Jun 23, 2014

Zihar bini tak sengaja?

(Tanya sama abang keretamayat)

Salam, betul ke tak boleh panggil laki bini dengan gelaran, ummi, abi sebab nanti jatuh hokum zihar kerana menyamakan laki bini dengan mahram kita?

Hamka said:

Apa ke jadah? Dah takde kerja? Jika korang panggil laki dengan panggilan ‘abang’ pun tak boleh lah sebab samakan laki dengan adik beradik? Apa korang ingat malaikat yang catat dosa pahala ni lembab dan bodoh macam korang? Adohai..

Nabi suruh panggil orang dengan nama yang dia suka, contoh sahabat Nabi, ada yang di panggil Bapak Kucing (Abu Hurairah), no problem, Aisyah isteri Nabi pun pernah Nabi panggil dengan warna merah, (Humairah) so no problem, masalah bahasa jer ni yang mana sama lafaz tapi berbeza makna, macam kopek di KL dan kopek di Terengganu, sama lafaz tapi berbeza makna, atau butuh di Malaysia dan butuh di Indonesia, sama lafaz tapi berbeza makna, orang bodoh bahasa jer yang tak faham penggunaanya, so ketahuilah:

Allah Maha bijaksana, masalah sama lafaz tapi berbeza makna ni takde masalah disisi Allah. Take note.

Jun 13, 2014

Ulasan Piala Dunia oleh Keretamayat?

(Aku bukanlah pengulas sukan yang baik…, dan ini hanyalah sekadar ‘ulangan’ ulasan ringkas dari aku sempena piala dunia 2014.., ditulis dari sudut pandangan cermin belakang keretamayat. Adohai)

Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman ugama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam pakat pakat tidur awal dan bangun awal pula di pagi hari untuk solat tahajjud, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah jauh-jauh tinggal anak bini.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...

Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di bawah pemerinatah ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak budakpun jaga sembahyang, zaman di mana orang kafir masuk islam berbondong bondong sebab terkesan dengan akhlak mulia orang islam, zaman di mana perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa gangguan.., bayangkan..

Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malam hari tanpa ganguan, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau, zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..

Lalu di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke seluruh dunia, ditakdirkan tuhan, korang ikut berdakwah dengan jemaah ke kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan automatik korang terus jadi mayat beku macam ikan dalam ruang frozen peti ais, dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu... (baca: aku orang tua, rujukan filem pun adalah filem lama, adohai)

Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam kesejukkan yang menhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...

1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan pulut, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik, memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu hibernation atau Suspended animation.. (lain kali jangan ponteng kelas sains)

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun, jadi korang pun tanya, “kat mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di negara Malaysia, yang mana ugama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank islam, penjiman islam, Coklat islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam, penyanyi islam, kereta islam dan kad kredit islam pun ada..,

Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid, siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut dan saujana mata..,
Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf?

Mana pergi rakyat malaysia yang berugama islam? Kenapa zaman aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf, sebab agak cliché)

Lepas solat, korangpun pergi kedai makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... Brazil lawan Croatia!

Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan kawan duduk dalam majlis iman.., majlis bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah..

Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasara islam.., korangpun tegur makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai perbualan dengan soalan siapa paling kuat? yang korang akan jawab sendiri, iaitu Allah paling kuat, dan terus merancakkan dakwah, tapi bila korang Tanya makcik tu akan soalan:
“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk, “serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”

Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”.., rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya yang boleh bagi manfaat dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, dakyah yahudi dan kuasa boikot.., korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah Allah..

Setelah korang berada agak jauh dari makcik tu, korang terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil bermain game di Smart phone yang ayah dia beli secara hutang, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni.., bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..

“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk, “Naruto dari kampung Kanohalah”
Terkejut berok korang dibuatnya, Naroto menanang gapo tu? Lata dan uzza korang tahulah, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam game yang sedang mereka main .., “tapi Sasuke juga kuat bang, nenek Tsunadipun, Rock lee pun kuat, Akatsuki tak payah cakap ler, memang kuat sangat, Gaara lagi, dia tu Hokage.., Kakashi, dan pakcik Jairayapun.., semua kuatlah bang.., itu belum cerita X men, dan Avangers punya geng!

Arghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dah sampai masjid, sama macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang diri dalam masjid..

Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader berkopiah yang sedang minum air teh tarik..

Brother ni punya penampilan ada ala ala sunnah Nabi, dengan serban hitam atas bahu, celak mata hitam, jubah labuh, dan kayu sugi tersebul dari celah poket, brother tu senyum memeberi salam sambil pelawa korang duduk.

“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”

Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum sempat korang jawab, brader tu dah jawab dah..,

“Brazillah paling kuat bro, Pentacampeão! dah 5 kali dah mereka menang piala dunia, bab kata pepatah: The English invented it, the Brazilians perfected it.., tapi Sapin dan Germanpun kuat bang.., bla bla bla..

*******

Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di Majid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se awal 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan yang sungguh kuat!

“GOAL!!!”

Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , menanyi serta menari.., korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...

Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended animation..

*****

1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang sekali lagi diselamatkan oleh Rakyat BolehLand a.k.a Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu di masuk ke makmal kat Universiti Sains BolehLand, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik...

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam, ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..

Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?

Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun menyanyi.. “bola..bola..bola..”.., “peteh Malaysia peteh..”

Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!!!!

Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin kuat..,

“bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”

Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 4 pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2014.., dunia belum kiamat..

“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”

“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan abang malam ni sebab nak tengok final piala dunia..”

“Oh, ye ke?,”

Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil tersengih sengih...

Siapa yang bakal menang?

Brazil atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh nanti..

SEKIAN, laporan sukan dari keretamayat.

Ps:Aku doakan korang sembuh dari demam bola dan dapat demam ugama, dan mati kerana demam ugama.., amin.., errr, doakan aku sama..., isk..!

May 27, 2014

Israk Mikraj, Di mana kita?

(Kisah ringkas Israk Mikraj untuk rujukan Mualaf yang baru masuk islam, semoga bermanfaat.)

Ketika Nabi sedih tengok bangsa dia buat dosa dan kerosakkan, maksiat sini sana, bunuh anak hidup hidup dan (masukkan segala jenis jenayah yang terlitas di fikiran korang). Maka Nabi Muhammad SAW telah menyendiri di gua Hirak dalam keadaan fikir risau terhadap ummat.

Lalu datanglah malaikat jibrail a.s wakil kepada Tuhan memberi jalan penyelesaian kepada masalah ummat yang melanda masyarkat arab. Pada mulanya Nabi takut dan berpeluh, tapi setelah ditenangkan oleh bininya, dan dengan pendapat dari bapa saudaranya bahawa itulah tanda kenabian, maka Nabi muhammad SAW pun berdakwah pada penduduk Mekkah dengan cara jumpa manusia sorang demi sorang.

Dakwah cara jumpa orang ni memang mujahadah (susah), Nabi kena maki, kena ludah, kena lempang, kena sepak dan macam macam lagilah, tapi Nabi faham, ini perintah Allah, dakwah cara jumpa orang ni telah di buat oleh semua Nabi terdahulu, dan cara ni banyak gagal dari berjaya, Nabi musa dakwah cara macam ni, Firaun tak ikutpun, Nabi nuh dakwah cara macam ni selama 950 tahun, 83 orang jer ikut. Nabi ibrahim dakwah namrud cara macam ni pun gagal.

Tapi Allah tetap lantik Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh sebagai nabi ulul Azmi, kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi kita berjaya ikut perintah Allah.

10 tahun kemudian, adalah lebih kurang dua tiga ratus orang ikut Nabi Muhammad SAW, terutama orang miskin dan hamba abdi, itupun kena seksa jugak, malahan nabi dan orang islam kena boikot tak boleh dijual makanan kepada mereka, maka adalah anak anak orang islam yang mati kelaparan.

Dalam keadaan susah macam tu, Nabi masih tabah berdakwah siang dan malam, sehinggalah dua orang yang paling Nabi sayang, telah meninggal dunia. Pertama, Abu Talib selaku pakcik yang jaga baginda waktu kecil (nabi anak yatim) Pakcik yang akan membela nasib nabi bila di serang oleh orang kafir, sehingga orang kafir tak tergamak nak bunuh Nabi kerana hormat pada bapak saudaranya, namun yang menyedihkan Nabi, bapak saudaranya mati dalam keadaan kafir, beliau akan masuk neraka selamanya, aku pun sedih jika orang yang aku sayang, mati masuk neraka.., adohai..

Orang kedua yang Nabi sayang tapi meninggal pada tahun yang sama adalah isteri beliau, iaitu Khatijah r.aha, Dulu bila penat berdakwah dan penat kena maki dengan orang kampung, balik rumah dilayan bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?

Dalam kesedihan sebegitu, orang kapir makin rancak menyusahkan nabi, maklumlah bapak saudara Nabi yang selalu back up dah mati, maka Nabi buat keputusan untuk berhijrah ke taif.

Di taif Nabi datang jumpa ketua mereka mintak izin untuk tinggal di sana dan berdakwah tentang agama islam. Tapi Nabi kena pukul, waktu itu umur Nabi lebih kurang 50 tahun, dah tua tapi kena pukul dan di baling batu oleh orang kampung sejauh 1 km lebih kurang, Nabi luka dan berdarah, dan nabi telah meninggalkan Taif dalam keadaan cedera dan menangis.

Dalam kesedihan yang bertalu talu, datang peristiwa yang bakal menjadi penyejuk mata baginda Nabi Muhammad SAW, yang mana malaikat Jibril telah datang dan membawa Nabi melihat dunia yang selama ini baginda hanya beriman tanpa melihatnya, dengan menaiki binantang yang bukan berasal dari bumi, Nabi telah naik ke langit dan melihat alam akhirat dengan mata kepala baginda.

Korang pun jika berdakwah tiba tiba diberi peluang meihat shurga dan neraka, melihat nikmat shurga dan azab neraka, tentu rasa seronok sangat.., dan Nabi digembirakan lagi oleh Allah dengan berpeluang bertemu rakan seperjuangan dan berbual dengan Nabi Nabi terdahulu yang sama susah seperti baginda, dan kemuncak israk dan mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.

