Jun 25, 2020
15 cara Laki Bini Urus Wang Yang Bijak?
15 Step
Perancangan Kewangan Suami Isteri oleh pakar Kewangan, Afyan Mat Rawi No 13
amat mengejutkan, mungkin satu dalam sejuta sahaja!
(Dalam
kurungan adalah apa yang saya amalkan)
1. Ia
bermula sebaik sahaja memulakan perancangan untuk berkahwin dan hidup bersama.
(Betul!
Saya target kahwin paling lewat umur 25 tahun, dan saya dapati kos kahwin
perlukan RM10 ribu paling kurang, maka saya perlu menyimpan RM500 sebulan
selama dua tahun, untuk itu gaji saya tak boleh beli kereta baru, jadi saya
beli kereta second Hand sahaja dan Alhamdulillah, dapat kahwin waktu umur 25
tahun tanpa berhutang)
2. Rancang
majlis perkahwinan dengan kos yang bersesuaian dan bukan ikut trend atau fikir
apa kata orang. Jauhkan dari berhutang. Pedulikan kata-kata pakcik dan makcik
bawang. Biar majlis tak grand, asal tak berhutang.
(Saya buat
majlis agak besar, jemput semua orang kampong, tapi takde bersanding bagai,
takde silat, kompang, renjis mawar semua takdr, bajet cukup untuk mas kahwin,
dan kenduri sahaja serta sedikit sewaan bas, penginapan, dan lain lain)
3. Selepas
berkahwin, boleh mula menabung untuk beli rumah pertama, bukan untuk beli
kereta pertama. Selalu berlaku, tak dapat beli rumah sebab duit dah habis
banyak untuk ansuran dan maintenance kereta. Jadi, rancang untuk beli rumah
dulu baru beli kereta, bukan sebaliknya. Pastikan installment rumah lebih
rendah oleh kadar sewa.
(Betul,
tapi saya dah beli rumah pertama teres tengah pada waktu bujang lagi sebab saya
takde komitment bulanan kereta, jadi rumah pertama ni tak perlu besar, cukuplah
bila kita pindah, harga sewa lebih tinggi dari bulanan Bank, terima kasih
kepada kawan yang nasihat beli rumah dulu zaman tu, dan terima kasih kepada
kawan yang puji saya beli kereta buruk dahulu-Note: jika kawan kau kutuk kereta
buruk, tak payahlah buang masa berkawan dengan orang macam tu)
4. Tak
perlu malu kalau rumah pertama ialah rumah pangsa. Ia jauh lebih baik dari
menyewa sampai tua. Lepas ada rumah pertama, kita akan bernafsu untuk rumah
kedua, ketiga dan seterusnya. Masa tu tak kisah pun kalau pakai kereta buruk
sahaja.
(Betul,
bila kahwin, rumah lebih penting dari kereta, lalu lama kelamaan, saya mampu
beli rumah lebih besar dan pindah, rumah lama saya pernah buat Homsetay tapi
rugi, jadi sekarang hanya sewakan, rumah sekarang walau terkurung waktu PKP,
sangat best sebab rumahku syurgaku, bukan keretaku syurgaku, take note!)
5. Pilih
kenderaan yang sesuai, fungsinya untuk bergerak dari titik A ke titik B. Kalau
baru berdua tak perlu sampai pakai MPV. Harganya jangan lebih setahun gaji.
(Setuju,
saya beli MPV bila anak dah lima orang, sebelum tu pakai kereta Wira Sedan
sahaja, lagi susah saya beli waktu PRU, semua penyokong kerajaan dan pembakang
cakap saya bodoh beli kereta waktu PRU sebab nanti parti mereka menang, harga
kereta turun separuh, mujur saya tak dengar cakap penyokong politik-Woha!)
6.
Gabungkan gaji bersama untuk rancang kos kehidupan berkeluarga. Bahagikan ikut
formula 30% untuk belanja isi rumah, 30% untuk hutang, 5% ekstra, 5% pemberian
dan 30% lebihan.
(Hidup
untuk berkongsi, saya dan isteri kumpul harta sama sama, dan masing masing
istiharkan harta, saya jadi PM dan Menteri Kewangan, Isteri jadi Penolong
Mneteri Kewangan, dan Menteri Hal Ehwal Rumah Tangga, setiap perbelanjaan
adalah melalui mesyuarat, maka dapatlah nikmat hidup melancong sana sini, dan
lain lain walau ada waktu sukar…)
7. Pastikan
perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang piutang tak lebih dari 30% setiap
satu atau maksima 60% kombinasi kedua-duanya. Ekstra 5% sebagai tambahan jadi
65%. Jika dari awal dapat susun, makin lama makin mudah.
