![]() |
| gambar sekadar hiasan |
Jun 28, 2016
Allah Kuasa, makhluk Tak ada Kuasa?
(Kau menguasai selautan… Yang tersembunyi di genggaman… Nafi dan isbat kau sandingkan… Sebagai tali pegangan…. Damasutra)
Allah kuasa, makluk tak ada kuasa…
Ramai orang pakai kalimah ini di tempat atau cara yang salah…
Jika anak kita tak pakai helmet dan belum berlaku kemalangan,
Alhamdulillah. Jangan berlagak dengan takdir Allah lalu pos dalam Facebook
gambar anak naik motor tak pakai helmet siap tulis, “Allah berkuasa, helmet tak
ada kuasa”
Salah cara guna gambar dan kalimah tu bro..
Bayangkan jika zaman dulu ada internet, lepas tu ada orang
tak nak tambat unta sebab jinak, lalu ambik gambar unta tanpa ikatan tali dan
update facebook:
“Allah berkuasa, tali tak ada kuasa”
Salah tu bro, Nabi ikat dulu unta, baru bertawakal.
Jadi balik bab vaksin, Doktor pakar bagitahu aku, vaksin ni
macam helmet.
Kita orang islam, memang betul jangan yakin dengan makluk,
helmet, vaksin itu semua makhluk, jika kita yakin helmet atau vaksin boleh
selamatkan anak kita, kita dah syirik dengan Allah.
Namun dalam Islam ajar, jangan menolak asbab, sebab usaha
pun perintan Allah, tawakal selepas usaha pun perintah Allah. Sebab tu zaman
Nabi perang pakai baju besi, walaupun mereka sedar baju besi takde kuasa, Allah sahaja yang berkuasa,
tapi itulah perintah Allah, iaitu jangan tolak asbab, usaha guna akal, dan
tawakal selepas usaha.
Bro boleh hujah, ada juga orang yang pakai helmet meninggal
waktu kelamangan, namun data menunjukkan
peratusan orang yang tak pakai helmet lebih terdedah kepada kematian selepas kemalangan.
Sebab tu kerajaan wajibkan pakai helmet.
Kita orang islam naik motor pakai helmet, takde bisikan
dalam hati nak sembah helmet dan yakin 100% dengan helmet, waktu pakai kita
boleh ucap: helmet takde kuasa, hanya Allah yang berkuasa, kita ucap lepas
pakai helmet tau, bukan ucap sambil tak pakai helmet, itu yang silap.
Aku cucuk anak aku vaksin, lepas cucuk aku bagitahu korang
semua, Allah berkuasa, vaksin tak ada kuasa, jika Allah nak takdirkan anak aku
kena penyakit berjangkit selepas di vaksin, aku berserah kepada Allah, aku
bertawakal kepadanya, sebab Allah Kuasa, makhluk tak ada kuasa. Aku redha
dengan keputusan Allah selepas aku berusaha, bukan aku berserah tanpa apa apa
usaha.
Pernah zaman aku belajar agama dulu, ada sorang budak Pakistan
ni demam, tok guru cakap kat budak tu, pergi solat hajat mintak sembuh dengan
Allah, lepas solat hajat, tok guru bagi budak Pakistan tu makan Panadol, mula
mula budak tu tak nak, katanya dia dah solat hajat, Allah berkuasa makhluk tak
ada kuasa, selamba tok guru (amirsab) tu sound, perintah Allah suruh orang kaya
sedekah kat orang miskin, jadi perintah Allah atas diri saya yang sihat, bantu
kamu yang sakit, makan penadol ni, Allah berkuasa, penadol takde kuasa, makan
dan bertawakkallah!
(lepas makan panadol, budak tu sihat dan terus sambung pelajaran dengan jayanya- semua dari Allah)
Jadi kepada korang semua, nak guna kalimah “Allah berkuasa,
makhluk tak de kuasa” biar kena dengan tempatnya, iaitu untuk nafi asbab, dan
isbat hanya pada Allah selepas usaha yang betul.
Jadi bila anak kita nak naik motor, pakaikanlah mereka
helmet, tapi jangan yakin pada helmet, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah
berkuasa, helmet langsung tak ada kuasa.
Sama jugak dalam dunia yang banyak kuman dan virus merebak,
gunalah vaksin, tapi jangan yakin pada vaksin, yakin pada Allah, sesungguhnya
Allah berkuasa, vaksin langsung tak ada kuasa.
La Illa Ha IllALLAH!
Ps: Orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, orang yang tolak
asbab adalah jahil, Sunnah adalah guna asbab dengan yakin yang betul, macam
Nabi pakai Helmet besi waktu perang. Wallahu’lam.
Jun 20, 2016
Selamat Hari Bapa?
(Jangan kata aku lambat satu hari, sebenarnya aku awal 365 hari, sila kagum dari jauh-woha!)
Anak kita setiap kali balik rumah, mereka akan berdiri depan
pintu dengan wajah penuh gembira. Larian mereka menyambut kita balik lebih
pantas dari bini kita. Sebaik kita masuk terus di peluk melepas rindu, jika di
tangan kita ada buah tangan, seperti air susu kultur, gembira mereka berganda
ganda.
Bila kita keluar rumah pula, mereka meronta nak ikut, siap
mengamuk berguling sambil menangis, sampai Puan Bini terpaksa pujuk.
Begitulah cerita cinta akan anak kita sewaktu kecil pada
ayahnya.
Aku mungkin masih muda, anak sulung masuk asrama dan kami
masih berpelukan saat nak berpisah jauh.
Ada cerita dari kawan, anak yang sama macam anak aku yang
lain, tapi bila dah dewasa, bila dah remaja, mereka malu untuk peluk kita
seorang ayah, mereka malu nak keluar jalan-jalan dengan kita seorang ayah,
mereka malu jika tiba tiba kita pimpin tangan mereka. Sebab mereka dah besar
panjang.
Nasihat aku.
Anak memang cepat membesar. Jika kita kurang peluk mereka
sewaktu kecil, mereka akan lebih cepat ‘besar’ dan malu untuk peluk kita bila
dewasa.
Jadi kepada semua bapa diluar sana, keraplah peluk anak
anakmu sementara mereka masih kecil supaya mereka ‘lambat besar'.
Ini agak deep, sila take note.
Pesanan ini di bawa oleh “kisah anak bini”
SELAMAT HARI BAPA
Jun 15, 2016
Say no to MLM?
(oleh sebab ada member dah terkena, pakcik up balik
isu ini, semoga member member lain tak terkena, pesan pakcik: Tak salah jadi kaya, yang penting jangan menipu-adohai.)
Ada kawan jumpa ajak minum.
Ok. Minum apa salahnya?
Dah jumpa, rupanya nak ajak melabur dalam MLM.
Beli lot tanam kurma, RM3500 satu lot, setiap bulan dapat
500 selama setahun bersamaan RM6000.
Wow, banyak tu!
Tapi aku cakap tak nak!
Kenapa?
Aku tak nak melabur dalam bisnes yang aku tak boleh kawal,
berserah tunggu wang masuk ni dah macam judi, jika nasib baik, untung, jika
korang lari, rugi.
Dia pun cerita pendapatan dia puluh ribu, harta dah banyak
banyak Qarun, kerja hanya cari orang dan dapat bonus, bisnes cara Piramid, lagi
ramai orang daftar masuk, lagi untung, hanya tunggu duit masuk.
Aku cakap tak nak. full stop!
Lepas tu dia suruh aku iklan dalam FB Hamka keretamayat, nak
bagi RM300 untuk iklan.
Ok, aku ada ambik iklan di FB, RM50 sahaja, tapi (setakat
ini) ada tiga produk yang aku tak akan iklan.
- MLM, cari orang guna system pyramid dan untung atas duit orang bawah cari downline, hell no!
- Produk kesihatan, macam pil ajaib, gelang ajaib, selimut ajaib, penapis air ajaib, no way!!
- Produk haram, macam Produk Seks, arak, dadah dan lain lain-hell no!
Dia marah aku, tuduh melayu tak nak bantu melayu, melayu
dengki, dan berapa sangat aku dapat dengan menulis?.
Aku ulang,
Dia marah aku, TUDUH MELAYU TAK NAK BANTU MELAYU, dan aku
adalah MELAYU DENGKI!
Tiga bulan kemudian.
Bisnes dia maju, orang yang melabur RM3500 dapat untung
RM6000? Hampir 100% untung, lalu datang sifat tamak, pelabor lama keluar semua
duit simpanan, masuk melabur balik sambi, ajak pelbaor baru jadi bertuah macam
dia, lalu ada yang melabur RM50k, RM100k, RM200k, dan makin bertambah hingga Rm
sejuta!
