(Apakah HAK korang?)-untuk mereka yang nak bunuh diri...
Pada tahun 1977, Jabatan Kerja Raya telah menerima arahan rasmi untuk melukis pelan lebuhraya dari sempadan Malaysia-Thai (Bukit Kayu Hitam) ke Tambak johor, Dan pada tahun yang sama pada tarikh hari ni, di Terengganu …, telah lahirnya seorang aku yang bernama Hamka, ..he he he..(tak kena mengenapun..)
Bershukur pada Allah kerana masih di panjangkan umurku, suatu hari kelak, memang confirm aku akan jadi mayat, dan mungkin keluar berita: 'pemandu kereta mayat menjadi mayat'.. oh..,
Namun pada hari dan tika ini, iaitu pada 9, hb lapan ini, masih ada yang ramai antara kita yang ingin sangat nak menjadi mayat, maksud aku membunuh diri..oh…isk..isk..
Oleh yang demikian, Entry ni di tulis berikutan masih berlaku kekeliruan berkenaan post: “Apa itu takdir?” yang telah di tulis sebelum ini, maka aku menyambung sedikit lagi pasal takdir, dan aku tujukan entry khas ini kepada mereka yang nak bunuh diri, itupun jika mereka sudi..isk..
Wahai jiwa yang sedang bersedih, biarlah Aku terangkan apa itu takdir, .. tapi ‘bukan dengan kata kata biasa’..he he he(pinjam kata-kata Hang tuah kepada Tun Teja ketika nak menerangkan erti kasih sayang, he he he)
Satu cerita …
Satu orang janda beranak satu begitu teringin sangat nak beli kereta, hari hari bayangkan kehidupan yang lebih sempurna bila berkereta kelak, setelah lama bekerja akhirnya dengan izin Allah, dapat beli kereta, hari pertama nak parking kereta depan rumah sambil mengundur… terlanggar anak tunggalnya, dan anaknya menjadi mayat di tempat kejadian.. semenjak hari itu apabila melihat kereta yang sama jenis dengan ‘pembunuh’anaknya, maka dia akan meraung-raung!!! Pada suatu malam, kelihatan dia sedang mengikat sesuatu kat ekzos keretanya…
Dua Cerita
Satu orang aweks bercinta dengan satu orang balaks, dah lama bercinta akhirnya bersetubuh.. eh silap, berzina dan mengandung.. tapi balaksnya pulak tak nak mengaku itu anak dia, dan mintak putus sebab dah dapat aweks lain yang masih dara…
Maka menangislah aweks yang telah berzina dan mengandung itu bila terkenangkan balaks sezinaanya..oh.. maka si aweks ni telah pergi beli pil tidur…
Tiga cerita
Suami dia buat hal, nak kahwin lain, isteri tak bagi, bergaduh, akhiranya bercerai, oleh kerana suaminya orang berpengaruh, maka hak penjagaan anak dapat kat suami, malahan si isteri tak akan dapat mendekati anak kerana ada surat yang di sahkan bahawa dia gila, (surat palsu-suami dia punya kerja la ni) akhirnya dia jadi gila betul dan menangis sambil pegang pisau untuk…
Empat cerita…
Beliau mendapat tawaran kerja baru bergaji lumayan, kerja kat tempat lamanya dah ok, setelah berlagak dengan kawan-kawan,beliau berhenti kerja.. tapi rupanya beliau di tipu, syarikat tu tak pernah wujudpun… lalu nak terjun dari bangunan..
Lima cerita
Berhutang dengan Along., tak dapat bayar, along potong jari, dalam kesedihan tangan yang tak cukup jari, masih sempat menyalakan sebatang rokok… eh, terpandang pulak racun tikus..
Enam cerita
Yakin dapat buat sesuatu perkara, tak kiralah, nak kahwin anak raja ke, beli satria neo ke, nak bisness ke, apalah2, lalu bercerita dengan penuh yakin pada semua orang, kawan, wartawan dan dunia!!!, akhirnya tak jadi.. malu! sangat malu, sengguh memalukan, malu yang amat besar, kemaluan yang dahsyat!!! lalu mencari tali dan kerusi…
Tujuh cerita..
Harap pada makluk..
Harap insurance dapat cover ‘kesedihan’ kononnya..
Sebagai guru besar, aku berharap, cikgu2 lain patut hormat aku..
(siapa peduli kau punya besar?)
