Jan 18, 2017
Ceramah kepada penceramah?
(Sudah solat? Sudah jaga aurat?sudah banyak tahu hokum hakam? sudah pandai berceramah? Dah rasa diri masuk syurga? Baca ni dan renung renungkan-Tiga perkara yang mudah buat kita merasa sombong)
Dalam dunia ni di penuhi dengan orang orang yang sombong,
berlagak bagus dan perasan hebat.., tak ke manapun mereka kerana akhirnya
mereka akan jadi mayat orang sombong, mayat berlagak bagus atau mayat perasan
hebat, tu jerrr. Takdelah hebat sangat kan?., masuk neraka : hebat ke?
Sedarkah korang?
Hanya Allah yang layak bersifat sombong (AL-mutakabbir) dan
Allah sangat murka kepada hambanya yang berlagak sombong (takabbur)
Dan Allah takde sifat tawaduk.., sifat rendah diri, dan
ALLAH SUKA SANGAT kat hambanya yang rendah diri, maka sedarlah diri sikit
bahawa korang semua adalah HAMBA yang hina dina, datang dari lubang kencing dan
akan kembali ke lubang 'cacing', bakal menjadi mayat yang berulat dan setiap
rongga akan di penuhi binatang melata.. isk isk isk.. sorang sorang minum air
hujan, sorang sorang di baham tanah alam kubur! (akupun!)
Di beritakan, orang yang ada sifat sombong walaupun secebis,
nescaya akan di masukkan ke dalam Neraka, menurut hadis, akan keluar raksasa
dari neraka yang akan meragut orang sombong di padang mahsyar laksana ayam
meragut biji bijian.
Bercerita tentang sobong, biasa kita jumpa orang berlagak
sombong ni daripada ahli dunia, seperti orang kaya, jutawan, artis, model, ahli
sukan, orang berpangkat, orang politik, orang ada jawatan tinggi dan
sebagainya..
Namun ada jugak orang miskin yang sombong, atau orang hodoh
yang sombong atau orang bodoh yang sombong.. apa kes?
Dan yang lebih haru biru bila ada yang pandai agama tapi
berlagak sombong..
Contoh terawal makhluk sombong yang pandai agama adalah
ketua malaikat, berlagak bagus pada Nabi Adam a.s yang menyebabkan Allah murka
padanya lalu di sumpah menjadi IBLIS laknatullah..
Jadi aku nak pesanlah kepada korang yang pandai agama akan
bahaya merasa diri super born muslimin atau super born muslimah dengan berlagak
sombong pada member-member lama yang belum dapat hidayat, baru tujuh kali pergi
usrah dah pandai tolak fatwa, dah pandai hina ulamak dan dah pandai hokum orang
yang tak sependapat dengan korang masuk neraka, adohai..
Jangan sombong bukan pada tempatnya, masuk neraka berpelukan
dengan iblisn bukan pilihan yang bijak, maka untuk itulah aku terpanggil (chewah,
macam superhero pulak rasa terpanggil gitu) untuk kongsi sikit ilmu iaitu : untuk
mereka yang teret tengan agama islam , ada TIGA tempat yang mudah buat korang
jadi sombong jika tak jaga betul betul akan niat dan ikhlas.
1) Menjadi Ketua
Ada hadis, Orang yang melantik dirinya sendiri menjadi imam
di murkai Allah.. (sedang ahli jemaah tak suka). Tempat lain, orang yang
melantik dirinya sendiri menjadi pemimpin adalah tak layak jadi pemimpin.
Tak kiralah sama ada jadi ketua kampong ke, ketua masjid ke,
ketua pengakap ke, ketua usrah ke, imam masjid ke, ketua parti ke, cubalah elak
dari memegang jawatan dan pangkat sebab jawatan ni memudahkan datang penyakit
sombong dan takkabbur, Abu bakar dan saidina Umar Ra yang menjadi sahabat utama
dalam mencontohi kehidupan beragama tapi mereka sendiri menolak untuk menjadi
ketua orang islam, tapi bila orang ramai dah lantik barulah layak pegang
jawatan tu
Kata buznama: “Orang
yang layak, di kejar pangkat, Orang yang tak layak, mengejar pangkat”
Perku ke aku cerita orang yang suruh “undilah saya” dengan
lemah lembut, tapi bila memang terus jadi sombong suruh orang pindah jika tak
suka mereka? Woha!