Dalam satu hadis yang aku petik dari Buznama, Allah telah bertanya pada Nabi, apakah perkara yang malaikat saling berbahas, Nabi jawab: aku tidak tahu, lalu Allah buka 7 petala langit depan mata Nabi maka Nabi menjawab malaikat sedang membahaskan pahala orang yang solat di malam yang sejuk dan hari yang panas, lalu di hujung pertemuan Nabi kekasih Allah, maka telah dikurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50 waktu sehari semalam.

Dalam riwayat yang lain, Nabi telah melihat di setiap lapisan langit terdapat malaikat yang sedang sujud, dilapisan langit lain ada malaikat yang sedang rukuk, dilapisan langit lain pula ada yang mengaji, ada yang bertasbih yang mana rupanya solat adalah himpunan kekuatan 7 petala langit yang mampu selesaikan masalah dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan tertib dan yakin yang betul.

Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,

Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakn dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.

Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.

Tidak lama selepas israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW bersama beberapa orang pengikut telah berhijrah ke Madinah, 10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir sehingga ke hari ini.

Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke, sekali setahun ke, Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai..

Bagi mereka yang bertanya 'boleh sesiapa sahkan perkara Nabi naik ulang alik jumpa Allah?' Maka jika di umur senja korang beragama islam tapi masih belum yakin dengan peristiwa israk dan mikraj, dan masih bertanya, betuk ke tidak?, habis tu bila masa pulak korang nak solat 5 waktu? Adohai..

Akhir kata, orang kapir memang tidak percaya kisah Nabi pergi ke langit jumpa Allah dan balik semula ke dunia hanya satu malam? Mungkin ada yang bertanya berapa laju buraq yang ditungangi Nabi, jawapannya, hajalu= Jarak/masa. Dan masa adalah termasuk ciptaan Allah.

Demi Masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan berpesan dengan sabar.


Take note!

May 15, 2014

Bini kita bela Hantu?

(Baca dengan tenang, dan sila bersetuju di hujung cerita, ini agak deep, he he)

Kisah satu
Bila barang hilang, aku cari tak jumpa, tapi bini cari jumpa pulak.

Maghrib tadi, kopiah aku hilang, seperti biasa aku cari tapi tak jumpa. Bila bini cari, terus jumpa.
Aku rasa bini aku bela jin.

Tapi aku tak nak tuduh tanpa bukti, berdosa!, so lepas isyak tadi, bila aku tanya pada kawan kawan lelaki akan masalah ini, rupa rupanya..
.
.
.
.
Semua bini kami ‘bela jin’!.

Kisah 2
Orang perempuan ni memang betul bela jin!  Ajaib sungguh.

Tiap kali balik kampong atau bercuti, mereka akan siapkan beg.

Sampai di kampong atau tempat bercuti, bila kita mintak barang dari mereka. Selamba bukak beg dan keluarkan barang, yang peliknya semua barang yang kita mintak akan ada.

Berus gigi, sabun, ubat gigi, kayu sugi, pengetip kuku, putik kapas, kopiah, tuala, sapu tangan, charger smart phone, pen, gunting, ubat nyamuk, kain pelikat, baju panas, pendek kata, semua adalah.

Yang pelik semalam, aku tanya mana tumb drive?, oleh sebab bini sedang menyusu baby, dia kata ada sebeleh tepi poket beg. Aku pun pergi cari dalam beg, selongkar semua poket bag tapi tak jumpa-jumpa.

Mulalah aku rasa nak marah! sebab dah banyak buang masa cari barang tapi tak jumpa.

“awak bawak tak ni? Penat cari tak jumpapun!”

Bini selamba datang, seluk tangan dan terus keluarkan tumb drive.

Ilmu hitam apakah ini???

Woha!

Kisah 3
Dari kisah “laki cari barang tak jumpa” tapi “bila bini cari terus jumpa” tadi.. akupun share kisah tu dekat FB dengan tajuk kisah laki bini part 656 dan 657. Dapat ribu ribu like dan komen. Ramai bini orang kat luar sana mengaku bela jin dan hantu raya. Lagi satu, aku dapat info baru hari ini dari komen korang kat FB yang masing masing komplen laki dengan ayat:

“cari dengan hidung, memanglah tak jumpa?”

Bini aku lain!

Bini aku tak guna prosa cari dengan hidung atau kepala lutut.

Bini aku, bila dia jumpa barang yang aku cari tak jumpa tu, dia senyum sahaja.

Adakah Saka bini aku ni versi lain?

Tolong!

Kisah 4
Kagum bila kita cari barang yang tak jumpa, bila tanya bini, lekas lekas mereka tolong cari dan terus jumpa. Kagum dari dekat.

Puji laki sambil tersenyum kepuasan.

(Padahal dalam hati bini: Kalau tak tolong cari, habis barang disepahnya, bukannya nak susun balik, adohai..)

Eh? Akupun bela saka jugak ke sebab dapat tahu apa bini aku bisik dalam hati, kekekeke

Kisah 5
Laki: “Abang mintak maaf, sebab selalu tanya awak kat mana tempat letak barang dalam rumah ni.. padahal depan mata jer pun”

Bini: “Takpe, normal laki tanya bini bila nak cari sesuatu, walaupun depan mata.., kalau tak tanya karang, nampak benor sedang gaduh, hihihi”

Laki: “Alhamdulillah, syukur dapat isteri yang normal macam awak..”

Bini: “Saya pun syukur dapat laki normal macam abang..”