Aku org tua, aku berharap org muda patut memuliakan aku…
(pergi mampuslah tua kutuk!)
Aku berharap semua anak aku selalu-selalu balik jengah aku, dulu aku yg susah payah besarkan dia…
(anak engko sibuklah,!leceh betul)
Aku harap kau dapat tolong aku , sebab dulu aku dah tolong kau,
(pergi mampos kau punya tolong!)
Aku harap kau dapat komen kat blog aku sebab aku dah banyak komen kat blog engko!
(ha ha ha !)
Saya amat berharap, suami saya tidak menduakan saya
(No komen)
Saya berharap, Sekurang2nya mereka berterima kasih dengan saya
(boleh blah!)
Hari ni harijadi saya, harap semua orang bagi hadiah..Saya patut dpt itu!!!
(HE HE HE!!!-)
Dan akhirnya, …tentang semua harapan,
Akhirnya makhluk tidak dapat memenuhi harapan,
Akhirnya makhluk tidak akan memenuhi harapan,
Akhirnya makhluk memang langsung tidak boleh memenuhi harapan,
Memang tiada satu maklukpun yang dapat memenuhi harapan manusia..
Hanya Tuhan tempat mengharap!
Semakin tinggi mengharap pada makluk, maka semakin tinggilah akan kadar pecutan dan kejatuhan sebuah harapan bila ianya di kecewakan oleh makluk, ..maka pecah berkecailah hancur retak seribu ia kerana jatuh dari puncak harapan yang tinggi, (menaruh harapan)
Dan yang lebih dahsyat sehingga sanggup membunuh diri adalah kerana tidak berharap kepada Allah !!!.
------------------------
Maka…
Sebelum korang minum racun tikus, atau,
Sebelum korang menolak kerusi di kakimu sedangkan tali melingkar tengkuk, atau,
Sebelum korang terjun dari tempat yang lebih tinggi dari paras laut, atau,
Sebelum korang lukakan pergelangan tangan, atau,
Sebelum korang tutup cermin tingkap kereta yang mana ada getah paip dari ekzos , atau,
Sebelum korang tikam pisau di dada, atau,
Sebelum korang gigit cable Life(merah) dan cable neutral(hitam), atau,
Sebelum korang tarik picu pistol, atau,
Mungkin, sebelum korang nyalakan sebatang rokok,
Maka, kepada mereka yang nak bunuh diri, jika aku bagi sekarung nasihatpun , rasanya dah tak berguna lagi, korang pun malas nak dengar, apatah lagi aku tidaklah selayak ustaz untuk berceramah, maka, sebelum korang menjadi mayat dengan perantaraan membunuh diri, biarlah aku hilangkan sedikit kesedihan dan kesengsaraan korang dengan menyampaikan sebuah lagu yang aku edit khas untuk korang yang sedang pilu berendam air mata mengenangkan nasib masa depan, yang sedang sedih dengan masa lepas dan yang sedang kecewa dengan hari ini,
Dan sempena hari jadi aku yang menandakan aku sudah makin tua kerepok,.
Terimalah hadiah dari aku berbentuk sebuah lagu, yang bertajuk:
SURATAN BUKAN KEBETULAN...
(terimalah keterangan tentang takdir, tapi ‘bukan dengan kata-kata biasa’)
Bayankan suasana di tepi pantai dan kedengaran intro lagu suratan atau kebetulan dendanan, Kenny, Remy Martin
Lalu aku pun menyanyi..
---------------------
SESUATU YANG TAK DI SANGKA
(sungguh ku tak sangka, cempedak jadi nangka..)
SERINGKALI MENDATANGI KITA
(macam seorang lembu berkata kepada seorang sapi, gua punya susu, lu dapat nama)
ITU LAH SURATAN DALAM KEHIDUPAN
(Buat lembu , sapi, tenuk, tapir atau manusia manusiawi semua! itulah takdir..)
BUKAN SEKADAR SATU KEBETULAN!!!
(Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", maka yakin dia pada Allah SWT telah rosak.)
...............
KITA ASYIK MEBICARAKAN
(Banyak orang masuk neraka kerana lidahnya..oh..)
PERSOALAN HIDUP DAN PILIHAN
(Nak kahwin dengan orang tu, nak anak lelaki, nak kerja gaji besar, nak umur panjang bla bla bla bla blah!!)
