Dec 17, 2013
Pendakwah mati lemas?
( Tertib oh tertib, di tulis dalam keadaan tidak pakai baju tapi pakai seluar-pergi mampus pada diri sendiri!)
Soalan pembaca:
“Salam blogger otai, saya dah lama berdakwah di blog dan
Facebook macam abang, mula menulis sejak tahun 2008 lagi, malahan selalu share
ceramah ustaz-ustaz, slide slide yang menginsafkan, dan lagu lagu dakwah,
kartun islamik juga saya suka sebarkan, tujuan paling utama adalah untuk
menasihatkan diri sendiri dan orang lain. Tapi, siapa sangka... bukan semua
blog mendapat hati di kalangan pembaca. Lebih-lebih lagi blog yang membawa
mesej Islam. blog saya adalah blog agama yang terkebelakang dan sangat kurang
mendapat sambutan.
Saya pernah cuba kaedah uslub seperti peraduan yang
menawarkan hadiah-hadiah yang agak mewah untuk menarik pembaca, tapi sayangnya
peraduan itu langsung tidak mendapat sambutan. Saya sudah pun delete peraduan
itu supaya tidak lebih malu jika di baca bila sudah tua nanti.
Masalah saya sekarang, rasa sudah penat sangat berdakwah
melalui internet, walaupun follower saya sudah mencecah 2000+, tapi komen dan
like sangat sikit. Saya faham , bab-bab agama ini, ramai orang yang malas nak
ambik peduli. Kan?
Satu lagi, semakin kuat saya berdakwah, atau semakin banyak
saya share mesej islamik di FB, blog serta
whassapp, semakin lemah pula saya dalam beramal, contohnya, bila azan
berkumandang, saya boleh layan FB sedangkan lebih elok solat berjemaah, nampak
sangat saya memang seorang blogger yang gagal.
Jadi saya mahu minta nasihat blogger otai macam abang,
nasihatkan saya agar tidak berputus asa macam abang, selalu berdakwah dengan
idea yang gempak, macam abang."
Sekian.
JAWAPAN HAMKA KERETAMAYAT
Salam.
Baca soalan kau, terus aku teringat seorang hamba Allah ni,
yang mana selepas aku selesai bersolat asar di sebuah masjid…
(Eh? Macam baik sangat aku ni solat asar berjemaahpun nak tulis
kat blog- pergi mampus pada diri aku! Hampeh!)
Akupun pergi ketuk
satu pintu rumah hamba Allah dengan niat menghubungkan silaturahim, maka
keluarlah seorang lelaki yang tidak pakai baju tapi pakai seluar, marah kerana
datang berdakwah ke rumahnya, katanya, dia juga seorang pendakwah,
Aku berasa pelik.., apa tak boleh kah kita ajak orang yang
minat bola tengok bola? Kan? So kalau betul dia pendakwah pun, tak salah jika
bertemu dan berpisah kerana Allah.. Adohai..
Lalu katanya lagi, dia sekarang berdakwah melalui internet,
lebih berkesan berdakwah melalui internet kerana ramai pembaca, satu post
katanya, jumlah like mencecah ratusan orang, FB dakwah miliknya dah ada dua
ribu follower (banyak tu?). Berdakwah dari rumah macam ni, lambat sebab 5 minit
baru jumpa seorang, itupun belum tentu like. Katanya lagi.. Blog dakwah milik
beliau juga ramai pembaca, ada 900 lebih follower..
900 Folower? Ramainya.., kata aku buat buat kagum, (woha!)
ok fine, berdakwah melalui internet, tapi tak kanlah solat berjemaah pun kat
internet bang?..
Eh? entah entah, bro yang aku jumpa itu adalah orang yang
sama email bertanya soalan pada aku yang datang jumpa di rumahnya, kau ke bro? adohai..
Abaikan cerita Bro tadi kat situ, kita balik pada penanya
yang mempunyai ciri macam bro tadi,
Persoalan di sini adalah, ramai yang mengaku berdakwah, tapi
tidak mampu amal apa yang mereka sampaikan, (termasuk jugak aku, adohai..)