Tapi bila kita dah di lantik jadi ketua, jagalah amanah dan
janganlah bersifat sombong, siapa nak ketua keluarga, atau ketua kampung, atau
ketua negara masuk neraka kerana dosa sombong! Kan?
Sombing ni lawanya tawadduk, dan cerita bab pemimpin yang
tawaduk, Contohilah Rasulullah saw, Ketua semua rasul, menurut buznama, sewaktu
Nabi di jemput ke langit mengadap Allah, dan ditanya Allah, siapa kamu? Jawab Nabi:
“aku hanyalah seorang anak yatim”.., Allahu.
Sesungguhnya, Tawadduk itu bagus, lebih lebih lagi jika anda
seorang Pemimpin.
2) Berceramah
Berceramah jika tak kena gaya memang boleh datang sifat
sombong dan takabbur.., terutamanya ustaz yang ceramah di bayar mahal, di
tempah hotel dan di puja oleh pera pendengar, atau ceramah poltik sempit, di
sinilah akan muncul pendapat sesat atau ceramah syok sendiri, aku tak nafikan, kadang
kadang tak tahan telinga duduk dalam ceramah agama dari ustaz yang merendah
rendahkan orang islam yang lain, perasan diri masuk syurga, kutuk dan umpat
sini sana, buat lawak bodoh dan apa kejadah ntah?! Sungguh menghina
kebijaksanaan para pendengar, bila tegur, marah pulak? adohai…
Nabi dulu belajar rendah diri dengan berdakwah dari pintu ke
pintu, jika korang memang penceramah tetap di masjid tapi tak pergi jumpa
masyarakat, lagi cepat datang sifat sombong dan takakbur, sehingga orang yang
pergi dakwah pintu ke pintu pun korang sanggup kutuk dalam ceramah korang..,
korang cakap mereka macam pengemis, memang mereka 'pengemis'!, mereka mengemis
manusia kembali kepada ALLAH..!
Tolonglah siapa siapa yang nak bagi ceramah ni, tolonglah
jangan berlagak sombong sangat, sangka semua orang salah diri sendiri sahajan
yang betul, dulu Nabi Musa a.s bila di tanya orang ramai, siapakah yang lebih
baik dari kamu? Katanya takde, lalu Allah tegur dan suruh baginda pergi belajar
agama dengan Nabi khidir a.s, tapi Nabi khidir enggan ajar kerana Nabi Musa as
kurang ada sifat sabar.. (panjang cerita, boleh rujuk kitab)
Ringkas cerita, jangan sombong waktu ceramah dengan rendah rendahkan
orang islam yang lain.
Sesunguhnya, berceramah ini boleh bawa kita ke syurga, tapi
silap gaya, juga boleh bawa kita ke
neraka.
3) Tempat rujuk.
Ini biasa terjadi bila semua orang pakat-pakat rujuk masalah
agama kat korang, jika tak kena gaya maka akan mudahlah datang sifat sombong
dan takabbur, muftipun kena hati hati bila keluarkan fatwa, tak kena gaya setan
cucuk jarum maka rosaklah manusia.
Dan ini aku nak nasihat kat diri aku sendirlah ni, bila aku tulis
blog keretamayat, maka ramai orang yang rujuk aku masalah agama, nasihat aku
adalah:
Jangan rosakkan masa depan korang. Aku manusia biasa, ada
orang yang anggap aku macam ustaz, ulama’..dan mintak upah aku solat hajat dan
buat air tawar…aku manusia biasa, aku tak buat solat hajat secara
on-line..maafkan aku kepada yang email, aku ulangi : aku manusia biasa, dan aku
bukan ustaz..kata-kataku tak semestinya betul..aku bukan sekolah ugama atau
sekolah pondok..sekolah pondok telefon je dulu-dulu sebab masa tu takde smartphone
(tak lawak)…malahan aku adalah aliran vokasional..
Tapi tak salahkan seorang pendosa bercakap perkara agama,
betul tak..?
Sebab tu dalam buku aku, biasa muka surat depan aku bagi
amaran siap siap:
Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang buku ini tanpa
merujuk kepada Dalil dari al-Quran atau al-Hadis yang semakna atau hampir
semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak dan sangat-sangat berbahaya
kepada mereka yang bertaraf ‘bot-bot kecil.’