SEDANG KEJUJURAN SEMAKIN BERKURANG
(Ummat hari ini sedang ramai yang tiada sangka baik dengan Allah lagi…oh..aku pun, isk..isk)
WALAU SUDAH BERTEMU JAWAPAN
(bukankah semuanya sudah di takdirkan? Kenapa mesti bersedih dan bunuh diri?)
....................
WALAU KITA DI HADAPKAN
(peluang itu dan ini)
DENGAN BERBAGAI PILIHAN
(Tawaran itu dan ini)
APA YANG PASTI TERJADI
(Janganlah bersedih, Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini...")
AMAT SANGAT MENEPATI
(Janganlah menangis, Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini...")
.....
TIDAK PERLU DITAKUTKAN
(apa yang mendatangi kita, itu yang terbaik)
MENGHADAPI MASA DEPAN
(Jika semua penjahat dan pengganas atau tentera israel berkumpul nak bunuh korang, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…)
SEMUA TELAH DI PUTUS
(dan jika semua doctor, bomoh, pawang, dukun, tok batin dan ahli farmasi berkumpul untuk bagi nyawa korang panjang, mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa2 kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah takdir)
SEBUAH KEHIDUPAN YANG TULUS
(Apa yang di datangi Allah kepada korang adalah yang terbaik dan amat sesuai untuk meningkatkan iman korang dan aku))
...............
PERTEMUAN SEKALI INI
(Aku dapat menge’post’ entry ini dan korang macam tergerak hati untuk membaca adalah bukan kerana kebetulan korang boring ke apa , tetapi adalah kehendak Allah SWT, kerana Allah SWT telah buat keputusan untuk korang ‘naik’ kereta mayat ini, bukan kebetulan korang search… ustazah bersetubuh contohnya..,)
Nota: ramai pengunjung yang datang or ter-datang ke blog aku dengan search phrases : ustazah bersetubuh..ha ha ha!, selamat datang!!!
BAGI DIRIKU AMAT BERERTI
(kesedihan bukanlah kesedihan, jika di akhirnya kesenangan…)
TAK PERLU KAU BIMBANG UNTUK MENYATAKAN
(Tiada kebimbangan untuk perkara dunia, kebimbangan hanya untuk perkara akhirat)
BIMBANGKAN KEBETULAN, KESILAPAN ….
Sementara ahli muzik, doctor, atau lawyer bermain instrument muzik lain secara solo...
Apa kata kita dengar sedikit tazkiras ringkas yang mengisi video muzik ini..
(bayangkan seorang lelaki gemok dengan dahi yang jendol dan gigi yang 'jo' , he he aku ler tu, tapi aku tetap bershukur kerana walaupun wajahku tak hensem, tapi aweks(bini) dan anak anakku semuanya cun!!!)
Maka lelaki gemok itu berkata:
Dalam dunia ini, ada 4 perkara yang kita rasa HAK kita, tapi bukan HAK kita, nampak macam HAK kita, tapi HAK orang lain, walaupun pada hakikatnya HAK kita, tapi sebenarnya hanya pinjaman dari yang MAHA HAK, namun bukan semunya di pulangkan kepada yang berHAK tapi ada HAK lain yang lebih berHAK rupanya.. HAK tu yang patut dapat HAK ni, sebab tu HAk depa semua..bla bla bla bla (pening kepala aku..)
Arghh.. senang macam ginilah, sesudah di ‘pecah-kecilkan’ ..
Sesungguhnya Allah telah bagi kita 4 perkara, yang mana
Kita sangka HAK kita tapi hakikatnya bukan hak kita...
-HARTA-Hak waris bila kita menjadi mayat.
-JASAD-Hak ulat bila kita menjadi mayat.
-AMAL BAIK-Hak org yang kita khianati,sakiti, kalau kita takde amal maka
dosa dia jadi hak kiter...nauzubillah...
-.NYAWA-Hak Allah. Dia berhak ambil balik bila2 masa, dan Allah cukup
marah org yang bunuh dirinya sendiri kerana nyawa adalah Hak Allah
nyawa ADALAH hak ALLAH!!!
Ok, sambung balik korus..
