Dec 5, 2016

Kenapa tak boleh fikir Zat Allah?

(Semalam memandu dari rumah mertua, anak bertanya soalan KBAT, Kemahiran berfikir Aras Tinggi)

“Ayah, kenapa kita tak boleh fikir tentang zat Allah?”

“Anakku, sebab zat Allah di luar kemampuan otak kita, boleh jadi gila jika nak fikir, Allah itu satu, tidak berawal dan tidak berakhir, dan tiada satu pun yang sama dengan-nYA”

“boleh terangkan KENAPA tak boleh nak fikir?”

“Sebab otak kita tak mampu, sebagai contoh, ayah pernah di tanya orang kafir, soalannya: Boleh tak Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya?”

“boleh”

“Bolehkah Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi”

“err, boleh, tapi tak boleh, eh boleh? Eh? Mustahil. Eh?”

“itulah paradox anakku, tidak berawal dan tidak berakhir adalah cabang kepada paradox yang otak manusia tak mampu nak fikir, tidak beranak dan tidak diperanakkan adalah cabang kepada paradox yang otak manusia tak mampu nak fikir namun jika kita mahu guna otak kita, mustahil pedang dan perisai tadi dapat duduk setempat, otak kita tak ada ruang untuk wujudkan keadaan pedang paling tajam boleh potong apa sahaja dan perisai paling kuat sehingga tak boleh di potong oleh pedang tajam tadi berada setempat, jadi rupanya, pedang yang paling tajam dan perisai paling kuat rupanya adalah unsur yang sama, mereka tak boleh dipisahkan, ianya hanya ada satu sahaja, jadi cuba bayangkan bentuk pedang yang paling tajam dan  perisai yang paling kuat sebagai satu objek yang sama”

“err, tak mampu nak dibayangkan, bentuknya berubah rubah”

“tengok, nak bayangkan bentuk pedang dan bentuk perisai jika keduanya objek yang samapun tak boleh nak di bayangkan padahal kita tahu bentuk pedang dan perisai, apatah lagi nak dibayangkan zat Allah yang tidak berawal dan berakhir, tidak beranak dan diperanakkan, LAGILAH otak kita tak mampu nak bayangkan atau fikir, sebab tu Nabi larang fikit tentang zat Allah, sebab ia boleh mudaratkan otak, faham?”

“faham ayah, ada satu soalan lagi, Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk Allah?”

“anakku, jika ayah tanya, boleh tak seorang Raja yang paling berkuasa pakai mahkota yang dibuat dari tahik?”

“err, boleh tapi Raja tak akan buat”

“sebab?”

“perbuatan itu menghina Raja”

“Pandai, Jadi soalan tadi, bukan isu boleh buat atau tak sebab Allah boleh buat apa sahaja, tapi Allah tak akan buat perkara yang menghina dirinya sendiri”

“ya betul, dalam kelas ada kawan tanya, Allah boleh tak jadi dua? Pening nak jawab, sebab jika jawab boleh, nanti akan jadi dua Tuhan, jika jawab tak boleh, seolah-olah Allah itu lemah, padahal Allah Maha berkuasa, dan salah satu tanda kuasa, adalah tidak menghina dirinya sendiri, saya faham ayah jika orang tanya lepas ni, terima kasih”

“satu lagi anakkku, Apabila ada orang yang sengaja nak rosakkan akidah dengan bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian untuk tujuan menghina Allah,maka  “boleh” di dalam soalan itu telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti soalan tadi, bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan Allah sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk...

Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang kita fikir, Allah boleh melihat tanpa cahaya, dan boleh melihat masa depan, dan masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah.
Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah?.. sebenarnya sudah salah, kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, Allah punya ‘boleh’: simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi.., ini yang akal tak boleh terima. oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat jawapan yang betul jika soalan sudah salah? Setakat soalan salah, semua orang gila boleh tanya soalan yang salah, orang jahil apatah lagi-Woha!”

“terima kasih ayah”

“sama sama, semoga Allah bagi kita faham sampai syurga”


“Amin”

9 comments:

Anonymous said...

dalam bab akidah ahlisunnahwaljamaah dah wariskan ilmu bab ni..

yg terpaksa terima terhukum tertunduk dgn sifat jaiz bagi Allah itu ialah makhluk,bukan Allah sendiri..

wujud manusia itu kan hanya wujud idhofi..
wujud Allah itu wujud dzati..

jadi ketika kita lihat wujudnya keadaan seseorg yg x boleh angkat batu sebesar rumah atau jikapun kita nampak dia boleh angkat batu sebesar rumah,x nampakkah kita akan kebesaran Allah melakukan "boleh" dan "x boleh" ketika tu?apakah bila kita nampak seseorang boleh angkat batu sebesar rumah je baru kita nampak kebesaran Allah?

dalam bab tesauf ada perinciannya..tapi tesauf org x bincang secara terbuka sangat..lg pun soklan ni popular kat mainstream je..kat tesauf x popular soklan2 gini..

