Dec 25, 2013

Siapa Santa Clause? (short version)

(Nak buat apa apa amalan so call agama, rujuklah Nabi masing masing.., adohai..)


Anak aku tanya, kenapa kanak kanak agama kristian dapat hadiah dari Santa Clause? siapa Santa Clause? Siapa Pakcik berjanggut putih dan perut boroi yang menunggang kereta rusa dan bawak hadiah keliling dunia pada hari lahir Nabi isa?

Itu semua mitos wahai anak ku.., lain kali jika ada kawan ugama kristian yang bercerita tentang hari raya mereka, cuba korang tanya mereka.

Apa kena mengena Santa Clause dengan Nabi Isa? Sebab mereka sambut krismas sempena hari lahir Nabi Isa.., patutnya banyaklah cerita tentang Nabi Isa, tapi asyik cerita Santa Clause sajer, apa kaitannya?

Lepas tu Tanya lagi, kenapa nak kena ada pokok yang di gantung dengan lampu dan hadiah, ada dalam kitab ke? Atau suka suka?

Lepas tu kat pokok ada pulak salji palsu…, seolah olah Krismas tu kena beraya dalam salji..

Padahal Nabi Isa lahir kat negara yang panas, padang pasir, dan di bawah poko kurma! patut jika orang kristian nak sambut krismas, mereka kena hias dengan pokok kurma, barulah ada kaitan dengan Nabi isa punya hari lahir, atau jika susah nak dapat pokok kurma, guna pokok zaitun.., atau pokok kektus pun boleh…, masih ada unsur padang pasir..

Tapi tak!, seluruh dunia, bila nak rayakan krismas, mereka hias pokok fir dan salji palsu.., patut mereka jika nak beraya buatlah macam orang islam beraya, orang Islam Malaysia beraya dengan bakar lemang dan rendang, orang islam di India beraya dengan makan roti tempayan atau roti nan, orang islam di arab dengan Nasi kurma, dan lain lain.., tak salahpun nak beraya.., tapi ikutlah adat masing masing, kenapa nak kena hias pokok fir dan salji tiruan, kenapa hari krismas nak kena makan coklat?

Jika amalan itu Jesus yang buat, ok.., tapi tak.., itu amalan orang putih, kenapa nak ikut barat dalam semua hal?.., tak bestlah macam ni, nak beraya, ikutlah adat Malaysia, tak salah jika bakar lemang dan rendang pada hari krismas…, atau gantung kad raya pada pokok kelapa sawit hiasan, paderi tak marahlah.., Fatherpun akan ampunkan dosa., kan?

Dan satu lagi.. Santa Clause, juga tak sesuai pakai baju sejuk yang tebal dan bewarna merah di Negara Malaysia, panas!! kereta rusa juga tak sesuai, patut naik kereta lembu, baru ada ciri Melaysia, dan tak salah jika Santa Clause pakai baju cekak musang dan bersamping.., ho ho ho!

Arghh, sudahlah anak, jika korang tanya mereka, tentu mereka tak tahu nak jawab apa sebab amalan sambut krismas ni bukan amalan jesus, tapi lebih kepada bisnes, yang mana satu sistem merangsang ekonomi di mana belanja perlu dikeluarkan oleh ibu bapa untuk beli hadiah, hias rumah dan makan besar dengan alasan yang murni, lagipun musim salji, aktiviti jual beli agak slow, so, dengan adanya sambutan krismas, adalah alasan nak berbelanja.

Moral untuk kita orang islam, jika nak beraya, berayalah macam Nabi Muhammad saw, bukan ikut nafsu nak berlagak sesama jiran, adohai..

Akhir kata: sebarkan fakta sebenar mengenai Santa Clause, iaitu:

“jika Santa Clause benar-benar wujud dan sanggup hantar mainan kepada semua kanak kanak di seluruh dunia, maka Santa memerlukan 31 jam untuk menyempurnakan lawatan bagi keluasan dunia 212,030,000 batu (341,230,000 km) yang memerlukan kepantasan 6,650,000 batu per jam (10,700,000 km/h) atau bersamaaan 3,000 ganda kelajuan bunyi (nearly 200 times the speed of the Voyager 1 spacecraft, the fastest man made object).

Dan andaikan setiap kanak kanak menerima hadiah dengan anggaran purata dua pounds setiap seorang, maka kereta rusa perlu di isi dengan hadiah seberat 321,300 tons. Di ketahui, Seekor rusa hanya boleh menarik 300 pounds (140 kg) sahaja, maka Santa memerlukan 2.1 juta ekor rusa! Dan jumlah tenaga sebanyak 700 exajoules dapat dihasilkan untuk menggerakkan beban sebanyak itu, yang mana bersamaan 11.7 juta bom atom yang satu sahaja cukup untuk menghancurkan seluruh Hiroshima!!"

Woha!