C/O
WALAU KITA DI HADAPKAN
DENGAN BERBAGAI PILIHAN
APA YANG PASTI TERJADI
AMAT SANGAT MENEPATI
(Semua orang akan menjadi Mayat. Kalau korang kaya korang akan menjadi Mayat orang Kaya, Kalau korang miskin korang akan menjadi mayat orang miskin. Ops.., ,Ok, lah kepada yang kaya, aku bagi kubur conner lot…)
TIDAK PERLU DITAKUTKAN
MENGHADAPI MASA DEPAN
SEMUA TELAH DI PUTUS
SEBUAH KEHIDUPAN YANG TULUS
(Kalau korang hensem korang akan menjadi mayat orang hemsem.
Kalau korang bunuh diri, korang akan menjadi mayat yang cukup menyedihkan..isk.)
PERTEMUAN SEKALI INI
BAGI DIRIKU AMAT BERERTI
TAK PERLU KAU BIMBANG UNTUK MENYATAKAN
BIMBANGKAN KEBETULAN, KESILAPAN
(istilah "kebetulan" ni tidak pernah wujud kerana tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta berlaku secara kebetulan tetapi semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT, Allah wujudkan semua keadaan, suasana, ketenangan, kedamaian, suka duka, tangis ria, untung rugi, cacat sempurna, miskin kaya, comel hodoh,, gagal berjaya, dan apa sahaja yang berlaku, telah berlaku, sedang berlaku, akan berlaku, semuanya dalam aturan Allah.., tiak ada satu zarah kekuatan dunia dapat menahan keputusan Allah, keputusan Allah adalah yang terbaik-berbaik sangkalah!!!)
---------
* (Ulang korus sampai hari raya ke dua)- (tak lawak)
Kata Tun Teja: wah, bukan saja pendekar pandai bermain senjata, tapi pandai juga bertikam lidah…
Ps: Korang janganlah bunuh diri hari ni sebab err.. hari ni hari jadi aku,(tak kena mengena langsung) tapi jika kaorang masih nak bunuh diri, maka aku cuma dapat cakap, ramai orang dalam neraka cuba untuk membunuh diri dengan harapan dapat menjadi mayat…, tapi mereka tetap hidup menderita buat selama-lamanya ‘forever in time’ maknanya, tiada maknanya!!!!!!
( Selamat hari jadi!!!!)
46 comments:
"bro pening kepala mkn burger ikan dan susu? (jgn gelak) tu maknanya Allah suruh bro boycott burger mcD"
ini komen yg aku amik dr mana2 tah dan aku fwd kan ke ruang komen ni. hehehe ana sudah jadi mat fwd.
tapi ana nak tanya diri ana sendiri, bila masa ana bertemu Allah swt dan dapatkan wahyu drp Dia utk ana sebar2 kan pada orang lain?
sekian terima kasih
---
hafizbar
Hafiz
sungguh dalam...
---------
P
terima kasih
somoga panjang umo.. bro hamka.. aku quote ko nyer ayat ye... paste kat blog aku... minta halal.. ehhehehe
aku post pakai firefox, bila aku check kat opis pakai IE, huh..teruknya, aku kena update balik..
linalnilza, aku halalkan...
cuba saudara pergi ke
http://sengetians.7.forumer.com/index.php
di mana gadis-gadis yang mendakwa diri lesbian berforum, orang melayu kita, berugama islam, kebanyakannya berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi, layarilah. ada di antara mereka punya blog masing-masing, dan tidak malu-malu menceritakan kehidupan seks mereka.
hamka,
moga kau dan keluarga sihat sejahtera hendaknya selalu..agar keretamayat sentiasa bergerak mengangkut mayat2 hidup yg berkeliaran tanpa arah di muka bumi ini...
hafiz,
sy pun bertanya soalan yg sama...bila agaknya sy boleh bertemu Allah?
hamka,
selamat hari 'jadi'..
betulkah telah ter'jadi'? ;)
Salaam semua,
Alhamdulillah, satu lagi entry yg menarik tertarik Hamka mmg the bom. hee.. jgn marah. Selamat hari Lahir Bro!!! Dh tambah lagi stahun. :> moga2 setiap detik kita semua dirahmati, diberkati olehNya. terima kasih ngan comment bro for last entry. :>
Bila kita sentiasa beringat akan seksa neraka dan azab kubur, InsyaAllah kita akan lebih baik di dunia. Terkesan di hati sya bila selalu baca dn mengingati mati dn azab. Mmg amat pedih. Tak terdaya nk menahan. Mmg tak terdaya. Tp sayang, antara 5 waktu, 1 waktu jer btul2 leh nangis. Mana cukup air mata sya nk thn bahang api neraka??? tak cukup!!!