Harun Ismail said...

Ayat2 Al-Qur'an tentang zat Allah adalah perkara mutasyabihat. Beriman dengannya adalah wajib. Dari apa yang saya faham, terdapat tiga pendekatan yang digunakan oleh ulama-ulama sunnah untuk menerima pemahaman tentang zat Allah.

1) Kaedah tafwidh. Yakni menyerah sepenuhnya makna tersebut kepada Allah; tanpa isbat atau takwil. Contohnya Allah bersemayam di atas arasy. Bagaimana keadaan zat Allah yang bersemayam di atas arasy itu? Wallahu a'lam. Serahkan makna itu kepada Allah, hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Namun beriman dengan itu adalah wajib kerana Dia sendiri yang menyatakan begitu. Kaedah ini mengakui keterbatasan akal manusia tapi berbalik jua kepada akidah asal yakni Allah sama sekali tidak serupa dengan makhluk.

2) Kaedah isbat. Yakni menerima makna zahir ayat tapi menafikan keserupaan dengan makhluk. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah isbat dan nafi. Contohnya Allah bersemayam dia atas arasy. Ya! Sememangnya Allah bersemayam dia atas arasy (atau bersila lendik dalam bahasa melayu lama); kerana Dia sendiri yang menyatakan begitu. Bagaimana bersemayam itu? Wallahu a'lam. Serahkan makna itu kepada Allah, hanya Dia Yang Maha Mengetahui, yang pasti bersemayamnya Allah tidak sama bersemayam atau bersila lendiknya seorang raja di atas singgahsana. Tapi Dia menyatakan begitu, beriman dengannya adalah wajib. Kaedah ini sama juga mengakui keterbatasan akal manusia dalam memahami zat Allah tapi berbalik jua kepada akidah asal yakni Allah sama sekali tidak serupa dengan makhluk.

3) Kaedah takwil. Yakni mentakwilkan makna zahir ayat dan menafikan keserupaan dengan makhluk. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah nafi dan isbat. Contohnya Allah bersemayam dia atas arasy. Maksud bersemayam itu bukan bersemayam yang zahirnya, tapi menguasai arasy kerana Allah tidak sama dengan makhluk. Ayat itu adalah ayat mutasyabihat, mustahil Allah bersemayam seperti mahkluk-Nya seperti bersemayam seorang raja di atas singgahsana. Kaedah ini sama juga mengakui keterbatasan akal manusia dalam memahami zat Allah tapi berbalik jua kepada akidah asal yakni Allah sama sekali tidak serupa dengan makhluk.
Kesemua kaedah-kaedah ini berbalik kepada akidah yang asal yakni Allah sama sekali tidak serupa dengan makhluk. Wallahu a’lam.

hamka said...

Kesemua kaedah-kaedah ini berbalik kepada akidah yang asal yakni Allah sama sekali tidak serupa dengan makhluk. benar tuan!

Anonymous said...

nafi dan isbat bukan tepat kaedah dia gitu tuan..
kalo nafi dan isbat tu betul kaedah dia mana ada sekecil2 syubhat pun insyaAllah..sebab tu akidah ahlisunnah di panggil akidah tanzih,suci dari sekecil2 syubhat.lawannya jika ada syubhat maka wujudnya mujasimah musyabihah..bila ada sekecil2 syubhat ianya dah x dipanggil tanzih lagi..
walhal kaedah nafi dan isbat ni dah di lama benar di rumus oleh ulamak2 yg sanadnya sampai nabi saw..
nafi dan isbat ni ramai yg pakai reka2 je kaedah dia,nafi helmet akui Allah lepas tu ada yg tolak helmet..nafi vaksin akui Allah,lepas tu ada yg tolak vaksin,gitu ke kaedah dia..?Allah xda sekutu pun,nak nafi cara camne sesuatu yg memang x wujud?nafi dan isbat ni kaedah yg betul akan membawa diri kita condong kepada muraqabah dan musyahadah insyaAllah..
pape pun semoga baik2 saja kita semua akhirnya ye insyaAllah ye..

Aku Bukan Ustaz said...

