Dec 28, 2016

Bagaimana halau Jin merasuk?

(Baca buku kongsi ilmu, jika salah tolong bagitahu)

muka surat terakhir buku itu.
Ada sorang hamba Allah dari Kemaman bagi aku hadiah sebuah buku fotostat, tajuk buku itu adalah: “Membantu JIN keluar dari jasad manusia”

Buku tu sebahagian tulisan tangan, dan sebahagian tulisan bercetak computer, di hujung buku di tulis nama penulis iaitu: Cikgu Lah, Ahli Jemaah masjid Tok dor, Besut Terengganu.

Di situ di tulis pula tulisan tangan: Disemak oleh Ustaz Lokman Besut. Dan di bawah ada nama guru: Nik Ismail Jusoh Jakim Malaysia.

Buku ni dah koyak dan ada anak aku buat conteng bahagian belakang, jadi lepas baca aku rasa patut aku share isi dalam buku ini semoga boleh menambah ilmu korang semua atau sedikit sebanyak dapat membantu dalam masalah di ganggu jin.

Di dalam buku ada catatan ringkas kisah penulis merawat pesakit menghalau jin Hulubalang, Jin Mustafa, Jin selendang kuning, jin tok bomoh, jin Kristian, dan jin laut.

Oleh sebab panjang sangat, aku tulis isi dalam buku itu di sini dalam bentuk poin termasuk tambahan dari perbincangan dengan ustaz beberapa ilmu berkaitan jin. Semoga mendatangkan kebaikan pada manusia dan jin.

Berikut beberapa fakta tentang JIN, betulkan jika aku tersalah tulis.