Laki: “Alang alang dah saling bersyukur ni, abang nak tanya lagi boleh tak?”

Bini: “Selagi barang tu ada dalam rumah ni,. insyaAllah saya tahulah nak jawab.

Laki: “awak nampak tak folder kuning yang bertulis “my file’ dalam tumb drive abang?”

Bini: “Amboi, tak jumpa cari folder dalam PC pun tanya bini? Melampau!”

Laki: “woha!”


Kisah 6
Laki: “Okey, hari ni sempena cuti hujung mingggu dan anak semua tak sekolah, maka apa kata kita buat gotong royong kemas rumah!

Bini: setuju!

laki: Awak sebagai bini sila kemas dapur, dan basuh baju, anak lelaki kemas ruang tamu dan halaman rumah, anak perempuan kemas dalam bilik”

Bini: "Okey, semua dah dapat kerja, awak pulak buat apa?"

Laki: “Saya akan susun folder dalam computer bagi cantik ikut susunan abjad, dan akan buang sampah dalam recycle bin.

Bini: Dah agak! Hampeh!

Kisah 7
Bini: “kenapa jalan terencut ni bang, Ya Allah, kaki abang berdarah!”

(binipun lap luka kat kaki laki dan bagi rawatan first aid)

Bini: “kenapa kaki abang ni?”

Laki: “tadi masa abang susun folder dalam computer, abang pasang lagu XPDC, kaki ni pun goyang goyang, sekali tersepak bucu pelapik CPU, tajam rupanya bucu tu.., habis luka hujung jari.., adohai, nasib baik abang pilih buat kerja yang 'susah' ni...”

Bini: “abang ni banyak dosa, Allah nak ampunkan dosa tu..”

Laki: “setuju.., adohai..”


Ps: agaknya, saka jin bini aku tu dah mengamuk tak? Woha! Ada ada jer kisah laki bini, layankan jer, adohai..

May 2, 2014

Semusim di Syurga?

(10 kisah yang dipetik dari FB Keretamayat, semoga bermanfaat)

Semusim di Syurga part 1
--------------------------------
Dekat sebuah kampung ada surau yang hanya hidup pada waktu Magrib dan isyak..

Maksud 'hidup’ di sini, ada azan berkumandang dan ada orang solat berjemaah, walaupun seorang diri!

Akrian, dekat tepi surau ada rumah Imam masjid, jika beliau tak kena giliran bertugas di masjid, maka confirm beliau akan jadi Imam magrib dan Isyak secara percuma di surau.., Tapi yang muskilnya bila Zohor dan Asar, Imam tu lebih suka solat di rumah..

Begitu cerita jiran aku kepada aku yang baru pindah kawasan itu.

Kau biar betul?

Sanggah aku.

"Betul bang, saya nampak motor dia, nampak dia duduk lepak depan pintu rumah sambil buat layang-layang, saya naik surau, saya azan, 15 minit tunggu, dia tak datangpun, last, saya solat sorang diri, berjemaah dengan jin..."

Oh, aku lupa nak kenalkan jiran aku, seorang guru, dan hafal Surah Al sejadah serta surah Al ihsan dengan baik, dan selalu jadi Iman solat subuh pada hari Jumaat. Bacaan Al Quran beliau juga sangat baik, apatah lagi bila beliau azan, suaranya sungguh merdu...

Tapi aku ada cerita lain tentang imam itu..

Satu hari waktu Zohor, aku pergi surau itu dan Azan, lepas Azan aku duduk tunggu orang kampung datang, dan terutamanya imam tu, sebab aku nampak motor dia dan nampak beliau sedang bagi makan ayam pagi tadi...

Tiba tiba Iman tu datang dan sergah..

“Siapa Azan tadi?!”

“Saya”

Aku menjawab dengan kool, sudah biasa di sergah, di caci dan di hina.. (terutama dalam blog, adohai)

“siapa ajar kau azan macam tu? Buat malu kampung sahaja”

Marah beliau..

Aku terus senyum dan mintak maaf lalu mintak tolong beliau ajarkan aku Azan yang betul...

Beliau betulkan Azan aku, katanya yang salah adalah Ha(di mulut) dan Hhahh(di tengkuk) tidak sama, lepas tu harakat tak stabil, dan Alif dengan Ain kena ada beza..

Lepas dan ajar aku Azan yang betul, kami solat Zohor berjemaah bersama-sama.

ps: Hari tu ada dua orang Solat berjemaah beb...!

Ps2: Kadang-kadang, melalui satu kesilapan yang kita tak tahu, pintu ilmu dan pintu ibadat terbuka untuk kita dan orang lain. Ini sangat deep, sila take note!


Semusim di Syurga part 2
--------------------------------

Dari Aisyah r.ha menceritakan, ketika Nabi Muhammad SAW sakit tenat, maka baginda telah memohon keizinanan kepada isteri-isterinya yang lain untuk dirawat di rumah ku, mereka mengizinkanya. Ketika waktu solat tiba, Aku melihat baginda di papah oleh dua orang ke masjid yang (disebabkan lemah) kedua kakinya terseret ke bumi.

