Oct 22, 2014
Kempen Makan Anjing?
(Di Southern China, ada budaya makan anjing, di Malaysia lain
pula ceritanya)
Kepada mereka yang nak jadi pengajur apa jua acara di
Malaysia, tak kiralah korang ni pembakang ke, orang kerajaan ke, NGO ke, apa ke, tolong faham
perasaan majority orang melayu islam yang bermazhab Syafee. Jika benda tu
bercanggah dengan mazhab Syafee, tak payahlah buat sebab nanti ramai mojoriti
yang akan menentang.
Sebagai contoh, jika korang duduk di Iran, dan buat acara
yang bercanggah dengan ajaran Syiah, buat kempen namakan anak dengan Umar atau
Aisyah misalnya, dah tentu korang pun akan kena kutuk siang dan malam.
Jika korang duduk di Afrika, buat kempen belajar Bahasa english,
dah tentu Haram Bako akan datang sembelih semua peserta.
Jika duduk di Iraq, buat kempen yang bercanggah dengan
fahaman ISIS, ada yang kena potong kepala.
So pengajur ni kena cerdik bila nak buat satu-satu acara,
kena rujuk sejarah dan geografi, kena banyak baca surat khabar BM dan buku BM
serta artikel BM bila nak buat kempen di Malaysia.
Jangan syok sendiri dengan
anggap di zaman internet ini, orang akan berfikiran terbuka.
Tak perlu aku tulis tentang hukum pegang anjing sebab dah ramai ustaz cerita, korang boleh rujuk sendiri. aku cuma nak tegur pada siapa siapa yang nak jadi penganjur, jangan buat kerja bodoh lain kali.
Bab agama dan budaya, jika tidak ditangani dengan hati hati, boleh perang
besar. So kepada pengajur, Ini tidak deep, just use common sense, and please take note.
Ps: Southern China has always had a tradition of dining on
dogs. People from other parts of the country even joke that Southerners will
eat anything with legs but the dinner table. But despite becoming more
prosperous in the 1990s, Yulin has maintained the unique tradition of holding a
canine banquet every summer. Copy/paste: (Click YouTube video below for detail)
Oct 21, 2014
Modal untuk Mengadu?
(Nota untuk Muallaf, sebagai junior, lakukan dua perkara ini
dan anda akan menjadi penganut yang maju dalam islam-Insya-Allah)
Selamat datang kepada saudara baru yang terpilih untuk masuk
agama islam. Tahniah aku ucapkan kepada anda semua kerana selepas hidup bebas
boleh minum arak dan berzina, akhirnya anda memilih untuk masuk agama islam
yang mengharamkan semua itu, ternyata anda termasuk dalam orang orang yang mahu
menggunakan akal kerana terbukti bahawa segala ciptaan Allah itu tiada yang sia
sia, Maha Suci Allah, maka peliharakanlah kami dari azab api neraka.
Sebagai senior dalam agama ini, ingin aku beri sedikit
nasihat kepada saudara baru tentang apa yang patut kita sebagai orang islam
buat hari hari. Selain solat 5 waktu seperti yang anda sedia maklum, hari hari
dalam islam juga dituntut agar kita meluangkan masa dalam solat malam mengadu
pada Tuhan.
Bahasa arab di panggil Qiam, atau tahajjud, senang cerita
setiap hari ummat islam digalakkan bersembahyang tahajjud dan selepas solat
tahajjud, kita digalakkan berdoa panjang panjang tentang masalah atau peristiwa
yang menimpa kita setiap hari. Ini yang dimaksudkan dengan mengadu pada Tuhan
kerana hanya padaNYA lah tempat kita mengadu.
Apa yang nak kita adukan?
Soalan yang baik, mengadulah tentang hati dan perasaan kita
siang tadi ketika berdakwah semasa insan, kerana sewatu berdakwah, kita diuji
dengan orang yang mencaci, meludah, baling batu dan sebagainya.
Maka selepas solat tahajjud, kita mengadulah kepada Allah agar ampunkan dosa orang itu, mereka kasar kerana salah saya yang tidak pandai berdakwah, mohon juga kepada Allah agar orang itu diberi hidayat, seadainya esok pun mereka masih menolak, mohonlah kepada Allah agar anak cucu mereka juga diberi hidayat. Jangan lupa juga memohon hidayat kepada diri sendiri kerana Allah boleh bolak balikkan hati manusia.
Maka selepas solat tahajjud, kita mengadulah kepada Allah agar ampunkan dosa orang itu, mereka kasar kerana salah saya yang tidak pandai berdakwah, mohon juga kepada Allah agar orang itu diberi hidayat, seadainya esok pun mereka masih menolak, mohonlah kepada Allah agar anak cucu mereka juga diberi hidayat. Jangan lupa juga memohon hidayat kepada diri sendiri kerana Allah boleh bolak balikkan hati manusia.
Selain itu, kita juga boleh berdoa agar diberi kekuatan
untuk berdakwah esok, mohon di beri hidayat kepada Umar (samseng kampong kita) untuk
bantu kita. Perkara ini dibuat oleh Nabi Muhammad SAW.
Insya-Allah, jika anda saudara baru lakukan dua perkara ini,
iaitu berdakwah di siang hari, dan mengadu pada Allah di malam hari, maka hati
kita akan mendapat ketenangan abadi dalam kerja kerisauan ummat. Kita juga akan
dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.