Ramai orang share mesej dakwah dalam FB, ada yang siang
malam wassapp tentang mesej dakwah tapi selamba lengahkan solat atau selamba
tinggal solat berjemaah (hanya menyebut beberapa contoh)
Di sini, kita semua kena sedia maklum bahawa, kejayaan
dakwah bukan di ukur dari berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan
dakwah adalah apabila kita dapat amal apa yang kita sampaikan.
Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi
Musa, akhirnya firaun tetap mati kapir, tapi Nabi Musa tetap termasuk orang
yang berjaya kerana (aku ulang) kejayaan dakwah bukan di ukur dari berapa ramai
orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita dapat amal apa
yang kita sampaikan.
“Ok bang, saya setuju, kejayaan dakwah bukan di ukur dari
berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita
dapat amal apa yang kita sampaikan…, Tapi bang, saya hari-hari berdakwah tapi
kenapa diri sendiri tak dapat amal apa yang saya sampaikan? Tak macam Nabi
Musa? Kenapa bang?”
(Tiba tiba jer muncul dalam minda emej bro tak pakai baju
tapi pakai seluar seolah bertanya soalan susulan)
Aku diam sekejap, pajam mata mencari ilham sambil berselawat
ke atas Nabi Muhammad SAW, sehinggalah tak lama kemudian, dahi aku mulai berpeluh..,
ketiak akupun berpeluh jugak, rupanya aku lupa on kipas.
Ok, serius sikit.
Pada pendapat aku yang hina, masalah pendakwah di internet
yang bersemangat share itu ini di blog atau FB tapi lemah dalam ibadat adalah
kerana..
Masalah tak ikut “tertib dalam agama”,
Kita sedia maklum, solat ada tertib Nabi, jika tak ikut
tertib Nabi dalam bersolat maka solat menjadi tidak sah walaupun sujud seratus
kali sampai koyak sejadah atau lebab dahi macam lutut kambing!, (rujuk rukun
13)
Puasapun ada tertib Nabi, tak akan sah puasa jika tak ikut
tertib Nabi, and go on, so, begitu juga dakwah, ada tertib yang ditunjukan oleh
Nabi kita,
Tapi kita dalam bab ibadat lain memang pandai ikut tertib
Nabi, tapi dalam bab dakwah kita guna tertib nafsu sendiri, itu yang jadi
masalah..
Maka wujudlah orang yang mampu berdakwah dengan share dan
tulis macam macam ilmu so call islamik, tapi bila azan berkumandang, nak solat
awal waktupun rasa malas.. hampeh!
Kekeliruan ini terjadi kerana berdakwah tak ikut tertib
Nabi…
(Aku tak kata salah korang nak berdakwah guna internet, tapi
yang salah jika tinggal tertib dakwah yang asal dan guna internet
semata-mata.., lainlah korang lumpuh atau kurang upaya, ni sihat jer aku
tengok, susah jugak tu. Adohai..)
Sebab tu aku (ehem, ehem) walaupun ada follower di blog ribu
ribu, follower di FB cecah puluh puluh ribu, ada lagu dakwah di youtube, ada
dua buah buku ala ala islamik( Kamar Sutera dan PYHKDJ) , dan macam macam lagi
produk.. tapi bila ustaz ajak berdakwah rumah ke rumah macam Nabi(ghast), aku paksa
diri untuk ikut, bila ustaz suruh aku ceramah di masjid, aku tekan nafsu dan
bagi ceramah(bayan), bila azan berkumandang, aku tinggal FB dan blog dan menuju ke
masjid.(Macam lah baik sangat aku ni solat berjemaah dan dakwah rumah ke
rumahpun nak tulis kat blog- pergi mampus pada diri aku! Hampeh sekali lagi!)
Jadi, fahamilah bahawa, dakwah juga sama macam ibadat lain,
ada tertib dan sunnah masing masing, mana boleh semborono hentam kromo dan perasan sudah sempurna dalam berdakwah?. adohai..