( Riwayat Bukhari)

Nota:

Aku tak pernah lihat orang sakit di papah ke masjid untuk solat berjemaah. Mungkin kerana ‘kaki aku belum jauh berjalan di atas muka bumi untuk melihat akibat akan mereka-mereka yang mendustakan ugama’, namun jika ada yang sakit di papah ke masjid, tentu orang islam sendiri ada yang akan mencemuh bahawa kita bertindak zalim kepada si pesakit, lalu timbul soalan dalam benak ini, iaitu berapa ramai pesakit yang tak nak pergi solat berjemaah dengan alasan sakit Dan berapa ramai yang sihat wal afiat tapi malas pergi masjid?

Ps: Semoga Allah ampunkan dosa aku dan kamu, dan beri peluang serta kekuatan untuk kita buat perkara yang betul…

Ps2: Tapi aku pernah lihat orang sakit dan orang tua di papah ke pusat mengundi, adohai...

Semusim di Syurga part 3
--------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi bersabda;

Sekiranya manusia mengetahui ganjaran AZAN dan berada di SAF YANG PERTAMA dan tidak ada cara lain untuk memperolehi azan dan saf pertama kecuali dengan MENGUNDI, nescaya mereka mengundi. 
(Riwayat Bukhari)

Nota:

Mengundi 5 tahun sekali dah bagus dah, tapi kita jangan lupa pula untuk 'mengundi’ 5 kali setiap sehari. Macai politik sila take note, deep nih, deep! Adohai..


Semusim di Syurga part 4
--------------------------------

Satu hari lepas solat subuh, sementara tunggu matahari naik, aku masih lepak di masjid (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya).

Tiba-tiba aku bersin sambil tutup mata, bersin dan bersin dan bersin..

Lebih dari 5 kali.

Aku hemburkan segala hingus pada sapu tangan yang memang aku sedia bawa...

Minta maaf kepada semua ahli surau yang sedang beriktikaf sekalian di atas gangguan bunyi sebentar tadi. 

Aku mengalamai sindrom alahan pada perubahan suhu atau mungkin aku alami gajala Resdun.

Mana tahu?, tak lama kemudian seorang lelaki dalam lingkungan umur akhir 30-an tegur aku, rupa-rupanya beliau seorang doktor pakar yang bertugas di hospital Kerajaan.

Beliau terus menjalankan pemeriksan rawatan kepadaku secara langung dalam masjid dan setelah memeriksa nadi dan beberapa gejala di badanku beliau akhirnya bersetuju untuk bagi aku satu ubat yang mahal secara percuma bagi menyembuhkan alahanku itu.

Malam itu, lepas solat isyak, beliau jumpa aku bagi aku satu ubat yang jenis sembur dalam hidung, Nasonex, mometasone furoate, Aqueous, Nasal Spray.. itulah yang tertera pada ubat tersebut.

Moral of the strory is, kadang kadang bila kita pergi pergi ke 'taman syurga' (masjid atau surau), bukan sahaja masalah akhirat boleh selesai, masalah dunia kita juga Allah boleh selesaikan dengan berbagai-bagai cara, Take note, ini agak deep.

Semusim di Syurga part 5
--------------------------------

Setiap hari orang islam berdoa agar di beri jalan yang lurus, (rujuk al fatihah) tapi sayang, sewaktu memohon jalan yang lurus, hatinya lalai, lalu apabila datang jalan yang lurus, mereka berpaling daripada jalan orang yang dicintai kepada jalan orang yang dimurkai dan disesatkan.... pesan kepada diri sendiri.

Semusim di Syurga part 6
--------------------------------
Bila kali terakhir korang menangis dalam solat?

Hmm, Baik tak payah cerita, nanti riak. (macam poyo),

Jadi biar aku cerita kisah kali pertama aku menangis dalam solat,

Al kisahnya satu hari ketika aku sedang solat, tiba tiba ada sorang pakcik tarik aku ke belakang sambil cakap,

"budak belum sunat duduk belakang",

menangis beb, tak silap aku keesokan harinya Dr M rasmi kereta proton saga.

Adohai..

Semusim di Syurga part 7
--------------------------------
Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab ugama’ dalam kubur yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ke tanah! Oh...

Semusim di Syurga part 8
--------------------------------
Pada satu malam dekat kubur jam 2 pagi...suasana sunyi, dari jauh bunyi anjing ketakutan..dan kucing berkelahi, tiba-tiba kubur merekah, keluar bau yang busuk dan munculah mayat perempuan dengan kain kapan yang kekuningan merangkak menuju ke arah korang...sebelah matanya jatuh..dan giginya agak 'jo' serta darah hitam pekat mengalir dari mulutnya macam jo-on...

Apa perasaan korang? seram tak?

Tentulah tidak sebab korang baca depan komputer waktu pejabat ramai orang, cubalah baca cerita hantu ni kat kubur kampung nenek korang waktu malam sorang diri jam 2 pagi..., baru baca "pada satu malam..." dan terketar-ketar...meremang bulu roma, tempurung lutut pun berlaga...

Begitulah jugak dengan hadith nabi atau nasihat ugama...setakat baca internet, mana nak datang kesan nya?..., kalu adapun kesannya namun auranya tak sama, tapi cuba korang pergi majlis ugama dengan mujahadah kat masjid dengar ustaz cakap "semua orang akan jadi mayat..." meleleh air mata insaf...sebab tulah orang alim mintak kita hidupkan bacaaan hadith kat masjid.