Itu sahaja pesanan aku buat saudara baru, andainya anda
meninggalkan dakwah di siang hari, maka aduan anda kepada Allah dimalam hari
menjadi low class kerana mengadu perkara yang condong kepada kepentingkan diri
sendiri seperti, doa panjang umur dan doa murah rezeki.
Doa panjang umur, dan doa murah rezeki ini tidaklah salah,
tapi nampak sangat kita ni tiada fikir risau ummat, kita tak pedulikan hidayat
untuk orang bukan islam, kita tak pedulipun jiran tak sembahyang, apa yang kita
risau? panjang umur dan doa murah rezeki sahaja? adohai..
Doa panjang umur ini pernah di minta oleh syaitan dan doa
murah rezeki pernah di minta oleh Qarun.
Dalam sejarah, Allah telah makbulkan doa mereka, syaitan
masih hidup sampai sekarang, dan Qarun terkenal sebagai orang yang paling kaya
sehingga harta yang kita jumpapun dikenali sebagai Harta Qarun.
Tapi apa yang berlaku kepada mereka diakhirat? Mereka akan
di azab siang dan malam.
Jadi, dalam doa tahajjud di malam hari, banyakkan berdoa
hidayat kepada ummat, kerana itulah doa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Untuk berdoa sebegitu kena ada modal, iaitu berdakwah di siang hari. Jika tiada
modal memang susah sikitlah nak mengadu, itu yang buat ramai orang islam
langsung terus tinggalkan solat tahajjud, sebab tak ada modal nak mengadu.
Nak mengadu bab umur, takut jadi syaitan, nak mengadu bab
harta, takut jadi macam qarun, nak mengadu bab dakwah, tak ada pula buat
semalam, kelmarinpun tak buat, minggu lepas pun tak buat, tahun lepas pun tak
berdakwah. Itu yang ramai senior dalam islam meninggalkan solat tahajjud sebab
mereka tidak ada modal (tidak ada fikir risau atas ummat).
Akhir kata, marilah kita berdakwah di siang hari supaya ada
modal nak mengadu pada Allah di malam hari.
Pesan kepada diri sendiri.
Ps: Mereka yang mendoakan bala sesama islam tidaklah
mencerminkan islam. Harap saudara baru jangan salah faham. Take note.
Oct 8, 2014
Cerita Masjid lain bukan sini?
(Manusia belajar dari sejarah bahawa manusia tidak pernah
belajar dari sejarah)
Sambungan kisah masjid Bandar..
Cerita pengerusi lama yang dah bersara tak sebulu betul
dengan pengurusi masjid baru kerana telah hapuskan Akta Keselamatan Dalam
Masjid sehingga banyak masalah berlaku seperti orang lintas depan solat dengan
selamba, makmum tegur imam dalam solat tanpa adab, orang bukan islam ceramah
dalam masjid hina orang islam, ceramah yang ada unsur syiah dan wahabi, dan
macam macam masalah lagi yang tak pernah berlaku waktu pengurusi lama
memerintah.
Sekarang AJK masjid dan orang kampong agak kucar kacir, ada
yang menyokong cadangan pegerusi lama agar Akta Keselamatan Dalam Masjid
dikembalikan, ada jugak cadangan dari pihak makmum agar pengurusi baru letak
jawatan, kerana kadang kadang bini pengerusi baru banyak campur urusan masjid.
Tak selesa dibuatnya orang ramai yang datang bersolat. Ada pihak menuduh
pengerusi dan bininya banyak guna hasil tabung masjid untuk urusan peribadi.
Tak tahulah apa nak jadi dengan masjid dekat situ, dengar
cerita, Ketua KRT sangat menyokong cadangan agar Akta Keselamatan Dalam Masjid
dikembalikan. Korang pulak bagaimana?
Berita terkini yang aku dengar, selepas Akta Keselamatan
Dalam Masjid dihapuskan, terdapat desakan dari beberapa Jemaah masjid agar satu
lagi akta di hapuskan iaitu Akta Tidak Boleh Menghasut Dalam Masjid Kecuali
Syaitan.
Kita semua tahu,Syaitan memang dibenarkan menghasut walaupun
dalam masjid. Jadi cadangan agar di hapuskan Akta Tidak Boleh Menghasut Dalam
Masjid Kecuali Syaitan telah mendapat tentangan dari Jemaah yang turut bersolat
di situ, katanya memberi pendapat dan menghasut adalah berbeza, tapi Jemaah
yang lain cakap, puji dan kritik itu sama, arghh, sudah, akupun tak faham.
Mohon kepada Allah agar dibukakan hati pengerusi baru untuk
muhasabah diri dan bertaubat. Ramai menganggap pengerusi baru terlalu lembut
dan tidak tegas sampai orang boleh pijiak kepala, mohon juga agar pengerusi
baru tidak menonjolkan bininya dalam urusan tabung masjid. Dan terkini, entah
kenapa, pengerusi baru menaikkan kos masuk tandas masjid sebanyak 20 sen.
Adohai..
Dalam kelam kabut masjid di Bandar, ada pulak cerita kurang
enak di masjid dekat kampong.
Semua tahu sudah, Sedekad lalu, iaitu ketika Pengerusi lama dan
Imam lama belum bersara di masjid kampung, ketika beliau masih mentadbir masjid
itu, orang kampong tidak pernah terfikir
akan berlangsungnya 'pesta arak' secara terbuka dan besar-besaran di kawasan halaman
masjid.