Yg saya faham, memberi makna zahir ayat ayat mutashabihat, bukan cara fahaman kita aswj.
Beri makna zahir, kemudian nafi kesakmaan dgn makhluk tu cara yg difaham oleh pengikut pengikut ibnu taimiyah, ibnu qayyim, muhammad abdul wahhab. Tu yg ada yg mengatakan, "tuhan" ada muka tp tak sama dgn muka makhluk, ada tgn, tp tgn yg tak sama dgn tgn makhluk, duduk tp duduk tak sama dgn duduk makhluk.
Cara kita fahamkan ayat ayat mutashabihat tu,
1. Tafwidh, serah sepenuhnya kpd Allah swt. Ungkapan yg selalu kita baca, kata kata sahabat r.a. "Allah (swt) dan RasulNya (saw) lebih mengetahui", atau yg kita kita selalu sebut, WaAllahu'alam.
2. Takwil, cara ni kita taklid dgn para ulama'aswj, sbb kita kita ni tak alim nak tafsir atau takwil sendiri.

WaAllahua'lam.

Anonymous said...

alhamdulillah..
yg sedara "aku bukan ustat" kongsikan tu la kaedah tafwidh yg benar insyaAllah,kaedah tafwidh tanzih nama dia,kaedah tafwidh ahlisunnahwaljamaah yg sanadnya sampai kepada nabi saw,kaedah tafwidh yg bersih dari sekecil2 syubhat jika kita nak memilih tafwidh untuk ayat mutasyabihat insyaAllah..
lalu gitu je masa baca ayat mutasyabihat.. xda toleh2 dah..Allah Taala je yg tau..
ulamak dah rumus bab ni lama dah..yg jadi masalah ada yg nak rumus lagi sekali selepas ianya dah sekian lama dirumus..x mau merujuk pengalaman perjalan agama masing2 dengan apa yg dah dirumus..
amal kaedah nafi isbat yg celaru tanpa merujuk,barang dah siap diwariskan tapi x nak rujuk..
akhirnya yg syubhat pun tercampur aduk..
dah lama sangat dah ulamak rumus/tahkik kan,tinggal nak periksa balik je..
semoga kita x sombong dgn ilmu2 yg dah siap di waris hidang ye..
insyaAllah..

Aku Bukan Ustaz said...

Prinsip asas bab ni,
1. Jgn jadikan bgNya tanding tandingan (2:22),
2. Jgn jadikan bgNya misal misalan (16:74).
3. Tiada yg sekufu dgnNya suatu apa pun (112:4),
4. Tiada yg semisal dgnNya suatu apa pun (42:11).

Bg kita org melayu, bila kita kata keras kepala bukan kita maksudkan kepalanya keras, kepala org dewasa semua pun keras, tp kita maksudkan degil sikapnya.
Bila kita kata panjang akalnya, bukan kita maksud panjang otaknya, tp yg dimaksudkan, bnyk ideanya.
Begitu juga bnyk lg ungkapan ungkapan lainnya.
Begitulah juga dgn pemahaman Quran dan Hadis, kena mahir ilmu tafsir dan ilmu hadis, yg termasuk antaranya ilmu bahasa arab asal.
Kerana itu mudahnya bg kita kita yg tak alim ni, ikut ajer kaedah yg telah digariskan oleh ulama' ulama' aswj pendahulu kita, taklid ajer, cumanya jgnlah taklid buta pulak, kena tahulah jugak asas asasnya yg kita taklidkan tu, apa hujah hujahnya, barulah mantap dan yakin akan apa yg kita pegang dan yakinkan tu.

Kalau kita fahamkan secara zahir semata mata, tgn kita katakan tgn secara hakiki, tp tak sama dgn tgn makhluk, muka bermakna muka secara hakiki, tp tak sama dgn muka makhluk, mk sebenarnya kita telah memisalkan atau membuat perbandingan dgn sesuatu, yg kita tahu sifat bg tgn dan muka itu bgmn, mk ada pula yg membayang bayangkan mcm sotong ada tgn tp tgnnya tak sama dgn tgn kita, sungai ada muka tp muka sg tak sama dgn muka kita, begitulah seterusnya. Kerana itulah ulama' aswj kita menolak terus pemahaman sebegini, yg disebut tashbih dan tajsim. Ada pulak nanti yg membayangkan mcm zeus, raja jed, raja dewa dewa kayangan dsb.
SubhanaAllahi'ammayasifun !

Ulama' ulama' aswj pendahulu kita, puas dah ngaji, bincang, perah otak, semak kitab kitab sebelumnya, dan dah diselesaikan pun persoalan ni, mudahnya kita ikut jer, tak payah pening pening nak pikir balik, silap silap dek ego dan taksub kita tersesat pulak nanti. Cumanya jgnlah taklid buta, ngajilah sikit, pahamkan asas asasnya dan hujah hujahnya tu.


afifah said...

just wow. thanks for the explanation :D

hamka said...

deep belaka komen komen korang, huhuhu