(((Sepuluh.. Sembilan katamu satu pun tak boleh
pakai. Sepuluh... sembilan janjimu satu pun tak boleh pegang, Mabuk
Engkau mabuk, Mabuk nama (harta), mabuk cinta (wanita),mabuk
kuasa (tahta) Mabuk Engkau mabuk...,
Lirik lagu Tam Spider lah pulak)))
Masalah besar yang melanda ummat islam hari ni adalah
meninggalkan kerja dakwah kerana sibuk bergaduh berebut tiga “Ta” yang mana
tiga “Ta” ini pernah di offer oleh orang kapir kepada nabi Muhammad SAW, dengan
syarat Nabi tinggalkan kerja dakwah. Ironi sungguh..
Apakah tiga “Ta” itu?
1) Tah-ta.
2) Har-ta
3) Wani-ta
Yang lebih celaka lagi bila mereka yang berjuang merebut tahta, harta dan
wanita itu boleh pulak mengaku inilah cara mereka berdakwah kerana dakwah cara
Nabi dah tak sesuai mengikut ijtihad mereka.., hampeh sungguh!
Antara alasan yang mereka suka pakai bila cerita bab ini
adalah..
“inilah cara yang sesuai untuk memilih pemimpin di zaman alaf baru ini..”
Aku kata: Korang jangan buat statement yang boleh batalkan ayat quran.., nak
masuk neraka ke?
“dalam keadaan sekarang, kita terpaksa guna system demokrasi ini”..
Aku kata: Siapa paksa engkau? Hebat sangatkah yang memaksa?. Aku tengok nak lantik
ketua usrah pun guna sistem demokrasi, nak lantik pengerusi masjid guna system
majority? siapa paksa korang? Korang yang pilih untuk tak nak guna cara Nabi
lepas tu mengaku terpaksa? Bila dah
mabuk kuasa dan mabuk harta, akal sudah hilang arah., Lalu tafsir quran suka
hati sajer guna fatwa kaum kera asal halal, harta-tahta- wanita, tak ke
hampeh!!
Korang tahu tak?, Nabi bila orang kapir mahu lantik mereka guna cara orang
kapir iaitu kami dengan secara majoritinya akan bagi kamu , harta-tahta- wanita
dengan syarat tinggalkan kerja dakwah cara Nabi..
Nabi serta merta tolak, malahan nabi bagitahu sekiranya
mereka orang kapir sanggup letak bulan dan matahari di tangan nabi, pun Nabi
tak akan tinggalkan kerja dakwah cara Nabi.
Tapi korang hari ini, tiga perkara itulah yang duduk berebut
dengan guna cara orang kapir (baca: Demokrasi) dan yakin 3 perkara itu boleh
bantu ugama kononnya..
“Dengan ada tahta, kita boleh paksa orang amal ugama, tak
ikut kita boleh hukum sebab ada kuasa.., dengan ada tahta, baru ugama maju,
sebab tu saya kena jadi ketua dulu baru boleh majukan ugama.” kata encik A yang
bodoh.
“Dengan ada harta, kita boleh majukan ugama, buat masjid
besar besar, beli senjata, dan tunjuk pada orang kapir kita ni mewah, dengan
ada harta, baru ugama maju”: kata encik B yang jahil pulak.
“Dengan ada wanita, kita akan guna sebagai jentera parti
untuk pujuk anak muda pilih parti kita, hanya parti kita yang boleh majukan
ugama”: kata encik C yang lebih bangang.
Apa punya singkat pemahaman ugama sampai sangup sekutukan
Allah dengan, harta-tahta- wanita? Korang tak tahu ke yang Allah boleh majukan
ugama tanpa bantuan sape sapepun, dan Allah dah letak tertib ugama akan maju
jika kita ikut sunnah Nabi, bukan ikut cara yahudi, dan kerana harta-tahta- wanita perkara itu sampai
sanggup kapir mengkapir, caci mencaci, laknat melaknati, hina menghinahi, doa
bala dan sebagainya yang membuatkan Allah tidak pandang pada korang sebab
menurut satu hadis dari Buznama: Allah tidak akan memandang kepada golongan
yang caci mencaci.., adohai..