Lantas, Berita si kawan ini sudah kaya dah tersebar, kereta
baru, rumah baru, belanja makan, beli tanah, dan makin ramai orang datang melabur.
Tiba tiba, dua bulan kemudian. sebelum Ramadhan baru ni.
Datuk bisnes MLM jual lot Kurma, dah lari, dia sebagai ejen
kena kejar oleh downline, ada yang ugut nak pukul, ada yang ugut nak bunuh, dan
sudah hilang entah ke mana? Dengar kata dah masuk penjara.
Masih terngiang di telinga aku,: melayu tak nak bantu
melayu, melayu dengki!
Aku syukur sebab tak masuk, dan syukur sebab berjaya
pengaruhi orang yang rapat supaya tak masuk skim cepat kaya.
Yang dah masuk, aku tengok memang merana, duit simpanan
habis lesap, terduduk menangis tak berlagu.
So, ini pesanan melayu nak bantu melayu.
Jika ada orang ajak melabur skim PIRAMID nak jadi cepat kaya
BANYAK HARTA.
Ingatlah! PIRAMID itu FIRAUN yang punya. BANYAK HARTA, QARUNyang punya!
Kedua duanya mati masuk NERAKA!
Take note!
Ps: Sila baca Page Say no to MLM dan Psedoscince watch serta
Azizi Ali, mereka semua pakar, dan penjelasan mereka sangat masuk akal. I rest my
case!
Jun 9, 2016
Kenapa orang Islam Bergaduh?
(Tannya sama abang kereta mayat)
Ada orang bukan islam datang bertanya, mereka keliru dengan
orang islam yang bergaduh sesama sendiri, katanya agama islam adalah agama
kedamaian, tapi kenapa saling bergaduh, dan saling bunuh membunuh. Rujuk ISIS,
Haram Bako dan lain lain pengganas Beragama islam, Kenapa?
Aku toleh kiri kanan, sebab aku bukanlah ustaz ulamak untuk
jawab soalan ini dari sudut ilmu dan dalil, tapi sebagai seorang yang dah ada
pengalaman penuh beragama islam, dan hidup di kalangan orang islam sejak kecik,
toleh lagi kiri kanan, biarlah aku jawab solan ini mengikut sudut pandang aku
seorang penganut agama islam yang biasa-biasa.
Jika pembaca lain rasa padangan aku ada yang salah, boleh
tegur diruangan komen.
Ok, kisahnya begini, masa aku kecik, arwah ibu aku, selain
seorang peniaga kedai runcit, juga seorang guru mengajar kanak kanak membaca Al
quran dalam Bahasa arab. Ibu aku juga menggalakkan (paksa sebenarnya) aku dan
adik beradik yang lain dengar ceramah agama dari ustaz di masjid antara magrib
dan Isyak (sekitar 1 jam), waktu lain, sebagai kanak-kanak, kami main,
menonton, baca komik, main lagi, sama macam anak anak seluruh dunia, Cuma
setiap hari, kami solat lima waktu, (ambil masa sekitar 10 ke 15 minit), juga
setiap hari, belajar mengaji (sekitar setengah jam) kecuali hari cuti sekolah.
Hari Jumaat, kami di wajibkan solat Jumaat di masjid, pakai
baju melayu dan datang awal sebab anak Raja akan datang dan bagi RM1 setiap
kanak kanak yang datang awal. Sebelum asar, wang tu dah habis kami belanja. Adohai…,
hari jumaat adalah hari yang paling seronok, sebab boleh main puas puas lepas
solat Jumaat sampai magrib. Biasa kami akan habiskan dengan mandi laut, atau
mandi sungai.
Bila tiba bulan puasa setahun sekali, kami berpuasa (sebagai
kanak-kanak, rasa seronok dengan suasana yang berubah, seronok berbuka dengan
juadah best, seronok di benarkan tidur sepanjang hari), dan malam hari, lepas
tarawih, seronok makan lepas solat witir, dan seronok dibenarkan bermain di
malam hari sepanjang bulan puasa. (main Meriam buluh tu wajib)
Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari
zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru,
bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, dan
begitulah rutin hidup normal sebagai seorang islam, bila tiba raya haji,
seronok dengan rezeki daging lembu yang melimpah ruah. Siap buat satay tepi
pantai bersama rakan sebaya.
Selain itu juga, kami orang islam juga merayakan awal
muharam, masak bubuk asyura dan makan ramai ramai, juga sambut maulidul rasul, (hari
lahir Nabi) dengar ceramah dan makan sedap, (berarak macam sekarang belum
pernah di buat kat kampung kami). Sambut peritiwa israk mikraj(peristiwa asal
usul solat 5 waktu) dengan ceramah agama dan makan sedap, sambut 15 syaaban
dengan ceramah agama dan makan sedap juga. Happy sahaja kami sebagai orang
islam.
Bila ada antara kami yang berkahwin, ada khutbah ringkas
untuk penghantin, dan ada makan sedap, di selang dengan budaya sedia ada orang
melayu seperti acara silat, kompang, bersanding dan lain lain. Semua happy
sahaja, tak ada gaduh gaduh.
Bila ada kematian pulak, kami orang kampung akan bergotong
raya uruskan mayat, dari mandikan mayat ke tanam mayat, bacakan Yassin, dan di
malam hari, akan ada kenduri tahlil selama tiga malam, makan menu biasa-biasa
tapi dah jadi adat. Bukan ajaran islam tapi kami tak ada gaduh gaduhpun, benda
ni dah jadi budaya dalam masyarakat melayu.
Jika ada kelahiran anak, aka nada majlis akikah, kenduri
makan daging kambing, dua ekoe jika dapat anak lelaki, seeokor jika ada anak
perempuan. Begitulah lebih kurang hidup kami orang islam, tak ada gaduh gaduh, hidup
aman dan damai.
Waktu itu jugak, ibu bapa kami banyak cerita kesusahan hidup
zaman penjajah, zaman perang dunia kedua, zaman tak boleh makan nasi, zaman
kena makan ubi sahaja, zaman sekolah tak terurus, yang mana buatkan kami sangat
bersyukur hidup di zaman sekarang, bersyukur dapat solat di masjid, bersyukur
dapat berpuasa dan makan sedap, bersyukur dapat sambut hari raya, pendek kata
Alhamdulillah. Hidup aman damai tak ada nak gaduh-gaduh bab agama.
Sehinggalah di pertengahan 80-an, bila muncul pilihan raya,
bila tiba tiba muncul parti mengaku parti mereka paling islam, dan jika tak
sokong parti mereka, kita akan jadi kafir. Parti mereka akan bawa ke syurga.
Maka muncullah bait bait perbalahan antara kami orang islam.(di kampung aku)
Sebahagian orang kampung masih menyokong Kerajaan dan
sebahagian orang kampung menyokong Pembangkang, walaupun mereka semua islam,
tapi antara mereka ada yang kafirkan antara satu sama lain, lalu muncul dua
masjid sebab konon tak sah solat di masjid kerajaan, muncul orang islam yang
tak makan sembelihan parti lain kerana tak halal, muncul laki bini yang
bercerai sebab berbeza fahaman politik. (aku tak kenal siapa yang bercerai, aku
dengar cerita sahaja, lagipun aku masih budak tak ada lah nak ambik tahu
sangat)
Ok, aku masih remaja waktu itu, tapi cukup tak suka bila ada
orang islam kafirkan sesame islam, aku yang solat kat masjid kerajaan katanya
tak sah sebab imam sokong Umno, Adohai..
Aku masa muda pilih untuk tenggalam dalam dunia rock, metal,
hiburan, sebab malas nak layan geng politik dalam kampung, tingkatan tiga aku
apply asrama, rasa seronok dapat hijrah tinggalkan kampung. Habis SPM aku terus
kerja di KL (Bangi, tapi kira KL jika orang kampung tanya, ha ha) lepas tu
dapat masuk IPTA di Kelantan, dan di sinilah aku banyak kembali belajar bab
agama.
Ok, kita masuk bab pengenalan, (lor, rupanya tadi baru
intro).
Senang cerita, dalam agama islam, mereka dah terpecah kepada
dua, satu Sunnah Wal jamaah, (90%)dan satu lagi Syiah.(10%)
Taniah pada orang Islam aliran Sunnah sebab sanggup keluar
berdakwah sejak 1400 tahun dahulu ke seluruh dunia hingga aliran ini berkembang
sampai ke Malaysia. Aliran Syiah sekitar Iran dan beberapa Negara sahaja, Di
Negara luar, memang Syiah dan Sunni ada berperang, tapi di Malaysia tak ada
perang dengan Syiah sebab golongan mereka terpencil.