Silalah bertindak dengan bijak kerana aku hanyalah sekadar
memberi pendapat kepada diri sendiri. Jika ada tulisan yang salah, mohon di tegur, sekiranya berasa was-was, sila rujuk –
dengan kadar lebih segera daripada mi segera – kepada ustaz dan ulama serta
kitab yang berhampiran dengan anda.
Maafkan penulis jika kurang berhikmah dalam penulisan dalam
buku ini. Terima kasih kerana berlapang dada ketika membaca kisah seorang
‘pemandu Kereta Mayat.’
Okey, cukup sampai sini tazkirah yang bertajuk, jangan
menjadi sombong. Semoga aku tidak menjadi penulis yang sombong sampai bila, dan
korang juga tidak menjadi pembaca yang sembong sampai bila bila.
Pecah kaca, pecah marmal, pecah pinggan.
Lepas baca, sila amal dan sampaikan.
Sekian.
Jan 9, 2017
Apa nak buat bila di puji?
(Lima belas tip tip memuji dan dipuji secara islamik, sila baca sambil kagum dari jauh)
"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa riak ke bila kena puji
memanjang?, buku best lah, blog best lah, status FB best lah, dapat banyak like
dan share, buku laku sebab best, bla bla bla.,
bukanlah ada hadis Nabi yang mencela orang yang memuji? Tapi Nampak kau
makin suka bila orang puji, atau memang kau menulis nak suruh orang puji?"
Ehem-ehem, sepatutnya aku riak dan takkabur, tapi bila
hari-hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, asyik baca respon orang puji
aku jer memanjang, aku dah jadi kebas dengan pujian, ha ha, dah jadi imun!,
korang pujilah aku satu Malaysiapun, aku dah tak riak, jika Menteri Menteri
baca blog aku dan pujipun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus
dan telus (ni dah macam puji diri sendiri nih, isk)
Alahai, macam korang yang baru beli pewangi kereta, bila
letak dalam kereta, maka semerbaklah bau harum, tapi bila dah lama drive,
korang rasa bau tu macam dah hilang lalu korang mengumpat pembuat pewangi
kereta tu ‘tipulah’, ‘tak bermutu’lah, ‘orang melayu’lah ni, dan apa apalah ,
sedangkan bau tu masih ada tapi hidung korang tu yang dah imun, tak percaya,
cuba ajak kawan korang naik kereta korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, best
bau ni, pewangi apa yang saudara pakai?
Kapur barus!, jawab aku kerana sedang bawak
keretamayat-Woha!.
Eh?, Macam tak berapa tepat anologi bau wangi dan kaitannya
dengan pujian, kita ambik contoh lain.
Untuk pengetahuan korang, bukan semua komen korang berbentuk
pujian dalam sejarah aku menulis blog, ada dalam bentuk kutukan, makian,
cercaan, hinaan dan ugutan, tak percaya boleh baca komen dalam entry Vaksin,
Dajjal, Perubatan hospital, Video Arrivals, Teori konspirasi dan ulasan
politik, memang ramai yang akan kutuk aku secara berjemaah di tempat terbuka,
adohai..
Namun begitulah asam garam dunia penulisan, ada masa kena
puji, ada masa kutuk kaw kaw, tapi aku tak delete pun, sebab aku perasan sibuk
sampai takde masa nak delete, nak baca komenpun tak sempat kadang kadangg, hu
hu..
"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa down dan loser ke bila
kena kutuk dalam entry tu?"
Sepatutnya aku sedih dan jika orang tak ada iman, bila kena
kutuk, mungkin akan bunuh diri, tapi bila hari hari bukak blog, bukak facebook,
bukak email, dan baca komen korang untuk entry yang lama (pelik, entry lama
baru nak kutuk?) maka aku jugak dah jadi kebas dengan kutukan, ha ha ha!, dah
jadi telinga kuali!, setaraf telinga Menteri Politik yang tahan dikritik-woha!,
korang kutuklah aku satu Malaysiapun, ada aku kesah?, jika semua pembaca baca
blog kutuk aku hari hari, pun aku selamber jer tersengih sedang hati terus
kudus dan telus kerana iman yang sempurna tidak terkesan dengan celaan, (wah,
ni dah macam puji diri sendiri nih, bengong!)
