Aug 14, 2021

Bagaimana nak jadikan rumahku syurgaku?


 Awal Islam, Nabi tak boleh duduk dirumah sendiri, kena kepung, kena maki, kena halau, kena baling najis, kena boikot, malahan sampat tahap nak kena bunuh pun ada.

Maka Nabi Move on, cari tempat baru untuk tinggal, tapi nak pergi mana?

Ringkas cerita, berlaku tiga hijrah di zaman Rasulullah saw iaitu:-

1.Hijrah ke Taif.

2.Hijrah ke Habsyah.

3. Hijrah ke Madinah.

Mari kita kaji kesan kesemua Hijrah ini mengikut sejarah.

(1) Apa yang berlaku di Taif bila Nabi berhijrah di sana?

Di Taif rupa rupanya tinggal ramai orang yang suka mengkritik, MERUNGUT, mencaci, membatah, dan semua perangai tak elok dari rakyat sampai ke Pembesar sama sahaja. Mereka kritik Nabi, Mereka bantah, mereka caci, mereka ejek, malahan mereka halau Nabi dengan cara membaling batu sehingga Nabi luka dan berdarah..

Di hujung cerita, Malaikat Bala datang untuk terbalikkan bumi Taif, nasib baik Nabi sempat halang niat malaikat azab menurunkan bala, kalau tak dah tentu bumi taif menjadi padang jarak padang terkukur..

(2) Habis bab hijrah di Taif. Kita pegi pada Hijrah di Habsyah.

Di Habsyah, raja mereka sangat penyabar, rakyat negara itu juga ramai yang SABAR, mereka bagi perlindungan, serta makanan pada orang islam, tapi tidak membantu dalam kerja dakwah agama islam.., walaupun bagus cara layanan Raja Hasyah, tapi tempat tu agama tidak dapat dimajukan.., Nabi Muhammad SAW pun tak berhijrah ke sana walaupun tawaran Raja Habsyah menarik. Tiada apa apa bencana menimpa Habsyah, Alhamdulillah.

(3) Okey, last, kisah Nabi berhijrah ke Madinah,

Semua tahu bahawa hijrah ini telah mendapat bantuan serentak dari majoroti penduduk madinah, mereka bukan setakat bagi perlindungan dan makanan, tapi Mereka sangat berSYUKUR terima Nabi, dan layan Nabi dengan sangat baik. Nabi tinggal di sana sampai hujung nyawa. Madinah telah dimuliakan, Ibadat di sana dilipat ganda, kurma di sana sangat subur, ekonomi di sana maju sampai sekarang,

Dari Ketiga tiga lokasi ini, apa yang boleh kita belajar?

(1)Rumahku ke Nerakaku, bila kita dan ahli keluarga kita selalu mengkriktik, mengeluh macam penduduk Taif.

(2)Rumahku biasa biasa, bila kita dan ahli keluarga kita selalu bersabar macam penduduk Habsyah.

(3)Rumahku ke Syurgaku, bila kita dan ahli keluarga kita selalu bersyukur macam penduduk Madinah.

Alhamdulillah.

Maka kesimpulannya, ajarlah ahli keluarga kita untuk tidak selalu mengeluh atau mengkritik, kerana itu perbuatan penduduk Taif yang terdedah pada azab Allah,

Ajarlah ahli keluarga untuk bersyukur dengan semua nikmat dan bersabar dengan semua ujian.

Lebih tinggi, tiru penduduk Madinah, yang ujian bukan setakat mereka hadapi dengan sabar, tapi berterusan bersyukur walau di uji kerana setiap ujian akan menaikkan darjat kita di syurga kelak, nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Bayangkan?

Bangun pagi, asyik dengar orang merungut-merungut-merungut, kita pun jadi stress.

Atau..

Bangun pagi, terus dengan orang bersabar ke sini, bersabar ke sana, Alhamdulillah, aman damai.

Atau..

Bangun pagi, semua bersyukur tak henti henti, alangkah nikmatnya hidup!

Akhirnya, akan muncul tiga Abu dari rumah kita..

Abu mana pulak?

Alkisahnya..

Dari Rumah suasana Taif, akan muncul anak anak berperangai macam Abu Lahab ahli neraka!

Dari Rumah suasana Habyah, akan muncul anak anak berperangai macam Abu Talib yang penyabar.

Dari Rumah suasana Madinah, akan muncul anak anak berperangai macam Abu Bakar Ahli Syurga!

Last sekali..

Beruntunglah Bapak mertua yang dapat menantu Madinah!

Woha!

Ps: Proses menjadikan anak menantu korang sebagai Modal Insan Masrakat Madani sedang berjalan, sila beri kerja sama.

Aug 13, 2021

Menuduh Orang Berzina?

