Apr 18, 2014

Apa hukum sedekah Al fatihah kepada bukan islam yang mati?

(soalan asal: Apa hukum sedekah Al fatihah kepada orang kafir yang meniggal dalam kemalangan jalan raya)

Note: aku tangguhkan dulu entry tentang kassim Ahmad sebab perasan sibuk tolong bini tebuk wall plug dan pasang langsir, tapi kepala kena kipas dan mendapat beberapa jahitan dikepala namun nak jawab soalan ini terlebih dahulu, hu hu.

***
"Di sinilah saya melihat mangsa memasang langsir yang jatuh digayut anak sampai siap walaupun telinga mangsa sudah berdarah darah, saya sudah nasihat mangsa berhenti, tapi mangsa seolah telinga kuali (berdarah) terus memasang langsir sehinggalah saya paksa mangsa ke hospital, mangsa berkelakuan pelik di hospital dengan membuat lawak pada doktor perempuan dan nurse yang comel, sabor jer lah, adohai"


“Apa perasan awak Hamka?”

Tanya doctor perempuan ketika jahit luka di belakang telinga.

Imbas kembali 30 minit yang lalu, terlihatlah akan anak aku bergayut dekat langsir rumah, terus terjatuh dan lansirpun turut tercabut. Sementara anak di leter oleh bini kerana merosakkan harta benda, aku terus pijak sofa dan gantung balik langsir ditempat asal.

Zasss, bilasan kipas siling libas telinga aku, rasa bengang sekejap, tapi sempat arah bini tutup kipas dan aku siapkan kerja gantung langsir, oh!, wall plug dah tercabut rupanya, aku turun ambik peralatan dan pasang wall plug beserta skru yang baru, bini tanya abang okey ke? sambil control macho aku jawab, sakit sikit jer, sambil siapkan kerja, tiba tiba bini tegur:

“Abang, belakang telinga ada darah?”

Aku raba dengan tangan kanan dan tengok tangan tempat raba tadi dipenuhi darah.

Bini ambik tuala tutup luka, balut, dan drive kereta hantar aku ke hospital.

Aku pelik, tak rasa sakit sangat, tapi darah boleh tahan banyak.

Sampai sana doctor perempuan kata luka belakang telinga kena jahit, sebab luka agak dalam.

Dalam posisi baring, aku suruh bini pegang tangan aku, dan doctor perempuan bersama nurse jahit luka di belakang telinga, mungkin takut aku sakit, doctor jahit perlahan lahan dan bertanya:

“Apa perasan awak Hamka?”

Aku sambil pandang mata bini jawab:

“saya rasa di sayangi doctor.”

Woha!

Nasib baik tak kena telinga atau mata, Allah masih mahu aku gunakan telinga dan mata untuk tingkatkan iman mudah mudahan, Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi doakan aku dari jauh. 

Malang tidak berbau. “nak geroh” kata orang Terengganu, adohai..

Balik kepada tajuk asal kisah “nok geroh” melibatkan mendiang XX lalu ditanya korang:

Apa hukum sedekah Al fatihah kepada bukan islam yang mati kemalangan jalan raya? Jawapannya:

“Al fatihah adalah surah pertama dalam Al quran yang berbahasa arab dan mengandungi doa hidayat, dalam al fatihah juga ada doa agar tidak dijadikan golongan sesat, so jika kita faham Al fatihah di Qiaskan sebagai ‘doa hidayat’, maka hokum untuk orang kafir yang sudah mati menjadi tidak boleh didoakan hidayat sebab dah mati, jika masih hidup, boleh sahaja doakan hidayat untuk mereka, boleh rujuk kisah nabi Muhamad SAW dan bapa saudaranya yang mati tanpa hidayat.

Nak lebih jelas, rujuk larangan dalam Al quran: (google sendiri)

Jadi dalam kes mendiang yang kemalangan jalan raya ini, dah tentu tak boleh sedekahkan al fatihah, namun jika ada orang yang sedekahkan Al fatihah kepada beliau, mungkin orang itu pernah alami pengalaman menjadi saksi kemalangan jalan raya macam aku.

