Mar 23, 2018
Boleh ke Pura Pura Murtad?
(Dari satu babak filem, bertukar menjadi ceramah agama)
Aku jawab ni bukan datok Yusof Haslam atau Syafiq Yusof
belanja aku tengok wayang free filem KL Special Force ke, belanja makan ke apa,
tapi nak terangkan sikit bab hukum agama.
Soalan :
Scene Lan sembah asyraff supaya jangan bunuh anak dia tu tak
sepatutnya ada. Kerana nampak macam dia takda iman pulak pegi sembah penjahat
siap ada dialog "aku sembah kau asyraff, jangan apa-apakan famili
aku" Akidah boleh lari mcm tu. Minta pertolongan hanya kepada Allah bukan
sampai tahap menyembah manusia macam tu. Cerita tu best tapi bila tengok scene
tu terus jadi tak best
Jawapan:
Bab sembah manusia untuk babak itu, jika situasi sebenar dalam
darurat, contoh sekiranya penjahat suruh makan babi pun tak haram, jika dipaksa
murtad, maka kita pura pura murtad pun tak jatuh murtad sebab dipaksa, dalam
kes babak filem tu, Lan merayu agar penjahat tak bunuh anak dia, maka dia
bersujud sembah dan penjahat tu puas hati dan tak bunuh anak Lan, jika ini
adalah situasi sebenar, perbuatan itu tidaklah salah.
Lagipun sembah disitu sembah merayu, bukan sembah bertuhan,
macam lagu Mamar raya, kan ku sujud dikakimu bila bertemu, bukan maksud jadikan
tuhan, hanyalah gambaran kata kata puitis. Bab ikut perintah orang jahat demi
kebaikkan lebih besar pernah berlaku di zamanzaman Saidina Umar, yang mana ketua
tentera islam selepas ditangkap dipaksa cium dahi raja kafir baru lepaskan
semua tawanan, dia buat, bila balik ada orang islam yang perli tindakan cium
dahi si kafir, tapi Umar telah cium dahi ketua tentera ini dan puji tindakan
beliau, so dalam darurat, jika dipaksa bersujud supaya anak bini tak mati
dibunuh adalah tak salah.
Ok, sekarang kita ambik situasi lebih teruk, bagaimana jika
penjahat suruh murtad? Boleh ke? Sedangkan ada Kisah Bilal yang rela disiksa,
kisah sumayyah yang rela dibunuh? Boleh ke pura pura murtad kerana takut
dibunuh?
Jawapannya boleh, dan ada berlaku pada sahabat, Kisah Amar anak
kepada Yasir yang dipaksa oleh abu jahal supaya berkata Unta ini Tuhan Aku, dan dipaksa kutuk
Nabi, da, Amar mengucapkannya, Lalu Abu Jahal melepaskannya
Bila Ammar rujuk pada Nabi, maka Nabi benarkan perbuatan
dalam keadaan dipaksa maka tak salah, lalu turun ayat Al quran:
“Barangsiapa yang
kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali
orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak
berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka
kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.” (QS. An-Nahl: 106)”
Jadi begitulah indahnya islam, yang mana bila kita dipaksa murtad
oleh orang jahat, maka ada dua pilihan,
nak tabah macam Sumayyah lalu mati si siksa pun boleh, atau nak pura pura
murtad depan mereka, tapi dalam hati tetap beriman kepada Allah. Ingat, pura
pura ni depan mereka sahaja. Jangan pulak mentang mentang pernah kena kecam,
terus korang cakap aku dah murtad sewaktu balik kampung rumah mertua itu
bangang namanya.
Okey, itu sahaja ulasan babak dalam filem dari segi islamik.
Harap datok Yusof Haslam atau Syafiq Yusof belanjalah aku lain kali, tak pun
jadikan buku aku filem islamik pun okey-woha!
Ps: Aku ulas ini bukan nak halalkan orang berlakon babak
haram, yang haram tetap haram, berlakon dengan bukan mahram, berlakon pegang
bini orang, berlakon minum arak, berlakon sembah berhala, atau lafaz cerai
walau dengan niat berlakon, semua itu boleh jatuh haram. Apa yang aku nak ulas adalah
babak dalam filem itu jika situasi sebenar, rujuk nas dan dalil, tak jadi
haram. Wallahu’lam.
Mar 20, 2018
KL Special Force?
(Ini bukan review filem, tapi bacalah dengan hati yang tenang)
![]() |
| Siapa yang buang Kulit Pisang aku tembak! |
Cuti sekolah, dapatlah kumpul satu keluarga baca hadis lepas
isyak, kalau tak selalu tak cukup korum sebab ada yang tinggal di Asrama. Tapi
majlis taklim akan tetap kena buat. Sunnah apa sampaikan hadis Nabi pada anak
bini. kan?
Jadi, alkisahnya, Habis baca Hadis semalam, kitaorang buat
muzakarah sifat sahabat, bila tiba bab MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR
SOLAT, aku suruh anak anak bagi contoh.
Kata anak remaja:
“Satu hari ada seorang ustaz jual pisang, tiba tiba depan
kedai ada Hafiz terpijak kulit pisang dan jatuh bedebuk, lalu tegur hafiz
kenapa ustaz buang kulit pisang merata-rata?
Kata ustaz ada buktikah dia yang buang kulit pisang sebab
dia hanya jual pisang?, yang buang mungkin pembeli?, lalu si Hafiz tegur supaya
ustaz sediakan tong sampah yang besar.
Malas nak berdebat, jawab di ustaz: Jika kamu bawa KETAATAN
DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT maka kamu tentu tak pijak kulit pisang, sebab waktu
solat tunduk tengok bumi, jadi waktu berjalanpun kena selalu tunduk tengok
bumi, hafiz itupun insaf ditempat kejadian.”
Wah, bagus punya contoh, lepas tu aku suruh sorang lagi anak
remaja bagi contoh MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT, jawabnya:
“Ayah, tadi kita semua tengok cerita KL Special Force kan? Ingat
tak babak Ashraf nak bunuh isteri Lan, tapi tak jadi sebab isteri Lan sedang
bersolat, tapi diluar solat isteri Lan tak tutup aurat dan bercakap kasar
dengan Laki hingga suaminya yang baik pun boleh lempang, kalaulah isterinya
bawa ketaatan dalam solat ke luar solat, tentu suaminya tak akan tampar”
Perghhhh, terbaik punya contoh. Woha!
Moral: Tuan tuan dan Puan puan buatlah majlis bacaan hadis Bersama
anak bini, sungguh dunia akan masuk ikut TV, ikut telefon, ikut pintu, ikut
tingkap, tapi agama akan masuk melalui majlis agama seperti bacaan hadis dan
muzakarah sifat sifat sahabat Nabi.
Now you know, semoga kita semua dapat istiqamah sampai Jannah!
Amin.
Akhir kata: teringat pesan Lan dalam KL Special Force:
“Dunia ini tak akan rosak kerana orang jahat, tapi dunia
akan rosak bila orang baik tak mencegah orang jahat”
Mar 16, 2018
Ucapan khas untuk pelajar SPM?
(Jumpa Cikgu lama, gagal SPM, dan masih berjaya.. woha!)
Selamat ambik result SPM, sebelum tu nak cerita...
Baru-baru ni, aku ada terjumpa seorang cikgu lama, katanya:
“Anak murid yang gagal SPM lalu jadi nelayan, bila jumpa
guru selalu tegur dengan penuh hormat, dan kadang kadang hasil tangkapan ikan
di hadiahkan kepada guru.., tapi anak murid yang lulus cemerlang SPM, sekarang
dah berjawatan besar, nampak guru tak pandangpun.., inilah 'pengorbanan' guru.,
Adohai..”
Hmmm, bukan semua murid begitu, ada murid yang bila cikgu
matipun masih tetap datang ambik mayat cikgu dan hantar ke kubur, tentulah anak
murid yang kerja bawak keretamayat tu, woha!
Ok imbas kembali, kisah aku ambik result SPM.
Alkisahnya, Sekolah aku jauh. Kena naik dua bijik bas baru
sampai.
Elok sampai sekolah. Ada cikgu tunggu dekat pagar(cikgu tu
dah arwah-al fatihah). Cikgu tu tengok aku geleng kepala kerana kecewa dengan
result SPM.
Aku ni kira pelajar harapan sekolah jugaklah. Tapi bila
bahasa Malaysia dapat tujuh agreget. Tak kredit. Maka automatik aku dapat grad
second.
Bila aku fikir balik kenapa aku gagal bahasa malaysia
mungkin silap karangan aku yang takde plot dan serta punch line.
Jadi aku ambik repeat paper BM julai dan lulus.
Alhamdulillah.
Akupun ambik diploma di politeknik dan sambung degree di
Universiti.
Aku juga tulis buku dah lebih sepuluh tajuk. Ada jual di
Popular. MPH, dan lain lain. Ada buku tentang cinta, tentang anak bini,
menangkap dajjal, takzirah sentap, hantu, gay dan banyak lagi.
Korang hashtag #hamkakeretamayat tengok di IG, FB, twiter
boleh baca komen pembaca yang positif juga boleh hashtag tajuk buku untuk lebih
detail baca komen pembaca.
Jadi apa aku nak bagitahu? Ok... aku nak bagitahu...
Tak lulus bahasa melayu waktu SPM pun masih boleh melayakkan
korang jadi penulis buku insyaAllah. Apatah lagi jika lulus!
Woha!
So dah habis SPM, perjalanan korang untuk Berjaya dah tak
jauh, tinggal nak ambik STAM, MUET, DIPLOMA, DEGREE, MASTER and PHD. Tak jauh
dah tu…
Bagi yang malas belajar pulak, korang boleh kahwin!
Tapi Kahwin ni dia punya ujian susah senang dia macam exam
SPM jugak
Ada yang lulus cemerlang, ada keputusan sederhana, dan ada
yang gagal.
Tapi exam kahwin ni bukan sebijik macam exam SPM, exam
kahwin ni macam open book exam, boleh meniru, boleh guna talian hayat, dan
boleh rujuk buku.
Rugilah jika fail open book exam sebab salah rujuk buku, so
gambar ni contoh rujukan untuk open book exam, buku lain pun boleh beli untuk
rujukan, gambar ni contoh sahaja.
Cuti sekolah pun dah dekat, ramai yang akan kahwin nanti,
Abang pun malas nak cakap banyak. Mesej atau email abang keretamayat jika nak
beli.
Jangan kata abang tak payung!
Woha!
![]() |
| Stok buku yang ada pada saya March 2018, tinggal tiga tajuk sahaja, huhuh |
Ps: Tahniah kepada yang lulus SPM dengan cemerlang, yang tak
cemerlang jangan risau, buku abang ada untuk open book exam lepas kahwin-he he.
![]() |
| https://www.facebook.com/writeandbrave/ |
Ps2: Dengar cerita buku Semusim di Syurga Cover baru dah
siap di cetak oleh Write and Brave Publisher, baik korang order dengan mereka
sebelum terlambat,
Mar 8, 2018
Hari Lelaki Di sambut setiap Minggu?
Tahukah anda?
Hari wanita sedunia di sambut pada 8 Mac
setiap tahun, dimana sebagai peringatan kepada kaum lelaki agar jangan melupakan
hak hak wanita.
Sementara itu, jangan lupa lelaki pun ada
hak mereka, kerana itulah Hari lelaki di Malaysia disambut pada setiap minggu
iaitu pada hari khamis malam Jumaat, dalam group Whatsapp khas yang tiada bini
mereka, pihak lelaki akan menyambut hari itu dengan berkongsi lawak poligami
atau lawak lucah. Kadang kadang boleh ketawa Panjang baca mesej tersurat dan
tersirat pada hari itu.
(rujuk gambar)
Nak nasihat semua dah besar Panjang, Adohai..
Tapi oleh sebab mereka mudah alami sindrom
air naik kepala, maka cukuplah sekali seminggu buat lawak malam jummat. Sungguh
bersetubuh dengan bini boleh hari hari, tapi lawak malam jummaat ni cukuplah
sekali seminggu.
Now you know.
Woha!
![]() |
| (gambar aku ambil dari group wassap-macam -macam hal korang ni, adohai..) |
Feb 14, 2018
Apa nak tanya pada Kekasih?
(Mereka yang ada Kekasih, cuba tanya soalan ini)
-BUMI NI RATA KE SFERA?
Jika dia jawab bumi ni leper, kesianlah sebab Ustaz Azhar
Idrus (pakar agama) dan Dr. Danial Zainal Abidin (pakar Sains) kata Bumi sfera
dan keliling matahari tapi bakal pasangan seumur hidup korang sanggup berhujah
lawan Ulamak dan Doktor Phd sedangkan naik kapal terbang pun belum pernah? Adohai..
-BETUL KE ORANG KE BULAN?
Biasa hujah mereka bahawa bukti orang ke bulan palsu adalah:
kenapa lepas Armstrong ke bulan orang dah tak pergi? Yang mereka tak tahu dah dua
belas orang pergi ke bulan jalan-jalan ke sana, ramai lagi yang masih hidup dan
ada bukti mereka pergi sana, tapi itulah, jika Ustaz dan Dr Phd pun dia sanggup
lawan berhujah, apa lagi Angkasawan? Kan?
-ANAK NANTI NAK CUCUK VAKSIN KE TAK?
Hujah paling popular, Yahudi yang cipta virus, dan yahudi
yang cipta vaksin, yang dia tak tahu, manusia ni nak cipta kepak lalat pun tak
boleh apatah lagi kuman? Lepas tu yang dia tak tahu, teknologi vaksin ni
berasal dari kepakaran perubatan islam, tapi itulah, jika Ustaz, Dr Phd dan
Angkasawan pun dia boleh lawan berhujah, apatah sangat Doctor Pakar?! Celah gigi
dia jer kot.
-PERNAH JOIN MULTI LEVEL MARKETING?
Bisnes cari orang jadi ahli, bukan nak jual barang sangat, produk
tak bermutu (jahil teknologi) tapi tipu dengan testimoni palsu (jahil sains) dan
jual dengan harga tak masuk akal(jahil agama). Lepas tu cakap kerja mudah tak
perlu cari orang, tapi bila jumpa orang terus promosi, (jahil strategi) adohai..,
asal MLM ni tak salah, tapi ruang untuk menipu dan ditipu terlalu besar. Maka
jika pasangan korang sokong MLM dan suruh korang jadi ahli itu ini begitu
begini, suruh dia buat bisnes yang betul. Ramai orang merana kerana MLM,
termasuklah pasangannya. , Tapi itulah, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan dan Doctor
Pakar dia boleh lawan hujah? Apatah sangat Pakar ekonomi?
-PERNAH JOIN SKIM CEPAT KAYA?
Jika pernah dan sudah bertaubat alhamdulillah, semua tahu
kalau nak kurus kena jaga makan dan kuat bersenam, tapi tiba tiba bila nak kaya
boleh cukup dengan duduk sahaja dan labur modal dalam skim ntah apa-apa? Hotel
Mekah lah, Saham Sawit lah! Kopi belalang tempur lah! Bila orang nasihat tak
nak dengar, tapi logic jugak, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, dan
Pakar ekonomi dia sanggup lawan, apatah lagi korang yang tak nak join skim
cepat kaya dia?
-APA PENDAPAT ANDA TENTANG ABU BAKAR DAN UMAR?
Tanya ni boleh tahu dia Syiah ke tak, iaitu bila dia sanggup
caci maki dua sahabat ni, untuk pengatuhuan: Syiah ni ajaran sesat, zaman Nabi
takde Syiah, tapi hati-hati sebab mereka ada ilmu MENIPU, iaitu pura pura
sokong Sahabat Nabi, cara nak uji, adalah korang puji Aisyah isteri Nabi banyak
banyak depan dia, jika dia diam seribu bahawa, Boleh jadi Syiah lah tu.
-SAMBUT MAULUD NABI BOLEH TAK?
Ni nak tahu dia ni wahabi ke tak? Jika dia kata tak boleh
dan bagi hujah Nabi tak buat-confirm wahabilah tu, salah satu ajaran sesat
jugak, tapi tanya dia, birthday saya nanti boleh sambut tak? Tentu Dia kata birthday
kekasih boleh yang tak boleh sambut birthday Kekakasih Allah, adohai.. Ada
jugak ustaz wahabi ajar pengikut dia bumi ni rata, sebab tafsir dalil guna cara
tersurat, Itu yang ada wahabi bagitahu Tuhan ada wajah, Tuhan ada kaki, Tuhan
duduk, dan macam macam lagi, adohai..
-NAK BERANAK DI HOSPITAL ATAU DI RUMAH?
Ini boleh tahu jika dia menyokong ajaran sesat Daola ke tak?
Zaman dulu kematian ibu dan anak tinggi sebab bukan semua kampung ada pakar
meyambut kelahiran bayi, zaman sekarang bayi songsang pun ada teknologi belah
perut selamatkan kedua-duanya. Orang tua zaman dulu bagitahu puntianak ni
berasal dari perempuan yang mati waktu bersalin dan toyol pula berasal dari
bayi yang juga mati waktu mak nya bersalin, Hantu Penanggal pun selalu
berkeliaran cari darah tumpah orang beranak. Tapi sejak zaman perubatan moden,
Nak cari puntianak, Penanggal dan toyol susah nak jumpa-Woha!
-APA PENDAPAT ANDA TENTANG TUN, ANWAR, HADI DAN NAJIB?
Ni boleh tahu dia macai politik mana, sebab politik matang,
sokong yang baik, dan kritik yang tak betul sahaja, Tapi jika kekasih korang: Apa
perti saya buat semua betul walaupun salah! Apa seteru politik saya buat
semanya salah walaupun betul-itulah MACAI Politik!
-PERNAH JUMPA HANTU?
Tanya ni boleh tahu tahap mistik yang dia percaya, kat sini
boleh tahu sejauh mana agama dan sains dikaitan bab pengalaman mistik, tapi
hati hati,almaklumlah, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, dan Pakar
ekonomi dia sanggup lawan, apatah lagi korang yang tak pernah jumpa hantu? Kah kah
kah!
-SEDANG BACA BUKU APA SEKARANG?
Jika dia jawab tajuk buku apa apapun, Tahniah! Tapi jika dia
jawab:
“Maaflah, saya dah lama tak membaca buku, paling last baca
masa sekolah menengah dulu”
Atau,
“ Saya ada beli buku lima tahun lepas, tak habis lagi baca,
tak tahu nak sambung baca bila? Tak ada masa”
Atau,
“Maaf, saya tak boleh baca buku yang tak ada gambar,
pening!”
Atau,
“Saya lebih suka pergi seminar bayar mahal mahal untuk dengar
pakar motovasi ‘bacakan’ buku yang harga jauh lebih murah dari yuran seminar untuk
saya, nak baca sendiri malas sangat-jadi saya upah doctor palsu bacakan
semangat motivasi untuk saya”-Ambik kau!
Jika begitulah jawapan kekasih korang, memang patutlah dia
sanggup lawan dengan semua ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, Ulamak, Pakar
ekonomi dan lain lain sebab malas membaca rupanya, adohai..
Dia tak tahu ke prosa ayat “saya dah lama tak membaca” atau “saya
malas membaca” itu semua adalah kekurangan. Kenapa bangga mengaku tak suka baca
buku dan anggap ianya satu kelebihan?
Habis tu, masa naik kapal terbang, masa tunggu bas, masa
jalan jem, masa berehat melancong tepi pantai, masa rehat sebelum tidur, tak
membaca kah korang? Korang buat apa?
Jika tak membaca, lebih suka termenung dan berangan, Kenapa
nak bagitahu semua orang aib korang yang malas membaca tu? Apa ke jadah?
Aku nasihat, lain kali, jangan sesekali mengaku tak suka
membaca, bosan membaca, beli buku tak baca, dan apa apa sajer alasan malas
membaca kepada sesiapapun sebab nanti orang tahu korang bodoh dan senanglah
korang kena tipu.
Itu yang pergi masuk skim cepat kaya, percaya bumi leper,
dengki orang ke bulan, percaya hantu dan bomoh, jual produl MLM yang mengarut,
percaya teori konspirasi dan macam-macamlah!
Habis sampai sini, banyak lagi soalan lain seperti: Bila khatam Al Quran berserta makna? demikanlah lebih kurang stok soalan
korang kena tanya pada kekasih Korang, dan jika jawapan ke laut, jangan terus
buang mereka, cuba Selamatkan mereka, InsyaAllah jika mereka ingin
diselamatkan, maka akan terbuka jalan-jalan kebaikkan.
Sesungguhnya, kepada Kekasih kita adalah jalan keindahan,
dengan syarat: Mereka ada Common Sense yang indah.
Woha!
Feb 13, 2018
Bagaimana "MENGUBAH" Takdir
(Tiga perkara yang boleh "mengubah" takdir.., InsyaAllah)
Dulu masa aku belajar agama, ada satu silibus penting iaitu;
BETULKAN FIKIR.
Biasa bila sampai masjid, ustaz akan suruh betulkan fikir
kerana apa yang kita fikir, itu yang akan kita dapat. Ustaz kata jangan fikir
nak cari salah orang, tapi fikir nak baiki diri dengan serah diri pada perintah
Allah.
Aku pada mulanya tak tahu macam mana nak betulkan fikir,
lalu kawan aku cakap, dia pernah waktu duduk di masjid fikir nak makan kuda,
tiba tiba kuda melintas jalan, eksiden!, cedera dan disembelih, lalu daging kuda
di beri kepada Jemaah masjid, dapatlah dia makan daging kuda buat pertama kali
dalam hidupnya..
Aku masa tu anggap kebetulan jer tu, lalu aku fikir nak
makan jagung rebus, lama aku fikir, petang tu orang kampung datang bagi jagung
rebus, wow!
Lepas tu aku fikir nak makan durian, tak dapat terus, tapi
esoknya dapat! Orang kampung datang bagi pada aku yang sedang iktikaf di
masjid. Lepas tu aku fikir nak makan daging itik sebab lama dah tak makan, tak
dapat terus, dalam tiga hari akhirnya ada orang tiba tiba bagi aku makan daging
itik!
Bila aku cerita pada ustaz, maka ustaz tegur aku:
“Hamka! Jangan fikir tentang makanan, jika fikir tentang
makanan, makananlah yang kau dapat. memang manusia di beri kuasa Fikir, Manusia
fikir atas besi, besi boleh jadi kapal laut, fikir lagi atas besi, besi boleh
jadi kapal terbang. Orang kaya fikir tentang wang, bisnes menjadi semakin maju,
orang miskin fikir tentang salahkan orang lain, akhirnya semakin miskin!
Gunakan kuasa fikir di jalan yang benar!
Formula formula matematik yang ditemui itu pun berkat fikir
manusia, teknologi-teknologi sains yang manusia cipta adalah berkat fikir
dengan sungguh sungguh! Betapa hebatnya fikiran manusia. Fikir apa sahaja,
kemudian, ia boleh terjadi. Ini Sunnatullah!
Jadi, kenapa kamu tak manfaatkan fikiran kamu yang hebat itu
untuk fikir atas agama? Jika fikir atas benda dunia pun menjadi, maka fikir
atas agama pun, mesti jadi! Sampai masjid kita kena bawa lari dari fikir dunia
kepada fikir akhirat. Kita sebagai orang Islam, fikir kita kena betul. Jika
banyak fikir dunia, maka dunialah yang akan maju. Cuba kita ubah kerisauan kita
daripada kerisauan dunia kepada akhirat... insya-Allah, kita akan berjumpa
jalan-jalan ke arah akhirat. Nabi fikir tentang ummat, akhirnya agama tersebar dan
ramai ummat dapat hidayah!"
Panjang aku kena ceramah dengan ustaz tentang JANGAN SALAH
GUNA KUASA FIKIR, tapi memang betulpun apa yang ustaz cakap, masuk akal sebab
apa yang ustaz tu cakap sebijik macam LAW OF ATTRACTION yang terkenal di Barat.
Aku waktu itu memang ada baca buku HOW LIFE WORKS oleh
Andrew Matthew, yang bincang bab “Law of Attraction”, atau dalam Bahasa melayu,
hukum tarikan.
Iaitu REAKSI FIKIRAN kita akan menghantar gelombang kepada
alam semesta dan akan menarik AKSI KEJADIAN selari dengan gelombang otak.
Katanya, Jika kita berfikiran ceria, maka nasib yang untung
akan tiba, tapi jika kita berfikiran murung, nasib malang akan menimpa. Begitu
lebih kurang.
Kata pengarang, dia bergaduh dengan isterinya, lalu
isterinya bengang dan pandu kereta hingga sampai di lampu traffic light warna
merah, isterinya berhenti sambil tunggu lampu hijau, tiba tiba kereta lain
datang dan langgar isterinya. Katanya bencana datang sebab isterinya sedang
menghantar gelombang kesedihan pada alam semesta.
Waktu lain, kata pengarang bila dia susah hati, semua benda
tak jadi, tapi bila dia senang hati, semua yang di buat-menjadi! Inilah kuasa
fikiran yang boleh mengubah takdir!
Jadi, dalam konsep “Law of Attraction” di Barat, Mereka
percaya gelombang positif dari otak akan mengundang takdir positif dalam hidup
yang dikuasai alam semesta, dan gelombang negatif dalam otak juga akan
mengundang takdir negatif dalam hidup, cuma mereka tak merujuk kepada kuasa
Tuhan, tapi merujuk kepada kuasa alam semesta sebab mereka tak percaya pada
TUHAN tapi percaya pada kuasa alam semesta dalam bab kuasa fikir.
Mereka juga percaya bahawa semua dalam alam ini saling
berhubung dengan manusia, dan mereka juga percaya dengan kuasa doa dan niat!
(sebijik macam ajaran islam!)
Siap mereka percaya, jika fikirkan orang lain ditimpa
bencana, maka bencana akan timpa kita! wow!
Jadi jika korang ada baca buku The Secret dan Law Of
Attraction maka yakinlah kita bahawa asas kefahaman kedua buku tersebut telah
diajarkan oleh Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu. Jadi kita tak payah nak ikut
Hukum TARIKAN ini dalam bab ‘mengubah’ takdir sebab mereka takde Tuhan, boleh
pulak berdoa kepada Alam Semesta! adohai..,
Jadi mari kita balik ke pangkal jalan kerana semua ini sudah
ada dalam Islam dalam bab kuasa fikir:
Firman Allah “Aku mengikuti sangkaan hambaKu padaKu, jika
sangkaannya baik maka baiklah yang didapatkan, jika sangkaannya buruk maka
buruklah yang didapatkan.
Tempat lain Allah berFirman: “Mintalah kepadaku niscaya
kuperkenankan bagimu”.
Maka yakinlah kita bahawa Allah memberi kita KUASA FIKIRAN
yang boleh ‘mengubah’ TAKDIR ALLAH, Kuasa itu ada dalam FIKIR, NIAT dan DOA.
Dengan tiga perkara ini, kita boleh ‘mengubah’ takdir dari
sudut padangan kita.
Note: di sisi Allah semua takdir telah tertulis, di sisi
kita, belum tahu apa takdir yang di tulis, maka usaha perlu dibuat untuk
‘mengubah’ nasib tapi dengan yakin yang betul bahawa segalanya telah
ditakdirkan.
Dalil Allah suruh ubah Nasib:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum
kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”
Jadi bagaimana nak ubah?
Guna kuasa fikir, niat, dan doa:
Allah berfirman: Aku bersama sangkaan hambaku padaku, dan
aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada ku.
“Setiap orang akan memperoleh sesuai dengan apa yang ia
niatkan” (HR Bukhari Muslim)
“Aku mengikuti prasangka hambaKu, jika prasangkaannya baik
maka baiklah yang didapatkan, jika prasangkaannya buruk maka buruklah yang
didapatkan.” (Hadits Qudsi)
Maka fahamlah kita, dengan betulkan FIKIR, betulkan NIAT,
dan Betulkan DOA, maka takdir akan berubah daripada takdir yang tidak baik
kepada Takdir yang lebih baik!
Sebab tu Nabi gunakan kuasa FIKIR nya untuk risau kepada
Ummat, Nabi NIAT untuk selamatkan semua Ummat, dan Nabi DOA siang malam untuk
selamatkan Ummat hingga berbondong bondong orang masuk islam, tapi bukan semua
sebab hidayat ditangan Allah, dan inilah takdir.
Akhir kata:
Kita adalah apa yang ada dalam fikiran kita, dan fikiran
kita akan menarik apa yang kita fikir, jika kita takutkan hantu, maka semua
benda nampak seram, dan ada peluang untuk berjumpa dengan hantu walaupun itu
hanyalah kain putih ditiup angin, bunyi kucing bersetubuh pun kita akan sangka
suara puntianak bila terlalu fikirkan hantu! Adohai.
Tapi jika kita fikir tentang nikmat Allah, lalu bersyukur,
Allah akan tambah nikmat, jika kita mengeluh, maka hidup akan menjadi lebih susah,
jika kita sangka baik, maka takdir baik akan berlaku, sungguh Allah tak akan
ubah nasib kita jika kita tak berusaha, sebab tu Nabi fikir risau ummat, dan
berdakwah sungguh sungguh pada ummmat dan Yakin bahawa rezeki serta Hidayat
milik Allah.
Hasil kerja kita adalah takdir Allah tapi kita kena berusaha
dan bertawakkal sebelum takdir itu berlaku.
Wahai hati, apa yang sedang kamu rasa? Bertenanglah dan
pergilah berjumpa dengan Tuhanmu Bersama hati yang tenang!
Amin.
Feb 9, 2018
Apa maksud Bahagia?
(Tiga soalan yang patut korang tanya pada pasangan hidup)
Pada satu hari, aku telah bertanya soalan pada Puan Bini:
“Bila kali terakhir awak sedih hingga menangis?”
“Errr.. hmmm”
“Lama sangat tak sedih sampai lupa? Wow!”
“Ok, saya ingat lagi, waktu arwah mak abang meninggal, dan
minggu berikutnya kita balik kampung tak ada arwah mak abang sambut menantunya
macam biasa, bila masuk dapur tak ada orang, waktu itu sedih sangat, lepas tu
abang bawak saya ziarah kubur mak, berlinangan air mata saya rindu pada mak
mertua”
“Lama sangat tu, dah sembilan tahun”
“abang pula bila kali terakhir sedih?”
“Bila buku pertama abang siap, rasa sedih sangat sebab tak
dapat tunjuk kat arwah mak, sebab mak nak sangat anaknya menjadi penulis, siap
bagi nama HAMKA, tapi itulah, buku siap tahun 2012, arwah mak pergi tahun 2009,
tapi abang ada jumpa arwah mak dalam mimpi update kisah hidup, siap mimpi arwah
mak bagi saka lagi-ha ha”
“Saka tu lawak”
“Ok, bila kali terakhir awak gembira?”
“Sekarang, atau tadi waktu abang peluk saya bila sampai
rumah”
“Apa erti bahagia pada awak?”
“Bahagia datang bila saya dapat gembirakan abang, gembirakan
anak-anak, gembirkan orang lain, bahagia sangat dapat bantu orang
bergembira"
"Itu kesan dari gembira, apa definasi gembira?"
"Nak definasi pulak, macam karangan bahasa melayu
ni"
"Takpe, jawab jer, awak kan Clever Girl abang"
"Ok, takrif bahagia bagi saya adalah apabila saya ada
hati yang sentiasa bersyukur dengan semua nikmat walau sekecil-kecil nikmat dan
mampu bersabar dengan semua ujian walau sebesar-besar ujian-itulah bahagia!”
“Tinggi awak punya ayat-izinkan abang update di blog keretamayat!”
“Silakan!”
Lalu akupun update kisah laki bini, sementara itu korang
sila tanya pasangan masing-masing tiga soalan ini dan dapat jawapan nanti,
renung renungkan. Soalannya berbunyi:
- “Bila kali terakhir awak sedih hingga menangis?”
- “Bila kali terakhir awak gembira?”
- “Apa makna bahagia bagi awak?”
Subscribe to:
Posts (Atom)





