Alkisahnya, Bila dah tua, pergi mensyuarat akan ada orang lantik macam macam, saya pernah jadi pengerusi PIBG, setiasausha surau, sayap muda penulis pahang, timbalan pengerusi kelab OKU, amir ghast, juru pantun, dan macam macam jawatan.
Semalam, dalam mesyuarat KRT kampung saya, awal awal saya dah buat keputusan untuk tidak bertanding apa apa jawatan, cukuplah 2 tahun pegang jawatan setiausaha KRT di sebuah daerah di Kuantan.
Bagi yang tidak tahu, kerajaan peruntukan RM6000 duit geran setiap tahun untuk setiap KRT (kejiranan rukun tetangga) belanjakan dalam menggalakkan perpaduan antara penduduk setempat berbilang kaum.
Sepanjang saya pegang jawatan SU, KRT kami ada buat pertandingan azan untuk anak remaja, pergandingan memasak untuk kaum ibu, pertandingan hias bendera bagi semua peringat umur.
Selain gotong royong memasak bubur asyura atau bubur lambut serta ibadah korban, KRT kami pernah buat lawatan ke Terengganu dari Kuantan dan baru ni kami sewa bas ke Kelantan.
Seronok pakcik makcik dapat sertai rombongan kak kiah sebab katanya last 40 tahun dulu zaman sekolah.
Alkisahnya, Saya jadi SU sebab dilantik kerana ramai pakcik makcik tak bersedia buat kerja SU (kena hantar laporan mensyuarat dan aktiviti setiap bulan menggunakan sistem dalam komputer kepada pegawai perpaduan)
Semalam, dah ada orang bersedia jadi SU maka saya sangat gembira letak jawatan dan tidak bertanding apa apa jawatan. Alhamdulillah.
Sesungguhnya Amanah ni berat, kita serahkan kepada yang sedia.
Saya nak kembali fokus menulis. Lama dah tak keluar buku baru.
Last buku berjudul Semusim di Ladang Pahala terbitan UMPSA dan sebelum itu tiga jilid Haji Seronok.
Tahun ini insyaAllah buku baru?
Riwayat seorang Setiasuahaa KRT mungkin?
Woha!
Ps: rujuk komen untuk detail aktiviti KRT saya. Sila kagum dari jauh

No comments:
Post a Comment