Dgn izin Allah, ketemu sya ngan Bro Hamka dlm alam maya(vitual) nih. Dgn izin Allah, terkesan hati sya ngan kata2 Bro Hamka. Terima kasih bro, terima kasih. Allah Maha Besar!!
Wassalam
Selamat Hari lahir. Semoga keretamayat bergerak dan terus bergerak dengan ilmu yang manafaat.
salam enchekk hamka....
sy setuju dgn ustazah rock sbb die je ucap "Selamat Hari Lahir". hari lahir sbenarnya lebih tepat...bukan hari jadi. kita tau ka bila kita di'jadi'kan? 9 bulan 10 ari (ikut standard la) dh lama lepas dah. haa...tu la ari jadi enchekk hamka sbenarnya...
lebih tepat sbenarnya bukan ulang tahun kelahiran yg disambut...tp kurang tahun-jadi-mayat sbenarnya...
ps: berapa ramai yg lbih takut smbut hari kelahiran daripada bgelak ketawa sambil tiup lilin??? (dohh...dejavu ini berulang setiap tahun...tmasuk aku! ~oh lalainya aku!!!)
Anonymous
Aku malu nak pergi..oh..
tapi baik kau pergi sini..
satu berita aku dapat dari seberang, blogku telah di alih bahasa ke dalam bahasa Indonesia.., selamat naik keretamayat ya, orang seberang, Bapak hamka Malaysia tumpang lalu…
Rujuk: sambaljeroek.multiply.com
---------
maniss
he he he, macam filem zombie rasanya..
--------
fahada
apakah akan terjadi?’
dirimu aku miliki?
Berilah tanda kepastianmu..
------------
iabdulr
Salaam …
semuanya dari Allah, Cuma bila bercerita hati hati kerana takut timbul riak, ini soal hati…
------------
ustazah rock
terima kasih kerana bagi hadiah yang sangat berguna di waktu pagi!!!
-------------
Dejavu
Selamat menaymbut kurang tahun-jadi-mayat sbenarnya...
He he he,
Lagi setahun aku akn sebaya dengan superman, atua dengan ahli shurga, aku tak sabar nak terbang..
Up..up!
Salaam Bro,
Tahniah. Semua dr Allah. :> dh g dh website tuh. :> Alahmdulillah. Usaha yg tidak sia2. :> gembira baca.
teruskan usaha Bro Hamka. dn terima kasih ingat kan saya :>
Oh Encik Hamka,
Semalam hari jadi nko rupanya..
Aku mengambil kesempatan nie untuk mengucapkan
"SELAMAT HARI JADI"
Sudah suratan nko terjadi pada hari nie...
best la bro hamka nihhhh...
sy byk amik ikhtibar...
tp masih blom sempurna lg sy nihhh
mohon laluuuu
=)
salam..
selamat dunia dan akhirat..
berkat usaha untuk ummat..
moga diberi syafaat..
moga dikurnia rahmat..
-amin
nas
selamat hari lahir..
moga Allah SWT beri kekuatan untuk teruskan usaha ilmu, iman dan amal.. amin
Salam perkenalan & salam tingkat usia...
bila genap setiap hari kelahiran, maka makin hampirlah hari pengakhiran utk setiap empunya nyawa...
Blog kamu sgt bagus untuk makanan iman, lagi best kalau dpt dengar dari telinga sendiri setiap butir penulisan kamu hamka... insyaAllah mungkin satu hari nanti dpt ketemu kamu... atau mungkin dulu kita pernah bertemu di alam roh (sebelum dituip ke perut ibu) yang mana kita sama-sama menyatakan Allah adalah Rab kita...
soryy, panjang plak salam perkenalan.. hehe..
selamat berjuang, doakan sama aku, aku semakin sejuk, aku teringin panas balik seperti dulu berjumpa manusia untuk tingkatkan iman aku...
wassalam.
salam akhi..
alhamdulillah..akhi dah melangkau ke umur yg baru dan mengira detik2 yang tinggal sebagai bakal mayat..
hope aan dapat modify diri n person di sekitar utk muhasabah diri sebagai bakal mayat..yg success..insya-Allah..support aan yer..syukran akhi..doa2 agar Allah panjangkn umur akhi so that byk input n pengisian yg bleh kami dpt untuk dekat dgn Allah melalui akhi..
lama dah tak naik keretamayat nie...
rindu pon ader... hahaha...
slamat hari lahir kat ko...
assalamualaikum. baru datang ni
eh..ada gak org lawo or hensem yg meninggal dlm keadaan menyedihkan..maybe kemalangan, or paling menakutkan dia hensem tapi tak beriman maka mati dlm kutukan. na'uzubilla.
