May 27, 2014

Israk Mikraj, Di mana kita?

(Kisah ringkas Israk Mikraj untuk rujukan Mualaf yang baru masuk islam, semoga bermanfaat.)

Ketika Nabi sedih tengok bangsa dia buat dosa dan kerosakkan, maksiat sini sana, bunuh anak hidup hidup dan (masukkan segala jenis jenayah yang terlitas di fikiran korang). Maka Nabi Muhammad SAW telah menyendiri di gua Hirak dalam keadaan fikir risau terhadap ummat.

Lalu datanglah malaikat jibrail a.s wakil kepada Tuhan memberi jalan penyelesaian kepada masalah ummat yang melanda masyarkat arab. Pada mulanya Nabi takut dan berpeluh, tapi setelah ditenangkan oleh bininya, dan dengan pendapat dari bapa saudaranya bahawa itulah tanda kenabian, maka Nabi muhammad SAW pun berdakwah pada penduduk Mekkah dengan cara jumpa manusia sorang demi sorang.

Dakwah cara jumpa orang ni memang mujahadah (susah), Nabi kena maki, kena ludah, kena lempang, kena sepak dan macam macam lagilah, tapi Nabi faham, ini perintah Allah, dakwah cara jumpa orang ni telah di buat oleh semua Nabi terdahulu, dan cara ni banyak gagal dari berjaya, Nabi musa dakwah cara macam ni, Firaun tak ikutpun, Nabi nuh dakwah cara macam ni selama 950 tahun, 83 orang jer ikut. Nabi ibrahim dakwah namrud cara macam ni pun gagal.

Tapi Allah tetap lantik Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh sebagai nabi ulul Azmi, kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi kita berjaya ikut perintah Allah.

10 tahun kemudian, adalah lebih kurang dua tiga ratus orang ikut Nabi Muhammad SAW, terutama orang miskin dan hamba abdi, itupun kena seksa jugak, malahan nabi dan orang islam kena boikot tak boleh dijual makanan kepada mereka, maka adalah anak anak orang islam yang mati kelaparan.

Dalam keadaan susah macam tu, Nabi masih tabah berdakwah siang dan malam, sehinggalah dua orang yang paling Nabi sayang, telah meninggal dunia. Pertama, Abu Talib selaku pakcik yang jaga baginda waktu kecil (nabi anak yatim) Pakcik yang akan membela nasib nabi bila di serang oleh orang kafir, sehingga orang kafir tak tergamak nak bunuh Nabi kerana hormat pada bapak saudaranya, namun yang menyedihkan Nabi, bapak saudaranya mati dalam keadaan kafir, beliau akan masuk neraka selamanya, aku pun sedih jika orang yang aku sayang, mati masuk neraka.., adohai..

Orang kedua yang Nabi sayang tapi meninggal pada tahun yang sama adalah isteri beliau, iaitu Khatijah r.aha, Dulu bila penat berdakwah dan penat kena maki dengan orang kampung, balik rumah dilayan bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?

Dalam kesedihan sebegitu, orang kapir makin rancak menyusahkan nabi, maklumlah bapak saudara Nabi yang selalu back up dah mati, maka Nabi buat keputusan untuk berhijrah ke taif.

Di taif Nabi datang jumpa ketua mereka mintak izin untuk tinggal di sana dan berdakwah tentang agama islam. Tapi Nabi kena pukul, waktu itu umur Nabi lebih kurang 50 tahun, dah tua tapi kena pukul dan di baling batu oleh orang kampung sejauh 1 km lebih kurang, Nabi luka dan berdarah, dan nabi telah meninggalkan Taif dalam keadaan cedera dan menangis.

Dalam kesedihan yang bertalu talu, datang peristiwa yang bakal menjadi penyejuk mata baginda Nabi Muhammad SAW, yang mana malaikat Jibril telah datang dan membawa Nabi melihat dunia yang selama ini baginda hanya beriman tanpa melihatnya, dengan menaiki binantang yang bukan berasal dari bumi, Nabi telah naik ke langit dan melihat alam akhirat dengan mata kepala baginda.

Korang pun jika berdakwah tiba tiba diberi peluang meihat shurga dan neraka, melihat nikmat shurga dan azab neraka, tentu rasa seronok sangat.., dan Nabi digembirakan lagi oleh Allah dengan berpeluang bertemu rakan seperjuangan dan berbual dengan Nabi Nabi terdahulu yang sama susah seperti baginda, dan kemuncak israk dan mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.

Dalam satu hadis yang aku petik dari Buznama, Allah telah bertanya pada Nabi, apakah perkara yang malaikat saling berbahas, Nabi jawab: aku tidak tahu, lalu Allah buka 7 petala langit depan mata Nabi maka Nabi menjawab malaikat sedang membahaskan pahala orang yang solat di malam yang sejuk dan hari yang panas, lalu di hujung pertemuan Nabi kekasih Allah, maka telah dikurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50 waktu sehari semalam.

