Jan 13, 2013

10 kisah tentang isu Kalimah Tuhan?


(Hamka, aku sokong ulamak yang benarkan orang kristian guna nama Allah dalam penerbitan mereka sebab beliau adalah ulamak, jika mahu berhujah, sila bagi dalil dan nas, bukan analogi tahap budak sekolah.)

Kisah satu.

Kisah ini di petik dari blog Shahabudeen Jalil, oleh sebab cerita beliau agak panjang maka aku ringkaskan cerita kisah beliau berkunjung di bandar Moscow dan melawat tempat-tempat bersejarah termasuklah sebuah gereja yang masyur di bandar Moscow yang dikenali “Christ His Savor Church”.

 Bila masuk ternampaklah lukisan orang tua beruban dan budak kecik yang dilukis di bawah kubah gereja tersebut . Bila di tanya pada sister di gereja gambar siapakah itu? Ringkas cerita, Lukisan lelaki tua adalah tuhan, dan budak kecik adalah Jesus.

Jawab SJ: “ tak mungkin orang tua itu Tuhan. Saya kata tak mungkin sebab Tuhan tak mungkin jadi tua macam ini. Tuhan tak mungkin jadi beruban macam ini.” Panjang lagi cerita, boleh baca di sini (klik sini)

Moral cerita: korang setuju ke jika pihak kristian nak samakan orang tua bermisai dan beruban ini dengan Allah?

Kisah dua.

Dari komen FB: Hamka, Pas kata boleh gune nama Allah di gereja sahaja, ini adalah kaedah berdakwah, mula mula mereka biasa dengan nama Allah, lama lama mereka akan suka pada islam.

Jawab aku:  kaedah da'wah zaman Nabi, ketuk pintu rumah orang kapir bagitahu Allah itu satu, bukan benarkan mereka tulis kalimah Allah bapa jesus dalam penerbitan mereka, adohai...

Kisah tiga.

Korang: Bang, mari dengar penerangan jelas dari Ustaz Azhar idrus, orang kafir boleh guna kalimah Allah.


Hamka: Aku setuju, eh? sikit sangat tu, seminit? mari aku tambah lagi 10 minit, siap dengan dalil dan hujah, jangan bimbang, ini bukan konpirasi umno; ustaz pas jugak.


Kisah empat.

Pernah dulu, ada orang yang sanggup bakar gereja sebab marah tentang isu kalimah Allah?, Nabi Muhammad SAW ada ajar macam tu ke? Akupun tak setuju orang kapir kata Nabi Isa itu anak Allah, tapi kita kena marah dengan berhikmah, tak perlu bakar membakar, tengok aku, sekarang aku pun sedang marah dengan perkara yang ala ala isu ni, iaitu ada orang guna nama keretamayat dan cari publisiti murahan…

Aku marah! Dulu ada orang buat “keretamayat.wordpress”, aku tak marah sangat, sebab beliau ada maklumkan pada aku, dan isi blog beliau hanya quote ayat Al quran, tak teruk sangat kesannya jika ada orang salah faham atau keliru dengan menyangka keretamayat wordpress itu aku, pun begitu, ada jugak orang email aku tanya, adakah keretamayat.blogspot dan keremayat wordpress adalah orang yang sama? Jawapannya tak.. (aku lebih hensem dan tinggi)

Lepas tu bila aku baca forum yang orang tulis pasal aku, mereka sangka aku adalah salah sorang dari forumer TKO (tranung kite online) sebab aku pernah juga jumpa orang yang guna nickname “keretamayat” dalam beberapa ruangan TKO.., maka penting di sini aku nak bagitahu korang bahawa, aku, jika bagi pendapat, hanya di sini, DI SINI! (di keretamayat.blogspot), atau dari emal keretamayat @gmail.com,

Oleh sebab itu jika korang ada terjumpa nama keretamayat selain di blog ini, yang kutuk kerajaan ke, kutuk sultan ke, kutuk penyu betelur ke, dah tentu itu bukan aku, itu adalah orang lain yang perasan unik atau lebih dramatik, ada agenda tersembunyi lalu sibuk nak guna nama aku sama macam orang kristian Malaysia yang sibuk nak guna nama Allah walaupun orang kristian Negara lain tak setuju sebab nampak macam hempeh sangat jika nak berkongsi tuhan...., dan itu cerita lain.

Tapi,

Korang boleh cakap, bukankah Allah itu tuhan semua orang?, eh, silap?., aku bukan nak cakap pasal isu ni, sambung balik.., korang boleh cakap, bukankah keretamayat itu, ‘kereta’ semua orang? Ikut suka merekalah nak guna nama kereta mayat? tak salahpun...