  1. Allah menciptakan jin dari nyalaan api. (Ar Rahman: 15)
  2. Azazil adalah bangsa jin yang telah dilaknat kerana enggan sujud pada Nabi adam dan diberi nama Iblis.
  3. Dulu Azazil ketua malaikat, tapi sombong nak mampus. Ada dalam hadis bagitahu: Tidak masuk syurga orang yang ada sifat sombong.
  4. Ehsan Allah SWT kepada  Iblis yang pernah patuh kepada perintah-Nya dahulu, maka Allah memberi tangguh akan ajalnya si Iblis, supaya Iblis dapat hidup hingga ke hari kiamat. (rujuk Surah Al-Kahfi)
  5. Iblis bersumpah akan sesatkan anak cucu Nabi adam, maka kewujudan iblis adalah ujian kepada manusia.
  6. Dalam al quran, ciptaan Allah ada pasangan, seperti malam dan siang, langit dan bumi, manakala dari segi ciptaan untuk beribadat dan diuji, adalah jin dan manusia.
  7. Taraf Jin di bawah manusia sebab manusia sebaik baik kejadian dan dilantik sebagai khalifah atas muka bumi.
  8. Jin ada pelbagai bangsa dan pelbagai kepercayaan, seperti manusia juga. Jika manusia ada yang muslim dan ada yang kafir. Jin pun ada yang muslim dan ada yang kafir. firman Allah:“sesungguhnya golongan jin ada yang beriman dan beramal soleh dan menempuh jalan yang berbeza beza” (Surah Al-Jin: 11 )
  9. Kata Buznama, jika manusia 4 bilion, jin ada 36 bilon, jin duduk dibumi, air, dan udara. Ada macam macam bentuk. Ada yang bersayap, ada yang berbentuk seperti ular dan anjing, dan ada yang boleh bertukar bentuk dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
  10. Nabi sulaiman diberi kuasa memerintah Jin, (Al Quran, Surah Saba’: 12 )-hanya Nabi Sulaiman boleh bela jin, kita tak boleh ikut cara Sulaiman. Bomoh salah sebab ambik kerja nabi sulaiman,
  11. Syaitan pula adalah anak cucu iblis, kerjanya menhasut manusia dan jin, syaitan boleh masuk ikut saluran darah. Firman Allah SWT: Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Surah Al-Baqarah: 169)
  12. Selain menghasut, syaitan juga Memberi Janji dan Angan-angan Kosong. (Surah An-Nisa: 120)
  13. Syaitan juga adalah label. Syaitan boleh jadi jin, boleh jadi juga manusia. Yang mana jika ada jin atau manusia yang menyuruh melakukan kejahatan maka itu adalah syaitan yang nyata. (Surah Al-Baqarah: 208)
  14. Manusia pun ada yang Syaitan Juga: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan manusia dan jin, (Surah Al-Anam: 112)
  15. Jin tidak boleh melihat malaikat tapi boleh melihat manusia.
  16. Manusia tidak boleh melihat jin dan syaitan.
  17. Syaitan dan Jin tidak boleh menyamar menjadi Nabi.
  18. Allah s.w.t. menjadikan manusia dan jin untuk menyembahnya demi kebaikan manusia dan jin di dunia dan di akhirat.Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahku.”
  19. Qarin sejenis jin jahat atau syaitan yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Semua manusia mempunyal qarin sama ada nabi atau orang yang alim. Gangguan hanyalah dalam bentuk bisikan jahat.
  20. Iblis mengusai qarin, dan qarin serta nafsu menggoda manusia.
  21. Kerana itulah sebaik anak lahir,terus di azankan kerana azan adalah dakwah sempurna yang ditakuti qarin.
  22. Ifrit pula ialah nama bagi segolongan jin yang di antara mereka diberi kekuatan dan kepintaran dan pernah bekerja dengan Nabi Sulaiman.
  23. Nabi Muhamamd SAW pernah menangkap Ifrit yang cuba menggangu nabi bersolat, dan melepaskannya semula, bermakna menangkap jin dan simpan dalam botol adalah bukan Sunnah.
  24. Menjadi kesalahan dalam dunia jin jika menjelma dan ganggu manusia.
  25. Boleh bunuh jin yang menyamar menjadi Ular atau lain-lain makhluk setelah di beri peringatan atau azan tapi tidak melarikan diri.
  26. Jin yang merasuk manusia, apabila disakiti manusia itu akan turut merasa sakit.
  27. Jin tidak suka meresap dalam badan manusia, sebab terpaksa menaggung risiko, boleh merasai sakit, dan boleh di bunuh, jin merasuk kerana ada campur tangan manusia. “sesungguhnya ada segolongan lelaki manusia yang meminta pertolongan dengan segolongan jin, makan jin menambahkan kesesatan dan dosa”
  28. Jin juga akan masuk neraka macam manusia jika tidak mahu berfikir: Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi jahanam itu beberapa banyak daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang yang lalai.”
  29. Bagi yang nak halau jin merasuk, sila buat dengan niat ikram, dan khidmat, jangan harap upah.
  30. Jika pesakit sedar, Suruh pesakit baca al quran atau zikir.
  31. Sewaktu baca quran, Bila badan pesakit begegar, tanda jin tidak selsa, maka terus dakwah jin pada iman. Dakwah juga tentang perjanjian dengan nabi sulaiman.
  32. Jika jin kafir islamkan, jika jin islam, Taskil jin dakwah kaumnya dan suruh jin berjanji tak resap badan manusia lagi.
  33. Dakwah macam nabi musa dakwah firaun, dakwah lemah lembut dan hikmah. Dakwah jin pada kebesaran Allah, pada iman, dan suruh jin berdakwah pada kaumnya.
  34. Dakwah dalam masa 1 jam. Gosok ibu jari kaki kiri, azan di teliga pesakit, dan iqamat di telinga satu lagi. Jika degil, mandikan dengan air sejuk, sambil mengaji.
  35. Jika belum sembuh, buat lagi dan lagi. Pesan pesakit suruh Jaga solat Jemaah, jaga zikir 300 pagi petang, mimun air yasin, mandi sambil baca ayat kursi.
  36. Jika mampu, Pesakit baca 70 kali ayat kursi, habis baca ambil sebuku garam ,letak di lidah dan masuk dalam air, minum air itu, ulang sampai sembuh.
  37. Solat hajat 12 rakaat minta Allah sembuhkan pesakit, pesakit kena buat jika sedar.
  38. Ayat al-Kursi dan ayat di akhir surah al-Baqarah (Aamanarrasul) boleh guna sebagai pendiding dari gangguan jin jahat.
  39. Dalam al-Quran cerita jin kafir masuk islam dengar Nabi mengaji, maka orang yang dirasuk perlu didengarkan ayat Al quran.( rujuk Surah al-Jinn ayat 13 dan Surah al-Ahqaaf ayat 29)
  40. Ingatkan jin yang merasuk dengan penjanjian nabi sulaiman:“aku peringatkan kamu dan golongan kamu dengan sumpah dan janji kamu dengan Nabi sulaiman a.s itu kamu tidak boleh menzahirkan diri dan menyakitkan seseorang.
  41. Perjanjian dengan Nabi sulaiman boleh mebatalkan segala perjanjinan jin dengan bonoh, mereka boleh kembali ke alam mereka dengan aman.
  42. Jika ingkar, mengikut terma, mereka boleh dibunuh, dan dicampak ke dalam laut.
  43. Dialog yang biasa: Kamu ni nama apa? Islam ke? Cuba mengucap? Tahu janji nabi sulaiman? Keluar dari jasad ini, dan pergi belajar dakwah dengan maulana mustaqim di Nidzamudeen  india.
  44. Kita bantu jin keluar bukan nak seksa mereka, bila keluar mereka tak ganggu lagi sebab teringat perjanjian dengan nabi sulaiman.
  45. Bersyukur bila sembuh dan bersabar jika tak sembuh.
  1. Pesan ustaz, Lepas jin keluar, elok pesakit hantar ke hospital, jumpa pakar saraf dan pakar jiwa.
SEKIAN.