So, tak salah belajar agama di facebook, tapi kesannya tak sama dengan orang yang belajar di masjid atau di jalan Allah.

Ayoh kita berjuang!

(jerit aku penuh semangat dalam keadaan bersandar pada kerusi sambil gerak gerakan mouse, adohai, pesan pada diri sendiri rupanya..)

Semusim di Syurga part 9
--------------------------------

Penelefon: “Hello asalamualaikum”

Korang: “waalaikumusalam, siapa ni?”

Penelefon: “encik ni ada beli buku Kamar sutera dan Permata yang Hilang tulisan Hamka Keretamayat?”

Korang: “err, ya ada beli, kenapa ek?

Penelefon: “Dah sampai ke belum?”

Korang: “Dah, siap ada duit baki RM3”

Penelefon: “Duit baki sebab pihak kami guna sampul RM9 kerana alamat anda sama, jika alamat berbeza, kami guna sampul RM6 setiap satu, encik dah ada insurans?”

Korang: “dah ada encik”

Penelefon: “encik nak tak tambah insuran lagi satu?

Korang: “cukulah insurans BSN prudential saya dengan kad medic”

Penelefon: “tapi insurans ni free jer”

Korang: “saya tak berminat”

Penelefon: “jika encik ambik insurans ni, encik akan dapat jaminan tidak masuk neraka”

Korang: “Wow!”

Penelefon: “cara nak dapat adalah dengan solat secara berjemaah selama 40 hari”

(Pendekkan cerita)

Nabi bersabda: “Barangsiapa yang solat secara berjemaah selama 40 tanpa tertinggal Takbir pertama bersama imam maka untuknya dua jaminan, yaitu kebebasan dari azab api neraka dan kebebasan dari sifat kemunafikan." (HR. Tirmidzi)

Ps: Ada siapa siapa belum ambik insurans ini? Bolehlah ikut jemaah dakwah dan tabligh berhampiran tempat anda yang keluar 40 hari, atau jika ada usrah dari pas yang buat rehlah 40 hari pun boleh ikut, pesan pada diri sendiri.. adohai.

Semusim di Syurga part 10
--------------------------------
(Cerita asal di petik dari blog azharjaafar, tapi aku edit sikit supaya lebih dramatik, adohai..)

Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.

Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.

Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut.

Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.

Mungkin pada ketika inilah saksi-saksi yang melihat anak singa mengembek di dalam kumpulan kambing lalu mencipta pepatah melayu, iaitu : masuk kadang kambing mengembik.. Wallahu’lam.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.

Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.

Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.

Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Ps: ketahuilah bahawa orang islam di zaman sekarang kebanyakkannya berperangai seperti anak singa dalam cerita di atas, mereka telah lama bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud aku dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul lalu dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…

Ps2: Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta. Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat. Tapi orang islam di zaman kini kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.


Ps3: Padahal mereka orang islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpaan kepada kekuatan islam dalam kerja dakwah yang diutamakan di zaman Nabi dan sahabat. Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

SEKIAN

Apr 18, 2014

Apa hukum sedekah Al fatihah kepada bukan islam yang mati?

(soalan asal: Apa hukum sedekah Al fatihah kepada orang kafir yang meniggal dalam kemalangan jalan raya)

Note: aku tangguhkan dulu entry tentang kassim Ahmad sebab perasan sibuk tolong bini tebuk wall plug dan pasang langsir, tapi kepala kena kipas dan mendapat beberapa jahitan dikepala namun nak jawab soalan ini terlebih dahulu, hu hu.

***
"Di sinilah saya melihat mangsa memasang langsir yang jatuh digayut anak sampai siap walaupun telinga mangsa sudah berdarah darah, saya sudah nasihat mangsa berhenti, tapi mangsa seolah telinga kuali (berdarah) terus memasang langsir sehinggalah saya paksa mangsa ke hospital, mangsa berkelakuan pelik di hospital dengan membuat lawak pada doktor perempuan dan nurse yang comel, sabor jer lah, adohai"


“Apa perasan awak Hamka?”

Tanya doctor perempuan ketika jahit luka di belakang telinga.

Imbas kembali 30 minit yang lalu, terlihatlah akan anak aku bergayut dekat langsir rumah, terus terjatuh dan lansirpun turut tercabut. Sementara anak di leter oleh bini kerana merosakkan harta benda, aku terus pijak sofa dan gantung balik langsir ditempat asal.

Zasss, bilasan kipas siling libas telinga aku, rasa bengang sekejap, tapi sempat arah bini tutup kipas dan aku siapkan kerja gantung langsir, oh!, wall plug dah tercabut rupanya, aku turun ambik peralatan dan pasang wall plug beserta skru yang baru, bini tanya abang okey ke? sambil control macho aku jawab, sakit sikit jer, sambil siapkan kerja, tiba tiba bini tegur:

“Abang, belakang telinga ada darah?”

Aku raba dengan tangan kanan dan tengok tangan tempat raba tadi dipenuhi darah.

Bini ambik tuala tutup luka, balut, dan drive kereta hantar aku ke hospital.

Aku pelik, tak rasa sakit sangat, tapi darah boleh tahan banyak.

Sampai sana doctor perempuan kata luka belakang telinga kena jahit, sebab luka agak dalam.