Dulu masa kecik belajar agama, ustaz pesan EMPAT perkara kena tinggalkan terus jika nak selamat di akhirat.

Nasihat tentang 4 perkara itu Nampak simple, tapi jika tak di jaga boleh membawa ke Neraka selamanya.

Apa Nasihat itu?

Okey, bagi yang belum tahu, dalam kita belajar agama, kena ikut 16 nasihat ini:

Apa 4 perkara yang kena tinggalkan terus?!

(1) Jangan Harap Pada Makhluk

(2) Jangan Minta Pada Makhluk

(3) Jangan Membazir

(4) Jangan Ambik barang tanpa izin

4 perkara kena banyakkan

(1) Banyakkan Dakwah

(2) Banyakkan Belajar Agama

(3) Banyakkan Ibadat

(4) Banykkan Khidmat.

4 perkara kena kurangkan

(1) Kurangkan Makan

(2) Kurangkan Tidur

(3) Kurangkan cakap sia sia

(4) Kurangkan amalan dunia

4 perkara jangan Terlibat

(1) Berdebat Mazhab mana paling betul

(2) Berdebat pangkat serta darjat mana paling hebat.

(3) Berdebat Isu Semasa yang sensetif

(4) Mintak derma, Jangan mintak derma!

Okey, saya tak sempat nak cerita semua 16 pesanan itu, (lain kali InsyaAllah) saya Cuma nak focus kepada 4 perkara yang kena tinggalkan terus.

4 perkara yang kena tinggalkan terus!

(1) Jangan Harap Pada Makhluk

(2) Jangan Minta Pada Makhluk

(3) Jangan Membazir

(4) Jangan Ambik barang tanpa izin

Nampak simple, tapi Ustaz cakap, apa apa masalah, jangan Harap pada sesiapun melainkan Allah, walau kita sedang usaha sesuatu, jangan Yakin dengan usaha kita, tapi Yakinlah dengan Allah semata mata.

Contoh Ustaz cakap lepas solat nak makan, jangan harap mak ayah terus, doa minta pada Allah, makanan depan matapun, doa juga kepada Allah, sebab ada orang baru nak suap, ayam lompat sambar rezeki, berputih matalah kita, maka doa minta pada Allah! Jangan harap pada makhluk!

Nampak simple pesanan ini, Rupanya bila dewasa baru Nampak jelas, bahaya Syirik kecil ni bermula apabila kita harap pada selain Allah, dan bagaimana rosaknya hidup jika kita berharap pada makhuk bukan kepada Allah, banyak kes stress, murung, berpunca dari harapan yang pecah, yang mana bila orang kita percaya, musnahkan harapan itu.

Contoh kisah Isteri menderita bila harap pada suami semua benda, tapi suami curang, atau kisah pekerja menderita bila berharap pada majikan naikkan gaji, sekali kilang rugi, atau kisah rakyat menderita bila berharap pada kerajaan bantu semua. Selaki nak mintak KWSP sendiri pun tak dapat, adahai..

Sekali air bah, sekali pantai berubah, tapi Sekali manusia berubah, berkali kalilah harapan manusia lain yang musnah! maka ramailah yang berharap sesama manusia akan menderita, sungguh makhluk tak boleh bagi harapan..

Jadi berhentilah berharap pada makhuk, belajarlah hanya berharap kepada Allah, maka tertutuplah segala pintu Syirik kecil.

Cucuk vaksin boleh, tapi hati harap pada Allah, cucuk vaksin usaha fizikal sahaja, namun jangan lupa usaha atas hati untuk harap hanya kepada Allah!

Nasihat kedua, Jangan Minta Pada Makhluk, merujuk kepada Syirik besar, seperti minta bantuan pada Jin, minta bantuan Sihir, yang mana semua itu bermula dari perangai suka meminta minta tanpa hati ada sandarkan pada Allah, awalnya tak salah minta pada yang ada, macam order makan di kedai, yang mana permintaan yang tak susahkan orang tak ada masalah, tapi bila permintaan yang menyusahkan orang seperti minta rasuah, mintak hak orang, mintak sedekah dengan memaksa, sampai satu tahap mintak pada sihir, maka sampailah kepada pintu dosa besar. Syirik! Nauzubillah. Sungguh Syrik dosa tak terampun di Neraka.

Nasihat ke tiga, Jangan membazir, pesan Nabi, Ambik wudhu jangan membazir, Nampak simple, tapi ada hadis bagitahu membazir adalah saudara Syaitan! Maka menjadi saudara kepada Syaitan bukan nasihat simple. Maka belajarlah tidak membazir umur, membazir harta, membazir waktu, membazir makanan,  kerana Firman Allah, demi masa semua manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman, beramal soleh, berdakwah dengan Hak, dan berdakwah dengan sabar.