Dakwah yang korang buat di internet ni adalah termasuk
dakwah infradi, (tak salah pun) macam Nabi tolong bilal kisar gandum, itupun dakwah.., tapi
korang tak boleh jadikan cara ‘tolong orang kisar gandum’ sebagai scope dakwah
korang semata mata.., itu dah langgar tertib, sebab tu ada waktu nabi berdakwah jumpa orang dari rumah
ke rumah, ada waktu Nabi bagi ceramah, ada waktu Nabi berhijrah, ada waktu Nabi
suap makan pada orang yang kutuk dia, semua itu ada tertib tertib yang korang
kena faham betul betul, bukan asal share sahaja dah mengaku pendakwah agung..
Sedarlah kita bahawa, orang yang berdakwah tak ikut tertib,
sekali tengok, nampak macam bagus dengan
semangat mereka yang membara tapi kesannya tak sama,
Mereka di ibaratkan seperti orang yang lemas di bandingkan
dengan orang yang berenang, yang mana orang lemas pun menggerakkan tangan dan
kaki, orang berenangpun menggerakkan tangan dan kaki, malahan orang lemas,
pergerakan tangan dan kaki mereka dalam air lebih cepat dan kuat dari
pergerakan tangan dan kaki orang yang berenang, tapi beza besar adalah, mereka
mati lemas, manakala mereka yang menggerakkan tangan dan kaki mengikut TERTIB,
tak tenggelam dan mampu selamatkan orang lain pula yang berada dekat dengan
mereka.
Jadi berdakwahpun ada tertib Nabi bang, tak boleh nak
berdakwah guna nafsu sendiri, Berdakwahlah dengan mujahadah seperti yang
diceritakan dalam Al quran akan perihal Nabi dan Rasul berdakwah.., ker guaner?
Napok! (pinjam trademark UAI)
So nasihat aku kat brother yang bertanya, jika dah penat
berdakwah melalui internet, eloklah tu, cuba kau ikut macam brother Shiro dalam
Ustaz mu tunggu aku datang, belajar berdakwah cara Nabi dulu, dan lepas tu cuba
balik tulis blog, lain perasaan dan jazbah yang datang.., insyaAllah..
Akhir kata, jangan perasan diri kuat berdakwah jika tak ikut
tertib Nabi, sebab korang ibarat orang lemas, kuat melibas tangan dan kaki,
tapi makin tenggelam.., adohai..
Sampai sini sahaja abang keretemayat membebel, sebab hujan
makin lebat kat luar sana, dan paras air semakin naik mencecah buku lali, abang
nak alih keretamayat takut terendam dalam banjir.
Alamak, kat luar air dah makin dalam?, Alhamdulillah, abang
tahu tertib berenang…, insyaAllah
Sekian..
Ps: Aku mungkin pandai ‘berenang’, tapi nak selamatkan orang
lemas, mungkin aku tak mampu, Nampak sangat aku kena belajar tertib ‘berenang’
dengan lebih gigih dengan cara keluar jauh jauh dan lama lama, Insya-Allah.. pesan
pada diri sendiri.
Ps2: Menulislah dengan niat sebagai nota agama untuk dirujuk
DIRI SENDIRI, jika kita salah tulis, ada orang datang tegur, mereka akan dapat
pahala, dan jika betul apa yang ditulis kita, orang lain pun mendapat manfaat,
kita pula dapat pahala.
Ps3: Janganlah korang berputus asa dalam usaha menyelamatkan
manusia kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan
manusia, berdakwahlah dengan hikmah dan lemah lembut, sehingga ugama tersebar
atau kami terkorban! Chewah..
Ps4: Jika berdakwah di internet, tak payah nak kecoh sangat bang, ini agak deep, sila take note. adohai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 comments:
Assalam
Ya ker...1st.
Subhanallah...entri masterpiece!!!
Crying Fella
2 thumbs up bro.
nice one , pendekatan yg lebih lembut dari biasa =)
lame gua tggu lu punye pos bro =)
yah, KPI besar disitu!
bukan berapabanyak like atau komen, tapi berapa kuat kita amalkan apa yang dishare/sampaikan.
Pendakwah kena bnyk membaca kena belajar kena berilmu, memikir dan bermuhasabah diri. Juga kena bnyk bertahajjud, berzikir dan mentadabbur Al Quran dan Hadis utk bina kekuatan diri dan memujuk hati bila dtg ujian. Pendakwah bakal berdepan dgn bnyk ujian.