Jika ada ‘ramai’ pun pengikut Syiah kat Malaysia, mereka
amalkan Taqiyah, (pura pura sunni), bagi yang tak tahu, Syiah berbeza dari
Sunni sebab mereka menolak semua Kahlifah utama, Abu Bakar, umar, dan Osman dan
yakin Saidina Ali sebagai Imam utama dalam mazhab imam 12, dalam Sunni, taka da
sahabat yang orang Syiah sanjung kami maki, tapi dalam Syiah, mereka caci maki
sahabat yang kami sanjung seperti abu bakar dan Umar. Ops, tak boleh cerita
penjang sebab aku bukan orang syiah. Tapi aku tetap mencintai Ali dan Husin,
dan semua sahabat. Ok lain kali kita cerita bab ini. Sambung bab Sunni bergaduh
sesama Sunni dulu…
Balik ke Malaysia, Islam orang Malaysia adalah aliran Sunnah
Wal Jamaah, (sunni) iatu Islam yang berpegang kepada 4 rujukan:
-Alquran (Kata kata atau Firman Allah)
-Hadis (Kata kata atau Sabda Nabi, semua jenis hadis kecuali
hadis palsu)
-Ijmak Ulamak (Pendapat majority di kalangan ulamak
berkenaan Al quran dan hadis)
-Qias (Pendapat majority di kalangan ulamak berkenaan hal
yang tiada dalam Al quran dan hadis)
Jadi, kisah amalan secara ringkas waktu aku kecil di atas,
adalah merujuk kepada 4 sumber di atas, tak ada nak gaduh gaduh, tak ada nak
kafirkan sesiapa, hidup aman damai dengan penuh keyukuran atas nikmat merdeka
dan nikmat dapat amal ajaran Islam.
Tapi bila aku dewasa, dah ada pulak golongan Wahabi, yang
buat orang melayu bergaduh, sebab mereka wahabi pegang dua sahaja.
-Alquran (Kata kata atau Firman Allah)
-Hadis (Kata kata atau Sabda Nabi, tapi Hadis pilihan sahaja)
Bila wahabi tolak banyak hadis yang digunakan oleh Imam
Mazhab dan ambil hadis terpilih sahaja, buat amalan agama mereka jadi sempit
dan mudah kafirkan orang. Itu yang bergaduh dan saling kafir mengkafir.
Sebagai contoh, apa hokum sambul Hari lahir Nabi? Dalam
ajaran ustaz Ahli sunnah wal jamaah, kami pegang pada 5 hukum taklifi iaitu:
1) wajib
2) sunat
3) harus
4) makruh
5) haram
Jadi dalam kes sambut hari lahir Nabi, hokum asalnya harus
jika tiada perkara haram di dalamnya dan menjadi sunat jika didasari dengan
cinta kepada Rasulullah (yakni bukan adat semata-mata) dan seiring dengan
amalan sunat seperti berselawat, berceramah kisah Nabi dan lain lain.
Tapi fahaman Wahabi, bila di tanya apa hokum sambut Hari
lahir Nabi?
Jawapan mereka: ianya tidak sunnah, tiada Nas, tiada dalil,
nabi tak pernah suruh, maka ianya bidaah dan pelakunya adalah ahli neraka
kerana melakukan bidaah dalam agama.
Itu yang jadi gaduh tu, adohai…
Tapi bila di Arab Saudi buat sambutan hari kelahiran Shaikh
Muhammad Abdul Wahhab (pengasas ajaran Wahhabi) mereka cakap harus pulak, tak
termasuk bidaah sebab Kerajaan suruh, adohai..
Padahal, Islam itu agama yang indah, penuh toleransi,
bijaksana, tidak mudah menghukum dan bersangka buruk pada umat Islam dan tidak
melahirkan ekstrimis atau militant.
Berbeza dengan Wahabi yang sangat sempit ruang hukumnya ,
mudah hokum orang lain masuk neraka, banyak bersangka buruk pada umat Islam yang
tidak sealiran dengannya, tapi sangat bersangka baik pada pengikutnya. Serta
melahirkan ekstrimis, militant dan terrorist seperti ISIS dan penghina ulama.
Naduzubillah.
Jadi kepada orang bukan islam yang bertanya, kenapa kami
saling bergaduh, itulah pasal, pergaduhan ini berpunca bila mereka geng Wahabi
tinggalkan Sebahagian hadis, buat mereka menolak Ijmak dan Qias ulamak dari
pelbagai mazhab, buat mereka sanggup hokum orang sebagai kafir dan ahli Bidaah,
dan dalam politik lah geng ni tolak hadis nasihat pemimpin elok elok, dan ambik
hadis separuh, itu yang kat kampung aku dulupun boleh ada dua masjid, haram
makan sembelihan penyokong kerajaan, dan kena cerai bini jika sokong parti
lain, astarfirullahalazim.
Tarik nafas.
Secara teorinya, ahli Sunnah wal jamaah yang rujuk 4 sumber,
(Al quran, hadis, Ijmak, dan Qiyas) sudah tentu lebih berhikmah dari geng
Wahabi yang hanya rujuk 2 sumber.(al quran dan hadis pilihan). Ustaz kami tak
kafirkan mereka, dan suruh kami pujuk mereka kepada dakwah dan tabligh.
Tapi Hamka, katanya keluar berdakwah pun bidaah?, Nabi tak
keluar berdakwah tiga hari! Bidaah! Jadi duduk rumah sahajalah, adohai…
Inilah masalahnya bila tolak banyak hadis, tolak ijmak
ulamak dan tolak qias, habis tu mereka pergi belajar agama 4 tahun di
Univerisiti ada hadis kah?
Ok, panjang jika nak berhujah bab ini, balik kepada penanya
soalan, kenapa orang islam saling bergaduh sesama islam.
Jika tadi Wahabi yang menolak mazhab, dalam islam juga ada
golongan anti hadis. Mereka ambil Al quran sahaja sebagai rujukan dan tolak
semua hadis, tolak semua ijmak Ulamak dan tolak semua Qiyas.
Wah wah wah, meriahnya hidup, antara mereka yang sempat saya
berdialog, tidak solat, tidak ke Mekah, tidak puasa, dan islam hanya pada nama
sebab katanya solat tu semua rekaan Ulamak. Pergi haji hanya konspirasi wahabi
nak kayakan mekah, dan kaabah tu berhala orang islam katanya, Nauzubillah
.
Panjang jika nak ulas, tapi mereka inilah antara yang
buatkan orang islam saling bergaduh, yelah, kita nak pergi haji dituduhnya kita
nak sembah berhala ciptaan orang arab berbetuk 4 segi, adohai..
Nasihat ustaz kami, dakwah mereka secara lemah lembut, dan
ajak mereka kepada dakwah dan Tabligh.
Tapi Hamka, kata anti hadis, keluar berdakwah tak ada cerita
detail dalam Al quran?, jadi tak patah berdakwah rumah ke rumah, tak payah
solat, tak payah pergi haji sebab tak ada cerita detail, cukup amal Al quran
guna nafsu sendiri..
Ok, panjang jika nak berhujah bab ini, tapi sini boleh nampak
permainan mereka, tahu nak senang sahaja, Nampak sangat mereka bertuhankan
nafsu sebab tafsir Al quran guna nafsu. adohai…,
Balik kepada penanya soalan, Last satu lagi masalah yang
timbul, adalah datang dari Orang Islam yang murtad, tolak semua, tolak Al
quran, tolak hadis, tolak ulamak. Semua tak betul! Hidup ini tak ada tuhan,
kita terjadi secara semula jadi. Mati jadi tanah, habis! Tapi sibuk datang
komen kat blog aku ajak berdebat sedangkan jika korang bahagia dengan pilih
hidup tanpa Tuhan, jadilah atheist yang beratika. Macam Maddox, blogger
terkenal dunia yang selalu kutuk dan hina orang tak makan daging konon sebab
binatang pun ada perasaan, tapi Maddox bagitahu, tak akan hina orang agama yang
haramkan makan daging kerana hormat pilihan agama orang lain, itulah etika
Atheist.
Tapi bila keluar Islam lepas tu kutuk pasal Islam, itu yang
zaman dahulu kena hokum bunuh, Nauzubillah! dalam mazhab Sunnah wal jamaah,
orang murtad ni kita kena dakwah dan pujuk mereka secara lemah lembut, macam
saidina Umar buat di zaman pemerintahanya..
