(di tulis ketika deman piala dunia sedang berlansung)
Korang bolehlah bayangkan rupa aku sebagai seorang lelaki gemok separuh umur dengan rambut botak depan dan hidung kemik serta mempunya sejemput janggut. Bini aku jatuh cinta pd aku bukan kerana rupa aku.. (semua dari Allah)
Aku bukan datang dari keluarga berbulu, seperti tadi, janggut aku seciput aje...adik aku lagi kelakar, bulu ketiak pun takde, tapi dalam keluarga aku, akulah paling banyak bulu kaki..tapi kalau lelaki normal, akulah paling kurang bulu kaki kot ..oh..
JO!
Walau macamanapun aku ada sepasang mata yg cantik dan AKU
(musuh akupun cakap macam tuh..)
hins..
hins...
“Eh, tadi aku jumpa org rupa dia sebijik macam engkau..”
“Suami saya dulu, sama rupa macam awak..”
“Awak ada iras2, rupa nenek saya ler..”
“Rupa awak macam pelakon terkenal ‘yassin senario’ ler..”
“Betul ni hamka, rupa jiran aku sama 'sejibik' (sebijik) macam engkou..”
he he he..
Aku kata: kalau macam tu, bertuahlah mamat tu, sebab hensem macam aku! ha ha!
Ada org kata: Wah..wah..comelnya Haikal(anak sulung aku) ada iras 2 bapak dia..
aku kata: hihihih..patutlah haikal comel..he he he..
Bebaru ni kakak aku ada lahirkan sorang anak laki2..di tanyanya aku bahagian manakah yg sama atau menghampiri macam ibu bapa dia..
Aku kata: emmmmm, mata ada iras2 macam mak dia, hidung ada iras2 ikut ayah dia, mulut hampir sama macam nenek dia… tapi yg satu ni sama sejibik macam bapak dia punya!!!
Kakak aku tanya: bahagaian mana yg sama sebijik macam bapak dia.?
aku kata: ni.. ha ha ha.!.
sambil tangan aku menunjuk arah kemaluan baby tu.
Oleh kerana kakak aku memahami aku, maka tak kedengaranlah timbul rungutan seperti:
“ehs..apa ni? teruknya..”
“awak ni tak senonoh lah!!!”
“Kotorlah awak nie..”
“jijiknya pemikiran engkau, lucah betul”
he he he…lantak korang ler..oh..aku melalut lagi!!!
Hari ni aku nak cerita pasal RUPA ugama…korang dah lama memeluk ugama islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa ugama islam itu?
Adapun rupa ugama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan..
Rupa ugama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar ugama islam.
Sebelum ini dalam kotak komen pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam?
aku kata:
Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasal malam.
kenapa?
kerana kat situ ada amalan pasar malam;
Apa amalan pasal malam?
Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!!
Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni,
Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!!
Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama…
Pertama
La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni…oh..
RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…”
(Lagu :peristiwa akhir zaman)
Hati bagi kampung/bandar/negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,
“Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang)
“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”
Dah tentu aku jawab :
“aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”
Oh…
Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:
-Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2..
(oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani buat terang-terangan)
-Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan tutup aurat automatik.
(
-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka Allah akan campakkan kegerunan org kapir kepada islam.
(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!)
-Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka orang islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagaimana?)
huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!!
Saidina Umar Ra bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid…jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak…isk..isk…
Maafkan aku kerna membebel macam mak nenek…oh..
Dulu 2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat..jika melewati rumah2 mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan..malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap ajer…tiba tiba:
GOAL!!!!!!!
Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...
ingat pesan Kak Pah:
“carilah ketenangan dalam diri sendiri..
isk..isk..
ADA SUASANA UGAMA IAITU:
-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
-Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?
budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah..
aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!!
(oh..ummat sedang menderita…)
-Cis, lepas tu pulak
wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!
aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler…
-Kemudian,
lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!
aku kata: cis, apa pulak, tahun ni jerman piala dunia sebab main kat jerman!!!
Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?
beliau berkata: pada malam pembukaan
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…!!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…!!!
mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.
AMIN..YA ROBBULALAMIN…