Solat fardhu pula, bg Muslimin, belum lg saya temui Hadis sahih Rasullullah saw solat fardhu yg lima waktu secara sendirian di rumah, waAllah'alam. Jika ada yg tahu, mungkin boleh kongsikan.
No 5
Hamka rumah ko tenggelam x?
setuju .. berdakwah kena semak nawaitu semula.. Lillahi Taala ke nak dptkan like manusia je ? kena muhasabah diri ni.. huhu..
Tertib dakwah betul cara Nabi SAW ialah harta tidak datang malahan habis digunakan untuk agama. Malam Nabi SAW wafat pun, rumah isteri Nabi SAW tidak ada minyak untuk nyalakan lampu. Rumah kekasih Allah. Rumah penghulu seluruh alam. Zaman Umar r.a bila harta melimpah ruah datang, maka Umar r.a menangis bagitau "wahai dunia, engkau telah ternafi dari diri Nabi SAW dan Abu Bakar r.a. Sekiranya engkau ini adalah satu kebaikan pasti ia telah datang di zaman Nabi SAW dan Abu Bakar r.a.
So, fikir2kanlah, boleh kata dakwah di internet ni dakwah yang tertib betul ke bila siap ada promosi buku untuk diri sendiri?
P/S:mcm hamka bagtau, nota untuk diri sendiri.
W.Alam
Aku memang tak pandai berenang, macamana nak selamat org lemas ? sendiri takut nak terjun dalam air banjir takut lemas, cuma berani naik jet ski saja...ini banjir sangat deep. sila take note.
To Anom 11:58;
You exactly right 100%.
Muga Allah beri kesedaran kepada kita semua...
Amin
Assalam
So, fikir2kanlah, boleh kata dakwah di internet ni dakwah yang tertib betul ke bila siap ada promosi buku untuk diri sendiri?
Promosi buku yang mengingatkan tentang Allah, kerana Allah dan hasil diguna pada jalan Allah...bukan untuk diri sendiri.
Tak percaya...tak perlah. Jangan kata tak ada yang beritahu, aku bakal saksi dia di akhirat. Insyallah.
Crying Fella.
sangat deep. ok take note & bookmark kat browser.
klau kita ikhlas berdakwah, Allah tak akan abaikan... tapi tang yang mengamalkan apa yg didakwah itulah yg dititikberatkan
macam tabligh tu ikut cara nabi kan..datang dakwah dr rumah ke rumah. abg hamka ni org tabligh ke.tp ada kwn sy x mengaku dia tabligh walaupun dikenali sebagai tabligh.kenapa dgn nama tabligh ni? apsal org tabligh sendiri malu nak mengaku dia tabligh? ke ada nama lain? mohon beri penjelasan.terima kasih.
To anon 4.32PM
Sbb dakwah ni tanggungjawab umat Islam, sbb tu xmo brand lain. Mau dibrand dengan nama "umat nabi"/"orang Islam"
Mengikut perumpamaan Hamka, klu ade golongan yg bangun tahajud tiap2 malam, xkn nk panggil orang/geng tahajud? hehe
Jadi sebagai latihan, jika nmpk orang berdakwah dr pintu ke pintu, gelabah la perkataan:
"Eh, umat nabi dtg ketuk pintu."
"orang Islam dh mai dh."
Supaya tertanam dlm ati, I shud do this also, bcoz its also my responsibility =)
Setakat ni yang berdakwah rumah ke rumah adalah Jemaah Tabligh. Kebanyakan mereka memang tidak mengaku tabligh kerana tak mahu ada jurang antara masyarakat. Tidak terlalu melampau untuk mengatakan jalan istiqamah untuk berdakwah pada zaman ini melalui tertib Jemaah Tabligh iaitu tertib Nabi S.A.W dan para Sahabat R.anhum.
Hamka... Post mu naik satu forum pas ler...