Selamat Hari Lahir. jadi 9 bulan sebelum tu, itupun kalau cukup bulan.
he he.
iabdulr
Salaam
Bukan aku yang buat, orang seberang yang buat..
Kata dia: Aku mintak izin untuk menempatkannya dalam blogku di multiply. biar lebih banyak lagi umat yang faham dengan ugama nih. Namun pulak kerana aku berbahasa Indonesia kiranya aku sesuaikan sikit dengan bahasa Indonesia. Jazakallah khairan katsiira. silahkan dilihat di sambaljeroek.multiply.com (aku kuatir engkau tak berkenan, kalu pun demikian tolong bagi tahu)
(terima kasih ya orang seberang, bapak hamka malaysia ucapkan:)
----------
nabilah
hadiah takde ke?
Mengharap pada makluk..oh
----------
ILynn
Selamat naik kereta mayat…
Aku ni best yang tak boleh di makan..oh.. =)
----------
Nas
-amin
Tau takpe..:)
-----------
ali
terima ksih,Amin ya rabbil alamin..
---------
luzrafikr
aku terima, takpe panjangpun, aku ni,..pembaca orangnya he he he..
Janganlah sejuk terlalu lama… bahaya..
Kerana daun yang layu pada sepohon pokok dikuatiri menjadi kering… dan jatuh
Bila kita jumpa satu hari kelak, berharap kau sedang panas…
-----------
aan
salam
terima kasih atas doa anda, semoga aku dapat lebih lagi dari apa yang kau mintak..
------------
john_sot
aku pun rindu kat engkau.. sibuk belajar, semoga berjaya.
----------
Syikin
Waalaikumusallam. Orang yang baru datang …
Selamat naik kereta mayat..
--------
adadia
Selamatlah kita..
i love u
Zul GTZ..
aku terlupa nak ucapkan terima kasih pada kau kerana mengingatkan aku pada jasa seorang isteri...
maka untuk isteriku, terimalah sebuah syair..(saya yang mengada-ngada)
DeaLova
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu,
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu,
karena langkah merapuh tanpa dirimu,
oh... karena hati telah letih,
Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan...?
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu...
kau seperti udara yg kuhela kau selalu ada...
Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang.
tanpa dirimu...
aku merasa hilang
dan sepi,
dan sepi
dan sepi, dan sepi
Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada
(ulang sampai hari raya ke dua)
Happy birthday...
suatu entry yang berjaya menampar hati duka lara..
=)
first time melayari blog indah ni..memang terasa mcm naik kereta mayat(menyeramkan)gegegge. seram lah sgt. Bila dah biasa masuk..sume urat saraf aku bergegar..mana taknya, asyik ketawa jer.
Anyway..thanks bro, sebab secara tak langsung anda menyedarkan manusia yg alpa..tentang hakikat, suatu hari nanti (tak tau bila..ntah2 kejap lagi)dorg akan jadi mayat.
caiyok..caiyok
Iman adalah mutiara di dalam hati manusia.....
p.s. "Selamat Menyambut Hari Lahir Yang Ke 29". Semoga berbahagia selalu di samping keluarga yang tersayang.
Aku teringat lagi cerita yang USTAZ aku cerita kat aku:
Bila seorang ulama' (lupa nama dia. Aku kan manusia. selalu jadi sahabat mayat tu yang pelupa) diajak berdebat dengan seorang raja atheis berkenaan ketuhanan, tiba2 ulama' tu datang lambat. Raja marah gile dengan muka yang merah padam (ustaz aku kata sebab setan mengalir dalam darah time marah sbbtu muka jadi kaler merah) telah marah ulama' tu dan tanya sebab apa lewat? Naik keta mayat ker datang sini? (Yang ni aku tambah)
Lantas ulama' tu ckp lebih kurangnya, "tadi masa aku nak seberang sungai, tetiber pokok kat sebelah aku tertebang sendiri, pastu dia transform jadi sampan. Pastu aku naik atas dia, dia gerak sendiri tapi dia sesat sebab tak kenal jalan ke mari. Sorila lambat...."
