Jun 29, 2020
Bagaimana nak selesaikan segala masalah hidup?
(Jawapannya
ada pada lima kertas kosong yang ada dalam simpanan anda.)
Baik,
sediakan lima kertas kosong bersaiz A4.
Kertas
pertama, tulis lima perkara yang akan saya buat:
“Jika saya
hidup SETAHUN sahaja lagi…”
Kertas
kedua, tulis lima perkara yang akan saya buat:
“Jika saya
hidup SEBULAN sahaja lagi…”
Kertas
ketiga, tulis lima perkara yang akan saya buat:
“Jika saya
hidup SEMINGGU sahaja lagi…”
Kertas
keempat, tulis lima perkara yang akan saya buat:
“Jika saya
hidup SEHARI sahaja lagi…”
Kertas kelima,
tulis lima perkara yang akan saya buat:
“Jika saya
hidup SATU JAM sahaja lagi…”
Okey, ambik
masa, tulislah lima sahaja yang anda akan buat pada lima kertas tu.
Apa apapun
jawapan anda pada kertas tu, saya percaya, separuh dari masalah hidup anda akan
dapat diselesaikan.
Saya ulang!
Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya percaya, separuh dari masalah
hidup anda akan dapat diselesaikan.
Dan Sesiapa
tak pernah jawab lima soalan ini dalam hidupnya, akan sangat meyesal bila tiba
tiba sahaja mati mengejut.
Jadi untuk
jawab semua soalan ini, kena faham lima perkara yang paling penting dalam
hidup.
Tahukan
apakah lima perkara paling beharga dalam hidup? Iaitu:
(1) Agama,
(2) Cinta, (3)Kesihatan (4) Sumber Rezeki (5) Masa lapang.
Jom bedah
nikmat.
1.Agama
Bayangkan
jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita
datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab ala mini terlalu
besar untuk kita mencxari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu
dengan falsafah hambar dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut,
falsafah kita takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.
Sungguh
agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit,
di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih Allah sebab pilih
saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji,
terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MneyembahMU dengan cara yang
paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!
2. Cinta
Bayangkan
jika kita hidup tanpa Cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk
bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak,
bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi
Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup,
maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan
cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta
sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati.
3.
Kesihatan.
Bayangkan
jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam
biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar
darah, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah
takdir kita kena penyakit, cinta dan agama akan bantu kurangkan beban
penderitaan. Take note.
4. Sumber
Rezeki
Bayangkan
jika kita hidup miskin, susah, hutang keliling pinggan, aduh… menjadi miskin
tidak haram tapi menuysahkan orang itu haram, menjadi kaya tidak haram juga
maka usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Dengan wang kita mungkin tak
boleh beli kebahagiaan, tapi dengan miskin kita boleh membeli penderitaan.
Takde noted.
5. Masa
lapang.
Bayangkan
jika kita hidup tanpa masa lapang, maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk
hoby yang manfaat, untuk tambah pendapatan, untuk tambah nilai cinta, untuk tambah
keluasan syurga, hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak
akan kembali lagi.
Akhir kata:
PASTIKAN:
Jangan mati
bawa hutang, maka dalam tempoh setahun, sebulan, seminggu, sehari dan sejam itu
pastikan ada ruang untuk bayar hutang pada Tuhan, hutang pada orang tersayang,
hutang kepada kawan, hutang kepada alam, hutang kepada kerjaya dan hutang
kepada diri sendiri.
Hutang ni
bukan wang ringgit sahaja, tapi termasuk ahlak yang baik serta kasing sayang.
Dan syukur
Allah kerana sedang berikan kelima lima nikmat itu kepada saya.
Dan saya
sedang menikmati kelima lima ini. Dah boleh mati dengan aman InsyaAllah..
Alhamdulillah.
Nikmat mana lagi yang kita dustakan.
Semoga Woha
sampai syurga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Semoga kita dijernihkan ditengah2 lautan kecelaruan..sebab dijernihkan itu la yg sangat penting..
Sebab kekeruhan kecelaruan itu sangat cool ditengah2 perasaan diri hehe..
Contoh kecelaruan2 biasa.. Simple je pun nak pahamnya..tapi berasa diri cool punya pasal jadi celaru..
Dia kata dia sayang kat nabi saw.. Tapi dia sayang saidina ali je, hati dia marah kat saidina abu bakar umar dan usman..walaupun sikap ini dah jelas ditakdirkan Allah jadi peringatan supaya x diikuti.. tapi ada yg x amek pengajaran sebab berasa diri cool.. Dia kata dia sayang kat nabi saw tapi hati dia marah kat wali Allah dan ulamak2 muktabar..
Walhal semua2 diatas tu murid pewaris nabi saw semua tu..
Sampai sebut nama saidina abu bakar pun dia jadi marah2.. Sampai sebut wali Allah pun dia jadi marah2..
Padahal benda ni simple je.. Budak kecik pun tau.. orang2 yg arwah mak ayah kita sayang boleh jadi pengubat rindu kat arwah mak ayah kita yg dah tiada.
Hal kecik je pun ni utk paham..Malu kat anak2 haha..
Semoga kita dijernihkan...
Sebab dijernihkan itu la yg sangat penting.. InsyaAllah
gaduh dengan syiah ke bang?
Post a Comment