(Okey yang
ni saya kantoi, hutang saya banyak, maka untuk itu saya buat kerja sambilan di
rumah seperti, Jual tanjak, Jual Buku, Menulis, berceramah, Youtuber, dan
banyak lagi, tapi oleh sebab kerja sambilan saya banyak di rumah, maka kerja
sambilan saya tidak mejejaskan cinta sebab anak bini semua depan mata,
Alhamdulillah)
8. Rancang
minima 30% lebihan untuk 3 perkara penting ini; 10% simpanan, 10% perlindungan
takaful, 10% pelaburan. Ia perancangan sepanjang masa hingga akhir usia.
(Ini pun
saya masih belajar dari Ebook Merancang Wang, baru sebahagian saya mampu buat,
doakan saya)
9. Langgan
takaful income protection untuk suami isteri. Pastikan coverage mencukupi 10
tahun gaji. Jika langgan “loving couple policy” – jika salah seorang mati,
polisi satu lagi jadi free. Kemudian baru rancang untuk medical card pula.
(Inipun
saya masih terhegeh hegeh, aduhhhh, nak kena ulang kaji pesanan dan saranan
dalam buku BIjak Mnegurus Wang)
10. Boleh
mula untuk buat perancangan pusaka dan harta sepencarian. Kita tidak tahu usia
kita sampai bila, maka permudahkan urusan pasangan.
(Pun sama,
aduh tak start lagi ni, semoga tulisan ini jadi semangat untuk saya buat semua
ini)
11.
Rancangan persaraan. Dari sekarang perlu buat tabungan. Ini penting supaya
kelak tua kita tidak terbeban. Boleh mula pelaburan yang paling mudah dan
murah; emas dan unit trust sebelum beralih kepada yang lebih sukar dan sukar;
saham dan hartanah.
(Ini saya
ada buat tapi aset susah cair macam hartanah, pelan pelan saya akan cuba buat
untuk asset mudah cair macam saham, doakan saya sebab entah kenapa langsung tak
minat nak bersaham, aduhhhh)
12. Apabila
mula menimbang cahaya mata, boleh mulakan perancangan dana pendidikan mereka.
Ada banyak cara; takaful pendidikan, TH, ASB dan SSPN-I antara pilihannya.
(Alhamdulillah,
yang ni saya dah buat untuk lima anak, TH dan SSPN-I, syukur berada di landasan
yang betul)
13. Aset
penting dalam sebuah keluarga ialah ilmu. Penuhi rumah dengan buku. Kena ada
perpustakaan mini di satu bucu. Bukan TV, Astor, pinggan, mangkuk, sudu atau
garfu.
(Ini dah
lama saya buat, gaji pertama beli rak buku, dan tiap bulan beli buku hias rak
buku, tapi sekarang saya dah kurang beli buku, sebab saya dah hias rumah saya
dengan buku yang saya sendiri tulis, ada 13 tajuk! Cakap “nak” kat ruang koman
nanti)
14. Jangan
lupa rancang untuk pergi haji. Pastikan dah daftar dengan Tabung Haji. Daftar
untuk anak-anak sekali. Semoga dapat panggilan ilahi.
(Alhamdulillah,
dan daftar Haji isteri dan semua anak anak, dan jika ikut giliran tahun depan,
tapi sebab Covid ni, mungkin anjak ke tahun depan satu lagi, jom pergi haji
bersama kereta mayat tahun depan satu lagi!-Amin)
15.
Perancangan pusaka, pelaburan, takaful dan lain-lain tadi perlu di”review”
sekali-sekala. Supaya ia dikemaskini sentiasa. Sebaiknya 2-3 tahun secara
berkala.
(Ini belum
buat lagi.., aduhhhhh, salah diri sebab perasan sibuk)
16. Belajar
ilmu kewangan secara bermodul dalam. Rujuk link pada komen
(Okey, ini
saya dah buat, dan sedang fahami serta mengalami, memang menyedarkan saya yang
kadang syok sendiri dengan kewangan tapi bila baca, saya masih banyak buat
silap dan tak rugi jika kita merendahkan diri belajar Bijak Mengurus Wang sebab
bukan semua ilmu boleh dapat macam udara.., ada waktu udara pun kena pakai alat
bila sesak nafas. Jadi sesiapa yang sedang sesak duit, sangat elok baca Ebook
Bijak Mengurus Wang siap dengan penerangan Video. InsyaAllah ilmu bila dipejari
dengan berlapang dada akan terbuka pintu ilham kepada kebaikkan.) Boleh rujuk
Komen link Bijak Mengurus Wang
Ps: Jangan
kata abang keretamayat tak payung! Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Post a Comment