Panjang nak cerita tapi aku dah penat,
Benda ni balik kepada basic nafsu manusia, mana lebih
mujahadah hidup? Sebagai ahli Sunnah? Wahabi? Anti hadis? Atau Atheist?
Secara teorinya, ahli Sunnah wal jamaah yang rujuk 4 sumber,
(Al quran, hadis, Ijmak, dan Qiyas) sudah tentu hidup lebih bermujahadah dalam
mengamalkan agama tapi tetap bahagia (janji Allah, siapa ingat padanya hati
akan tenang) tanpa perlu sibuk kafirkan orang sebaliknya golongan ahli Sunnah
wal jamaah inilah yang banyak keluar berdakwah (rujuk gerakan Tabligh) ke
seluruh dunia.
Mereka keluar berdakwah untuk jumpa semua orang islam sama
ada tak solat, tak puasa, tak bayar zakat, atau murtad, tapi mereka (gerakan
tabligh) datang pujuk rayu mereka kepada Islam yang asal.
Secara teori, menjadi geng Wahabi lebih mudah sebab dah tak
payah ikut pendapat ulamak tapi hati mereka tak tenang sebab sibuk kafirkan
orang, dan sanggup bunuh orang yang tak sependapat dengan mereka. (rujuk
pengganas islam yang berfahaman wahabi)
Secara teori juga, golongan anti hadis, hidup lebih mudah
dari wahabi sebab dah tak payah ikut mana mana hadis, jadi selamba tak solat,
tapi hati tak tenang, sebab tu sanggup datang blog aku dan komen setiap hari
tuduh aku syirik sebab sembah kaabah. Adohai..
Secara teori juga, golongan murtad lagi senang hidup, tolak
semua, tolak Al quran, tolak hadis, tolak ulamak, tapi hati tak tenang sebab
mereka ada datang ke blog aku mengaku hati tak tetang dan rasa nak bunuh diri.
Bukan semualah, tapi itulah cerita aku, pengalaman aku
berdebat dengan mereka, dan pilihan hidup masing masing.
Aku rasa sampai sini sajer aku cerita kisah orang islam
bergaduh sesama islam, ada banyak lagi pecahan, seperti geng sembah kubur, geng
solat pakai niat, Nabi palsu dan lain lain, tapi wahabi, anti hadis dan murtad
ni yang lantang bersuara di blog aku akhir akhir ni, itu yang aku luang masa
tulis untuk sedikit pencerahan.
Menurut hadis, Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan,
hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Secara ringkas:
A) Golongan penyokong parti politik pilihan saya sahaja
masuk syurga, lagi 72 parti semua masuk neraka, undilah parti pilihan saya jika
mahu syurga! tak undi kami, masuk neraka!
B) Golongan Anti hadis daif, (Wahabi) cukup hadis soheh
pegangan kami, yang lain semua bidaah, masuk neraka!
C) Golongan Anti semua hadis. Al quran sahaja pegangan kami,
siapa sekutukan Al Quran dengan hadis, adalah ahli neraka!
D) Golongan Anti Sahabat Nabi, kecuali Sahabat tertentu
pilihan mereka. Siapa sokong sahabat Nabi yang kami benci, mereka ahli neraka!
(Syiah)
E) Golongan yang fikir risau terhadap 72 golongan lagi dan
berusaha dakwah mereka kepada Sunnah wal Jamaah agar semua selamat dari azap
api neraka.
Akhir kata, jika ada masa dan rezeki, akan ada pendakwah
Sunnah wal jamaah akan pergi berdakwah rumah korang semua, datang mereka bukan
nak kafirkan korang, tapi nak ajak kepada Sunnah Nabi SAW, ajak dengan lemah
lembut, insyaAllah.
Korang mungkin akan caci dan maki mereka, atau lari, tapi
mereka akan teruskan usaha kerana mereka telah mendapat kemanisan iman dalam
kerja dakwah mereka. Jika korang tak nak, mereka akan beredar dengan doa dan
sangka baik, InsyaAllah.
Dulu, Allah suruh Nabi Musa Berdakwah kepada Firaun yang
mengaku Tuhan, sedangkan Allah Maha Mengetahui bahawa Fiaraun laknatullah akan
tetap mati tidak beriman, kerana itulah pilihan hati Firaun, namun di jalanan,
ketika Nabi Musa Berdakwah, Seribu ahli sihir Firaun telah masuk Islam.
Begitulah berkembangnya ajaran Sunnah wal Jamaah, Jumpa korang tapi korang
bangga tak nak, InsyaAllah di jalanan, akan ada yang nak, sebab tu Sunnah Wal
Jamaah 90% di dunia ini (rujuk wiki) sebab mereka keluar berdakwah sebagaimana
Nabi-Nabi terdahulu keluar berdakwah. Deep nih!
Last,. Sesungguhnya aku sayang korang semua, dan aku setuju
Jemaah dakwah datang ketuk pintu rumah korang dan ajak kepada Sunnah. Dalam
jamaah dakwah, semua mazhab ada, Hanafi, Maliki, Shafee, Hambali dan lain lain.
Mungkin satu hari nanti, Geng Wahabi yang bertaubat, anti hadis yang bertaubat
dan geng murtad yang bertaubat serta lain lain fahaman dapat bersatu dalam
kerja dakwah dan tabligh, inysAllah.
Kata-kata akhir, menjadi seorang yang hidup beragama Islam Ajaran
Sunnah wal jamaah sebenarnya tidak mudah, ianya adalah satu perjuangan yang
sukar. Hidup akan selalu di uji kerana itulah maksud hidup. Firman Tuhan: “Jangan
mengaku beriman sebelum kamu di uji.”
Akhir kata, Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' sesama
kita. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan
aku mati dalam fahaman Sunnah Wal Jamaah. Amin.
Lakum Di Nukum wa liyadin.
Jun 2, 2016
Kisah laki Bini Special Edition?
Sekambalinya Laki dari solat berjemaah, lantas bertemu bini
yang sedia menanti dirumah adalah salah satu nikmat hidup yang besar, atau
pergi haji bersama bini dan lain lain ibadat yang dibuat bersama laki bini,
bukan sahaja menambah seri nikmat hidup, pahala juga bertambah-tambah.
Malahan
ada Hadis menceritakan kisah seorang hamba Allah yang mahu beribadat seumur
hidup tanpa berbini, tapi di larang oleh baginda besar Nabi Muhammad SAW dengan
bersabda;
“Barangsiapa yang mampu untuk berbini tetapi tidak berbini
maka dia bukan dari umatku” (riwayat Tabrani & Baihaqi).
Jadi, Ada apa dengan Kisah Laki bini?
****
"Kenapa macam banyak sangat awak tinggal puasa ni?, dah
macam sebulan awak tak puasa saya rasa? Nampak macam hari hari awak ganti
puasa, dulu lupa niat ke apa?"
Soal Encik laki pada Puan bini pada awal bulan Syaaban.
"Abang dah lupa ke?, siapa yang buat saya mengandung
dan beranak di hujung Syaaban tahun lepas?, lalu berpantang dari bulan puasa
hingga Syawal? menyusu lagi sampai masuk Syaaban tahun ini, abang dah lupa?”
Dalam hati laki: menyesal tanya, salah aku rupanya, adohai..
****
Bini Whatsapp,
“Abang nak makan apa sahur nanti?”
Aku reply:
“Nasi lauk ikan, demi...”
Bini aku tanya balik.
“demi apa?”
Aku terus balas:
“demi cintaku padamu”
Woha!
Jadi begitulah lebih kurang gurau senda Laki Bini di Bulan
Syaaban, lalu lanjutan seluruh cerita dalam buku ini adalah himpunan kisah Laki
bini yang berlaku di sepanjang bulan Ramadhan, selain berkisah tentang isu
“Demi cintaku padamu”, buku ini juga berkisar tentang ”Demi masa, sesungguhnya
semua manusia dalam kerugian, kecuali orang beriman, dan beramal soleh, dan
berpesan dengan perkara hak dan berpesan dengan kesabaran”
Akarian, merujuk kepada tajuk E-Book ini, “kisah Laki Bini
di bulan puasa” maka ulasan ringkas isi kandungan E-Book ini adalah cerita
tentang beberapa perkara yang menguji iman dan kesabaran kehidupan laki bini
menempuh suka duka di sepanjang ramadhan yang hakikatnya lebih bermakna lantaran
berpuasa dalam status Laki bini.