Paling membazir, demi kemewahan dunia, kita terlibat hutang Riba, Riba adalah pembaziran masa, harta dan diri sendiri, dan Riba adalah termasuk Dosa besar.

Nasihat ke empat, Jangan ambil barang tanpa izin, pesan ustaz: duduk surau nak ke tandas, Nampak selipar kawan jangan terus ambil sebab tak nak basahkan selipar sendiri, kerana amalan itu, jika kawan terasa hati, maka ianya sama dengan mencuri, merompak, yang mana hukumnya adalah haram! Ambil barang tanpa izin termasuk dosa besar.

Ada hadis bagitahu orang mati syahid semua dosa terampun kecuali Hutang, kenapa Hutang dosa besar? Sebab ambil hak orang tanpa izin.

Maka apa apa sahaja berkenaan hak orang, jangan kita ambil, mengumpat, menfitnah, menuduh orang berzina, membunuh, makan harta anak yatim, hutang riba, lari dari perang, semua itu dosa besar kerana kita telah ambil “hak” orang tanpa izinnya.

Jadi bila rujuk balik Hadis dalam Islam berkenaan tujuh dosa besar, semuanya berkaitan dengan empat pesanan ustaz waktu saya kecik dahulu, (1) Jangan minta pada makhuk, (2) jangan harap pada makhluk, (3) jangan membazir, dan (4) jangan ambik hak orang tanpa izin.

Rupanya 4 perkara yang ustaz pesan tinggalkan itu, adalah berkait dengan 7 dosa besar! Patutlah pesanan itu suruh tinggalkan terus!

Apa itu 7 dosa besar?

i. Syirik kepada Allah, iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain

ii. Sihir, mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.

iii. Mengambil nyawa, membunuh.

iv. Memakan harta anak yatim.

v. Memakan riba.

vi. Lari dari medan pertempuran.

vii. Menuduh orang melakukan zina tanpa bukti.

Sekarang ini di media sosial, ada orang selamba buat dosa besar, like dosa besar, share dosa besar, siap dengan gambar bagai, makan tak habis ni jika orang kita tuduh tu mangsa fitnah, jika anda mangsa seks haram boleh report polis, jika anda pula dituduh buat seks haram, sila report polis, biar polis siasat, biar pihak berkuasa buat kerja.

Sejak bila menuduh orang berzina bermakna sifulan adalah penzina? Dan kenapa kita ada sifat seronok bila aib orang tersebar? zaman nabi waktu Aisyah di tuduh berzina, Nabi tak bela terus, Nabi juga tak hukum terus, Nabi siasat, doa dan tawajuh pada Allah, berapa ramai makan dosa tak habis sebab percaya Aisyah berzina, betapa ramai musuh Nabi yang seronok dengan fitnah ini? Dan akhirnya terbukti itu semua fitnah, dan penfitnah telah dikenakan hukuman,

Jadi bab menuduh orang buat dosa, kena ada bukti, sangat berdosa besar tuduh dan sebarkan aib orang tanpa bukti sebab pesan Nabi jelas, jika terbukti Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya, maka pandangan saya, tiada orang terlepas dari dosa, jika terbukti bersalah, hukumlah, tak kita orang tabligh ke, lebai ke, ustaz ke, artis ke, salah memang kena hukum, jangan taasub membela atau menuuh hingga kita tak sedar  dah sampai ke tujuh pintu Dosa besar, sekali kena Viris stage 5 waktu buat dosa besar? Bagaimana?

Keretamayat tak pilih kasih, semua pendosa boleh naik, tapi ingatlah, hala tuju kerata mayat adalah tanah perkuburan islam, dan keretamayat sehala jalannya, sekali masuk terus jalan, sekali turun tak naik dah.

Woha!

Tanjak Olimpik 2021?

Sebagai Pengarang Tanjak, saya gembira bila pakaian Kontijen Malaysia di Jepun ada sentuhan Melayu, iaitu,Tanjak, Busana dan Samping.

Ya, inilah pakaian Melayu, yang mana Tanjak bermaksud Tanah yang di Pijak, pemakai Tanjak adalah menggambarkan orang melayu yang ada asal usul, Corak Tanjak mewakili tempat, zaman dulu tengok Tanjak dah tahu orang negeri mana, tengok Samping dah tahu bujang ke duda.

Perempuan pun sama, tengok gaya pakai kain batik dah tahu anak dara ke janda. (mudahlah bertemu jodoh tanpa perlu tanya semua orang-insyaAllah)

Ikatan Tanjak juga ada kod dalam bahaya atau aman sejahtera, jika melihat orang bertanjak ikatan belakang, maka wanita akan lari tutup pintu kerana ada bahaya sedang datang. Tentera lihat Panglima ubah corak Tanjak, faham strategi berikutnya.