Dalam riwayat yang lain, Nabi telah melihat di setiap lapisan langit terdapat malaikat yang sedang sujud, dilapisan langit lain ada malaikat yang sedang rukuk, dilapisan langit lain pula ada yang mengaji, ada yang bertasbih yang mana rupanya solat adalah himpunan kekuatan 7 petala langit yang mampu selesaikan masalah dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan tertib dan yakin yang betul.

Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,

Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakn dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.

Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.

Tidak lama selepas israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW bersama beberapa orang pengikut telah berhijrah ke Madinah, 10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir sehingga ke hari ini.

Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke, sekali setahun ke, Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai..

Bagi mereka yang bertanya 'boleh sesiapa sahkan perkara Nabi naik ulang alik jumpa Allah?' Maka jika di umur senja korang beragama islam tapi masih belum yakin dengan peristiwa israk dan mikraj, dan masih bertanya, betuk ke tidak?, habis tu bila masa pulak korang nak solat 5 waktu? Adohai..

Akhir kata, orang kapir memang tidak percaya kisah Nabi pergi ke langit jumpa Allah dan balik semula ke dunia hanya satu malam? Mungkin ada yang bertanya berapa laju buraq yang ditungangi Nabi, jawapannya, hajalu= Jarak/masa. Dan masa adalah termasuk ciptaan Allah.

Demi Masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan berpesan dengan sabar.


Take note!

11 comments:

BL4CK_ARR0W said...

alhamdulillah...
sesungguhnya SOLAH itu memang hadiah terbaik bagi mukmin...menjadi penyejuk mata baginda Nabi saw...& orang-orang yang memeliharanya juga insya Allah akan tergolong "min qurrati a'yun"...alangkah bahagianya, sedangkan sudah lebih 1400 tahun bahkan Nabi saw sudah tidak berada bersama kita tetapi orang-orang yang memelihara solahnya menjadi sebahagian penyejuk mata baginda saw...
*insya Allah, akan menggandakan usaha untuk 'memelihara' solah...
doakan saya, dan seluruh ummat dapat hidayah Allah dan dpt datang kepada solah yang khusyu' wal khuduu...
~laa ilaaha illallah muhammadur rasulullah~

Anonymous said...

semua salah UMNO-BN

Keep The Good Alive said...

Assalamua'alaikum brader.mohon izin copy paste, nak kasi bebudak ofis. mudah-mudahan diberkati Allah. Ameen.

MUQARRABINZ said...

Semoga Allah merahmati kamu dan semua yang sedang berdakwah di jalan Allah.

senandung timur said...

Alhamdulilah,

Pencerahan yang baik.

Saya bersukur kerana my Hubby telah sambut takaza keluar berdakwah 40 hari selepas istimaq.

Semoga semuanya Allah permudahkan.

Anonymous said...

Allah suruh kita buat dakwah cara 'bnyk gagal dr berjaya' semata2 nk lihat umat nabi Saw menahn malu disiang hari dn menangis umpama ank kecil dimalam hari krn Allah.
Prnh dgr byn org lama.. .' Allah mmg xberi qais amiri dpt laila supaya dia sntiasa merayu trhdp Allah dimlm hari'

fwzsoleh said...

Bila baca dakwah nabi dan sahabat, memang penuh mujahadah dan pengorbanan..baru kita sedar sebenarnya kita tak buat apapun untuk agama..kita hanya cakap-cakap mujahadah saja di mulut..adoi..lepas tu kita perasan yang kita dah buat dakwah sungguh-sungguh(kata Hamka).bila tanya kau buat dakwah? jawab aku sendiri, banyak.. aku dakwah dekat fb, blog bla bla..(aku jawab sendiri) patut la agama tak maju-maju dalam diri aku..tapi agama maju di fb, blog...kih kih

Anonymous said...

Berapa kali kita sedih, berapa kali kita menangis, berapa kali kita disakiti, kerana agama, pertahankan, tegakkan atau kembangkan agama ?
Berapa kali pulak kerana selainnya ?

Anonymous said...

Asssalam

Nabi saw naik sampai ke Arasy mengambil anugerah solat dan ummat mempermain-mainkan perintah solah.

Akulah yang bersalah Ya Allah...
Akulah yang bersalah Ya Allah...
Akulah yang bersalah Ya Allah...

Pilihlah aku dan keluarga aku untuk kami korbankan keseluruhan diri, masa dan harta kami untuk jumpa semua manusia dengan kasih dan sayang. Pujuk rayu mereka sungguh-sungguh agar menjadi orang-orang yang beruntung kelak di hari pembalasan!

Amin!
CF

Tornado Assassin said...

Mujahadah

Hamka Kereta Mayat said...

BL4CK_ARR0W : doakan saya jua.
Keep The Good Alive: Ok

MUQARRABINZ : terima kasih. 

senandung timur: Tahniah!, Semoga semuanya Allah permudahkan.

fwzsoleh : Adohai

CF: Amin!

Tornado Assassin : Benar!