Jul 3, 2020
Anak Autsime ke Pasar Payang?
Anak syurga autism saya bawak pergi Pasar Payang, parking
belakang Astaka (Hock Kee Seng) lepas tu jalan kaki, sampai depan Pasar Payang,
naik bot pergi ke Seberang Takir, dulu RM1 sahaja, sekarang RM2, takpe, bagi
anak seronok naik bot.
Dah puas naik bot, bawa anak ke Padang I Love KT, terus anak
syurga leka bermain batu kerikil, kemudian kami jalan kaki ke kampong cina,
tengok lukisan dinding, jangan tak percaya antara celah celah bangunan kampong
cina, ada orang jual keropok lekor.
Kemudian kami ke Pasar Payang, makan keropok dan Mee Sup
Perut lembu, perghhh, kenangan betul makan mee kat situ. Lepas tu sambung jalan
kaki, di jalanan terjumpa dengan Supupu, mereka terkejut tengok kami sekeluarga
jalan kaki dari Astaka ke Kampung Cina,
Saya cakap ini adalah terapi untuk anak autism. Dan ini
dekat sahaja, sebab sebelum ni kami parking kereta kat Seberang Takir, dan
jalan kaki naik jambatan drawbridge ke kampong cina, lepas tu balik naik bot.
Pun masih dekat lagi, biasa dengan anak syurga ni kami naik
bukit laluan hutan mencecah 7km dan kami semua penat, tapi anak syurga
tenaganya belum habis. Tengok video ini, lepas berjalan dua tiga kilometer anak
syurga ajak saya main pusing pusing yang mana saya dah penat tapi dia selamba..
Itulah kelebihan anak syurga saya, semoga Iman dapat bawa ayah jalan jalan ke
syurga pula.
Woha!
Link video: https://youtu.be/M3jBx8DOZx0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bestnya dia jalan2 ke sana, dah lama tak pergi sana, rindu pulak
egw wg ggf
terengganu main cantik sekarang, Syaz :)
Post a Comment