Kisah ni dah lama, berlaku di merchang Terengganu pada bulan mei, ketika aku sedang drive tiba tiba sebuah kereta iswara telah potong kereta aku di garisan bekembar, dan merempuh melanggar bas dari arah yang bertentangan. Kami pun sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, cari parking dan pergi tengok keadaan ehwal kemalangan tu dan aku rasa mungkin drebar kereta tu sudah jadi mayat kerana kereta tu terporosok ke bawah bas dan kaku tidak bergerak, manakala penumpang kereta itu masih bergerak-gerak dengan darah membanjiri wajahnya. Aku dan beberapa saksi ditempat kejadian cuba menolong tapi tak terdaya.., mereka tersepit antara enjin dan pintu kereta. Bomba pun belum sampai.

Melihat keadaan mereka yang macam sudah tiada harapan, tersepit dan bomba belum sampai, lalu aku mengajar mangsa mengucap kalimah syahadah…, Nampak macam kejam tindakan aku kerana ajar mengucap ni hanya untuk orang nazak, tapi mati itu datangnya secara tiba tiba, apa salahnya ajar mangsa mengucap daripada dia menjerit sakit sakit!

Kemudian ada saksi lain menyampuk..

“Oi, brother, tu orang cina tu, tak payahlah ajar mengucap”

Di pendekkan cerita, semakin ramai rakyat Malaysia yang prihatin datang menjengah untuk tengok-tengok apa yang patut untuk di ceritakan kepada sanak saudara kelak melalui FB atau whasaap, bila sudah makin ramai yang datang maka aku telah 'tertolak' ke belakang..

"Camne Bang?”

Tanya bini aku sambil melihat ambulance dan bomba yang baru tiba.

“waktu solat magrib dah nak masuk, kita serahkan pada yang pakar, kita pergi solat dahulu..”

Dalam kereta, aku mengeluh kerana orang ramai pakat ketawa bila aku ajar mangsa mengucap kerana mangsa berbangsa cina,.

Jawab bini aku: “takpelah cinapun bang., .masuk islam lagi bagus.., entah entah mualaf!,

Aku setuju.

Pendekkan cerita, kami sampai jua ke distinasi dengan selamat, alhamdulillah. Keesokkan harinya,  melalui berita terkini, berita kemalangan menkhabarkan bahawa memang mangsa nahas adalah orang cina dan salah seorang mati di tempat kejadian, semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Hati hati pandu kereta, semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya!

So jika kita sempat ajar mengucap kepada orang bukan islam sewaktu nazak, dan diapun ada ucap sama, maka bolehlah sedekah Al fatihah. Simple!


Sekian.

Ps: Terima kasih kepada mereka yang mendoakan aku cepat sembuh, baca komen korang yang beratus dalam FB, buat aku rasa di sayangi, he he.

25 comments:

School Of Tots said...

Allah masih menyayangi Tuan. Ujian luka di telinga, bukan putus telinga. Alhamdulillah.

Irfa said...

ISH, NGERI TGK TELINGA KOYAK TU
MOGA CPT BAIK YE EN HAMKA

cinta said...

langsir itu sama nasibnya dgn langsir rumah saya. Satu dah runtuh, satu lagi bakal runtuh. Anak-anak test power.

Eda Ejai said...

ngeri tengok kene jait.. semoga cepat sembuh..

Shamsiah Abdul Rahman said...

T.kasih atas perkongsian ini.
Mmg tgh mencari bahan utk "Al-Fatihah kepada yg bukan Islam".

Hamka Kereta Mayat said...

School Of Tots

Allah masih menyayangi Tuan jika masih hidup, kalau mati, Allah LEBIH menyanginya.., adohai..

Tapi memang Alhamdulillah, terima kasih bang.
---------
Irfa

Terima kasih, tapi saya tak ngeri sebab tak Nampak, isk.

---------
cinta

anak anak ni kan?, nak marah kecik lagi, hisss

---------
Eda Ejai

thanks

----------
Shamsiah Abdul Rahman

Sama sama kak.

MyCherita said...

Salam ukhwah..salam perkenalan.. 1st Blogwalking time sampai sini.. salam dari MyCherita

Kak Tie said...

akak pun tgh duk tercari-cari pasal Alfatihah..ramai sangat yang komen ntah apa2 pasal ni kat FB..rimas dibuatnya....mohon share ye..

Anonymous said...

cantek rumah...