Dalam posisi baring, aku suruh bini pegang tangan aku, dan doctor perempuan bersama nurse jahit luka di belakang telinga, mungkin takut aku sakit, doctor jahit perlahan lahan dan bertanya:

“Apa perasan awak Hamka?”

Aku sambil pandang mata bini jawab:

“saya rasa di sayangi doctor.”

Woha!

Nasib baik tak kena telinga atau mata, Allah masih mahu aku gunakan telinga dan mata untuk tingkatkan iman mudah mudahan, Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi doakan aku dari jauh. 

Malang tidak berbau. “nak geroh” kata orang Terengganu, adohai..

Balik kepada tajuk asal kisah “nok geroh” melibatkan mendiang XX lalu ditanya korang:

Apa hukum sedekah Al fatihah kepada bukan islam yang mati kemalangan jalan raya? Jawapannya:

“Al fatihah adalah surah pertama dalam Al quran yang berbahasa arab dan mengandungi doa hidayat, dalam al fatihah juga ada doa agar tidak dijadikan golongan sesat, so jika kita faham Al fatihah di Qiaskan sebagai ‘doa hidayat’, maka hokum untuk orang kafir yang sudah mati menjadi tidak boleh didoakan hidayat sebab dah mati, jika masih hidup, boleh sahaja doakan hidayat untuk mereka, boleh rujuk kisah nabi Muhamad SAW dan bapa saudaranya yang mati tanpa hidayat.

Nak lebih jelas, rujuk larangan dalam Al quran: (google sendiri)

Jadi dalam kes mendiang yang kemalangan jalan raya ini, dah tentu tak boleh sedekahkan al fatihah, namun jika ada orang yang sedekahkan Al fatihah kepada beliau, mungkin orang itu pernah alami pengalaman menjadi saksi kemalangan jalan raya macam aku.

Kisah ni dah lama, berlaku di merchang Terengganu pada bulan mei, ketika aku sedang drive tiba tiba sebuah kereta iswara telah potong kereta aku di garisan bekembar, dan merempuh melanggar bas dari arah yang bertentangan. Kami pun sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, cari parking dan pergi tengok keadaan ehwal kemalangan tu dan aku rasa mungkin drebar kereta tu sudah jadi mayat kerana kereta tu terporosok ke bawah bas dan kaku tidak bergerak, manakala penumpang kereta itu masih bergerak-gerak dengan darah membanjiri wajahnya. Aku dan beberapa saksi ditempat kejadian cuba menolong tapi tak terdaya.., mereka tersepit antara enjin dan pintu kereta. Bomba pun belum sampai.

Melihat keadaan mereka yang macam sudah tiada harapan, tersepit dan bomba belum sampai, lalu aku mengajar mangsa mengucap kalimah syahadah…, Nampak macam kejam tindakan aku kerana ajar mengucap ni hanya untuk orang nazak, tapi mati itu datangnya secara tiba tiba, apa salahnya ajar mangsa mengucap daripada dia menjerit sakit sakit!

Kemudian ada saksi lain menyampuk..

“Oi, brother, tu orang cina tu, tak payahlah ajar mengucap”

Di pendekkan cerita, semakin ramai rakyat Malaysia yang prihatin datang menjengah untuk tengok-tengok apa yang patut untuk di ceritakan kepada sanak saudara kelak melalui FB atau whasaap, bila sudah makin ramai yang datang maka aku telah 'tertolak' ke belakang..

"Camne Bang?”

Tanya bini aku sambil melihat ambulance dan bomba yang baru tiba.

“waktu solat magrib dah nak masuk, kita serahkan pada yang pakar, kita pergi solat dahulu..”

Dalam kereta, aku mengeluh kerana orang ramai pakat ketawa bila aku ajar mangsa mengucap kerana mangsa berbangsa cina,.

Jawab bini aku: “takpelah cinapun bang., .masuk islam lagi bagus.., entah entah mualaf!,

Aku setuju.

Pendekkan cerita, kami sampai jua ke distinasi dengan selamat, alhamdulillah. Keesokkan harinya,  melalui berita terkini, berita kemalangan menkhabarkan bahawa memang mangsa nahas adalah orang cina dan salah seorang mati di tempat kejadian, semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Hati hati pandu kereta, semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya!

So jika kita sempat ajar mengucap kepada orang bukan islam sewaktu nazak, dan diapun ada ucap sama, maka bolehlah sedekah Al fatihah. Simple!


Sekian.

Ps: Terima kasih kepada mereka yang mendoakan aku cepat sembuh, baca komen korang yang beratus dalam FB, buat aku rasa di sayangi, he he.

Apr 8, 2014

Kassim Ahmad anti hadis? Satu pandangan.

(Bro Hamka, apa pendapat saudara tentang Kassim Ahmad yang menolak hadis dan hanya merujuk kepada Al Quran semata mata, Ada apa apa pandangan?)

Siapalah diri aku untuk korang rujuk bab agama, tapi bila baca ulasan Jakim berkenaan beliau, terus dapat ilham untuk menulis. Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat peribadi penulis semata mata, korang boleh print untuk baca dan jika tak setuju, korang boleh gunakan kertas tu untuk balut nasik lemak, no problem.