Maklumlah zaman dulu bukan ada whatsapp nak hantar mesej, maka dalam berpakaian ada kod rahsia yang buatkan orang luar tak mampu menyamar, dan kod rahsia perang dapat di hantar dengan cepat.

Belum cerita cara letak keris di samping pun ada maksud tertentu, waktu aman lain cara memegang keris, waktu bahaya lain pula cara memegang keris, begitulah.

Zaman dahulu tak ada kad pengenalan, Corak pada keris ada gambarkan keturunan mana, anak ke berapa, dan lain lain, sebab tu ada keris keturunan yang akan di beri pada anak sulung, dan adik beradik lain akan copy, maka bentuk keris abang sulung akan sama zaman berzaman.

Tapi zaman dah berubah, orang melayu ramai tak bangga budaya melayu, lebih suka berkaian penjajah dan Tanjak pakai waktu kahwin sahaja, keris keturunan hilang entah ke mana.

Maka kerana itulah saya yang ada ramai anak lelaki, belajar mengarang Tanjak, belajar mencintai bangsa dan budaya, dan syukur zaman ini tanjak kembali polular, ada artis bertanjak, ada pelayan kedai bertanjak, ada yang bertanjak waktu majlis berkhatan, abang saya baru ni sembelih lembu sambil bertanjak, saya pun banyak buat kontent sambil bertanjak.

CIna ada pakaian mereka, rujuk Jet Li cukur dahi waktu jadi Wong Fei Hong, Korea ada topi pendekar yang berbeza dengan rakyat, Koboi pula ada topi, Nabi ada serban yang ikatan ekornya berbeza dengan Arab bukan islam dan arab islam.

Semua itu adalah desta dalam budaya masing masing.

Jika kita tak amalkan desta budaya sendiri, maka akan hilanglah budaya ini selamanya..

Ingat tak Khabib juara UFC jaguh tak terkalah, selalu Khabib pakai topi berbulu besar, itulah Papakha yang dipakai dalam perang oleh bangsa Dagestan dan berbagai suku lainnya yang berada di wilayah Pegunungan Kaukasus dan dalam perang Papakha tidak akan di tanggalkan kecuali dipotong leher.

Oleh kerana Papakha adalah simbol pergi ke medan perang, maka ianya simbol kebanggaan bagi Khabib dan bangsanya.

Khabib pernah memberi hadiah papakha kepada bintang bola sepak Cristiano Ronaldo di awal tahun 2018.

Pada awal Khabib pakai ni ada orang kritik topi apa macam tu? tapi bila Khabib menjadi Juara tak terkalah, ramai bangsa lain pakai Papakha dengan bangga!

Jadi balik pada pendapat abang mayat. Jika kita nak promosikan sesuatu. Biarlah bersifat membawa identiti bangsa ke mata dunia. Orang arab promosikan serban. Orang barat promosikan topi sudu. Orang melayu nak promosikan apa?

Maka tahiah kepada pencipta pakaian Kontijen Malaysia di Jepun, abang mayat kagum dari jauh!

Bagi yang suka skroll baca yang hujung sahaja, abang mayat nak ingatkan, Tanjak ni di lipat dari kain berbentuk segitiga (gunung) dan menjadi hiasan kepala lelaki melayu yang mengiktiraf tanah yang di pijak sebagai tanah merdeka. Hanya hamba yang tidak bertanjak di zaman melayu dulu.

Perkataan Tanjak ni adalah gabungan perkataan Tanah yang di pijak. Sebab tu dengan memakai Tanjak orang akan tahu asal dari mana, ada Tanjak Perak, Tanjak Pahang, Tanjak Riau, Tanjak Bugis, Tanjak Terengganu dan sebagainya.

Ada juga tanjak untuk hiasan golongan bangsawan dengan nama seperti Mahkota Alam, Ayam Patah Kepak, Dendam Tak Sudah, Pancung Tak Bertanya, Hulubalang Ombak, Naga berlabuh dan banyak lagi.

Tanjak ni di pakai oleh orang melayu dalam semua majlis. Sama ada kahwin, bergaya, dan berperang.

Dan sebagai bangsa melayu serta bangsa lain yang sama sama hidup di Tanah Melayu. Ayoh kita kenalkan kebanggaan bangsa nenek moyang kita di mata dunia dengan bertanjak.

Macam Tun Dr Ismail yang Bertanjak Ketika Berucap Di PBB pada tahun 1957 nak bagitahu dunia. Melayu telah Merdeka!

Kagum dari jauh!

Jadi.. Siapa sini wakil Malaysia yang ada masuk UFC? Abang mayat nak sponsor Tanjak satu!