Bagus2,
Entry yg dinanti2kan.
baca blog ni memang dapat feel ajaran Islam sebenar. tak pilih ustaz ikut bendera hijau/biru. sentiasa bawa minda pembaca untuk 'back to basic'. terima kasih drebar kereta mayat.
sangat bagus entry ni..
tapi tang ni agak aku tak setuju bila kata "...pergi mampus pada diri aku! Hampeh!"
Tak baik kita doakan keburukan untuk diri kita sendiri.. Doakanlah seperti "mudah2an apa yg aku sebut ni mendatangkan keikhlasan dan istiqamah dalam beramal"
terima kasih ustaz hamka
bro hamka.. bila nak tulis psal politik lagi?? kasi panas skit blog ni...hehe
Jawab mana sempat..
--------------
Crying Fella
2 thumbs up back!
----------------
muhammad hatim
Perasan sibuk di musim banjir, adohai..
--------------
nazha anua
setuju: KPI :
bukan berapabanyak like atau komen, tapi berapa kuat kita amalkan apa yang dishare/sampaikan.
---------------
Nazir
(Solat fardhu pula, bg Muslimin, belum lg saya temui Hadis sahih Rasullullah saw solat fardhu yg lima waktu secara sendirian di rumah, waAllah'alam. Jika ada yg tahu, mungkin boleh kongsikan.)
Dalam Al quran ada ayat suruhan: rukuklah bersama orang yang rukuk, dan ada ayat suruhan: Makmurkan majid.
--------------
Anonymous
Hamka rumah ko tenggelam x?
Alhamdulillah, rumah aku tak naik air, kereta masih boleh bergerak depan rumah, tapi dalam rumah, air naik kepala - woha!
-------------
Makwe Kintan
huhu..
----------------
MUQARRABINZ
Ha ha, ini banjir sangat deep. sila take note.
--------------
Khairil Mazri
: )
------------
Amyruul Luqman
Yang penting niat kena betul dulu, baru Allah tunjuk cara..
------------
Robot Polis
Terima kasih.
--------------
Mohd Ammar
Tak di nafikan, ramai orang PAS suka baca blog ini, terima kasih.
--------------
yatie hussein
sama sma
------------
CWSB
Sebelum orang maki kita, biar kita maki diri sendiri terlebih dahulu, di maki diri sendiri, tak lah melenting sangat, adohai
-------------
MGDA
anytime
-----------
alamilah
politik? Ha ha ha ha
Ha ha! aku pon nak gelak...Hamka.... Politik... ha haaaaa!
Salam
Nice entry Hamka.
Assalam
Hamka,
Terkesang dengan entrimu ni, aku pergilah cari CD Ustaz Mu Tunggu Aku Datang...dengan anak perempuan aku yang teruja sangat nak tengok (cover line bapok).
Meleleh airmataku...Pieree Andrea memang khir!...ummumiat.
Ironiknya...
gambar rumah (tingkat atas) di belakang tempat Shiro sembang dengan UAI di pantai Batu Buruk...itulah teratak ambe. he..he..
Ada masa, jemputlah datang
Crying Fella
P/s: Jemaaahhhh....Al Ham Du..Lillah!
Disebabkan Hamka mempromote cite "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang", semalam terus aku cari DVD cite tu. Memang bestttt... Rasenya, itulah satu2nya filem melayu yang LANGSUNG TIADA PEREMPUAN DALAM CERITA TU. tabik pada Pirre Andre.
Best nye. buat ingatan..tq..
Pendakwah mati lemas?
( Tertib oh tertib, di tulis dalam keadaan tidak pakai baju tapi pakai seluar-pergi mampus pada diri sendiri!)
Soalan pembaca:
Sebenarnya yg tuanhamba cerita ni pasa diri tuanhamba sendiri ke????
dok mention tak pakai baju tp pakai seluar dari mula entry....
Crying Fella
Nora danish ambik wudhu kat rumah mu tak? He he
------------
Bakal Mayat Seri Kembangan
Boleh masuk dalam list, filem tanpa wanita yang aku cari selama ini..
----------
Siti Syawal
:)
----------
Anonymous
Saya jika nak beranang, tak suka pakai baju dan selipar..
Terima kaseh diatas maklumat tuan....opps..ni bukan dakwah...tp malumat..
Post a Comment