Sebelum jadi mayat, mari kita duduk sekejap dan cuba belajar
fikir seperti Nabi berfikir, adakah sunnah fikir nabi ada kita ikuti? Hmmm..
(akupun sedang belajar), mari kita rujuk tawaran cara orang kapir untuk Nabi
supaya tinggalkan dakwah tabligh.
1) Wanita..
Orang kapir Mekah sanggup kumpulkan semua perempuan cantik, dan bagi nabi buat
pilihan, nak yang mana satu? Petik jari saja, malahan bini merekapun sanggup di
ceraikan asal Nabi tak buat kerja Dakwah..
Tapi nabi tolak.., nabi bukan gila seks.., kaki betina, bohjan besar, mat
romeo! bukan, Naudzubillah!! Nabi seorang da’e yang teragung.., tak terkesan
dengan godaan wanita..
Nabi bukan macam korang yang mana bila parti lawan korang gunakan jentera
puteri ABC, korang hantar pulak jentara muslimah XYZ, bila musuh korang guna
artis wanita untuk berkempen, , korang
hantar pulak artis wanita yang berhijrah untuk berkempen, bila musuh korang
lantik wanita ABC sebagi wakil bertanding, korang hantar pulak perempuan XYZ
sebagai wakil bertanding.. dengan alasan strategi...
Strategi kepala hotak kau? Itu bukan strategi, itu eksploitasilah
mangkuk!
2) Harta.
Orang kapir mekah sanggup kumpulkan semua harta mereka dan buat Nabi menjadi
orang yang paling kaya antara mereka, dengan syarat nabi tinggalkan kerja dakwah
tabligh, tapi nabi tolak harta, Nabi tetap buat kerja Dakwah tabligh tanpa
sebarang upah.. Nabi bagi ceramah percuma, dalam memperjuangkan ugama nabi tak
kutip derma. Dalam Al quran pun Allah suruh berdakwah tanpa kutip upah..
Nabi bukan macam korang yang mana fikir bila ada duit boleh
beli senjata nuclear dan bom orang kapir, atau boleh mansuhkan tol dan buat
rakyat terus kekalkan korang sebagai pemerintah, atau boleh bermewah dan tunjuk
pada orang kapir islam betul sebab mewah, ini semua fikir yang mensyirikkan
Allah.., hanya Allah yang memberi manfaat dan mudarat, Nabi sendiri pernah
Allah nak bagi emas sebesar gunungpun Nabi tolak, tapi korang fikir bila jadi
pemimpin akan dapat banyak duit, bila banyak duit boleh bangunkan islam, ada
Nabi fikir macam korang? Ada royalti minyak baru ugama akan maju? jangan
berhujah guna fatwa kaum kera boleh tak?
3) Tahta..
Orang kapir di mekkah sanggup lantik nabi Muhammad SAW jadi ketua mereka,
dengan syarat nabi tinggalkan kerja dakwah..
Hari ni cuba korang fikir dengan otak korang yang sempit tu, baguskan setuju
dengan orang kapir, mula mula kita pura-pura tinggal kerja dakwah, lalau orang
kapir suka tengok orang islam tak berdakwah dan lantik kita sebagi ketua, ini
strategi bijak, lepas dah jadi pemerintah terus keluar hokum wajib dan haram,
dengan sangka manusia akan berubah bila korang memerintah, padahal iman tak
boleh di warisi walaupun dari parti so call islamk, dan sekejap sajer mereka
memberontak, Nabi tahu hal ini, sebab tu nabi tak nak jadi ketua kepada majoriti
yang tolak islam, sebab Nabi di hantar bukan atas maksud nak jadi raja!!
Kalaulah menjadi pemimpin dunia itu tugas sebenar Nabi, dah tentu Nabi Sulaiman
a. s patutnya mendapat tempat penghulu segala Nabi kerana nabi sulaiman punya
kerajaan yang paling besar dalam sejarah manusia, termasuk jin dan binatang!!
Lalu korang hari ini sanggup tinggalkan dakwah cara nabi dan guna teknik yahudi
dalam memperjuangkan ugama? Tak ke hampeh?
Cuba rujuk dalam usrah korang, kenapa Nabi Muhammad SAW tolak tawaran lumayan dari orang kapir dengan
syarat tinggalkan kerja dakwah cara Nabi, dan nabi tolak. tapi korang hari ni
pilih untuk tinggal dakwah cara Nabi dan berebut tawaran cara orang kapir?
Kenapa? (sila jangan guna fatwa kaum kera-ok?)
Dah penat aku membebel, aku bukan ustaz dan blog ini adalah
nota ugama pesan kepada diri sendiri, mana yang baik ikut, yang salah silalah
tegur..
Demokrasi ni tak patut kita layan dengan emosi dan sentimen
hingga keluar fatwa tak undi aku masuk neraka, undi parti XYZ solat tak dapat
pahala dan sebagainya..
Mengundi 5 tahun sekali, kita pilihlah mana yang berkenan,
Tak payah nak emosi dan sentimen bila berkempen parti kegemaran korang sebab
aku tengok bila dah kempen maka banyak berlaku kesilapan dan dosa, pertama
korang akan cerita kelebihan makhluk, (syirik) dan kedua, korang akan hina
keburukkan makhluk, (menolak takdir) , ketiga, korang akan dedahkan aib pihak
lawan dan yang lebih bangang, jika parti korang buat silap, boleh pulak bela
sedangkan selemah iman mencegah maksiat dengan hati, tapi bila parti korang
buat maksiat, korang boleh setuju pulak? Mana pergi iman? Adohai...
Demokrasi ni tak salah jika kita duduk tengah tengah, kita
rahsiakan sokong yang mana, term undi adalah rahsia tu sangat bagus supaya
kerajaan dan pembangkang tak sombong serta perasan bagus sebab tak tahu lagi rakyat pilih yang mana,
ha ha.
Aku mengaku aku pengundi atas pagar sebab aku suka pandang
baik (ehem.. ehem..), jadi dua dua parti aku nampak ada baik, (dan aku jugak
ada pandang buruk dan nampak jugak keburukkan dua dua parti, adohai..), so
rahsiakan undi kita, biarkan parti ABC dan XYZ datang berlemah lembut merayu
undi, dalam mereka bercakap dengan lemah lembut pujuk aku undi parti mereka
dengan manifesto bombastik, aku boleh cerita tentang ugama dengan lebih ‘deep’
pada mereka, tapi undi tetap rahsia , politik bro.., politik! He he"
Kalau ada ustaz cakap, orang yang duduk atas pagar ni sesat
dan mati masuk neraka sebab tak bersama jemaah, korang jawab kepada ustaz
bangang tu.
“You dah hilang undi I bila you tuduh I ahli neraka, I pergi
mengundi tak pernah miss, lagipun ustaz, masa Saidina Ali(kerajaan) dan
Muwayiyah(Pembakang) berperang, ada sebahagian sahabat Nabi yang duduk atas
pagar tak menyertai mereka, antara mereka adalah Saad bin Abu Waqas r.a ,
adakah ustaz lagi terer dari sahabat Nabi dalam berijtihad?”
Berhenti sekejap telan air liur, dan kita sambung lagi:
“I tak declare sokong mana mana parti sebab I tak nak You
dan your enemy perasan bagus bila orang ramai datang bagi sokongan, so You dua
dua parti akan tunjuk baik, dan Rakyat akan dapat menafaat, lagipun ustaz bila
Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang duduk atas
pagar dalam perperangan ini? Jawab saidina Ali yang confirm lebih terer dari
You:
"mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya
dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."
Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat
dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat,
tiada pendirian dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas
r.a yang tidak menyertai perperangan di zaman itu, beliau ada hadith tersendiri
yang membenarkan tindakkan beliau,(rujuk ustaz yang lebih cerdik dalam parti
kau lain kali-bongok!).
Sekian aku membebel hari ni, lain kali aku mungkin akan
tulis bab bagaimana nak pilih calon pilihanraya dengan kaedah yang lebih
islamik yang tak pernah korang terfikir.., he he .
Tutup entry dengan tasbih kafarah.
Ps: PRU akan datang nak undi parti mana ek? marilah pujuk
aku undi parti korang dengan lemah lembut, jangan lupa bawak buah tangan ek?!-
Woha!