Woha!

Pengenalan Ringkas Tujuh Tanjak Warisan Melayu:

https://youtu.be/u5WfBrwRFRE

'Ustaz' bertanjak cerita Kelebihan Jerebu? (video sebelum PKP)

https://youtu.be/MDOEpJWOJc0

Mengenali Tanjak warisan Melayu:

https://youtu.be/awv6bMqHvVQ

Seni Merendahkan Tanjak untuk bersolat:

https://youtu.be/ONw5xwR_SBk

Anak Autisme dan Tanjak warisan:

https://youtu.be/AiGfI4W0vcw

Berceramah sambil bertanjak:

https://youtu.be/m4TDLuOKO4w

Erti Merdeka sambil Bertanjak:

https://youtu.be/mQ0NJQHsUtw

Anak Autisme bercerita tentang Tanjak

https://youtu.be/HNUf1tEe6oI

(Nak tempah tanjak mesej tepi, sempat promote, hehehe)

Nafas terakhir?

Tanda akhir zaman, kita nak ke masjid tapi sikit sahaja yang dapat masuk.

Ada hadis Nabi bagitahu akhir zaman nanti, orang nak pergi Haji masuk tapak kaabah pun bukan semua dapat masuk walaupun mereka keingunan, ada harta, kesihatan dan masa lapang.

Maka tanda akhir zaman itu biarkan ia datang, namun cuba pastikan kita ada dalam watak yang baik dalam setiap hadis Nabi..

Pesan pada diri sendiri. .Moga saya terpilih solat Jumaat hari ini.

Amin.

Sungguh Dunia ini dipenuhi udara yang bercampur dengan hembusan nafas terakhir ummat manusia, dan kita yang masih mampu menarik nafas, ayoh tarik sejadah, tarik kaki, moh kita ke masjid sebelum keretamayat tarik Hand brake.

Woha!

Aug 12, 2021

Penawar bagi Hati?




Zaman sekarang, dengan Covid 19 yang berubah jadi Varian, Vaksin yang kena ada booster, atau penyakit kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan pelbagai lagi penyakit kronik hingga orang awam pun tahu jenis ubat dan gunanya untuk penyakit apa.

Contohnya, Masalah kahak akibat Covid, ramai tahu boleh diatasi  dengan ubat Ambroxyl Hydrochloride iaitu sejenis  Moculytic Drug yang kena Ambil satu sudu Teh besar (30ml) dengan tiga kali sehari, jika habis boleh guna Strepsile ungu yang ada label chest cold  atau ada yang ajar kunyah bunga cengkih.

Untuk kurang kesan alergik seperti bengkak salur darah, ramai tahu guna Loratadine atau ubat antihistamine yang dapat mengurangkan Cytokine storm yang ganggu paru paru.sila ammbil 1 pil 10mg sahaja setiap 12 jam atau 2 kali  sehari secara maximum, jika kanak kanak ada versi cecair pelbagai perasa yang dinamakan Citrizine.., Hanya 2.5ml sehari sahaja bagi bawah 12 tahun.. juga dua kali sehari.

Selain Paracetemol, yang lebih berkesan adalah Ibuprofen, Dose sesuai dalam 400mg setiap 4 hingga 6 jam sahaja, Jangan lebih 3 pil sehari, nanti kena kesan sampingan.

Ramai juga yang tahu Minum banyak air Bersama ambil Vitamin B6 dan E. Akan jadikan Imun kendiri, mana nak dapat Vitamin C?

Banyak makan buah dan sayur, dan hirup udara pagi Bersama sinar matahari yang lembut.

Semua tahu kan?

Tapi ramai tak yang tahu Penyakit Hati dan penawarnya?

Jika hati sakit, tak di ubat, maka bila mati boleh masuk neraka tau?.

Tahu tak tiada Nabi yang datang ajar manusia pasal vaksin, atau pergi ke bulan, tapi untuk rawat penyakit hati, Allah telah hantar 124 ribu Nabi, 313 Rasul, 25 Namanaya tercatat dalam Al quran, dan lima Nabi Ulul Azmi.

Nabi kita sendiri, di belah dadanya waktu kecik, dan di cuci hati, simbolik kepada seluruh ummat manusia bahawa keutamaan paling penting adalah kesihatan hati.

Semua Tahu kita hidup dalam takdir Allah, tapi yang utama seluruh hidup ini adalah Soal hati,sebab kita boleh pilih hati nak respond bagaimana dengan semua Takdir Allah.

Contoh.. bila rezeki telah tetap.. hati syukur atau mengeluh? Itu Pilihan kita..

Ajal telah tetap, hati redha atau takut? Itu pilihan kita.