Walaupun Pengerusi lama sering dituduh sebagai tidak cukup
Islam oleh Tok siak, dan ada kalanya dilebel sebagai Maha Firaun, tetapi masjid
itu masih ada program program islamik mengikut lunas-lunas Islam tanpa
menidakkan hak penganut agama lain menjalani cara hidup masing-masing secara terkawal
di sekitar kampong.
Pada ketika itu, ada kedai arak dihujung kampung yang
dijadikan senjata utama oleh Tok siak untuk menyerang Pengerusi masjid dan imam
lama. Kononnya, sekiranya Tok siak dilantik jadi pengerusi, maka kedai arak tersebut akan dirobohkan serta merta.
Sebahagian 'doa' Tok Siak akhirnya termakbul apabila Pakatan
kiri AJK masjid berjaya merampas 2/3 undi ahli jemaah, sekali gus memberi kuasa
mentadbir kepada pakatan baru. Tidak cukup itu, Imam lama telah di tangkap
polis kes rasuah dalam renovate rumah.
Namun, apa yang berlaku selepas Tok Siak berkuasa melalui
kerjasama dengan Bilal dan Tauke Cina jual aiskerim (yang banyak bagi sponsor
aktiviti tok siak) ialah bukan sahaja kedai arak tersebut tidak dirobohkan,
tetapi pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan sekitar masjid, jauh mengatasi
jumlah sedia ada di bawah pemerintahan pengerusi lama dan Imam lama.
Maka, Tok siak memberi alasan bahawa mereka tidak punya
kuasa penuh untuk menjalankan perintah Allah SWT di masjid itu serta tidak
wajar dipersalahkan kerana pengerusi baru adalah pilihan Bilal dan Tauke Cina
jual aiskerim. Tok siak masih lagi Tok siak. Jika Tok Siak dah jadi Imam mungkin
boleh bersuara.
Bertitik-tolak dari itu, peluang 'doa' Tok siak seakan
makbul apabila Imam baru dipecat setelah bergaduh dengan pengerusi masjid yang baru
kerana ingin melantik dirinya sebagai imam, tapi tak layak sebab pengerusi baru
ada kes polis liwat budak, lalu pengerusipun melantik isterinya sebagai imam
baru dan akan baca khutbah jumaat sekaligus mentadbir tabung derma masjid.
Ketua kampong yang tidak setuju dengan lantikan imam baru
(bini pengerusi pulak tu) namun imam lama dengan terpaksa meletak jawatan sebab
pengerusi dah tak suka, lalu ketua kampung minta AJK yang terdiri dari bilal dan tok siak untuk
memilih beberapa calon lelaki lain.
Bilal menolak sebarang calon dan setuju imam solat hari
jumaat adalah isteri pengerusi sebab mereka menyokong pasukan bola sepak yang
sama, manakala tok siak, yang juga menyokong pasukan bola sepak kegemaran
pengerusi berkata, terpaksa pilih imam wanita berdasarkan konsep tahaluf
siyasi. Tapi Ketua kampong bertegas mahu bilal dan tok siak pilih calon lain.
Akhirnya Tok siak yang ada peluang menjadi imam, dan
bolehlah meroboh kedai arak dihujung kampong dengan dana masjid jika perlu,
telah menolak peluang dan melantik bilal menjadi imam baru, sekaligus
menyimpang kunci tabung derma di hari jumaat. Tak tahu kenapa Tok siak menolak
menjadi imam.
Padahal Tok siak, walaupun pengerusi dan tauke cina jual ais
krim tak mahu beliau jadi imam dan pegang tabung masjid, Tok siak mempunyai kuasa majoriti dengan
disokong sepenuhnya oleh AJK lama dan mampu dapat undi 2/3 jika keluar pakatan
dan dengan kuasa mutlak tersebut, Tok siak boleh sahaja menjalankan perintah
Allah SWT dan merobohkan kedai arak sepertimana yang 'diimpikan' mereka selama
ini.
Malangnya, Tok Siak lebih sayangkan kerjasama dengan Pakatan
AJK yang sokong pasukan bola kegemaran dari Allah SWT. Tok Siak tidak sanggup
memegang kuasa sendirian dan tetap akur ingin berkongsi kuasa dengan
rakan-rakan sekutunya. Malah, lebih dari itu, Tok siak sanggup berkorban pula
menjadi suara minoriti dalam mesyuarat bulanan Masjid.
Setelah melakukan pengorbanan dengan menolak tawaran menjadi
imam, Tok siak tiba tiba melatah pula
apabila pesta arak bakal diadakan di sekitar kampong termasuk dihalaman masjid.
Penyokong imam baru, (dahulunya bilal) kemudiannya pantas
'menyelamatkan keadaan' dengan membuat kenyataan yang bersifat menyokong pesta
arak dianjurkan atas alasan hak bukan Islam.
Kita faham bahawa Tok siak enggan menyinggung perasaan Pengerusi
baru dan Tauke Cina jual aiskerim dengan menentang pesta arak secara terang-terangan.
Penentangan Tok Siak bagaimanapun disampaikan secara halus
dengan menyiarkan kenyataan ABIM di FB peribadi Tok siak yang menyelar penganjuran tersebut.
Hakikatnya, apalah guna Tok siak melatah atau marah dengan
penganjuran Pesta arak, padahal Tok siak mampu menolak semua ini dari berlaku
sejak dari awal dahulu? Tapi itulah masalahnya, bila di ajak bergabung dengan
AJK lama, Tok siak nak ludah muka.