Ps: Jangan selaki kali korang berani panggil ayah dengan gelaran “Santa” walaupun janggut ayah sudah putih dan perut memboroi… Ho Ho Ho!

19 comments:

Unknown said...

Ho ho ho, 1st time dapat komen first

Unknown said...

Itulah realiti hari ni, banyak pasaraya ada hiasan dan sambutan krismas

Anonymous said...

Ada siren amaran tsunami dkt telok cempedak ke hamka??

Anonymous said...

Ho, ho, ho!! (gelak Shin Chan)

Perayaan 25 disember tu pun bukannya tarikh lahir Nabi Isa tapi Winter Solstice. Tarikh lahir Nabi Isa a.s. yang sebenar jatuh pada hari yang dinamakan Thanksgiving.

Jadi Christmas yang dirayakan sekarang sebenarnya perayaan orang agnostik, Winter Solstis tetapi ditukar nama oleh pendita Nasrani di zaman Rom.

Dan tak semua orang yang merayakan Christmas percaya kepada Santa. Di Scandinavia tak ada Santa, tapi ada Krampus. Krampus ni rupa macam Santa sikit tapi bertanduk, dan kerjanya makan budak yang keluar main-main pada malam 25 Disember. Muahahahaha

Di USA pulak, golongan fundamentalis Kristian tak sambut Krismas kerana sebab yang Hamka cakap tu la. "Apa kena mengena dengan Jesus?"

Ok. Selamat bercuti semua

Anonymous said...

salam ustaz. maklumat ustat tak berapa tepat. tak semua chistian celebrate x-mas dengan salji/salji tiruan n pokok fir. di australia dorang tak sambut x-mas dengan salji pun. thousand of mat saleh kat phuket sambut x-mas tanpa dengan panas tepi pantai dan jet ski.malah russian celebrate x-mas on january 7th. dec 24th is nothing for them. no chrismas eve. maklumat salji dan pokok fir tu lebih kepada tipikal meleis banyak nonton tv malaysia kot ustaz?

Anonymous said...

pembetulan.
tanpa salji dan berpanaskan panas tepi pantai.

another big LOL mat saleh pun tahu santa claus is mythology fatasy. no big deal.

Anonymous said...

belajar ilmu akhiru zaman k. serius ianya agak deep!

Anonymous said...

nabi muhammad tak ajar para pengikut dia celebrate besday anniversary beliau dengan perarakan dijalanan. ini pun deep gak.

Unknown said...

wasabi detected !

hamka said...

hafiz masjid

wow! Hafiz lagi, masjid lagi, bangga aku!

----------
muhammad hatim

Adohai..

Anonymous said...

cinta nabi bagus...perarakan menyatakan cintakan nabi pon bagus tapi maksud tak cukup sampai...

kalau betul betul cintakan nabi apa kata masa perarakan tu semua beserban, kupiah, bersugi, berjangot... entah entah madu pon tak pernah rasa umur hidup. dan pastikan yang mana suka berarak tu tak miss puasa sunat hari isnin

kalau tak percaya tgk ler masa berarak.... apa ada, bersongkok, bersamping, unjangoted, misai melintang ada lah...

tang mana cintanya tu?

skit skit wasabi... klise!

Anonymous said...


Mayat seorang wanita bergama hindu kununnya diberikan penghormatan oleh parti sesat, dengan bangganya menutup mayat tersebut dengan bendera PAS dan seterusnya diarak beramai-ramai. Saksikan viedo klip dibawah ini;

http://www.youtube.com/watch?v=3WiFNcpwCg4

Anonymous said...

errr ada masalah ker? tolong terangkan apa masalahnya?

detective nie said...

hohoho.... informasi yg bagus.. tp nasihat pada semua, jgnlah kita hentam@kutuk orang cristian yg sambut krismas, kalau nk ckp, biar berhemah, jgn tengking2 or kutuk2.. nti orang kata org islam ni buruk perangai.. time crismas bg mereka adalah saat yg menggembirakan, tp dikata orang islam ni grumpy.. biar berhemah dalam berbicara..

kak tie said...

terimakasih atas ingatan...artikel tu dah lama letak,mula2 belajar berblog..x pandai nak amik sumber..seb baik Hamka inagtkan..x jemu belajar,ni ok dah sket...so akak dah letakkan sumber tu dari mana...maaf yer

Anonymous said...

Yang hairan banyak orang yang mengaku faham akidah tapi masih lagi ucap merry cr..mas. bila ditegur kata isu ini isu furuk. Aqidah ada khilaf ke?

hamka said...

detective nie

anda benar.

----------
Kak Tie

Ok, sama sama belajar

Shiba Hisham said...

321,300 pound hadiah dan seekor rusa boleh menarik lebih kurang 300 pound sahaja. makan kalau nak menarik 321,300 pound memerlukan 1071 ekor, bukannya 2.1 juta ekor. Harap maklum.

hamka said...

terima kasih Shiba :)