Ps: jika ada fakta atau ilmu tambahan, boleh share dekat komen, nanti aku update list jika bersesuaian. Terima kasih.



7 comments:

keretamayat.blogspot.my said...

terima kasih atas info...santai, padat dan bermanfaat.

keretamayat.blogspot.my said...

terima kasih atas info.santai, berinfo dan bermanfaat

Anonymous said...

Salam..

Kita selalu lihat golongan jin difitnah. Contoh :- nampak kain telekung di ampaian kita tak selidik betul terus kita kata hantu. (Orang islam yang tak percaya hantu akan kata jin - maka jin juga yang dapat nama buruk (kena fitnah). Jadi, bagaimana kita nak tahu fakta2 di atas adalah bukan fitnah terhadap kaum jin?

Fadzly

Anonymous said...

Assalam

Ustaz Kubang Bujuk beritahu disihir itu sunnah.
Nabi saw sendiri pernah disihir. Oleh itu, jangan bersedih atau takut apabila tahu disihir kerana ia adalah sunnah. Ganjaran sunnah akhir zaman seumpama mati syahid. Ikhtiar orang yang nak menyihir Allah izin, ikhtiar orang yang nak buang sihir, insyallah Allah izin.

Life is a joke

2 thumbs up bro.
0003

P/S: Doa itu senjata orang mukmin
Doa orang teraniya itu makbul
Bila kita tahu disihir maknanya kita dianiya
Mintalah apa saja nak minta dengan ihtisab (yakin dengan janji Rabb)

Aku Bukan Ustaz said...

"(akan disesatkan Iblis) kecuali hamba hamba Engkau (Allah swt) dr klgn mrk (anak keturunan / zuriat Nabi Adam a.s.) yg ikhlas." 15:40.

"Sesungguhnya dia (syaitan itu), tiadalah bgnya kekuasaannya ke atas org org yg beriman dan bertawakkal kpd Tuhan mrk." 16:99.

Antara amalan org org soleh termasuklah 11 ayat dr Surah Al Baqarah (1-5, 255-257, 284-286) di samping 3 Qul, seeloknya setiap lepas solat, selain zikir zikir lazim, mudah mudahan terjauh dr segala gangguan.

Hamka Kereta Mayat said...

Blogger keretamayat.blogspot.my:

kenapa guna nama blog sama macam aku? Pening tengok bila jawab nanti, huhuhu

Fadzly

Ada orang bila jahat salahkan jin, adohai..

Khalid:

perggh, disihir itu Sunnah- deep nih

Aku Bukan Ustaz :

terima kasih atas perkongsian.

Anonymous said...

Assalammualaikum

Jarang didedahkan info macam ni. Alhamdulillah.