Sukma Haron said...

Saya baru saja beli langsir baru...belum pasang lg..

Petak Bunga said...

Rasanya dah sihat dapat menulis dengan baik ni..
Apa2, semoga cepat sembuh juga.



Petak Bunga said...

Rasanya dah sihat dapat menulis dengan baik ni..
Apa2, semoga cepat sembuh juga.

Anonymous said...

Assalam

Masyallah....
Titisan darah kerana nak menyukakan hati seorang isteri yang Allah sayang 70 kali lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya.

Tak semua orang berdarah kerana isterinya......

You are the choosen one bro.Woha!

CF
P/s: Knowing the late Karpal, personally he is so humble. Siapa kenal dia, akan sayang dia. Aku bersalah keran tak dakwah dia...100%! Semoga anak2nya mendapat hidayat.

Anonymous said...

pasal isteri, darah aku naik..

aku the choosen one jugak tak?

patut dakwah sekali kat orang islam yang tolak hudud sebelum terlambat dan menyesal jugak..




Anonymous said...

Assalam

Nabi saw pernah naik darah pasal isteri-isterinya. Menyendiri di masjid Nabawi dan hanya Umar rahu. berani jumper....Wallahualam.

So...adalah sunnah untuk naik darah pasal isteri. Sabar jer.... Pahala sunnah seumpama mati syahid. So, you are the choosen one. Insyallah hadam?

Nabi saw tak dakwah manusia kepada hudud serta perlaksanaannya. Correct me if I m wrong

Nabi saw dakwah tentang keagungan serta kehebatan tuhan sehingga...sahabat dan sahabiah yang dah terlanjur, dengan kesan dakwah iman Nabi saw ada yang mengaku berzina. Mereka sanggup di rotan serta rejam kerana takut kepada hari pembalasaan esok ni.

Oleh itu kita dakwah manusia yang belum beriman kepada iman yang sahih dan kepada manusia yang dah beriman kepada kesempurnaan iman.

Bila iman dah sempurna...Malaysia Al-Munawarrah.

Mungkin aku salah...tolong betulkan?

CF

Anonymous said...

hadam dan setuju...





Hamka Kereta Mayat said...

-----------
MyCherita

Salam ukhwah

-----------
Kak Tie

share no problem

---------
Sukma Haron

Tak nak tolong

----------
Petak Bunga

Sihat sangat! Terima kasih

------------
CF

“Tinggi!”

Anonymous said...

Assalam

Masyallah...
Allah yang bagi hadam.
Allah jualah yang bagi faham.

CF

Jika ada pahala aku yang kau terima Ya Allah, aku hadiahkan tanpa kurang satu pun pada semua ummat Muhammad saw samada yang masih hidup atau mati.

Janganlah bakar kami Ya Allah...sakit Ya Allah..kami tak nampak pun Nabimu Ya Allah..

Tornado Assassin said...

Salam. Syeikh mntak ulas kes ustaz don via mesir ikhwannul muslimin?

Anonymous said...

sedihnye,post ko sudh xmampu wat air mataku..xseperti lama dulu...doa+usaha untk ijtima tuan..

Hamka Kereta Mayat said...

doa untuk aku jugak, tuan, terima kasih

Hamka Kereta Mayat said...

Tornado Assassin

cuba cerita versi tuan pulak

Tornado Assassin said...

Hahaha..busy ke

safei fm said...

Salam tuan blog yang banyak ceritanya jadi pengajaran kepada kami inshaalah.
Saya nak bertanya mengenai adakah taubat diterima diambang nazak dan jika cina tu mengucap syahadah adakah diterima?
Maaf sy kurang jelas

Hamka Kereta Mayat said...

apa pilihan kita ada.

1.biarkan cina nazak tu mati kafir sebab dah nazak, pintu taubat kita tutup, sedang perkara ghaib ni di luar ilmu kita.

2. ajar cina tu mengucap kerana tidak putus asa dengan rahmat Tuhan, lagipun ada kes orang nazak tiba tiba sihat, dan Nabi juga suruh ajar orang nazak mengucap, dan kisah sedih nabi dan bapa saudaranya yang di ambang maut nak di ajak mengucap, di halang oleh abu jahal.

pilihan melibatkan masa, wallahu'lam