Kenapa lebih bermakna? Ini adalah kerana selain pahala bulan
puasa yang memang sedia ada sudah berganda, pahala selepas “berpesan dengan
perkara hak dan berpesan dengan kesabaran” dalam kehidupan laki bini juga berganda
ganda.
InsyaAllah.
******
“Eh? Abang dari mana tadi?”
“klinik gigi”
“sebab?”
“Abang nak pastikan jasad (gigi) bersih dulu sebelum masuk
bulan Ramadhan, dan focus untuk bersihkan rohani (hati) di bulan puasa”
Chewah!
****
Sungguh antara perkara yang indah sewaktu berpuasa dalam
status laki bini adalah, waktu sahur dan berbuka puasa kita berteman, terawih
dan tahajud juga berteman, bukan teman biasa, teman tapi mesra, chewah.., namun
hati-hati juga, kerana jika tersilap bermesra, puasa dua bulan berturut
turutlah kita, adohai!,
Semoga kisah Laki Bini dalam buku ini memberi sedikit
sebanyak manfaat kepada semua laki bini atau bakal laki bini dalam menempuh
suka duka kehidupan rumah tangga sepanjang bulan puasa khususnya dan sepanjang
kehidupan amnya, semoga cinta laki bini masing-masing selamat sampai ke hari
tua, dan bisa tembus kepintu syurga lalu menjadilah laki bini yang muda
selamanya di sana, amin..
Selamat berpuasa, selamat mencari lailatul qadar, selamat
bersatu di lailatul jaizah, dan semoga “Woha” bisa tembus ke pintu shurga,
Amin..
***
"Mari sini abang nak bagi tazkirah sikit"
Kata laki yang baru balik dari tarawih malam pertama.
Bini sambil hidang nasi dan lauk atas meja, tersenyum sambil
kagum dari dekat.
Kemudian berkata-katalah lakinya..
"Awak tahu tak, apabila tiba malam pertama dari bulan
Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan
‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang
pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang
tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian
muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di
anjung syurga dan bertanya:
" Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?"
Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada
para bidadari-bidadari itu dengan berkata,
"Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan.
Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat
Muhammad s.a.w."
Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy
yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..
Namun di bumi, sebelum bulan Ramadhan lagi, telah terdengar
bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan
sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...
Bisikan itu berbunyi:
"Yusuf... Taiyoob.."
Woha!
****
Puasa hari pertama ada saudara datang ziarah, kelam kabut
urus itu ini, sekali kami semua tertinggal solat zohor berjemaah, dah 20 minit
berlalu dari azan zohor, oleh sebab kami pun ramai, jadi kami buat keputusan
untuk solat zohor berjemaah di rumah kereta mayat, lalu timbul masalah dalam
bab melantik iman.
Nota: Sebaik solat bagi lelaki ada tiga. Iaitu berjemaah,
tempat azan di azankan, dan awal waktu. Seandainya ada halangan, pilihlah salah
satu.
Kembali ke babak rumah keretamayat, bab masalah melantik
imam solat berjemaah.
"Tuan rumahlah jadi Iman, bacaan kamu lebih bagus dari
kami"
"kaupun sama bagus, lagipun ini solat zohor, bukannya
baca kuat, kaulah"
"awaklah imam, sebab awak lebih berumur"
"eh, apsal pulak?, bagi dia ni jadi imam, anak dia
lebih ramai"
"eh? Saya dah iqamat tadi, bagi dia, pakai full
sunnah"
Dalam tolak menolak, Puan Bini menyampuk:
"tak payah gaduh, biar Hamka jadi imam, sebab gigi dia
lebih putih dari korang semua, baru cuci gigi sehari sebelum Ramadhan!"
Woha!
(Teknik pilih imam, pastikan bacaan Al quran paling bagus,
atau lebih berumur, atau sudah berkahwin, gigi bersih tu bonus. He he.)
Akhir kata: Kami Laki Bini minta maaf zahir dan batin pada
semua pembaca andai ada salah dan silap, Selamat menyambut Ramadhan, Selamat
bertamu lailatul Qadar, dan Lailatul Jaezah!.Semoga Woha sampai Syurga
Ps: Ditulis dalam keadaan gigi bersih berseri-seri, tapi
hati masih kotor, semoga di beri peluang oleh-Nya untuk sucikan hati di Ramadhan
ini- Amin.
Ps2: Pada tubuh kita ni, ada satu daging, yang mana jika
baik daging tu, maka baiklah semua anggota yang lain. Daging itu adalah hati.
Semoga puasa kita dapat membersihkan hati masing masing. Amin.
(DIPETIK DARI E BOOK KISAH LAKI BINI DI BULAN PUASA bab
Pengenalan, Harga: RM10-280 Muka surat)
Cara nak beli:
Bank in RM10 kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)
Atau Pm di FB, dan hantar bukti bayaran di FB, Saya akan hantar ke mesej FB anda sesegera mungkin, InsyaAllah.
Selamat Menyambut Ramadhan!
May 24, 2016
Cerita Atheist mencari Tuhan?
(Aku suka sebenarnya bila dapat tahu ada anti hadis, anti Al
quran, dan orang bukan agama islam juga ada membaca blog aku, tak tahu korang
datang dari mana, semoga tulisan aku menjadi panduan dan asbab kebaikkan kepada
kita semua dalam kehidupan yang singkat ini, sesunguhnya mati itu tiba tiba,
dan mungkin ini adalah entry terakhir yang anda sempat baca…)
Copy paste Keluhan Pakcik tidak bertuhan:
Selepas menjadi atheist di sepanjang hidup saya, dan sebaik
saja saya berjaya pulih dari krisis pertengahan umur yang menyedihkan, akhirnya
saya membuat keputusan, harus ada sesuatu kehidupan selepas mati yang lebih
baik dari kehidupan di dunia ini. Pakar falsafah sering mengatakan kita perlu
mencari makna hidup dengan mencari sendiri, atau mencipta sendiri maksud hidup,
tapi apabila kita berhadapan dengan alam semesta yang sangat besar luas tidak
berpenghujung yang langsung tak peduli dengan kehadiran kita, maka mencipta
maksud hidup adalah satu tugas yang sangat sukar.
Dengan falsafah mencari sendiri maksud hidup, anda akan
sentiasa hidup bersendirian. Dan adalah sukar untuk mencari maksud hidup
apabila anda bersendirian. Saya pernah percaya bahawa alam semesta benar-benar
terjadi sendiri secara automatic dan kemudian secara mekanikal. Dan kemudian
secara metafosis, Tetapi Sains tidak dapat menjelaskan segala-galanya. Tiada
seorang pun saksi yang berada di permulaan alam semseta.
Jadi, pada usia 55, ateisme langsung tidak membantu
kerohanian saya, saya sangat terdesak untuk mencari maksud hidup yang lebih
bermakna. Perasaan terdesak tu macam batu besar menekan dada, dan ianya buat
saya sangat tertekan dan mahu bunuh diti, tapi sekejap, bagaimana jika Tuhan itu
ada?, ianya membuatkan saya lagi tertekan, lalu bila dinafikan bahawa Tuhan
tiada dan saya akan mati dan tidak dipedulikan oleh Kosmos, buat saya lagi
tertekan!
Sesiapa di luar sana, tolonglah saya mencari maksud hidup,
tolonglah saya mencari Tuhan. Tolonglah.
Hamka Keretamayat said:
Pakcik…
Tuhan itu sudah pasti ada, buktinya adalah kewujudan kita
yang sebaik baik kejadian, jika kita melihat lukisan yang cantik, lalu kita
memuji dengan berkata, sungguh hebat
orang yang melukis lukisan ini, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada
pelukis walaupun kita tak pernah jumpa dengan si pelukis.
Maka, alam semesta yang besar dan indah ini, juga sangat
hebat dan mengkagumkan, alangkah hebatnya Pencipta alam semesta ini? maka
pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada Tuhan semesta alam walaupun kita tak
pernah jumpa dengan Tuhan.
Lalu marilah saya pimpin anda untuk mencari Tuhan.
InsyaAllah.
Dengan izin, sebelum itu kredit saya dahulukan kepada
penulis buku “The Man in the Red Underpants” yang di tulis oleh A.R. Green.
Buku itu adalah mencerita berkenaan Common sense dalam
mencari Tuhan. Dan sebahagian dari apa yang saya kongsikan di bawah, di olah
dari beberapa contoh dari buku tersebut.
Contohnya, Apa yang korang akan buat, jika tiba tiba ada
lelaki yang hanya pakai seluar dalam warna merah datang ketuk pintu nak semak
meter elektrik?
Adakah korang akan benarkan dia masuk?
