Mar 27, 2024

Islam agama membunuh?

(Baca ini dan kagumlah di hujungnnya)

Salam sejahtera kepada semua bukan islam yang sudi baca tulisan ini, saya nak jawab sikit bab islam agama bunuh orang.. jika betul dakwaan ini, kenapa masih ada orang bukan islam di Malaysia yang di perintah oleh Raja Islam?

Patut bulan puasa ni, dah kena bunuh orang islam berapa orang? Padahal di Malaysia, orang mati sebab nyamuk dan kemalangan kereta jauh lebih ramai… malahan kita ada pergerakan dakwah, ajak orang bukan islam masuk islam, bukti kami nak selamatkan tuan puan…

Baiklah, Pihak yang menuduh pula agama Kristian, tak baca sejarah ke? Hitler agama apa? Perang dunia dimulai siapa? Mujur ada bekas pedari yang kaji bab ini dah masuk Islam, (boleh search di youtube, banyak kisah paderi masuk islam dan dah jawab dan bab agama islam ni pengganas ke? Jawapan semua dah ada.. saya tak perlu ulas detail…

Cuma Saya nak kongsi sikit POV indahnya Rukun islam.. kita tengok nanti kat mana dalam Rukun islam itu perlu bunuh orang bukan islam? Ada tak?

Alkisahnya, ada orang bukan islam yang terlihat bahagia tanpa perlu kepada panduan dari Nabi Muhammad.. wow..

Sementara itu, ada pula  orang Islam yang hidup bahagia bersama panduan dari Nabi.. Alhamdulillah..

Eh? Apa rahsia kebahagiaan mereka?

Bila kaji balik, rupanya Orang bukan Islam itu terlihat bahagia sebab mereka adalah geng yang bangun awal pagi, geng 5 AM club. 

Bayangkan 1400 tahun dahulu Nabi Muhammad SAW dah ajar orang Islam untuk bahagia dunia akhirat dengan cara bangun awal sebelum subuh solat tahajud, sementara orang bukan islam baru temui rahsia awal pagi dan buku 5 Am Club baru juga dihasilkan dan mereka memuji muji hasil penemuan hidup indah awal pagi!?

Okeylah better late than never.. maka tahniah Kepada orang bukan Islam tersebut yang mulakan hidup seawal lima pagi, dan tahniah kepada orang Islam yang mulakan hidup sebelum subuh lagi dengan solat tahajud, nikmat yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata bagi mereka yang Istiqomah.. sekarang kita target subuh macam jumaat yer? Alhamdulillah..

Kemudian orang bukan Islam terlihat bahagia bagi mereka yang mengamalkan meditasi setiap hari dengan fokus  bersendirian selama lima ke-10 minit atau buat Yoga atau bertafakur, dan mereka mendapati cara itu boleh menghilangkan resah gelisah dan kemurungan. Banyak kes kemurungan dapat di atasi melalui meditasi..

Sementara itu orang Islam 1400 tahun dahulu lagi dijanjikan hidup bahagia bagi mereka yang menjaga solat, memang ada ayat Al-Quran yang memberitahu manusia itu bersifat resah gelisah kecuali orang yang menjaga solatnya, wow!

Maka tahniahlah kepada orang bukan islam yang terlihat bahagia kerana kerap bermeditasi mencari ketenangan dan alhamdulillah kepada orang Islam yang Istiqomah solat lima waktu, Sungguh ketenangan hati adalah milik kalian.. alquran memuji orang islam yang menjaga solat kerana sifanya mudah bersyukur bila senang, dan mudah sabar bila susah, Alhamdulillah..

Di sudut lain pula ada orang bukan Islam yang terlibat bahagia dengan menjaga makan dan minum serta amalkan hidup sihat dengan banyak berjalan dan bersenam yang mana Nabi dah ajar 1400 tahun dahulu kepada orang Islam bab jaga makan, berhenti sebelum kenyang serta mengamalkan puasa Isnin dan Khamis juga puasa sebulan Ramadhan dan banyak hadis kelebihan berjalan kaki ke masjid ataupun tawaf serta Sae yang mana semua itu memberi kesihatan kepada rohani dan jasmani, tahniah!

