Jul 1, 2014

Kisah Pelik di awal Ramadhan?

(Juga panduan dalam  memilih ciri Imam yang sesuai untuk solat berjemaah)

Kisah satu:

Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:

“ Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,
“Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w.”

Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..

Namun di bumi, sebelum bukan Ramadhan lagi, telah terdengar bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...

Bisikan itu berbunyi:

“Yusuf... Taiyoob..”

Woha!

Ps: harap pihak Yusof Taiyoob dapat memberi sumbangan kurma beberapa kotak pada pihak keretamayat yang mempromosi produk korang secara tidak langsung, adohai..

Kisah 2:

Tiap kali masuk bulan puasa, sebelum ramadan lagi, aku akan luangkan masa untuk mengsucikan sesuatu di badan aku, yang mana jika benda ni bersih, maka akan berserilah semua anggota. InsyaAllah.

Tepat 29 syaaban baru ini, aku jumpa pakar suci anggota badan yang aku maksudkan. Dalam masa lebih kurang 15 minit, beliau ambik masa untuk sucikan bahagian badan aku itu.

Selamat berpusasa kepada pembaca blog keretamayat, aku sekarang menulis dalam keadaan tersenyum senyum, sebab gigi sudah bersih berseri menyambut ramadhan!

Woha!

Rupanya aku jalani rawatan pergigian daa, adohai..

Ps: Pada tubuh kita ni, ada satu daging, yang mana jika baik daging tu, maka baiklah semua anggota yang lain. Daging itu adalah hati. Semoga puasa kita dapat membersihkan hati masing masing. Amin.

Kisah 3:

Di sebuah surau, kelihatan beberapa makmum yang sedang tolak menolak dalam bab melantik imam.

“kau lah Iman, bacaan kau lebih bagus dari kami”

“kaupun sama bagus, lagipun ini solat zohor, bukannya baca kuat, kaulah”

“awaklah imam, sebab awak lebih berumur”

“eh, apsal pulak?, bagi dia ni jadi imam, anak dia lebih ramai”

“eh? Saya dah iqamat tadi, bagi dia, pakai full sunnah”

“tak payah gaduh, kita bagi Hamka jadi imam, sebab gigi dia lebih putih dari korang semua”

Woha!


Ps: panduan memilih imam, lebih alim, dan lebih bagus bacaan, jika tiada pastikan lebih tua, wallahula’m.

10 comments:

Mummy said...

saya yang pertamakah

Adam Zafri said...

aik pak cik hamka, mcm dah hilang idea jer? pose lah katakan kekekeke

Anonymous said...

heheh santai, biasa tag cerita pakai full sunnah tu popular,

selalu kena tarik jadi imam. heh





don

Anonymous said...

saya masih belum yang pertama, waaa

anom

Anonymous said...

Satu ketika di sebuah pertandingan..



Amanz akan lagi best jika ditambah penulis kreatif keagamaan supaya menambah panduan kegunaan teknologi diselarikan dengan kehendak kehidupan beragama. Contoh gaya penulisan keretamayat..

Huhu..

Anonymous said...

Itu time puasa ada yusuf taiyoob. Time raya "yusuf....haslam..." (sebab filem dia mesti keluar time raya)

Tornado Assassin said...

Kalu Sudah jd pilihan pastinya Atlas

Hasnul Adin said...

adohai. yg pertama tu best! haha!

Hamka Kereta Mayat said...

Blogger Mummy : tahniah! Woha!

Blogger Adam Zafri : poser dan perasan sibuk

Don: lagi pakai serban warna hitam, adohai

Tornado Assassin: Gajah duduk!

Blogger Hasnul Adin : terima kasih!

Anonymous said...

Hahaha..Hamka mmg klakar la..org yg hati keras pun lau bce blog ko akn terpukir kejap