Alahai, macam korang yang kerja kutip sampah dan bawak lori
sampah, mula mula kerja korang akan tutup hidung, tapi bila dah lama(beberapa
jam kemudian) korang akan selamba angkut sampah tanpa tutup lubang hidung sebab
bila dah hari-hari bau sampah, maka sampah dah ‘tak busuk’ lagi, tak pecaya?
cuba tanya awek korang yang bercinta dengan penoreh getah(yakni kau sendiri),
ada mereka cakap getah tu bau busuk? Takde maknanya!
Jadi, bila bawak lori sampah, maka lama lama bau sampah dah
takde kerana hidung dah imun yang mana andai kata korang ajak kawan korang naik
lori korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, busuk betul, korang bawak apa kat
belakang?
Mayat! jawab aku kerana aku memang sedang bawak
keretamayat-Woha.
(Eh?, Macam samer jer anologi bau busuk dengan kutukan, wangi
dengan pujian, apa apalah!)
Ok, serius sikit, sambung balik cerita bab hukum memuji
dalam islam,
Untuk bab Nabi mencela orang yang memuji, memang betul ada
hadith berbunyi:
“Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji”
(Riwayat Abu Daud)
“Rasulullah mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki
lain dengan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah
memotong leher lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari)
Dan lain lain.
Ok, straight to the point, bila aku rujuk Buzmana, kata
mereka , hadis ini adalah untuk mereka yang memuji dengan niat mendapat manfaat
yang salah dan di buat bukan kerana Allah, seperti membodek, mengampu,
mengipas, ‘menabur pasir dalam periuk nasik orang’, sebagai contoh:
Pujian yang mana bila si pemalas puji bos, bos suka pada si
pemalas lalu lantik jadi bos sehingga orang rajin tertindas, atau puji bini
orang sehingga bini curang dengan laki lalu bercerai. Begitu contoh lebih
kurang.
Selain itu pujian jugak di larang kepada orang yang mudah
riak, nak tahu orang tu mudah riak atau tidak, sila apply common sense.
Sebab tu nabi selamber jer puji sahabat, atau sahabat puji
sahabat sebab mereka tahu bahawa pujian tu tak membuatkan orang itu riak,
sebaliknya pujian tu buat orang lain lebih bersyukur dengan nikmat Allah selain
menjadi asbab semangat dalam mengukuhkan silaturahim.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Abu bakar secara
direct, “Semalaman Abu bakar bersamaku di Gua Thur, tidak ada satu amalanpun
penduduk dunia dapat tandingi beliau!”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Umar secara direct,
“Jika ada Nabi lagi selepas aku, Umar lah orangnya yang paling layak”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Usman secara direct,
“Jika dibenarkan poligami bersama adik beradik, aku akan benarkan semua anak
perempuan aku kahwin dengan Usman”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Ali secara direct,
“Jika aku gedung ilmu, saidina Ali lah pintunya”.
Di tempat lain, banyak jugak Nabi puji sahabat secara tidak
direct.
Contoh bila lalu seorang lelaki, Nabi bagitahu, "jika
nak tengok ahli shurga, itulah orangnya."
Contoh lain bila ada orang tanya soalan agama, lepas orang
tu balik nabi cakap lebih kurang maksud, "jika orang tu amal tanpa tambah
apa yang aku cakap, dialah ahli shurga."
Kadang kadang lepas perang, ketika mengurus mayat, Nabi akan
memuji mayat akan darjat darjat mereka.
Contoh lain dari Buznama A bila aku takde tempat kejadian,
“bagus Hamka tu, jika tak kahwin lagi, aku jadikan dia menantu,(Buznama B yang
cerita kat aku-woha!)
Kesimpulan
- Jika buat amal, jangan berniat mendapat pujian, kerana ia akan mensia siakan amal, lepas buat amal, jika orang puji jangan tinggalkan amal kerana siapa yang meninggalkan amal takut orang puji, itulah riak, dan siapa buat amal dengan mengharapkan pujian, itulah syirik!
- Jika nak memuji sebaiknya korang kenal benar dengan orang yang dipuji, takut dia riak takkabur pun susah jugak.
- Dalam bab ilmu hidup, manusia dahagakan pujian, anak anak, pekerja, isteri, jiran dan siapa sahaja, memerlukan pujian untuk menjadi asbab lebih bersemangat, so puji jer anak korang yang rajin, bini korang yang setia dan pekerja korang yang tekun. Isteripun, tak salah puji suami di ranjang-woha!