Akhirnya, dengan meletakkan kesetiaan kepada Pakatan AJK melebihi
segala-galanya, maka Tok siak adalah sebenarnya merupakan rakan subahat dalam
program pesta arak.
Nafikanlah dan putarbelitlah ke mana pun jua, namun hakikat
bahawa Tok siak turut menyumbang kepada maksiat yang semakin berleluasa di kampong
itu tetap merupakan satu fakta yang tidak boleh diubah-ubah.
Oleh itu, tiada apa lagi yang dapat dikatakan selain ‘Tahniah’
kepada Tok siak kerana berjaya mempertontonkan cara pemerintahan Islam ala Tok
siak melalui dasar perkongsian kuasa dengan pengerusi baru dan Tauke Cina jual
aiskerim.
Kesiankan?, tengok tok siak yang sibuk kafirkan pengerusi
lama bila buat salah, tapi berdiam diri bila pengerusi baru buat salah,
islamlah sangat, adohai..
Mohon kepada Allah agar dibukakan hati Tok Siak untuk
muhasabah diri dan bertaubat. Amin.
Akhir kata, kisah ni bukan kat tempat sini, tapi tempat
lain. (woha!)
(Sumber berita dari Beruang biru)
Oct 1, 2014
Tuhan itu Zalim?
(Tanya sama abang keretamayat, soalan dari atheist)
Atheist said:
"Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari
sayang ibu kepada anaknya" al-Hadith.
Sewaktu kecil, hadis ini sering diwar-warkan oleh ustaz di
sekolah. Allah sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang seorang ibu.
Namun jika diteliti ajaran agama dan kitab sucinya, kita akan dapati pelbagai
percanggahan dengan maksud hadis di atas.
Sejarah manusia pertama pun dah menunjukkan percanggahan
itu. Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah larangan, lalu dimurkai tuhan
dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke timur seorang lagi tercampak ke
barat.
Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan anak. Jika si ibu
mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan ayam goreng dari
bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka dari berbuat
demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu.
Tetapi setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang
anaknya ke luar rumah? atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan
seorang lagi anaknya ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu
tidak!
Kasih sayang seorang ibu jauh lebih bernilai dari kasih
sayang tuhan. Kasih sayang tuhan hanya dihiasi dengan ancaman seksaan yang
tidak masuk akal. Tiada ibu yang sanggup membiarkan anaknya diseksa, dibakar,
disepak terajang setiap hari untuk tempoh yang infiniti.
Yang pasti banyak statement dari agama bercanggah antara
satu sama lain. Sifat tuhan tidak konsisten dan lebih kepada sifat diktaktor
yang mempunyai masalah emosi. Bukankah dari situ kita boleh nampak bahawa tuhan
itu tidak lebih dari produk ciptaan minda manusia. Fikir-fikirkanlah.
![]() |
| Sekadar Gambar Hiasan |
Hamka said:
Terima kasih kerana sudi baca blog keretamayat dan sudi
bertanya soalan kepada aku yang bukan ustaz ini, so pengetahuan aku bab agama
adalah sangat nipis, dan minta maaf sebab lambat jawab sebab perasan sibuk. Tapi
aku pilih untuk ulas bab ini sebab aku sebenarnya sedang menulis novel tapi
malas sangat nak menulis, kerana masalah novel ianya berbentuk fiksyen,
sedangkan buku yang aku tulis sebelum ini base on true story or true event.
Jadi untuk memudahkan aku menoles novel fiksyen, aku plan nak buat kisah atheist
belajar silat nak mengorat anak guru silat lalu berdebat bab ketuhanan dengan
mertua beliau,
Eh? Tak boleh cerita lebih lebih, nanti novel dah tak gempak,
adohai.., so mudah mudahan dengan ulas bab ini, diharap idea untuk menulis novel akan
kembali segar dan memberasangkan! Amin. (walau mungkin tak mampu memberi hidayat kepada penanya kerana aku bukanlah pandai sangat bab agama, namun mungkin ada dua tiga insan diluar sana yang memperoleh manfaat, mana tahu?, semoga Allah terima apa yang aku buat sebagai asbab kebaikan diri dan ummat, Amin sekali lagi)
Baik, balik kepada persoalan diatas, bab “benarkah Allah itu
sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya ini” pernah
di tanya pada Nabi Muhammad SAW. Kisah seorang mak cik dan anaknya sedang
menyalakan ungun api, apabila api itu menjadi besar, si makcik ini pun alih
anaknya ke belakang badannya agar anaknya tidak terasa bahang panas api.., kemudian
lalulah Nabi dan sahabat berhampiran makcik dan anaknya tadi, dan si makcik ini
telah mengambil peluang untuk bertanya soalan lebih kurang maksud:
“Wahai pesuruh Allah, aku dengar Allah lebih sayangkan
hambanya 70 kali lebih, dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya, tapi mengapa
Allah sanggup mencampakkan hambanya ke dalam neraka?, sedangkan aku, walau
sejahat manapun anak aku, aku tidak tergamak untuk mencampakkan anak aku ke
dalam api. Bukankah Allah menyayangi hambanya lebih dari aku menyayangi anakku?
Maka Nabi Muhammad s.a.w telah menangis.
Hingga turunlah wahyu memberi jawapan, panjang cerita aku
pendekkan sebab aku sangka buruk, si penanya tentu bosan jika aku quote al
quran dan hadis sebab mereka memang tak percaya, mereka mahu guna hujah logik.