Amalan pulak.. waktu dapat buat pahala.. ikhlas? atau riak? itu pilihan kita,

Waktu buat dosa, bangga atau rasa bersalah? Itu Pilihan kita,

Bila celaka datang.. sabar atau stress? Itu Pilihan kita..

Waktu senang, syukur atau kufur? Itu Pilihan kita.

Semuanya soal hati, dan Syaitan kerja dia rosakan Hati, Syaitan tak mampu tutup kepala paip waktu kita ambik wudhu, atau tiup angin kencang waktu kita solat, syaitan tak mampu lawan takdir Allah, tapi syaitan mampu kacau Hati kita, suruh riak, suruh perasan bagus, dan sebagainya.

Bab Hati ini, .. Malaikatpun tak tahu kita ikhlas atau riak..

Bila kita niat nak buat baik, Malaikat akan cium bau wangi dari hati kita, maka ditulis satu pahala walau dalam takdir kita takdepun amalan itu, tapi sebab niat dah baik akan tetap dapat pahala.

Bila niat nak buat dosa, Malaikat bau busuk, dan tak tulis, hingalah Takdir Allah datang, baru Malaikat tulis satu dosa, bila kita menyesal, Allah ampun, dan ampunan ni Malaikat langsung tak tahu.

Jadi hidup ini soal hati, Allah yang akan adili semua hati manusia, Nabi bagitahu Hati ni raja pada seluruh anggota banda  ada diri kita, jika Hati baik, maka baiklah semua anggota badan, sungguh Allah tidak lihat rupa dan harta, tapi lihat Hati yang ada Takwa, apa itu Takwa? Takut dan Harap.

Maka jom kenal penyakit hati, dan kenal juga penawarnya.

Nak lebih mudah faham, kita rujuk enam sifat sahabat.

Kesempurnaan agama ada dalam enam sifat sahabat iaitu, (1) Iman (2) Ibadat (3) Ilmu (4) Akhlak (5) Niat (6) dan Dakwah”

Detailkan lagi (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan (6) Dakwah Tabligh.

(1) Jadi bab Yakin HAKIKAT DUA KALIMAH SAHADAH.

Penyakit hatinya adalah SYIRIK, dan ubatnya adalah TAKWA.

Selain itu, setelah dapat IMAN, kena usaha agar tidak KUFUR.

Jadi KUFUR adalah penyakit hati, dan ubatnya adalah SYUKUR.

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim : 7)

(2) Jadi bab SOLAT RAJA IBADAT.

Penyakit hatinya adalah LALAI, dan ubatnya adalah KHUSYUK.

(3) Jadi bab ILMU DAN ZIKIR

Penyakit hatinya adalah TAKBUR (sombong) dan LAGHA(sesat), dan ubatnya adalah TAWADUK(merendah diri) dan TAWAJUH (Fokus kepada Tuhan)

(4) Jadi bab IKRAM MUSLIMIN

Penyakit hatinya adalah SUUL ZON (sangka buruk) DENGKI, DENDAM, dan , ubatnya adalah HUSNULZUN (sangka baik), GHIBATH, QISAS.

(5) Jadi bab Niat

Penyakit hatinya adalah RIAK, dan ubatnya adalah IKHLAS

(6) Jadi bab DAKWAH DAN TABLIGH

Penyakit hatinya adalah MENGELUH, MARAH, MERUNGUT, STRESS, ENGKAR, ZALIM, GELISAH dan ubatnya adalah REDHA, MUJAHADAH, SABAR, TENANG, KHAUF, TAUBAT, SAKINAH

Panjang nak cerita,  ada banyak penyakit hati, ringkaskan..,

(1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat, Hati akan tenang.

(2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian, hati akan menjadi tenang.

(3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar, Hati akan menjadi tersangat tenang,

(4) Khauf Bersama taubat dengan segala dosa sama ada kecil atau besar, maka wahai hati yang tenang, masuklah kamu ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.

Nikmat mana lagi yang kita didustakan.

Semoha woha sampai syurga!

Lukis Bab takdir?

Tak Faham Bab Takdir, boleh tolong lukis tak?

Salam Tuan, nak tanya, dari hadis ini..

“Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagianya.”

Soalan saya:

Based on hadis ni, adakah maksudnya manusia telah pun ditetapkan takdirnya sama ada dia akan celaka atau bahagia pada akhirnya kerana telah ditentukan oleh tulisan kitab?

Saya faham manusia diberi akal dan seterusnya bebas memilih jalan yang baik atau buruk. Tapi adakah kerana ketentuan kitab ini, maka pilihan yang kita buat itu sia-sia? Maksudnya Allah dah tetapkan mana satu manusia yang Allah pilih untuk masuk syurga?