- jangan puji melampau sampai tahap memuja, elok benar simbah tanah ke muka, contoh, “jika sehari aku tak baca buku kau Hamka, aku akan mati,” Nampak jelas bengong dan syirik! elok mampos baham tanah!
- Pastikan peratus pujian korang kepada Allah, lebih dari pujian korang kepada manusia, jika korang dapati korang lebih banyak memuji manusia daripada Allah, berdiam diri lebih baik.
- Jangan puji orang yang orang benci depan orang yang benci tadi, faham tak? Maksud aku, jika bercakap dengan orang Pas, jangan puji Umno, nanti mereka akan buat dosa (mengumpat, mengamuk dan merusuh) sama jugak orang Pas, jangan puji DAP depan orang UMNO, nanti mereka jugak akan buat dosa yang sama seperti kamu. Woha!
- Orang melayu dulu, jika suka: diam, dan jika tak suka: Mengumpat atau mengutuk, kita tukar cara cara islam, jika suka: puji, jika tak suka: diam.(ini sunnah Nabi Muhammad SAW yang di riwayatkan dari isteri baginda)
- Jika ada orang islam sedang dihina, diumpat, di keji, dan korang berada di tempat kejadian, maka selamatkanlah maruah orang itu dengan memujinya (tafsir hadith riwayat Abu daud dari Jabir bin Abdullah)
- Apabila membayar hutang, bayarlah bersama pujian”. (ringkasan hadith riwayat Nasai dari Abdullah Abu Rafiah)
- Hadith yang orang UMNO suka quote: Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka dia tidak akan bersyukur kepada Allah(riwayat tarmizi), korang tafsir sendiri dengan ustaz pilihan korang. Atau Bahasa mudah, bila bersyukur, memujilah. Jangan mencela, nanti jadi kufur nikmat dan azab Allah pedih untuk orang kufur nikmat.
- Jika tak nak puji orang selepas menerima pertolongan, memadai dengan ucapan “jazakallahu Khairan”, ringkasan Hadith riwayat Usamah bin Zaid.
- Berhati hatilah dalam memberi kritikan, dan bermurah hatilah dengan member pujian, (Penulis Barat, Dale Carnegie)
- Jika nak puji depan atau belakang, jangan puji dengan niat supaya orang tu kembang lubang hidung, (riak), tapi pujilah dengan niat supaya orang lain dapat manfaat dari pujian tadi, contoh: “Kedai ali tu bagus, barang murah dan berkualiti” pujian macam ni tersangatlah boleh pahala sebab orang lain akan dapat manfaat dari pujian ini dengan pergi kedai ali, contoh lain, saya suka semua buku hamka keretamayat kerana.., korang sambung sendiri tapi pastikan niat korang kerana Allah dan agar orang lain dapat manfaat dari pujian itu. Eh, kenapa lubang hidung aku kembang semacam?
- Ada doa khas Nabi ajar kepada mereka yang menerima pujian, hujung entry aku tulis.
- Kata Maulana Buznama, lakukan amal dengan ikhlas dan jangan harap pujian, tapi jika ada yang memuji, jangan larang orang memuji anda, kerana pujian mereka akan mentup aib anda di akhirat.
OK, habis sampai sini, dah panjang sangat dah ni, karang ada
yang kena kutuk, ok, sila rujuk ustaz ulamak untuk pencerahan yang lebih baik,
kita habiskan cerita bab puji pujian di sini…, akhir kata: pujian ikhlas dari
aku Kepada korang semua yang beli dan baca buku keretamayat:
“Korang semua memang awesome!-Woha!”
Ps: Oh lupa tentang doa khas no 14 tadi, begini lafaznya Doa
menerima pujian- Riwayat Abi Syaibah: Ya Allah, janganlah kamu mengapa-apakanku
kerana apa yang disebut oleh mereka(pujian), dan ampunkankan daku berkaitan
perkara yang mereka tidak ketahui (dosa),jadikanlah daku lebih baik dari apa
yang mereka sangkakan. Amin.
(jika korang rasa artikel ini bagus, boleh like dan share
sambil kagum dari jauh!-woha sekali lagi!)
Jan 3, 2017
Sombong masuk neraka, apa itu Sombong?
(Satu hari di laman Whatsapp)
“salam tuan, ada apa apa nasihat hari ini?”
"Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam
hatinya secebis kesombongan".
