May 6, 2026

Cerita Micheal Jakson?


Semalam, waktu bermusafir saya singgah di sebuah mall diTerengganu, Tiba tiba nampak poster wayang berjudul Micheal.

“Ayah, jom tengok cerita Michael Jackson.”
Eh? Anak syurga saya ajak tengok cerita macam ni? Faham ke?
biar betul generasi alpha boleh minat MJ?
Zaman mereka swipe, kita dulu rewind.
Zaman mereka TikTok, kita dulu kaset pita.
Tapi belum sempat saya menolak,
tiba-tiba dia buat satu gerakan kaki…
Perlahan… licin… ke belakang… ala ala Moonwalk dan gaya penutup Micheal menyanyi (rujuk gambar)
Dan mulut kecil anak mula menyanyi,
“Billie Jean not my love”
Woha!
Saya terus beli tiket, atmos! Alang Alang ada geng!
Lalu terlihatlah seorang saya duduk dalam pawagam bersama anak syurga saya.
Filem Michael mula dimainkan.
Dan bila lagu
Beat It,
BIllie Jeans
Thriller berkumandang…
Anak saya menyanyi.
Bukan dia seorang.
Satu dewan… dah jadi konsert.
Saya diam.
Dalam gelap itu, saya lihat masa lalu saya duduk di sebelah masa depan saya.
Alkisahnya, waktu saya masih budak sekolah rendah, pergi mall, masuk tandas awam.
Sedang saya menunaikan hajat tiba-tiba kedengaran satu gelak ketawa dari tandas sebelah.
Kuat… panjang… dan sedikit menyeramkan.
Saya cepat-cepat selesaikan urusan, basuh seadanya, lantas dengan tangan masih basah saya pergi menyiasat.
Pintu tandas sebelah masih tertutup.
Tapi suara itu… masih ketawa.
Tanpa bunyi flush, pintu itu terbuka.
Keluar seorang lelaki… pakai topi koboi hitam, mata bercelak, baju hitam,
leher pula berantai macam anjing.
Saya tanya perlahan,
“Kenapa ketawa bang?”
Dia jawab sambil menahan tawa,
“Ha ha… lawaklah tulisan kat dinding tandas ni!”
Dia berlalu.
Saya masuk.
Saya baca.
“When he was young, he was black…
When he grew up, he became white…
When he got older, his hair turned wi…
Is this the life cycle of a human… or is this Michael Jackson?”
Tapi… saya tak gelak.
Sebab saya tak faham.
Kemudan saya tanya kakak saya,
“Saya nak faham bahasa Inggeris… bukan setakat grammar, tapi budaya. Nak mula dari mana?”
Kakak saya jawab ringkas,
“Mulakan dengan lagu. Lagu yang kamu suka. Fahamkan lirik, dari situ faham dunia.”
Saya termenung.
Metallica datang…
Scorpions lalu…
Nirvana menjenguk…
macam-macam band singgah.
Tapi tiba-tiba…
Eh.
Bukankah saya suka lagu Michael Jackson?
Terus saya bangun.
Langkah kaki berubah…
perlahan… ke belakang…
Moonwalk.
“You better run, you better do what you can…”
Beat It pun bergema dalam kepala.
Sayapun hafal lagu dan akhirnya pandai English
People Always Told Me
Be Careful What You Do
And Don't Go Around Breaking Young Girls' Hearts
And Mother Always Told Me
Be Careful Who You Love
And Be Careful What You Do
'Cause The Lie Becomes The Truth… Billie Jean, not my love..
Chech, menyanyilah pulak.. terima kasih MJ sebab “ajar” saya english..
Kembali ke dalam pawagam
Melihat anak syurga saya terhibur siap tepuk tangan
Saya senyum
Sebab
Dah ada modal nak borak dengan perkara yang sama sama minat
Woha!
For you are not alone (You are not alone)
For I am here with you (I am here with you)
Though you're far away (Though you're far away)
I am here to stay (You and me)
For you are not alone (You're always in my heart)
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

No comments: