Aug 15, 2014
Kuih Raya terbaik- Almond London?
(Kisah deep di sebalik kuih raya Almond London)
Kisah 1:
Bila tetamu datang, bini akan top-up kuih dalam tabung untuk
santapan tetamu dengan pelbagai jenis kuih termasuk Almond London yang di
selaputi coklat siap dengan kacang tabur, serta mengadungi bijian badam rangup
sebagai teras kuih.
Sebaik tetamu pulang, anak anak akan terus berebut habiskan
almond London yang mahal dan sedap itu, Adohai..
Mereka nak makan banyak seperti makan nasi, mana boleh?
Nanti tetamu lain datang, tak kan nak bagi Maruku dan biskut sahaja?,
Lalu akupun merampas tabung kuih dari mereka, dan menghadkan
sorang 2 bijik sahaja, lalu aku ke dapur dan simpan tempat tinggi.
Berjimat dalam memuliakan tetamu adalah amalan yang terpuji.
Macam kisah Sahabat Nabi yang sanggup biarkan anak dan bini lapar asal dapat
tetamu makan dengan gembira, lalu turun ayat al quran yang memuji sifat Ikram
muslimin..
*****
Setelah aku tutup pintu almari bahagian atas yang tinggi,
sempat aku perasan yang Bini aku sedang kagum dari jauh tengok akhlak bapa
misali, akupun membalas senyumannya,
Sebaik bini sibuk melayan kerenah anak, senyap senyap, aku
makan 8 bijik almond London.
Woha!
Kisah 2:
Aku tutup mulut.
Bini tanya soalan aku tak jawab.
Bila bini ulang soalan, aku angkat tangan isyarat “hold”.
Lari ke hujung dapur.
Dan mulai mengunyah Almond London.
Eshh, susah jugak curik curik makan kuih Almond landon yang
semakin terhad di hujung syawal begini,
Adohai..
Kisah 3:
Mula mula kemam coklat, dan biarkan ianya mencair di dalam
mulut sehingga pasak pasak kekacang hilang arah lalu tersebar di celah gigi
menanti untuk digigit lembut, kemudian memamah serbuk kuih dengan perlahan
lahan dan last, gigit slow slow bijih almond.., sambil di tangan ada dua bijik
lagi almond london.. perghhh!
Nampaknya selagi ada stok almond london kat rumah, lambat
lagilah nak habiskan puasa enam, itu yang abang habiskan semua tu sayang!-
Adohai..
Kisah 4:
Bini aku bagitahu dia mimpi sebalang almond london hilang...
Mimpi macam tu pun nak cerita ke? adohai..
Yang peliknya, mimpi bini aku menjadi kenyataan.
Woha!
Kisah 5:
Pernah tak dalam sejarah, ada Laki yang sedang jalan jalan
dekat kedai tiba tiba telefon bini bagitahu ada sales jualan murah.
Mitos? Tahyul?
“Toooot.., Tooot”
“sayang, ada jualan murah ni, abang nak beli ni, almond
London satu balang tak sampai RM10”
Woha!
Kisah 6:
Ada satu teori, jika kita fikirkan seseorang, maka
sebenarnya diapun sedang fikirkan kita.
Mari kita cuba teori ini,
Alkisahnya, sewaktu perjalanan pulang ke rumah, aku terfikir
akan bini aku lalu singgah di sebuah pasaraya nak beli sesuatu kat dia,
Masuk pasaraya dengan ingatan yang tidak lekang pada bini,
aku menuju ke barangan dapur, dan beli satu jag air besar, (sebab bini mengeluh
jag air sedia ada kecil sangat untuk kegunaan keluarga yang dah bertambah)
Bila nak bayar, aku perasan duit cash dalam poket tak cukup,
lalu bertanya pada awek Cashier: Boleh tak guna kad kredit?
Jawab Cashier: Boleh, tapi pembelian mestilah melebihi RM50.
Akupun terus beli beberapa barang yang bini suka seperti air
susu berperisa strawberry, almond bersalut coklat, dan lain lain barangan yang
bini aku selalu beli..
Bila dah bayar semua barangan, tiba tiba SMS berbunyi:
“Wah, bini SMS pulak, betul rupanya teori yang bini juga
sedang fikirkan aku, he he he”
Dalam senyum kegembiraan, aku semak SMS, wajah aku bertukar
menjadi geram:
“TQ for using your Maybankard ending XXXX for MYR53.80 AT
Terus Maju. For ing call num at back of your card”
Kredit card maybank lebih ingatkan aku rupanya?
Hampeh!!
Kisah 7 :
Siapa cakap orang perempuan sahaja yang pandai beli barang?
Korang tahu tak?, Aku rasa sangat bangga hari ni kerana dapat
beli sebalang almond londong dengan harga RM7.50, murah giler!
Walaupun aku amalkan hidup dengan pepatah barat: “If
something sounds too good to be true, it probably is”, tapi almond London ni
coklatnya nampak segar, dan tarikh luput pun lambat lagi, terus aku beli dua balang!
RM 15!
Balik rumah, bini aku cakap, alangkah peliknya ada peniaga
yang nak habiskan stok sanggup jual bawah RM10, sounds too good to be true....
Kemudian, bila kami makan, bangga aku hilang, rupanya kuih
tu tak ada bijih badam pun dalam dia, patutlah murah! Hampeh! Tipah tertipu!!
Ps: “If something sounds too good to be true, it probably is,
please take note, adohai..”
Kisah 8:
"Abang. Jom pi Langkawi"
"Tak nak, nanti habis duit beli pinggan mangkuk!"
"Tapi bang, kat sana banyak "˜almond london"™
bersalut coklat, harga murah tanpa cukai GST"
"Apa? Almond bersalut coklat?, takde GST? awak pergi
bersiap, biar abang pi cucuq duit"
Woha!
Kisah 9:
"Ramai laki di luar sana, bini mereka adalah Kryptonite
terbesar dalam hidup.
Tapi Laki saya lain sikit, Almond bersalut coklat adalah
Kryptonite terbesar!
Woha!"
Ps: Kata Puan N ketika membeli belah di Idaman Suri,
Langkawi.
Kisah 10:
(satu hari di bumi Langkawi)
"Tengok patung burung helang ini, teringat abang pada
patung penyu di Terengganu."
"Eh? Ada ke
patung penyu besar macam ni di Terengganu? Kat mana?"
"Dulu ada dekat bulatan Kampung Ladang, tapi telah di
musnahkan oleh Kerajaan so Call Islamik kerana menyerupai makhluk bernyawa, masa tu kita
belum kahwin lagi"
"Habis tu kenapa kerajaan so call Islamik waktu memerintah lengkawi
tak musnahkan jugak patung ni?"
"....."
"Jom beli almond London lagi"
"Jom"
Woha!
Kisah 11:
“Abang, saya rasa, saya dah tahu akan kepada kerajaan so call Islamik tak musnahkan patung helang dekat lengkawi, tapi musnahkan patung penyu kat Terengganu..”
Wah? Bini ajak sembang isu politik? Layankan jer, lantas tanya
aku..
“kenapa?”
Jawab bini:
“sebab masa mereka pecahkan patung penyu di Terengganu,
waktu tu mereka belum bergabung dengan parti kafir, mereka boleh buat keputusan
sendiri!, tapi sekarang dah bergabung dengan parti kafir, kenalah ikut cakap
orang kafir kot, saya rasalah, tapi jawapan sebenar ada pada ustaz yang sokong
patung diterengganu dimusnahkan”
Aku sambil kunyah almond London, jawab:
“mungkin jugak,.. ingat tak masa kita melancong di ICT Shah
Alam, banyak benar patung kat situ, ada gajah, zirafah, harimau, malahan, patung
Mr Bean pun ada kat Syah Alam”
Bini aku yang sedang menguyahpun buat keputusan:
“Malas saya nak faham apa orang politik fikir, jom habiskan
almond laondon ni lagi baik!
“Jom!”
“Nyam nyam nyam..”
Ps: Orang akan respek pegangan agama kita, jika kita
istiqamah dalam beramal, sama jugak isu politik dan so call islamik, sekejap
haram sekejap halal, hilang respek orang pada agama kita nanti, makin jauhlah
mereka pada islam, ini agak deep, sila take note.
Kisah 12:
Akhir cerita, di penghujung Syawal sebegini, aku dah tak nak
makan almond london banyak banyak, aku nak boikot London sebab sama macam arab
tak tolong Gaza, so sekarang aku beralih kepada kuih jenama tempatan, yang jauh
lebih sedap dari almond london.., iaitu (rujuk gambar)
Ps: Jika korang jemput aku beraya, pastikan kuih dalam
gambar ni ada dirumah korang, Woha!
Aug 5, 2014
Mencari Modal di Neraka?
(Kisah orang nak tikam orang dengan pisau yang tajam,
sebelum itu sila ambil harta pusaka Nabi dulu...)
Andai malaikat ada sifat penat, tentu malaikat akan penat tulis dosa aku...
Malam ini aku rasa mungkin malam terakhir aku hidup di dunia, kerana mati itu boleh datang secara tiba tiba, dan aku rasa, dengan amalan yang sedikit, dan dosa yang banyak, aku rasa jika aku mati aku akan masuk neraka.

Untuk elakkan diri masuk neraka selamanya, aku perlukan
modal untuk merayu kepada Allah, agar Allah yang Maha Mengasihi kasihan pada
aku apabila melihat modal rayuanku.
Lepas solat isyak di surau tadi, ada orang tabligh kat
surau kampung aku ajak buat amalan memakmurkan masjid, iaitu ajak orang muda
yang sedang lepak waktu malam di tepi jalan, datang ke masjid dengar ceramah
atau bacaan hadis.
Aku yang pada mulanya rasa malas, malu dan segan nak
berdakwah pada waktu malam sebegini, terus rasa bersemangat bila mengenangkan
ini adalah peluang untuk dijadikan modal merayu kepada Allah jika aku mati malam
ni dan masuk neraka. (Nauzubillahminzalik.)
Terus aku tawarkan diri untuk sedia turut serta dan dengan penuh
bersemangat melangkah keluar masjid ajak anak muda atau sesiapa sahaja yang aku
temui dijalanan untuk diajak dengar ceramah, al maklumlah akhirat nanti manusia
akan saling tuntut menuntut dengan salahkan orang lain. So yang dah selalu
pergi masjid akan di salahkan kerana tak pernah ajak mereka ke masjid. Jadi dengan
amalan ini aku ada modal untuk merayu pada Allah andai aku tergolong dalam ahli
neraka! Isk!
Lagipun, amalan ini pernah di buat oleh sahabat nabi, seperti
Abu Hurairah r.a yang telah keluar dari masjid, dan pergi ke pasar lalu
berkata: “datanglah ke masjid kerana harta pusaka Nabi sedang
dibahagi-bahagikan”, lalu orang ramai datang ke masjid dan didapati di masjid
ada majlis taklim, halqah iman, dan ceramah agama yang mana itulah ‘harta
pusaka’ Nabi Muhammad SAW.(rujuk al-Awsat dari Imam al-Tabarani)
So, dijalanan, aku jumpa 3 bijik motor dan enam mat rempit
yang sedang lepak, mereka pada mulanya nak lari, tapi setelah aku cerita
tentang kisah sedih anak muda di Gaza yang di bunuh Israel, kisah sedih pemuda
Syria yang dibunuh kejam, kisah sedih pemuda di Iraq yang dibunuh ISIS, kisah
sedih pemuda di Negeria yang dibunuh Bako Haram, maka mereka kelihatan insaf di
tempat kejadian kerana al maklumlah di Malaysia yang aman ini, mereka memilih
untuk berpoya poya, lalu mereka semua ke masjid dan terus di tazkirah oleh
ustaz yang dah sedia menunggu.
Aku juga ketuk pintu satu rumah, keluar lelaki dengan mata
merah, dan aku jelaskan tujuan kedatangan aku sebab nak wujudkan suasana agama
dengan amalan memakmurkan masjid, yang mana dalam hadis menyatakan Allah akan
menurunkan Rahmat dan menangguhkan bala di suatu kampung yang hidup dengan
amalan memakmurkan masjid. Lelaki yang mata merah itu bersetuju untuk turut ke
masjid dan terus beliau di ‘sekolahkan’ ustaz kat sana tentang maksud hidup
tanpa belas kasihan.
45 minit kemudian, ceramah disudahi dengan tasbih kafarah,
dan semua peserta majlis amalan memakmurkan masjid bersurai.
Tidak lupa lelaki yang mata merah mengucapkan terima kasih
kepadaku kerana tadi dia sedang bergaduh dengan kawannya dan sudah sampai ke
tahap nak membunuh, pisau sudah ada di tangan untuk tikam kawannya yang sedang
leka, tiba tiba pintu diketuk dan dia seolah tersedar dari rasukan iblis lalu
membuka pintu dan terus ke masjid dalam keadaaan bingung namun di Rumah Allah,
hatinya kembali tenang dan bersyukur kerana telah terselamat dari fitnah besar
dalam hidup...
Jam 10 malam aku sampai rumah, anak anak sedang belajar
dengan bini ilmu dunia sebab esok mereka nak exam, akupun tak nak ganggu
mereka, masuk bilik dan update status ini.
Enrty ni macam ada unsur riak, (pergi mampus pada diri
sendiri) tapi sebab korang tak kenal aku, dan akupun tak pernah upload gambar
dalam blog, maka bacalah entry ini dengan semangat nak cari modal melalui
amalan dakwah untuk merayu dalam neraka andai korang masuk neraka!
Ketahuilah, kadang kadang kita rasa malas, malu dan segan
nak berdakwah cara macam nabi Muhammad SAW, namun jika korang masuk neraka
sebab dosa banyak macam aku, kurang kurang kita ada modal nak merayu pada
Allah, sebab mati itu datangnya secara tiba tiba.
Langkahan kaki kita ini semakin memendekkan umur, inilah
langkahan maut namanya.
Kemanapun hala tuju kita, tanah perkuburan islam jua
distinasi yang pasti, adakah di sana bakal menjadi taman syurga atau lembah
neraka?
You tell on yourself!
Tutup entry dengan tasbih kafarah!
Ps: Rasa bersemangat untuk amal agama akan datang apabila
mengenangkan ini adalah peluang untuk dijadikan modal merayu kepada Allah jika mati
malam ni dan masuk neraka..,
Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain, maka akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinsakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.

Pesan pada diri sendiri.
Jul 25, 2014
Menangis di akhir Ramadhan?
(Entry ulangan, jika korang masih menangis dihujung entry, tolong doakan aku mati masuk syurga...)
Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud cinta dan kini tenang menjamah makanan sahur yang menyelerakan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan anak beranak demi nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Dalam kemeriahan kita berbuka puasa pula, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban demi mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak sehingga mati kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang turut mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji sehingga terbelah dua atau juga Nabi Yahya a,s yang di pancung kepalanya, semuanya telah terkorban demi kerana ugama!
Sesungguhnya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan terus terkorban dan di korbankan....
Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hayat hidupnya di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...
Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, daging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya demi kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang...
Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Izinkan untuk aku terus titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...
Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..
Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.
Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.
Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..
Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.
Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.
Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.
Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam. Bapa mana yang tidak rindu pada anaknya? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapanya? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..
Memuji Nikmat Allah..
Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!
Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?
Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir bin Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .
Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.
Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.
Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
"Mana ayah ku?”.
Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda mengusap rambut Basyir....
“Anak.., Ayah mu telah syahid.”
Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....
Lantas Nabi memujuk: “Mahukah kamu aku menjadi ayahmu? Aisyah menjadi ibumu, dan Fatimah menjadi kakakmu?”...
Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..
Disini juga biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.
Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..
Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. Namun, Bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!”
Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah more sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang Raja kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "
Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis..,
Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..
Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:
“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”
Nabi menjawab...
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”
Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.
Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arashy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...
Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Selamat menyambut Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..
Maaf Zahir dan batin.
Sekian.

Jul 22, 2014
MH17, rahsia di sebalik nombor 17?
(Tanya sama abang keretamayat: Bro hamka. Boleh tolong jawab tak isu nombor2 ni tak?.. )
Copy paste dari FB dan whasapp:
Copy paste dari FB dan whasapp:
"MH17 Penerbangan pertama : 17/7/1997 Penerbangan terakhir : 17/7/2014 Tahun
2014 tolak tahun 1997 : 17 tahun. Ditembak Oleh SA 17 Missile. Kenapa dgn angka
17 ? Something Allah nak bagitahu . Subuh 2 rakaat Zohor 4 rakaat Asar 4 rakaat
Maghrib 3 rakaat Isyak 4 rakaat =17 rakaat.."
Hamka said:
Salah! Jika korang jamak solat sebab musafir, jadi 11 rakaat sahaja, jika bulan puasa korang ikut imam tarawih, 25 rakaaat tak campur witir, so dah jadi 28 rakkaat, jika ikut 20 rakaat, dah jadi 37 rakaat,
Eh? sekejap!, siapa cakap Allah nak bagitahu bilangan rakaat melalui peritiwa nahas kapal terbang yang mengorbankan kesemua 298 orang termasuk 15 anak kapal yang menaiki pesawat tersebut.
Ini sudah masuk katagori berdusta atas nama Allah! Berdusta atas nama Nabi pun masuk neraka, apatah lagi jika berdusta atas nama Allah, Astarfirullahalazim..
Saudara, bab bilangan rakaat solat sudah diterangkan secara tersirat dalam al quran dan secara tersurat dalam hadis. Sudah lama sunni dan syiah berbeza pendapat bab rakaat solat, dan berjuta ummat islam sudah mati dengan bilangan rakkat yang diyakini tapi baru hari ni korang dakwa Allah nak bagitahu bilangan Rakaat? Apa kejadah?
Setakat nak buat teori islamik dengan kaitkan nombor, semua orang bodoh boleh buat bang, Otak yang ada tu lebih baik fikir makna makna dalam Al quran dan kaitkan dengan diri sendri yang banyak dosa atau cari jalan penyelesaian kepada ummat islam yang lemah kerana tidak bersatu. Itu yang terbaik. Adohai..
Aku ulang lagi sekali khas untuk mereka yang bodoh 17 lapis, ketahuilah:

Berdusta atas nama Nabi pun masuk neraka, apatah lagi jika
berdusta atas nama Allah, bertaubatlah kepada sesiapa yang sudah share teori
mengarut ni!
Jul 15, 2014
Bagaimana menggunakan Kuasa?
(Sila take note, ini agak deep)
![]() |
| Oskar Schindler |
![]() |
| Amon Goeth |
Ketika Amon Goeth , salah sorang ketua Askar jerman yang
suka membunuh yahudi secara besar besaran pada perang dunia ke 2 ditanya oleh
seorang bisnesman, kenapa kamu suka bunuh orang yahudi tanpa bicara?
Jawab Amon Goeth: “itulah hakikat kuasa. Mampu membunuh
orang yang bersalah.”
Lalu jawab Schindler si bisnesman tadi:
“Hakikat kuasa adalah bila kita berpeluang membunuh, tapi
kita maafkan, itulah yang aku belajar dari Raja Rom Qaisar, yang mana pernah
ada seorang lelaki ditangkap mencuri, lalu di bawa kehadapan Qaisar, lelaki ini
tahu bahawa hukuman mencuri dizaman itu adalah hukuman mati, lantas lelaki ini meniarap
atas tanah di hadapan Raja Qaisar sambil memohon keampunan, agar nyawanya
dipanjangkan, lalu Raja Qaisar,.. mengampuninya, Itulah hakikat kuasa yang
sebenar Amon, itulah hakikat kuasa...”
Tersinggung dengan teguran bisnesman tadi, jawab Amon Goeth
dengan insaf:
“aku ampuni kamu”
Woha!
Nota kaki:
Allah telah
perintahkan manusia agar menahan marah ketika mampu membalas, malahan Allah
telah lama manahan murkaNYa ketika melihat manusia membuat dosa, padahal Allah
Maka berkuasa menghukum manusia yang bersalah pada bila bila masa, namun Allah memberitahu
secara berulang ulang dalam Al Quran bahawa Dia Maha pengampun, Malahan Rahmat
Allah lebih besar dari semua dosa manusia, andai kita tahu bersujud dan merayu
dalam taubat sebelum menjadi mayat.
Sesungguhnya Allah sangat mengerti Hakikat Kuasa kerana Dia
Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Rujukan firman Allah:
“Katakanlah (wahai
Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Az-Zumar: 53)
“Dan juga orang-orang
yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri,
mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan
sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,...)
(QS. Ali 'Imran: 135)
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya
sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah,
nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. An-Nisa': 110)
“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu
melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami
akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”
(QS. An-Nisa': 31)
“Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri
datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah
juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani”
(QS. An-Nisa': 64)
“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada
orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap
teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya”
(QS. Thaha: 82)
“Demi sesungguhnya
telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu
dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika
mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang
yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya. Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon
keampunannya? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Al-Ma'idah: 73-74)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak
Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku
akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian
kamu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai
anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seisi
bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan
yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besamya seisi
bumi seluruhnya."
Hadis lain Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam
hari agar orang-orang yang melakukan dosa pada siang hari bertaubat dan Dia
membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang melakukan kesalahan di
malam hari bertaubat, hingga nanti ketika matahari terbit dari arah
barat."
Dalam sebuah hadis qudsi disebutkan:
"Wahai hamba-hamba- Ku, sesungguhnya kalian melakukan
dosa di malam hari, sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Maka, mintalah kalian
semua ampunan kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni kalian."
Ps: Sila Take note, pesan pada diri sendiri.
Jul 4, 2014
Ulasan Buku Semusim di Syurga?
(Ulasan ini di tulis oleh Firdaus Ahmad :The legend of Takafulman, Juga Penulis Dari Tanjung Malim Ke KLCC)
Ini statement yang terpacul lama dahulu, masa aku juga masih tulis blog, dan kerap berjalan membaca blog blog orang lain, dan aku cakap pada diri sendiri "brader ni ada taste" bila pertama kali membaca blog keretamayat.
Tapi itu lama dahulu. Sekarang senarionya berbeza. Hamka tidak hanya dikenali sebagai penulis blog, sebaliknya sebagai pengkarya niche yang mengetengahkan cerita-cerita kerukunan rumahtangga secara lebih indie dan bebas (berbanding cerita-cerita nasihat beriya ilmu rumahtangga lain yang terdapat dipasaran mainstream).
Hal sedemikian terbukti dengan terbitnya 2 buku beliau sebelum ini, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai dan Kamar Sutera. Aku memuji-muji dua tajuk buku Hamka sebelum ini, kerana subliminal mesejnya mudah saja menimbulkan prasangka, pada yang mengetahui (kahkahkah!). Ya, itu sangat bijak. Sebabnya mudah, pengkarya yang menang Tajuk (dengan cara meletakkan tajuk rage yang penuh prasangka), akan menang Pembeli, lalu menang Pembaca.
Dalam proses terdahulu, aku kira Hamka dan Terfaktab telah melakukan strategi yang menjadi. Memenangkan tajuk lebih awal, lalu perlahan-lahan kemenangan mutlak menguasai jiwa pembeli dan pembaca seluruhnya, apabila tulisan tulisan di dalam dua buah buku sebelum ini membuktikan yang isi-isi terkandung, lebih kuat berkuasa menawan cinta hati umat manusia berbanding tajuknya.
Semusim Di Syurga (SDS), tajuk kali ini tidak ada prasangka, lain dari dua buku terdahulu. Isinya juga ada kelainan yang nyata. Ketika kali pertama membaca naskah SDS ini, aku terfikir yang Hamka sebenarnya seorang penulis yang sangat observant. Perkara yang aku suka bila membaca sesuatu naskah, adalah apabila penulisnya berupaya menyampaikan idea, pendapat, dan cerita dengan flow yang sedap, seolah olah sang penulis itu sedang bercakap depan aku menyampaikan ceritanya.
Hamka berjaya melakukan ini dalam SDS. Power!.
Lebih-lebih lagi, apabila suatu karya yang lahir dari observasi ke atas tingkah laku sosial masyarakat (tidak keterlaluan aku katakan SDS berpaksi atas observasi itu), dan disampaikan pula pada khalayak dengan cara yang mesra merakyat, tidak semua penulis boleh buat keduanya dengan baik, dan salah seorang yang boleh buat, tidak lain penulis SDS ini, Hamka.
Sinis. Mendidik. Menegur. Menilai. Memajukan.
Lima perkataan di atas, aku gambarkan mewakili seluruh isi kandungan SDS. Membaca naskah ini, aku kira ianya berupaya membantu pembaca sekalian, untuk melihat sesuatu rutin dalam perspektif berbeza. Melihat perkara dalam perspektif berbeza, berfikir dan menilai, itulah matlamat SDS kepada pembaca (kalau aku boleh katakan begitu).
Aku tidak mahu membanding banding SDS dengan dua naskah terdahulu, cuma apa yang aku boleh katakan, melalui SDS ni, Hamka membawa pembaca ke suatu level lebih broad, juga lagi utama, ke satu level yang lebih memanusiakan.
Semusim Di Syurga steady!
![]() |
| SDS |
"Brader ni ada taste".

Jul 1, 2014
Kisah Pelik di awal Ramadhan?
(Juga panduan dalam memilih ciri Imam yang sesuai untuk solat berjemaah)
Kisah satu:
Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis
angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu
bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka
kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari
bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah
bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga
dan bertanya:
“ Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”
Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada
para bidadari-bidadari itu dengan berkata,
“Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. Hari
ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad
s.a.w.”
Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy
yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..
Namun di bumi, sebelum bukan Ramadhan lagi, telah terdengar
bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan
sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...
Bisikan itu berbunyi:
“Yusuf... Taiyoob..”
Woha!
Ps: harap pihak Yusof Taiyoob dapat memberi sumbangan kurma
beberapa kotak pada pihak keretamayat yang mempromosi produk korang secara
tidak langsung, adohai..
Kisah 2:
Tiap kali masuk bulan puasa, sebelum ramadan lagi, aku akan
luangkan masa untuk mengsucikan sesuatu di badan aku, yang mana jika benda ni
bersih, maka akan berserilah semua anggota. InsyaAllah.
Tepat 29 syaaban baru ini, aku jumpa pakar suci anggota
badan yang aku maksudkan. Dalam masa lebih kurang 15 minit, beliau ambik masa
untuk sucikan bahagian badan aku itu.
Selamat berpusasa kepada pembaca blog keretamayat, aku
sekarang menulis dalam keadaan tersenyum senyum, sebab gigi sudah bersih
berseri menyambut ramadhan!
Woha!
Rupanya aku jalani rawatan pergigian daa, adohai..
Ps: Pada tubuh kita ni, ada satu daging, yang mana jika baik
daging tu, maka baiklah semua anggota yang lain. Daging itu adalah hati. Semoga
puasa kita dapat membersihkan hati masing masing. Amin.
Kisah 3:
Di sebuah surau, kelihatan beberapa makmum yang sedang tolak
menolak dalam bab melantik imam.
“kau lah Iman, bacaan kau lebih bagus dari kami”
“kaupun sama bagus, lagipun ini solat zohor, bukannya baca
kuat, kaulah”
“awaklah imam, sebab awak lebih berumur”
“eh, apsal pulak?, bagi dia ni jadi imam, anak dia lebih
ramai”
“eh? Saya dah iqamat tadi, bagi dia, pakai full sunnah”
“tak payah gaduh, kita bagi Hamka jadi imam, sebab gigi dia
lebih putih dari korang semua”
Woha!
Ps: panduan memilih imam, lebih alim, dan lebih bagus
bacaan, jika tiada pastikan lebih tua, wallahula’m.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)