“hadiskah?”
“ya, hadis riwayat Muslim”
“setahu saya, tak masuk syurga jika syirik, sombong ni
syirik jugak kah?”
“ya, sombong adalah cabang syirik kerana anggap diri lebih
mulia dari orang lain, macam syaitan yang sombong dengan Nabi adam, akhirnya dilaknat
oleh Allah”
“itu satu hadis, ada hadis lain berkenaan sombong masuk
neraka?”
“ada, Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda : "
Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab
: "Tentu wahai Rasulullah" , lalu baginda berkata : "Penghuni
neraka adalah orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati, lagi sombong
perangainya".
“hadis riwayat siapa ni?”
“Bukhari dan Muslim”
“itu dalil hadis, dalil Al quran ada?”
“Allah berfirman:"dikatakan kepada mereka : Masukilah
pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya;
maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka
Jahanam". - surah al-Zumar ayat 72”
“jadi sombong masuk neraka sama macam syirik?”
“ya, Firman Allah: "Dan janganlah engkau memalingkan
mukamu kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak
sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong ,
takbur lagi membanggakan diri". - surah al-Luqman ayat 18”
“Boleh terang apa maksud sombong?”
“Sombong adalah sifat iblis, menolak kebenaran manusia lebih
sempurna dan merendahkan Nabi adam kerana dibuat dari tanah”
“ada dalil?”
“dalam satu hadis, apabila Nabi bagitahu tidak masuk syurga
orang yang sombong, maka seorang sahabat bertanya: "Ya Rasulullah,
sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus".
Rasulullah s.a.w menjawab : "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai
keindahan. Yang dimaksudkan kesombongan
itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain". - hadis
riwayat Muslim.”
“jadi jika kita menolak kebenaran dan merendahkan orang
lain, kita akan masuk neraka?”
“itulah yang dilakukan iblis, dan Allah telah ceritakan
akibatnya:, kata iblis: "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Aku dijadikan
daripada api sedangkan dia dijadikan daripada tanah". - surah al-A'raf ayat 11-12, dalam surah al baqarah ayat 34 pula:
"Ketika kami berfirman kepada para para malaikat, sujudlah kamu kepada
Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Ia enggan dan takbur dan adalah ia
termasuk dalam golongan orang yang kafir"
“tak sempat nak tanya dalil, semua dah nyatakan terus”
“Tapi inilah yang berlaku dalam hidup kita, apabila ada
orang menyampaikan kebenaran, kita menolak dan merendah rendahkan mereka”
“betul, dalam internet, bila ada isu semasa, dan ada orang
bagi pencerahan, terus di tolak dan dihina, malahan ustaz pun ada yang sanggup
tolak dan hina sedang dalil sudah jelas di depan mata”
“jadi ukurlah baju badan sendiri, sejauh mana kita bertindak
sewaktu berhadapan dengan kebenaran, jika kita menolak dan merendahkan orang
lain, maka kita telah mengikut jejak langkah iblis”
“insaf sudah, lepas ni nak jawab apa apa isu dalam facebook,
kena fikir sebelum tulis, sebab jika ada unsur menolak kebenaran dan
merendahkan orang lain, ke nerakalah kita”
“Nauzubillah, jika
umur panjang, anak cucu kita akan baca balik apa yang ayah dan datuk mereka
tulis, malu mereka jika jumpa tulisan ayah mereka yang menolak kebenaran dan
merendahkan orang lain”
“Itu di dunia, bila mati, apa yang kita tulis ni akan
dibentang balik di padang mahsyar, semua tulisan kita akan di hisab”
“Insaf tuan, hati hati dalam menulis lepas ini”
“sama sama insaf, semoga kita dijauhkan dari sombong walau
secebis”
“tangguh whatsapp dengan tasbih kafarah”
Ps: Jika suka tanya dalil, dan bila sipenyampai gagal bagi dalil terus dihina pun adalah termasuk sifat tercela, rajinkan diri menyisat dan bertanya pada ahli, jika tidak tahu, diam adalah lebih baik.
Ps: Kepada semua pembaca, jika tulisan aku ada yang salah,
tegurlah, di buku, di blog, di FB, di Insta, di Twitter, semua ada ruang komen,
insyaallah, akan dibaca semua komen, terima kasih atas teguran membina dari
anda semua, semoga kita dijauhkan dari sombong walau secebis. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)