Atau tanya surat kuasa?
Atau aku rasa, korang pasti akan halau dia, yang mana apapun
tindakan korang, maka ianya adalah berdasarkan logic tindakan manusia.
Dan secara logic kita tahu lelaki itu tak datang secara tiba
tiba, pasti di hantar oleh seseorang, atau pasti ada sebab yang buat dia
tergamak pakai seluar dalam warna merah dan tiba tiba ketuk pintu rumah nak
semak bil elektrik.
Ya, logiknya dia seorang yang gila. Atau mungkin dipaksa
oleh satu kuasa, kena ugut oleh gangster mungkin? Apa pun yang bermain di
fikiran kita, lelaki berseluar dalam itu muncul bukan secara semula jadi, ada
sebab dia bertindak demikan…
Tak payah siasat, Cuma bila kita bercerita tentang logic,
kita bersetuju bahawa kita ini adalah sebahagian dari alam semesta. Kita
bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’. Dan kita bersetuju
bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’?
Dunia ini menjadi semakin stabil dalam kehidupan manusia
apabila manusia memperkenalkan standard, seperti ISO yang menyeragamkan semua
pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan genarasi zaman moden menjadi lebih
berkesan, sebagai contoh, skru yang kita beli di kedai, ada saiz yang standard,
pemutar skru juga ada standard, lubang yang nak diputar ada arah yang standard,
dari mana standard ini datang?, kita semua tahu sudah, ianya bukan datang
secara semula jadi, tapi dari
kesepakatan perwakilan dunia, lalu muncullah ISO, Internasional Standard of
Organitation.
Contoh lain, Jika kita kumpulkan bahan-bahan yang boleh
menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi, kaca, polimer,getah dan
lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir, berapa tahun masa yang
perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan menjadi Smart phone?
Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.
Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api,
angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan
berevolusi menjadi ikan, dinasour, monyet, pokok, rama rama, gunung, kumbang,
cacak, terung, pisang, panda, dan tiba
tiba anatar semua hidupan itu, muncul manusia?
Ketahuilah, telefon juga berevolution, dulu telefon besar
gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan, dulu hanya satu
fungsi, sekarang semua fungsi ada, tapi telefon bukan berevolution sendiri, ada
orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi, maka sudah pasti
ada kuasa yang menguruskannya.
Sebagai contoh: Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya
mengelilingi matahari selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan
planet lain? Oh tak berlanggar sebab ada orbit? Siapa cipta orbit? Matahari
atau bumi? Dan setiap bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan
sudut permukaan yang sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka
berlakulah siang dan malam, bagi garisan khalistustiwa, maka putaran bumi
adalah 12 jam siang dan 12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas
sepanjang tahun kecuali di bulan Desember, iaitu lokasi bumi di salah satu
sudut alam semeta yang buatkan berlakunya taburan hujan yang tinggi setiap
tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat musim yang konsten setiap tahun,
musim panas, musim gugur, musim luruh dan musim salji, oh tidak lupa pasang
surut air laur yang di kawal oleh gravity bulan. Jadi siapa yang kawal semua
ini? Semula jadi?
Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big
bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemduan,
kita semua ada smart phone?
Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta
yang Maha Kuasa?
Guna Common sense, adakah lelaki yang pakai seluar dalam
merah tu tiba tiba sahaja ada?
Maka, pasti dan pasti, dunia dan seluruh alam semesta ini di
cipta oleh yang Maha Kuasa.
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia,
siapa yang cipta Tuhan?,
Untuk masalah ini, bayangkan kes penembak tepat yang sudah
bersedia menembak sasaran, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi
pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan
lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh
menembak?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox,
adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas
melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan
satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta
sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik,
kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu,
maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan
Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat
Tuhan yang berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila
semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan
bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling
memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik,
maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan
adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Jadi, kepada semua atheist yang mahu mencari maksud hidup sekalian,
jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal,
tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama
dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari
ciptaan-NYa
Kita boleh terima, bahawa dunia ini di cipta dengan logic
sains, ada sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air,
Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api
serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga
jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan
cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya
datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga
disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk
meraihnya atau mengabaikannya.
Aku ada baca komen dari Atheist yang nak bunuh diri kerana
katanya, Cinta tidak wujud. Dia sering dikhiati wanita dan hidup berputus asa
untuk mencari cinta, akhirnya dia hidup tanpa cinta dan ingin bunuh diri dalam
keadaaan sedih.
Persoalannya, Adakah benar cinta tidak wujud? Atau dia yang
berputus asa dalam mencari Cinta? Sehingga cinta tiada dalam dunianya.
Dan aku juga pernah jumpa lelaki yang nak bunuh diri kerana
katanya, Tuhan tidak wujud. Dia pernah berdoa, tapi katanya Tuhan tidak ada
sebab doa tidak makbul, dan hidup berputus asa untuk mencari Tuhan, akhirnya
dia hidup tanpa Tuhan dan mati dalam keadaaan sedih.
Jadi, adakah benar Tuhan tidak wujud? Atau dia yang berputus
asa dalam mencari Tuhan? Sehingga Tuhan tiada dalam dunianya.
Begitulah dunia ini, ada yang mati kerana tidak jumpa air,
ada yang mati kesejukkan kerana tidak bertemu api, dan ada yang mati kesedihan
kerana tidak bertemu cinta, dan ada yang mati lagi sedih sebab tidak bertemu
Tuhan.
Jadi, mencari Tuhan perlu pada usaha, bukan setakat tunggu
datang depan mata, air pun perlu di ambil dalam perigi, api perlu di cari bahan
bakar, cinta perlu di cari pasangan, anak perlu kepada perkahwinan, maka untuk
mencari Tuhan, maka perlu pada usaha kerana Tuhan cipta dunia ini dengan logic
sains. Siapa yang berusaha akan dapat, siapa yang berputus asa akan kecewa.
Maka untuk itu, sudah pasti Tuhan akan hantar wakilnya untuk
bagitahu jawapan berkenaan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini,
dan kemana saya selapas ini.
Maka carilah seorang Nabi yang paling common sense, iaitu
ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, carilah Nabi yang
hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk
hidup, jaga kambing misalnya.(hint)
Carilah seorang Nabi yang jika dunia ini ada orang paling
berpengaruh, maka dialah orangnya kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi
pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai
mengambil hati, dan pandai serba serbi.
Jika Nabi ini membawa kitab, pastikan kitab yang kita baca
itu sama macam asal, dengan bilangan ayatnya, dengan sebutannya, dengan
keasliannya. Jika kitab yang kita baca di tulis dengan pelbagai versi, makan
mana pergi logic sains kita nak terima beritanya?
Kitab itu pulak, isinya bukan cerita yang bertentangan
dengan logic sains, pastikan kitab tu penuh dengan common sense, penuh dengan
arahan yang sepatutnya, seperti taat ibu bapa, jangan berzina, tolong orang
miskin dan sebagainya, mungkin dalam kitab itu ada cerita yang di zaman itu
manusia tak tahu pun seperti, rahsia cap jari, teori big bang, proses
kelahiran, kegelapan laut, green teknologi, lapisan tanah dan lain lain yang
sangat membantu bagi mereka yang mahu menggunakan akal.
Sebagai penutup, cuba baca keluhah beberapa atheist di
bawah:
Atheist 1:
“Bro, Saya tidak pasti jika anda sengaja menyindir atau
benar-benar percaya . Tidak setiap atheist membunuh diri yang alami kemurungan.
Walau bagaimanapun, saya bersetuju bahawa kekurangan agama buatkan athest
membunuh diri, orang agama percaya kehidupan mereka mempunyai tujuan, walaupun
mereka lakukan pada dasarnya adalah perkara yang sama dalam kehidupan hari
seorang atheist. Tapi perbuatan mereka di sandarkan untuk kehidupan seterusnya,
membuatkan mereka, dalam perang pun lebih berani daripada atheist. Saya percaya
bahawa agama sangat membantu psikologi manusia untuk meneruskan kehidupan di
saat sukar dalam hidup. Bila mereka sakit, agama juga membuatkan mereka tabah
menghadapi kematian. Saya pun tiada masalah pujuk mereka yang kemurungan agar
memilih agama sebagai penyelesaian.”