Dr Kassim Ahmad seorang yang sudah tua dan sebagai orang yang pernah muda, beliau mungkin telah mengembara ke seluruh dunia islam yang lain dan telah melihat permasalahan utama dikalangan ummat islam iaitu:

Orang islam bergaduh sesama islam dari tahap caci mencaci, kafir mengkafir hinggalah ke tahap bunuh membunuh.

Lalu mungkin?, Kassim Ahmad membuat kesimpulan bahawa, punca utama kenapa ummat islam diseluruh dunia saling bergaduh sesama sendiri adalah kerana terlalu banyak perbezaan mazhab yang menafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli.

Sebagai contoh, geng taksub wahabi atau salafi, setelah tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa ahli sunnah masuk neraka dan wajib diperangi kerana menambah bidaah hasanah dalam ibadat seperti zikir selepas solat, tahlil dan lain lain.

Geng sunnah taksub pula, setelah tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa geng wahabi wajib diperangi kerana menghina ulamak mazhab yang empat.

Geng Syiah pulak,setelah tafsir hadis (dari sumber mana ntah?)secara melampau lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa penyokong sahabat Abu bakar, Umar dan lain lain wajib di bunuh, darah mereka halal kerana menyokong orang yang kononnya berpakat membunuh cucu Nabi.

Begitu juga di pelestin, Geng taksub Hamas, setelah tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa Fatah yang bekerja sama dengan Yahudi perlu di perangi, di pihak Fatah pulak, setelah tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah menafsir bahawa, Hamas juga perlu di perangi!

Sama jugak di Mesir,penyokong Morsi dan kerajaan islam yang tak perlu aku ceritakan lagi sebab korang semua dah tahu, saling berperang setelah masing masing tafsir hadis dengan cara berbeza besa, di Afgahnistan dulu, dengan perang Antara Taliban yang menyokong seranbgan Al qaeda membunuh orang awam yang kapir dan Pakatan Utara yang berpendapat lain, malahan di Malaysia, Pas kafirkan umno kerana tolak hudud dan wajib di maki, Umno pulak sesatkan pas kerana tidak taat kepada pemimpin dan wajib di tentang, dan lain lain sudut dunia, akan sentiasa ada orang islam berperang sesama islam yang berpunca daripada penafsiran hadis secara melampau lampau dan membabi tuli  yang menggambarkan pihak saya sahaja yang betul, pihak lain semuanya salah lalu kafir mengkafir yang seterusnya mengundang pertumpahan darah.

Lalu mungkin?, Kassin Ahmad yang melihat masalah ummat islam yang carca merba kerana penafsiran hadis yang terlalu melampau lampau ini, maka membuat keputusan untuk menafsir hadis semula, agar ummat islam kembali bersatu dan tidak lagi saling kafir mengkafir, dan bunuh membunuh, tapi malangnya, tindakan beliau bukan menafsir semula hadis, tapi lebih kepada menafsir Al quran semata mata, malah menolak terus hadis sebaliknya menggunakan logik akal dan sentiment serta emosi sehingga munculah tafsiran yang diambil secara moden seperti wanita tidak perlu bertudung, solat kena cara lebih simple dan lain lain. (boleh rujuk dakwaan dari pihak Jakim)

Akibatnya, sekali lagi, ummat islam yang tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli telah menkafirkan Kassim ahmad, malah! ada yang ingin membunuh beliau. Woha!

So..!

Nasihat aku kepada mereka yang betul betul tolak hadis diluar sana, sebenarnya, nak selesaikan masalah ummat islam memang tak boleh guna cara tolak hadis bang, lagipun dalam al Quran pun ada ayat suruh ikut Nabi Muhammad SAW, dan al quran itu memang guna gaya Bahasa yang lebih tinggi dari syair arab, maka tak bolehlah nak tafsir tanpa rujuk pada sejarah dan hadis. Contohnya, dalam Al quran tak ada  cerita detail macam mana nak tanam mayat, karang jika pihak keretamayat tanam mayat korang kaki terjulur keluar nak tak? Kena rujuk hadis jugak, bang.

Namun tak dinafikan, hadis yang ada hari ini mungkin ada yang palsu, lemah dan lain lain tokok tambah almaklumlah hadis ini sudah berjalan dari mulut ke mulut beribu tahun.

Tapi sesuai dengan ayat Al quran, ALLAH berfirman “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Maka tak logik jugak jika semua hadis adalah palsu sedangkan telah lahir dikalangan ulamak silam yang dengan ikhlas membuat kajian hadis sehingga beribu ribu hadis telah dimusnahkan dalam menjaga keaslian, namun tak kanlah kerana sikap sesetengah ulamak yang taksub dalam menafsir hadis yang membawa pada pertumpahan darah, maka terus kita nak tolak semua hadis. Hu..hu..

Maka untuk mengatasi masalah ini, masalah orang islam suka bergaduh kerana tafsir hadis secara melampau lampau dan membabi tuli, ditambah akibat taksub serta kejahilan peribadi.

Maka, untuk mengatasi masalah ini wahai saudara islamku sekalian, sememangnya ada cara yang lebih simple, make sense dan terbukti berkesan dalam menyatukan kembali ummat islam tanpa menolak hadispun, Insya-Allah.

 (bersambung..)


Ps: Arghh, bila nak sambung tulis rasa macam akan terlalu panjang, sedang aku pulak perasan sibuk, free nanti aku sambung balik. Minggu depan ke tengoklah, Adohai..