Yelah, keretamayat ke, papan keranda ke, lutut unta ke, kepala paip, hantu karipap ke dan semua benda boleh jer korang pakai, tapi bila dah keretamayat blogspot dah popular, maka mereka yang guna nama kereta mayat selepas aku polular, akan kelirukan pembaca blog popular ini yang setia, akan kelirukan ribuan follower blog popular ni.., itu yang hampeh…

Dan yang terkini, ada orang yang mengaku sebagai keremayat di facebook, dan lepas tu mengaku peminat Anuar Ibrahim yang sokong kalimah Allah untuk orang kapir, itu dah bertentangan dengan aku yang tak sokong mana mana pemimpin yang perasan unik, lepas tu boleh pulak keretamayat celup ni ulas isu BTN kat Facebook Anuar Ibrahim.., dan yang paling aku angin, keretamayat celup ni, guna logo sama macam logo blog aku, tengkorak biru, stereng dan tulisan, “semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya” Tak ke Hampeh?!

Lalu terus sahaja pembaca blog popular aku jadi keliru dan email aku yang polpular, apakah benar aku ni penyokong Anuar ibrahim? Aku cakap bila pulak aku buat link dengan ahli politik? Dan., arghh, ini yang aku cakap manusia ni mudah keliru.., sama macam nama Allah, jika orang kristian pakai dalam majalah mereka, dah tentu akan mengelirukan orang ramai., Allah bapa kepada jesus? keretamayat blog spot tak sokong Anuar Ibrahim, tapi kenapa keretamayat facebook sokong anuar Ibrahim?, kenapa keretamayat tranung kita sokong Haji Hadi..?

Dah! Cukup sampai sini, kemarahan aku dah sampai ke kemuncak, aku check keretamayat facebook itu dan aku tak jumpa nama beliau, yang aku jumpa hanya lokasi, iaitu di Raub, Pahang!

Ok, aku nak pergi Raub, ada 'kereta mayat' yang aku nak bakar kat sana!.

Woha!

Ps: Okey, kisah empat ini adalah petikan entry lama yang memaksa aku membuka FB keretamayat sebab tak nak orang menyamar sebagai aku. Adohai..

Kisah 5

MALAYSIA, sebuah blog yang dikenali sebagai www.keretamayat.blogspot.com kini sudah mempunyai akaun Facebook. Anda boleh ‘add as fan’ di (http://www.facebook.com/keretamayat).
Beliau yang pada mulanya enggan menggunakan Facebook kerana tidak suka terlibat dalam perkara ‘on line’ akhirnya akur apabila di desak oleh para peminat yang dahagakan kasih sayang beliau agar dapat kasih sayang itu, dicurahkan pada halaman facebook.

Hamka yang saya kenal pernah berkata bahawa Facebook itu adalah seperti api yang besar, manakala mereka yang melayani facebook adalah di ibaratkan seperti kelkatu, ini adalah kerana setiap hari ada sahaja bilangan ‘kelkatu’ yang akan bertambah bilangannya ‘mengorbankan masa’ pada ‘api facebook’. Oleh kerana api ini sangat besar maka telah ramai kakitangan kerajaan dan swasta telah terkorban sehingga menjejaskan prestasi Negara.

Walau bagaimanapun, Hamka hari ini juga telah bersetuju menjadi kelkatu apabila beliau sendiri sudah ada akaun Facebook yang seterusnya menukarkan dirinya kepada seekor kelkatu lalu terbang bersama mereka yang lain menuju api facebook.

Hamka, sewaktu di belanja teh tarik berkata, kejadian ini berlaku adalah berikutan tragedi penangkapan blogger aduka-teruna yang menghina Sultan, ditambah dengan kemunculan dua ekor kelkatu lain (setakat ini) yang menyamar menjadi keretamayat dan salah seorang darinya membuat komen tentang BTN di Facebook Anuar Ibrahim sedangkan kelkatu itu bukan Hamka.

“Ini bahaya, saya bukan keremayat facebook tu, mereka kelkatu yang menyamar, saya ada ‘tali pinggang’ ajaib yang lain sebelum bertukar menjadi Mask Rider Kelkatu”

Jawab Hamka ketika mengorek gigi di di sebuah restoran berjenama tempatan satu Malaysia.

Sebagai pentutup, Hamka yang tewas dan kalah dengan factor persekitaran itu, akhirnya akur lalu membuka facebook sebagai link utama keretamayat dalam menambahkan lagi empayar “nota ugama kepada diri sendiri” yang menjadi rujukan mereka yang suka membaca dan berfikir.

Semalam, (ada lagi, tadi dah penutup) Hamka ketika ditemui selepas solat isyak (gaya lelaki beriman di akhir zaman) yang enggan mengulas isu keremayat facebook kerana sedikit malu menjadi kelkatu telah berjaya dipujuk ke sebuah gerai mamak lalu dirasuah teh tarik akhirnya membuat satu anologi lain daripada ‘kelkatu dan api’ setelah bercakap dengan peminatnya iaitu:

“ Facebook ni aku akan tulis cerita pendek pendek seperti kisah laki bini, jawab soalan pendek dan falsafah bergmbar, manakala blog akan di tulis bahan bahan berilmiah dan beranologi tertentu sebagai nota kepada diri sendiri,”

 Sementara itu, menurut Hamka lagi, pembaca boleh meninggalkan komen sama ada di (blogspot), atau di (facebook). tapi, komen di blogspot tidak akan masuk facebook. Begitu juga, komen di facebook tidak akan masuk blogspot, maka bagi sesiapa yang sering gagal atau selalu ketinggalan menjadi ‘first comment’ di keretamayat blogspot, bolehlah mencuba nasib di keremayat fecebook.