Atheist 2:
Saya seorang yang tidak percaya kepada Tuhan, namun hidup
saya baik sahaja, sehinggalah anak perempuan saya membunuh diri tahun lepas,
saya sedih. Saya menggalakkan anak saya yang lain untuk hidup dengan beragama,
sekurangnya mereka tidak bunuh diri macam anak sulung saya. Percayalah,
mendengar berita anak kesayangan membunuh diri adalah perkara buruk dalam
hidup. Saya akui, kehidupan orang yang percaya pada tuhan, jauh lebih baik jika
mereka tidak berlebihan. Sama macam makan ubat, jangan berlebihan, jadi saya
nasihat anak saya supaya hidup Bergama, tapi jangan berlebihan.
Atheist 3:
Dua bulan yang lepas, seorang teman saya mati bunuh diri.
Beliau adalah orang pertama dalam hidup yang saya berjaya pengaruhi daripada
hidup Beragama kepada atheist. Walaupun
saya tidak tahu punca beliau bunuh diri, tapi saya rasa bersalah kerana saya
pasti, jika beliau dalam agama yang lama, pasti beliau tidak bunuh diri, saya
sangat kenal dia. Terbaru, seorang kawan kepada beliau, yang juga masih baru
menyesuaikan diri dengan realiti bahawa Tuhan tidak wujud telah alami masalah
kemurungan. Walaupun saya tidak fikir dia akan membunuh diri, tapi saya tidak
terkejut jika beliau berfikir untuk bunuh diri setiap masa.
Ini adalah sesuatu yang kita tidak suka mengakui, tetapi ia
adalah benar. Terdapat masalah dalam masyarakat atheist iaitu masalah
kemurungan dan bunuh diri. Saya tahu bahawa kita semua ingin percaya bahawa
atheist adalah orang yang lebih bahagia daripada orang beragama dengan
kebebasan hidup kita. Tetapi kita juga
perlu menerima hakikat bahawa dalam beberapa cabang kehidupan, mereka orang
beragama jauh lebih bahagia. Terutama when shit happens.
Perasaan teruja adalah kebahagiaan. Manusia gembira apabila mereka tidak tahu apa yang
sedang berlaku di masa depan lalu menempuhnya dengan penuh teruja. Tetapi
apabila manusia tahu apa yang sedang berlaku, apabila mereka benar-benar
mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai realiti, bahawa tuhan tidak wujud,
dan hidup ini semakin memburuk, yang muda menjadi tua, yang kuat menjadi lemah.
Di hujung usia kita hanyalah makluk lemah yang menderita pelbagai penyakit.
Lalu kenapa perlu hidup lama dengan penuh menderita jika mati tiada apa apa
kesalahan?
Di sini bermula kemurungan, Orang yang beragama, apabila
hadapi tekanan hidup, mereka boleh mencari bantuan dan harapan dalam institusi
agama mereka, tetapi atheist biasanya hanya boleh mencari dalam internet atau
mencari bantuan dalam komuniti kecil tempatan yang selalunya tidak membantupun.
Kemudian terdapat tempoh peralihan di mana seorang atheist
baru yang baru sedar tuhan tidak wujud, tapi kehilangan tuhan merupakan bencana
besar bagi mereka, apabila tuhan yang mereka percaya rupanya adalah palsu.
Sehingga mereka benar-benar merasa kesepian dan juga marah dan juga kecewa lalu
menjadi murung yang tidak berkesudahan yang kebanyakkanya membunuh diri(berlaku
pada orang yang saya kenal)
Kita perlu bertindak dengan lebih baik. Atheist tidak perlu
hidup dengan menderita semata-mata. Kita perlu cuba untuk mendekati mereka yang
memerlukan bantuan dan mereka yang memerlukan bantuan perlu sebenarnya
mendekati dan mendapatkan bantuan yang mereka perlukan. Mujurlah, terdapat
banyak atheist yang pergi ke dalam bidang psikologi dan psikiatri. Jangan
menderita secara senyap-senyap dan hadapi seorang diri. Jiwa tidak mampu
menjawab persoalan secara sendirian.
Bergabunglah dengan athesti yang lebih tua, kongsi masalah
dan falsafah hidup bersama, kita orang yang tidak bertuhan adalah insan paling
bebas, gunakan kebebasan kita untuk nikmati hidup. Bukan guna kebebasan untuk
akhiri hidup. (bunuh diri)
Tolong jangan bersendirian hadapi kemurungan, bergaullah
dengan kawan kawan yang senasib dengan kita.
Aitheist 4:
Saya telah menjadi atheist sejak umur 14 tahun, selepas itu hidup saya tertekan kerana tiada
tujuan, dan saya pernah membunuh diri
tapi gagal, semenjak itu saya menjadi seoarang yang sangat murung.
Sekarang saya masih berfikir tentang membunuh diri. Sebab saya tak tahu kenapa perlu teruskan
hidup, Tiada orang bodoh datang berbohong dan memberitahu saya keadaan akan
menjadi lebih baik. Hanya Dr. dengan pil yang cuba membantu tapi tidak
Berjaya.
Saya kini 46. There are
atheists in fox holes. I'm there dan bukan sahaja Tuhan tidak wujud bagi saya,
malahan cinta dan kawan juga tidak wujud dalam hidup saya. Saya ada perasaan
cinta pada orang lain, tapi orang lain tiada perasaaan cinta pada saya, kerana
cinta tidak wujud dalam dunia saya, inilah pengakuan jujur dari saya, Saya
benci dunia ini dan bertambah sedih kerana tiada dunia lain yang boleh saya
miliki. Hidup tanpa kasih sayang wanita buatkan hidup saya tiada makna, kini saya
hanya menjerit dalam gelap.
Ex-Atheist 5:
Saya datang ke forum ini ketika mencari hubungan antara
ateisme dan bunuh diri selepas mendengar berita Robin Williams bunuh diri. Saya
pernah menjadi seorang nihilist dan bila baca someone on this forum fear non-existence
was close but not true for me.
Semasa saya nihilist,
saya tidak mempunyai rasa takut kepada non-existence, I knew that I was
fundamentally absurd, just like the rest of reality. dan itulah yang memberi tekanan yang maha
hebat dalam hidup saya. Saya tahu bahawa saya akan hilang begitu sahaja, I was
a hypocrite whenever I lived or did anything contributing to the delusion that
life is important, special, valuable, or real. Sehinggalah akhirnya saya cuba
membunuh diri untuk melepaskan diri dari non-existence. Tapi akhirnya saya
diselamatkan, dan saya tidak mahu bercerita tentang pengalaman rohani di sini
namun hidup sebagai seorang beragama sekarang, adalah sejuta kali lebih baik
dari hidup sebagai nihilis.
******
Ok, cukuplah 5 keluhan Atheist yang aku copy paste. Akhir
kata kepada Pakcik yang yang mencari Tuhan.
Sesungguhnya.
Hidup perlukan kasih sayang dan kasih sayang boleh datang
daripada pasangan, rakan rakan, dan keluarga. Tetapi pasangan, rakan-rakan, dan
keluarga boleh mengasihi kita satu hari dan tidak mengindahkan kita pada hari
esok. Sebab tu ramai yang bunuh diri bila pasangannya curang. Bagi orang yang
beragama, cinta dari Tuhan adalah infiniti dan akan sentiasa ada untuk kita.
Hakikatnya, penderitaan membawa kita lebih dekat dengan sumber
untuk dicintai dan disayangi, biasa orang menderita akan pergi pada pelukan
orang tersayang, isteri, ibu, anak-anak, tapi bagaimana jika orang tersayang
berpaling tadah atau sudah tiada?. Di sinilah masalah berlaku bagi orang yang
tidak bertuhan, mereka mungkin akan pergi pada doctor atau mengasingkan diri
dan ditimpa kemurungan kerana tiada kasih sayang dari Tuhan.
Keperluan manusia bukan setakat makanan, udara, pakaian,
tapi semua manusia perlu pada harapan. Tanpa harapan hidup akan musnah.
Orang yang beriman mengetahui bahawa hidup bersendirian
adalah ilusi kerana semua insan hidup
diperhatikan Tuhan. Tapi bagi seorang atheist, hidup bersendirian adalah
realiti. Jika kehidupan sosial anda tidak berjalan dengan baik, anda
keseorangan. Jika anda ada masalah kewangan yang teruk, anda keseorangan. Jika
anda kekurangan, anda keseorangan.
Sudah tentu terdapat banyak atheist gembira. Tetapi apabila
kehidupan ditimpa masalah besar, di mana mereka boleh berpaling? Pergi ke pakar
psikiatri, terapi talk, pil tenang fikiran, atau bunuh diri?
Agama bukan sekadar sistem sokongan. Ia adalah sudut
pandang. Kita dapat melihat dunia ini berhubungan dengan dunia lain yang jauh
lebih besar kerana sudut pandang yang berbeza. Kita tahu bahawa minda sedar
kita hanya mampu melihat sebahagian kecil daripada keseluruhan dunia.