Jadi lebih baik aku tulis guna dalil yang logik dan tidak bertentangan dengan fizik
sahaja. Mudah mudahan.
Baik!, Tuhan berjanji pada hambanya, siapa buat baik masuk
syurga, dan siapa buat jahat masuk neraka, setiap perbuatan akan dinilai
walaupun sebesar zarah, Allah dah janji, Allah juga janji siapa banyak dosa,
tapi bertaubat, akan diampunkan sebab dia dah janji. So sebagai Tuhan yang Maha
Adil, janji mesti ditepati.
Macam macai politik selalu cakap, Manifesto bukan janji,
Tapi Janji ditepati!
Jadi bila hamba Tuhan memilih untuk buat salah dan tak kisah
masuk neraka, atau bila orang kapir memilih sembah berhala, atau memilih untuk
tidak bertuhan, di sinilah letak nya situasi dimana Allah telah berjanji akan
mencampakkan hamba yang engkar ke dalam neraka, kerana Allah Maha ADIL, dan
SANGAT MENEPATI JANJI!
Macam kerajaan Malaysia sekarang buat penjara bukan
bertujuan untuk masukkan semua rakyat Malaysia dalam penjara, hanya untuk
peringatan agar keselamatan dan hak orang lain dipenuhi, tapi bila dah korang
langgar undang-undang Malaysia, korang dah rogol anak orang, korang dan mencuri,
merompak dan sebagainya, maka kerajaan
yang adil dan baik mesti laksanakan janji dan undang-undang. Walaupun yang buat
salah tadi anak perdana Menteri, tak patut ayah sebagai PM tergamak melihatnya
anaknya mati diseksa di kerusi elektrik kata korang yang tak faham undang-undang.
Tapi jika benar ada PM yang macam korang bayangkan, tak tergamak nak siksa anak
sendiri walaupun buat salah?, lalu lepaskan maka apa guna lagi undang undang? Apa guna lagi mengundi
PM yang tidak menunaikan janji?
Balik kepada Tuhan, sama jugak, diseksa hanya kepada yang
engkar. Jika korang hidup baik baik tak buat salah dengan tuhan kenapa nak
takut masuk neraka? Ingat pepatah sekolah rendah dahulu:
“Berani kerana benar, Takut kerana salah”
So, walaupun PM itu sangat baik, tapi penjenayah yang salah
tetap dihukum kerana PM yang baik adalah PM yang menunaikan janji berdasarkan
undang undang menghukum pesalah dalam penjara atau tali gantung, tertakluk
kepada kesalahan masing masing.
So, sama juga, walaupun Allah itu Maha baik, tapi hambaNYa
yang salah tetap dihukum kerana Allah Yang MAHA BAIK adalah Tuhan yang
menunaikan janji berdasarkan undang undang dalam Alquran menghukum pendosa
dalam neraka tingkat demi tingkat, tertakluk kepada dosa masing masing.
Bab kasih sayang Tuhan lebih dari ibu pula, boleh
dibuktikan:
Jika Mak korang panggil korang, Mamat, oh Mamat, mari sini
jap mak nak ajar mengaji, dan korang buar bodoh aje, maka mak korang panggil
lagi sampai sebelas kali, aku rasa kali yang ke dua belas tentu mak korang akan
menjerit dan mungkin korang kena rotan. (aku dulu, kali ketiga dah kena rotan)
Tapi Tuhan, Panggil korang 5 kali sehari : Marilah solat!
Marilah Berjaya! Dan Korang buat bodoh bukan setakat 12 kali, tapi dah sampai
60 tahun buat bodoh, pun masih Tuhan bagi makan, bagi udara, bagi minum, takde
pulak korang tiba tiba kena panah petir. Ini bukti Tuhan lebih rasional dari
mak kita.
Tak percaya cuba tengok Mak si Tanggang, panggil Tanggang
hanya beberapa kali, tapi Tanggang buat bodoh sebab dah ada bini cantik, terus
mak dia sumpah jadi batu, kita hari ni, buat bodoh dengan penggilan Tuhan, ada
terus jadi batu? Kena batu karang pun sebab lain, bukan sebab tak jawab
panggilan Tuhan.
So, terbukti Tuhan lebih sayangkan Hambanya lebih dari mak sayang pada anak.
Sama jugak macam Mak si Malin Kundang!, pun sama!, sumpah anak jadi batu
walau anak dan bersujud merayu, tapi tuhan, jika dosa korang 100 kali ganda
dosa Tanggang dan Malim Kundang, Allah akan tetap ampunkan bila korang sujud
merayu kerana Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Bagi bukti lain, bukti tu tak sesuai kata korang sebab ambil dari kisah
rakyat, so kita ambik sejarah Tuhan dan Raja Firaun.
Firaun semua tahu betapa jahatnya dia, mengaku tuhan dan memerintah dengan zalim.
Tapi sebab Allah masih sayangkan firaunlah, maka Alllah hantar Nabi Musa pergi Berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun dan bunuh beribu ribu bayi, dan seksa bani Israel dengan penghapusan etnik, tapi tetap Allah bagi peluang bertaubat sehinggal Firaun di uji dengan 7 bala, tapi masih degil jugak, so sebagai Tuhan Yang Menunaikan JANJI, maka kena azablah Firaun sebab JANJI DITEPATI!
