cko pale botak
bijak pandai) bulu skit tapi
dr kalangan adik beradik
beliau, dia yg paling
membanggakan.
kak mai: ko jgn nurul!! ko jgn !!!
cukup nurul!! cukup!! jgn
ko nak bersandiwara lagi!
cukup!!!
aku:kalau itulah kak mai katakan!!
baik!! baikkk!!! orag diam kak
mai...orang diam!!
-----------
en.hamka paam tak "metafora" (aku sgt beminat ngan ayat ni sejak kali pertama aku membacenyer dr seorg pengomen yg mengomen) drp cerita ini!! hahahaha kalau tak paam rujuk aku...hahahaha

p/s:krn nila setitik habis susu sebelangga (nampk berpendidikan tak aku)

nurul huda said...

pembetulan:

p/s: kerana nila setitik rosak susu sebelangga. (nampak berpendidikan tak aku)

Hamka said...

greng

Belum dpt cahaya mata lagi, doctor cakap hari selasa ini jika tak ada tanda nak beranak kena ‘paksa’, makan ubat apa ntah.., aku tunggu, sedang Allah telah buat keputusan

-----------
wahidah
Waalaikukumusallam

enko kahwin baru kau tau apa itu best!!!!

Tahlil!!!

---------
Kayzem

Neg bug memang sedak, tapi aku kalu nok buka kena ada akok, akok kedut..akok dok keduk dak sedak!!!

--------
yat kecik

terima kasih…

----------
seifu

eh, kau pun suka semut…
alu suka hero semut: masked rider black

henshinn!!!!

----------
nurul huda

Sekali lagi aku tergelak membaca komen engkau yang kelakar..keluar air mata kiriku…
Eh, emaillah aku bagi tahu alamat blog engko dan kak mai..
Aku rasa kau ni kelakar orangnya..

Ps: Apakah "metafora" yang kau maksudkan tu?

ps2: mata kiriku bergerak gerak..

ps3: aku tak beli lagi game ni..

blackpurple said...

Aku doakan kau terus hidup, panjang umur, dan diberi kekuatan untuk terus berblog....

Blog kau ni satu dakwah yang hidup....berkesan... jujur...

amethyst said...

selalu orang asyik duk doa panjang umur murah rezeki dan ditetapkan iman je kan... masa harijadi pun orang doa lebih kurang gitu gak... tahun ni baru aku belajar dari member2 yang lebih berilmu, katanya lebih baik doakan umur dan rezeki diberkati dan ditingkatkan iman(macam yang bro hamka tulis tu).. watpe umur panjang dan rezeki melimpah ruah kalau tak berkat kan, dan kalau iman duk takat tu ja... so start tahun ni memang aku doa seperti yang bro hamka tulis tu... hehe.. moga2 doa ku dimakbulkan... aku doakan yang sama juga kepada kalian2... =)

hafizbar said...

``blog is blog"

tak gitu hamka? hehehe sudah berapa banyak kali la ko kene terang. sian kat hamka, sudah berbuih mulut

---
hafizbar

Hamka said...

blackpurple / amethyst

terima kasih kawan kawan, yg sudi mendoakan hamba yang hina ini..
terima aksih black..

--------
hafiz

``blog is blog"

he he, nampaknya aku kena tulis khas pasal blog is blog…

abu_harraz said...

blog is not ONLY blog.
It will not be ONLY blog.
It will never be ONLY blog...

Sebab...Allah bagi kelebihan kat situ...
Allah bagi 'followers' kat situ..
Jadi, walaupun tidak dipinta orang baca..tapi since orang dah baca...tetap jadi tanggungjawab...

Allah tak jadikan sesuatu itu sia2..
Jadi jauhkanlah benda yang sia2..
Sia2 je kalau blog is blog....
Sia2 je kalau blog is ONLY blog...
Tapi mungkin tak sia2 kalau hamka cuba nak tulis post blog is blog, supaya aku boleh paham pandangan sdr hamka...
amacam?
sett??


hucs : semut is semut. semut will never be other than semut..

Hamka said...

apa yag anda cakap tu ada benarnya..

blog is blog akan aku tulis, boleh tegur kalau silap, tapi aku akan tulis bukan untuk waktu terdekat ini...insyaallah dlm bulan puasa, takut nak berjanji, takut tak tertunai...oh!

ps: nak tulis tanpa setan di sisi he he he

hafizbar said...

HEHEHEHE.... peribahasa memberitahu ``usah memberi bunga pada kera"

(tiada kaitan ngan sape2. hanyalah general comment)

---
hafizbar

Anonymous said...

Begitulah adanya betapa sukar menjadi 'hamba' Allah dan mendukung kalimat Laa Illa Ha Illalah..

Hamka said...

10 online user?

he he he, aku sedang tulis post baru, sebelum zohor, aku post, insyaAllah

silalah update..

zwitterion said...

aku tunggu entry baru

Hamka said...

terima kasih kerna menunggu, aku ingat sempat post sebelum zuhor., tapi tak sempat, lepas solat aku post!

terima kasih!

Anonymous said...

hmm,first time aku jumpa 'blog' yg agak pelik mcm Kereta Mayat nie,sambil2 duk search google pasal mayat..terjumpa pulak blog Kereta Mayat

Hamka said...

Selamat datang ke dunia gelap, selamat naik kereta mayat

Anonymous said...

salam hamka,

nak tegur pasal sahabat masuk syurga merangkak

ulama' kata hadis tu dhaif jiddan (sungguh)

men'down'grade para sahabt yang aula' dan memberikan impresi negatif terhadap orang islam yang berharta

wallahua'lam

=)

Hamka said...

hadith daif itu lebih baik dari pendapat ulamak...