Saya sebenarnya memang sudah mencari penjelasan dari ceramah-ceramah atau penulisan tapi saya masih tak faham sangat tentang konsep takdir Allah. Saya harap saya boleh faham konsep ini melalui penjelasan tuan. Terima kasih

*******

Waalaikumusalam

Saya bukan ustaz, jadi saya jawab sekadar kefahaman saya secara ringkas.

Hidup ini adalah Soal hati, kitab oleh pilih hati nak respond bagaimana dengan semua Takdir Allah.

Contoh.. bila rezeki telah tetap.. hati syukur atau mengeluh? Itu Pilihan kita..

Ajal telah tetap, hati redha atau takut? Itu pilihan kita.

Amalan pulak.. waktu dapat buat pahala.. ikhlas? atau riak? itu pilihan kita,

Waktu buat dosa, bangga atau rasa bersalah? Itu Pilihan kita,

Bila celaka datang.. sabar atau sress? Itu Pilihan kita..

Waktu senang, syukur atau kufur? Itu Pilihan kita.

Semuanya soal hati, dan Syaitan kerja dia rosakan Hati, Syaitan tak mampu tutup kepala paip waktu kita ambik wudhu, atau tiup angin kencang waktu kita solat, syaitan tak mampu lawan takdir Allah, tapi syaitan mampu kacau Hati kita, suruh riak, suruh perasan bagus, dan sebagainya.

Bab Hati ini, .. Malaikatpun tak tahu kita ikhlas atau riak..

Bila kita niat nak buat baik, Malaikat akan cium bau wangi dari hati kita, maka ditulis satu pahala walau dalam takdir kita takdepun amalan itu, tapi sebab niat dah dapat pahala.

Bila niat nak buat dosa, Malaikat bau busuk, dan tak tulis, hingalah Takdir Allah datang, baru Malaikat tulis satu dosa, bila kita menyesal, Allah ampun, dan ampunan ni Malaikat langsung tak tahu.

Jadi hidup ini soal hati, Allah yang akan adili semua hati manusia, Nabi bagitahu Hati ni raja pada anggota banda  pada diri kita, jika Hati baik, maka baiklah semua anggota badan, sungguh Allah tidak lihat rupa dan harta, tapi lihat Hati yang ada Takwa, apa itu Takwa? Takut dan Harap.

Jadi bab takdir ni, di sisi kita ianya akan berubah ikut hati kita..

Firman Allah:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim : 7)

Bab Allah dah tulis semua takdir, adalah kerana DIA MAHA MENGETAHUI, rujuk ayat Al quran di atas, di sisi kita, boleh ubah takdir berdasarkan usaha atas hati.

Secara ringkas.

(1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.

(2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian

(3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar

(4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.

Maka takdir kita akan berubah membawa jalan ke syurga.. tapi jika kita..

(1) Kufur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.

(2) Mengeluh dengan segala ujian walau sebesar besar ujian

(3) Riak dalam setiap amal sama ada kecil atau besar

(4) Bangga dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.

Maka takdir kita akan berubah membawa jalan ke Neraka!..

Bab takdir telah ditulis tu bagaimana? Itulah Kekuasaan Allah! Yang mampu menulis Takdir dan Tahu Pilihan kita secara serentak! Sungguh Allah Maha Mengetahui.

Akhir kata.., semalam adalah takdir yang berlaku dalam kehendak Allah, hari ini dan esok rancanglah dengan sangka baik pada Allah kerana Allah tidak akan ubah takdir kita melainkan kita sendiri yang memilihnnya, Maka buat sehabis baik hari ini kerana esok pasti akan menjadi semalam.

Woha!

Ps: Bab suruh lukis, abang mayat dah lukis kat sini:

https://youtu.be/Vl2DE9TZOLM

Woha sekali lagi!

Aug 11, 2021

Hikmah Pembahagian harta?

Hari ni saya rasa sebak.

Angka kematian tertinggi di Malaysia akibat Covid

Dan dalam angka itu ada orang yang saya kenal.

Sahabat saya belajar satu kelas dahulu, telah meninggal dunia akibat Covid, dan isterinya pagi tadi juga meninggal dunia akibat Covid, dan anak anaknya masih kecil seramai empat orang.

Saya bayangkan jika saya dan isteri mati akibat Covid esok.

Anak saya lima orang itu, siapa nak tolong tengok-tengok kan?

Datuk dan Nenek belah ayah dah lama pergi, Tinggal Atok dan nenek belah Isteri, tapi Tok dan Wan dah tua, berapa lama mereka mampu tengok tengok kan?

Maka Pakcik dan Makciknya akan tolong jaga, tapi Pakcik Makciknya bukan orang senang, siapa nak ambil lima beradik sekaligus?