Raja tu pun jawab (lebih kurang begini) "Apehal ngko ni? Mana ada benda boleh jadi sendiri mcmtu kalau takde org buat. Mana ada sampan yang boleh gerak sendiri kalau takde org dayung. Ko ni penipu la. Takyahla debat ngan aku"
Ulama' tu jawab (lebih kurang) "Samalah dengan kehidupan kita ini. Tiada apa yang terjadi secara kebetulan"
Raja tersebut terus masuk Islam...
Kalau salah korang boleh sound aku sebab aku yang sampaikan. Mungkin ustaz aku dh cerita betul dah tapi sebab aku ni banyak khayal time dia ngajar, tu yang jadi tak masuk semua
syaitan akan lalaikan kita dgn berbagai cara tanpa kita sedari.Tanpa kita sedar and merasakan kita dah banyak berkorban utk agama.
assalamualaikum akh hamka..
hari lahir akhi 9 august ker?..
klu gitu, samelah kitaaa tp tahun nye lain..(if x sama, ignore je)
apepon..slmt ari lahir yer..
semakin mantop ye kereta mayat nih..semoga dirahmatiNya selalu..
Anonymous
caiyok..caiyok tu apa?
(Dari bakal mayat yang jahil…)
-----------
lilyputih
Iman tak dapt di tepi pantai..
:)
Amin..ya rabbilalamin…
-----------
Hang jebat…
“PERKENANKANLAH”
Pesan tok guru aku:
Buatlah baik pada manusia, hingga manusia memujimu dan mencintaimu kerana Allah, maka tertutuplah aibmu di akhirat kelak…
-----------
Ustaz Rock ...
aku ada dengar, tapi versi lain sikit, yang mana ustaz tu bawak raja tu tepi sungai dan tunjukkan sampan, lalu cakap sampan ni jadi sendiri.. (lebih kurang cerita gitulah)
tapi versi kau lebih best..he he he
---------------
flimsy user
ic...
----------
hanzalah
betul tu, aku ada tulis dalam 'bagaimana hilangkan bimbang', salah satu dengan menafikan 'hasil' kita.. , kita tak buat apa-apapun, semuanya dari Allah , sunnah Nabi, siang buat usaha sungguh2, malam nafikan depan Allah..oh..aku belajar amal..
-------------------
*_* ...
Waalaikumusallam..
memang tarik lahir aku, 9, 8, 77
semoga kau juga dirahmatiNya selalu..
Zakyah..
tertinggal pulak komen engkau..
aku harap kau bahagia bersama si dia yang tercinta..
aku tgh cuti skarang nie... ader kat m'sia arr nie... aku dah banyak missed posting ko punyer...
masa banayk nie... ape lagi layan arr blog ko (n_n). anyway, you have a good sense of humor... boleh blajar dari ko.. hehe..
yang baik ko belajarlah.. he he he,
yang buruk, boleh kutuk..
mabruk bro hamka...
Kagum dgn kreativiti kau menginterpretasikan lagu KRM itu....Ohhh... Apresiasi seni yg islamik....
Begitulah. Kalau hati sudah gelap, jiwa sudah hitam... bunuh diri jadi jalan penyelesaian.. Nauzubillah...
Salam hari jadi.....Selamat segalanya...
ZulGTZ
Aku da penat delete spam komen…
--------
shahir
selamat naik keretamayat
--------
blackpurple
semuanya dari Allah..
Salam hari jadi.....Selamat segalanya...
Terima kasih
Hamka,
Kalau aku hadiahkan doa
"Semoga kau dicintai di dunia dan di akhirat"
boleh tak??
kau tak berniat utk bukukan blog kau ni ker? aku akan beli...
nabilah
boleh dan terima kasih..
terharunya..
---------
ontahsapo
Bagus cadangan engkau, cukup setahun aku try buat..
---------
Deb
Shukur pada Allah..
(sama-sama)
slamat ari laheeerrr..!!
aku doakan bro hamka n family dirahmati ALLAh selalu..
cyaiyok2..tu gambare2..berusaha2!!
hukhukhuk...
terima kasih kerana doa aku dan famili..
i love u
kalau kau nak mencari mungkin kau boleh upaate komen terkini he he he!
best regards, nice info minnietonka shoes
Post a Comment