Woha!

Ps: Kisah di atas adalah berita lama tentang FB keretamayat dan Sumber berita adalah bukan daripada Buznama.

Kisah enam

“Tapi Hamka, kat indonesia, kristian kat sana, mereka guna nama Allah, ok jerr.”

Ok kata kau?, kat Malaysia belum ada orang islam kahwin dengan orang kristian dan duduk sebumbung (setakat yang aku tahu), tapi kat sana dah lama berlaku.., (sumber Buznama) lepas tu lagi korang tak ingat tragedi Ambon? Tsunami,gempa bumi.., ganyang Malaysia, dan lain lain, kenapa nak ikut mereka?

Kisah tujuh

“Tapi Hamka, kasihanlah kat Pakcik Makcik di sabah sana sebab mereka dah lama guna nama Allah dalam urusan ugama mereka…:”

Mereka dah salah, kristian lain guna katanama ‘god’, tapi mereka guna kitab indonesia yang translate god kepada Allah, memang patut mereka dikasihani, sebab dah lama salah,

Jika mereka percaya warna langit adalah hijau, tak kan kita nak biar mereka dengan kejahilan?, kita kena bagitahu, warna langit adalah warna biru, kasihan anak cucu mereka, nampaknya kita kena bagitahu balik, (masa untuk berdakwah) bahawa Allah itu satu, Yang Tunggal, tidak beranak dan diperanakkan, bukannya ‘Tuhan Bapa’ akidah triniti.

Kisah lapan

“Tapi Hamka, takde pun dalam Al quran larang secara jelas?”

Dalam surah Al Zukruf jika di kaji, hukum guna nama Allah boleh jatuh kepada "harus", tapi dalam surah Al-ilkhas, Allah jelas bagitahu bahawa Allah adalah tidak sama dengan mana mana Tuhan, jadi walaupun hukum asalnya adalah harus, tapi pemerintah dan golongan ulamak patut melihat perkara ini dari segi kesan kepada masyarakat, yang mana dalam keadaan ummat sekarang ini yang mudah dikelirukan, hukum harus tadi boleh menjadi haram kerana apabila Nama Allah terukir pada salib, atau Bibble, atau kepala lembu atau ada filem mencarut dengan nama Allah, maka ini akan merosakkan ummat yang memang dah sedia daif.., maka kerajaan dan ulamak dan pihak KDN sendiri kena bertegas dalam bab ini.., dan kita orang islam tak payah perasan pandai.., takutlah kita kepada Allah dan islahlah diri masing masing...,

Moral: bukan semua orang Pas setuju isu ni, orang Umno pun mungkin ada yang setuju dan tak setuju, tapi ni bukan isu politik, ni isu agama: kalau tak bagi, bergaduh dengan orang kapir, kalau bagi bergaduh dengan orang islam, itu isu sebanar.., zaman nabi, orang munafik pun nabi ajak bergabung lawan kapir, (nabi ajak abdullah bin ubai ketua munafik, tapi menolak tawaran orang kapir) hari ni, orang islam di tuduh munafik dan bergabung dengan orang kapir, adohai...

Kisah sembilan

Aku ingat lagi dalam kitab apabila Nabi solat berkiblatkan baitulMuqadis, lalu paderi dan ahli kitab hina Nabi, dengan ungkapan. “Alang alang dah sembah Baitulmuqaddis, masuklah terus ugama kami”
Lalu turun wahyu yang memerintahkan kiblat orang islam di tukarkan kepada Baitullah di Mekkah.., habis cerita..

Jadi, kamu wahai orang kristian, nak mintak guna nama Allah? Alang alang guna nama Allah, masuklah terus ugama kami, senang.., kan?

Adohai...

Kisah sepuluh:

“Ayah, itu rumah Allah”

Kata anak aku bila ternampak masjid, mungkin budak 4 tahun itu merujuk kepada kubah yang ada logo bulan sabit dan bintang bucu lima.

Aku senyum sebab anak aku bercakap perkara yang betul, tapi merenung masa depan mereka dan politik sempit yang di campur dengan kejahilan ugama, mungkin satu hari nanti, anak kita bila terlihat gereja yang ada kayu bersilang turut berkata.

“ayah, itupun rumah ‘Allah’...”

..
..

..

SEKIAN.

Ps: Katakanlah Allah itu tunggal. Allah tumpuan sekalian makhluk. Tidak beranak, dan tidak diperanakkan. Dan tiada satupun yang setaraf dengan-NYA!

Takbir!
Post a Comment