Bulan puasa ni seronok lain macam, tarawih 20 rakaat pun sedap, mengaji sedap, lapar dan dahaga tak rasa beban langsung, InsyaAllah bila mana Allah bagi hidayat hingga Maher Zain menyanyi lagu merayu agar Ramadan jangan pergi..

Di waktu lain ada orang bukan Islam mengaku bahagia dalam memberi kebaikan kepada orang lain seperti bagi sumbangan  atau buat Yayasan, tahniah!

Dan alhamdulillah Nabi kita pun dah ajar dalam ibadat zakat dan sedekah serta hidup tolong menolong, Iqram muslimin yang mana semua itu akan buatkan kita lebih bahagia ! Alhamdulillah..

Satu lagi orang bukan Islam terlihat bahagia bila dapat melancong atau mengembara mencari maksud hidup atau mengenal diri dengan cara pergi ke tempat-tempat yang jauh dari kampung halaman selama berbulan bulan! Tahniah!

Manakala ehem ehem!

Nabi kita dah ajar kewajipan orang Islam untuk pergi haji yang mana perjalanannya jauh perlu merentasi pelbagai benua dan kita akan ziarah Mekah, Madinah, berbulan bulan yang mana nikmat mengembara ini akan memberi ketenangan kepada para-para musafir, Alhamdulillah!

Nampaknya semua rukun Islam memberi menafaat kepada orang bukan islam yang mahu amalkan tapi sayang lah sebab mereka hanya bahagia di dunia, tapi mati masuk neraka.. itu POV keimanan kami..

Sedangkan janji Allah kepada semua orang Islam yang amalkan semua rukun itu dengan ikhlas akan bahagia di dunia dan akhirat ..

Maka itulah sahaja lima rukun islam yang wajib di amalkan oleh semua ummat islam dan kami Bahagia melakukannya, sementara lima rukun ini juga sedang “diamalkan” oleh orang bukan islam yang terlihat Berjaya dan bergaya…

Eh? Takdepun dalam rukun tu kena bunuh orang kafir? Kalau ada, dan berapa ramai orang bukan islam kena bunuh di bulan puasa ini…? 

Malahan orang bukan islam boleh meniaga kampung kami, boleh bersekolah Bersama kami, boleh bekerja Bersama kami, kita dah merdeka 60 tahun maa, mana pernah perang sebab beza agama?

Tapi tak nafikan, mana mana agamapun ada orang jahat, sebab itu ada juga dalam islam Gerakan Tabligh yang ajak orang Islam Kembali makmurkan Masjid.. sebab manusia ni tak sama dalam menghargai nikmat agama, nikmat keluarga, nikmat merdeka, nikmat ada kerja, nikmat kesihatan, dan nikmat masa lapang.. banyak yang kufur nikmat, maka pesan memesan sangat memberi manfaat kepada sesama manusia..

Maka jika ada orang bukan Islam yang terbaca artikel ini, atau kepada semua kawan cina dan India yang kenal saya, jika baca ini maka saya seru  anda semua  untuk belajar luangkan masa kenal agama Islam (jangan tengok orangnya, tapi tengok agamanya) sementara masih hidup kerana banyak bukti common sense bahawa Islam adalah agama yang menyeluruh dan sangat membahagiakan, hingga tiada kata secantik Bahasa untuk dipersembahkan akan segala kenikmatannya..

Akhir kata, Semoga Allah berikan kebaikkan kepada kita semua, terutama di beri Hidayah dan kemanisan Iman.

Robbana atina fidunia Hasanah Wafil akhirrati Hasanah waqina azza Bannar!

Semoga Woha sampai syurga.

1 comment:

Anonymous said...

Kapir harbi kerjanya membohong je tentang islam tuan..
selamat hari raya maaf zahir&batin tuan..