“Tapi bang, Tuhan tidak adil, sebab ada orang kafir yang
baik baik, tidak sejahat firaun, takkanlah kena duduk azab juga dalam neraka?”
Aku kata: kalau kau ada anak yang perangai baik nak mampus
tapi tak mengaku kau Mak dia!, dia kata dia ni anak luar nikah, dia ni bukan
anak kandung kau, dia ni konon anak orang lain yang lebih kaya, kau tak marah?!
kau nak mengaku dia anak?, kau kan perempuan, tentu faham bila si tanggang yang bini dia puji dan pak
mertua dia sanjung sebab begitu rajin , dan budak baik.., tapi bila tak ngaku
yang kau tu mak dia akhirnya kena sumpah jadi batu! ha ha, padan muka!
So, budak baik, yang tak mengaku dia ni Hamba Allah atau
dalam kes Tanggang, tak mengaku dia ni anak mak dia, maka Allah janji akan azab
sebab JANJI DITEPATI!
Bab lain, Ada hadis memberitakan Tuhan lebih cemburu bab
hamba memilih tuhan lain, lebih dari suami yang cemburu kepada bininya yang
curang dengan cemburu yang lebih berkali-kali ganda. So cuba tengok kes bini curang apa suami buat? Atau
dalam kes kau, jika bini kau berzina dengan lelaki lain apa kau buat?
Jika Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak
lah sampai cerai..
Jika Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj jiran, garaj
tu runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai.
Jika isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah
terbakar, kebetulan korang duduk rumah flat dan satu flat telah terbakar,
korang marah tapi taklah sampai nak pukul ke apa?
Jika isteri korang tertumpah minyak panas ketika memasak
menyebabkan anak tunggal korang menjadi mayat..korang marah! Tapi tak lah
sampai bercerai-berai..masih boleh di maafkan. So do Tuhan!
Tapi jika korang balik rumah, tengok anak semua elok dan
bersih, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, rumah tak
terbakar, tapi korang dapati isteri korang sedang berzina dengan jantan lain.!
Memang habis!
Habis runtuh rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai ,
ada kes siap kena siksa sebelum bunuh!
Begitulah perumpamaan-nya, bila isteri korang memperduakan
engkau, curang, memang habis! kalau korang buat dosa lain selain syirik…,
korang taubat, Allah ampun. Walaupun dosa korang tinggi mencecah awan, still
diampuni, Tapi bila dosa syirik (curang)
Memang Azab Allah tak masuk akal bagi kita yang bertaraf Hamba ini
memikirkanya, adohai..
So hidup ini memang ujian dari Tuhan.
Kenapa Nabi orang arab? Itulah ujian.
Kenapa Mukjizat tak ada sampai sekarang? Senang sikit nak
beriman? Itulah ujian.
Kenapa orang Tabligh yang ketuk pintu berdakwah rumah saya
orang india? Itulah ujian.
Kenapa dulu dah ada agama nasrani, lepas tu kristian,
sekarang nak kena ada islam pulak? Itulah ujian.
Kenapa saya tengok ramai orang islam yang jahat jahat?
Itulah ujian.
Bro, Allah Maha Adil, sehingga orang islam pun ramai masuk
neraka, sebab JANJI DITEPATI.
Last, kisah Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah
larangan, lalu dimurkai tuhan dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke
timur seorang lagi tercampak ke barat.
Kata kamu, jika Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan
anak. Jika si ibu mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan
ayam goreng dari bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka
dari berbuat demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu. Tetapi
setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang anaknya ke luar rumah?
atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan seorang lagi anaknya
ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu tidak!
Bro, inilah masalahnya bila kita anggap Tuhan tu lemah macam
ibu kita...
Bila ibu kita membuang anaknya ke luar rumah, atau ke dalam
hutan, ibu kita tak ada kuasa nak halang ular atau harimau makan kita, dah
tentu kita akan merana dan mati dalam hutan, tapi bila Tuhan takdirkan Adam dan
Hawa terpisah jauh di dunia yang penuh dengan binatang buas dan tak ada pula
perkhidmatan kereta.
Tapi last last ada kita dengar Nabi Adam mati dimakan
Dinasour?, atau Kaki Nabi Adam kudung sebelah sebab kena baham dengan T- Rex? Ada?
Atau hawa jatuh dalam kawah gunung berapi?, ada dengar kisah Hawa mati kena Ebola? ada mereka berdua sesat tak jumpa
jumpa? mereka elok jer berjumpa sebab mereka diuji dengan pantauan Allah, Allah
pantau segala keselamatan mereka, segala keperluan mereka, segala makan minum mereka, sedang Allah nak
tengok mereka menyesal dan bertaubat, lepas tu Allah ampunkan mereka dan
masukkan mereka ke dalam syurga. Simple.
Begitulah kita didunia ni, diuji dengan pantauan Allah, Ada
kajian mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi
dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa
itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet
Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai
kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi
setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong
bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak
sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet
besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba
tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan
atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Jawapannya, sebab Allah pantau keperluan kita. Allah pantau kesalamatan bumi, Sama macam Allah pantau
keselamatan Adam dan hawa sehingga mereka berjaya jumpa dan beranak pinak. Allah
yang Jaga kita!
Bila tak ada air, Allah turunkan hujan, bila lapar nak
makan, Allah tumbuhkan tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara
berkumpulan, jadi senang masuk pukat,.
Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab Allah pantau
kita. Bila nak berak, tuhan datangkan tanda nak berak, perut sakit, dan bontot
tak selesa, bayangkan jika kita berak tanpa ada tanda tanda, terus berak dalam
kereta, kan susah? begitulah jugak alam ini, sebagai tanda kepada kewujudan
Tuhan, sains namakan Ecosystem atau Artificial Intelligence sebagai keajaiban
kosmos dalam evolusi manusia, tapi ketahulah Ecosystem atau Artificial
Intelligence atau lain lain so call Scientific, itulah sebenarnya sistem Pantauan
Allah. Andai kita mahu berfikir.
Akhir kata, dunia ini terlalu singkat untuk berada dalam
kefahaman yang salah, gunakan akal dan mata hati dalam menilai fakta, kerana
hidup selepas kematian itu bukan perjudian, tapi result berdasarkan fakta yang
kita pilih. Pesan pada diri sendiri.
“Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sesuatu apa pun,
tetapi manusia itu sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.”. (Surah
Yunus: 44).
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam
keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. Ali Imran190-191
Sekian.
Sep 21, 2014
Hukum Beli Patung Permainan?
(Pengajaran dari kisah Ustaz belang dan ikan berbelang)
Korang pernah dengar kisah Ikan Belang? Kisah ni popular
masa aku kecik dulu dalam ceramah ustaz dalam memberi contoh bahaya ulamak
akhir zaman.
Kata ustaz masa ceramah, yang aku dengar masa aku masih kecik
(sila kagum dari jauh sebab kecik kecik dah dengar ceramah-Woha!), akhir zaman
nanti ada ulamak dunia yang bagi fatwa ikut nafsu, bahaya kita ikut mereka.
Contoh jika kita berjaya tangkap ikan yang pelik, yang ada belang macam
Harimau, lalu Tanya ustaz:
“Apa hokum makan ikan yang ada belang belang macam Hariamau,
mukapun macam harimau, taring pun macam Hariamau, wahai ustaz?.”
Lantas jawab ustaz akhir zaman yang cinta dunia tu:
“Haram makan, sebab Nabi tak pernah makan ikan belang macam
tu”
Kitapun jawab:
“Tapi ustaz, saya ingat nak hadiah keuntungan jual ikan
belang ni separuh kat ustaz?!”
Terus ustaz tu ubah fatwa, “saya semak jap, sebenarnya tak
haram, saya dah kaji detail, harus hukumnya”
Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam
ni! Faham tak? Tanya ustaz pada aku yang masih kecik. Aku angguk setuju sebab
masa aku kecik dah ada ustaz yang bagi fatwa ikut nafsu.
Imbas kembali, masa aku kecik,Aku pernah dengar ceramah
ustaz lain yang cakap, Haram bergabung dengan parti kafir, haram lantik calon
perempuan sebagai wakil rakyat, haram kerja kerajaan sebab cukai bercampur dengan
judi, haram solat di masjid kerajaan, haram makan sembelihan orang sokong kerajaan,
kahwin tak sah jika tak sokong kami, macam macam lagilah, tak ingat pulak sebab
masa tu kecik lagi.
Tapi sekarang, ustaz yang sama cakap haram bergabung dengan
parti kafir pulak cakap, harus bergabung guna konspet Tahalul siyasi, boleh
lantik wakil rakyat perempuan, dan macam
macam lagi,Nampak?
Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam
ni! Faham tak? Tanya aku pada korang yang dah besar panjang, jika tak faham
jugak, sila angguk setuju sebab semua dah berbulu kemaluan, patut lagi faham.
So, lupakan intro kisah ikan belang di atas, sekarang balik
kepada soalan:
“Apa Hukum Beli Patung Permainan?”
Sebab, dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu ‘Abbas:
“Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Setiap pembuat patung akan diseksa dalam neraka, dijadikan setiap
patung itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam”
Dalam hadis lain pulak menyebut, Malaikat Rahmat tak masuk
rumah yang ada patung dan gambar, dan macam macam lagi dalil Haram yang
dikeluarkan oleh ustaz terntentu.
So, korang tanya aku hari ni, rasanya aku tak pernah tulis
entry berkenaan patung mainan dalam blog ini, so ini adalah jawapan pertama
aku.
Jika aku jawab HARAM kali ni, dan lepas tu korang cakap nak
hadiahkan patung yang mahal kat aku, lalu aku ubah jawapan kepada “harus”, maka
aku dah jadi bangang 2x5 dengan ustaz belang di atas.
Moral dari kisah ustaz belang, jangan cepat keluarkan hokum haram
sebelum korang siasat sebab nanti tiba tiba korang cakap harus pulak, maka
jadilah korang orang islam yang mempermain mainkan hokum agama, kalau salah
mengaku, tak payah nak cover dengan istilah Tahalus siyasi bagai, adohai..
So,bila aku tanya pada ustaz yang belajar dengan ulamak
bekas anak murid Maulana Zakariyya yang belajar agama dengan sanad sampai
Rasullulah, jawabnya:
“Gambar dan patung yang tiada fungsinya haram disimpan dan
digantung atau dipamer dalam rumah. tapi kalau ada fungsi, misalnya alat
mainan, lampu berbentuk binatang, poster gambar makhluk bernyawa sedang solat untuk
mengajar kanak-kanak, ia diharuskan (rujukan, kitab fathul mu'in, imam syaikh
zainuddin malibari, dan kitab rujukan fiqh mazhab syafie yang lain.
So, hukumnya ” Harus”.