Maka akan berlaku pisah memisah adik beraduk, abang Long student U mungkin senang orang nak jaga, anak nombor dua pelajar MRSM, mungkin tak susah pakcik makciknya nak jaga, anak perempuan sorang yang rajin tolong ‘arwah’ mak, senang nak jaga sebab pandai bawa diri, tapi anak nombor empat lelaki yang agak nakal? Dan anak OKU Autisme? Siapa nak layan karenahnya bila dia mengamok?!

Saya tahu Allah ada, Allah jaga mereka semua, saya juga tahu dunia ini pentas ujian, llau saya terbayangkan ujian anak anak yang tiada lagi ibu dan ayah di sisi mereka, sungguh pelukan pakcik makcik, tak sama macam pelukan ayah dan ibu. Marah Pakcik dan Makcik, tak sama marahnya si ibu dan ayah…

Maka duhai anak, berpisah kita di dunia jangan sedih sangat, tolong jangan habiskan air mata untuk takdir sementara, sungguh kesusahan yang akan datang jangan ditangisi, tapi bersyukurlah sebab nikmat terbesar adalah kenal Allah dan Sembah Allah!

Nabi Muhammad SAW tahu lepas baginda wafat, cucunya akan mati di seksa dan dibunuh, sorang akan mati dipancung, dan sorang akan mati di racun, namun baginda juga mampu redha sebab Nabi faham dunia bukan maksud hidup, susah di dunia sementara, yang mana selagi ada Iman dalam dada, pasti kita semua akan mati dengan tenang dan Kembali Bersatu di Syurga!

Husin dan Hasan akan Bersatu dengan Nabi Kembali di Syurga, juga Saidina Ali dan Osman dan semua sahabat lain akan Bersatu di syurga kerena mereka semua telah Redha kepada Allah dengan semua takdir, asal Allah redha, maka mereka Redha, maka berdamailah dengan semua Takdir duhai semua anak ayah. Redha dengan semua jalan hidup, Sabar bila susah, Syukur bila senang, dan atas sikit, dengan susah pun kita Syukur, Alhamdulillah!

Satu lagi yang saya sebak duhai semua pembaca, yang mana bila ibu ayah dah mati, harta arwah, bukan semua dapat kepada anak yatim, ada hak pakcik dan makciknya, yang mana banyak kisah berlaku perebutan harta, hingga Allah masukkan dosa makan harta anak yatim adalah dosa besar!

Selalu juga saya dengar orang mengeluh bab pembahgian harta dalam Islam, sebab ada kes, waktu arwah hidup, pakcik makcik tak pernah tolong, bila arwah mati, muncul pakcik makcuk tuntut harta sampai bergaduh gaduh!

Ingatlah pesanan setiap Jumaat, jadilah orang bertakwa, siapa orang yang bertakwa? Orang yang menunaikan hak anak yatim.

Maka saya percaya hikmah dalam pembahagian harta arwah, adalah menguji sifat takwa umat islam, yang mana bila berlaku kematian, maka muncullah semua pakcik makcik nak ambil harta sebab ada hak mereka dalam harta arwah, namun saya percaya, orang bertakwa hanya ingin tahu berapa hartanya, lalu semua dihadiahkan Kembali kepada anak yatim secara terang terangan.

Dan andai kata dikalangan pakcik makcik tiba tiba ada sorang tak nak hadiahkan, maka pakcik dan makcik yang lain tahu bahawa ada saudara dekat yang sedang susah di kalangan mereka hingga sanggup ambil peluang ini untuk urus hidup mereka guna bahagian harta arwah, maka pakcik makcik bertakwa yang lain, pergilah bantu pakcik yang tak nak hadiahkan itu, dan di situ tahulah nanti sifulan benar benar susah atau tamak?

Jika sifulan benar benar susah, maka terbuka jalan untuk tunaikan hak, jika sifulan betul betul tamak, terbuka pula jalan untuk berdakwah.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan peribadi saya yang terfikir kematian tiba tiba, sedang harta yang ada tak banyak mana pun, maka tolong pakcik makcik kepada anak saya, iaitu abang dan kakak serta adik beradik saya, tolong tengok tengoklah anak saudaramu nanti bila saya dah pergi mengadap Ilahi.

Tolong munculkan diri dengan bertakwa di majlis kematian saya, dan bersaksilah, Saya telah halalkan semua hutang jika ada pada waktu itu, dan jika saya ada hutang dengan kamu, ambillah dari harta saya agar dapat saya berehat dengan aman di kubur. Hutang wajb bayar walau sudah menjadi mayat, pesanan kepada diri sendiri,

Akhir kata, salam takziah buat semua yang telah pergi menghadap Ilahi hari ini, esok esok giliran kami pasti tiba.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang, moga kita pulang Bersama sekeping hati yang bertakwa.

Al Fatihah.