Atheist mengecilkan sudut pandang mereka. Anda memandang
keseluruhan dunia dengan ego sedar anda.
Bila anda di timpa masalah, ego sedar anda hanya mampu
meminta bantuan dari manusia yang juga lemah seperti anda, mereka pun ada
masalah mereka sendiri, tapi bagi orang agama, masalah di minta kepada Yang
Maha Berkuasa, sebab itu hati mereka tenang walaupun di timpa masalah.
Menjadi seorang yang beragama tidak mudah, ianya adalah satu
perjuangan yang sukar. Hidup selalu di uji. (jangan mengaku beriman sebelum
kamu di uji). Jika hidup bergagama itu mudah, maka semua orang akan layan agama
macam pesta.
Sesungguhnya, Di dunia ini ada orang Beragama yang tidak
bahagia, dan ada orang yang tidak beragama juga menderita. Begitulah
sebaliknya, ada orang agama yang bahagia dan ada orang yang tidak beragama juga
bahagia, tapi di waktu mati, orang beragama lebih bahahagia kerana mereka berfalsafah dengan
kematian. Woha!
Bak kata seorang pengomen, If I die and I’am right I WIN! If
I die and you are right I still WIN! Why? Cause I lived my life with a greater
hope. If I die and I’am right You LOSE! If I die and you are right YOU still
LOSE,cause Atheism produces hopelessness in life. Deep nih, Please take note.
Akhir kata (berapi kali akhir kata daa), Sebagai orang Islam, dan selepas baca pengakuan
Atheist yang masuk islam seperti Bekas Paderi, Doktor, Ahli Sukan, dan lain
lain, terbukti islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang
dengan mata pedang, buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum
arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk
bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk
islam, malahan ugama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding
dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut Guinness Book of World Records,
islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh dunia.
Copy/paste
According to the Guinness Book of World Records, Islam is
the world’s fastest-growing religion by number of conversions each year:
Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in Islam
lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5
million more people converted to Islam than to Christianity.
Jadi, pointnya di sini, sama macam urusan dunia, iaitu dalam
menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, kita baca
journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan analisis, dan
kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori dan
hokum. Beza antara testomoni dan expert opinion, juga beza psedoscince dan
sains. Yang mana at the end. Fakta tetap fakta.
Maka dalam bab agama, bagi Atheist di luar sana, perkara
sama juga anda kena buat, kena kaji dan siasat, kita rujuk semua
dokumentasi, kita rujuk data, kena buat
perbadingan analisis, dan rujuk kajian keisanambungan, yang mana jika kita bias
dalam kajian bab agama, maka jadilah kita sehingga kita menolak fakta dan
menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek moyang,
atau tolak kewujudan Tuhan dan mati bunuh diri, adohai..
So, dalam pengalaman mencari Tuhan, boleh rujuk pengalaman Malcolm
X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan
lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari Tuhan, mengkaji semua
agama dan buat perbandingan yang mana akhirnya memilih agama Islam kerana
paling common sense. Paling tepat untuk ummat manusia.
Ops, satu lagi, jika nak kaji tentang Islam pula, jangan
tengok orang islam, sebab ada orang islam yang nama sahaja islam tapi perangai
tidak islam, perkara ini ada di tulis dalam kitab Al quran 1400 tahun dahulu,
(orang munafik) Jadi, jika nak tengok Islam, tengoklah Kitabnya, itulah yang
dilakukan oleh Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben
Abu Bakr, dan lain-lain.
Ok, sudah panjang saya membebel, selamat masuk agama Islam.
Akhir cerita, Hari tu ada tengok pasangan kekasih
bertengkar, rupanya si awek ni kena marah sebab gagal cari si pakwe, telefon
hilang, no phone hilang, alamat semua hilang, jadi waktu si pakwe ni marah kat
si awek dia jerit:
“Tak tahu nak cari saya kat mana? Eh awak, Jika kita ikhlas
mencari, Tuhan pun boleh kita jumpa, inikan pulak saya!”
Perggh, deep betul ayat dia. Woha!
Ok, sampai sini dulu, Semoga Allah kurniakan pakcik, dan
kita semua; Syurga yang abadi.
Amin.
Ps: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan aku mati dalam keadaan taat kepada Allah dan Rasul. Lakum Di Nukum wa liyadin.
May 18, 2016
Anti Hadis Meroyan?
(Orang mengaku Rasul Melayu dengar khabar sudah bertaubat, Alhamdulillah, Aku doakan anti hadis di beri hidayat dan petunjuk untuk bertaubat, dan aku juga berdoa agar kita semua di beri jalan yang lurus dan mendapat keampunan-Nya, amin)
Pada suatu hari, di zaman duduk asrama. Aku capai buku hadis, (ehem, ehem)
Pok Mang (bukan nama sebernar) capai buku komik.
Kata Pok Mang, lebih baik baca komik dari baca hadis, sebab
komik ni walau menipu tapi menghiburkan, hadis pulak, semua palsu, semua tipu
dan penuh ancaman.
Rupanya Pok Mang anti hadis, kata Pok Mang, hadis ni ciptaan
manusia, ciptaan orang arab untuk tipu semua manusia. Al quran sahaja yang
betul. Lebih baik baca komik dari baca hadis!
Stop kejap kisah aku dan Pok Mang anti hadis di atas, sebab,
rupanya di ruang komen blog keretamayat. Ada juga insan lain bernama Pok Mang sedang
meroyan kutuk ulamak arab.
Pok Mang kata dia percaya pada Al quran sahaja, hadis semua
palsu. nak jugak aku berdebat dengannya, tapi bila dia kata orang Islam sembah Kaabah
sama macam sembah berhala, dan semua orang pergi haji syirikkan Allah dengan
batu, buat aku rasa buang masa berdebat dengan orang bodoh macam gini,
Lagipun di ruang komen ada orang cuba bagi Ayat Al quran
kisah syaitan yang tak nak sujud pada Nabi adam, sebab konon nak sembah Allah
sahaja, lalu kena laknat, tapi Pok Mang pusing tafsir lain seolah dia lebih
faham Bahasa arab dari ulamak arab.
Lepas tu ada pembaca lain buat anologi Pok Mang anak luar
nikah, sebab IC boleh di palsukan, mana boleh percaya pada IC, Al quran sahaja
betul? tahu pulak Pok Mang marah, tahu pulak IC ni ada yang palsu dan ada yang
betul, sebab ada system yang mana pakar IC boleh sahkan, jadi sama jugak hadis
ni ada yang palsu dan ada yang soheh, pakar hadis boleh sahkan.
Tapi Pok Mang meroyan, lalu bila ada pembaca bagi Link Dr
Maza cabar anti hadis berdebat, katanya tak nak berdebat dengan orang yang
sembah batu. Adohai…
So pesanan ringkas pada Pok Mang.
Al Quran tak turun senaskah dengan hard cover, sahabat yang
sama sampaikan hadis, sahabat yang sama kumpulkan al quran. Ulamak sama yang ambik
hadis dari sahabat, ulamak sama yang ambil Al quran dari sahabat, zaman
berzaman.
Jadi, Jika korang boleh percaya pada Al quran yang
dikumpulkan oleh sahabat, sebagai manusia yang punyai akal yang waras, hadis
pun kita kena percaya bang.
Lainlah korang anggap Al quran turun sebijik terus siap
dengan Hard Cover.. adohai..
Kembali kepada babak aku dan Pok Mang di atas.
Babak yang mana aku sedang baca hadis tapi diperli oleh Pok
Mang yang sedang beca komik.
Katanya baca komik lagi bagus dari baca hadis. sebab komik
ni walau menipu tapi menghiburkan, hadis pulak, semua palsu, semua tipu dan
penuh ancaman.
Ok, aku yang sedang baca hadis (ehem, ehem), tiba tiba berhenti
dari baca hadis.
Pok Mang senyum dan bertanya:
“kenapa?”
Jawab aku sambil tersenyum.
“Dalam hadis yang aku baca tadi bagitahu, siapa baca surah
al Mulk akan dijauhkan azab kubur”
Lalu dari jauh kelihatan Pok Mang yang tidak khuysuk membaca
komik kerana di sisinya ada aku yang sedang khuyuk membaca surah Al Mulk.
Woha!
ps: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang
terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada
pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat
masuk ke dalam Syurga.”-Hadis.
Subscribe to:
Posts (Atom)