Kepada ibu bapa, bolehlah beli mainan anak tanpa rasa
was-was.
Habis cerita. Lain kali jangan cepat haramkan hokum macam
geng politik jika tak nak jadi macai.
Ini agak deep, sila take note.
Sekian.
Ditulis oleh penjual Lampu Projektor warna warni berbentuk
penyu. Woha!
Ps: Lampu Penyu semua warna dah habis, tinggal hijau sahaja, untuk order, sila klik sini, Woha!
Sep 15, 2014
Teka Teki dan Bantal Penyu?
(Asyik entry serius sahaja, sesekali berteka teki, apa salahnya, sama jugak, sesekali entry berniaga apa salahnya, he he)
TEKA TEKI: Dalam dunia ni ada 4 ekor sahaja binatang itu,
siapa yang dah baca kisah laki bini (Hamka Kereta Mayat) tentu tahu jawapannya.
Ok, sebelum aku jawab teki itu, kita bagi laluan kepada
penaja sebab sekarang aku ada jual Lampu tidur yang best, Orang putih bagi
nama: Turtle Twilight Night Constellation Lamp.
Lampu tidur ni comel, berbentuk penyu yang tengah tidur dan
lembut macam bantal.
Pada cengkerang penyu ni ada lampu projector yang
bertukar-tukar warna (boleh pakai bateri atau elektrik) dan ia berwarna suram
ala ala romantik, siap memancarkan rajah bulan dan bintang ke dinding yang
memberikan kesan dramatik dan nostagialik pada bilik korang atau bilik anak
korang.
Harga di pasaran (retail price) dalam linkungan RM55-RM68
tidak termasuk pos.
Tapi aku jual RM50 SAHAJA Termasuk pos ke seluruh
Semenanjung Malaysia dan tambah RM5 untuk Sabah Sarawak.
Sesiapa yang berminat, sila Bayar kepada Muhammad Hamka
(Maybank 163028553448)
dan Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com,
seterusnya bagi alamat dan no phone.
Jangan lupa untuk bagitahu warna bantal (rujuk gambar)
Ps: Jawapan untuk teka teki di atas, adalah Ninja Turtles!
Tapi penyu yang aku jual ni pulak, ada 5 warna, la la la…
Ps2: Klik sini untuk tonton video tentang lampu tidur
penyu yang cute miut ni.
Ps3: Jika barang sampai tiba tiba dah rosak ke, lampu tak
keluar ke, atau apa sahaja kerosakan DARI PIHAK KAMI... anda berhak untuk tukar
kepada barang baru sebelum tempoh 7 HARI.
Terima kasih kerana membeli belah di halaman keretamayat.
Sep 8, 2014
ISA itu bagus?
(Sambungan entry sebelum, klik sini jika belum baca)
Ramai yang mesej tanya, apa sambungan kisah entry lepas,
kisah Pengerusi surau bergaduh dengan imam masjid yang juga selaku tok khatib,
lalu memecatnya dan melantik dirinya sebagai imam, tapi tak layak sebab beliau
ada kes polis (liwat budak), lalu beliaupun melantik isterinya sebagai imam
baru dan akan baca khutbah jumaat tapi Ketua kampong tidak setuju dan mahu AJK
masjid yang terdiri dari bilal dan tok siak untuk memilih beberapa calon lain.
Sambungannya yang aku dengar, tok siak berbeza pendapat
dengan bilal, walaupun mereka menyokong pasukan bola sepak kegemaran pengerusi
namun hari ini, tok siak berkata, beliau tolak bini pengerusi jadi imam sebab
tak ada kebolehan katanya. Adohai..
So, aku harap sambungan ini memuaskan hati semua pihak,
Macam biasa, kepada korang yang terasa pedas dengan cerita
ini dan mula serius nak melenting, pesan aku:
“Ini bukan tempat sini, tempat lain-Woha!”
Baik, kita tinggalkan masalah imam perempuan di masjid
kampong itu, sekarang nak cerita masalah di masjid yang berada dekat Bandar
pula,
Dengar cerita, pengerusi lama yang dah bersara tak sebulu
betul dengan pengurusi masjid baru, siap kena kutuk lagi.
Rupanya pengerusi masjid baru telah hapuskan Akta
Keselamatan Dalam Masjid sehingga banyak masalah berlaku seperti orang lintas
depan solat dengan selamba, makmum tegur imam dalam solat tanpa adab, orang
bukan islam ceramah dalam masjid hina orang islam kampong sebelah, dan macam
macam masalah lagi yang tak pernah berlaku waktu pengurusi lama memerintah.
Ceramah berunsur Syiah dan Wahabipun selamba berlaku dalam
masjid itu.
Sekarang AJK masjid agak kucar kacir, ada yang menyokong
cadangan pegerusi lama agar Akta Keselamatan Dalam Masjid dikembalikan, ada
jugak cadangan dari pihak makmum agar pengurusi baru letak jawatan, kerana
kadang kadang bini pengerusi baru banyak campur urusan masjid. Tak selesa
dibuatnya orang ramai yang datang bersolat.
Tak tahulah apa nak jadi dengan masjid dekat situ, dengar
cerita, Ketua KRT sangat menyokong cadangan agar Akta Keselamatan Dalam Masjid
dikembalikan.
Ps: Oh ye, Jangan lupa: “Ini bukan tempat sini, tempat lain-Adohai..
Subscribe to:
Posts (Atom)



