Jun 23, 2014

Zihar bini tak sengaja?

(Tanya sama abang keretamayat)

Salam, betul ke tak boleh panggil laki bini dengan gelaran, ummi, abi sebab nanti jatuh hokum zihar kerana menyamakan laki bini dengan mahram kita?

Hamka said:

Apa ke jadah? Dah takde kerja? Jika korang panggil laki dengan panggilan ‘abang’ pun tak boleh lah sebab samakan laki dengan adik beradik? Apa korang ingat malaikat yang catat dosa pahala ni lembab dan bodoh macam korang? Adohai..

Nabi suruh panggil orang dengan nama yang dia suka, contoh sahabat Nabi, ada yang di panggil Bapak Kucing (Abu Hurairah), no problem, Aisyah isteri Nabi pun pernah Nabi panggil dengan warna merah, (Humairah) so no problem, masalah bahasa jer ni yang mana sama lafaz tapi berbeza makna, macam kopek di KL dan kopek di Terengganu, sama lafaz tapi berbeza makna, atau butuh di Malaysia dan butuh di Indonesia, sama lafaz tapi berbeza makna, orang bodoh bahasa jer yang tak faham penggunaanya, so ketahuilah:

Allah Maha bijaksana, masalah sama lafaz tapi berbeza makna ni takde masalah disisi Allah. Take note.

18 comments:

Robot Polis said...

Sat lagi ade tetamu mai dtg dn tye..
"Dalil mane dalil?"

Anonymous said...

DALIL MANA DALIL?

WOHA!

KADIR said...

[Anda Tanya, Al-Kahfi Jawab]

Adakah memanggil isteri dengan panggilan Ummi akan menyebabkan jatuhnya hukum zihar?

Jawapan:

Insya-Allah, tidak. Ini kerana ia merupakan lafaz kinayah yang mana lafaz kinayah/tidak jelas, memerlukan kepada niat.

Kebanyakan orang kita memanggil isteri ummi, emak, ibu sebagai lambang penghormatan kerana menjadi ibu kepada anak-anaknya, dan bukan berniat menzihar si isteri.

Di sini kami petik perenggan daripada laman web ilmuan tempatan, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman:

Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)

Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-

a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas). Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: “ Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

Kinayah pula adalah lafaz-lafaz yang boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak seperti:” Dinda ni seperti bondaku”. Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dan lain-lain. Maka ia bergantung kepada niat si suami.

Lafaz ini telah ijma’ di kalangan ulama’ tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu’ Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mut’ie, 19/44)

Sumber: http://zaharuddin.net/

Bazilah Azhar said...

Tenkiu 'abang' kereta mayat untuk pencerahan.

DALIL said...

Siapa panggil saya?

Aznie Bunnie said...

rasa mcm nak gelak mengilai kuat-kuat sambil tepuk tepuk meja kat opis ni... sbb kawan me dok cakap me berdosa panggil my suami, Babah-babah dan dia panggil me ibu-ibu...

Sal Bee Yah said...

hehe..betul tu abang Hamka. letih la kalau semua orang kita panggil abang, kakak, makcik, pakcik automatik jadi mahram kita. woha!

Anonymous said...

Mana bole panggil isteri sendiri dgn gelaran ummi ka.. Ibu ka.. Jatuh hukum woo, gelaran lain yg elok elok.. Memang boleh, pasal Nabi pon buat..... Kalu hang panggil isteri hang ibu.. Time tu lak ibu dgn mak mentua hang Ada... Haa tak kalut mana satu yg hang panggil mari....

Robot Polis said...

Dh nama isterinya Ummi Kalthum, nk wat lagu mane. Lgpn byk ustaz lain dh habaq x jatuh hukum..so bole je

Tornado Assassin said...

Papa mama

Anonymous said...

hamka..boleh tak hamka tulis bkaitan dgn budak oku yg dianiaya ibunya tu..sakit hati sy bila baca tulisan kamal yg myokong tindakn ibu tsebut..kononya miskin...sdgkn ibu tsebut pakai tudung beratus2...kalau miskin sgt...takkan tak mampu suapkn nasi untuk anak setiap hari??budak tu tak diberi makan berbulan2...mnurut laporan berita..dan makan benda tidak sepatutnya...seperti tahi sendiri...sy sakit hati bila ramai myokong tindakn ibu bkenaan kerana katanya susah...sdgkn ibu sihat dan gemuk...ibu bkenaan kurung anak dia tanpa diberi makan...dan kamal tu suruh kami ni faham msalah ibunya yg miskin melarat tp ibu dia mampu beli tudung beratus??hiba rasanya bila mnusia dah hilang perasaan empathy..adekah sbb budak tu OKU???kalau budak tu mati bila tak dijumpai..adekah boleh kte anggap sbagai takdir??cukup mudah msyrkt mmaafkn ibu tsebut...sdgkn pmbelaan ptt dilakukn untuk anak itu...ibu tu boleh bjimak dgn suami...baru kguguran katanya...tp dlm masa yg sama boleh mengurung anak nya tanpa makanan???speechless apabila msyrkt myokong tindakn ibu tsebut hanya sbb katanya miskin!!

IbuZikri (bukan ibu abahnya) said...

Penulis kitab ar Raudh al Murbi’, sebuah buku fiqh mazhab Hambali mengatakan:

ويكره نداء أحد الزوجين الآخر بما يختص بذي رحم محرم كأبي وأمي

“Dan makruh hukumnya jika salah seorang dari suami atau isteri memanggil pasangannya dengan panggilan yang hanya digunakan untuk memanggil kerabat yang masih mahram semisal abi atau ummi”.

simple je: panggil isteri dengan ummi. maksud ummi, ibuku.
kalau anak dengar, kenapa abah pun panggil ibu dengan panggilan ibu padahal ibu bukan ibu abah?

jangan susahkah hati. tapi jangan terlalu mudahkan agama.
sekian.

Anonymous said...

Saya panggil isteri baby...isteri panggil saya b...wow romantic tak?

Woha

Tornado Assassin said...

http://animalspace-tornadoassasin.blogspot.com/2014/06/ramadan-semakin-hampir.html?m=0

Anonymous said...

Apehal popular posts blog ni nampak separuh je? Dah lama dah perhati. Sorry takde kaitan dengan entri ni.

Hamka Kereta Mayat said...

segala cadangan dan teguran akan dibawa ke kabinet keretamayat untuk dipanjangkan lain kali dalam entry mendatang, insyaAllah

aimantakbodo said...

hoi! ganasnya reply. haha. ok, yg penting jawapannya.

Hamka Kereta Mayat said...

WOHA!